The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by malinimanikam13, 2021-03-09 04:37:57

UNIT 1 NORMA MASYARAKAT

UNIT 1 NORMA MASYARAKAT

OBJEKTIF PEMBELAJARAN YANG PERLU
DIKUASAI OLEH PELAJAR:

 Mentakrifkan maksud norma masyarakat
 Memberikan contoh norma masyarakat
 Menghuraikan kepentingan amalan norma

masyarakat
 Meramalkan kesan pengabaian norma

masyarakat

KONSEP NORMA MASYARAKAT

 Tingkah laku yang dianggap wajar dan
diterima dalam masyarakat

CONTOH NORMA MASYARAKAT

KEPENTINGAN AMALAN NORMA MASYARAKAT

 Mengekalkan peraturan atau norma
masyarakat sedia ada

 Mengukuhkan perpaduan
 Menjaga keharmonian masyarakat
 Membentuk anggota masyarakat yang

berdisiplin, beretika,beradab dan
bertanggungjawab.
 Mengawal tingkah laku dan perlakuan serta
kehidupan dalam sesebuah komuniti.

KESAN PENGABAIAN NORMA MASYARAKAT
 Bersikap individualistik

Bertingkah laku tanpa mengira kepentingan orang

lain
 Kurang beradab

Menggunakan bahasa badan yang kurang

menyenangkan
 Hubungan sosial terjejas

Pergaulan di luar batasan
 Menjejaskan keharmonian masyarakat

Tidak menghormati amalan beribadat kaum lain.

LATIHAN

A.NYATAKAN NORMA MASYARAKAT YANG PERLU DIAMALKAN
SEMASA MENGHADIRI MAJLIS SAMBUTAN PONGGAL DI KUIL
B. PADA PENDAPAT ANDA, MENGAPAKAN PERUBAHAN
AMALAN NORMA MASYARAKAT DAHULU DAN SEKARANG
BERUBAH? JELASKAN DENGAN ALASAN YANG MUNASABAH

JAWAPAN

A.
 Perlu mengelak daripada membuat bising
 Perlu memakai pakaian yang sopan dan tidak mencolok mata
 Perlu berkelakuan baik semada berada di rumah ibadat(kuil)
 Perlu menghormati peraturan di rumah ibadat ( kuil)
 Perlu menghormati sebarang upacara keagamaan yang sedang

berlangsung.
B.
Pada pendapat saya, norma masyarakat berubah disebabkan arus
kemodenan teknologi terkini. Selain itu, perubahan norma ini
berlaku disebabkan masyarakat yang sibuk berkerja dan mula
mementingkan diri sendiri.

LATIHAN
Berdasarkan gambar di bawah, bincangkan norma
masyarakat yang perlu anda amalkan dalam
kehidupan seharian. Huraian anda mestilah
berdasarkan nilai –nilai murni.

JAWAPAN
Masyarakat perlu mengamalkan nilai-nilai murni
seperti hormat, hemah tinggi dan kebebasan.
Masyarakat seharusnya menghormati agama kaum
lain, adat dan budaya dalam masyarakat berbilang
kaum seperti menghadiri rumah terbuka. Selain itu,
masyarakat perlu mengamalkan norma masyarakat
dari aspek kesopanan. Misalnya , amalan memberi
salam dan menghormati orang yang lebih tua amat
digalakkan.


Click to View FlipBook Version