The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Shasha, 2022-08-31 23:17:46

TEKS DA'I CILIK - MARI BERSEMBAHYANG

JEMPUL

Keywords: teks syarahan cilik

DAI CILIK
TAJUK: 5.4 MARI BERSEMBAHYANG

Ha… Kalau dengar suara azan, apa yang akan kawan-kawan
lakukan?
Tutup TV dan segera mengambil wudhu’?
Atau… ambil remote TV, perlahankan suara TV?
Atau ambil remote tukar ke saluran yang lain?
Tepuk dada, tanyalah iman.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

‫لََوِمَعيلنَى*اَلَِِهوالَوَّصَصَلححةُبِِهَوالاََْحّسجََعِلَيُمنعَل َى َر ُسوِل احلاَِمين‬.‫اْحلَحم ُد للهِ َر ِب الحعَا‬.

Mengapa kita wajib menunaikan solat? Mengapa kawan-kawan?
Ya.. kerana kita adalah hamba Allah bukti keimanan dan kepatuhan
kita kepada-Nya.
Solat dapat membentuk akhlak mulia dan menjauhkan kita daripada
kemungkaran.

Maksudnya : “Dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat dapat
mencegah

Daripada perbuatan yang keji dan mungkar”
Surah al-Ankabut, ayat 45.

Kawan-kawan…

1

Solat adalah tiang agama. Sesiapa yang mendirikan solat, dia
mendirikan agama. Dan sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia
meruntuhkan agama.

Cuba kawan-kawan selami kisah Isra’ dan Mi’raj. Nabi Muhammad
SAW menerima perintah solat di Sidratul Muntaha sebanyak 50 waktu.
Namun dalam perjalanan turun, baginda telah bertemu dengan
Nabi Musa alaihissalam dan Nabi Musa meminta baginda agar
dikurangkan menjadi 5 waktu sehari semalam seperti hari ini.

Jadi kawan-kawan yang saya kasihi, sebagai tanda mengingati
Allah kita kena solat kerana solat itu wajib.

Berdiri solatlah dulu
Berdiri solatlah dulu
Bila kau dengar suara azan
Tandanya waktu solat dah masuk
Tunggu apa

Berdiri solatlah dulu
Berdiri solatlah dulu
Cantik comel kacak dan rupawan
Tiada guna
Jika kau tak solat
Tunai perintah Tuhan
Selamat dunia akhirat

Alhamdulillah…
Hari ini kita dapati juga di kelas prasekolah murid-murid telah diajar
bagaimana mengambil wuduk seterusnya mendirikan solat oleh
ustazah atau ustaz di sekolah masing-masing. Jadi ini merupakan
satu usaha murni yang perlu diperkasakan.

Oleh itu kawan-kawan, marilah kita beritiqomah dalam mendirikan
solat kerana solat itu tiang agama. Insya Allah hidup kita akan
selamat dan berkat.

2

Ya kawan-kawan.
Marilah kita menadah tangan dan berdoa.

Ya Allah jadikanlah aku dan zuriat keturunanku orang yang
mendirikan sembahyang. Aamin
Semoga ilmu yang disampaikan sebentar tadi dapat memberi
manfaat kepada saya dan kawan-kawan semua.
Mari berlajar bersama-sama,
Hubungan erat tersemai kasih,
Mendirikan sembahyang tuntutan agama,
Jiwa tenang wajah pun bersih.
Berdiri solatlah dulu.
Wabillahit taufiq wal hidayah
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

3


Click to View FlipBook Version