The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Siti Maslinah Ahmad Tubi, 2021-04-17 00:35:59

tmp

SMK SEKSYEN 16 SHAH ALAM




JALAN HALIA 16/8


40000 SHAH ALAM SELANGOR








DISEDIAKAN OLEH


PANITIA



PENDIDIKAN ISLAM

BULAN RAMADHAN BULAN YANG MULIA

Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan










1. Natijah Puasa adalah Taqwa

َ َٰٓ
َّ
َّ
ُ ْ
ُ
ُْ
ُ َ
َ
َ
ُ
ُ
ُ

َنيِذلٱ ىلَع َبِتك اَمك ماَيِصلٱ مك ۡ يلَع َبِتك اونَماَء َنيِذلٱ اَهيأَي
ُ َّ
ُ
َ
َ
ُ َّ
َ
٣٨١ نوقتَت ۡ مكلَعل ۡ مكِل ۡ بق نِم
Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan
berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang
terdahulu daripada kamu, supaya kamu ber-
taqwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 183)
Catatan:


Ibadah puasa adalah ibadah rohaniah dan jasadiah.

Apabila ibadah puasa dilaksanakan dengan menjaga

Sunnah dan adab berpuasa maka hasil daripadanya

akan membentuk seorang hamba yang benar-benar

bertaqwa di sisi Allah SWT.

2. Ramadhan Bulan al-Quran



Al-Quran yang mulia telah diturunkan kepada manusia


yang paling mulia iaitu Nabi Muhammad SAW, kepada


umat yang paling mulia, iaitu umat Baginda SAW dan di

bulan yang paling mulia, iaitu bulan Ramadhan dan orang


yang membacanya adalah orang yang mulia.






3. Puasa Menghapuskan Dosa Catatan



Puasa adalah pintu segala ibadah kerana dengan berpuasa

Allah SWT akan mengampuni dosa-dosa seseorang ham-

ba. Apabila dosa-dosanya diampunkan maka ian-

ya menjadikan hati bercahaya dan cahaya itu akan men-

imbulkan keghairahan untuk melakukan setiap amal iba-

dah yang lain dengan bersungguh-sungguh. Namun, ula-


ma mengingatkan bahawa hanya dosa-dosa kecil sahaja

yang terhapus dan dosa-dosa besar tidak akan terhapus

melainkan dengan hanya bertaubat kepada Allah SWT

dengan sebenar-benar taubat.

4. Allah Sendiri Yang Menganjari Orang Yang Berpuasa


Makna “Sesungguhnya puasa itu milik Aku (Allah) dan akulah

yang akan membalasnya”, iaitu puasa merupakan amalan batin

yang hakikatnya tidak diketahui melainkan Allah SWT yang

Maha Mengetahui dan orang yang melakukannya sendiri saha-

ja. Ia merupakan ibadah yang berbentuk niat dalam hati dan
berbeza dengan semua amalan lain yang boleh dilihat oleh ma-

ta orang lain dan tidak lepas daripada syirik, riya’, ujub serta

takkabur. Manakala puasa, ia lebih pada amalan yang bersifat

rahsia antara seorang hamba dengan Rabb-nya.






5. Dua Kegembiraan Bagi Yang Berpuasa



Semua manusia menginginkan kegembiraan, namun hanya

sedikit sahaja yang mendapat kegembiraan sejati. Kebanyakan

manusia terjerumus dalam kegembiraan palsu yang

penghujungnya adalah kesengsaraan. Kegembiraan hakiki itu
hanyalah daripada Allah SWT. Melalui ibadah puasa, Allah

SWT berjanji melalui lidah Rasul-Nya akan mengurniakan

dua kegembiraan kepada orang yang berpuasa.

6. Doa Makbul Dengan Berpuasa


Allah SWT itu Maha Mendengar akan setiap permo-
honan hamba-hamba-Nya. Adalah diketahui daripada

banyak hadith bahawa doa–doa dalam bulan Rama-
dhan diterima secara khusus.Tidak ada apa-apa kera-

guan lagi dalam penyempurnaan perkara ini kerana
Allah SWT telah berjanji dan janji itu disampaikan pu-

la oleh seorang Rasul yang benar.


Jika perkara yang diminta itu ada kebaikan untuknya

maka akan diberikan, jika tidak maka tidak akan di-
perkenankan atau diganti dengan yang lebih perlu

baginya atau akan disempurnakan di akhirat nanti. Ini
adalah satu ehsan daripada Allah SWT kepada hamba

-Nya. Walaubagaimanapun kerana kurang penelitian,
seseorang hamba akan meminta sesuatu perkara

yang tidak sesuai untuknya. Justeru, janganlah pula
terfikir bahawa sesuatu doa itu tidak dimakbulkan,

sebaliknya hendaklah memahami erti sebenar pen-
erimaan sesuatu doa tersebut. Justeru, sempurnakan

perintah-perintah Allah nescaya Allah akan menerima
doa-doa yang dipohon oleh hamba-Nya.

7. Ar-Rayyan Pintu Syurga Untuk Yang Berpuasa



Sesungguhnya ujian daripada puasa itu amat

besar dan kedudukannya di sisi Allah SWT san-
gat mulia di mana Allah SWT menyediakan pin-

tu khas memasuki syurga yang dinamakan Ar-

Rayyan kepada orang yang berpuasa. Ma-
laikat yang menjaga pintu tersebut akan me-

nyeru dan memanggil orang yang berpuasa

untuk dimasukkan ke dalam syurga melalu-

inya dan tiada yang dapat melaluinya melain-
kan mereka yang layak sahaja.



Pintu tersebut dinamakan “Ar-Rayyan” yang
berasal dari kalimah “Array” dari segi bahasa

membawa maksud titisan air hujan yang per-

tama. Kiasan kepada orang yang berpuasa

apabila memasukinya akan hilanglah segala
kehausannya selama-lamanya sebagaimana

apabila kita sesat di padang pasir yang panas

dalam keadaan kehausan dan apabila disebut-

kan air maka akan terasa kehausan itu se-
makin berkurangan walaupun sebenarnya kita

belum meminumnya lagi. Bayangkanlah apabi-

la kita dapat menikmati air tersebut tatkala ke-
hausan. Betapakah nikmatnya tidak dapat di-

perkatakan.

8. Pintu-Pintu Syurga



Seorang yang benar-benar beriman pada zahirnya,
di samping menunaikan amalan fardhu akan mem-


banyakkan amalan yang sunat. Setiap ahli syurga
akan diseru mengikut amalan masing-masing.

Sesiapa yang daripada kalangan ahli solat akan

diseru daripada pintu solat. Ahli solat adalah orang

yang banyak bersolat. Dengan menunaikan solat

fardhu berjamaah dan banyak mengerjakan solat-

solat sunat barulah layak dipanggil sebagai ahli

solat. Sesiapa yang daripada kalangan ahli puasa

dia akan diseru daripada pintu al-Rayyan. Ahli pua-

sa ialah orang yang banyak berpuasa. Di samping

dia berpuasa di bulan Ramadan yang merupakan

puasa wajib, dia juga banyak berpuasa sunat se-

hingga layaklah dia digelar ahli puasa. Sesiapa da-

ripada kalangan ahli sedekah dia akan diseru da-

ripada pintu sedekah. Ahli sedekah ialah orang

yang banyak bersedekah. Di samping dia
menunaikan sedekah-sedekah wajib (zakat) dia ju-


ga banyak bersedekah sunat sehingga layak dia di-
panggil ahli sedekah

9. Puasa dan al-Quran Pemberi Syafaat


Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang amat is-
timewa dan unggul kerana Allah SWT mencurahkan

pahala, rahmat dan keampunan-Nya pada setiap
hari, setiap jam, setiap detik dan saat sepanjang

Ramadhan tanpa henti berbanding bulan-bulan
yang lain.
Di hari kiamat nanti semua manusia akan memba-

wa diri masing-masing kerana tiada siapa lagi pada
hari tersebut yang dapat memberikan pertolongan.

Namun selain daripada syafaat Nabi SAW ke atas
umat baginda, solat, puasa, Al-Quran dan amalan-

amalan kebaikan lain akan menjadi syafaat yang
diterima oleh Allah SWT untuk mereka yang telah

menunaikan ibadat tersebut dengan sebaik-
baiknya. Alangkah indah dan beruntungnya ke-

hidupan seorang Muslim yang pada waktu
siangnya senantiasa berpuasa dan pada malam

harinya membaca Al-Quran serta sibuk men-
dekatkan diri kepada Allah SWT disamping

melakukan amalan-amalan ibadah yang lain.


Sebaliknya amatlah rugi dan kesal bagi mereka
yang mengabaikan serta tidak mengendahkan
perintah-perintah Allah SWT. Begitu juga apabila

mereka melakukan amalan-amalan tersebut
dengan malas dan sambil lewa. Bahkan amalan-

amalan tersebut akan mengutuk dan mendoakan
kecelakaan kepada mereka di hari kiamat nanti.

Solat (Sunat) AGENDA RAMADAN





(
Daripada Ummu Habibah , beliau berkata bahawa Rasulullah ( ﷺbersabda:
Barangsiapa yang mengerjakan solat (sunat) sebanyak dua belas rakaat dalam
sehari semalam kelak akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.
Dua belas rakaat itu adalah empat rakaat sebelum solat Zohor, dua rakaat
setelah solat Zohor, dua rakaat setelah solat Maghrib, dua rakaat setelah

solat Isya' dan dua rakaat sebelum solat Subuh.
[Tirmidhi]

Dari Ali bin Abu Thalib , beliau meriwayatkan, Nabi Muhammad( ﷺ
(
sering melaksanakan solat sunat dua rakaat sebelum solat Asar. [Abu
Dawud]
Solat (Tarawih)





Barangsiapa melaksanakan solat malam di bulan Ramadan (solat taraweeh)
atas dasar iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang
telah lalu akan diampuni.
[Al Bukhari]
Bacaan Al Qur'an






Pelan dan jadualkan pelbagai jenis ibadah pada setiap waktu solat -
Contoh: Membaca dua muka surat Al-Qur'an, sebelum dan selepas setiap solat
fardu = 1 juz sehari.
Amalan Harian





Untuk bacaan zikir pagi dan petang, anda boleh merujuk buku Hisnul Muslim,
"Daily Adhkar by Ummah Welfare Trust" atau dari mana-mana rujukan lain

yang bersumberkan Al-Qur'an dan Sunnah.

Persediaan sebelum Ramadhan







Membaca buku / artikel atau mendengar kuliah yang

berkaitan untuk persediaan bagi bulan Ramadan.




Menyediakan senarai doa harian.




Menetapkan matlamat ibadah - bacaan dan tadabbur

Al-Qur'an, doa, dan zikir-zikir.


Mengetepikan wang yang akan diberikan untuk sum-


bangan harian dalam bulan Ramadan dan sebaiknya,


menyenaraikan penerima sumbangan. Membuang

segala tabiat buruk.




Mengamalkan "Technology diet". Tumpukan pa-

da Al Qur'an dan Sunnah. Kurangkan

penggunaan dan akses yang tidak perlu kepada
media sosial.




Membersihkan rumah anda.




Menyediakan menu harian untuk Ramadan. Sentiasa
amalkan sikap bersederhana.





Membeli barangan dapur.




Menyelesaikan segala urusan membeli-belah

sempena Aidilfitri sebelum Ramadan bermula.

Amalan Sunnah dan doa pada bulan Ramadhan











Berbuka puasa dengan kurma atau air





"Rasulullah ( (ﷺberbuka puasa sebelum solat


(Maghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda



akan berbuka dengan tamar dan


jika tiada tamar, baginda akan meneguk bebera-



pa teguk air."


[ Tirmidhi]











Menyegerakan berbuka puasa



“Umatku akan selalu beroleh kebaikan selama



mereka segera berbuka puasa, kerana orang Ya-


hudi dan Nasrani melambat-



lambatkannya.”


[Abu Dawud]

Doa ketika berbuka puasa




ُ
َ
ْ
َ



َّ ُالل َّ َّءاَش َّ ْ نإ َّرْجلأا َّ َ تَبثو َّ، َُّقورعلا َِّتل َّ َّ َ تْباو َّ، َّأمظلا َّ َّبَهَذ
ِ ُ
ُ ُ
َ
َ
َ
َ
َ
“Telah hilang rasa haus, dan urat-urat telah basah
serta pahala telah tetap, In shaa Allah."
[Abu Dawud]












Doa Laylat ul-Qadr








“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha



Pengampun dan mencintai orang


yang meminta



keampunan, maka ampunilah aku.” [Tirmidhi]






Adalah disarankan untuk membaca doa ini dengan kerap, teru-
tamanya (tetapi bukan terhad) pada sepuluh hari terakhir Rama-

dan - siang dan malam.

1. BERSAHUR







2. MEMPERBANYAKKAN DOA







3. BERSEDEKAH /



MEMBERI MAKAN ORANG BERBUKA







4. MENYEGERAKAN BERBUKA PUASA








5. SALING MENGINGATKAN KEPADA KEBAIKAN







6. MENAHAN MARAH







7. MENGHIDUPKAN 2/3 MALAM

SOLAT TARAWIH




Melaksanakan solat sunat tarawih adalah antara amalan-

amalan yang begitu dituntut (sunat muakkad) dalam bulan
Ramadhan.




Ia boleh dilakukan secara bersendirian di rumah mahupun ber-
jemaah di masjid dan surau.



Tarawih ertinya Istirehat.



Maka solat ini dilaksanakan berselang-seli dengan ‘berehat

seketika’.



Tujuan berhenti rehat sekejap adalah untuk memperolehi

keikhlasan dan memberikan ketenangan kepada mereka yang
bersolat, khususnya kepada warga emas disamping mengelak-

kan ketegangan badan selepas berbuka puasa.



Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda:




Sesiapa yang melakukan solat malam (Tarawih) pada Ramadan

kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan dan keampunan

Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu




• Hadis riwayat Muslim

Apakah itu Zakat Fitrah?



Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke
atas setiap individu lelaki dan perempuan mus-

lim yang berkemampuan dengan syarat-syarat

yang ditetapkan.


Ia adalah kewajipan yang dilaksanakan di bulan

Ramadhan yang bertujuan membersih dan me-

nyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada

Syarat Wajib Zakat Fitrah












1. Islam dan merdeka.









2. Mempunyai harta yang lebih daripada


keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan

orang-orang di bawah tanggungannya pada

hari raya dan malamnya.








3. Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam

matahari pada akhir Ramadhan.

WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH







1. Waktu Harus – iaitu bermula dari awal

bulan Ramadhan sehingga akhir bulan


Ramadhan.




2. Waktu Wajib – iaitu selepas terbenam


matahari pada akhir bulan Ramadhan.




3. Waktu Afdhal – iaitu selepas solat

Subuh pada 1 Syawal sehingga sebelum


mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri.




4. Waktu Makruh – iaitu selepas sem-

bahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum


terbenam matahari.




5. Waktu Haram – iaitu selepas terbenam


matahari pada hari raya Aidil Fitri.

• Daripada Abu Hurairah RA,

bahawa Nabi SAW bersabda:



ُ َ
ُ
َ
َ َ
َّ َ
ً
ْ نِم َمدقَت اَم هل َرِفغ ، اًبا َ سِت ْ حاَو اناَميإ ، ناضَمَر َماق ْ نَم
ْ َ
ِهبنذ
ِ
Maksudnya:

“Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan kare-

na keimanan dan mengharapkan redha daripada
Allah SWT, akan diampuni dosanya yang telah

lalu”.



[Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 36]





Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita

kekuatan dan petunjuk dalam melakukan amal

dan ibadah kepada-Nya serta memelihara kita

daripada melakukan pendustaan di atas nama

Rasulullah SAW. Aamin.

Ya Allah Ya Tuhanku! Aku bertaubat kepadaMu

dengan sebenar-benar taubat.


Ampunilah dosa-dosaku.


Ampunilah kesalahan-kesalahanku,

sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha

Penerima Taubat.


Berikanlah aku kemenangan ke atas kelemahan

diriku ketika berada dalam bulan Ramadhan

dan selepas perginya Ramadhan.




Terimalah doa-doa aku, ibadahku dan amalan-

amalan baikku.

Ya Allah berkatilah aku dengan menyaksikan

lailatul Qadr.




Tunjukkanlah aku ke arah melakukan amalan

yang diterima baik hanya keranaMu.




Bantulah aku dalam mendapatkan khusyuk dan

ikhlas dalam melaksanakan ibadahku.




Bantulah aku untuk lebih mendekatkan diriku
kepadaMu dalam ramadhan yang kian berakhir.

Jadikan aku hamba yang menyayangiMu, NabiMu

(SAW), agamaMu, QalamMu dengan cara yang

sewajarnya untuk disayangi.




Tingkatkanlah tahap keimananku, tawakkalku

dan keyakinanku kepadaMu. Tambahkanlah


Taqwa kepadaku. Jadikanlah aku hambaMu yang

sentiasa bersyukur.




Berikan aku kekuatan dan kesabaran dalam

menghadapi ujian dan dugaan dariMu.


Kurniakanlah kepadaku kelembutan hati dalam

mentaati segala syariatMu.




Jadikanlah Al-Quran sebagai temanku di dunia

dan akhirat. Tunjukkanlah aku jalan yang lurus

dengan kebenaran dariMu sehingga nafas


terakhirku, jauhilah aku daripada


mensyirikkanMu, kufur atau bid'ah (besar / kecil).

Golongkanlah aku dari golongan muhsineen,
muttaqeen, mukhliseen dan sabiqoon fil Ilm.


Tambahkanlah kepadaku ilmu yang ber-


manfaat.



Jadikanlah aku hamba yang redha dengan

segala takdir dan ketentuanMu untuk diriku.

Selamatkanlah aku daripada penyakit hati iai-

tu dengki, bongkak, menunjuk-nunjuk dan

lain-lain.






Berkatilah aku dengan kebahagiaan di


dunia ini, lindungi aku daripada kesedi-


han & kemurungan. Bantulah aku dengan


keupayaanku untuk melakukan Tazkiyah


jiwaku sepanjang perjalanan hidupku.


Click to View FlipBook Version