The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CikguMalini2023, 2023-10-21 08:11:19

Minit Mesyuarat HEM Kali-2 2023

Minit Mesyuarat HEM Kali-2 2023

Mukasurat 1 dari 19 MINIT MESYUARAT UNIT HAL EHWAL MURID KALI 2 SESI 2023/2024 SEKOLAH KEBANGSAAN BUNTONG, 30100 IPOH PERAK. Tarikh : 17 Julai 2023 Masa : 1.45 petang Tempat : Bilik Gerakan, SK Buntong Pengerusi : En. Sinnathamby a/l Ramanathan Kehadiran : 1. Dr. Indhira a/p Thirunavukarasu 2. En. Sinnathamby a/l Ramanathan (PK HEM) 3. En. Safrulzzaman b. Ahmad Tajuddin (PK KOKU) 4. Pn. Saraswathy a/p Tharmalingam (PK PPKI) 5. En. Sugumaran a/l Subramaniam 6. En. Abdul Manap B. Abdul Rahman 7. En. Mohd Zin Bin Saipuddin 8. En. Muhamad Faiz b. Zakaria 9. Pn. S Ravathy a/p Suppaiah 10. Pn. Siti Hasnida Salwa Binti Mohd Shariff 11. Pn. Noor Khaflida Bt. Mustafa 12. Pn. Vasugi a/p Narthan 13. Pn. Helen Christina a/p Kulandaiswamy 14. Pn. Shahalbi Binti Mat Isa 15. En. Fakhrul Anwar b. Abdullah 16. Cik. Sivagami a/p Guruguloo 17. En. Loganathan a/l Subramaniam 18. Pn. Faezah bt Hassim 19. Pn. Rezziana Binti [email protected] 20. Pn. Shanthini Devi a/p Punutore 21. Pn. Vijaya a/p Muniandy 22. Pn. Hema a/p Amaran 23. Pn. Noraziawati binti Noor Hasni 24. Pn. Rahmah binti Basri Tidak Hadir : 1. En. Shahrol Hanizam Bin Sulaiman (PK1) – (Mesyuarat) 2. Pn. Masni bt Saidi – (Kejohanan Bola Jaring) 3. Pn. Norshida Bt Abu Bakar@Ahamad (Kejohanan Bola Jaring) 4. Pn. Afifah binti Mansor (Kejohanan Bola Jaring) 5. Pn. Nujaimi Bt Ahmad Bakary – (CRK) 6. Pn. Nor Haida Bt. Mohamad Dahurai (CRK) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN BUNTONG 30100 IPOH PERAK DARUL RIDZUAN, KOD SEKOLAH: ABA2066 No. Tel/No. Fax : 05-2810279 Emel sek : [email protected]


Mukasurat 2 dari 19 Agenda Mesyuarat: 1.0 Ucapan Pengerusi (PK HEM) 2.0 Ucapan Guru Besar 3.0 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat ke-1 4.0 Perkara berbangkit 5.0 Laporan setiap unit 6.0 Hal-hal lain 7.0 Ucapan Penangguhan 1 Ucapan Aluan Pengerusi, Sinnathamby a/l Ramanathan (PK HEM) 1.1 En. Sinnathamby mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir untuk mesyuarat HEM kali ke-2 bagi tahun 2023/2024. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru atas kerjasama yang diberikan semenjak memegang jawatan PK HEM. 1.2 Beliau menegaskan mesyuarat ini penting untuk membuat penambahbaikan selepas setiap program yang telah dijalankan. 1.3 Setersunya, beliau menjemput Guru besar, Dr Indhira a/p Thirunavukarasu untuk memberi ucapan. Makluman : Semua guru 2 Ucapan Aluan Guru Besar, Dr Indhira a/p Thirunavukarasu 2.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir untuk mesyuarat HEM kali ke 2. Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh guru-guru dalam menjalankan program-program HEM selama ini. Makluman : Semua guru 3 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat pertama. 3.1 Setiausaha Unit HEM membentangkan minit mesyuarat Unit HEM Bil.1 / 2023. Dicadangkan oleh : Encik Sugumaran a/l Subramaniam Disokong oleh : Puan Shanthini Devi a/p Punutore 4 Perkara berbangkit 4.1 Guru Besar memaklumkan tiada ucapan Guru Besar dalam minit pertama dan setiausaha diminta tukar nombor dalam minit tersebut sebagai penyelesaian. Makluman dan tindakan : Setiausaha HEM 4.2 Perkara 2.2, penggunaan buku kehadiran manual, guru besar meminta pendapat adakah buku tersebut membantu. Beliau menjelaskan dengan adanya buku tersebut masih ada surat amaran ponteng lewat dikeluarkan. Surat amaran bulan Mac hanya dikeluarkan pada bulan Jun. Beliau meminta


Mukasurat 3 dari 19 guru kelas hantar surat amaran dengan segera dan masih ada satu kelas yang masih lewat hantar. Makluman dan tindakan : Semua guru kelas 4.3 Perkara 2.4, Guru besar mencadangkan agar ketua pengawas sekolah sentiasa berada di hadapan untuk membantu guru mengawal murid. Berikan wisel untuk bantu ketua pengawas kawal murid. Dengan cara ini murid akan mula kenal siapa ketua pengwas mereka. Makluman dan tindakan : Guru Pengawas, Puan Vasugi 5. Pelaporan Unit HEM 5.1 Lembaga Disiplin 1. Puan Shahalbi selaku guru disiplin, melaporkan , telah berlaku 1 kes, murid membawa perisa vape ke sekolah pada 30.3.2023. Murid tersebut ialah Rowan a/l Sathiavijay dari kelas 6 Bestari. Ibubapa murid tersebut telah dipanggil ke sekolah untuk memaklumkan kes tersebut. 2. Hasil perbincangan dengan, PK HEM Encik Asmawi, Guru Bimbingan dan Kaunseling, En. Sugumaran bersama ibubapa kes tersebut selesai. Tindakan terhadap murid telah diambil. 3. Guru Besar, Dr Indhira memaklumkan murid tersebut merupakan calon pengawas sesi 2023/2024. Memandangkan ini isu yang berat, murid tersebut digugurkan dari senarai calon pengawas. Makluman : Semua guru 4. Terdapat kes salah laku murid, iaitu ponteng sekolah. 9 orang murid telah dilaporkan. Berikut adalah nama-nama murid tersebut. Bil Nama Kelas Tindakan 1. Muhammad Danish Naufal Bin Mohd Hairulzawani 3 C Surat Amaran Pertama & Kedua 2. Darsshan A/L Siva 3 C Surat Amaran Pertama & Kedua 3. Muhammad Fadhzil Shah Bin Mohd Fadli 3 C Surat Amaran Pertama 4. Hashwini A/P Shankar Ganesh 3 C Surat Amaran Pertama 5. Muhammad Fairuz Bin Muhamad 3 C Surat Amaran Pertama 6. Abinisha Binti Abdullah 3 C Surat Amaran Pertama 7. Vaanisha A/P Pathyvanguru 3 C Surat Amaran Pertama 8. Nur Qiara Aqila Binti Razali 5 C Surat Amaran Pertama 9. Sharvin Paul Raj A/L Sanmugam 5 C Surat Amaran Pertama


Mukasurat 4 dari 19 5.2 Pengurusan Disiplin Murid 5.2.1 Laporan Pengurusan Disiplin 1. Puan Shahalbi juga melaporkan Unit Disiplin dan Badan Pengawas Sekolah telah melaksanakan pemeriksaan mengejut ‘spot check’ pada 7 April 2023. 2. Pemeriksaan yang dilakukan pada hari tersebut ialah yang berkaitan dengan diri seperti rambut, kuku, barang perhiasan, tanda nama (name tag). 3. Hasil dapatan daripada pemeriksaan mengejut tersebut didapati ramai murid yang memakai alat perhiasan, kuku panjang dan rambut panjang. 4. Murid-murid tersebut telah diberi teguran. 5. Spot check kedua akan diadakan pada 24.7.2023 selepas habis perhimpunan. Pemeriksaan keseluruhan akan dibuat. 6. Kaedah dan cara pelaksanaan dimana guru disiplin dan guru pengawas akan periksa pengawas beg dan diri pengawas dahulu. Pengawas dan guru akan ke tandas untuk semak tandas agar murid tidak simpan sebarang barang terlarang di dalam tandas. Selepas itu murid akan bergerak ke kelas untuk spot check. 7. Guru metapelajaran diminta tidak membenarkan mana-mana murid ke tandas. 8. Pada hari Isnin 17.7.2023 telah berlangsung penyampaian anugerah kehadiran penuh bagi bulan Mei dan Jun. 9. Beliau melaporkan idea ini adalah daripada Puan Guru Besar sebagai galakan kepada murid yang hadir juga sebagai penyuntik semangat kepada muridmurid lain untuk hadir setiap hari. 10. Kehadiran penuh pada bulan Mei ialah seramai 92 orang iaitu dari prasekolah, ppki dan perdana manakala kehadiran penuh pada bulan Jun pula ialah seramai 98. 11. Puan Shahalbi mengucapkan terima kasih atas bantuan Cikgu Helen kerana membantu mendapatkan maklumat murid perdana dan PPKI. 12. Beliau juga mengucapakan terima kasih kepada Cikgu Haida dan Cikgu Siti memberikan maklumat murid Prasekolah. Makluman : Semua guru 5.2.2 Laporan Lembaga Pengurusan Disiplin 1. Puan Shahalbi juga melaporkan tiada sebarang kes serius untuk dibawa ke lembaga disiplin sekolah dan hanya kes ponteng sekolah dan bawa perisa vape. 2. PK HEM, guru disiplin dan guru bimbingan & kaunseling akan membuat lawatan ke rumah murid terlibat. 3. PK HEM mengucapkan terima kasih kepada Puan Shahalbi kerana menjalankan tugas dengan baik. Makluman : Semua guru


Mukasurat 5 dari 19 5.2.3 Lembaga Pengawas Sekolah 1. Puan Vasugi melaporkan ‘spot check’ telah dijalankan sekali dibawah penyeliaan PK HEM, guru didiplin dan pengawas. 2. Buku catatan spot check, buku laporan tugas pengawas dan buku laporan murid datang lambat telah diwujudkan. 3. Perjumpaan dengan pengawas telah diadakan dua kali iaitu pada bulan Mei dan Julai. Pengawas telah diingatkan mengenai tugas mereka dan telah diberi teguran mengenai masa menaik dan turunkan bendera oleh guru besar. 4. Pengawas tahap 2 telah menandatangami Aku Janji. 5. Temuduga, pelantikan pengawas dan Majlis Watikah Pelantikan Pengawas bagi sesi persekolahan 2023/2024 telah dijalankan pada awal bulan April. 6. Berikut adalah cadangan agihan tugasan perhimpunan mingguan pengawas sekolah. Tugasan akan dibuat setiap dua bulan. 7. Guru besar mencadangkan agar setiap kumpulan pengawas dikumpulkan dengan gabungan murid tahun 4, 5 dan 6. Makluman dan tindakan : Guru Pengawas, Puan Vasugi 8. Puan Vasugi juga memaklumkan beberapa tindakan telah diambil untuk murid yang datang lewat iaitu memberi nasihat dan memberi teguran secara verbal. 9. Alasan yang sering dikemukakan ialah motor pancit, ibubapa/penjaga bangun lewat dan kadangkala murid sendiri bangun lewat. 10. Jumlah murid yang datang lewat semakin menurun. Guru besar meminta Puan Vasugi untuk memaparkan data murid yang kerap datang lewat setiap bulan dalam mesyuarat akan datang. Makluman dan tindakan : Guru Pengawas, Puan Vasugi 11. Puan Vasugi mencadangkan pengawas sekolah dibawa untuk lawatan serta membawa murid yang datang ke sekolah dihantar ke muzium balai polis untuk diberi motivasi. Bil/ Minggu Tugas Nama (Tahun 6) 1 Pengacara Nur Raudhah Bt Zainal Abidin Hashim Bacaan Doa Muhammad Harraz Rifqi Bin Mohd Harith Rukun Negara Sarvesh Naidu A/L Subramaniam 2 Pengacara Shareendev Kaur A/P Sukhdev Singh Bacaan Doa Muhammad Faris Bin Zulkifli Rukun Negara Hardip Singh A/L Sarjit Singh 3 Pengacara Muhamad Izzul Quawiem B.Mohd Razif Bacaan Doa Muhammad Harraz Rifqi Bin Mohd Harith Rukun Negara Jeevan A/L Srichard 4 Pengacara Jaivenraj A/L Tharmarajah Bacaan Doa Muhammad Faris Bin Zulkifli Rukun Negara Kathiresan A/L Muthu Kumran


Mukasurat 6 dari 19 12. Guru besar memaklumkan perkara ini perlu dipertimbangkan kerana mungkin akan timbul isu. 13. Berkaitan dengan lawatan, Guru Besar menjelaskan permohonan untuk lawatan dalam daerah permohonan perlu dibuat sebelum sebulan dan luar daerah sebelum tiga bulan. Guru besar meminta Puan Vasugi membuat permohonan dahulu. Makluman dan tindakan : Guru Pengawas, Puan Vasugi 14. Jika lawatan semasa hari persekolahan, guru yang mengikut lawatan tersebut perlu menyediakan lembaran kerja. 5.2.4 SSDM 1. Encik Mohd Faiz selaku penyelaras SSDM memperingatkan laporan Kes Salah Laku dan Amalan Baik boleh dibuat di portal SSDM @ https://ssdm.moe.gov.my/ 2. SSDM boleh diisi oleh guru Aliran Perdana, PPKI dan Pra Sekolah (murid pra sekolah tidak disenaraikan dalam portal SSDM kerana tidak menggunakan data APDM). Guru Besar memaklumkan prasekolah ada kaedah pengisian yang berlainan. 3. ID Sekolah : ABA2066 dan password: Dispaba2066. Guru-guru boleh menggunakan id dan password yang sama. 4. Mengikut laporan beliau 12/30 orang guru SKB iaitu 40% guru telah melaporkan Amalan Baik bagi sesi 2023/2024 dan sebanyak 289 amalan baik telah dilaporkan oleh 12 guru tersebut. 5. Sebagai peringatan, Encik Mohd Faiz meminta guru-guru pastikan masa dan tarikh pengisian yang betul, iaitu masa perlulah sepanjang waktu hari persekolahan manakala tarikh tersebut pastikan murid itu hadir ke sekolah. Makluman : Semua guru 6. Berikut adalah kedudukan terkini Amalan Baik dalam SSDM. Rekod ini akan digunakan untuk menentukan pemenang bagi Program Intervensi Sahsiah Murid.


Mukasurat 7 dari 19 7. Berikut adalah kesalahan disiplin dalam SSDM yang melibatkan kes ponteng. 9 kes yang melibatkan 7 orang murid 3 Cemerlang telah dilaporkan di SSDM. 7 Surat Amaran I dan 2 Surat Amaran II telah diberikan kepada murid- murid tersebut. 8. Guru Besar meminta penetapan dibuat dimana seorang guru wajib isi dalam SSDM sekurang-kurangnya 1 amalan baik sebulan. Cikgu Faiz diminta buat peringatan setiap bulan. Makluman dan tindakan : Penyelaras SSDM, Encik Mohd Faiz 5.4.3 Pengurusan Keselamatan Murid. 5.3.1 Keselamatan Murid. 1. Encik Abdul Manap selaku setiausaha pengurusan keselamatan murid melaporkan sepanjang sesi 2023 dari bulan Mac hingga Julai, keselamatan murid masih baik dan terkawal. 2. Didapati waktu pagi semasa kehadiran murid didapati 2 orang pengawal keselamatan menjalankan tugas dengan baik. Walau bagaimanapun jaga wanita perlu diganti. 3. Waktu pulang keadaan agak membimbangkan disebabkan keluar masuk murid sekolah menengah yang menggunakan laluan yang sama kerana banyak kenderaan motor murid sekolah menengah. 4. Guru Besar meminta Encik Manap masukkan dalam laporan bahawa ada guru bertugas di depan pagar dan waktu balik. Makluman dan tindakan : Penyelaras Keselamatan, Encik Abdul Manap 5.3.2 Latihan Kebakaran 1. Encik Abdul Manap juga melaporkan latihan kebakaran 1 telah diadakan pada 12/7/23 (Selasa jam 8.30 pagi). 2. Beliau menjelaskan sepatutnya latihan kebakaran 1 diadakan pada 22/6/23 (Khamis) tetapi telah ditangguhkan kerana mengikut garis panduan KPM mengenai cuaca panas. 3. Latihan kebakaran pada kali ini telah mengambil masa selama 3 minit 32 saat bagi mengosongkan banggunan. 4. Tiada sebarang kecederaan semasa latihan diadakan.


Mukasurat 8 dari 19 5. Alat pemadam api yang digunakan adalah jenis ABC powder dan jumlah alat pemadam api yang adalah 13 biji. Tarikh akhir dikemaskini ialah 11/7/2023. 6. Beliau juga memohon 1 alat pemadam api untuk diletakkan di dalam bilik RBT. mengikut susulan lawatan dari PPD. Berikut adalah lokasi alat pemadam api dan tarikh luputnya. 7. Guru Besar meminta Encik Abdul Manap satu salinan daripada jadual diatas diberikan kepada beliau. Makluman dan tindakan : Penyelaras Keselamatan, Encik Abdul Manap 5.3.3 Keselamatan Bangunan 1. Encik Abdul Manap juga melaporkan kecurian kabel bumi blok B kiri dan kanan bangunan pada 4/3/23 telah diganti baru oleh penyelia keselamatan sekolah. 2. Rumah pam (bersebelahan kantin), atap telah berlubang dan bocor. 3. Kaki lima ke kantin dan siling terutamanya bahagian atas bumbung rosak dan perkara ini membimbangkan kerana mungkin mengancam keselamatan murid. 4. Guru besar telah mengambil maklum dan akan berbincang dengan PK HEM untuk tindakan selanjutnya. 5.3.4. Keselamatan Guru 1. Tiada sebarang laporan diterima setakat ini. 5.4 Pengurusan Kesihatan Murid 1. Puan Ravathy selaku setiausaha pengurusan kesihatan murid melaporkan jururawat dari Klinik Kesihatan Buntong akan ke SK Buntong pada minggu pertama bulan Ogos untuk memberi suntikan untuk murid-murid Tahun 1 dan pemeriksaan untuk Tahun 6 pula Scoliosis. BIL. BLOK JENIS LOKASI TARIKH LUPUT 1 BLOK A ABC POWDER PARAS 1 – TEPI KELAS PPKI 21/2/2024 2 ABC POWDER PARAS 2 – TEPI PEJABAT 21/2/2024 3 ABC POWDER PARAS 3 – TEPI 6 CEMERLANG 21/2/2024 4 ABC POWDER PARAS 4 – TINGKAT ATAS 21/2/2024 5 BLOK B ABC POWDER PARAS 1 – TEPI BILIK KOKU 21/2/2024 6 ABC POWDER PARAS 2 – TEPI BILIK SAL 21/2/2024 7 ABC POWDER PARAS 3 – TEPI 6 BESTARI 21/2/2024 8 ABC POWDER PARAS 4 – TEPI MAKLMAL SAINS 21/2/2024 9 BLOK C ABC POWDER PARAS 1 – TEPI PRA MUTIARA 21/2/2024 10 ABC POWDER PARAS 2 – TEPI BILIK AKSES 21/2/2024 11 ABC POWDER PARAS 3 – TEPI BILIK BAHASA ARAB 21/2/2024 12 ABC POWDER PARAS 4 - TINGKAT ATAS 21/2/2024 13 ABC POWDER BLOK PRA PERMATA 21/2/2024


Mukasurat 9 dari 19 2. Guru Besar meminta Puan Ravathy untuk maklumkan pihak klinik untuk tukar minggu pemeriksaan memandangkan murid tahun 6 akan menduduki peperiksaan UPSA pada minggu tersebut, Makluman dan tindakan : Setiausaha Kesihatan, Puan Ravathy 5.4.1 J/K Anti Denggi 1. Encil Loganathan selaku penyelaras anti denggi, melaporkan Pelancaran Minggu Antidadah dan Antidenggi berjalan dengan baik pada 12 Jun 2023 – 19 Jun 2023. 2. Program 5 minit anti dadah dan anti denggi sedang dijalankan setiap minggu semasa perhimpunan pagi pada hari Isnin dan kedua-duanya akan dijalankan berselang seli. 3. Terdapat 1 program yang belum dilaksanakan iaitu pemantauan hotspot denggi dan gotong royong. 4. Guru Besar meminta Encik Loganathan untuk menjalankan pemantauan hotspot dan meminta beliau untuk hantar senarai semak kepada beliau. Makluman dan tindakan : Penyelaras Denggi, Encik Loganathan 5.5 Pengurusan Bantuan Pelajaran 5.5.1 RMT 1. Laporan RMT telah disediakan oleh Puan Norshida selaku penyelaras RMT dan dibentang oleh setiausaha sebab beliau telah menghadiri Kejohanan Bola Jaring. Jumlah murid yang menerima RMT ialah seperti jadual dibawah. Kelas Bilangan murid 1 Cemerlang 5 orang 2 Bestari 9 orang 2 Cemerlang 9 orang 3 Cemerlang 12 orang 4 Cemerlang 10 orang 5 Bestari 12 orang 5 Cemerlang 9 orang 6 Bestari 8 orang 6 Cemerlang 7 orang PPKI 32 orang Jumlah 113 orang 2. Beliau juga melaporkan pemberian RMT berjalan dengan lancar. Berdasarkan laporan guru bertugas kualiti makanan yang disediakan bertambah baik dan kuantiti mengikut sukatan yang ditetapkan.


Mukasurat 10 dari 19 3. Namun begitu sekiranya terdapat sebarang masalah tentang rasa dan kuantiti makanan guru bertugas boleh mencatat di dalam Buku Laporan Harian yang disediakan. Makluman : Semua guru 5.5.2 Program Susu Sekolah (PSS) 1. Puan Rezziana selaku penyelaras PSS memaklumkan sebanyak 3330 kotak 9 ( 138 karton & 18 pek) telah diterima dari syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad pada 9 JUN 2023 hari Jumaat. Tarikh luput ialah 23.12.2023. 2. Semua murid RMT minum susu setiap hari Selasa hingga Khamis dari pukul 7.00 hingga 7.20 pagi di kantin sekolah. 3. Semasa lawatan SISC+, susu diarahkan untuk dipindahkan dari bilik RBT. Oleh itu susu telah dihantar ke bilik guru. 4. Masalah yang dihadapi ialah I. Kehadiran murid susu yang kerap kali tidak hadir untuk minum susu setiap pagi dan guru bertugas perlu memanggil mereka untuk minum susu. II. Susu yang diletakkan di bilik guru digigit tikus. III. Usaha untuk memindahkan susu ke almari bertutup sedang diusahakan. 5. Cadangan penyelesaian masalah I. Gotong royong membersihkan kawasan bilik guru .Diharap guru guru sebelum balik pastikan tiada sisa makanan ditinggalkan dibilik guru .Ini juga dapat mengelakkan sebarang jangkitan berkaitan dengan tikus . 6. PK HEM, Encik Sinnathamby meminta susu diletakkan dalam bilik gerakan sementara menunggu almari bertutup. Makluman dan tindakan : Guru Penyelaras PSS, Puan Rezziana 7. Beliau juga memaklumkan gotong royong di bilik guru. Satu tarikh akan ditetapkan dimana semua guru akan diminta hadir untuk gotong royong. Makluman : Semua guru 5.5.3 Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 1. Laporan BAP telah disediakan oleh Puan Masni, selaku penyelaras BAP dan dibentang oleh setiausaha sebab beliau telah menghadiri Kejohanan Bola Jaring. Dalam laporan beliau, pembayaran pertama BAP telah dilaksanakan pada 27 Januari 2023. Penyerahan wang BAP kepada seramai 245 orang murid tanpa mengira jumlah pendapatan telah selesai sepenuhnya dengan jumlah wang peruntukan sebanyak RM36750.00.


Mukasurat 11 dari 19 2. Pembayaran kedua bagi murid yang tercicir telah dilaksanakan pada 29 Mac 2023 yang melibatkan 18 orang murid tahun 1 telah selesai sepenuhnya dengan wang peruntukan sebanyak RM2700.00. 3. Pembayaran ketiga bagi murid yang tercicir telah dilaksanakan pada 16 Jun 2023 yang melibatkan 6 orang murid tahun 1, seorang murid 1 PKB kreatif dan seorang murid 4 PKB Progresif, telah selesai sepenuhnya dengan wang peruntukan sebanyak RM1200.00. Pihak sekolah telah mendapat peruntukan untuk 12 orang murid walau bagaimanapun 3 orang murid telah mendapat bantuan tersebut. Seorang murid pula bukan warganegara. Baki wang sebanyak RM600 telah dipulangkan semula ke Kementerian Pendidikan Malaysia. Makluman : Semua guru 5.5.4 Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) 1. Puan Ravathy melaporkan pembayaran KWAMP telah dibuat pada 24 Jun 2023 bagi Fasa 1 tahun 2023. 2. Penyelaras KWAPM Puan Ravathy juga melaporkan, peruntukkan diterima ialah RM4700.00 dan telah berjaya diagihkan kepada 45 orang murid. 3. 2 orang murid masih belum ambil duit iaitu Ariesya Nur Qaseh Dan Aishah Nabihah dari kelas 4C. 4. Peruntukkan lebihan untuk murid cicir telah dibuat bagi 48 orang murid lagi dan belum ada peruntukkan lagi. 5. Guru Besar meminta guru kelas 4C, Encik Loganathan untuk memberikan nombor telefon dua orang murid yang masih belum ambil duit bantuan KWAPM. Makluman dan tindakan : Guru Kelas 4C, Encik Loganathan 5.5.5 Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) 1. Puan Rahmah selaku penyelaras EMK melaporkan, 28 orang murid yang layak menerima. 2. Bayaran fasa 1 (Jan-Jun) sebanyak RM24750.00 3. Elaun murid akan dikreditkan ke akaun masing-masing oleh Pengurusan BSN pada 18 Julai 2023 (Selasa). 4. Seramai 2 orang murid OKU sedang dikemaskini maklumat borang Elaun Murid Khas (EMK) kerana pendaftaran baharu di PPKI SK Buntong. Makluman : Semua guru 5.5.6 Elaun Kerajaan Negeri (PPKI) 1. Puan Noraziawati melaporkan belum ada sebarang peruntukkan lagi untuk sesi ini. 2. Seorang murid akan dapat RM100. Makluman : Semua guru


Mukasurat 12 dari 19 5.5.7 Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 1. Penyelaras SPBT, Puan Vasugi melaporkan pesanan buku aktiviti dan buku teks untuk tahun 2024/2025 telah dibuat pada bulan April mengikut enrolmen Mac. 2. Terdapat penambahan murid iaitu murid tahun 1 yang tidak datang ke sekolah dan seorang lagi murid yang bertukar aliran. 3. Sebagai menjawab pertanyaan guru besar tentang penambahan murid dan bagaimana untuk mendapatkan lebihan buku, Puan Vasugi menjelaskan bahawa beliau akan menggunakan dua set lebihan yang ada dan akan minta dari sekolah lain jika ada atau bilik BOSS daerah. Jika ada pertambahan dalam enrolmen surat permintaaan penambahan akan dibuat kepada PPD. Jika ada penambahan kelas hanya dapat dibuat pada tahun akan datang. Makluman : Semua guru 4. Permohonan untuk pelupusan buku telah dihantar ke JPN (PPKI dan PERDANA) telah dihantar pada bulan Mei dan masih belum dapat kelulusan. 5. Guru besar meminta nombor pegawai JPN untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang permohonan pelupusan yang telah dibuat. Makluman dan tindakan : Penyelaras SPBT, Puan Vasugi 6. Spot check buku teks akan dilaksanakan pada 24.8.2023. 7. Puan Vasugi juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbir yang membantu menyediakan rak-rak buku di setiap kelas dan juga semua guru kelas yang melabel dan mengatur buku teks dan aktiviti dengan kemas. 8. Didapati masalah kehilangan buku dapat diatasi dengan adanya rak-rak tersebut. Buku murid pun dalam keadaan elok setakat ini. Makluman : Semua guru 5.5.8 Bantuan Luar 1. Bantuan Baitulmal 1. Encik Mohd Zin, penyelaras bantuan Baitulmal melaporkan , seramai 7 orang murid telah menerima bantuan sebanyak RM200 setiap seorang. 2. Penyelaras juga memaklumkan bantuan ini dimohon secara persendirian oleh pemohon dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dan melalui sekolah walaupun duit diturunkan ke akaun sekolah untuk diagihkan kepada murid. Makluman : Semua guru 2. Bantuan NGO 1 . Bantuan Buku Aktiviti 1. Laporan bantuan NGO telah disediakan oleh Puan Norshida, dan dibentang oleh setiausaha sebab beliau telah menghadiri Kejohanan Bola Jaring .


Mukasurat 13 dari 19 2. Dalam laporan beliau, 19 orang pelajar telah menerima bantuan buku aktiviti. Bilangan buku yang telah diberikan sebanyak 37 buah buku. Buku-buku tersebut berharga RM 327.10. 3. Guru Besar memaklumkan duit yang digunakan adalah baki duit sumbangan YB Sivasubramaniam sebanyak RM2000 pada tahun 2019. Duit tersebut telah digunakan untuk 4 tahun dan telah habis digunakan pada tahun 2023. Makluman : Semua guru 2. Bantuan Baucer Pakaian Dan Peralatan Sekolah 1. Puan Norshida juga melaporkan seramai 30 orang pelajar telah menerima Baucer RM 100 untuk membeli pakaian dan peralatan sekolah. 2. Baucer tersebut telah disumbangkan oleh Persatuan Pemilik Perindustrian Kinta Perak. Penyerahan Baucer telah diadakan ada pada 16 Julai 2023 di First Garden GP Food Court. Makluman : Semua guru 5.6 Bimbingan dan Kaunseling 1. Encik Sugumaran selaku setiausaha Bimbingan dan Kaunseling, melaporkan programprogram yang telah dilaksanakan sehingga hujung bulan Jun. Antaranya ialah : I. Kempen Jenayah Dalam Talian. Program ini telah berjalan dengan baik dan lancar pada 5 Jan 2023 di Dewan SKB. Disampaikan oleh Pengawai Perhubungan Sekolah, Encik Nathan a/l Subramaniam II. Sambutan Ponggal & Sambutan Tahun Baru Cina Sambutan berjalan dengan baik pada 11 Feb 2023 peringkat sekolah. III. Program Kemesraan Minggu Pertama Program berjalan dengan baik dan lancar pada bulan 20 Mac 2023 – 24 Mac 2023 (4 minggu Tahun 1 manakala 1 minggu untuk Tahun 4) IV. Kursus Kepimpinan Kursus ini melibatkan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Siber dan Ketua Kelas a. Dijalankan selama 1 hari iaitu 03 April 2023 di Dewan SKB b. Kursus telah disampaikan oleh Encik Sugumaran dan Puan Vasugi. V. Program Intervensi Sahsiah Murid bermula dengan baik pada 01 Mei 2023 hingga 9 Feb 2024. Bunting telah dicetak dan war-warkan untuk murid menang kehadiran penuh. VI. Sekolahku Sejahtera Program dijalankan seperti biasa setiap minggu pada hari Isnin dimana guru bertugas akan memberi penerangan tentang nilai. Murid-murid juga menyanyikan lagu Sekolahku Sejahtera. Nilai tersebut juga perlu diterapkan semasa pdpc guru. Guru perlu buat laporan dan masukkan apa-apa program yang berkaitan sekolahku sejahtera.


Mukasurat 14 dari 19 2. Beliau juga memaklumkan Ujian Minda Sihat akan dilaksanakan mengikut surat pekeliling yang telah diterima pada Julai 2023. Encik Mohd Faiz dan Puan Helen diminta untuk membantu. Encik Sugumaran juga meminta ujian saringan ini diadakan selepas minggu ujian dan 1 hari akan digunakan. Beliau akan membuat jadual untuk murid membuat ujian tersebut. Setelah siap perlu cetak slip keputusan. Makluman : Semua guru 3. Apabila Guru Besar meminta laporan sambutan Hari Raya, Encik Sugumaran menerangkan tiada laporan yang diserahkan kepada beliau dan meminta guru-guru yang menyediakan kertas kerja program serta guru yang membuat one page report program yang telah dijalankan memberikan satu salinan kepada beliau. Makluman dan tindakan : Semua Guru 5.6.1 Program Transisi Tahun 1 1. Puan Ravathy selaku penyelaras Tahun 1 melaporkan Program Transisi Tahun 1 telah diadakan dari 20 Mac 2023 hingga 17 April 2023 .Program ini melibatkan 24 orang murid tahun 1 telah terlibat. Program ini dijalankan oleh semua guru yang mengajar tahun 1. 2. Sepanjang program waktu balik bagi murid tahun 1 bagi minggu pertama Transisi ialah 12.00 tengah hari dan seperti biasa pada pukul 1.00 tgh dalam minggu berikut. Beliau merumuskan Program Transisi Tahun 1 ini, berjalan dengan lancar dan baik. Makluman : Semua guru 5.6.3 Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 1. Encik Sugumaran melaporkan program Pelancaran Minggu Antidadah dan Antidenggi berjalan dengan baik pada 12 Jun 2023 – 19 Jun 2023. 2. Penceramah Dadah Negeri telah datang dan memberi ceramah. Ceramah yang bagus dan menarik perhatian murid. Makluman : Semua guru 5.6.4 Program Guru Penyayang 1. Puan Hema selaku penyelaras program guru penyayang melaporkan Majlis Pelancaran Program Amalan Guru Penyayang Sesi 2022/2023 & Sambutan Hari Jadi Bulan Mac-Jun telah dilaksanankan pada 26 Jun 2023 di dewan terbuka, SK Buntong. 2. Majlis dirasmikan oleh Dr. Indhira A/P Thirunavukarasu, Guru Besar SK Buntong. Seramai 102 murid-murid SK Buntong yang lahir dari bulan Mac sehingga Jun


Mukasurat 15 dari 19 telah diraikan. Kehadiran penerima hadiah hari jadi sangat baik dan sungguh meriah. Majlis berjalan lancar dan selesai pada masa yang ditetapkan Makluman : Semua guru 5.7 Pengurusan Maklumat Murid (APDM) 1. Setiausaha APDM, Puan Helen melaporkan enrolmen murid sehingga 17 Julai 2023 ialah 293 orang murid. Murid aliran perdana seramai 212 orang murid, PPKI pula 32 orang murid dan Prasekolah pula 49 orang murid. 2. Vincent Chia masih belum didaftar dalam APDM dan akan ada perubahan dalam enrolmen PPKI. 3. Jumlah hari persekolahan dari bulan Mac hingga 17 Julai 2023 ialah 66 hari. Peratus kehadiran aliran perdana ialah 89.10 %, PPKI pula 77.10% dan Prasekolah ialah 89.30%. 4. Peratus kehadiran tertinggi ialah kelas 4 Cemerlang iaitu sebanyak 92.74% dan Terendah ialah kelas 1 Cemerlang sebanyak 87.02%. Secara keseluruhan peratus kehadiran murid adalah memuaskan. Makluman : Semua guru 5. Guru besar meminta analisis kehadiran mingguan dan beliau ingin tahu minggu mana yang kehadiran kurang. Puan Helen diminta melaporkan analisis kehadiran mingguan pada masa akan datang. Makluman dan tindakan : Setiausaha APDM, Puan Helen 6. Setakat ini ada 2 orang murid bukan warga ialah Muhd Daniel (6C) dan Sai Miteesh (1C). Murid-murid ini didaftar dalam APDM menggunakan no resit bayaran fii bukan warga. 7. Manakala seorang lagi murid tanpa dokumen ialah S.Sakthivel 1C yang didaftar dalam APDM menggunakan no surat rujukan JPN. S. Sathivel perlu bayar duit bayaran bukan warga sekolah. 8. Guru besar meminta PK HEM buat semakan tentang status bayaran yuran bukan warga S.Sakthivel. Makluman dan tindakan : PK HEM, Encik Sinnathamby 9. Bilangan murid sehingga 17 Julai 2023 adalah seramai 24 orang dalam kelas Pra Mutiara dan 25 orang murid dalam kelas Pra Permata. 10. Puan Siti Hasnida melaporkan kapasiti kelas prasekolah ialah 50 murid dan jumlah permohonan bagi sesi persekolahan 2024/2025 sehingga kini ialah 24 orang murid masih terdapat 26 kekosongan. Permohonan atas talian ialah atas talian dibuat oleh 8 orang murid. Guru diminta war-warkan kekosongan. Puan Siti memaklumkam Puan Jessica banyak membantu mewar-warkan permohonan ke prasekolah SK Buntong. Makluman : Semua guru


Mukasurat 16 dari 19 11. Guru besar, Dr Indhira meminta prasekolah buat risalah dan Puan Siti diminta usahakan. Makluman dan tindakan : Guru Prasekolah, Puan Siti Hasnida 12. Berikut adalah program-program yang dijalankan oleh prasekolah I. Orientasi Prasekolah telah berjaya dilaksanakan dari 20-31 Mac 2023 selama 2 minggu. Melibatkan 50 orang murid Prasekolah II. Program Guru Penyayang Sambutan Hari Jadi Murid dilaksanakan bersama aliran perdana iaitu pada 26 Jun 2023 bagi murid yang lahir pada Mac hingga Jun. III. Pemeriksaan Pergigian pada Jun 2023. IV. Latihan Kebakaran dibuat sekali dengan aliran perdana. V. Program Saya Anak Hebat (Kehadiran Penuh Setiap bulan) berjaya dilaksanakan. Nama murid akan di pamerkan di kelas dan dimaklumkan kepada Ibu bapa di dalam group Whatsapp 13. Puan Siti menerangkan hasil hidroponik dalam proses penuaian. Masalah daun layu sudah dibuat laporan kepada pegawai di Jabatan Pertanian oleh guru besar. Biji benih yang belum dibuka akan digunakan untuk penanaman baru. 14. Setakat ini tiada masalah pengisian kehadiran dalam APDM dan setiausaha APDM, mengucapkan terima kasih kepada semua guru kelas kerana mengisi kehadiran tanpa gagal. Makluman : Semua guru 5.8 Pengurusan Iklim Sekolah 5.8.1 J/K Kebersihan dan Keceriaan 1. Puan Faezah selaku penyelaras AJK Kebersihan memberikan laporan kebersihan dan laporan Keceriaan bagi pihak Puan Norshida melaporkan pertandingan kebersihan kelas telah pun dijalankan. 2. Berdasarkan laporan yang dibuat oleh guru bertugas pada setiap minggu kebersihan persekitaran sekolah kita berada pada tahap baik dan memuaskan. 3. AJK kebersihan dan keceriaan ada membuat perbincangan untuk memberi penumpuan pada dewan terbuka sekoalah. Ini adalah kerana dewan merupakan tempat yang kita sentiasa gunakan untuk menjalankan aktiviti. 4. Perbincangan bersama guru besar telah dibuat secara tidak formal dan AJK masih dalam proses menyiapkan dan memurnikan kertas kerja projek tersebut 5. Beliau juga memaklumkan , AJK juga ada cadangan bekerjasama dengan kelab kristal untuk membuat gotong royong di bilik guru. 6. Puan Rezziana melaporkan laluan ke kantin penuh dengan tahi burung, tingkaptingkap tidak bersih dan berhabuk dan dewan pula kotor dan berhabuk. Beliau tidak pasti dewan dicuci atau tidak. 7. Guru besar memaklumkan bahawa beliau akan ambil tindakan.


Mukasurat 17 dari 19 8. Bilik-bilik khas sepatutnya dibersihkan sekali setiap minggu. Pekerja tidak dapat dibersihkan selepas waktu sekolah sebab berkunci. 9. Encik Mohd Zin memaklumkan surau dibersihkan setiap hari Jumaat. Surau boleh masuk dan dibersihkan tanpa guru. 10. Puan Helen memaklumkan bilik komputer dan bilik akses akan dibersihkan semasa beliau berada di sekolah. Makluman : Semua guru 5.8.2 J/K Kantin Sekolah 1. Encik Mohd Zin, penyelaras kantin sekolah melaporkan I. Makanan memuaskan memandangkan tiada sebarang masalah dan komen dari murid. II. Menu yang disediakan juga baik dan sedap. III. Harga yang disediakan juga mampu dibeli oleh murid. IV. Kebersihan makanan memuaskan sehingga kini masih belum ada laporan murid yang sakit disebabkan makan dari kantin sekolah. 2. Dari segi pengurusan kantin pula, beliau dapati makanan murid dapat disediakan mengikut waktu rehat yang telah ditetapkan iaitu rehat Tahap 1 dan Tahap 2. 3. Persekitaran kantin dalam keadaan bersih dan aman, pihak pengusaha kantin serta AJK kantin dalam perancangan dan akan berusaha untuk menceriakan persekitaran. 4. Disiplin murid terkawal, terutama ketika murid beratur membeli makanan. 5. Tempat makan dan duduk murid mencukupi ketika waktu rehat kedua-dua tahap. 6. Murid-murid menggunakan peralatan dengan baik, bekas makanan, pinggan, sudu dan gelas juga diletakkan dalam bekas yang telah disediakan. 7. Pembuangan sisa makanan dibuang dalam bakul sampah yang telah disediakan. Makluman : Semua guru 8. Guru besar memaklumkan sekolah telah terima kerusi tetapi meja belum diterima. Pegawai aset Encik Abdul Manap dan Encik Mohd Zin diminta tulis tagging aset kerajaan atas meja. Dapatkan bantuan Puan Noorismah sebab ada cara penulisan tagging yang betul. Makluman dan tindakan : Pegawai Aset, Encik Abdul Manap dan Encik Mohd Zin 9. Puan Vijaya memaklumkan hanya 4 kipas di kantin berfungsi. Encik Mohd Zin diminta laporkan pada Encik Bala untuk baiki. Makluman dan tindakan : Setiausaha Pengurusan Iklim Sekolah, Encik Mohd Zin 10. Meja di belakang kantin yang buruk perlu dibuang Makluman dan tindakan : Setiausaha Pengurusan Iklim Sekolah, Encik Mohd Zin


Mukasurat 18 dari 19 5.8.3 J/K Tandas 1. Puan Norshida juga menyediakan laporan tandas dan telah dibentang oleh setiausaha. Berikut adalah hasil dapatan beliau. I. Tandas Guru Berdasarkan buku laporan mingguan guru bertugas dan laporan dari pekerja, tandas guru perempuan dan guru lelaki dalam keadaan baik dan boleh digunakan. II. Tandas Murid Perempuan Tandas murid perempuan Tahun 6 di Tingkat 2 Blok A, Flush boleh digunakan tetapi air sentiasa mengalir seperti bocor. Tandas murid perempuan di tingkat bawah, Tandas nombor 2 dan nombor 4 flush tidak boleh digunakan. III. Tandas Murid Lelaki Tandas murid lelaki ditingkat bawah, tandas nombor 4 flush rosak. Tandas yang lain berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan. 2. Guru Besar meminta PK HEM untuk memaklumkan kerosakan ini kepada Encik Bala untuk usrusan pembaikan dengan kadar segera. Makluman dan tindakan : Setiausaha Pengurusan Iklim Sekolah, Encik Mohd Zin 6. Hal-hal Lain. 6.1 Puan Shahalbi memaklumkan buku peraturan sekolah masih dalam proses pemurnian untuk diselaraskan dengan persekitaran sekolah. 6.2 Puan Shahalbi juga meminta guru besar membuat pemilihan papan kehadiran. 6.3 Pegawai Kesihatan akan datang buat pemantauan kawasan pembiakan nyamuk. Oleh itu Encik Loganathan diminta membuat pemantauan sekeliling kawasan sekolah. Tangki air yang tidak digunakan perlu diperiksa dan air dalam tangki perlu diflush. Makluman dan tindakan : Penyelaras Denggi, Encik Loganathan 6.4 Puan Helen mencadangkan murid perempuan yang berambut panjang melebihi aras bahu buat sanggul. Semua guru telah bersetuju dan surat pemberitahuan akan dibuat. Makluman dan tindakan : Guru Disiplin, Puan Shahalbi 6.5 Puan Saras memaklumkan bahawa Nur Ammar Fithri telah bertukar dan setiausaha APDM, Puan Helen memaklumkan nama murid tersebut akan dikeluarkan setelah dapat surat kelulusan pertukaran. Makluman dan tindakan : Setiausaha APDM, Puan Helen 6.6 PK HEM memaklumkan kepada Puan Vasugi untuk buat perancangan dari sekarang untuk lawatan. Beliau meminta Puan Vasugi menghantar surat permohonan lawatan dan menyediakan kertas kerja, senarai nama murid dan borang


Mukasurat 19 dari 19 permohonan ibubapa dan tidak perlu menunggu sehingga mendapat kelulusan. Jika ada perubahan boleh dimaklumkan kemudian setelah mendapat kelulusan. Makluman dan tindakan : Guru Pengawas, Puan Vasugi 6.7 Puan Saras meminta guru kelas memberi makluman dalam whatsapp kelas tentang Yoga setiap hari Jumaat. Maklumkan sehari awal iaitu pada hari Khamis. Ini kerana didapati murid datang lewat, memakai uniform sekolah dan lupa yoga mat. Makluman dan tindakan : Guru kelas 6.8 Puan Shahalbi membuat peringatan tentang Program Bubur Asyura. Ibubpa/Penjaga boleh dijemput hadir dan diminta guru kelas war-warkan dalam whatsapp kelas. Makluman dan tindakan : Guru kelas 6.9 Puan Vasugi memaklumkan guru kelas boleh benarkan murid bawa buku teks balik untuk membuat ulangkaji untuk UPSA. Makluman dan tindakan : Guru kelas 7. Ucapan penangguhan 7.1 Sebelum bersurai pengerusi majlis sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke mesyuarat ini dan berharap semua guru dapat bekerjasama dalam menjalankan tugas dengan baik dan lancar. 7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.05 petang. Disediakan oleh: Disemak oleh: ……………………………………………….............. …………………………………………............ (PN. HELEN CHRISTINA A/P KULANDAISWAMY ) (EN. SINNATHAMBY A/L RAMANATHAN) Setiausaha Hal Ehwal Murid Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Buntong Sekolah Kebangsaan Buntong Disahkan oleh, ……………………………………………….............. (DR. INDHIRA A/P THIRUNAVUKARASU) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Buntong


Click to View FlipBook Version