The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by salfaezan, 2020-12-24 02:25:59

KAJIAN TINDAKAN MPP KMKU

KAJIAN TINDAKAN MPP KMKU

PROGRAM U-LEADS

Tajuk : Keberkesanan Kelas Dalam Talian Dalam Kalangan Para Pelajar
Kolej Mara Kulim

Nama Ahli Kumpulan :
Muhammad Zaim bin Mohamad Bahrin

Hannah binti Farid
Syawal Fitri bin Rosli
Nabila Sabrina binti Shanusi
Ma’az Balkhi b A. Sahar
Muhammad Nor Asyrani bin Zainal Bahri

PENGENALAN

Penularan wabak Covid-19 telah memberi banyak impak yang negatif kepada pelbagai pihak
terutamanya sebilangan besar golongan pelajar. Perintah kawalan pergerakan oleh YAB Perdana
Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengurangkan penyebaran wabak penyakit
berjangkit ini telah menjejaskan kebanyakan sektor sosial dan pekerjaan. Walaupun sekatan pergerakan
ini murni, malangnya usaha ini telah memberi banyak kesan yang negatif dalam kalangan masyarakat
terutamanya golongan pelajar di Malaysia. Sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang prihatin,
objektif utama kami adalah untuk memastikan kebajikan para pelajar di kolej dijaga dengan baik dengan
mengenal pasti isu dan permasalahan yang timbul dalam kalangan para pelajar.

Masalah utama yang dihadapi oleh para pelajar di Kolej MARA Kulim sewaktu pandemik ini
adalah kelas secara bersemuka yang tidak dapat dijalankan dan telah digantikan dengan kelas dalam
talian setelah pelajar-pelajar diarah pulang ke rumah masing-masing atas faktor peningkatan kes semasa
Covid-19 yang membimbangkan mutakhir ini. Kelas dalam talian yang dianggap kurang efektif oleh
para pelajar tidak dapat dielak bagi membendung wabak ini daripada terus merebak dalam komuniti
setempat. Oleh itu, cara yang terbaik untuk menyelesaikan dilema ini adalah dengan mengenalpasti
faktor yang menjejaskan tahap keberkesanan kelas dalam talian dan mencadangkan solusi bagi
menambahbaik aspek-aspek yang bermasalah. Terdapat beberapa faktor yang dianggap mengurangkan
keberkesanan kelas dalam talian menurut beberapa orang pelajar kolej dalam satu sesi temubual
sebelum kajian tindakan ini dilaksanakan.

Dalam kajian ini, kami mengambil pendekatan untuk mengkaji masalah yang mungkin timbul
daripada kelas dalam talian daripada beberapa aspek yang berbeza. Aspek-aspek tersebut adalah faktor
kemudahan rangkaian internet dan peranti, faktor pelajar dan faktor pensyarah. Kajian dilakukan
berdasarkan perspektif para pelajar Kolej Mara Kulim sendiri agar dapat memberi impak dan kesan
kepada mereka secara langsung sebagai kumpulan sasaran kajian tindakan ini.

OBJEKTIF

Objektif utama kajian tindakan ini dilakukan adalah bagi mengenalpasti halangan-halangan
yang menjadi punca utama kelas dalam talian tidak begitu efisien berbanding kelas secara bersemuka
samaada kepada para pelajar mahupun tenaga pengajar. Dalam situasi pandemik ini, pihak kolej telah
memutuskan untuk menjalankan kelas dalam talian berbanding kelas secara bersemuka sebagai langkah
berjaga-jaga yang selari dengan saranan pihak kerajaan untuk mengekang penyebaran wabak Covid-19
dalam sektor pendidikan. Kelas dan kuliah yang dijalankan dalam talian merupakan alternatif yang
diambil oleh para tenaga pengajar bagi meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran dalam
menghadapi situasi pandemik ini.

Objektif kedua pula adalah bagi memastikan cara-cara atau usaha-usaha yang boleh diambil
sebagai langkah awal kepada pelajar-pelajar juga tenaga pengajar untuk menangani masalah-masalah
yang sering berlaku apabila kelas dalam talian dijalankan di kolej. Kelas dalam talian akan menjadi
lebih efisien apabila pelbagai cara atau kaedah yang sewajarnya diambil bagi memastikan para pelajar
mendapat sepenuhnya ilmu yang diajar oleh tenaga pengajar walaupun mereka belajar dari rumah.

1

KAEDAH KAJIAN

1. Temubual secara atas talian bersama pelajar melalui aplikasi Whatsapp.

Majlis Perwakilan Pelajar Kolej MARA Kulim sesi 2020/2021 menjalankan temubual
berkenaan latar belakang pelajar dan pengalaman serta masalah-masalah yang dihadapi semasa
menjalani kelas dalam talian. Sebelum penyelidik, iaitu ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bertemu
secara dalam talian dengan para pelajar yang dipilih untuk menyertai temubual tersebut melalui
panggilan video, beberapa soalan yang akan digunakan semasa sesi temubual telah disediakan terlebih
dahulu oleh pihak MPP. Hal ini bagi memastikan soalan-soalan yang ingin diajukan dapat dijawab oleh
para pelajar semasa sesi temubual ini. Maklumat-maklumat yang dikehendaki oleh pihak MPP dapat
diperolehi serta boleh dijadikan sebagai asas dalam pernyataan masalah untuk dimasukkan ke dalam
kajiselidik yang dijalankan.

2. Pengumpulan data melalui kaedah kajiselidik dengan menggunakan aplikasi Google Forms.

Dalam kaedah ini, pihak MPP telah menyediakan beberapa soalan berdasarkan hasil temubual
dan adaptasi soalan kajiselidik yang lalu untuk diajukan kepada para pelajar Kolej MARA Kulim.
Kaedah ini dirangka bagi membolehkan pihak MPP untuk mendapatkan dapatan dan gambaran secara
menyeluruh dan lebih tepat mengenai permasalahan dalam kajian tindakan ini.

Borang soal selidik yang diedarkan kepada para pelajar mempunyai beberapa butiran yang
perlu diisi, antaranya ialah:

a. Latar belakang demografi pelajar
b. Program pengajian di Kolej MARA Kulim
c. Pendapat pelajar tentang capaian dan kemudahan peranti bagi menjalani kelas atas

talian
d. Pendapat pelajar berkenaan kesukaran yang dialami semasa menjalani kelas atas talian
e. Pendapat pelajar berkenaan permasalahan berkaitan pensyarah semasa kelas atas talian

Kesemua soalan-soalan ini dibina dalam dua format iaitu dalam bentuk skala likert dan respon
terbuka. Bagi jawapan yang berbentuk skala likert, pelajar dikehendaki menandakan tahap persetujuan
mereka terhadap kenyataan-kenyataan yang terdapat di dalam borang soal selidik tersebut. Skala-skala
yang dipilih adalah sama ada (1) - Sangat Tidak Setuju, (2) - Tidak Setuju, (3) - Setuju, (4) - Sangat
Setuju. Manakala melalui jawapan yang diberikan dalam bentuk respon terbuka pula, pelajar
dikehendaki menaip pendapat dan cadangan mereka dalam ruangan yang disediakan.

3. Pelbagai idea dan pendapat telah di ambil dari sumber Internet.

Semasa menjalankan kajian ini, pihak MPP telah menggunakan sumber-sumber daripada
internet bagi mendapatkan lebih banyak informasi dan juga maklumat-maklumat tambahan yang boleh
dijadikan sebagai bahan input bagi menyempurnakan kajian ini.Contoh kajian lampau juga dicari di
Internet supaya dapat dijadikan rujukan agar kajian tersebut dapat ditambahbaik.

2

HASIL DAN TINDAKAN KAJIAN TINDAKAN

Statistik Deskriptif
No

Soalan N Minimum Maksimum Min Sisihan Piawai

1 Saya mempunyai peralatan dan 340 1.00 4.00 3.2735 .56329
kemudahan yang mencukupi (komputer
peribadi / komputer riba / telefon pintar /
Internet / perisian) untuk menyertai
kuliah/kelas secara atas talian.

2 Pensyarah menggunakan peranti yang 338 1.00 4.00 3.2219 .55648
sewajarnya untuk mengendalikan
kuliah/kelas secara atas talian. 1.00 4.00 2.3235 .88316
1.00 4.00 2.2130 .71163
3 Rangkaian internet saya kurang stabil. 340 1.00 4.00 2.9912 .63099

4 Rangkaian internet pensyarah kurang 338
stabil.

Saya mempunyai pengetahuan komputer 340
5 dan kemahiran IT yang wajar untuk

menguruskan pembelajaran dalam talian.

6 Aplikasi pembelajaran secara atas talian 340 1.00 4.00 2.5412 .82802
senang digunakan. 1.00 4.00 3.0765 .80194

7 Kuliah/Kelas secara atas talian tidak 340 1.00 4.00 2.8559 .81999
efektif berbanding kuliah secara 1.00 4.00 3.0765 .79082
bersemuka.

8 Masa banyak terbuang untuk menunggu 340
para pelajar memasuki kelas dalam talian.

9 Kuliah/Kelas dalam talian lebih sukar 340
difahami daripada kuliah secara
bersemuka.

3

10 Saya kecewa dan kurang berminat untuk 340 1.00 4.00 2.6529 .84673
belajar secara atas talian. 1.00 4.00 2.6676 .83691
1.00 4.00 2.9324 .82269
11 Pembelajaran secara atas talian tidak 340 1.00 4.00 2.7382 .85480
menyeronokkan. 1.00 4.00 3.1412 .75105
1.00 4.00 2.4882 .85696
12 Saya memerlukan motivasi yang tinggi 340 1.00 4.00 1.9853 .91356
untuk belajar secara atas talian. 1.00 4.00 2.1893 .78162

13 Saya sukar untuk bertanya soalan kerana 340 1.00 4.00 2.8225 .80678
kuliah/kelas dijalankan secara atas talian. 1.00 4.00 2.0680 .72561
1.00 4.00 3.0562 .65353
14 Kurang interaksi secara langsung antara 340
pensyarah dan pelajar apabila kelas dalam
talian dijalankan.

15 Saya selesa untuk menjalani kuliah/kelas 340
secara atas talian dalam tempoh
penularan wabak covid-19.

16 Saya selesa dan berminat menjalani 340
kuliah/kelas secara atas talian walaupun
selepas wabak covid-19 berakhir.

17 Pensyarah kurang memberi perhatian 338
kepada pelajar semasa kuliah/kelas atas
talian berbanding kuliah/kelas secara
bersemuka.

18 Interaksi dan komunikasi yang tidak 338
konsisten / kurang berkesan antara pelajar
dengan pensyarah.

19 Tenaga pengajar kurang mahir 338
mengendalikan kuliah/kelas dalam talian.

20 Pensyarah menggunakan pelbagai kaedah 338
untuk menarik minat pelajar semasa
kuliah/kelas secara atas talian.

4

Berdasarkan kaji selidik yang telah dijalankan oleh ahli Majlis Perwakilan Pelajar sesi
2020/2021, kami mendapati bahawa terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh para pelajar Kolej
MARA Kulim apabila kelas secara dalam talian dijalankan. Merujuk jadual di atas, secara keseluruhan
skala min dapat diterangkan seperti berikut:

1.00 – 1.99 = Sangat tidak setuju
2.00 – 2.99 = Tidak setuju
3.00 – 3.99 = Setuju
4.00 = Sangat setuju

Hal ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah sebenar pelajar apabila menjalankan kelas
dalam talian berdasarkan purata keputusan kajiselidik yang telah diberikan kepada para pelajar Kolej
MARA Kulim. Dapatan kajiselidik yang telah dijalankan menunjukkan terdapat 7 permasalahan utama
yang telah dikenalpasti daripada 20 pernyataan masalah yang telah dikemukakan kepada para pelajar
dalam kajiselidik tersebut.

Berdasarkan dapatan kajiselidik, soalan no 5 dengan purata nilai min 2.99 menerangkan
sebahagian besar pelajar tidak mempunyai pengetahuan komputer dan kemahiran IT yang wajar untuk
menguruskan pembelajaran atas talian. Hal ini kerana rata-rata pelajar tidak mempunyai pengalaman
belajar secara atas talian sebelum penularan wabak Covid-19. Oleh itu, sebahagian mereka mungkin
mempunyai masalah dalam mengendalikan peranti elektronik dan aplikasi pembelajaran atas talian
yang digunakan oleh pensyarah. Masalah ini dapat diatasi dengan pihak pensyarah dan MPP
menyediakan video tutorial yang lengkap mengenai cara menggunakan peranti elektronik dan aplikasi
pembelajaran supaya pelajar dapat menguruskan pembelajaran atas talian mereka dengan lebih
berkesan.

Selain itu, soalan no. 6 dengan purata nilai min 2.54 menunjukkan bahawa sebahagian besar pelajar
tidak bersetuju bahawa aplikasi pembelajaran atas talian mudah digunakan. Berdasarkan temubual
lanjut dengan responden terpilih, kaji selidik ini mendapati ramai dalam kalangan pensyarah
menggunakan aplikasi yang berbeza untuk menjalankan kelas dalam talian, contohnya seperti
penggunaan Microsoft Teams, Zoom dan Google Classroom. Penggunaan aplikasi yang berbeza ini
menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pelajar selain masalah ruang simpanan data peranti yang
terhad. Oleh itu, pihak MPP Kolej MARA Kulim akan bertindak untuk mencadangkan kepada Timbalan
Pengarah Hal Ehwal Akademik kolej sekiranya penggunaan aplikasi seperti ini dapat diselaraskan
dalam kalangan pensyarah untuk hanya menggunakan aplikasi Microsoft Teams kerana ia lebih mudah
dikendalikan dengan kemampuan integrasi pelbagai aplikasi di samping storan awan (cloud storage)
pada kemampuan 1TB yang telah dilanggan oleh pihak kolej bagi setiap pensyarah dan pelajar.

Seterusnya, nilai min 3.08 bagi soalan no. 7 dan 9 membawa makna sebahagian besar pelajar
bersetuju bahawa kelas dalam talian tidak efektif dan pelajar lebih sukar memahami apa yang diajar
oleh pensyarah ketika kelas dalam talian dijalankan. Menurut responden dalam satu temu bual yang
dijalankan pasca kaji selidik, hal ini berlaku kerana suara pensyarah kurang jelas dan paparan skrin
tidak lancar ketika kelas dijalankan. Maka, pelajar akan kurang memahami perkara yang diajar oleh
pensyarah. Solusinya, pihak MPP akan memaklumkan kepada Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar
untuk cadangan agar kesemua pensyarah di kolej menggunakan peranti dengan spesifikasi yang sesuai
seperti “microphone” agar suara pensyarah kedengaran dengan jelas. Bagi pihak pelajar pula, adalah
dicadangkan untuk pelajar menggunakan earphone atau headphone semasa kelas dalam talian
berlangsung untuk memastikan kurang gangguan bunyi dari persekitaran, di samping penerimaan suara
yang lebih jelas.

Di samping itu, ramai pelajar bersetuju bahawa kurang interaksi secara langsung dengan rakan
apabila kelas dalam talian dijalankan yang dibuktikan dengan purata min 3.14 pada soalan 14. Hal ini
kerana terdapat segelintir pelajar berasa malu untuk membuka mikrofon/kamera dan bercakap ketika
kelas dalam talian kerana tidak mahu suara mereka kedengaran oleh pelajar yang lain. Oleh itu, adalah

5

dicadangkan kepada pensyarah-pensyarah agar dapat merekabentuk kaedah pengajaran yang lebih
interaktif di antara para pelajar, contohnya menggunakan kaedah kolaboratif sesama pelajar semasa
kelas dalam talian. Ini supaya pelajar-pelajar dapat mengadaptasi diri mereka dengan pembelajaran
dalam talian secara lebih baik kerana mereka akan lebih terdedah dengan aktiviti yang memerlukan
perbincangan dan kerjasama berpasukan melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran secara
kolaboratif.

Merujuk soalan no. 15 dan 16, sebahagian pelajar tidak selesa menjalankan kelas dalam talian samaada
semasa atau jika kaedah pembelajaran ini diteruskan selepas wabak covid-19 berlalu. Menurut temubual
lanjut pasca kajiselidik, beberapa responden menyatakan mereka terganggu dengan ahli keluarga yang
lain semasa menjalani kelas dalam talian. Solusinya, pihak MPP akan mengenengahkan isu ini kepada
pihak pentadbiran kolej agar jadual pembelajaran pelajar boleh dimaklumkan kepada ahli keluarga
supaya pelajar tidak terganggu ketika menjalani sesi pembelajaran dalam talian. Perkara ini dapat
memberikan pelajar peluang untuk memberi sepenuh perhatian ketika sesi pembelajaran dalam talian.

Namun, berlaku percanggahan pada soalan no 10 dan 11 dengan kenyataan di atas apabila pelajar juga
menunjukkan minat untuk belajar secara dalam talian dan merasakan pembelajaran dalam talian adalah
menyeronokkan. Percanggahan perspektif ini dapat dirungkai melalui kaedah temubual yang dijalankan
bersama responden yang mendapati, sebenarnya pelajar berasa berminat untuk menjalankan kelas
dalam talian akan tetapi disebabkan terdapat banyak masalah teknikal yang tidak ditangani sebelum ini,
ini membuatkan mereka merasakan kelas dalam adalah talian tidak efektif dan membuatkan mereka
lebih gemar untuk menjalani kelas secara bersemuka.

RUMUSAN

Kajian tindakan ini telah mengenalpasti wujud permasalahan yang perlu ditangani untuk
memastikan pengajaran dan pembelajaran dalam talian dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan
sistematik. Melalui kajian tindakan ini, pihak MPP Kolej MARA Kulim telah mengenalpasti beberapa
faktor yang telah mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam talian semasa
pandemik Covid-19 di kolej ini. Antaranya, kurang kemahiran komputer dan IT dalam kalangan pelajar
dalam menguruskan pembelajaran dalam talian, kepelbagaian aplikasi yang digunakan oleh pensyarah
yang telah menimbulkan kekeliruan dan juga masalah lain berkaitan storan data peranti yang terhad,
suara dan paparan skrin pensyarah yang tidak jelas, serta kurang interaksi sesama pelajar semasa kelas
dalam talian dijalankan. Berdasarkan permasalahan ini, beberapa langkah segera akan diambil, di mana
hasil dapatan kajian tindakan ini akan dimajukan dan dimaklumkan kepada pihak pengurusan kolej.
Terdapat beberapa tindakan yang dicadangkan oleh pihak MPP untuk tindakan dan perhatian pihak
pensyarah untuk menambahbaik keberkesanan kelas dalam talian dari segi kesan kepelbagaian aplikasi
yang digunakan, penambahbaikan spesifikasi alatan dan peranti yang digunakan untuk kelas dalam
talian, dan juga penambahbaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah kolaboratif.
Pihak MPP Kolej MARA Kulim amat berharap kajian tindakan ini mencapai objektifnya dalam
memastikan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam talian dapat dijalankan dengan lebih
berkesan setelah mengambilkira dan menambahbaik permasalahan-permasalahan yang telah
dikenalpasti hasil kajian tindakan ini.

6

RUJUKAN
Che In, F., & Ahmad , A. Z. (2019). Kajian Keberkesanan Pembelajaran Interaktif Berasaskan Aplikasi

Kahoot:. Online Journal for TVET Practitioners, 4(1). Retrieved from
https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4974
Wickramasinghe, S. (n.d.). Survey on finding the effectiveness of online teaching & learning during
covid-19 pandemic – Students’ perspective [Google Forms]. Retrieved from
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdcUVNX7gIdp86H3MzWZ6Zg24270Xm7gTd
AbLYYTW0F_dzQmg/viewform

7


Click to View FlipBook Version