The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nazeri abdol, 2024-04-14 22:37:54

KERTAS PENERANGAN M 01

KERTAS PENERANGAN M 01

Keywords: MODUL 1

TAJUK / TITLE: PENERAPAN BATA DAN MELEPA TUJUAN: Kertas penerangan ini bertujuan memberi maklumat dan aplikasi kepada pelatih tentang perkara yang berkaitan dengan pengenalan bahan dan peralatan, Ia juga sebagai bahan rujukan walau sesudah pembelajaran. PERBADANAN HAL EHWAL BEKAS ANGKATAN TENTERA KOMPLEKS PERHEBAT KEM SUNGAI BULOH 47000 SUNGAI BULOH SELANGOR KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET) KOD DAN NAMA KURSUS / PROGRAM CODE AND NAME KONTRAKTOR UBAHSUAI DALAMAN BANGUNAN BH-KUB-6:2022 TEMPOH KURSUS / COURSE DURATION 6 BULAN NO DAN TAJUK MODUL / COURSE NO AND MODULE TITLE M1 PENERAPAN BATA DAN MELEPA NO DAN TAJUK TUGAS / TASK(S) NO AND TASK STATEMENT 1.1 PENGENALAN BAHAN DAN PERALATAN 1.2 MEMAHAMI PELAN DAN UKURAN 1.3 ANALISA KOS BAHAN DAN KERJA 1.4 PERANCANGAN KERJA 1.5 BINA TEMBOK BATA 1.6 KERJA MELEPA DAN MELANTAI NO. KOD / CODE NO BH-KUB-6:2022 M01(1/5)KP Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 43


PENERANGAN: Bahan utama dalam kerja melepa ialah mortar. Mortar terdiri daripada campuran batu baur halus, simen dan kapur. Air pula digunakan sebagai bahan pemangkin. Mortar digunakan untuk melepa . Ciri Mortar Ciri mortar yang baik adalah seperti yang berikut: • Bersifat plastik dan mudah dikerjakan. • Mesti cukup kuat untuk tujuan menerap bata, memudahkan kerja, memastikan ikatan yang baik antara bata dan tahan lasak dalam merintangi fros, bahan kimia dan alkali. • Kekuatan mortar dipengaruhi oleh nisbah campuran dan cara bancuhan. Jenis Mortar Mortar dikelaskan mengikut kegunaan, seperti yang berikut: • Mortar kapur • Mortar simen • Mortar kompo Mortar yang digunakan untuk kerja-kerja khas: • mortar tahan api • mortar kalis air • mortar gypsum A. Mortar Kapur Mortar kapur ialah campuran antara kapur dengan batu baur halus mengikut nisbah campuran 1:3. Mortar ini digunakan dengan meluas sebelum adanya simen. Mortar ini juga biasa digunakan untuk pembelajaran kerja menerap bata. Mortar kapur mencapai kekuatan dengan perlahan dan kekuatannya akan menyusut selepas beberapa tahun serta akan mulai peroi dan tanggal daripada ikatan.


B. Mortar Simen Mortar simen ialah campuran antara simen dengan batu baur halus. Nisbah yang biasa digunakan ialah 1:3 atau 1:4. Mortar ini sesuai digunakan untuk pelbagai jenis ikatan dan tembok di kawasan yang lembap. Mortar ini juga lebih kuat daripada mortar kapur dan mengeras dalam masa yang singkat. Bahan tambah boleh dicampur untuk meningkatkan mutu mortar ini. C. Mortar Kompo Mortar kompo ialah campuran antara simen, kapur dengan batu baur halus. Kapur digunakan dalam campuran mortar ini untuk meningkatkan kebolehkerjaan (workability) dan memudahkan kerja menerap bata. Ikatan antara mortar ini menjadi lebih kuat dan mengeras dalam masa yang singkat. Nisbah bancuhan yang biasa digunakan ialah: (a) Nisbah 1:2:9 untuk tujuan kerja umum. (1 Bahagian simen : 2 Bahagian Kapur : 9 Bahagian Batu Baur Halus) (b) Nisbah 1:1:6 untuk kerja berat. (1 Bahagian simen : 1 Bahagian Kapur : 6 Bahagian Batu Baur Halus) (c) Nisbah 1:3:12 untuk kerja sederhana. (1 Bahagian simen : 3 Bahagian Kapur : 12 Bahagian Batu Baur Halus) Bahan tambah pemplastikan (plasticizer additive) boleh digunakan untuk menggantikan kapur. Bahan tambah yang berikut boleh dicampur ke dalam mortar untuk tujuan khas. • Pencepat (accelerator) • Pemudah adun (plasticizer) • Pelambat (retarder) Kapur Simen pasir halus • Nisbah campuran mortar kapur 1:3 ialah campuran satu bahagian kapur dan tiga bahagian pasir halus. • Nisbah campuran mortar simen 1:4 ialah campuran satu bahagian simen dan empat bahagian pasir halus. • Nisbah campuran mortar kompo 1:1:6 ialah satu bahagian simen, satu bahagian kapur dan enam bahagian pasir halus.


Mengira merupakan suatu perkara yang penting. Dalam mengira jumlah jubin menjadi perkara yang mustahak dalam pemasangan jubin. Pengiraan akan menentukan jumlah jubin yang diperlukan terutama dari segi penyediaan bahan. Untuk mengira jumlah jubin pengetahuan tentang membaca ukuran pita pengukur penting. Perlu tahu mencari keluasan kawasan dalam berbagai keadaan. Dan mesti tahu serta memahami formula penukaran unit metrik kepada Imperial. Menukar metrik kepada imperial Kaki kepada Meter X 0.3048 Meter kepada Kaki X 3.281 Meter Persegi kepada Kaki Persegi X 10.76 Kaki Persegi Kepada Meter Persegi ÷ 10.76 Inci kepada kaki ÷ 12 Milimeter kepada Meter ÷ 1000 1. Membaca ukuran


2. Mencari keluasan Simbol bacaan: Meter = m , Milimeter = mm , Meter Persegi = m² & Meter Padu = m³ Kaki = ' , Inci = " & Kaki Persegi = k² Centimeter = cm Hun = ⅛ Mencari keluasan dalam bacaan meter atau kaki mesti berpandukan Panjang X Lebar. Panduan : Panjang X Lebar = Luas persegi Contoh 1 : = 10m X 15m = 150m² Contoh 2 : Luas A - 10m X 8m = 80m² Luas B - 5m X 7m = 35m² Luas A + Luas B = 115m² 10m 15m 10m 8m 7m 5m A B


Contoh 3 : Untuk mendapatkan keluasan dalam isi padu Panduan : Panjang X Lebar X Tebal = luas Isi padu = 10 m X 15 m X 100mm = ? m³ = 10 m X 15 m X 0.1m = ? m³ = 10 m X 15 m X 0.1m = 15 m³ 3. Mengira jubin 3.1 Pengiraan dalam bacaan meter panjang 12m dan lebar 8m dengan saiz jubin 200mm X 250mm. Contoh : - 12m X 8m = 96m² - 96m² X - 96m² X 200 ÷ 1000 X 250 ÷ 1000 - 1920 = 1920 + 5 % (pembaziran) = 2016 keping 3.2 Pengiraan dalam bacaan kaki panjang 12′ dan lebar 8' dengan saiz jubin 8″ X 10″ . Contoh : - 12′ X 8′ = 96k² - 96k² X = 173 = 173 + 10 % (pembaziran) 10m 15m 100mm Samakan bacaan (Tukar ke meter) 200 x 250 1000 1000 12″ x 12″ 8″ 10″


= 190 keping 4. Pengiraan Mortar Formula 1 Beg Simen 50kg =0.035m³ 1 m³ = 28.7 Beg simen biasa (50kg) 1 m³ = 57.4 Beg adhesive (25kg) 1 Beg Adhesive (25kg) =0.018 m³ Pengiraan mortar dalam ukuran meter dan tebal mortar 10mm. Contoh : Panjang X Lebar X Tebal - 12m X 8m X (10mm) - 12m X 8m X 0.01mm = 0.96m³ 0.018m³ = 53.33 + 5% pembaziran = 55.9 beg simen MORTAR 10mm 8m 12m


JENIS BATA DAN BATA POTONG Bata merupakan bahan yang lazimnya digunakan dalam kerja pembinaan seperti dinding, tiang, tembok dan binaan hiasan. Sifat fizikal bata adalah seperti Rajah 2.1. Terdapat pelbagai jenis bata di pasaran. Pengguna boleh mendapatkannya mengikut keperluan dan pilihan. Rajah : Bentuk dan dimensi bata. Terdapat bata lain yang turut digunakan dalam binaan, iaitu: • Bata konkrit • Bata berkaca (glazed brick) • Bata marl • Bata tanah liat gault • Bata tanah liat syil Istilah yang digunakan untuk bata adalah seperti yang berikut: • Garis bucu: tepi penjuru bata. • Kepala bata: permukaan hujung bata (70 mm 101.5 mm). • Sisi bata: permukaan sisi bata (70 mm 215 mm). • Lekuk/Lubang: kesan permukaan tekanan di permukaan muka bata, muka bata menghadap ke atas dan bawah untuk memperoleh ikatan yang kuat.


JENIS BATA Terdapat tiga jenis bata yang biasanya digunakan untuk binaan, iaitu bata tanah liat, bata simen dan bata pasir kapur silika. JENIS KETERANGAN KEGUNAAN Bata tanah liat Bata Biasa Bata Muka Bata Kejuruteraan (a) Bata Biasa (common brick) • Permukaan kasar. • Perlu dilepa. • Membina dinding sekat, dinding pemisah dan tembok yang akan dilepa. (b) Bata Muka (facing brick) • Permukaan seragam. • Berwarna sekata atau pancawarna. • Kemasan bertekstur, licin atau berpasir. • Kemasan menarik. • Membina dinding dalam atau luar yang tidak perlu dilepa. • Membina tembok yang tidak dilepa. (c) Bata Kejuruteraan • Kekuatan dan ketumpatan tinggi. • Dibuat daripada tanah liat yang mengandungi ferum oksida. • Dinding tanggung beban dan tiang. • Salur pembetungan dan lurang (sewer and manhole). • Alas pada salur asap. • Dinding atau binaan yang terdedah kepada asid dan alkali. • Lapisan kalis lembap. Bata simen • Dibuat daripada campuran simen dan bata baur halus. • Nisbah bancuhan 1:8. • Bata dicetak di dalam acuan dan dikeringkan secara semula jadi. • Membina dinding sekat dan tembok yang dilepa. Bata pasir kapur/bata silika • Berwarna putih, kelabu atau diwarnakan. • Dibuat daripada kapur (nonhydraulic lime) dan silika (pasir). • Nisbah bancuhan 1:8. • Pembentukan bata dibuat menggunakan acuan bertekanan tinggi dan dikuring dengan stim. Jadual 3.2 Jenis bata. • Dinding atau tembok yang memerlukan nilai estetika yang tinggi. • Dinding atau tembok yang tidak perlu dilepa.


Selain itu, terdapat juga bata lain yang digunakan dalam inaan, iaitu bata bertujuan khas. Bata ini dihasilkan bagi tujuan kemasan yang lebih cantik dan menarik. Jadual di bawah menunjukkan jenis bata bertujuan khas dan kegunaannya. Jenis Bata Kegunaan Jenis Bata Kegunaan Bata rencong (plinth stretcher) Digunakan dalam pembinaan tembok. Bata bullnose Digunakan di hujung tembok atau tangga yang bersisi bulat. Bata crownose Digunakan di hujung tembok. Bata serong (squint) Digunakan untuk membina sudut di tembok tirus dan cakah yang menjadikan tembok lebih kukuh, kuat dan tersusun rapi. Bata kepala tembok curam Digunakan di bahagian hujung pagar dan tembok cucur atap. Bata kekunci Digunakan untuk mendapatkan ikatan yang kukuh apabila kerja melepa dilakukan.


JENIS BATA POTONG Bata potong ialah bata yang dipotong, dikerat atau yang diubah daripada saiz asalnya untuk disesuaikan dalam ikatan bata. Bata potong yang digunakan dalam ikatan bata terdiri daripada dua kategori, iaitu bata penutup dan bata kerat. BATA PENUTUP Bata penutup merupakan sebahagian daripada bata biasa yang dipotong memanjang dan mempunyai satu muka sisi bata(stretcher) yang dipotong. Jenis bata penutup adalah seperti . Jenis Bentuk (a) Bata penutup –––– (queen closer) Bata ini digunakan untuk pembinaan penjuru bersudut tepat, berbibir dan hujung buntu. Bata ini juga digunakan (b) Bata penutup ––––(king closer) Bata ini digunakan pada jenang bertingkat (mempunyai lekap –––– bata) dan tiang Jinjang (mempunyai lekap –––– bata). (c) Bata penutup serong (bevelled closer) Bata ini digunakan untuk mengelakkan sambungan pugak lurus di bahagian dalam dinding apabila membina hujung buntu, tiang Jinjang dan tiang berasingan. (d) Bata penutup rencong (mitred bat closer) Bata ini digunakan apabila jenis bata penutup yang lain tidak sesuai digunakan. (e) Bata kerat serong kecil Bata kerat serong kecil digunakan bersama-sama bata kerat serong besar untuk mengelakkan sambungan pugak lurus.


JENIS-JENIS KEMAS IKAT Kemas ikat ialah kemasan pada tembok bata yang tidak dilepa. Kemas ikat dibuat pada sambungan mortar pugak atau mendatar bagi tujuan kemasan pada tembok bata. Kemas ikat juga berfungsi sebagai penghalang kelembapan dari menembusi tembok hasil daripada pengecutan mortar dasar dan bagi menjadikan tembok lebih tahan lama. Kemas ikat pada kerja bata terdiri daripada dua kaedah, iaitu kemas ikat sambungan (jointing) dan kemas ikat timbul (pointing). Jadual 3.6 menunjukkan kemas ikat sambungan dan kemas ikat timbul. Jenis dan Bentuk Kemas Ikat 1. Kemas ikat sambungan (jointing) Kemas ikat sambungan ialah kemas ikat yang dibuat semasa kerja menerap bata, iaitu semasa mortar masih basah. Dalam proses ini, mortar ditekan menggunakan sudip kemas ikat supaya mortar menjadi mampat. Proses ini dilakukan dari satu lapisan ke satu lapisan yang lain. a) Kemas ikat sambungan rata (flush joint) Kemas ikat sambung rata sesuai untuk semua kedudukan tembok. Kemas ikat ini dibuat sama rata dengan permukaan dinding atau tembok bata. Bagi memperoleh permukaan yang bertekstur, gosokkan permukaannya dengan kepingan kayu atau permukaan yang bertekstur. (b) Kemas ikat potongan serong atas (weather struck joint) Kemas ikat ini sesuai digunakan untuk dinding luar dan tidak menakung air. Mortar ditekan menggunakan sudip kemas ikat secara menyerong. Proses membuat dimulakan pada sambungan pugak dan kemudian pada sambungan mendatar. (c) Kemas ikat potongan serong bawah (struck joint) Kemas ikat ini sesuai digunakan untuk dinding sebelah dalam yang akan dicat. Sambungannya perlu ditekan serong pada sebelah bawah. Kesannya pada permukaan dinding kelihatan rata, kemas dan tidak ternampak bayang-bayang.


d) Kemas ikat sambungan terbenam (recessed joint) Kemas ikat ini juga dipanggil kemas ikat keruk. Sambungan mortar ini dikeruk lebih kurang 12 mm dan dibiarkan dalam keadaan ini. e) Kemas ikat sambungan kunci (keyed joint) Kemas ikat ini mempunyai kemasan yang menarik. Peralatan khas diperlukan untuk membuat kemasan ini. 2. Kemas ikat timbul (pointing) Kemas ikat ini dilakukan selepas kerja menerap bata selesai. Campuran mortar 1:3 digunakan untuk bata muka. Bata muka mortar berwarna juga boleh digunakan untuk mendapatkan corak yang menarik pada muka tembok. (a) Kemas ikat timbul kumai (beaded point) Kemas ikat ini dibuat timbul dan menjulur keluar dan tidak disyorkan kerana mudah rosak atau patah. b) Kemas ikat timbul julur(cantilever point) Kemas ikat ini dibuat khas untuk nilai estetika. Motar lama Motar lama


JENIS –JENIS PERALATAN KERJA BATA Peralatan ini yang selalu digunakan dan menjadi peralatan yang penting dalam kerja melepa. Sudip Bata / Brick Trowel Pita Pengukur / Measuring Tape Alat Aras Spirit / Spirit Level Aluminium Straight Edge Sesiku L Bangunan / Building Squaer Benang nylon Brick raker jointing Sudip Kemas Ikat/ joint filler


Baldi / Bucket Penyodok / Shovel Cangkul / Hoe Pensil tukang


JENIS-JENIS IKATAN TEMBOK BATA 1. Prinsip-prinsip utama dalam ikatan bata adalah seperti yangberikut: (a) Susunan dalam ikatan bata mestilah mempunyai lekap (lap) atau bata untuk mengelakkan sambungan puga lurus di permukaan atau pada tembok. (b) Mengikut jenis ikatan bata yang telah ditetapkan oleh pereka bentuk untuk memastikan kestabilan tembok yang dibina dan mengekalkan kesenian reka bentuk.Tembok yang tidak mempunyai lekap, iaitu berkeadaan sambungan pugak lurus, akan mengakibatkan tembok tidak kuat dan kurang stabil. Perbandingan penerimaan dan pengagihan beban bagi kedua-dua keadaan tembok ini ditunjukkan dalam Salur penyebaran beban Beban Sambungan pugak lurus Penyebaran beban yang sekata pada ikatan yang mempunyai lekap. Perbandingan penerimaan dan pengagihan beban pada tembok. Bata kerat dan bata penutup bertindak mengelakkan sambungan pugak lurus pada tembok. Maklumat Penting Menerap bata bermaksud mengatur atau menyusun bata mengikut corak atau pola tertentu dan pada masa yang sama mengekalkan kekuatan binaannya. Corak atau pola susunan bata adalah bergantung pada jenis ikatan bata. Bata ini diterap dan diikat menggunakan mortar. Spesifikasi kerja bata: • Simen Portland Biasa(OPC) – MS 7.13 • Batu baur halus – BS1200 • Bata tanah liat – MS7.60 • Bata kegunaan dalambangunan – BS 187


A. Ikatan Sisi Bata Ikatan ini sesuai untuk tembok yang mempunyai ketebalan ½ bata atau 112.5 mm tebal. Setiap lapisan akan menampakkan susunan sisi bata sahaja. Ikatan ini sesuai untuk binaan seperti tembok sekat, tembok pemisah dan tembok yang tidak menanggung beban yang tinggi. Gambar Rajah di bawah menunjukkan ikatan sisi bata ,pelan lapisan pertama dan kedua ikatan sisi bata serta menunjukkan isometric bercerai ikatan sisi bata. Ikatan sisi bata. Pelan lapisan pertama. ½B ½B Pelan lapisan kedua. Pelan lapisan pertama dan kedua ikatan sisi bata.


Isometri bercerai ikatan sisi bata. Pengenalan kepada asas-asas kerja bata. Secara individu, kamu dikehendaki membina tembok bata. Untuk melakukan tugasan tersebut, kamu perlu menyediakan bahan dan peralatan serta melakukan tugasan yang berikut: 1. Membancuh mortar. 2. Memegang bata. 3. Memegang sudip bata. 4. Menyebar mortar. 5. Melekap mortar. 6. Meletak bata. 7. Menetap kedudukan bata. 8. Mengemas sambungan mortar. 9. Menguji tolok. 10. Menguji pugak. 11. Menguji aras. 12. Menguji jajaran. Bahan Peralatan 1. Bata penuh 1. Sudip bata 2. Mortar kapur secukupnya 2. Alat aras spirit 3. Tolok bata


Langkah Kerja Pemasangan Tembok Bata 1. Bancuh Mortar - Bancuh mortar kapur dengan nisbah 1:3. 2. Memegang Bata - Pegang bata dengan tangan kiri dan tangan kanan memegang sudip bata atau sebaliknya. 3. Memegang sudip bata. - Pegang sudip dengan tetap dan kemas. 4. Menyebar mortar. - mortar sepenuh sudip dan sebarkan ke atas bata. 5. Melekap mortar. - Lekapkan mortar pada kepala bata atau sisi bata dengan sudip 6. Meletak bata. - Letakkan bata di atas sambungan dasar dan tekan ke atas mortar.


7. Menetap kedudukan bata. - Tetapkan kedudukan bata yang diterap dan ketuk dengan sudip bata. 8. Mengemas sambungan mortar. - Potong dan paras mortar yang terkeluar daripada permukaan tembok dengan sudip. 9. Menguji tolok. (a) Pegang tolok bata secara pugak di hujung tepi lapisan bata yang diuji sehingga lapisan terakhir. (b) Pastikan ketinggian bata sama dengan ketinggian tolok. 10. Menguji pugak. (a) Pegang alat aras spirit dengan pugak di hujung tepi lapisan bata. (b) Pastikan gelembung udara berada di tengah. 11. Menguji aras. (a) Letakkan alat aras spirit memanjang di tengah bata yang akan diuji kerataannya. (b) Pastikan gelembung udara berada di tengah. 12. Menguji jajaran. - Pegang tolok bata secara bersilang pada permukaan tembok bata yang hendak diuji untuk memastikan permukaan dinding tembok sentiasa rata.


Ikatan Inggeris Ikatan ini merupakan ikatan yang paling kuat dalam kerja bata dan sesuai untuk dinding 1 bata dan ke atas. Ikatannya menampakkan susunan kepala bata dan sisi bata secara berselang-seli dalam lapisan yang berlainan serta bata penutup setengah yang diletakan bersebelahan dengan kepala bata penjuru. Tujuannya ialah untuk mengelakkan sambungan tegak yang berterusan . Lekapnya ialah ¼ bata. Gambar di bawah menunjukkan ikatan Inggeris serta pelan lapisan ikatan Inggeris dan isometri bercerai ikatan Inggeris.


Pelan Lapisan Ikatan Pelan lapisan pertama. Bata penutup ½ Pelan lapisan kedua. Rajah Pelan lapisan ikatan Inggeris. Rajah menujukan Isometri bercerai ikatan Inggeris.


Ikatan Flemish Ikatan ini akan menampakkan susunan kepala bata dan sisi bata secara berselang-seli dalam satu lapisan. Ikatan Flemish boleh dipecahkan kepada dua, iaitu: (a) Ikatan Flemish Kembar – Kedua-dua muka tembok menunjukkan ikatan Flemish. (b) Ikatan Flemish Tunggal – Muka hadapan menggunakan ikatan Flemish sementara di sebelah belakang pula menggunakan ikatan Inggeris. Gambar Foto 3.6 menunjukkan ikatan Flemish dan Rajah 3.9 menunjukkan pelan lapisan ikatan Flemish. Rajah 3.10 menunjukkan isometri bercerai ikatan Flemish. Pelan lapisan pertama. Bata penutup ½ Pelan lapisan kedua.


Rajah 3.9 Pelan lapisan ikatan Flemish. Peringatan: Kemalangan dan kecederaan boleh terjadi disebabkan oleh: • kurang minat dan perhatian terhadap kerja yang dilakukan. • kelalaian dan kelesuan. • pakaian dan alat keselamatan yang tidak sesuai. • peralatan yang tidak selamat.


KERJA MELEPA TEMBOK Mortar untuk melepa Mortar ialah bahan utama untuk melakukan kerja lepaan. Terdapat beberapa nisbah bancuhan untuk di gunakan mengikut tempat yang dikehendaki. Ia terdiri daripada campuran pasir dan simen yang dicampur dengan air bersih. a) Nisbah bancuhan 1:3 (1 bahagian simen dan 3 bahagian pasir) dibuat ditempat yang menangung Beban seperti dikilang, lorong pejalang kaki, bengkel berjentera dan sebagainya dengan ketebalan 25mm. b) Nisbah bancuhan 1:4 sesuai untuk penggunaan didewan, padang permainan dan dan lain-lain dengan ketebalan 16mm. c) Nisbah bancuhan 1:5 kebiasanya untuk kerja-kerja lepaan didalam rumah dan tempat yang diterima bebanan yang banyak dengan ketebalan minimum 12mm.


Jenis –jenis peralatan Peralatan ini yang selalu digunakan dan menjadi peralatan yang penting dalam kerja melepa. Pemaras Keluli / Plastering Trowel Pemegaang Mortar / Hawk Papan Gosok / Wooden Float Pemaras Kayu Panjang / Darby Float Span Gosok/ Sponge Trowel Aluminium / Aluminium Straight Edge Sesiku L Bangunan / Building Squaer Pemaras Kayu Panjang / Darby Float


Alat Aras Spirit / Spirit Level Sudip Penjuru / Corner Trowel Baldi / Bucket Penyodok / Shovel Cangkul / Hoe Mesin Tuang Kasar / Rough Cast Machine


PENYEDIAAN MORTAR PENERANGAN: Mortar Simen – Kapur Mortar jenis ini juga dikenali sebagai ‘mortar Compo’. Campurannya samada satu bahagian simen, dua bahagian kapur dan tiga hingga enam bahagian pasir atau pada nisbah 1:1:6 mengikut jenis kerja dan kekuatan yang diperlukan bagi sesuatu kerja. Mortar jenis ini paling sesuai untuk kerja-kerja melepa. Kebaikan campuran simen dan kapur ini adalah bagi memastikan mortar yang mempunyai kualiti dan mudah dikerjakan, tahan air dan mempunyai daya ikatan yang baik selain daripada ikatan mampu matang dengan cepat dan tidak terlalu kuat keadaannya. Kapur yang digunakan seharusnya samada jenis ‘non-hydraulic’ atau ‘semihydraulic’. Sebagai satu alternatif kepada penggunaan kapur tetapi ingin mengekalkan kualiti mudah dikerjakan ke atas campuran simen pasir sahaja masa ‘plasticier’ dicampur kepada campuran simen pasir itu. Langkah Kerja A. Langkah kerja penyediaan mortar compo. + +


1. Sediakan peralatan membancuh mortar. (a) Papan mortar (mortar board) (b) Penyodok (shovel) (c) Baldi jurubina (bucket) 2. Campurkan 1 bahagian simen 1 bahagian kapor 6 bahagian pasir halus dan tuangkannya ke atas papan mortar. 3. Gaul simen dan pasir


4. Sediakan lubang di tengah-tengah campuran. Tuangkan air dan kapur pada kadar tertentu dan gaulkannya. Kadar air ditentukan oleh kelembapan pasir yang digunakan. 5. Gaul campuran ini sehingga sebati dengan menambahkan air sehingga mortar mempunyai kejeleketan yang dikehendaki.


TAJUK : MELEPA PELBAGAI PERMUKAAN PENERANGAN: KERJA-KERJA LEPAAN Permukaan bata yang memerlukan kerja-kerja lepaan adalah dikhususkan pada dinding atau tembok yang menggunakan bata tanah, bata pasir, blok konkrit atau apa juga jenis bata yang sesuai untuk dilepa bagi menutup permukaannya. Ini bertujuan untuk menyerlahkan lagi kecantikan, memberikan perlindungan pada dinding atau tembok yang dibina itu sendiri. Tujuan Lepaan i. Melindungi atau menutup kerja-kerja bata atau konkrit yang kurang elok. ii. Melindungi atau menutup bahan binaan yang rendah mutunya. iii. Memberikan permukaan yang lebih cantik iaitu lurus, rata dan licin. iv. Melindungi permukaan daripada tindakan cuaca supaya ia lebih tahan lama dan lasak. v. Memberi alas yang sesuai untuk mengecat. vi. Menghasilkan permukaan tembok atau siling yang bersih dari segi kesihatan. Jenis-jenis Lepaan a. Lepa Kapur b. Lepa Gypsum c. Lepa Simen a. Lepa Kapur Lepa ini mengandungi kapur, pasir dan air yang dibancuh mengikut nisbah yang tertentu. Nisbah campuran/bancuhan yang lazimnya dibuat adalah 1:2 ( 1 bahagian kapur : 2 bahagian pasir) dan lepa ini dikemaskan lagi dengan dampul kapur. b. Lepa Gypsum Bahan-bahan untuk lepa jenis ini adalah terdiri daripada serbuk gypsum yang dibancuh dengan air. Bancuhan tersebut hendaklah pekat dan liat supaya mudah kerja-kerja lepaan dilakukan. Lepaan jenis ini tidak perlu tebal memadai 5 mm sahaja. Kerja-kerja lepaaan jenis ini hanya dilakukan pada permukaan siling sahaja. Lepa gypsum tidak tahan pada tindakan cuaca lembab, oleh itu lepaan hanyalah dibuat pada ruangan yang tertutup/berbumbung sahaja. c. Lepa simen. Lepa simen dibuat dengan menggunakan simen, kapur dan pasir halus. Nisbah bancuhan lepa simen adalah 1 : 1: 4 ( 1 bahagian simen : 1 bahagian kapur : 4 bahagian pasir halus) ataupun 1:3 jika kita menggunkan simen yang telah dimasukan kapur / simen penampal (Wallcrete / Masonry Portland Cement). Lepaan jenis ini boleh dibuat pada semua bahagian dinding samada bahagian dalam atau luar, siling dan lantai kerana ianya tahan pada tindakan cuaca.


Kerja-kerja lepa boleh dibahagikan kepada 3 bahagian : a. Lepaan bahagian dinding b. Lepaan bahagian lantai c. Lepaan bahagian atas / siling Mortar untuk Lepaan Mortar ialah bahan utama untuk melakukan kerja-kerja lepaan. Terdapat beberapa nisbah bancuhan mortar untuk digunakan mengikut tempat yang dikehendaki. Ia terdiri daripada campuran simen dengan pasir yang dibancuhkan dengan air bersih. a. Nisbah bancuhan 1:3 (1 bahagian simen : 3 bahagian pasir) dibuat pada tempat yang menanggung beban seperti kilang, bengkel berjentera dan lain-lain dengan ketebalan 25 mm. b. Nisbah bancuhan 1:4 ( 1 bahagian simen : 4 bahagian pasir) dibuat pada bahagian dinding- dinding bangunan samada bahagian luar atau dalam dengan ketebalan 18.75mm ( 20mm) Penyediaan Pada Permukaan Yang Hendak Dilepa Tempat yang akan dilepa mestilah bersih dari sebarang kekotoran seperti habuk, tanah, minyak, cat dan apa-apa yang menghalang mortar daripada melekat pada permukaan yang hendak dilepa. a. Permukaan bata Permukaan ini kebiasaanya terdiri dari bata-bata yang ikatannya dari jenis bata tanah, bata pasir ataupun blok b. Permukaan konkrit. Konkrit-konkrit juga memerlukan lepaan terutamanya pada bahagian lantai, dinding, rasuk, alang dan pada mana-mana permukaann yang terdedah pada cuaca. Selain untuk menutup permukaannya yang kasar, ianya juga dapat mencantikan bahagian luar agar kelihatan lebih kemas dan menarik kecuali permukaan yang tidak memerlukan lepaan iaitu hiasan asal konkrit yang diadakan dengan sengaja. Kaedah Lepaan Kerja-kerja lepaan yang dijalankan mempunyai kaedah yang tersendiri. Selain penggunaan mesin lepaan, ianya juga dilakukan secara manual iaitu lapisan demi lapisan. Lapisan untuk dilepa boleh dibahagikan kepada tiga lapisan. Bagi lapisan pertama, ia dikenali sebagai lapisan asas yang dilepa kasar setebal 10-12mm. Untuk


lapisan kedua ianya lebih dikenali sebagai lapisan tengah atau pertengahan. Permukaan ini dilepa dan diratakan dengan menggunakan pemaras kayu panjang dan diratakan dengan menggunakan kayu perata. Ketebalannya dibuat setebal 8-10 mm. Keratan lapisan dinding yang dilepa. Pemaras keluli / Plastering Trowel Bekas pemegang Mortar/ Hawk


Melepa permukaan bata secara manual Penyediaan Tempat Lepaan Tempat-tempat yang akan dilepa mestilah bersih dari sebarang kekotoran. Untuk kerja- kerja lepaan ditempat yang tinggi, penggunaan peranca diperlukan bagi kemudahan bekerja. Lepaan boleh dibuat di tempat seperti dibawah: a) Permukaan bata Permukaan ini kebiasaanya terdiri dari bata-bata yang ikatannya dari jenis bata biasa, bata pasir ataupun bata blok. Lihat gambar dibawah. b) Permukaan Tetulang Logam Bagi permukaan jenis ini, lepaan dibuat pada bahagian hadapan dawai mata punai yang disusun sebanyak dua lapisan. Pada bahagian belakangnya, papan lapis dan kertas kalis air langkan bolehlah diletakkan sebagai penyokong bagi mengelak motar dari jatuh dan tidak dapat melekat pada permukaan yang dilepa dengan baik. Lihat gambar di bawah. Melepa pada permukaan logam


c) Permukaan Konkrit Konkrit-konkrit juga memerlukan lepaan terutamanya pada bahagian lantai, dinding, rasuk, alang dan pada mana-mana permukaan yang terdedah pada cuaca. Selain menutup permukaannya yang kasar, ia dapat mencantikkan bahagian luar agar kelihatan lebih kemas dan menarik kecuali permukaan yang tidak memerlukan permukaan lepaan iaitu hiasan asal konkrit yang diadakan dengan sengaja. Lihatgambar di bawah d)


e) Melepa pada bahagian penjuru Penggunaan alat-alat spirit dan pemaras kayu panjang bagi mendapatkan dinding lepaan yaang tegak dan rata


TAJUK : MELEPA KEMASAN LICIN DAN KASAR PENERANGAN: KERJA-KERJA KEMASAN LEPAAN Permukaan lepa yang telah siap perlu dibuat kemasan sesuai dengan keperluan tembok supaya lebih kemas.Kesesuaian kemasan bertujuan untuk menyerlahkan lagi kecantikan, memberikan perlindungan pada dinding atau tembok yang dibina itu sendiri. a. Kemasan Licin (Cement Face) Kemasan ini dibuat dengan menggunakan bancuhan simen yang pekat (Cement Slurry) kemudian di ratakan pada permukaan lepaan dengan menggunakan sudip lepa (Plastering Trowel) untuk mendapatkan permukaan yang licin. Lapisan simen yang ratakan hendaklah nipis sahaja dan tidak boleh ditebalkan, kerana jika ditebalkan permukaan tersebut berkemungkinan tidak rata pada keseluruhannya. Lapisan ini dibuat setelah permukaan lepaan hampir kering. b. Kemasan Muka Pasir (Sponge Finishing) Kemasan ini dibuat dengan menggunakan span (Sponge Trowel) yang diratakan pada permukaan lepaan untuk menampakkan permukaan pasir. Kemasan ini dibuat setelah permukaan lepaan hampir kering supaya muka pasir nampak lebih cantik serta jelas dan memudahkan kerja-kerja merata dengan span. c. Kemasan Shanghai Kemasan Shanghai dibuat dengan menggunakan campuran batu kelikir (shanghai / pebbles stone) dengan simen portland biasa atau simen warna. Nisbah bancuhan adalah 1:1 (1 simen : 1 bahagian batu Shanghai) atau 1:2 (1 bahagian Simen : 2 bahagian batu Shanghai). Campuran bahan tadi dilepa pada permukaan dinding/tembok bermula daripada bahagian bawah ke atas. Setelah dilepa, permukaan tersebut diratakan dengan menggunakan pemaras kayu panjang dan kayu perata untuk mendapatkan permukaan yang sama dan rata. Setelah permukaan tersebut rata dan hampir kering, permukaan tersebut disembur dengan air menggunakan penyembur air (Iron Spray) untuk menampakkan permukaan batu Shanghai / Pebbles. Kemudian permukaaan tersebut diberus dengan menggunakan berus kecil seperti berus kasut supaya menyerlahkan lagi permukaan batu tersebut. Selepas itu permukaan tersebut dilap dengan menggunakan span yang bersih. Setelah permukaan batu tersebut bersih dan kering bolehlah kita menyapukan permukaan tersebut dengan menggunakan pengilat batu supaya nampak berkilau dan tahan pada tindakan cuaca.


Jenis-jenis Batu Kelikir (Shanghai / Pebbles Stone) Kemasan Shanghai d. Kemasan Kerutu (Rough Cast Finishing) Kemasan kerutu dibuat setelah sesuatu permukaan dilepa. Ianya dibuat dengan menggunakan bancuhan mortar yang di masukkan ke dalam mesin penyembur ( Rough Cast Machine). Kemudian di semburkan ke permukaan yang dilepa mengikut corak yang dikehendaki setebal 10 mm. Kemasan tersebut pada tembok / dinding hiasan sama di dalam atau di luar sesuatu binaan.


e. Kemasan Skim (Skim Coat Finishing) Kemasan skim dibuat hampir sama dengan kemasan licin, cuma bahan yang digunakan adalah daripada campuran air dan serbuk skim (skim coat) yang dibancuh menjadi pekat. Seterusnya bancuhan tadi dilepa pada permukaan kering yang telah dilepa untuk menampakkan kerataan dan kecantikan. Kemasan Skim ( Skim Coat Finishing)


PENGIRAAN BATA DAN MELEPA PENGIRAAN BATA 1. ANGGARAN BATA Bilangan bata yang diperlukan dalam pembinaan tembok bangunan dihitung berdasar kepada luas permukaan 1 meter persegi dan ½ bata tebal. 1 meter persegi = 1000mm x 1000mm Muka sisi bata = 225mm x 75mm Bilangan bata = 1000 x 1000 ÷ 225 x 75 = 59.259 = 60 biji Luas tembok 1m² 1m² 1m² 1m² Tebal tembok ½ bata 1 bata 1½ bata 2 bata Bil. bata 60 120 180 240 Contoh 1 : Bina sebuah tembok ½ bata tebal 8 m panjang dan 3 m tinggi ? Jawapan : Luas tembok = Panjang x Tinggi = 8 m x 3 m = 24 m² Bilangan bata = Luas tembok x Jumlah bata dalam 1 m² = 24 x 60 = 1440 biji Contoh 2 : Hitungkan bilangan bata yang diperlukan untuk membina sebuah tembok 1 bata tebal, 6 m panjang dan 3 m tinggi. Jawapan : Luas tembok = Panjang x Tinggi = 6 m x 3 m = 18 m² Bilangan bata = Luas tembok x Jumlah bata dalam 1 m² = 18 x 120 = 2160 biji


2. ANGGARAN MORTAR Mortar yang diperlukan dalam kerja mengikat bata adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual dibawah . Tembok bata 1.0m³ ½ bata x 1 m² 1 bata x 1 m² Isipadau mortar 0.25 m³ 0.025 m³ 0.05 m³ Catatan: 1. Satu faktor 1.3 ( 30% tambahan ) hendak didarabkan dengan isipadu mortar yang padat untuk mendapatkan isipadu simen dan pasir yang kering ( Sebelum dibancuh bersama air ). 2. 1 liter simen = 1.44 kg 3. 1 bag simen = 50 kg 4. 1 bag simen = 0.035 m³ Contoh 2 : Hitung bahan – bahan bata, pasir, dan simen yang diperlukan untuk membina sebuah tembok bata 1 bata tebal berukuran 3 m x 5 m. Nisbah bancuhan mortar ialah 1:6. Jawapan : Luas tembok = Panjang x Tinggi = 3m x 5m = 15 m² Bilangan bata = Luas tembok x Jumlah bata dalam 1 m² = 15 x 120 = 1800 biji Isipadu mortar= Luas tembok x Jumlah mortar dalam 1 m² = 15 m² x 0.05 m³ = 0.75 m³ Isipadu mortar= 0.75 x 1.3 ( Kering ) = 0.98 m³ Isipadu simen = Isipadu mortar x nisbah simen = 0.98 x 1/7 (nisbah bancuhan 1:6 ) = 0.14m³ = 0.14 beg 0.035 = 4 bag Isipadu pasir = Isipadu mortar x nisbah pasir = 0.98 x 6/7 = 0.84 m³ Bahan – bahan yang diperlukan : Bata = 1800 biji. Pasir = 0.84 m³


Simen = 4 bag. PENGIRAAN MELEPA PENERANGAN: Antara pentingnya pengiraan dalam setiap kerja binaan adalah bertujuan mendapatkan jumlah ataupun kapasiti sesuatu bahan yang diperlukan seperti mortar yang diperlukan dalam kerja melepa berdasar kepada nisbah isipadunya, ia adalah bertujuan untuk mendapatkan jumlah anggaran bahan serta mengelakan berlakunya pembaziran yang ketara serta tidak berlaku kerja yang berulang-ulang. Seperti sedia maklum setiap pengiraan perlu mendapatkan ukuran untuk seseorang itu boleh mengira jumlah bahan serta kos yang diperlukan, untuk mendapatkan ukuran seseorang itu perlu mendapatkan ukuran panjang, keluasan dan ketebalan dimana akan menghasilkan isipadu. Keluasan dinding lepa Tebal Lepaan 19mm Nisbah Bancuhan 1:1:3 Melepa luar dan dalam ( 2 bahagian dinding) 5m TEMBOK DINDING 4m


a. Luas kawasan = 4m x 5m x 2 (luar dan dalam ) = 40m² b. Tebal mortar = 19mm = 0.019m 1000 c. Isipadu mortar = 40m² x 0.019m = 0.76m³ Pembaziran 50% = 0.76m³ x 50 = 0.38m³ 100 Jumlah mortar = 0.76m³ + 0.38m³ = 1.14m³ Jumlah simen, kapor dan pasir 1 Bahagian simen = 1.14m³ x 1 5 = 0.228m³ 1 Bahagian kapor = 1.14m³ x 1 5 = 0.228m³ 3 Bahagian pasir = 1.14m³ x 3 5 = 0.684m³ SUMBER MAKLUMAT : TAN BOON TONG (1995) , BINAAN BANGUNAN – DBP ,KUALA LUMPUR


Click to View FlipBook Version