SEKOLAH KEBANGSAAN LA SALLE (1) SENTUL PELANCARAN PROGRAM NILAM & KEMPEN GALAKAN MEMBACA 2023/2024 8 MEI 2023 (ISNIN) DEWAN LA SALLE Disempurnakan oleh : Cik Ranjanithevi a/p Saravanamuthu Guru Besar SK La Salle (1) Sentul
OBJEKTIF Menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan Menarik minat murid agar suka membaca dan cintakan ilmu serta menarik minat murid untuk mengunjungi PSS Mengenal pasti bakatbakat baharu murid dalam aktiviti-aktiviti yang akan diadakan Meningkatkan minat dan kemahiran penggunaan bahasa dalam kalangan murid
Apa itu NILAM? RASIONAL NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pemgiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Ia adalah salah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memupuk minat membaca dalam diri murid. Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya ilmu adalah melalui pembacaan yang berterusan.
PENGENALAN Program NILAM dan Kempen Galakan Membaca merupakan satu program tahunan yang dikendalikan oleh Pusat Sumber Sekolah (PSS). Beberapa aktiviti pengisian dirangka bagi memantapkan program NILAM yang melibatkan semua warga SK La Salle (1) Sentul. Program ini menjurus kepada matlamat utama iaitu melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, mencintai ilmu serta menyemai minat mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat melalui aktiviti membaca. Diharapkan program yang akan dijalankan nanti dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. PENGHARGAAN Sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Pelancaran Program NILAM & Kempen Galakan Membaca. Segala jasa bakti dan budi baik serta kerjasama yang dihulurkan oleh semua pihak amatlah kami hargai. Terima kasih. Yang merah itu saga, Yang kurik itu kundi, Yang indah itu bahasa, Yang baik itu budi.
JAWATANKUASA INDUK PENASIHAT Cik Ranjanithevi a/p Saravanamuthu (Guru Besar) PENGERUSI En. Ridhauddin Bin Hasbullah (PK Pentadbiran) NAIB PENGERUSI Pn. Jariyatun Binti Bahari (PK Hal Ehwal Murid) Pn. Farah Bt Abdul Jabir (PK Kokurikulum) PENYELARAS PROGRAM Pn. Raja Norhayati Bt Raja Sulaiman (Guru Perpustakaan dan Media) SETIAUSAHA PROGRAM Cik Nurin Izzati Bt Ismail AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA Brosur : Pn. Raja Norhayati Bt Raja Sulaiman Bacaan Doa: En. Mohd Hamidi Bin Harris Gimik Pelancaran : Pn. ShamizarBt Mat Zain : Pn. Rozita Bt Jusoh : Pn. Suriani Bt Ngah Penyediaan Tempat : En. Hasnan Bin Mohd Nor Disiplin Murid: Guru Bertugas Jurugambar : En. Mohd Rizal Bin Mohd Yusoff : En. Muhammad Muqhram Bin Mazelan Pengerusi Majlis: En. Mohd Latif Bin Othman PA Sistem: En. Phanukphan Opart
Atur cara Program Pelancaran : Sesi Pagi 7.20 pg : Murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan 7.25 pg : Ketibaan guru- guru 7.30 pg: Ketibaan Puan Guru Besar dan Barisan Pentadbir 7.35 pg: Ucapan Pengacara Majlis 7.40 pg : Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Wilayah Persekutuan dan Lagu Sekolah serta bacaan doa 7.50 pg : Ucapan Guru Besar SKLSS (1) 8.00 pg: Gimik pelancaran majlis 8.30 pg : Majlis bersurai ATURCARA PROGRAM Let's Read and Record Your Nilam
NILAM NILAM anugerah NILAM Menerangi jalan suram NILAM NILAM anugerah NILAM Idaman pembaca jaya Membaca dan belajar amalan hidup mulia Jadikanlah panduan wawasan anda NILAM program membaca memberikan semangat Membaca dengan jaya budaya kita Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita Ganjaran yang diberi tidak terhingga Jadi rakan pembaca juga capai Jauhari Pembaca yang bestari anugerah diberi Membaca dan belajar amalan hidup mulia Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita Dunia indah sekali pasti lebih berseri Amalan membaca menjana minda bestari LAGU NILAM