INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU
LINTANG, 93200 KUCHING, SARAWAK
TAJUK: KEMAHIRAN BERFIKIR
KOD SUBJEK: GKEB1072
NAMA PESYARAH: DAYANG PUTRI BINTI AWANG MAHBI
TARIKH HANTAR: 4 NOVEMBER 2021
BIL GAMBAR MAKLUMAT
1
AHLI KUMPULAN: MAKLUMAT
BIL GAMBAR
1 Nama: Alicia Anak Hilbert Untam
No. Matrik: P21045867
2 Angka giliran: 2021042310053
No. Kad pengenalan: 020321-13-0788
Nama: Vanessa Voon
No. Matrik: P21045879
Angka giliran: 2021042310070
No. Kad pengenalan: 030817-13-0668
3
Nama: Michelle Chai Kah Yi
No. Matrik: P21045874
Angka giliran: 2021042310060
Kad Pengenalan:030404-13-0758
2
SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT
1
BIL PERKARA 2
1 MUKA HADAPAN 3
2 SENARAI AHLI KUMPULAN DAN MAKLUMAT 4
3 SENARAI KANDUNGAN 4-6
4 1.0 JENIS-JENIS KEMAHIRAN BELAJAR 7
5 1.1. LATERAL 8-9
6 1.2 KRITIS
7 1.3 KREATIF 9-11
8 1.4 REFLEKTIF 11
9 2.0 KEMAHIRAN KRITIS 11-13
10 2..1 PEMIKIRAN KRITIS ARAS TINGGI 13
11 2.2 PEMIKIRAN KRITIS ARAS RENDAH 14
12 RUJUKAN
3
1.0 Jenis-jenis Kemahiran Belajar:
Kemahiran berfikir:
Setiap murid perlu membina kemahiran inkuiri dan belajar cara untuk terus mendapatkan
pengetahuan sepanjang hayat supaya boleh menghubung kait pelbagai pengetahuan, dan
mewujudkan pengetahuan baharu. Kemahiran berfikir aras tinggi dan kemampuan untuk
melakukan inovasi amat kritikal dalam dunia teknologi yang berkembang pesat. (Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013-2025)
1.0 Lateral :
• Pencipta: Doktor Edward de Bono (Pakar dalam bidang perubatan dan pemikiran)
• Denifisi:
-Berlawanan dengan cara pemikiran tradisional
-Menitikberatkan pelbagai jenis jawapan dan bebas dari konkongan oleh konsep
atau idea pemikiran lama.
-Matlamat: Matlamat pemikiran lateral ialah mencipta peralihan, mengubah
daripada konsep lama ke konsep baru.
-Tujuan: Mencipta idea baharu.
Penerangan tentang pemikiran lateral:
• Jenis pemikiran Lateral ini merujuk kepada penggunaan kaedah yang unik untuk
menyelesaikan masalah
• Melihat sesuatu dengan cara yang berbeza
• Pemikiran yang melengkapi pemikiran analitikal dan kritis
• Pemikiran ini bukan bertujuan menyingkirkan corak pemikiran yang sedia ada
tetapi ianya adalah untuk mencari jalan terpantas dan lebih berkesan untuk
menyelesaikan masalah yang menepati kriteria yang dikehendaki.
4
Ciri-ciri pemikiran lateral:
• Pemikiran lateral digunakan untuk lari daripada idea-idea yang sudah lama digunakan
dan dipercayai baik serta betul.
• Digunakan untuk melepaskan diri daripada cengkaman persepsi-persepsi lapuk:
Untuk melarikan diri dari perkara ini seseorang boleh lakukan tiga perkara
(Bono D.E., 2010):
-Cabar label.
-Cuba dan lakukan tanpa mereka
-Wujudkan label baharu.
• Proses-proses berfikir yang keluar dan menerokai sudut-sudut baru.
• Pemikiran lateral bersifat generatif.
• Pemikiran lateral bertujuan mencari alternatif-alternatif baru.
• Pemikiran lateral tidak berminat mencari yang betul atau salah tetapi mencari apa
yang berlainan.
Penggunaan Maklumat- Lateral:
• Soal sama ada sesuatu maklumat itu salah atau betul tidak menjadi masalah di dalam
pemikiran lateral untuk mencari faedah-feadah yang ada pada sesuatu idea meskipun
disedari idea itu tidak sempurna.
• Selalunya ini membawa kepada 'berfikir di dalam kotak' dan terperangkap dalam
paradigma lama (yang utama ialah proses penjelajahan minda).
5
Teknik berfikir secara lateral:
• Edward De Bono mencipta teknik-teknik berfikir lateral khusus untuk mencipta idea-
idea baru.
• Pada asasnya teknik-teknik beliau ialah untuk menghasilkan provokasi dalam minda.
• Beliau mencipta perkataan baru “provokasi operasi” – “PO”.
• “PO” terdapat dalam alat-alat Cort IV (komponen Cort IV)
Apabila menggunakan PO:
(a) Jangan mudah menilai sama ada idea itu logik atau tidak.
(b) Meskipun idea itu memang tidak logik, tentu ada bahagian lain pada idea itu yang
boleh digunakan dan istimewa.
(c) Idea yang tidak logik sekalipun boleh dijadikan batu loncatan untuk menerbitkan
idea-idea yang lebih baik.
Kepentingan Pemikiran Lateral:
I. Menghancurkan mitos sekitar pemikiran kreatif.
II. Memahami logik Pemikiran Lateral Fokus.
6
1.2 Apakah kemahiran berfikir secara kritis?
Kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda
untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan
kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan
alasan dan bukti.
Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis (B., 2020, Oktober 19):
• membanding dan membeza.
• membuat kategori.
• meneliti bahagian kecil dan keseluruhan.
• menerangkan sebab.
• membuat urutan.
• menentukan sumber yang dipercayai.
• membuat ramalan.
• mengusul periksa andaian.
• membuat inferens.
7
Faedah Berfikir Secara Kritis Dalam Kehidupan Harian:
• Mengaplikasikan teknik-teknik berfikir secara kritis seperti menimbang
secara menyeluruh dengan minda yang terbuka dan menilai kejituan sesuatu hujah dapat
membantu kita lebih yakin dan membawa kepada keputusan yang lebih berkesan
berdasarkan bukti yang konkrit dan jelas.
• Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara praktikal
sama ada di dalam atau di luar sekolah.
• Mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan
sempit.
1.3 Pemikiran kreatif
-Merupakan proses pemikiran yang membantu seseorang individu dalam menghasilkan idea
baru.
-Mempengaruhi seseorang dalam membuat keputusan, menyelesaikan masalah mahupun
menjana idea.
-Minda kreatif selalu mengaitkan aktiviti dengan imaginasi yang berpotensi untuk
mentafsirkan sesuatu yang luar biasa.
-Kebolehan mengeluarkan pelbagai penyelesaian yang luas terhadap sesuatu masalah.
Ciri pemikiran kreatif
A) Berani
-Berani mencuba atau menyahut cabaran.
-Contohnya, Usahawan ingin memulakan bisnes sendiri atau menghasilkan produk.
B) Berfikiran terbuka
8
-Sanggup menanggung risiko dan kritikan orang lain. Kritikan yang diberi dapat membantu
memperbaiki kelemahan projek tersebut.
C) Berimaginasi tinggi
-Berkemahiran sintesis untuk mencantumkan idea.
Peringkat proses pemikiran kreatif
1) Penyediaan
-Bermula dari masa melakukan hingga hasil permulaan pemikiran yang sebenar.
2) Pengeraman
-Memikirkan penyelesaian dalam jangka masa lama sekiranya masalah rumit berlaku.
3) Ilham
-Ilham terhasil secara spontan setelah berfikir dan mencuba berkali-kali.
4) Pengesahan
-Mental menentukan sama ada idea logik dan dapat diterima.
1.4 Pemikiran Reflektif
Pemikiran reflektif adalah satu cara pemikiran untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara
peringkat, kritis, kreatif, imbas kembali pengalaman yang berkaitan dan penilaian terhadap
kemungkinan penyelesaian atau refleksi.
Menurut pendapat Birchall (1992), pemikiran reflektif memerlukan penggunaan pengalaman
sedia ada untuk menimbangkan kemungkinan tindakan alternatif yang boleh digunakan untuk
mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan bagi tindakan yang
seterusnya.
9
Wilson J & Wing Jan L (1993) pula, menyatakan pemikiran reflektif berhubung rapat dengan
aspek-aspek pemikiran yang lain iaitu pemikiran kritis dan kreatif yang digunakan sebagai
pendekatan penyelesaian masalah.
Peringkat-peringkat pemikiran reflektif :
1. Masalah timbul - pemikiran reflektif bermula
2. Membaca dan mentafsir maklumat - memahami masalah melalui pemikiran kognitif.
3. Proses menentu dan menyusun maklumat - cara memproses dan menganalisis data dengan
pemikiran secara kritis.
4. Mencari hubungan masalah -mengingat kembali perhubungan pengalaman-pengalaman
yang sedia ada
5. Mencadang hipotesis - pemikiran kritis dan kreatif digunakan untuk mencari idea yang
baru
6. Membukti hipotesis - mencari pelbagai kemungkinan penyelesaian
7.Menilai penyelesaian - menggunakan pemikiran refleksi untuk membuat keputusan
Cara-cara untuk meningkatkan pemikiran reflektif
1. Memperkenalkan masalah secara terbuka.
2. Mengemukakan sesuatu topik pengajaran di dalam bilik darjah untuk dikenalpasti punca
sesuatu masalah
3.Membimbing murid untuk berfikir secara kritis, menganalisis dan mantafsir data bagi
menilai kemungkinan penyelesaian
4.Mengunakan teknik penyoalan untuk meningkatkan daya pemikiran reflektif murid
berhubung sesuatu topik yang dibincangkan.
10
5 strategi yang telah dibuat oleh Beyer (1987) untuk meningkatkan pemikiran reflektif:
1. Penggunaan log pembelajaran individu:
• Log individu - merekod maklum balas pembelajaran murid
• Log “Double Entry”- merekod fakta pelajaran yang mengandungi soalan-soalan
murid dan refleksinya
• Log pembelajaran dialog - membuat catatan refleksi di antara dua orang atau lebih.
Misalnya, catatan refleksi antara guru dan murid.
• Pemetaan konsep yang melibatkan penggunaan peta minda dan pengurusan grafik.
-membantu murid untuk mengingat sesuatu fakta dan menarik minat murid melalui
kreativiti yang dihasilkan.
• Pembelajaran rundingan - memerlukan refleksi kendiri dan pemikiran refleksi dalam
proses merancang,menilai dan membuat keputusan.
Jurnal reflektif
-melalui catatan tentang sesuatu peristiwa dan masalah yang dihadapi.
2.0 Kemahiran Kritis :
2.1 Pemikiran Kritis Aras Tinggi
Definisi KBAT:
• Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dan membuat
penaakulan dan refleks menyelesaikan masalah membuat keputusan, berinovasi dan
berupaya mencipta sesuatu .
• Di seluruh negara, pemikiran kritis telah menjadi salah satu persaingan dari tujuan
pendidikan, bahkan sebagai salah satu sasaran yang ingin dicapai. Hal ini kerana
pemikiran kritis merupakan keterampilan berpikir tingkat tinggi dan telah dikenal
11
pasti berperan dalam perkembangan moral, perkembangan sosial, perkembangan
mental, perkembangan kognitif, dan perkembangan sains (Hashemi dkk, 2010)
Konsep dan teori Kemahiran Berfikir aras tinggi (KBAT) Menurut Taksonomi Bloom:
Mencipta
Menilai
Menganalisis
Mengaplikasi
I. Mengaplikasi:
Kebolehan menggunakan pengetahuan untuk berinovasi dengan menggunakan
experimen dan membuat binaan.
II. Menganalisis:
Mencerakinkan atau menstrukturkan maklumat ke dalam bahagian yang lebih kecil,
menentukan bagaimana bahagian struktur keseluruhan atau matlamat berkait antara
satu sama lain.
III. Menilai:
Membuat pertimbangan berdasarkan kriteria dan standard melalui memeriksa dan
mengkritik
IV. Mencipta:
Menyatukan elemen untuk membentuk sesuatu; menyusun, menjana, merancang atau
menghasilkan semula elemen ke dalam corak atau struktur yang baharu.
Ciri-ciri item KBAT:
• Mempunyai skop yang luas dan pengetahuan asas ialah sebagai keperluan
12
• Tidak spesifik dan merentasi mata pelajaran
• Kandungan bebas atau hubungkait
• Boleh ditaksir dan mencabar
• Situasi baru, bukan lazim bagi murid dan memberi maklumat secukupnya kepada
calon
• Respons murid ialah pelbagai dan boleh melibatkan lebih daripada satu jawapan
Kemahiran befikir aras tinggi memerlukan langkah seperti:
• Memahami dan mentafsirkan masalah
• Merancang strategi penyelesaian
• Melaksanakan strategi
• Menyemak semula penyelesaian
2.1 Pemikiran Kritis Aras Rendah
• Hanya sekadar melibatkan proses kognitif (kemahiran mikro)yang sederhana.
• Minda sekadar menerbitkan semula maklumat/data/pernyataan dan sebagainya yang telah
sedia ada. Minda hanya memilih, mengasingkan, memastikan perbezaan dan kelainan yang
wujud dalam satu-satu kategori atau kumpulan
Antaranya seperti:
• a) membanding dan membeza
• b) membuat kategori
• c) membuat bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan
• d) menerangkan sebab
13
SUMBER RUJUKAN:
B. (2020, Oktober 19). Bagaimana Kemahiran Berfikir Kritis Membantu Anda Dalam Kerja
Anda? Sensasi Selebriti. Retrieved November 1, 2021,
https://www.budiey.com/bagaimana-kemahiran-berfikir-kritis-membantu-anda-
dalam-kerja-anda/
Bono D. E. (2010) Concepts/Divisions/Polarization. Lateral Thinking: Creativity Step by
Step. (pp.230-249). HaperCollins. https://www.scribd.com/book/163572223/Lateral-
Thinking-Creativity-Step-by-Step
Hashemi, SA, Naderi, E, Shariatmadari, A, Naraghi, MS, and Mehrabi, M. 2010. Science
Production In Iranian Educational System By The Use Of Critical Thinking
International Journal of Instruction January 2010. Vol.3, No.1
https://dergipark.org.tr/en/download/article-file/59793
Malaysia, K. P. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia. https://www.moe.gov.my/muat-turun/penerbitan-
dan-jurnal/1818-pelan-pembangunan-pendidikan-2013-2025/file
Anita Ismail et al.,(2020). Pembentukan Pemikiran Kreatif dan Kritis: Hubungannya dalam
menyelesaikan masalah: Formation of creative and critical thinking: Its relationship in
problem solving.
https://www.researchgate.net/publication/343154944_Pembentukan_Pemikiran_Kreati
f_dan_Kritis_Hubungannya_Dalam_Menyelesaikan_Masalah_Formation_of_Creative
_and_Critical_Thinking_Its_Relationship_in_Problem_Solving
Jamal Rizal Razali& Imaduddin Abidin. (2015) Berfikir secara kritis dan kreatif.
https://pnc.ump.edu.my/index.php/en/activity/articles/43-umum/153-berfikir-secara-
kritis-dan-kreatif
14
15