PENTAS 22
PROJEK PERSEMBAHAN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA SENI
PERSEMBAHAN (TEATER) DENGAN KEPUJIAN
Sinopsis
(asik) nai mai mang makkah
Mengisahkan tentang cinta yang tak kesampaian antara Putera Campa dengan Puteri Kelantan.
Puteri Kelantan sangat mentaati agama dan mendapat izin ayahnya untuk merantau demi
menyebarkan syiar Islam. Putera Campa pula seorang putera yang memikul tanggungjawab demi
rakyat kerana tanah air yang ditakluk sedang bergelojak.
Putera Campa yang mabuk cinta, terpaksa memilih antara cinta dengan rakyat dan
perjuangannya terhadap bangsa dan tanah air kerana berbeza fahaman agama. Cinta
menunjukkan kelemahannya sebagai seorang lelaki yang mudah dipermainkan nafsu sehingga
hilang pertimbangan untuk memilih kebenaran.
PENERBIT EKSEKUTIF
NABILAH HARAPAN
Nabilah Nurfathirah binti Harapan, Beliau dilahirkan di Hospital Kota
Belud, Sabah pada 31 Julai 1999. Kini beliau menetap di Kota Belud
Sabah. Ibunya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan
bapanya sudah tidak bekerja. Beliau merupakan anak bongsu
daripada 11 orang adik beradik. Beliau menghabiskan pengajian dari
STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gusi 1 dan kini
melanjutkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Seni
Persembahan Teater di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan bercita-
cita ingin menjadi seorang pendidik pada awalnya. Namun mendapat
rezeki untuk menimba ilmu baharu dalam bidang teater meskipun
sebelum ini tidak memiliki asas dalam seni persembahan.
PENGURUS PRODUKSI
FATIN NURSYAFIQAH BINTI ZUBAHI
Beliau dilahirkan di Hospital Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang
pada 4 Oktober 1999. Beliau menetap di Terengganu. Ibunya berkerja
sebagai seorang guru dan bapanya merupakan seorang pesara
tentera. Merupakan anak sulung dari 5 beradik serta lulusan dari
SMK Kompleks Gong Badak. Menimba pengalaman dalam teater sejak
melanjutkan pelajaran dalam bidang diploma teater di UPSI dan
bercita-cita untuk menjadi seorang aktivis selepas tamat belajar.
Semoga semua usaha, air mata dan titik peluh kita berakhir dengan
pengakhiran yang baik
PENGURUS PENTAS
SITI NATASHA
Beliau dilahirkan di Hospital Tengku Anis Pasir Puteh, Kelantan pada 25
oct 1999. Berasal dari negeri cik siti wang kembang negeri Kelantan
,Ibunya merupakan seorang surirumah sepenuh masa manakala
bapanya bekerja sendiri .Beliau merupakan anak ketiga dari empat adik
beradik . Beliau menghabiskan pengajian diperingkat diploma di
universiti pendidikan sultan idris dalam jurusan seni teater dan beliau
juga menlanjutkan penganjian ke peringat ijazah sarjana muda dalam
bidang yang sama dan tempat yang sama , bercita -cita ingin menjadi
seorang pegawai tentera darat pada awal mulanya , tetapi bila dalam
jurusan seni yang indah ini mengubah untuk menjadi seorang pewagai
kebudayaan . Harapan dari anak kelahiran negeri yang penuh dengan
kesenian ini adalah dapat menambah ilmu baru dalam melaksanakan
projek akhir ini dengan ilmu - ilmu yang saya peroleh boleh saya guna
dan terapkan dalam diri untuk alam perkerjaan satu hari nanti
SINOGRAGER
AMINNUDEAN
Aminnudean Bin Baharudean, merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda
Seni Persembahan (Teater) di UPSI. Beliau dilahirkan pada 29 Julai
1999 di Segamat dan merupakan anak kedua daripada 8 orang adik-
beradik. Beliau telah mempelajari mata pelajaran Sains Tulen di SMK
Sri Kukup pada tahun 2012 hingga 2016, namun bertukar kepada
bidang Seni Persembahan Teater semasa melanjutkan diplomanya di
UPSI. Beliau mempunyai minat yang amat tinggi terdapat bidang
sinografi, estetika dan Teater Asia. Aminnudean mempunyai sebuah
cita-cita untuk menjadi seorang pensyarah yang pakar dalam bidang
Teater Asia. Harapannya untuk perlaksanaan Projek Persembahan
Akhir adalah untuk memperkukuhkan pengetahuan dan
kebolehannya terhadap bidang sinografi serta memelihara estetika
kesenian budaya tradisi.
Promosi, publisiti dan hebahan
NAJMUDDIN
Najmuddin Bin Ruslee, Beliau dilahirkan di Klinik Kesihatan Dandun,
Pitas, Sabah pada 2 April 1999. Beliau menatap di negeri Sabah,
Ibunya merupakan seorang Suri Rumah sepenuh masa dan bapanya
bekerja sendiri dengan menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Beliau
merupakan anak kedua daripada lima beradik dan merupakan
lulusan daripada SMKA TUN SAID, KOTA BELUD dan SMK PITAS II, PITAS.
Menimba pengalaman dalam teater sejak melanjutkan pelajaran
dalam Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan Teater di UPSI.
BIAR MIMPI SAMPAI KEBINTANG, BILA JATUH KE GUNUNG GANANG
KOREOGRAFER dan pelakon
AFIQ IKHWAN
Mohd Afiq Ikhwan Bin Norsal lebih selesa dipanggil Yuyu merupakan
pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Teater). 05 Disember
1999 lahirnya beliau di Hospital Kudat, Sabah. Berasal dari Kg. Telaga,
Pitas dan menetap di Putatan, Kota Kinabalu bersama keluarga. Ibu
beliau menjalankan perniagaan sendiri dan Ayah bekerja di Pejabat
Pendidikan Daerah. Beliau merupakan anak kelima dari enam adik
beradik. Beliau merupakan lulusan STPM di SMK Abdul Rahim, Kudat dan
kemudiaan melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Seni
Persembahan (Teater) di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengalaman
beliau dalam industri seni persembahan ialah beliau lahir dengan bakat
tarian, dan menjadi penari sejak berumur 9 tahun. Pada masa kini, beliau
ingin menceburi bidang teater dan tugasan lakonan merupakan
pengalaman pertama beliau dalam bidang teater.
pelakon
EMERLIA FERONIKA
EMERLIA FERONIKA BINTI MOHD RONI SOW ABDULLAH merupakan pelajar
Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Teater) di Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI). Emerlia lahir pada 16 September 1999 di negeri Johor
Darul Takzim. Emerlia sering melibatkan diri dalam dunia seni
persembahan sejak dari bangku sekolah lagi dan aktif secara langsung
dalam Persatuan Pancaragam di sekolah di mana Persatuan Pancaragam
MGSSB yang merupakan pancaragam tersohor di Kuantan dan sering
mewakili negeri Pahang dan juga pernah ke peringkat kebangsaan dan
antarabangsa dalam pertandingan Pancaragam (Malaysian World Band
Competition (MWBC) pada tahun 2013 sebagai pemain Saxophonist Alto.
Sehingga kini Emerlia masih aktif bergiat dalam seni persembahan
terutama dalam bidang teater di dalam Universiti Pendidikan Sultan Idris
dalam bidang seni Persembahan Teater mahupun luar Universiti dan juga
bekerja sambilan dalam dunia seni kreatif sebagai seorang pelakon di
sesebuah produksi perfileman luar
pelakon
SHAHRIZAN
Musza Shah atau nama sebenar Muhammad Shahrizan Bin Zainal. Dilahirkan
di Hospital Jelebu, Negeri Sembilan. Memulakan perjuangan Seni
Persembahan dalam skop Seni Suara daripada dibangku sekolah lagi. Antara
pertandingan yang sentiasa disertai ialah Choral Speaking, De klamasi
Sajak, Bahas Ala Parlimen, Pantun & Forum Remaja. Berpengalaman selama
8 tahun dalam dunia ORATOR secara Professional. Telah mengorganisasikan
hampir 30 buah majlis rasmi dan kurang rasmi sepanjang bergelar ORATOR.
Musza Shah juga telah menyandang beberapa Tokoh sepanjang kariernya
sebagai pelajar seperti Tokoh Pelajar Mithali, Tokoh Ketua Pelajar, Tokoh
Pengawas, Tokoh Murid Maal-Hijrah, pantun terbaik 3 tahun berturut-turut
(2014, 2015, 2016) di peringkat Negeri Sembilan & Kebangsaan serta
Pengerusi Forum Terbaik di peringkat Kebangsaan 2015. Sekarang, sedang
berjuang menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Seni
Persembahan (Teater) dengan Kepujian di Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI)
pelakon
LINDA AHMAD
Norhaslinda binti Ahmad. Beliau dilahirkan di Hospital Sultanah
Aminah, Johor Bahru pada 18 April 1999. Beliau menetap di Kulai
Johor. Ibunya sudah tidak bekerja dan bapanya juga sudah tidak
bekerja. Merupakan anak bongsu dari 6 orang adik beradik. Lulusan
dari SMK Sultan Ibrahim Kulai. Menimba pengalaman dalam teater
sejak melanjutkan pelajaran dalam bidang ijazah sarjana muda
teater di UPSI dan bercita-cita untuk menjadi seorang Polis selepas
tamat belajar.
pelakon
HAFIZ
Nama diberi Abdul Hafiz Bin Zulkifle, nama panggilan adalah Hafiz. Anak
keempat dari lima adik beradik, dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur
pada 23 Mei 1999. Latar belakang keluarga yang sederhana. Ibunya sudah
meninggal pada tahun 2019 dan sekarang hidup bersama dengan adik dan
abahnya. Setelah tamat pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan
Bandar Sungai Buaya dia meneruskan lagi pengajiannya di Universiti
Pendidikan Sultan Idris dalam jurusan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda
Teater dengan kepujian. Beliau tidak mempunyai pengalaman dalam dunia
seni persembahan teater tetapi dek kerana minat dalam seni
persembahan dia gagah langkah meneruskan pendidikan dalam dunia seni
persembahan. Harapan dalam menelusuri Projek Persembahan Akhir iaitu
mendisiplinkan diri dalam mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh
produksi dan ingin mencipta kenang sebanyak mungkin yang tidak boleh
dilupakan.
pelakon
AIMAN NIZAM
Muhammad Noor Aiman bin Mohamed Nizam dikenali dengan nama
panggilannya, Manjam. Anak sulong dari tiga orang adik beradik ini
dilahirkan di Hospital Besar Alor Setar pada 19 April 1999. Kesungguhan
anakanda ini menempuh persekolahannya di Sekolah Menengah Kebangsaan
Langgar membuahkan hasil apabila dapat melanjutkan pelajarannya ke
peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian di
Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mengorak langkah seiring kejayaannya
dengan berkolaborasi dengan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara
(JKKN) Kedah dalam merealisasikan tradisi di Kedah. Pengalaman terindah
apabila mendapat peluang melakukan Latihan Industri di Lombok, Indonesia.
Anakanda ini bercita-cita ingin menjadi seorang pensyarah dalam bidang
Seni Persembahan