PENTAS22
PERAN PRODUCTION
ISI KANDUNGAN
I Logo Peran Production
II Isi Kandungan 1
III Isi Kandungan 2
IV Poster Persembahan
V Gambar Seluruh Produksi
VI Sinopsis
1 Kata Alu-aluan Dekan FMSP
2 Kata Alu-aluan Ketua Jabatan
3 Kata Alu-aluan Penyelaras
4 Kata Alu-aluan Pensyarah Dan Penerbit
5 Kata Alu-aluan Pensyarah Dan Penerbit
6 Pelajar Yang Dinilai (FATIN NURSYAFIQAH BINTI ZUBAHI)
7 Pelajar Yang Dinilai (NABILAH NURFATHIRAH BINTI HARAPAN)
8 Pelajar Yang Dinilai (AYU AFNIZAR BINTI SAMSIR ALAM SYAH)
9 Pelajar Yang Dinilai (SITI NATASHA BITI IBRAHIM)
10 Pelajar Yang Dinilai (AMINNUDEAN BIN BAHARUDEAN)
11 Pelajar Yang Dinilai (NAJMUDDIN BIN RUSLEE)
12 Pelajar Yang Dinilai (MOHD AFIQ IKHWAN BIN NORSAL)
13 Pelajar Yang Dinilai (EMERLIA FERONIKA BINTI MOHD RONI SOW
ABDULLAH)
14 Pelajar Yang Dinilai (MUHAMMAD SHAHRIZAN BIN ZAINAL ABIDIN)
15 Pelajar Yang Dinilai (NORHASLINDA BINTI AHMAD)
16 Pelajar Yang Dinilai (ABDUL HAFIZ BIN ZULKIFLE)
17 Pelajar Yang Dinilai (MUHAMMAD NOOR AIMAN BIN MOHAMED
NIZAM)
ISI KANDUNGAN
18 Tenaga Produksi
19 Tenaga Produksi
20 Pemuzik
21 Krew pentas
22 Senarai nama pelakon
23 Penghargaan
24 Penghargaan
25 Penghargaan
26 Penghargaan
27 Tajaan dan Penghargaan
28 Tajaan dan Penghargaan
29 Catatan dan Tandatangan
30 Kulit buku (belakang)
POSTER
“ASIK”
NAI MAI MANG MAKKAH
GAMBAR AHLI PRODUKSI
BARISAN ATAS: Nabila, Endriana, Nazlieya, Linda, EbbyAzra, Usha,
Emerlia, Ayu Afnizar, Dila, Fatin, Natasha
BARISAN BAWAH: Afiq Ikhwan, Aiman Nizam, Shahrizan, Syafik,
Aminnudean, Najmuddin, Hafiz
SINOPSIS
ASIK
NAI MAI MANG MAKKAH
Mengisahkan tentang cinta yang tak kesampaian antara
Putera Campa dengan Puteri Kelantan. Puteri Kelantan
sangat mentaati agama dan mendapat izin ayahnya untuk
merantau demi menyebarkan syiar Islam. Putera Campa
pula seorang putera yang memikul tanggungjawab demi
rakyat kerana tanah air yang ditakluk sedang bergelojak.
Putera Campa yang mabuk cinta, terpaksa
memilih antara cinta dengan rakyat dan perjuangannya
terhadap bangsa dan tanah air kerana berbeza fahaman
agama. Cinta menunjukkan kelemahannya sebagai seorang
lelaki yang mudah dipermainkan nafsu sehingga hilang
pertimbangan untuk memilih kebenaran.
UCAPAN DEKAN FMSP
PROF. MADYA. DR. MUHAMMAD FAZLI TAIB
BIN SAEARANI
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
produksi kerana memberi saya peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata di
dalam buku program Projek Persembahan Akhir 2022 (PENTAS’22), Peran
Production. Tahniah kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan projek
persembahan akhir ini. Tahniah diucapkan kepada kesemua 11 orang pelajar
Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Teater) dengan Kepujian. Kerana berjaya
melaksanakan PENTAS’22 pada kali ini, tidak lupa juga kepada pelajar ijazah
sarjana muda Seni Persembahan Teater Semester 4 dan pelajar Ijazah Sarjana
Seni Persembahan kerana turut sama menghulurkan bantuan bagi memastikan
Projek Persembahan Akhir (PENTAS’22) berjalan dengan lancar dan jayanya.
Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua
kakitangan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan dalam membantu melaksanakan
PENTAS’22 ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Sekian,
terima kasih.
UCAPAN KETUA JABATAN
ENCIK ZOLKIPLI BIN ABDULLAH
Pertama sekali, tahniah diucapkan kepada para pelajar Ijazah Sarjana Muda
Seni Persembahan (Teater) dengan Kepujian Semester 6 kerana telah berjaya
menghasilkan persembahan teater yang cemerlang melalui PENTAS”22.
Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada semua ahli Peran Production
kerana mampu menjalankan sebuah projek dengan kerjasama yang padu
walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran semasa pandemik
dan mengikuti norma baharu. Saya percaya PENTAS”22 yang dipersembahkan
oleh Peran Production ini bukan sahaja salah satu kursus pembelajaran di
Universiti tetapi juga sebagai persediaan menghadapi dunia luar yang lebih
mencabar. Sesungguhnya saya meletakkan keyakinan penuh dan percaya
bahawa semua pelajar akan dapat mengharungi halangan yang lebih besar
pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
UCAPAN PENYELARAS
PENTAS TEATER
DR. SALMAN ALFARISI
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pelajar Ijazah Sarjana
Muda Seni Persembahan (Teater) dengan Kepujian, kerana telah berjaya
menghasilkan Projek Persembahan Akhir ini dengan baik. Anda telah
membuktikan bahawa teater adalah sebuah seni yang berhubung kait dengan
kehidupan manusia. Hal ini kerana di dalamnya terkandung perasaan,
pengalaman, pengucapan dan skrip yang dibawa mempunyai maksud tersendiri.
Sesungguhnya Projek Persembahan Akhir telah mengajar mereka erti komitmen
yang sebenar dan bekerja dalam pasukan yang menuntut kesefahaman dan
kesepaduan tenaga bersama. Saya berharap pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda
Seni Persembahan (Teater) yang mengambil subjek projek akhir tahun ini akan
dapat menempuh alam realiti dengan cekal kelak. Sekian, terima kasih.
UCAPAN PENSYARAH &
PENERBIT
DR. LENA FARIDA BINTI HUSSAIN CHIN
Asslamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya ingin
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada semua
pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Teater) dan ahli Peran Production
dalam melaksanakan Projek Persembahan Akhir (PENTAS’22). Saya berharap
pementasan Teater Eksperimental Asik ini mampu memberikan pengalaman dan
pengajaran yang dapat dimanfaatkan sebagai persediaan kepada pelajar untuk
melangkah ke dunia industri kreatif yang sebenar. Banyak perkara yang dipelajari
daripada proses amali penerbitan produksi teater yang sebenar khususnya dalam
perkara pengurusan dan pelaksanaan sesebuah projek. Oleh yang demikian, saya
ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada yang
pelajar dan kakitangan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung
dalam membantu dan menjayakan Projek Persembahan Akhir (PENTAS’22).
Ucapan terima kasih juga ingin saya dedikasikan kepada para pensyarah Fakulti
Muzik dan Seni Persembahan yang sekian lama gigih dan sabar mendidik anak-
anak bangsa dengan mencurahkan ilmu serta pengalaman yang tidak ternilai
dalam membentuk modal insan yang holistik. Semoga didikan yang cemerlang itu
akan memberikan hasil pulangan yang mampu membangkitkan kecemerlangan
industri seni kreatif negara kelak. Syabas semua! Sekian, terima kasih.
UCAPAN PENSYARAH &
PENERBIT
DR. PATRICIA ANN HARDWICK
Tahniah saya ucapkan kepada semua pelajar yang terlibat di dalam Projek
Persembahan Akhir 2022 (PENTAS’22) kerana berjaya melaksanakan projek
persembahan akhir ini dengan jayanya melalui Produksi Peran Production.
Persembahan Akhir tahun yang dibawakan khas daripada Peran Production ini
telah memilih sebuah karya hebat untuk dipersembahkan iaitu teater ASIK
adaptasi daripada manuskrip Nai Mai Mang Makkah. Projek Persembahan Akhir
ini merupakan kursus yang menuntut para pelajar dalam merancang,
menyelaraskan dan mengendalikan penerbitan persembahan teater. Di
samping itu, para pelajar juga dibimbing untuk mengurus pementasan
membabitkan pratik proses penciptaan konsep dan pengurusan organisasi,
pengarahan, lakonan dan sinografi bermula daripada proses pra sehingga
pasca produksi. Saya yakin kesemua pelajar telah mempraktikkan amalan kerja
produksi yang telah dipelajari selama belajar di UPSI. Akhir kata, saya berharap
agar pelajar mampu memanfaatkan setiap ruang dan peluang yang tersedia
dalam bidang ini melalui pengalaman tersebut. Selamat maju jaya buat semua.
Sekian, terima kasih.
BIODATA PELAJAR
Fatin Nursyafiqah Binti Zubahi. Beliau dilahirkan di Hospital Tuanku Ampuan
Afzan, Kuantan, Pahang pada 4 Oktober 1999. Beliau menetap di Terengganu.
Ibunya berkerja sebagai seorang guru dan bapanya merupakan seorang pesara
tentera. Merupakan anak sulung dari lima orang beradik serta lulusan dari SMK
Kompleks Gong Badak. Menimba pengalaman dalam teater sejak melanjutkan
pelajaran dalam bidang diploma teater di UPSI dan bercita-cita untuk menjadi
seorang aktivis selepas tamat belajar. Merupkan seorang pemain muzik
gamelan yang aktif sejak zaman sekolah menengah sehingga ke peringkat
antarabangsa. Beliau pernah terlibat dengan produksi Anthropinitechni
(Propera Muzika Uda dan Dara sebagai Mak Bedah dan Promosi), Canvabitara
(Randai Puti Gondan Gondoriah sebagai penolong pengurus kostum), Thespian
(Malam Jahanam sebagai Box Office), Seniman Paksi Rakyat (Muzika Uda dan
Dara sebagai Mak Bedah) dan Sandiwara Merah Jambu dari Lombok, Indonesia
(sebagai pengiring). Semoga semua usaha, air mata dan titik peluh kita berakhir
dengan pengakhiran yang baik.
BIODATA PELAJAR
Nabilah Nurfathirah binti Harapan, Beliau dilahirkan di Hospital Kota Belud,
Sabah pada 31 Julai 1999. Kini beliau menetap di Kota Belud Sabah. Ibunya
merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan bapanya sudah tidak
bekerja. Beliau merupakan anak bongsu daripada 11 orang adik beradik. Beliau
menghabiskan pengajian dari STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Taun
Gusi 1 dan kini melanjutkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Seni
Persembahan Teater di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan bercita-cita ingin
menjadi seorang pendidik pada awalnya. Namun mendapat rezeki untuk
menimba ilmu baharu dalam bidang teater meskipun sebelum ini tidak memiliki
asas dalam seni persembahan. Beliau pernah terlibat dengan produksi Man Go
Production (2019) dengan menjadi pelakon dan memegang watak sebagai
Salmah.
BIODATA PELAJAR
Ayu Afnizar binti Samsir Alam Syah berasal dari Petaling Jaya, Selangor
merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan Teater dengan
Kepujian di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bakatnya dalam seni suara
dikenali seawal umur tujuh tahun dan mula mengenali dunia teater sejak
berumur 15 tahun menerusi naskah Bangsawan Anak Buluh Betung di bawah
bimbingan Persatuan Teater Anak Seni Warisan Selangor (ASWA Selangor).
Pada tahun 2014, beliau telah mewakili kumpulan Malaysia untuk program
Makyung di Peta Dunia dalam Brouhaha International Street Festival di
Liverpool & Edinburgh, Scotland, United Kingdom. Terkini, beliau merupakan
salah seorang Penerbit Rancangan di RTM. Membahagikan masa antara kerjaya
dan pelajaran, kini beliau berada pada semester akhir dalam Sarjana Seni
Persembahan yang masih menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang pendidik.
BIODATA PELAJAR
Siti Natasha Binti Ibrahim , Beliau dilahirkan di Hospital Tengku Anis Pasir
Puteh, Kelantan pada 25 Oktober 1999. Berasal dari negeri Kelantan, Ibunya
merupakan seorang suri rumah sepenuh masa manakala bapanya bekerja
sendiri. Beliau merupakan anak ketiga dari empat orang adik beradik. Beliau kini
melanjutkan pengajian ke peringat ijazah sarjana muda dalam bidang Seni
Persembahan (Teater) dengan Kepujian. Beliau bercita -cita ingin menjadi
seorang pegawai tentera darat pada awal mulanya, tetapi bila berada dalam
jurusan seni ini telah mengubah hasrat beliau untuk menjadi seorang pegawai
kebudayaan. Beliau pernah terlibat dengan persembahan pementasan Teater
sawah padi Muzika Uda dan Dara yang bertempat di Padang Merbok Kuala
Lumpur. Beliau juga terlibat dengan program IMPAC pada tahun 2019 di
Panggung Budaya FMSP, UPSI. Serta terlibat dalam bengkel tarian Mek
Mulung Aswara bersama Sekolah Seni Perak Malaysia pada tahun 2019.
Harapan daripada anak kelahiran negeri yang penuh dengan kesenian ini agar
dapat menambah pengalaman baharu dalam melaksanakan projek akhir ini
melalui ilmu yang saya peroleh boleh saya guna dan terapkan dalam diri untuk
alam pekerjaan satu hari nanti.
BIODATA PELAJAR
Aminnudean Bin Baharudean, merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni
Persembahan (Teater) di UPSI. Beliau dilahirkan pada 29 Julai 1999 di Segamat
dan merupakan anak kedua daripada lapan orang adik-beradik. Beliau telah
mempelajari mata pelajaran Sains Tulen di SMK Sri Kukup pada tahun 2012
hingga 2016, namun bertukar kepada bidang Seni Persembahan Teater semasa
melanjutkan Diploma di UPSI. Beliau mempunyai minat yang amat mendalam
dalam bidang sinografi, estetika seni dan Teater Asia. Aminnudean menyimpan
cita-cita untuk menjadi seorang pensyarah yang pakar dalam bidang Teater
Asia. Beliau pernah mengikuti Malaysia Top 10 Outstanding Young Artist
Awards (2015-2016), Projek persembahan Akhir Diploma Teater (PROPERA
2018 & 2019) dan World Theatre Day 2109. Harapannya dalam perlaksanaan
Projek Persembahan Akhir adalah untuk memperkukuhkan pengetahuan dan
kebolehannya terhadap bidang sinografi serta memelihara estetika kesenian
budaya tradisi.
BIODATA PELAJAR
Najmuddin Bin Ruslee, Beliau dilahirkan di Klinik Kesihatan Dandun, Pitas,
Sabah pada 2 April 1999. Beliau menatap di negeri Sabah, Ibunya merupakan
seorang Suri Rumah sepenuh masa dan bapanya bekerja sendiri dengan
menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Beliau merupakan anak kedua daripada
lima orang beradik dan merupakan lulusan daripada SMKA Tun Said, Kota
Belud dan SMK Pitas II, Pitas. Pengalaman beliau dalam dunia teater bermula
sejak melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan
Teater di UPSI. Beliau juga pernah mengikuti pertandingan Pengisahan
Kenegaraan peringkat negeri Sabah pada tahun 2018 serta mengikuti
pertandingan buskers peringkat Universiti pada tahun 2019. Beliau juga
menyimpan cita-cita ingin menjadi seorang pendidik.
BERMIMPI SAMPAI KE BINTANG, BILA JATUH KE GUNUNG-GANANG.
BIODATA PELAJAR
Mohd Afiq Ikhwan Bin Norsal merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni
Persembahan (Teater).beliau lahir pada tanggal 05 Disember 1999 di Hospital
Kudat, Sabah. Berasal dari Kg. Telaga, Pitas dan menetap di Putatan, Kota
Kinabalu bersama keluarga. Ibu beliau menjalankan perniagaan sendiri dan
Ayah bekerja di Pejabat Pendidikan Daerah. Beliau merupakan anak kelima dari
enam orang adik beradik. Beliau merupakan lulusan STPM di SMK Abdul
Rahim, Kudat dan kemudian melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda
Seni Persembahan (Teater) di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau ingin
menceburi bidang perniagaan dan bercita-cita ingin menjadi seorang usahawan
seni yang berjaya. Pencapaian tertinggi beliau ialah mewakili Sabah sebanyak 2
kali ke pertandingan Semarak Tari peringkat Kebangsaan dan mendapat juara
pada tahun 2014 dan naib juara pada tahun 2015. Pada masa kini, ingin
menceburi bidang teater dan tugasan lakonan merupakan pengalaman pertama
beliau dalam bidang teater.
BIODATA PELAJAR
Emerlia Feronika Binti Mohd Roni Sow Abdullah merupakan pelajar Ijazah
Sarjana Muda Seni Persembahan (Teater) di Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI). Emerlia lahir pada 16 September 1999 di negeri Johor Darul Takzim dan
mempunyai tiga orang adik-beradik. Emerlia telah berpindah dan kini menetap
di Kuantan, Pahang. Emerlia sering melibatkan diri dalam dunia seni
persembahan sejak dari bangku sekolah lagi dan aktif secara langsung dalam
Persatuan Pancaragam di sekolah di mana Persatuan Pancaragam MGSSB
yang merupakan pancaragam tersohor di Kuantan dan sering mewakili negeri
Pahang dan juga pernah ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam
pertandingan Pancaragam (Malaysian World Band Competition (MWBC) pada
tahun 2013 sebagai pemain Saxophonist Alto. Sehingga kini Emerlia masih
aktif bergiat dalam seni persembahan terutama dalam bidang teater di dalam
Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang seni persembahan teater
mahupun luar universiti. Kini, beliau juga bergiat aktif sebagai pelakon drama
TV di Malaysia. Antara drama TV lakonan beliau adalah Ratu Tenpin sebagai
Misha di astro ria, Seram tak Seram sebagai Siti di TV9, Hantu Kum Kum
sebagai Mimi astro Ria dan Shakira sebagai Rini di TV3.
BIODATA PELAJAR
Muhammad Shahrizan Bin Zainal Abidin, dilahirkan di Hospital Jelebu, Negeri
Sembilan. Merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik. Mendapat
pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Taman Tasik Jaya, Seremban dan
Sekolah Kebangsaan Undang Jelebu. Seterusnya, menyambung pelajaran di
peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Undang Musa
Al-Haj. Minat beliau dalam bidang kesenian, telah mendorongnya untuk
menyambung pelajaran dalam bidang pementasan dengan menyambung
Diploma Teater di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan kini sedang
menyambung pelajaran di peringkat Sarjana Muda dalam bidang teater.
Sepanjang bergelar mahasiswa, beliau telah mengecap banyak kejayaan dalam
pertandingan yang disertai. Antaranya ialah pemantun terbaik tiga tahun
berturut-turut (2014,2015 dan 2016) di peringkat negeri Sembilan dan
Kebangsaan serta menjadi pengerusi forum terbaik di peringkat kebangsaan
pada tahun 2015. Moto hidup beliau ialah “Biar aral datang bertandang, kita
teruskan perjuangan!”.
BIODATA PELAJAR
Norhaslinda binti Ahmad. Beliau dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor
Bahru pada 18 April 1999. Beliau menetap di Kulai Johor. Ibunya sudah tidak
bekerja dan bapanya juga sudah tidak bekerja. Merupakan anak bongsu dari 6
orang adik beradik. Lulusan dari SMK Sultan Ibrahim Kulai. Menimba
pengalaman dalam teater sejak melanjutkan pelajaran dalam bidang ijazah
sarjana muda teater di UPSI dan bercita-cita untuk menjadi seorang polis
selepas tamat belajar. Beliau pernah menyertai pertandingan penulisan skrip
semasa tingkatan 6 pada tahun 2017 dan mendapat tempat pertama. Sewaktu
semester 1, di situlah bermulanya pengalaman pertama beliau menceburi
bidang dalam dunia teater dimana beliau pernah memegang watak Marionnet
dalam Teater yang bertajuk Boneka Hidup bagi memenuhi tugasan akhir
lakonan awalan. Seterusnya beliau telah menyertai produksi Peran sejak
semester 5 dan di dalam Peran lah beliau mula menjinakkan diri untuk
menyertai pertandingan yang dibuka oleh UPSI sendiri. Beliau telah menyertai
pertandingan rias wajah sempena Hari Kemerdekaan yang dianjurkan oleh
Pusat Kebudayaan dan mendapat tempat naib johan. Dan kini beliau telah
menyertai Produksi Peran sebagai korus dalam projek akhir teater
(PENTAS’’22)
BIODATA PELAJAR
Nama diberi Abdul Hafiz Bin Zulkifle, nama panggilan Hafiz. Anak keempat dari
lima orang adik beradik, dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 23 Mei
1999. Latar belakang keluarga yang sederhana. Ibunya sudah meninggal pada
tahun 2019 dan sekarang hidup bersama dengan adik dan abahnya. Setelah
tamat pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya dia
meneruskan lagi pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam
jurusan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Teater dengan kepujian. Beliau tidak
mempunyai pengalaman dalam dunia seni persembahan teater tetapi dek
kerana minat dalam seni persembahan dia gagah langkah meneruskan
pendidikan dalam dunia seni persembahan. Beliau pernah menyertai produksi
Anthropini pada tahun 2019, menyertai Produksi Teater Jali pada tahun 2019,
menyertai produksi kompilasi Revolution Stage pada tahun 2019 serta
menyertai produksi teater Kanak-Kanak Belalang pada tahun 2019. Harapan
dalam menelusuri Projek Persembahan Akhir iaitu mendisiplinkan diri dalam
mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh produksi dan ingin mencipta kenang
sebanyak mungkin yang tidak boleh dilupakan.
BIODATA PELAJAR
Muhammad Noor Aiman bin Mohamed Nizam, anak sulung dari tiga orang adik
beradik dilahirkan di Hospital Besar Alor Setar pada 19 April 1999. Beliau
berasal dari negeri Kedah. Ibunya merupakan seorang pekerja cuci di hospital
ternama Alor Setar manakala bapanya telah meninggal dunia akibat penyakit
kronik. Beliau melanjutkan pelajarannya ke peringkat Diploma dan Ijazah
Sarjana Muda Teater dengan Kepujian di UPSI. Pencapaian Ko - Akademik
dalam bidang Teater dan Drama ini telah dipupuk sejak bangku sekolah lagi.
Berbekalkan sedikit ilmu dari seorang pengajar Teater di sekolah, minatnya
berkembang dengan menyertai pelbagai jenis pertandingan, salah satunya iaitu
Pertandingan Drama KOMSAS peringkat negeri dengan membawa pulang
piala Juara Keseluruhan serta Pelakon Lelaki Terbaik dalam Teater 1400 karya
Noordin Hassan. Pengalaman terindah beliau bila mendapat peluang
melakukan Latihan Industri di Lombok, Indonesia. Beliau bercita-cita ingin
menjadi seorang pensyarah dalam bidang Seni Persembahan. Tahniah
diucapkan kepada PeranProduction kerana berjaya membentuk kerjasama yang
padu bagi melaksanakan Projek Persembahan Akhir (PENTAS”22) dengan
jayanya.
TENAGA PRODUKSI
PENGURUS PRODUKSI :
1: FATIN NURSYAFIQAH BINTI ZUBAHI
PENERBIT EKSEKUTIF:
1: NABILAH NURFATHIRAH BINTI HARAPAN
PENGARAH :
1: AYU AFNIZAR BINTI SAMSIR ALAM SYAH
PENGURUS PENTAS :
1. SITI NATASHA BINTI IBRAHIM
2. MUHAMMAD AZMAN BIN MASRI
3. NAZLIEYA BINTI TOHIMAN
KOREOGRAFI
1: MOHD AFIQ IKHWAN BIN NORSAL
SINOGRAFI
1:AMINNUDEAN BIN BAHARUDEAN
TENAGA PRODUKSI
PENGARAH TEKNIKAL
1. ABDUL HAFIZ BIN ZULKIFLE
2. MUHAMMAD AIMAN BIN NIZAM
TATARIAS
1: NORHASLINDA BINTI AHMAD
BUSANA
1. AMINNUDEAN BIN BAHARUDEAN
2. MUHAMMAD SYAFIQ BIN MUSMULYADI
PROMOSI, PUBLISITI DAN HEBAHAN
1.NAJMUDDIN BIN RUSLEE
2. SUFIAN BIN OSMAN
3. EBBY AZRA BINTI MARDIN
4:NOAH BIN AHMAD
5. MUAZAN SHAH BIN YUSMADI
LOGISTIK DAN SOP
1: USHA NAANTINE A/P RAJANDRAN
PEMUZIK
1. ENCIK NAZIMIN BIN NAZERI
2. ENCIK MOHD HANIFF BIN NASIR
3. ENCIK MOHD IBZAIMAI BIN CHE SOF @ IBRAHIM
KREW PENTAS
1. ENCIK ZAZUL AZWAN BIN MAT SHAH
2. ELLANKOUALAN A/L VELLASAMY
3. MALEK BIN SULAMIN
4. MOHD ALIFF BIN MOHD ASRI
5. MR. ZAID BIN ABDUL GHAFFAR
6. MR. ZULBAKRI BIN UJANG
SENARAI NAMA PELAKON
PELAKON DAN KORUS
1. EMERLIA FERONIKA BINTI MOHD RONI SOW sebagai
PUTERI
2. MUHAMMAD SHAHRIZAN BIN ZAINAL ABIDIN sebagai
PUTERA HAREK KAH
3. NORHASLINDA BINTI AHMAD sebagai KORUS
4. MUHAMMAD NOOR AIMAN BIN MOHAMED NIZAM sebagai
KORUS
5. ABDUL HAFIZ BIN ZULKIFLE sebagai KORUS
6. MOHD AFIQ IKHWAN BIN NORSAL sebagai KORUS
7. NURUL ADILAH BINTI SUDIRMAN sebagai KORUS
8. EBBY ENDRIANA ELLYN BINTI JUMAR sebagai KORUS
PENGHARGAAN
MN ASSOCIATES (NILAI) SDN.BHD
SRI DAMAI RESORT
PENGHARGAAN
RESTORAN LAPAKO STREET FOOR
SARANG ART HUB
PENGHARGAAN
FLOYDS KITCHEN TANJUNG MALIM
AL FATEH VISION STEAK HOUSE
PENGHARGAAN
WARUNG KAK YAM TANJONG MALIM
PERSATUAN KEBUFAYAAN DAN KESENIAN MUALIM
TAJAAN DAN PENGHARGAAN
1 MN Associatest (Nilai) Sdn Bhd
2 Dato Ruslee Hashim
3 Lapako Street Food
4 Kriung Studio Sdn Bhd
5 Muhammad Azman Masri
6 Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Mualim
7 Norhanidah Zubahi
8 D’Impian Design Aqil
9 Kedai Kain Nurul Amani
10 Busana Wafa Aisy
11 Restoran Jalaludin
12 Hamba Allah
13 Mohideen Store
14 Hairul KB
15 Harapan Kasih Family
16 Muhammad Hanif
17 Amril Kelantan
18 Perahu Maju
19 Alif Offshore
TAJAAN DAN PENGHARGAAN
20 Noor Sabiha binti Hatta
21 Restoran Amana Nasi Kandar
22 Restoran Teman U
23 Al Fateh Vision Steak House, Taman Bahtera
24 Warung Kak Yam
25 Floyds Kitchen Tanjung Malim
CATATAN DAN TANDATANGAN
CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, and
includes icons by Flaticon, and infographics & images by Freepik