More Create Blog Sign In
HeNDaK 1000 DaYa, TaK HeNDaK 1000
DaLiH!
SALAM SEJAHTERA... CEPATNYA MASA BERLALU. BANYAK E-MEL CIKGU TERIMA. TETAPI KESIBUKAN YANG MELAMPAU MENGHALANG
CIKGU UNTUK MEMBALAS E-MEL ATAU PUN MEMBACA KOMEN-KOMEN PELAJAR. SELAMAT MAJU JAYA! DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU
ADA JALAN. Orang bijak pandai pernah berkata "kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya".
Sunday, 6 October 2019 Labels
Kebaikan Industri Pelancongan Terhadap Rakyat Dan Negara - CONTOH ANTOLOGI JAKET KULIT
KARANGAN PELAJAR KIJANG DARI ISTANBUL (13)
Kebaikan Industri Pelancongan Terhadap Rakyat Dan Negara ANTOLOGI SEJADAH RINDU
Oleh: Tsui Yi Wern (5A) (13)
Zaman beralih, musim berubah yang menandakan bahawa masyarakat Malaysia perlulah berasa bertuah kerana KARANGAN (87)
dapat menjadi anak bangsa Malaysia yang begitu bahagia demi masa yang kian beredar ini. Hal ini dikatakan demikian
kerana kedudukan Malaysia yang berada dalam lingkungan api Pasifik adalah bebas dari segala ancaman bencana alam KOMSAS (16)
yang mengejutkan. Bukan itu sahaja, negara kita yang telah menyambut kemerdekaan yang ke-62 pada tahun ini telah
menikmati keamanan dan kesejahteraan selama itu juga. Malaysia merupakan sebuah negara yang terletak di garisan KOMSAS TINGKATAN 4 2010
Khatulistiwa. Lokasi yang strategik tersebut telah mewujudkan cuaca negara kita panas dan lembap sepanjang tahun itu. (14)
Keadaan negara kita telah menarik minat pelancong asing untuk melawat ke negara kita. Persoalan yang sedang bermain-
main di minda kita ialah, apakah kebaikan industri pelancongan terhadap rakyat dan negara kita? KOMSAS TINGKATAN 5 2011
(15)
Antara kebaikan perdana yang diimpakkan oleh industri pelancongan ialah industri pelancongan tersebut telah
memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Contohnya, masyarakat tempatan boleh menjadi usahawan untuk MENU PILIHANKU (4)
memonopolikan perniagaan dan segala urusan perkhidmatan di sekeliling tempat pelancongan. Sebagai tamsilan,
perkhidmatan seperti penginapan, makanan, atau pun industri kraftangan berpeluang untuk terus dikembangkan di sekitaran NOVEL (12)
kawasan tempat pelancongan. Masyarakat Malaysia harus mengambil peluang tersebut untuk meningkatkan gaji dan taraf
hidup masing-masing. Sekiranya tempat tersebut menjadi tempat pelancongan di negara kita, sudah tentunya ramai NOVEL KONSERTO TERAKHIR
masyarakat Malaysia akan datang meneroka kawasan tersebut untuk mencari rezeki kerana bak kata pepatah di mana ada (4)
gula, di situ ada semut. Rakyat yang mengusahakan industri pelancongan di lokasi Malaysia yang di kelilingi oleh
keindahan alam semula jadi seperti Bukit Fraser, Tanah Tinggi Cameron dan Pulau Tioman dapat mewujudkan peluang NOVEL LEFTENAN ADNAN
pekerjaan dan mengelakkan masalah pengangguran dalam kalangan rakyat supaya taraf hidup rakyat dapat diperbaiki. WIRA BANGSA (8)
Bukan itu sahaja, masyarakat Malaysia juga boleh mempunyai ilmu yang lebih mendalam tentang sejarah dan gaya hidup
tempat pelancongan tersebut melalui pengusahaan industri pelancongan. Oleh itu, mereka dapat menjadi pemandu NOVEL PAPA (3)
pelancong yang penuh dengan informasi tempatan untuk disampaikan kepada para pelancong. Jelaslah bahawa industri
pelancongan memainkan peranan yang penting untuk memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Oleh itu, rakyat NOVEL TIRANI (4)
Malaysia perlu bijak merancang strategi mengusahakan industri pelancongan negara kita supaya kita terus berkembang
pesat kerana Willian J. Siegal pernah berkata “manusia tidak merancang untuk gagal, tetapi gagal untuk merancang.” PERIBAHASA (10)
Jika ditinjau dari sudut pandangan yang sama, industri pelancongan juga memberi peluang masyarakat Malaysia RUMUSAN DAN PEMAHAMAN
untuk memperkenalkan budaya tempatan ke seantero dunia. Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum iaitu kaum Melayu, (3)
Cina, India, Iban, Kadazan, Bidayuh, Murut, Melanau dan sebagainya. Bak kata pepatah, banyak udang banyak garam,
banyak orang banyak ragam. Kesemua kaum ini mempunyai budaya dan adat yang berbeza. Bukan itu sahaja, cara hidup TATABAHASA (28)
sesebuah kaum juga berbeza di seluruh negara. Oleh itu, masyarakat Malaysia telah banyak mengamalkan nilai toleransi
dalam kehidupan seharian supaya dapat mengekalkan keharmonian antara kaum. Dengan perkembangan industri Blog Archive
pelancongan yang maju di negara kita, masyarakat Malaysia boleh mengusahakan penghasilan kraftangan untuk dijual
kepada pelancong sebagai cenderamata. Seterusnya, tarian tradisional ataupun makanan trdisional juga boleh disediakan di ► 2011 (71)
pusat penginapan seperti percutian inap desa supaya pelancong dapat mengenali budaya-budaya yang tak lapuk dek hujan,
tak lekang dek panas tersebut. Industri pelancongan membenarkan pelancong untuk mencuba gaya hidup yang berlainan ► 2012 (37)
kerana tak kenal maka tak cinta dan hal tersebut boleh dijadikan kenangan manis kepada rakyat Malaysia dan juga
pelancong pada masa yang sama. Tegasnya, industri pelancongan dapat mengekalkan budaya negara kita dan juga ► 2013 (3)
memastikan budaya kita terus diwarisi kepada generasi yang akan datang kerana rakyat Malaysia dapat menghayati budaya
kita melalui pelancongan. ► 2016 (60)
Impak penting yang dikesankan adalah industri pelancongan juga menyebabkan rakyat Malaysia mampu bergaul ► 2017 (13)
dengan masyarakat tempat lain. Hal tersebut akan meningkatkan kemahiran komunikasi seseorang. Dalam konteks ini,
bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu dan bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris dapat digunakan dalam pertuturan ▼ 2019 (9)
sewaktu rakyat Malaysia berinteraksi dengan pelancong. Hal tersebut dapat meningkatkan daya intelektual masyarakat ▼ October (9)
negara kita supaya rakyat negara kita setanding dengan masyarakat negara-negara maju yang lain, ibarat peribahasa, duduk CARA BELAJAR
sama rendah, berdiri sama tinggi. Seterusnya, masyarakat Malaysia juga mampu melakukan pertukaran pengalaman dari YANG
segi budaya ataupun teknologi. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila masyarakat bergaul dengan pelancong, mereka BERKESAN -
boleh meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dengan lebih efektif. Contohnya, borang maklum balas boleh disediakan CONTOH
di tempat pelancongan supaya pelancong dapat mengisi borang untuk menerangkan pengalaman dan pendapat tentang KARANGAN
aspek-aspek yang digemari atau perlu dipertingkatkan supaya rakyat Malaysia boleh membuat penambahbaikan yang PELAJAR
sewajarnya untuk menaik taraf perkhidmatan yang ditawarkan. Impaknya, industri pelancongan akan terus membangun lalu
taraf hidup masyarakat dipertingkatkan. Oleh itu, industri pelancongan perlu dipergiat kerana industri tersebut merupakan Kepentingan Sikap
medium dan medan rakyat Malaysia untuk melakukan pertukaran idea dengan pelancong. Tabah Dalam
Menghadapi
Jika kita selusuri lubuk minda dengan lebih mendalam, tidak dinafikan bahawa negara kita juga memperoleh Dugaan - ...
manfaat daripada industri pelancongan negara kita dari segi perkembangan ekonomi. Ekonomi negara kita dapat dimajukan
dengan pembangunan industri pelancongan Malaysia. Hal tersebut demikian kerana pelancong akan berbelanja di tempat Kebaikan Industri
pelancongan dan perbelanjaan tersebut dianggap sebagai modal yang boleh membangunkan bidang yang diusahakan oleh Pelancongan
masyarakat Malaysia. Bukan itu sahaja, keindahan dan keselesaan lokasi pelancongan Malaysia juga menarik minat Terhadap Rakyat
pelancong asing datang ke negara kita untuk berbelanja. Sebagai buktinya, mereka akan berbelanja ke atas makanan, Dan ...
barangan keperluan asas, perkhidmatan, pengangkutan dan perhubungan serta penginapan di negara kita. Hal tersebut telah
membawa kepada kemasukan mata wang asing ke negara kita untuk meningkatkan ekonomi negara Malaysia. Dengan Kebaikan Rumah
perkembangan ekonomi yang pesat, negara kita akan mempunyai dana yang cukup untuk meningkatkan infrastruktur di Terbuka -
Malaysia supaya prasarana di Malaysia menjadi antara yang paling selesa dan kondusif yang boleh dinikmati oleh CONTOH
pelancong dan juga rakyat Malaysia. Selain infrastruktur, kerajaan juga mampu menggunakan wang tersebut dalam aspek KARANGAN
pendidikan dan kesihatan masyarakat supaya taraf hidup anak bangsa Malaysia ditingkatkan. Jadi, jelaslah bahawa industri PELAJAR
pelancongan banyak menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara kita.
KBR - LANGKAH
Implikasi yang tidak kurang impaknya adalah industri pelancongan juga boleh mengukuhkan hubungan diplomatik MENANGANI
yang erat antara Malaysia dengan negara-negara yang lain. Contohnya, Malaysia telah menghantar agen ke negara lain SALAH LAKU
untuk melakukn persidangan untuk bermesyuarat tentang perkembangan dan promosi bidang pelancongan Malaysia. Pakej REMAJA
pelancongan yang menarik juga ditawarkan ke negara lain untuk mempelawa pelancong asing supaya datang ke negara kita
untuk melancong. Seterusnya, program ‘Cuti-cuti Malaysia’ yang bermatlamat untuk meningkatkan bilangan pelancong KBR - FAKTOR
melawat ke negara kita juga dilancarkan oleh kerajaan hampir saban tahun. Tidak dinafikan usaha-usaha yang dilakukan PEMILIHAN
oleh kerajaan telah mendatangkan hasil yang lumayan kepada negara kita. Hal ini demikian kerana perkembangan industri KERJAYA
pelancongan telah menarik pelaburan ke negara kita. Contohnya, kereta hasilan Malaysia yang berjenama ‘Proton’ telah
menarik perhatian pelabur China untuk melabur negara kita. Dalam konteks tersebut, negara kita dapat mencapai kemajuan Novel Leftenan
dari pelbagai segi walaupun industri pelancongan hanya merupakan satu sektor kecil di negara kita. Orang cerdik pandai Adnan Wira
pernah berkata, yang kecil jangan disangka anak, yang besar jangan disangka bapa. Sudah terang lagi bersuluh, kita tidak Bangsa
boleh menafikan keupayaan industri pelancongan dalam membawa perkembangan kepada negara kita melalui hubungan
diplomatik antara negara-negara luar yang terjalin baik. TEKNIK PLOT -
LEFTENAN
ADNAN WIRA
BANGSA
LATIHAN NOVEL -
LEFTENAN
ADNAN WIRA
BANGSA
► 2020 (11)
Total Pageviews
Followers
Followers (63) Next
Follow
Search This About Me
Blog
Search
Zurain
Hartasha
Bahan-bahan
bacaan yang
terdapat dalam
blog ini adalah
perkongsian
dari blog-blog
yang lain. Saya
kongsikan
topik-topik
terpilih sahaja
untuk
kegunaan
pelajar-pelajar
saya. Saya
harap para
pelajar dapat
menjadikan
blog saya ini
sebagai
rujukan
mereka
sebelum
menghadapi
peperiksaan.
Terima kasih.
View my
complete
profile
Akhirulkalam, bidang pelancongan merupakan industri yang sangat penting bagi menjamin kemajuan negara kita.
Hal ini dikatakan kerana kebaikan yang didatangkan oleh industri pelancongan bukan sahaja dapat dimanfaatkan oleh
negara Malaysia, bahkan semua anak bangsa yang tinggal di Malaysia. Menyedari hakikat tersebut, rakyat Malaysia dan
pihak kerajaan haruslah berganding bahu ibarat kata seikat bagai sirih, serumpun bak serai untuk memajukan industri
pelancongan negara kita. Hal ini demikian kerana perkembangan sektor pelancongan Malaysia merupakan tanggungjawab
kita bersama yang perlu dipikul seperti peribahasa Melayu yang berbunyi, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.” Oleh
itu, masyarakat Malaysia tidak boleh mengamalkan sikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
dengan mementingkan diri dan menuding jari ke mana-mana pihak dalam usaha mencapai kemajuan industri pelancongan.
Bak kata pujangga, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Peribahasa tersebut memanifestasikan bahwa
kita perlulah melakukan segala langkah yang proaktif dan pragmatif untuk memajukan sektor pelancongan tersebut dengan
sedaya upaya sebelum nasi menjadi bubur. Jelaslah bahawa usaha yang sempurna perlu diambil oleh rakyat dan pihak
kerajaan untuk memajukan industri pelancongan supaya kita mendapat manfaat daripadanya. Negara Maju Rakyat
Sejahtera!
Posted by Zurain Hartasha at 22:26
Labels: BM Tingkatan 5 KARANGAN
1 comment:
michelle 15 February 2020 at 21:41
Numpang promo ya Admin^^
ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.club ^_$
add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^
Reply
Enter your comment...
Comment as: Google Account
Publish Preview
Newer Post Home Older Post
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Ethereal theme. Powered by Blogger.