The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mengisahkan tentang dua cerita sastera yang terdapat di Daerah Keningau. Kedua-dua cerita sastera ini mempunyai unsur yang sama iaitu sejarah (fakta atau mitos) tentang nama asal usulnya. Cerita “Gua Laing” mengisahkan tentang seorang pemburu yang terserempak seorang lembaga di hutan. Cerita rakyat kedua adalah tentang asal usul daerah Keningau iaitu gelaran pokok kayu manis.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cheryl Lyn, 2024-01-07 06:05:45

ALAM ASAL (Cerita Sastera Rakyat Keningau)

Mengisahkan tentang dua cerita sastera yang terdapat di Daerah Keningau. Kedua-dua cerita sastera ini mempunyai unsur yang sama iaitu sejarah (fakta atau mitos) tentang nama asal usulnya. Cerita “Gua Laing” mengisahkan tentang seorang pemburu yang terserempak seorang lembaga di hutan. Cerita rakyat kedua adalah tentang asal usul daerah Keningau iaitu gelaran pokok kayu manis.

Keywords: folklore,sastera rakyat,keningau,Gua Laing

ALAMASAL CHERYL LYN ADROS CERITA RAKYAT DAERAH KENINGAU


HAKCIPTA TERPELIHARA Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian dalam buku ini boleh diterbitkan semula dalam sebarang bentuk secara elektronik ataupun mekanikal termasuklah juga penyimpanan maklumat dan sistem perolehan semula tanpa kebenaran tertulis daripada penerbit, kecuali pengulas yang boleh memetik petikan ringkasan dalam ulasan. Buku cerita ini adalah untuk memenuhi komponen bagi kursus CA10103 SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU. i Ini adalah karya sastera rakyat. Beberapa bahagian telah difiksyenkan dalam pelbagai peringkat bagi pelbagai tujuan tertentu. HAK CIPTA 2023 PENULIS: Cheryl Lyn Adros


PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pensyarah Sejarah Kesusasteraan Melayu (CA10103) iaitu Cik Fatin Najla Omar kerana yang telah banyak membimbing saya dalam menjayakan penghasilan buku cerita sastera rakyat Alam Asal. Sepanjang penghasilan tugasan ini juga, cik Fatin juga telah banyak memberi tunjuk ajar agar menyiapkan tugasan ini dengan sempurna diiringi dengan kata-katan semangat yang diberikan agar saya tidak berasa lelah dan mudah putus asa dalam penghasilan tugasan ini. Cik Fatin juga sentiasa mengingatkan saya untuk menyiapkan tugasan agar saya tidak ketinggalan. Saya juga ingin berterima kasih kepada kawan-kawan sekelas saya sanggup meluahkan masa dan sudi membantu serta menjawab sebarang masalah dan pertanyaan yang dihadapi sepanjang proses penghasilan tugasan ini. Tidak juga dilupakan ibu bapa yang memberi sokongan moral semasa saya menghadapi kekurangan semangat. ii


PRAKATA Terlebih dahulu saya ingin bersyukur kepada Tuhan kerana dapat menyiapkan dengan baik iaitu buku cerita sastera rakyat Sabah yang bertajuk ‘Alam Asal’ yang diamanahkan oleh pensyarah Cik Fatin Najla Omar dalam masa yang diperuntukkan. Sebelum berbicara dengan lebih lanjut lagi, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa atas sokongan moral dan dorongan kepada saya selama ini bagi meneruskan tugasan ini, sekaligus menyempurnakan tugasan yang amat bermanfaat ini. Selain itu, jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada pensyarah kami iaitu Cik Fatin Najla Omar kerana telah memberikan tunjuk ajar yang begitu perinci kepada saya. Beliau banyak membimbing, mendedahkan idea dan konsep mengenai topik kami. Tidak juga dilupakan rakan-rakan sekelas yang telah bertukartukar pendapat serta idea dengan saya supaya mendapat lebih banyak maklumat tentang topik kami. Kalian telah memberikan motivasi dan sokongan kepada saya agar tidak mudah putus asa dan menyempurnakan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. iii


ISI KANDUNGAN Hak Cipta Terpelihara Penghargaan Prakata Isi Kandungan Cerita Sastera Rakyat Gua Laing Keningau Nilai dan Pengajaran Glosari Rujukan Lampiran Informen Biodata Penulis Muka Surat i ii iii iv 1 - 20 21 - 40 41 42 43 44 - 46 47 48 iv


creati ve Gua yang terdapat di Keningau. media window GUA LAING


Dalam keluarga yang mempunyai tujuh adik-beradik, di mana anak yang bongsu seorang pemburu binatang. Pada suatu hari, “Saya ingin ke hutan untuk memburu rusa untuk makan malam nanti.” Si Bongsu berkata sambil memegang sebilah lembing. “Laing! Pastikan hasil yang didapati sebesar selera kamu!” Si Sulung berlawak. Si Bongsu, Laing lalu mengangguk dan memanggil haiwan peliharaannya; seekor anjing. Semasa dalam perjalanan ke hutan rimba, 2


Laing yang biasa dengan selekoh hutan, terserempak dengan seorang wanita yang sangat jelita. Laing tertanya: “Apakah perempuan sepertimu berada di perhutanan ini? Kau sesat kah?” 3


Wanita jelita tersebut berhenti seketika dan memandang Laing dengan serius. Wanita itu teruskan perjalanannya sambil mengangkat ranting-ranting kayu yang kering. Laing mengikut wanita jelita kerana perasaan ingin tahunya. Selepas seketika, sampailah mereka berdua di sebuah gua bersamaan beberapa orangorangnya. “Apakah yang kamu sedang lakukan?” Laing tertanya-tanya kepada mereka yang rajin berkerja yang kelihatan seperti sebuah rumah. 4


Wanita tersebut memandang Laing dengan muka yang serius, mengatakan: “Kau pulanglah. Jangan bagi tahu sesiapa dan balik ke sini setelah genap tujuh hari.” Wanita tersebut memandang Laing dengan muka yang serius, mengatakan: “Kau pulanglah. Jangan bagi tahu sesiapa dan balik ke sini setelah genap tujuh hari.” 5


Sedar Laing bahawa wanita tersebut bukan seorang manusia malah seorang lembaga. Disebabkan perasaan takut, Laing meninggalkan kawasan tersebut kerana wanita itu kelihatan seperti ahli sihir pada waktu itu. Dia memandang belakang sekali lagi untuk melihat mereka yang meneruskan pembinaan rumah tersebut. Sebelum Laing sampai ke rumahnya, dia sedar bahawa dia tidak menpunyai sebarang hasil daripada pemburuannya. 6


“Abang-abang pasti akan tertanya terhadap kekurangan hasil saya tetapi hari semakin malam. Susah mahu memburu begini.” “Abang-abang pasti akan tertanya terhadap kekurangan hasil saya tetapi hari semakin malam. Susah mahu memburu begini.” 7


Laing meneruskan perjalanannya ke rumahnya sambil memikirkan pertemuannya dengan wanita tersebut. Dia terfikir semula dengan apa wanita tersebut beritahunya: ”Jangan bagi tahu sesiapa dan balik ke sini setelah genap tujuh hari.” Laing berfikir sekian lama, mencari alasan ketiadaan hasil buruannya kepada abangabangnya. Setelah Si Bongsu sampai ke rumahnya. Abang keduanya yang sedang menganyam pukat di anjung rumah, menyapa kepada Laing: 8


9 “Selamat kembali, Laing! Dimana hasil buruanmu? Nampak kosong saja?” Laing hanya senyap seketika dan membohong kepada abangnya. “Selamat kembali, Laing! Dimana hasil buruanmu? Nampak kosong saja?” Laing hanya senyap seketika dan membohong kepada abangnya. Abangnya menepuk bahu Si Bongsu lalu meneruskan menganyam pukatnya. Laing hanya menyimpan lembingnya dan duduk bersama abang keduanya di anjung untuk berehat seketika. Abangnya menepuk bahu Si Bongsu lalu meneruskan menganyam pukatnya. Laing hanya menyimpan lembingnya dan duduk bersama abang keduanya di anjung untuk berehat seketika.


“Oi, oi! Makan malam sudah siap! Jom makan.” Abang keenam memanggil mereka sambil bergurau menampar kepala Laing. Semasa makan malam, Laing memberitahu alasan ketiadaan hasil burunya kepada abang-abangnya yang ingin tahu. “Pelik sangat. Selalunya Laing akan membawa hasil buru walaupun mengikut laluan baru di hutan. Mengapakah hari ini berbeza pula?” Si Sulung tertanya-tanya dengan kelakuan adiknya. 10


Walaupun suasana di dapur tersebut seperti selalu dan meriah dalam kalangan tujuh adikberadik tetapi tapak tangan Laing mula berpeluh terhadap pertanyaan abang-abangnya. Dia tidak mahu memberitahu perkara sebenar yang berlaku di hutan tersebut. Walaupun suasana di dapur tersebut seperti selalu dan meriah dalam kalangan tujuh adikberadik tetapi tapak tangan Laing mula berpeluh terhadap pertanyaan abang-abangnya. Dia tidak mahu memberitahu perkara sebenar yang berlaku di hutan tersebut. 11 Laing terdiam lagi lalu menipu kepada abang-abangnya sekali lagi. “Laing rasa tidak sihat hari ini.” Laing terdiam lagi lalu menipu kepada abang-abangnya sekali lagi. “Laing rasa tidak sihat hari ini.”


12 “Kau baik kah? Kalau adik berasa kurang sihat, pergilah tidur.” Abang kelima yang duduk di sebelahnya, menasihati Laing yang berdiam diri. Selepas makan malam, Laing mengundurkan diri ke bilik istirahatnya. Keesokan harinya, Laing tidak pergi memburu seperti selalu. Abang-abangnya hanya berfikir bahawa Laing sedang rehat kerana kurang sihat.


13 Lazimnya, si pemburu akan keluar berburu setiap hari tetapi pada kali ini si bongsu tidak keluar memburu selama beberapa hari. Abang-abangnya mula bertanya-tanya. Apa bila didesak oleh abng-abangnya, akhirnya si pemburu menceritakan perkara sebenar yang telah berlaku.


Laing menceritakan perkara yang berlaku dan nasihat yang telah diberikan oleh lembaga tersebut. Laing menceritakan perkara yang berlaku dan nasihat yang telah diberikan oleh lembaga tersebut. 14 “Kau pulanglah. Jangan bagi tahu sesiapa dan balik ke sini setelah genap tujuh hari.”


15 Laing menyesal memberitahu perkara yang sebenar kepada abang-abangnya. Dia kesal dan takut kalau abang-abangnya mendahului beliau ke tempat tersebut. Pada hari keenam, si pemburu tidak sabar lagi dan tanpa pengetahuan abang-abangnya, serta ibu bapanya, dia membawa sebilah lembing dan anjingnya lalu pergi ke tempat itu.


16 Setibanya di situ, dia dapati bangunan itu hampir siap dan tanpa berlengah-lengah dia terus masuk ke dalamnya. Setibanya di situ, dia dapati bangunan itu hampir siap dan tanpa berlengah-lengah dia terus masuk ke dalamnya.


17 Malaikat itu diriwayatkan sangat marah kepada si pemburu kerana tidak mematuhi nasihat yang telah diberikan kepadanya sebelum itu. Laing tidak sempat meminta maaf kepada malaikat tersebut keran menginkari nasihat maka dia akan menghadapi hukuman malaikat tersebut.


Kerana marah, diriwayatkan, malaikat itu memotong tiang bangunan itu. dengan sekelip mata sahaja, anjing dan lembing itu tiba-tiba menjadi batu manakala si pemburu itu tidak diketahui kemana perginya. Kerana marah, diriwayatkan, malaikat itu memotong tiang bangunan itu. dengan sekelip mata sahaja, anjing dan lembing itu tiba-tiba menjadi batu manakala si pemburu itu tidak diketahui kemana perginya. 18


Kesan lembing dan anjing masih kelihatan. Kesan tempat anjing tidur “Inodopon do tasu ” masih boleh dilihat sehigga sekarang. “Inodopon do tasu ” serta bilikbilik di dalam Gua Laing masih kelihatan sekarang. Diriwayatkan juga bahawa semangat Gua Laing sangat “kuat”. Oleh sebab itu, para pengunjung Gua Laing mestilah menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan ganjil. 19


Pantang larang Gua Laing adalah seperti berikut: Tidak boleh bercakap ‘lucah’ serta berpakaian ‘ menjolok mata’. Tidak boleh sebut nama ‘Hantu’. 1. Tidak boleh menghina “Tuhan ” atau “Minamangun ” secara sembarangan dan tidak berpatutan. 2. Tidak boleh cakap kasar, memaki-hamun dan menyumpah. 3. Binatang-binatang yang terdapat di dalam dan luar Gua tidak boleh diganggu. 4. Tidak boleh membunuh apa sahaja jenis binatang di sekitar Gua Laing. 5. Pantang larang Gua Laing adalah seperti berikut: Tidak boleh bercakap ‘lucah’ serta berpakaian ‘ menjolok mata’. Tidak boleh sebut nama ‘Hantu’. 1. Tidak boleh menghina “Tuhan ” atau “Minamangun ” secara sembarangan dan tidak berpatutan. 2. Tidak boleh cakap kasar, memaki-hamun dan menyumpah. 3. Binatang-binatang yang terdapat di dalam dan luar Gua tidak boleh diganggu. 4. Tidak boleh membunuh apa sahaja jenis binatang di sekitar Gua Laing. 5. 207


Keningau 21


22 Keningau merupakan sebuah bandar yang kelima paling besar selepas Tawau dan Lahad Datu. Keningau merupakan sebuah bandar yang kelima paling besar selepas Tawau dan Lahad Datu.


Keningau pada masa dahulunya merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di kawasan pedalaman Sabah yang mana hari ini telahpun berkembang maju dan menjadi bandar tumpuan orang ramai. 22


Kawasan Keningau ini pada zaman dahulu merupakan sebuah perkampungan yang banyak ditumbuhi oleh pokok kayu manis dan menjadi bandar tumpuan orang ramai. Kawasan Keningau ini pada zaman dahulu merupakan sebuah perkampungan yang banyak ditumbuhi oleh pokok kayu manis dan menjadi bandar tumpuan orang ramai. 23


24 Perkampungan orang tradisional etnik Murut yang dinamakan kempung Keningau atau Koningau, iaitu nama sejenis pohon rempah-ratus yang cukup terkenal di Nusantara, iaitu kayu manis.


Pohon kayu manis atau Keningau ini tumbuh di merata-rata di sekitar kawasan perkampungan ini. Pohon kayu manis atau Keningau ini tumbuh di merata-rata di sekitar kawasan perkampungan ini. 25


26 Dalam bahasa suku kaum Murut, mereka memanggilnya sebagai “Kayu Keningau ” iaitu sejenis rempah yang digunakan untuk memasak. Sewaktu berada di bawah naungan empayar Kesultanan Melayu Brunei, kawasan ini menjadi pengeluar utama kayu manis bagi empayar Kesultanan.


27 Zaman silih-berganti, kerajaan Brunei Darussalam akhirnya menjadi sebahagian daripada Tanah Jajahan British, tidak terkecuali, empayar-empayarnya yang berada di Borneo, termasuklah Keningau. Zaman silih-berganti, kerajaan Brunei Darussalam akhirnya menjadi sebahagian daripada Tanah Jajahan British, tidak terkecuali, empayar-empayarnya yang berada di Borneo, termasuklah Keningau.


28 Walau bagaimanapun, sewaktu era penjajahan British, Keningau sekali lagi menjadi pengeluar kayu manis yang utama.


29 .Apabila Jepun datang menjajah, bahkan sehingga hari ini, reputasi Keningau sebagai antara pengeluar kayu manis utama di negara Malaysia masih ampuh walaupun tidak segah di masa lalu. .Apabila Jepun datang menjajah, bahkan sehingga hari ini, reputasi Keningau sebagai antara pengeluar kayu manis utama di negara Malaysia masih ampuh walaupun tidak segah di masa lalu.


30 Secara tidak langsung, kawasan pedalaman menjadi pengeluar kulit kayu Keningau yang penting pada ketika itu.


31 Akhirnya, kawasan tersebut dipanggil Keningau sehingga wujud sebuah bandar yang paling maju dan menjadi pusat pentadbiran pedalaman Sabah. Akhirnya, kawasan tersebut dipanggil Keningau sehingga wujud sebuah bandar yang paling maju dan menjadi pusat pentadbiran pedalaman Sabah.


32 Kayu manis mendapat permintaan yang tinggi dari saudagar-saudagar luar menyebabkan daerah Keningau menjadi terkenal dengan produk tempatan


33 Disebabkan oleh saudagar yang mengenali kawasan tersebut sebagai pengeluar kayu manis utama, maka mereka mula memberi kawasan tersebut gelaran “Kampung Keningau ”” Disebabkan oleh saudagar yang mengenali kawasan tersebut sebagai pengeluar kayu manis utama, maka mereka mula memberi kawasan tersebut gelaran “Kampung Keningau ””


34 Gelaran ini diberikan sempena nama pokok kayu Koningau bagi memudahkan saudagar luar mengenali kawasan utama sumber kayu manis. Mengikut istilah saintifik kayu manis disebut dengan nama Cinnamomun Burmannii.


35 Menurut sejarah, Keningau merupakan sebahagian daripada wilayah Brunei semasa Pemerintahan Kesultanan Brunei dan Sulu, sekitar 1860an. Menurut sejarah, Keningau merupakan sebahagian daripada wilayah Brunei semasa Pemerintahan Kesultanan Brunei dan Sulu, sekitar 1860an.


36 Pada masa itu, Keningau merupakan pusat perdagangan rempah ratus terbesar di wilayah Brunei. Mungkin tidak salah kalau dikatakan bahawa daerah Keningau antara kawasan paling sejuk di Sabah selepas Kundasang.


37 Pada tahun 1980an dan sebelumnya, tidak dapat dinafikan suasana dingin di Keningau yang begitu terasa sehingga menggigit ke tulang sumsum. Dikatakan bahawa suhu sangat sejuk sehingga minyak masak di dalam botol plastik pun membeku. Pada tahun 1980an dan sebelumnya, tidak dapat dinafikan suasana dingin di Keningau yang begitu terasa sehingga menggigit ke tulang sumsum. Dikatakan bahawa suhu sangat sejuk sehingga minyak masak di dalam botol plastik pun membeku.


38 Pada ketika itu, hutan Keningau belum lagi habis digondolkan oleh kapitalis-kapitalis yang mengaut keuntungan lumayan atas nama pembangunan.


39 Begitu juga beberapa ketika lalu, ketika negara dilanda angin sejuk Siberia, daerah Keningau antara kawasan paling sejuk di Malaysia dengan suhu cuaca di bawah 18 darjah celsius.


Maka begitulah cerita di belakang nama Keningau di daerah Keningau. Jelas bahawa nama tersebut tidak lari daripada sejarah asal usulnya. Pada hari ini, pokok kayu manis masih dapat dilihat pada hari ini. Tidak kira di kawasan bandar atau pedalaman. Maka begitulah cerita di belakang nama Keningau di daerah Keningau. Jelas bahawa nama tersebut tidak lari daripada sejarah asal usulnya. Pada hari ini, pokok kayu manis masih dapat dilihat pada hari ini. Tidak kira di kawasan bandar atau pedalaman. 40


41 NILAI DAN PENGAJARAN Kita haruslah menghormati kawasankawasan yang mempunyai sejarah dan dijadikan sebagai sebuah warisan kepada kita. Selain itu, kita juga haruslah mematuhi arahan dan tidak mengikari janji selepas dilakukan. Akhirnya, kita juga haruslah sentiasa mengingati sejarah dan tidak melupakannya supaya generasi yang seterusnya juga dapat mempelajari sejarahnya.


42 GLOSARI Inodopon do tasu: Tempat tidur anjing (bahasa kaum Gana) Koningau: Kayu manis Cinnamomun Burmannii: Nama saintifik kayu manis.


43 RUJUKAN Collection of Library Archives & Repository E-Access. Asal Usul Suku Kaum Dusun Gana, Kujau dan Nabaai dan Gua Laing Daerah Keningau.i. https://clare.sabah.gov.my/pages/view.php? ref=9633&search=Gua+Laing&offset=0&order_by=relevan ce&sort=DESC&archive=&k=&. Suhelmi A Majik. 2017. Sejarah Hitam Keningau Dalam Kenangan. https://thepatriots.asia/9653-2/ Muzium Warisan Keningau. Sejarah Keningau.


44 LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version