The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SEJ1-0619 Low Keat Yi, 2023-07-07 00:19:10

KEGIATAN EKONOMI KERAJAAN MELAYU AWAL 3

KEGIATAN EKONOMI KERAJAAN MELAYU AWAL 3

Keywords: Komik Sejarah

KEGIATAN EKONOMI KERAJAAN MELAYU AWAL DI KEPULAUAN MELAYU Disediakan oleh Low Keat Yi dan Syaizzati Binti Puasa


Hari ini kita akan belajar tentang kegiatan ekonomi kerajaan Melayu Awal di Kepulauan Melayu. Cikgu, jawapannya ialah kegiatan pertanian dan pelabuhan perdagangan. Salman Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua murid. Selamat datang ke Muzium Negara. Saya Cikgu Abu dan saya juga akan menjadi pemandu pelancong bagi lawatan kita pada hari ini. Gambar ini merupakan gambaran kepada dua kegiatan ekonomi yang wujud di dalam kerajaan Melayu Awal. Pada pandangan kamu, apakah dua kegiatan tersebut?


Kegiatan ekonomi yang pertama ialah pertanian. Kawasan pertanian pada zaman tersebut dijalankan di kawasan lembah sungai. Cikgu, mengapakah lembah sungai merupakan kawasan yang sesuai untuk kegiatan pertanian? Ia sesuai kerana tanah di kawasan lembah sungai sangat subur dan mempunyai sumber air yang mudah untuk didapati. Ini merupakan beberapa peralatan yang digunakan untuk kegiatan pertanian. Antaranya ialah cangkuk, tenggala dan kuku kambing. Abu


Ada sesiapa yang tahu apakah jenis tanaman yang kita lihat sekarang? Saya tahu. Tanaman tersebut ialah padi, pisang, ubi kayu dan buah pala. Siti


Cikgu, adakah pelabuhan wujud pada waktu itu? Ya, wujud. Pada masa itu, pelabuhan digunakan untuk memudahkan pedagang untuk singgah dan menjalankan perdagangan.


Selain itu, memungut hasil hutan dan hasil laut juga merupakan kegiatan ekonomi kerajaan Melayu Awal.Antara hasil hutan iaitu gaharu, rotan kapur barus dan sarang burung. Bagi hasil laut pula, hasil yang diperdagangkan ialah mutiara, kulit penyu dan teripang.


Cikgu adakah wujud kegiatan ekonomi yang lain selain daripada pertanian dan perdagangan? Ya, kegiatan tersebut ialah perlombongan dan pembuatan.


Sesi lawatan sudah sampai ke penghujungnya. Sebelum itu, bolehkah cikgu tahu apakah pendapat kamu tentang kepentingan emapt kegiatan ekonomi kerajaan Melayu Awal terhadap ekonomi negara? Pada pandangan saya, kegiatan pertanian memberikan sumbangan dalam memenuhi keperluan makanan dalam negara. Kegiatan ini juga boleh meningkatkan pasaran komersial dalam pertanian. Bagi kegiatan perdagangan, kepentingannya ialah meningkatkan peluang pekerjaan dan juga menjana pendapatan negara. Untuk kegiatan hasil hutan dan laut pula, kepentingannya ialah dapat memenuhi keperluan industri tempatan dalam pengeksportan.


Akhir sekali, kegiatan perlombongan dan pembuatan berupaya memajukan sektor perusahaan dan perkilangan dalam negara serta membuka peluang pekerjaan di dalam industri tersebut. Wah, bijaknya anak murid Cikgu! Cikgu suka! Semoga kamu semua gembira dengan lawatan sambil belajar kita ini. Terima kasih semua. Baik, terima kasih Cikgu. Minggu depan kami akan melawat sebuah bangunan bersejarah iaitu XXX. Adakah anda menantikannya? Ya Cikgu! Di manakah tempat seterusnya yang akan dibawa oleh Cikgu Abu? Sila baca episod yang seterusnya!


Click to View FlipBook Version