PROJEK PERSEMBAHAN AKHIR
IJAZAH SARJANA MUDA SENI PERSEMBAHAN
(TEATER) DENGAN KEPUJIAN
PENTAS 22
Peran Production
This template was created by Slidesgo
LOGO PRODUKKSI
This template was created by Slidesgo
POSTER
This template was created by Slidesgo
GAMBAR AHLI PRODUKSI
PERAN WANITA
Nabila, Endriana, Nazlieya, Linda, Usha, Emerlia,, Dila, Fatin, Natasha
PERAN LELAKI
Afiq Ikhwan, Aiman Nizam, Shahrizan, Syafik, Aminnudean, Najmuddin, Hafiz, Sufian
This template was created by Slidesgo
ISI KANDUNGAN
I Logo Peran Production
II Isi Kandungan 1
III Isi Kandungan 2
IV Poster Persembahan
V Gambar Seluruh Produksi
VI Sinopsis
1 Kata Alu-aluan Dekan FMSP
2 Kata Alu-aluan Ketua Jabatan
3 Kata Alu-aluan Penyelaras
4 Kata Alu-aluan Pensyarah Dan Penerbit
5 Kata Alu-aluan Pensyarah Dan Penerbit
6 Pelajar Yang Dinilai (AYU AFNIZAR BINTI SAMSIR ALAM SYAH)
7 Pelajar Yang Dinilai (FATIN NURSYAFIQAH BINTI ZUBAHI)
8 Pelajar Yang Dinilai (NABILAH NURFATHIRAH BINTI HARAPAN)
9 Pelajar Yang Dinilai (SITI NATASHA BITI IBRAHIM)
10 Pelajar Yang Dinilai (AMINNUDEAN BIN BAHARUDEAN)
11 Pelajar Yang Dinilai (NAJMUDDIN BIN RUSLEE)
12 Pelajar Yang Dinilai (MOHD AFIQ IKHWAN BIN NORSAL)
13 Pelajar Yang Dinilai (EMERLIA FERONIKA BINTI MOHD RONI SOW
ABDULLAH)
14 Pelajar Yang Dinilai (MUHAMMAD SHAHRIZAN BIN ZAINAL ABIDIN)
15 Pelajar Yang Dinilai (NORHASLINDA BINTI AHMAD)
16 Pelajar Yang Dinilai (ABDUL HAFIZ BIN ZULKIFLE)
17 Pelajar Yang Dinilai (MUHAMMAD NOOR AIMAN BIN MOHAMED
NIZAM)
This template was created by Slidesgo
ISI KANDUNGAN
18 Tenaga Produksi
19 Tenaga Produksi
20 Pemuzik
21 Krew pentas
22 Senarai nama pelakon
23 Penghargaan
24 Penghargaan
25 Penghargaan
26 Penghargaan
27 Penghargaan
28 Tajaan dan Penghargaan
29 Tajaan dan Penghargaan
30 Tajaan dan Penghargaan
31 Catatan dan Tandatangan
32 Kulit buku (belakang)
This template was created by Slidesgo
SINOPSIS
“ASIK”
NAI MAI MANG MAKKAH
Mengisahkan tentang cinta yang tak kesampaian antara
Putera Campa dengan Puteri Kelantan. Puteri Kelantan
sangat mentaati agama dan mendapat izin ayahnya untuk
merantau demi menyebarkan syiar Islam. Putera Campa
pula seorang putera yang memikul tanggungjawab demi
rakyat kerana tanah air yang ditakluk sedang bergelojak.
Putera Campa yang mabuk cinta, terpaksa
memilih antara cinta dengan rakyat dan perjuangannya
terhadap bangsa dan tanah air kerana berbeza fahaman
agama. Cinta menunjukkan kelemahannya sebagai
seorang lelaki yang mudah dipermainkan nafsu sehingga
hilang pertimbangan untuk memilih kebenaran.
This template was created by Slidesgo
UCAPAN
DEKAN
PROF. MADYA. DR. MUHAMMAD FAZLI
TAIB BIN SAEARANI
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak produksi kerana
memberi saya peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata di dalam buku program
Projek Persembahan Akhir 2022 (PENTAS’22), Peran Production. Tahniah kepada mereka
yang terlibat dalam menjayakan projek persembahan akhir ini. Tahniah diucapkan kepada
kesemua 11 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Teater) dengan
Kepujian. Kerana berjaya melaksanakan PENTAS’22 pada kali ini, tidak lupa juga kepada
pelajar ijazah sarjana muda Seni Persembahan Teater Semester 4 dan pelajar Ijazah
Sarjana Seni Persembahan kerana turut sama menghulurkan bantuan bagi memastikan
Projek Persembahan Akhir (PENTAS’22) berjalan dengan lancar dan jayanya. Setinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua kakitangan Fakulti
Muzik dan Seni Persembahan dalam membantu melaksanakan PENTAS’22 ini sama ada
secara langsung mahupun tidak langsung. Sekian, terima kasih.
This template was created by Slidesgo
UCAPAN
KETUA JABATAN
ENCIK ZOLKIPLI BIN ABDULLAH
Pertama sekali, tahniah diucapkan kepada para pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni
Persembahan (Teater) dengan Kepujian Semester 6 kerana telah berjaya menghasilkan
persembahan teater yang cemerlang melalui PENTAS”22. Setinggi-tinggi penghargaan
diberikan kepada semua ahli Peran Production kerana mampu menjalankan sebuah
projek dengan kerjasama yang padu walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai
cabaran semasa pandemik dan mengikuti norma baharu. Saya percaya PENTAS”22
yang dipersembahkan oleh Peran Production ini bukan sahaja salah satu kursus
pembelajaran di Universiti tetapi juga sebagai persediaan menghadapi dunia luar yang
lebih mencabar. Sesungguhnya saya meletakkan keyakinan penuh dan percaya bahawa
semua pelajar akan dapat mengharungi halangan yang lebih besar pada masa akan
datang.
Sekian, terima kasih.
This template was created by Slidesgo
UCAPAN
PENYELARAS
PENTAS TEATER
DR. SALMAN ALFARISI
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni
Persembahan (Teater) dengan Kepujian, kerana telah berjaya menghasilkan Projek
Persembahan Akhir ini dengan baik. Anda telah membuktikan bahawa teater adalah
sebuah seni yang berhubung kait dengan kehidupan manusia. Hal ini kerana di dalamnya
terkandung perasaan, pengalaman, pengucapan dan skrip yang dibawa mempunyai
maksud tersendiri. Sesungguhnya Projek Persembahan Akhir telah mengajar mereka erti
komitmen yang sebenar dan bekerja dalam pasukan yang menuntut kesefahaman dan
kesepaduan tenaga bersama. Saya berharap pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni
Persembahan (Teater) yang mengambil subjek projek akhir tahun ini akan dapat
menempuh alam realiti dengan cekal kelak. Sekian, terima kasih.
This template was created by Slidesgo
UCAPAN
PENSYARAH &
PENERBIT
DR. LENA FARIDA BINTI HUSSAIN CHIN
Asslamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya ingin mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar Ijazah
Sarjana Muda Seni Persembahan (Teater) dan ahli Peran Production dalam melaksanakan
Projek Persembahan Akhir (PENTAS’22). Saya berharap pementasan Teater Eksperimental
Asik ini mampu memberikan pengalaman dan pengajaran yang dapat dimanfaatkan sebagai
persediaan kepada pelajar untuk melangkah ke dunia industri kreatif yang sebenar.
Banyak perkara yang dipelajari daripada proses amali penerbitan produksi teater yang
sebenar khususnya dalam perkara pengurusan dan pelaksanaan sesebuah projek. Oleh
yang demikian, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada
yang pelajar dan kakitangan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam
membantu dan menjayakan Projek Persembahan Akhir (PENTAS’22). Ucapan terima kasih
juga ingin saya dedikasikan kepada para pensyarah Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
yang sekian lama gigih dan sabar mendidik anak-anak bangsa dengan mencurahkan ilmu
serta pengalaman yang tidak ternilai dalam membentuk modal insan yang holistik. Semoga
didikan yang cemerlang itu akan memberikan hasil pulangan yang mampu membangkitkan
kecemerlangan industri seni kreatif negara kelak. Syabas semua! Sekian, terima kasih.
This template was created by Slidesgo
UCAPAN
PENSYARAH &
PENERBIT
DR. PATRICIA ANN HARDWICK
Tahniah saya ucapkan kepada semua pelajar yang terlibat di dalam Projek Persembahan
Akhir 2022 (PENTAS’22) kerana berjaya melaksanakan projek persembahan akhir ini
dengan jayanya melalui Produksi Peran Production. Persembahan Akhir tahun yang
dibawakan khas daripada Peran Production ini telah memilih sebuah karya hebat untuk
dipersembahkan iaitu teater ASIK adaptasi daripada manuskrip Nai Mai Mang Makkah.
Projek Persembahan Akhir ini merupakan kursus yang menuntut para pelajar dalam
merancang, menyelaraskan dan mengendalikan penerbitan persembahan teater. Di
samping itu, para pelajar juga dibimbing untuk mengurus pementasan membabitkan
pratik proses penciptaan konsep dan pengurusan organisasi, pengarahan, lakonan dan
sinografi bermula daripada proses pra sehingga pasca produksi. Saya yakin kesemua
pelajar telah mempraktikkan amalan kerja produksi yang telah dipelajari selama belajar
di UPSI. Akhir kata, saya berharap agar pelajar mampu memanfaatkan setiap ruang dan
peluang yang tersedia dalam bidang ini melalui pengalaman tersebut. Selamat maju jaya
buat semua. Sekian, terima kasih.
This template was created by Slidesgo
21.01.1993 BIODATA PELAJAR
AYU AFNIZAR Ayu Afnizar Binti Samsir Alam Syah berasal dari Petaling Jaya, Selangor
NO FON: 011- merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan Teater
12824041 dengan Kepujian di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bakatnya dalam
seni suara dikenali seawal umur 7 tahun dan mula mengenali dunia
teater sejak berumur 15 tahun menerusi naskah Bangsawan Anak Buluh
Betung di bawah bimbingan Persatuan Teater Anak Seni Warisan
Selangor (ASWA Selangor). Meskipun banyak melibatkan diri dalam
pelbagai produksi teater, beliau lebih cenderung dalam melakukan
kerja-kerja di belakang tabir yang melibatkan pengurusan produksi
berbanding membuat persembahan di pentas. Beliau sangat meminati
aliran tradisional terutamanya Persembahan Tradisional Makyung.
Beliau yang suka bergurindam, bersyair serta menyanyikan lagu-lagu
puisi dan tradisional sentiasa memenuhi jemputan yang melibatkan
persembahan kesenian. Pada tahun 2014, beliau telah mewakili
kumpulan Malaysia untuk program Makyung di Peta Dunia dalam
Brouhaha International Street Festival di Liverpool & Edinburgh,
Scotland, United Kingdom. Beliau juga menjuarai beberapa pertandingan
nyanyian di peringkat negeri & kebangsaan. Selain itu, beliau mengalih
suara (dubbing) untuk beberapa rancangan kartun antaranya Dora The
Explorer dan Battle Spirits. Pada tahun 2016, beliau telah diberi
kepercayaan untuk mengarah Teater Orang Kasar berkonsepkan barat
Rusia karya Anton dan muncul sebagai satu-satunya pengarah wanita
yang dinilai. Menjadi pemeran tokoh Dara dalam Teater Muzika di Sawah
Padi Uda & Dara karya Usman Awang memberikan pengalaman yang
tidak ternilai. Terkini, beliau merupakan salah seorang Penerbit
Rancangan di RTM. Membahagikan masa antara kerjaya dan pelajaran,
kini beliau berada di semester akhir dalam Sarjana Seni Persembahan
yang masih menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang pendidik.
This template was created by Slidesgo
04.10.1999 BIODATA PELAJAR
FATIN NURSYAFIQAH Fatin Nursyafiqah Binti Zubahi. Beliau dilahirkan di
NO FON: 011-1992 Hospital Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang pada 4
9170 Oktober 1999. Beliau menetap di Terengganu. Ibunya
berkerja sebagai seorang guru dan bapanya merupakan
seorang pesara tentera. Merupakan anak sulung dari
lima orang beradik serta lulusan dari SMK Kompleks
Gong Badak. Menimba pengalaman dalam teater sejak
melanjutkan pelajaran dalam bidang diploma teater di
UPSI dan bercita-cita untuk menjadi seorang aktivis
selepas tamat belajar. Merupkan seorang pemain muzik
gamelan yang aktif sejak zaman sekolah menengah
sehingga ke peringkat antarabangsa. Beliau pernah
terlibat dengan produksi Anthropinitechni (Propera
Muzika Uda dan Dara sebagai Mak Bedah dan Promosi),
Canvabitara (Randai Puti Gondan Gondoriah sebagai
penolong pengurus kostum), Thespian (Malam Jahanam
sebagai Box Office), Seniman Paksi Rakyat (Muzika Uda
dan Dara sebagai Mak Bedah) dan Sandiwara Merah
Jambu dari Lombok, Indonesia (sebagai pengiring).
Semoga semua usaha, air mata dan titik peluh kita
berakhir dengan pengakhiran yang baik.
This template was created by Slidesgo
31.07.1999 BIODATA PELAJAR
NABILAH HARAPAN Nabilah Nurfathirah binti Harapan, Beliau dilahirkan di Hospital
NO FON: 011- Kota Belud, Sabah pada 31 Julai 1999. Beliau menetap di daerah
31568009 Kota Belud Sabah. Ibunya merupakan seorang suri rumah
sepenuh masa dan bapanya sudah tidak bekerja. Beliau
merupakan anak bongsu daripada 11 orang adik beradik. Beliau
menamatkan pengajian di peringkat STPM di Sekolah Menengah
Kebangsaan Taun Gusi 1 dan kini sedang melanjutkan pengajian
dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan Teater di
Universiti Pendidikan Sultan Idris dan bercita-cita ingin menjadi
seorang pendidik pada awalnya. Beliau kini menjadi pelajar dalam
bidang teater. Meskipun sebelum ini beliau tidak memiliki asas
dalam seni persembahan. Namun beliau bertekad untuk mencuba
benda baharu bagi menambah pengalaman sebagai bekalan di
masa akan datang. Pada tahun 2019, Beliau pernah melibatkan
diri dalam persembahan akhir seni lakon awalan dan memegang
watak sebagai Ibu dalam Teater Kasihmu mama. Beliau juga
pernah membuat persembahan akhir dalam vokal lakonan awalan
iaitu persembahan Situation Comedy (sitcom) dengan memegang
watak sebagai melati iaitu perempuan orang kurang Upaya. Pada
2020, Beliau pernah melibatkan diri dalam pencarian pelakon
dalam produksi Man Go Production yang mana ketika itu pelajar
semester akhir teater telah mewujudkan Man Go Production
sebagai projek persembahan akhir tahun. Beliau telah terpilih
menjadi pelakon utama dengan membawa watak sebagai Salmah.
Pada tahun 2021, Beliau juga melibatkan diri dalam bengkel
solekan watak dan kesan khas untuk Drama, Tv, Filem dan Teater
bagi anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
This templat(eFIwNAaSs)c.reated by Slidesgo
25.10.1999 BIODATA PELAJAR
NATASHA IBRAHIM Siti Natasha Binti Ibrahim , Beliau dilahirkan di Hospital
NO FON: 011- Tengku Anis Pasir Puteh, Kelantan pada 25 Oktober 1999.
29438107 Berasal dari negeri Kelantan, Ibunya merupakan seorang
suri rumah sepenuh masa manakala bapanya bekerja
sendiri. Beliau merupakan anak ketiga dari empat orang
adik beradik. Beliau kini melanjutkan pengajian ke
peringat ijazah sarjana muda dalam bidang Seni
Persembahan (Teater) dengan Kepujian. Beliau bercita -
cita ingin menjadi seorang pegawai tentera darat pada
awal mulanya, tetapi bila berada dalam jurusan seni ini
telah mengubah hasrat beliau untuk menjadi seorang
pegawai kebudayaan. Beliau pernah terlibat dengan
persembahan pementasan Teater sawah padi Muzika
Uda dan Dara yang bertempat di Padang Merbok Kuala
Lumpur. Beliau juga terlibat dengan program IMPAC
pada tahun 2019 di Panggung Budaya FMSP, UPSI. Serta
terlibat dalam bengkel tarian Mek Mulung Aswara
bersama Sekolah Seni Perak Malaysia pada tahun 2019.
Harapan daripada anak kelahiran negeri yang penuh
dengan kesenian ini agar dapat menambah pengalaman
baharu dalam melaksanakan projek akhir ini melalui ilmu
yang saya peroleh boleh saya guna dan terapkan dalam
diri untuk alam pekerjaan satu hari nanti.
This template was created by Slidesgo
29.07.1999 BIODATA PELAJAR
AMINALDEAN Aminnudean Bin Baharudean, merupakan pelajar Ijazah
NO FON: 0011- Sarjana Muda Seni Persembahan (Teater) di UPSI. Beliau
62240543 dilahirkan pada 29 Julai 1999 di Segamat dan merupakan
anak kedua daripada lapan orang adik-beradik. Beliau
telah mempelajari mata pelajaran Sains Tulen di SMK Sri
Kukup pada tahun 2012 hingga 2016, namun bertukar
kepada bidang Seni Persembahan Teater semasa
melanjutkan Diploma di UPSI. Beliau mempunyai minat
yang amat mendalam dalam bidang sinografi, estetika
seni dan Teater Asia. Aminnudean menyimpan cita-cita
untuk menjadi seorang pensyarah yang pakar dalam
bidang Teater Asia.
Beliau pernah mengikuti Malaysia Top 10 Outstanding
Young Artist Awards (2015-2016), Projek persembahan
Akhir Diploma Teater (PROPERA 2018 & 2019) dan
Pernah menjadi Anak Randai dalam Teater Randai "Putri
Gondan Gondoriah adaptasi Kaba' Anggun Nan Tongga
(2018)". World Theatre Day 2019 dan merupakan
Sinografer untuk Teater Muzika Uda & Dara (2019) di
Upsi dan Teater D.E.L.I.R.I.U.M. di Taman Budaya Nusa
Tenggara Barat. Beliau juga pernah menjadi penari
dalam persembahan KONWAS (2020). Beliau pernah
terlibat dalam bengkel solekan dan kesan khas yang
dianjurkan oleh FINAS. Harapan beliau dalam
perlaksanaan Projek Persembahan Akhir adalah untuk
memperkukuhkan pengetahuan dan kebolehannya
terhadap bidang sinografi serta memelihara estetika
This template wakesscerneiaatnebdubdyaySalitdreasdgisoi.
02.04.1999 BIODATA PELAJAR
ADEEN RUSLEE
NO FON: 016-9265717 Najmuddin Bin Ruslee, Beliau dilahirkan di Klinik Kesihatan Dandun,
Pitas, Sabah pada 2 April 1999. Beliau menatap di negeri Sabah,
Ibunya merupakan seorang Suri Rumah sepenuh masa dan bapanya
bekerja sendiri dengan menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Beliau
merupakan anak kedua daripada lima orang beradik dan merupakan
lulusan daripada SMKA Tun Said, Kota Belud dan SMK Pitas II, Pitas.
Pengalaman beliau dalam dunia teater bermula sejak melanjutkan
pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan Teater di
UPSI. Sewaktu berada di sekolah menengah, beliau sangat aktif
dalam bidang pengacaraan. Pada tahun 2017, beliau telah mengikut
program EMCEE yang telah di anjurkan oleh Kelab belia dan sukan
daerah Pitas. Pada tahun 2018, beliau telah mengikuti pertandingan
sayembara penulisan puisi peringkat negeri Sabah dan mendapat
tempat ke dua. Beliau juga pernah mengikuti pertandingan
Pengisahan Kenegaraan peringkat negeri Sabah pada tahun 2018
serta mengikuti pertandingan buskers peringkat Universiti pada
tahun 2019. Beliau juga sering menjadi pengacara majlis semasa
menetap di Kolej Aminuddin Baki dan beliau pernah mengacarakan
majlis penutupan bagi program UlulAlbab P2K2 pada tahun 2019.
Pada 2020, Beliau pernah melibatkan diri dalam produksi Man Go
Production yang mana ketika itu pelajar semester akhir teater telah
mewujudkan Man Go Production sebagai projek persembahan akhir
tahun. Beliau telah terpilih menjadi pelakon dalam produksi tersebut.
Pada tahun 2021, Beliau juga melibatkan diri dalam bengkel solekan
watak dan kesan khas untuk Drama, Tv, Filem dan Teater bagi
anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Cita-
cita beliau adalah ingin menjadi seorang pendidik.
This templBatEeRMwIaMsPcIrSeAaMtePdAIbKyESBliIdNeTAsgNoG, BILA JATUH KE GUNUNG-GANANG.
05.12.1999 BIODATA PELAJAR
AFIQ SALGARET Mohd Afiq Ikhwan Bin Norsal merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni
NO FON: 011- Persembahan (Teater). Beliau lahir pada tanggal 05 Disember 1999 di
26508262 Hospital Kudat, Sabah. Berasal dari Kg. Telaga, Pitas dan menetap di
Putatan, Kota Kinabalu bersama keluarganya. Ibu beliau menjalankan
perniagaan sendiri dan ayahnya bekerja di Pejabat Pendidikan Daerah.
Beliau merupakan anak kelima dari enam orang adik beradik. Beliau
merupakan lulusan STPM di SMK Abdul Rahim, Kudat dan kemudian
melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan
(Teater) di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau ingin menceburi
bidang perniagaan dan bercita-cita ingin menjadi seorang usahawan yang
berjaya. Dari aspek lain, beliau seorang yang sangat kreatif dan berseni.
Beliau sangat berbakat dalam membuat rekaan pakaian dan tatarias.
Beliau menyertai pertandingan Pakaian Etnik Kreatif Peringkat Negeri
sempena Festival Kudat pada tahun 2014 dan pakaian beliau dipilih sebagai
10 diantara yang terbaik dan seterusnya menyertakan diri kembali dalam
pertandingan tersebut pada tahun 2015 dan menjadi juara. Di samping itu,
beliau sangat aktif dalam bidang tatarias dan telah menyertai beberapa
bengkel dan kursus berkaitan tatarias. Beliau menyertai bengkel tatarias
yang dikendalikan oleh Make Up Artist terkenal di negeri Sabah iaitu Mars
Kyle sebanyak 2 kali, bengkel tatarias bersama Dato Alha Alfa dan bengkel
tatarias anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Dalam bidang tatarias ini, beliau telah muncul sebagai Make Up Artist dan
mula menghasilkan pendapatan sendiri dengan menatarias pengantin.
Selain itu, beliau juga aktif dalam bidang seni persembahan dan
pencapaian tertinggi beliau ialah mewakili negeri Sabah sebanyak dua kali
ke pertandingan Semarak Tari peringkat Kebangsaan dan mendapat
tempat juara pada tahun 2014 dan naib juara pada tahun 2015.
This template was created by Slidesgo
16.09.1999 BIODATA PELAJAR
EMERLIA FERONIKA Emerlia Feronika Binti Mohd Roni Sow Abdullah
NO FON: 011- merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni
40298862 Persembahan (Teater) di Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI). Emerlia lahir pada 16 September 1999 di
negeri Johor Darul Takzim dan mempunyai tiga orang
adik-beradik. Emerlia telah berpindah dan kini menetap
di Kuantan, Pahang. Emerlia sering melibatkan diri dalam
dunia seni persembahan sejak dari bangku sekolah lagi
dan aktif secara langsung dalam Persatuan Pancaragam
di sekolah di mana Persatuan Pancaragam MGSSB yang
merupakan pancaragam tersohor di Kuantan dan sering
mewakili negeri Pahang dan juga pernah ke peringkat
kebangsaan dan antarabangsa dalam pertandingan
Pancaragam (Malaysian World Band Competition (MWBC)
pada tahun 2013 sebagai pemain Saxophonist Alto.
Sehingga kini Emerlia masih aktif bergiat dalam seni
persembahan terutama dalam bidang teater di dalam
Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang seni
persembahan teater mahupun luar universiti. Kini, beliau
juga bergiat aktif sebagai pelakon drama TV di Malaysia.
Antara drama TV lakonan beliau adalah Ratu Tenpin
sebagai Misha di astro ria, Seram tak Seram sebagai Siti
di TV9, Hantu Kum Kum sebagai Mimi astro Ria dan
Shakira sebagai Rini di TV3.
This template was created by Slidesgo
01.04.1999 BIODATA PELAJAR
MUSZA SHAH Muhammad Shahrizan Bin Zainal Abidin, dilahirkan di
NO FON: 019- Hospital Jelebu, Negeri Sembilan. Merupakan anak kedua
9559058 daripada tiga orang adik-beradik. Mendapat pendidikan
awal di Sekolah Kebangsaan Taman Tasik Jaya,
Seremban dan Sekolah Kebangsaan Undang Jelebu.
Seterusnya, menyambung pelajaran di peringkat
menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’
Undang Musa Al-Haj. Minat beliau dalam bidang kesenian,
telah mendorongnya untuk menyambung pelajaran dalam
bidang pementasan dengan menyambung Diploma Teater
di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan kini sedang
menyambung pelajaran di peringkat Sarjana Muda dalam
bidang teater. Sepanjang bergelar mahasiswa, beliau
telah mengecap banyak kejayaan dalam pertandingan
yang disertai. Antaranya ialah pemantun terbaik tiga
tahun berturut-turut (2014,2015 dan 2016) di peringkat
negeri Sembilan dan Kebangsaan serta menjadi
pengerusi forum terbaik di peringkat kebangsaan pada
tahun 2015. Moto hidup beliau ialah “Biar aral datang
bertandang, kita teruskan perjuangan!”.
This template was created by Slidesgo
18.04.1999 BIODATA PELAJAR
LINDA AHMAD Norhaslinda binti Ahmad. Beliau dilahirkan di Hospital
NO FON: 011- Sultanah Aminah, Johor Bahru pada 18 April 1999. Beliau
28669386 menetap di Kulai Johor. Ibunya sudah tidak bekerja dan
bapanya juga sudah tidak bekerja. Merupakan anak
bongsu dari 6 orang adik beradik. Lulusan dari SMK
Sultan Ibrahim Kulai. Menimba pengalaman dalam teater
sejak melanjutkan pelajaran dalam bidang ijazah sarjana
muda teater di UPSI dan bercita-cita untuk menceburi
bidang penjawat awam selepas tamat belajar. Beliau
pernah menyertai pertandingan penulisan skrip semasa
tingkatan 6 pada tahun 2017 dan mendapat tempat
pertama. Sewaktu semester 1, di situlah bermulanya
pengalaman pertama beliau menceburi bidang dalam
dunia teater di mana beliau pernah memegang watak
Marionnet dalam Teater yang bertajuk Boneka Hidup.
Beliau juga menyandang jawatan sebagai Exco Kesenian
dan Kebudayaan dalam Majlis Anak Johor (MAJOR) sesi
2021/2022. Seterusnya beliau telah menyertai produksi
Peran sejak semester 5 dan di dalam Peran lah beliau
mula menjinakkan diri untuk menyertai pertandingan
yang dibuka oleh UPSI sendiri. Disebabkan minat akan
solekan, beliau telah menyertai pertandingan rias wajah
sempena Hari Kemerdekaan yang dianjurkan oleh Pusat
Kebudayaan dan mendapat tempat naib johan. Dan kini
beliau telah menyertai Produksi Peran sebagai korus
dalam projek akhir teater (PENTAS’’22)
This template was created by Slidesgo
23.05.1999 BIODATA PELAJAR
HAFIZ ZULKIFLE Nama diberi Abdul Hafiz Bin Zulkifle, nama panggilan
NO FON: 017- Hafiz. Anak keempat dari lima orang adik beradik,
2877534 dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 23 Mei
1999. Latar belakang keluarga yang sederhana. Ibunya
sudah meninggal pada tahun 2019 dan sekarang hidup
bersama dengan adik dan abahnya. Setelah tamat
pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar
Sungai Buaya dia meneruskan lagi pengajiannya di
Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam jurusan Diploma
dan Ijazah Sarjana Muda Teater dengan kepujian. Beliau
tidak mempunyai pengalaman dalam dunia seni
persembahan teater tetapi dek kerana minat dalam seni
persembahan dia gagah langkah meneruskan pendidikan
dalam dunia seni persembahan. Beliau pernah menyertai
produksi Anthropini pada tahun 2019, menyertai
Produksi Teater Jali pada tahun 2019, menyertai
produksi kompilasi Revolution Stage pada tahun 2019
serta menyertai produksi teater Kanak-Kanak Belalang
pada tahun 2019. Harapan dalam menelusuri Projek
Persembahan Akhir iaitu mendisiplinkan diri dalam
mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh produksi dan
ingin mencipta kenang sebanyak mungkin yang tidak
boleh dilupakan.
This template was created by Slidesgo
19.04.1999 BIODATA PELAJAR
AIMANJAM Muhammad Noor Aiman bin Mohamed Nizam, anak sulung
NO FON: 013- dari tiga orang adik beradik dilahirkan di Hospital Besar
5632405 Alor Setar pada 19 April 1999. Beliau berasal dari negeri
Kedah. Ibunya merupakan seorang pekerja cuci di
hospital ternama Alor Setar manakala bapanya telah
meninggal dunia akibat penyakit kronik. Beliau
melanjutkan pelajarannya ke peringkat Diploma dan
Ijazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian di UPSI.
Pencapaian Ko - Akademik dalam bidang Teater dan
Drama ini telah dipupuk sejak bangku sekolah lagi.
Berbekalkan sedikit ilmu dari seorang pengajar Teater di
sekolah, minatnya berkembang dengan menyertai
pelbagai jenis pertandingan, salah satunya iaitu
Pertandingan Drama KOMSAS peringkat negeri dengan
membawa pulang piala Juara Keseluruhan serta Pelakon
Lelaki Terbaik dalam Teater 1400 karya Noordin Hassan.
Pengalaman terindah beliau bila mendapat peluang
melakukan Latihan Industri di Lombok, Indonesia. Beliau
bercita-cita ingin menjadi seorang pensyarah dalam
bidang Seni Persembahan. Tahniah diucapkan kepada
PeranProduction kerana berjaya membentuk kerjasama
yang padu bagi melaksanakan Projek Persembahan Akhir
(PENTAS”22) dengan jayanya.
This template was created by Slidesgo
TENAGA PRODUKSI
PENERBIT & PENYELIA
DR. LENA FARIDA BINTI HUSSAIN CHIN
DR. PATRICIA ANN HARDWIC
PENERBIT EKSEKUTIF
NABILAH NURFATHIRAH BINTI HARAPAN
PENGURUS PRODUKSI
FATIN NURSYAFIQAH BINTI ZUBAHI
PENGARAH
AYU AFNIZAR BINTI SAMSIR ALAM SYAH
PENOLONG PENGARAH
MUHAMMAD AZMAN BIN MASRI
PENGURUS PENTAS
SITI NATASHA BINTI IBRAHIM
NAZLIEYA BINTI TOHIMAN
PENGARAH GERAK LAKON
MOHD AFIQ IKHWAN BIN NORSAL
PENGARAH TEKNIKAL
ABDUL HAFIZ BIN ZULKIFLE
NOR NABILATUL NISYA BINTI AZANI
MUHAMMAD AIMAN BIN NIZAM
SINOGRAFER
AMINNUDEAN BIN BAHARUDEAN
TATARIAS
NORHASLINDA BINTI AHMAD
This template was created by Slidesgo
TENAGA PRODUKSI
BUSANA
AMINNUDEAN BIN BAHARUDEAN
MUHAMMAD SYAFIQ BIN MUSMULYADI
PROMOSI, PUBLISITI DAN HEBAHAN
NAJMUDDIN BIN RUSLEE
SUFIAN BIN OSMAN
EBBY AZRA BINTI MARDIN
NOAH BIN AHMAD
MUAZAN SHAH BIN YUSMADI
LOGISTIK DAN SOP
USHA NAANTINE A/P RAJANDRAN
NOOR SABIHAH BINTI HATTA
This template was created by Slidesgo
PEMUZIK
1. ENCIK MOHD HANIFF BIN NASIR
2. ENCIK MOHD IBZAIMAI BIN CHE SOF @ IBRAHIM
3. NAJMUDDIN BIN RUSLEE
4. SUFIAN BIN OSMAN
5. USHA NAANTINE A/P RAJANDRAN
6. FATIN NURSYAFIQAH BINTI ZUBAHI
7. ENCIK NAZIMIN BIN NAZERI
8. ENCIK HUSNIL AMIN BIN ZAKARIA
9. ENCIK AIDIL
This template was created by Slidesgo
KREW PENTAS
1. ENCIK ZAZUL AZWAN BIN MAT SHAH
2. ELLANKOUALAN A/L VELLASAMY
3. MALEK BIN SULAMIN
4. MOHD ALIFF BIN MOHD ASRI
5. MR. ZAID BIN ABDUL GHAFFAR
6. MR. ZULBAKRI BIN UJANG
This template was created by Slidesgo
SENARAI PELAKON
1. EMERLIA FERONIKA BINTI MOHD RONI SOW sebagai PUTERI
2. MUHAMMAD SHAHRIZAN BIN ZAINAL ABIDIN sebagai PUTERA HAREK KAH
3. NORHASLINDA BINTI AHMAD sebagai KORUS
4. MUHAMMAD NOOR AIMAN BIN MOHAMED NIZAM sebagai KORUS
5. ABDUL HAFIZ BIN ZULKIFLE sebagai KORUS
6. MOHD AFIQ IKHWAN BIN NORSAL sebagai KORUS
7. NURUL ADILAH BINTI SUDIRMAN sebagai KORUS
8. EBBY ENDRIANA ELLYN BINTI JUMAR sebagai KORUS
9: AMINUDDEAN BIN BAHARUDEAN sebagai KORUS
10: NAZLIEYA BINTI TOHIMAN sebagai KORUS
11: MAMAN sebagi KORUS
This template was created by Slidesgo
PENGHARGAAN
This template was created by Slidesgo
PENGHARGAAN
This template was created by Slidesgo
PENGHARGAAN
This template was created by Slidesgo
PENGHARGAAN
This template was created by Slidesgo
PENGHARGAAN
This template was created by Slidesgo
TAJAAN DAN PENGHARGAAN
1. Yayasan Sabah
2. MN Associatest (Nilai) Sdn Bhd
3. Port Unity Thru Art
4. Dato Ruslee Hashim
5. Kriung Studio Sdn Bhd
6. Muhammad Azman Masri
7. Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Mualim
8. En, Muhammad Nazri
9. YB Arshad Bistari
10. Faizal Ruhaijat
11. Harapan Kasih Family
12. Pusat Kebudayaan UPSI
13. Hairul Kota Belud
14. Nor Hanida Zubahi
15. Alif Offshore
16. Lapako Street Food
17. D'Impian Design Aqil
18. Busana Wafa Aisy
19. Perahu Maju
20. Mohideen Store
This template was created by Slidesgo
TAJAAN DAN PENGHARGAAN
20. Mohideen Store
21. Borneo Hamba Allah
22. Kedai Kain Nurul Amani
23. Amril Kelantan
24. Restoran Jalaluddin
25. Mael Gadjet
26. Dapur Pak Addy Poktek
27. Cafe Acik Anis
28. Restoran Pak Din
29. Restoran Teman U
30. Kek Lapis Diana
31. Restoran Perahu Pecah
32. Al Fateh Vision Steak House
33. Pak Karim Corner
34. Teeqa Salgaret
35. Warung Kak Yam
36. Dj Babu
37. Restoran Amana Nasi Kandar
38. Hamba Allah
39. Floyds Kitchen Tanjung Malim
40. Abuya Begejon (Abuya Station)
This template was created by Slidesgo
TAJAAN DAN PENGHARGAAN
41. Coffee Nation KL
42. Restoran Nor Fazirali
43. Restoran Dusun Nyor
44. Restoran Kak Annie
45. Ibrahim Family
46. Restoran De’5 Merah
47. Uweis Enterprise Bengkel Kimpalan
48. Selera Berkat Malindo
49. Butik Sri Andam Nor
50. East Net Printing & Stationery
51. Pengangkutan Lori Azimi
52. Cartel Clothing Co
53. Sarang Art Hub
54. Pusat Bina Bodytalk Gym & Sauna
55. Majlis Daerah Tanjung Malim
56. Sri Damai Resort
57. Pusat Kesihatan UPSI
58. Bahagian Komunikasi Korporat UPSI
59. Muhammmad Hanif
60. Restoran Pyoor
This template was created by Slidesgo
CATATAN DAN TANDATANGAN
This template was created by Slidesgo
CATATAN DAN TANDATANGAN
This template was created by Slidesgo
This template was created by Slidesgo