The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azilahtan93, 2022-07-14 21:36:49

8 RAHSIA BERUBAH

8 RAHSIA BERUBAH

E-BOOK

IQMAL JAMIL

FOUDER IQMAL CONSULTANCY

8

RAHSIA

BERUBAH

Kata dari penulis

Alhamdulilah selesai menulis Ebook
'8 RAHSIA BERUBAH' . Ini adalah
cubaan kali pertama penulis
berkongsi melalui medium

penulisan. Penulisan ini dikongsikan
melalui pengalaman penulis

mengendalikan program motivasi
dari tahun 2015 .



Dalam Ebook ini pasti banyak
kekurangan dan kelemahan yang

perlu ditambah baik. Penulis
memohon maaf terlebih dahulu
sekiranya pengunaan bahasa dan
kosa kata yang kurang sesua iatau

jenaka yang kurang selesa

Akhir kata , terima kasih diucapkan
kepada semua di atas penulisan
Ebook ini. Terima kasih banyak-
banyak kepada yang membaca
Ebook ini sehingga habis

Mukadimah

Adik-adik nak berubah ni, semua orang
mampu berubah. Masalahnya ialah kita nak

atau tak nak ja.



Berubah memang mudah dari kata-
kata,tapi dari tindakan dan istiqomah
bukan sesuatu yang senang. Sebagai



contoh :
kita biasa pakai jam tangan kanan ,cuba
kita ubah ke tangan kiri, agak apa akan
terjadi?
Mesti kita agak kekok p
ada permulanya, tapi bila kita dah terbiasa
ia akan jadi mudah bagi kita kan.Macam
itu juga dengan sikap negatif kita, kita
susah nak berubah sebab kita dah terbiasa
dengan sikap negatif kita . Ramai orang
nak berubah, tapi lagi ramai yang nak
berubah tapi tak tahu cara nya.



Disini saya tuliskan buat adik-adik
‘8 RAHSIA BERUBAH’. Moga-moga '8
RAHSIA BERUBAH' ini membantu ramai
pelajar untuk berubah kearah kebaikan.

1.TRANSFORM NIAT

2.MINTA MAAF
3.BERTAUBAT DARI KISAH SILAM

4.JAGA SOLAT 5 WAKTU
5.BUAT PERUBAHAN YANG MUDAH DAN SENANG

6.TINGGALKAN KAWAN YANG NEGATIF, DAN

BERKAWAN DENGAN ORANG YANG BAIK
7.DENDA DAN HUKUM DIRI SENDIRI
8.DOA

TRANSFORM
niat

Adik-adik perkara pertama kalau kita nak ubah sikap kita, nak
ubah perangai kita,nak ubah hidup kita , kunci nya adalah
niat.


Ada orang dia dah niat untuk berubah lama dah, tapi tak
pernah buat.


Contoh,


setiap kali penceramah datang sekolah dia , tiap kali itulah

dia mesti niat nak berubah, tapi bila balik rumah dia tak buat
pun perubahan dekat diri dia .Niat ini kalau tanpa tindakan ia
akan jadi sia-sia sahaja niat kita itu. Untuk nampak hasil dari

niat kita itu, mesti ada usaha dan tindakan untuk
melakukannya.



Ada juga orang yang dia niat, tapi lambat untuk melakukan
tindakan, orang macam ni dia boleh berubah adik-adik,

tapi lambat. Orang lain dah berubah jadi baik, dia baru nak
mula berubah. Orang lain dah berjaya, dia baru nak mula

buat. dia boleh Berjaya , cuma lambat sikit.

Ada juga orang dia niat hari ni, hari ini juga buat tindakan, in
sha allah orang macam ni dia cepat nak ubah sikap dan
perangai dia, sebab bila dia niat sahaja untuk kebaikan , dia
terus buat, dia tak lengah-lengahkan.


Untuk pengatahuan adik-adik, ada dua jenis niat :
-niat baik
-niat yang buruk


Niat baik kita terus kena buat, jangan tunggu lagi,kalau ada
niat yang buruk, cepat-cepat padam, kalau kita masih simpan
, takut-takut terbuat plak.


Kalau kita nak perubahan itu berkekalan, jangan sesekali kita
niat selain dari 'ALLAH'.


Selain daripada ALLAH tuu apa pulak along?


Adoi… selain dari ALLAH itu kita niat nak berubah kerana
makhluk. Contoh kita berubah sebab pakwe kita yang suruh,
pakwa kita suruh pakai tudung Dia pun pakai tudung.. tup tup
putus laa pulak disebabkan pakwa dia semakin gemok..

"hahahha…lepas jaa putus berkemungkinan dia akan buka tudung.
Sebab apa? sebab dia berubah pakai tudung ,kerana pakwe dia.Tapi
kalau dia berubah pakai tudung kerana ALLAH,percaya dan yakinlah

pasti perubahan itu berkekalan.



Faham ke faham.



Ok jom kita ke point seterusnya.



Kalau betul adik-adik nak berubah , niat kita mesti perlukan kekuatan
dalaman yang kuat. Bila kekuatan niat itu kuat, niat itu boleh menolak

adik-adik untuk melakukan tindakan secara cepat.



Adik perasan tak, bila adik-adik niat untuk melakukan perubahan, akan
ada suara kecil berkata, ;
‘esok laa berubah…’


‘Susahlah nak berubah..’


Saya dah buat, tapi….’



"Kau bolehlah berubah. Aku , ada masalah keluarga , aku tak kuat
macam kau..’



"Kau okeylah boleh jadi baik, sebab kau sekolah agama. Aku? Sekolah
aku teruk gila…’



Kenapa boleh jadi macam ni?
Ni antara sebab niat kita tak kuat, bila niat kita tak kuat, 1001 alasan

kita akan cipta sehingga niat itu tak tercapai.



Tanpa kekuatan pada niat , kita tak akan mampu untuk kekal lama
dalam perubahan.

minta
maaf

Adik-adik bila kita nak berubah, kita kena tahu yang kita buat

salah, kita buat dosa .
Bila kita buat salah, cara menyelesaikan semua salah kita

adalah dengan minta maaf.
Di dunia ini semua manusia tak lari dari kesilapan. Tapi sebaik-

baik buat salah, kita minta maaf.



Allah ni adik-adik lebih suka orang yang minta maaf dari orang
yang terima maaf.

Walaupun kita tahu itu bukan salah kita, tapi demi menjaga
persahabatan, kita perlu meminta maaf. Orang yang tak suka

meminta maaf adalah orang yang EGO .



Dia tahu itu salah dia, tapi dia tetap berkeras tak nak minta
maaf. Ini nama nya ego yang tak bertempat.



‘minta maaf’ dua patah perkataan sahaja , perkataan ni pun
free sahaja, tak payah bayar.

Tapi mampu mengubah orang, mampu menyelesaikan
persengketaan.

Tak percaya ke? mari kita cuba dulu…hahah



Okey along, kami ni nak berubah? Siapa yang kita kena minta
maaf dulu ya Along?



Pertama kita mesti minta maaf dengan ALLAH, atas kesalahan
kita dan berusaha untuk tidak mengulanginya lagi.

Manusia mana tak buat salah , adik-adik cuba fikir sekejap, kita
buat salah dengan orang, untuk mendapatkan keampunan dari

orang yang kita buat salah..



jawapannya adalah dengan meminta maaf dari orang yang kita
membuat salah

Sebenarnya kita ni dah lama kurang ajar dengan ALLAH . Kita
buat maksiat, kita langgar perintah ALLAH, buat ALLAH marah,
guna nikmat ALLAH, dah lah dapat free ja nikmat ALLAH ni,itu

pun tak nak minta maaf lagi.
Contoh lah adik ALLAH bagi nikmat bercakap, kita gunakan
untuk sakit kan hati orang, kita mencarut,kita menipu dan yang
lebih teruk lagi, dah la dapat free, nak minta maaf dengan
ALLAH pun tak nak..Ini apa punya jenis manusia laaa…adoiii



Adik, Allah tak pernah kisah pun bila kita buat salah, yang Allah

kisah kenapa bila kita buat salah kita tak nak minta maaf.
Banyak manapun salah kita dengan ALLAH, kalau kita minta
maaf dengan ALLAH..percaya dan yakinlah, semua ALLAH

akan ampunkan.. ALLAH kan maha pengampun lagi maha
penyayang.



Faham kan faham



Bila kita dah selesai mohon maaf dengan ALLAH, kita kena
maafkan diri kita sendiri. Berjanji untuk berubah bersungguh-

sungguh dan bertekad untuk tidak mengulanginya lagi,
jadikanlah salah dan dosa dulu sebagai pengajaran untuk kita

lebih kuat kearah yang lebih baik dari sebelumnya.



Ok kaa tuu, boleh kita teruskan lagi? Ke dah mengantuk baca
ebook ni..hihihi



Adik-adik kali ni along mulakan soalan kat awak, awak tahu tak
kenapa hari ini kita susah nak Berjaya, kita susah nak berubah,
hidup kita ni rasa macam tak tenang jaaa..nak tahu tak kenapa

adik-adik?

Jawapannya kerana kita ada krisis dengan mak dan ayah kita.
Bila kita ada buat salah dengan mak ayah kita , kita sakit kan
hati dia, kita buat mak ayah kita menangis kerana kita , kita
selalu susahkan mak ayah kita, kita tinggikan suara kita depan

mak ayah kita , jika mak ayah tersakiti kerana kita,
maka ALLAH :

tutup pintu syurga nya buat kita,
ALLAH akan tutup pintu kejayaan ,
ALLAH akan tutup pintu ketenangan buat kita
, dan mungkin ALLAH akan tutup pintu berubah untuk kita



Tahu tak kenapa?



Kerana redha ALLAH terletak pada redha mak dan ayah kita.
Kalau mak dan ayah tak redha dengan kita , maka tertutuplah

semua pintu itu buat kita.
Bila kita ada salah dengan mak dan ayah, ALLAH akan bayar
'cash'(tunai) kat dunia lagi. Di dunia dapat balasan, di akhirat

pun akan dapat. Allahuakbar …



Adik-adik , pergi cari tangan mak ayah kita , salam dia, cium
tangan mereka , sambil kata,



‘ Mak adik mintak maaf, adik banyak buat silap dengan mak,
adik selalu sakitkan hati mak, mak maafkan adik ya.Adik
sayangggggggg mak"



Peluk mereka dan cium mereka.Ucap terima kasih pada mak
dan ayah.

Cari ayah buat benda yang sama, bila mana mak dan ayah kita
redha dengan kita, mak dan ayah kita senang dengan kita
,maka pintu-pintu yang tertutup tadi kembali dibuka .

Percaya lah adik-adik, bila mana mak dan ayah maafkan kita,
kita akan rasa tenang sangat. ALLAH akan mudahkan kita
untuk menjadi lebih baik.


Adik-adik okey ke tu? Boleh kita teruskan?


Seterus nya siapa ya?
Along bagi klu sikit, dia yang selalu kita kutuk belakang-

belakang, bila kita tak siap kerja mereka , dia akan beleter dan
marah, kadang-kadang ada subjek mereka yang kita tak suka,

kita pun tidur, kita pun ponteng sekolah..
Siapa dia?



Dialah guru kita.
Mana mungkin kita akan dapat keberkatan ilmu, kalau hari ni
kita ada sakitkan manusia bernama guru. Minta maaf dengan

guru.Bila guru senang dengan kita, pecayalah ilmu yang
dicurahkan selama ini akan berkat.



Yang terakhir kita kena minta maaf dengan kawan-kawan
kita,kerana mereka juga antara faktor kejayaan kita, mungkin

juga mampu bawa kita jalan yang baik.



Kata ALI bin ABI Talib
‘Orang yang terbaik ialah orang yang banyak diuji dengan dosa

dan banyak bertaubat’

taubat dari
kisah silam

Adik-adik perasan tak bila ada orang nasihatkan kita benda
yang baik, kita rasa tak nak dengar,rasa tak suka , rasa
menyemak ja dia ni. Ada tak rasa macam tu?

Ataupun bila cikgu sedang mengajar kita susah nak dapat.
Ataupun bila cikgu nasihat kita, rasa bengang , rasa
menyampah pun ada.

Adik-adik ada rasa macam tu tak?

Kalau ada rasa macam tu,
tahniah adik-adik hati awak sudah hitam, hati awak sudah

kotor, hati awak banyak najis.
Eeee… sebab sesuatu pekara yang baik, tak boleh masuk kat

tempat yang kotor.

Mak ayah nasihatkan kita benda yang baik, kenapa tak boleh
masuk dalam hati kita?
sebab hati kotor.

Bila cikgu nasihat, kenapa tak boleh masuk dalam hati ?
sebab hati kita penuh najis, kenapa hari ini bila kawan nasihat
kita untuk berubah, kita akan jauh dengan dia, sebab hati kita

ada masalah.

Sebab itulah bila kita nak berubah, kita perlu
bertaubat.Bertaubat ini dia mcam kuali yang kita guna untuk
masak, awal-awal kita masak, akan ada hitam dekat bawah
kuali. Kalau kita terus basuh in sha allah hilang. Tapi , kalau
kita lambat basuh, lama-lama, hitam itu akan melekat dekat

kuali itu, dan sangat susah nak hilangkan.

Begitu jugalah melakukan dosa,bila kita melakukan dosa kita kena
cepat-cepat taubat,

buat salah lagi ,bertaubat lagi, buat salah lagi ,bertaubat lagi.
Sampai bila ya?

Sampai mati, sebab kita ni tak lari dari melakukan dosa, sebab tu kita
kena taubat, taubat dan taubat!!!

Adik-adik nak tahu tak?
Satu pintu yang tak akan tertutup sehingga kiamat, itulah pintu

TAUBAT .
Selagi masih ada masa, taubatlah. Jangan di tangguh-tangguh taubat

kita, sebab kita tak tahu bila kita akan mati.

Kata imam al-ghazali

‘Jika kamu bertaubat ,sehingga taubat itu gugur dan kamu kembali
melakukan dosa, maka bersegeralah bertaubat kembali ! katakanlah
pada dirimu.’moga-moga aku mati sebelum sempat mengulang dosa

kali ini’

solat 5
waktu

Adik-adik jahat macam mana pun kita ,
buruk macam mana sekalipun perangai kita ,
buruk macam mana sekalipun kisah silam kita

banyak kali kita tinggalkan solat,
kita buat maksiat,

kalau betul-betul adik-adik nak berubah, adik-adik nak ubah
perangai , nak ubah hidup, kunci utamanya ialah :


SOLAT SOLAT DAN SOLAT


Yess solat!
Adik-adik along nak tanya ?


Siapa ciptakan kita?
Jawapanya mesti ALLAH kan.


Siapa yang bagi kita hidup?
Allah


Siapa yang matikan kita?
Allah


Siapa yang bagi kejayaan ?
Allah


Siapa bagi kegagalan?
Allah

Siapa yang boleh ubah hidup awak?
Jawapan yang sama kan,iaitu ALLAH.



Semua ALLAH kan, bila kata semua ALLAH yang gerakkannya,
kalau kita nak berubah kita mesti ikut perintahnya, apa yang di

minta kita buat.



Mana mungkin kita nak sesuatu dari pencipta seluruh alam
ini,tapi tak ada connection( hubungan) dengannya. Solat 5 waktu

adalah connection kita dengan ALLAH. Percaya dan yakinlah
solat mampu untuk ubah hidup awak dan boleh ubah diri awak,

yang penting solat.



Tak percaya lagi kaa, kalau tak percaya lagi, baca dan dengarlah
kisah-kisah orang yang berubah.Nelofa dan Allahyarhamah

Sharifah Aini, bila mereka cerita macam mana dapat kekuatan
nak berubah, mereka jawab JAGA SOLAT.
Adik-adik jagalah solat,
Penuhkan solat 5 waktu.
Cuba.
Cuba.
Cuba.
Gagal jangan menyerah!
Cuba lagi. Lagi, dan lagi.

Sampaikan kita rasa bersalah bila meninggalkan satu solat.
Adik-adik tolong jaga waktu solat.

Kalau boleh solat di awal waktu. Keseronokan , kegembiraan ,
ketenangan dan kebahagian yang akan kamu capai pada

akhirnya. Solat di awal waktu tidak sama dengan solat di akhir
waktu. Perasaannya , diri sendiri ja dapat rasa.

Kenapa along fokuskan SOLAT dalam tajuk ni?



Kerana solat dapat menghindari dirimu dari melakukan
maksiat. Solat juga boleh jadi pencegah kemungkaran, jika
kita tidak melaksanakan dengan baik. Dengan solatlah ,kita

rasa nak ubah hidup dan perangai kita.



Mulakan perubahan yang mudah dulu.
Adik- adik bila kita nak berubah ni, step by step, tak boleh

paksa diri untuk berubah secara mendadak.



Sebab apa along?



Sebab risau .
Bila adik-adik berubah secara mendadak, bila sekali jatuh ,
pasti kita akan jatuh terus, dan apabila bangkit balik pasti
susah. Sebab tu bila kita nak buat perubahan, mesti mulakan

yang mudah dulu.



Bila dilakukan dengan perkara susah dahulu , mungkin kita
boleh buat, tapi belum tentu ia akan berterusan. Kerana
mental dan fizikal kita belum bersedia
Contoh:


Berat kita 130kg ,jangan terus turunkan 60kg. Lebih baik
turunkan berat badan, sedikit demi sedikit secara

berperingkat dan tanpa penyakit. Bila ianya tidak dilakukan
secara berterusan , lama-lama awak akan rasa nak mengalah.

Awak akan cuba cari alasan untuk tidak melakukannya.

BUAT
PERUBAHAN
YANG MUDAH
DAN SENANG

Ramai dah along jumpa pelajar, yang buat perubahan
mendadak dan tidak dapat di nafikan ada yang mampu buat,

tapi tidak semua orang mampu buat!
Kemungkinan Daripada 10 orang hanya seorang sahaja yang

mampu melakukannya.



Oleh itu, buat perubahan
mulakan dengan yang mudah dulu,
yang kita mampu buat , dan boleh buat dengan secara

'istiqamah'(berterusan) .
Apabila kita buat sesuatu tak mendatangkan stress bagi kita,

tak rasa beban dan tak rasa susah nak melakukan nya.
contoh nya :

mungkin kita boleh mulakan dengan memberi salam kepada
guru, atau mungkin setiap kali kita pergi sekolah kita akan
salam dan cium mak ayah kita.


Buat yang kita rasa senang bagi kita, jangan senang bagi
kawan kita. Kita ni suka tiru kawan kita. Bila kawan nak
berubah, kita pun nak berubah. Bagi along tak salah untuk
awak meniru, tapi biar lah sesuatu itu senang bagi kita.
Senang bagi kawan kita, belum tentu senang bagi kita.


Daripada Aisyah R.A Nabi Muhammad saw bersabda :


‘wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan
kamu, amalah yang paling ALLAH sukai ialah amalan yang
berterusan walaupun sedikit’
Riwayat bukhari dan muslim.

tinggalkan kawan negatif
dan kawan dengan kawan

yang baik

Adik-adik, kalau betul adik-adik nak berubah dan nak
tinggalkan dosa yang lalu,

adik-adik kena jauhkan diri dari kawan-kawan yang negatif
(kawan-kawan yang kurang baik).

Walaupun itu adalah kawan baik adik.
Maksud along jauhkan diri tu bukanlah adik tak kawan dengan

dia. Adik boleh kawan, tapi jangan rapat dengan nya.



Kawan yang macam mana yang kami kena jauhkan?



Kawan-kawan yang boleh menggoda dan mengajak melakukan
pekara yang tak berfaedah.



Contoh kawan yang tak berfaedah ni along macam mana?



Contoh kawan yang tinggalkan solat, kawan yang buat maksiat,
kawan yang suka ponteng sekolah, kawan yang tak suka belajar.
Kawan- kawan macam ni kalau mental dan fizikal kita tak kuat,

ia boleh menarik adik-adik ke arah yang berbahaya sehingga
terjatuh dan terjurumus ke dalam lembah dosa dan maksiat.

Benda ni bukan benda main-main.



Benda ni kita kena ambil serious!



Kita kena ganti dan tukar kawan yang negatif kepada kawan
yang positif (kawan yang baik). Nak jadi baik kita kena

berkawan, bergaul dan rapat dengan orang yang baik-baik!!
Kawan yang baik bila kita tengok muka kawan kita, kita teringat

ALLAH. Kata-kata mereka selalu memandu kita kearah
kebaikan. Kawan macam ni kita kena peggang betul –betul.

Kalau terlepas, nak cari balik payah.

Kata seorang penyair :
‘Elakkan dari bersahabatkan si hina. Kelak , ia pasti berjangkit

umpama kudis yang menjangkiti orang sihat..’
Kawan-kawan negative ni macam covid 19, kalau kita rapat

dengan nya, kita akan dijangkiti virus,



Sahabat ni terbahagi kepada dua.



a)Ada yang heret kita ke syurga.
b)Ada juga yang mengheret kita ke neraka!



ALLAH sendiri dah bagi amaran supaya jangan kawan dengan

orang-orang yang jahat !
Sometimes , kita sendiri tak sedar yang kita ni mangsa, dan dekat

akhirat baru kita sedar .



Sebab itulah ulamak-ulamak amat menekankan kita untuk tukar
kawan.

Mereka berkata ‘taubat itu penyesalan.



Penyesalan itu ialah penyesalan dengan hati, keazaman untuk
meninggalkan pekara maksiat, beristighfar dengan

lidah,meninggalkan dengan jasad dan menjauhkan diri dari
teman yang jahat..’



Bila awak nak jadi baik, awak kena duduk bersama-sama orang
yang sama-sama dengan awak nak jadi baik.

denda
dan
hukum diri
sendiri

Bila kita buat satu kejahatan ,
kita kena balas dengan denda diri kita untuk buat kebaikan.



Hatta , itulah yang nabi suruh!
Nabi suruh kita susuli kejahatan dengan kebaikan.
Kerana , kebaikan yang kita buat tu akan menghapuskan dosa

kita.



Contoh,
kalau kita ada mengumpat kawan ke atau guru, So kita menyesal
maka, kita kena balas dengan kebaikan,kita ceritakan kebaikan

kawan kita tu kepada orang ramai.



Kalau kita suka mencarut ,
maka kita denda diri kita dengan berselawat 100x.

kalau kita suka ejek kawan kita,
maka kita balas dengan memuji dan menghormatinya.

Kalau kita asyik main game kat telefon,
maka balaslah dengan membuka al-quran dan membacanya

sekali.
Kalau kita derhaka dan kurang ajar dengan mak ayah,
maka balaslah dengan buat baik pada mak ayah kita dengan

bersungguh-sungguh.



Cara ini amat berkesan kepada kita yang baru nak berubah. Tak
percaya sudah, yang penting buat dulu, kalau terbukti ia menjadi,

maka teruskanlah.

DOA

Alhamdulilah dah 7 rahsia berubah along kongsikan.
Ini point yang terakhir tentang doa,



jika semua 7 rahsia berubah kita dah buat, maka yang
terakhirnya adalah doa. Kita dah usaha untuk ubah diri kita,
maka tiba masanya untuk kita bertawakal pada ALLAH dengan

memohon pada nya.



Adik-adik doalah hari-hari, sungguh-sungguh.
Berapa kali kita doa untuk ALLAH bagi hidayah pada kita?
Berapa kali kita minta doa untuk ALLAH bagi kekuatan untuk

kita berubah?
Berapa kali kita doa supaya ALLAH beri kita kemanisan iman?



kemanisan dan keghairahan dalam beribadah, doa agar di beri
kekuatan dan perasaan benci dan geli serta tak selera dengan

maksiat? Berapa kali?



Berdoa sungguh-sungguh, rayu dekat ALLAH sungguh-sungguh.
Minta dekat ALLAH sungguh-sungguh. Ins shaa ALLAH, ALLAH
akan makbulkan doa kita. Yang penting kita dah usaha jauhkan

benda yang tak bermanfaat.



Moga-maha dengan kesungguhan kita nak berubah, ALLAH
buka pintu hati kita untuk mendapat hidayah dari ALLAH. Yaa
ALLAH makbulkanlah doa kami, terimalah doa kami.. Aamiin


Click to View FlipBook Version