PENGHAYATAN NURANI
DALAM PDPR
SIRAH NABAWIYYAH
(MUNAJAT HIJRAH)
“eDidik Santai, Objektif Sampai”
27 OGOS 2021 | JUMAAT
09:30 PAGI – 11:30 PAGI
YOUTUBE & FACEBOOK
USTAZ MOHD FADHLY BIN HASBULAH @ USTAZ MANIS
Guru Celebriti @ Al-Munsyid
ANJURAN
Panitia Pendidikan Islam, Kelab Bimbingan & Kerjaya dan
Persatuan Agama Islam SK DESA AMAN
KOLABORASI BERSAMA
SK PUNCAK ALAM 2 | SK JAYA SETIA | SK BESTARI JAYA | SK PUNCAK ALAM
SRITI DARUL AMILIN BANDAR PUNCAK ALAM
SRITI (TAHFIZ) BUKIT MELAWATI
Pengenalan
Manusia seluruh dunia bertarung nyawa menghadapi ancaman daripada
Virus Corona yang mudah tersebar luas dan amat mudah menjangkiti
manusia. Oleh yang demikian kerajaan terpaksa mengisytiharkan PKP dan
arahan mengamalkan SOP bagi mengawal pergerakan dan aktiviti seharian.
Situasi pandemik Covid19 ini amat mencabar termasuk sistem pendidikan
yang menyebabkan perubahan drastik dalam kaedah-kaedah pengajaran
dan pembelajaran.
Apabila sekolah terpaksa ditutup akibatnya proses PDPC bertukar corak dan
gaya kepada PdPR yang dijalankan secara atas talian atau maya.
Alhamdulillah, walau dengan apa cara sekalipun para guru menggembeleng
usaha dan kesungguhan untuk memantapkan PDPR dengan penghasilan
bahan-bahan bantu belajar seperti video pengajaran yang menarik dan
kreatif serta mampu meransang murid untuk terus mengikuti PDP dalam
keadaan yang penuh rencam dan cabaran.
Sehubungan dengan itu Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Kelab
Bimbingan dan Kerjaya sekolah serta Persatuan Agama Islam merancang
untuk melaksanakan satu PDPR yang boleh menguatkan jiwa murid dengan
penerapan ilmu yang teguh,ransangan minat psikologi yang sesuai dan nilai-
nilai kerohanian yang mendalam. Jika disenergikan semua elemen ini, sudah
pasti dapat memberikan satu nilai tambah yang baik dan boleh dijadikan
modul yang berkesan ke arah memperkasakan PDPR Pendidikan Islam
secara umumnya.
Bersempena Sambutan Maal Hijrah,maka satu Proses PDPR Sirah
Nabawiyah berkaitan dengan peristiwa besar ini telah dirancang. Dengan itu
tercetus idea untuk mengadakan satu program yang dinamakan
“Penghayatan Nurani dalam PDPR Sirah Nabawiyyah” Ia merupakan
Program Kolaborasi Pintar bersama beberapa buah Sekolah dalam daerah
Kuala Selangor termasuklah sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan
Sekolah Rendah Integrasi Islam dan Harian Tahfiz.
Rasional
Bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kalendar Hijrah. Sewajarnya
permulaan tahun baharu ini disertai dengan semangat hijrah sehingga mampu
berhijrah daripada sesuatu yang kurang baik kepada yang lebih baik dan
sempurna. Matlamat utama ialah melahirkan insan yang bersih daripada segi
rohani dan jasmani melalui konsep hijrah yang sebenar. Bersesuaian dengan
amalan gaya hidup norma baharu ini diharapkan kita dapat terus memupuk nilai
positif di kalangan murid khususnya menggunakan pendekatan yang lebih
menarik dan santai.
Objektif
Mengingati, menghayati dan mengambil iktibar daripada perjalanan peristiwa
hijrah serta perjuangan Nabi Muhammad SAW.
Menanam dan menambahkan minat serta cinta kepada Rasululllah SAW dan
jejak perjuangan Para Anbiya’ terdahulu.
Menjalin ukhuwah melalui perkongsian ilmu dan kepakaran guru-guru yang
berpengalaman dalam pelbagai kaedah penyampaian PDPR.
Menanamkan semangat dan motivasi dalam diri murid untuk menghadapi
cabaran pandemik Covid 19 melalui pelbagai program e-didik hibur, zikir dan
dikir.
Program e-didik hibur, zikir dikir dan sebagainya boleh menjadi terapi terbaik
ke arah memperolehi ketenangan, kekuatan dan ketabahan hati seterusnya
keredhaan daripada Allah SWT.
Tentatif Program
09:30 pagi : Ucapan Moderator
09:35 pagi : Bacaan Doa
Oleh Ustaz Haji Mohd Sofa bin Ahmad
: Persembahan Montaj
09:45 pagi : Ucapan Alu-Aluan;
En. Shahidan bin Hj. Said,
Guru Besar SK Desa Aman.
09:50 pagi : Ucapan Perasmian
Tn. Haji Mohd Azuan bin Mohd Nawawi
Pegawai Pendidikan Daerah PPD K.Selangor
10:00 pagi : Persembahan Selawat
10:05 pagi : Bicara & Munajat Hijrah
Bersama
Ustaz Mohd Fadhly bin Hasbulah @ Ustaz Manis
11:15 pagi : Pendaftaran Kehadiran (GF)
: Pertandingan Kuiz (Live)
: Pertandingan Google Form
11:25 pagi : Penutup
11:30 pagi : Tamat Siaran
AJK Induk & Pelaksana
Penaung : Tn. Haji Mohd Azuan bin Mohd Nawawi
Pegawai Pendidikan PPD Kuala Selangor
Penasihat : Ustaz Mohd Razali bin Abdullah Sani
Penolong Pegawai UPI PPDKS
Pengerusi (GB SK Desa Aman)
En. Shahidan bin Hj. Said
Timbalan Pengerusi
En. Abdul Rahman bin Marhaban (GB SK Puncak Alam 2)
Naib Pengerusi (GB SK Jaya Setia)
En. Mohd Zulkifile bin Md Taib (GB SK Bestari Jaya)
Pn. Hjh. Zainun binti Muskam (GPK Kokurikulum SK Desa Aman)
En. Abdul Halim bin Wan Hassan
Penyelaras (KP Panitia Pendidikan Islam
Ustaz Mohd. Fairus bin Ismail SK Desa Aman)
Penolong Penyelaras (Pengerusi SRITI Darul Amilin)
Ustaz Abdul Kadir bin Umar
Setiausaha
Ustazah Dayang Supia binti Darmawi (SK Desa Aman)
Bendahari
Ustazah Norwati binti Imammuhairi (SK Desa Aman)
AJK Pelaksana
Penceramah dan Bahan
Ustazah Normala binti Taib (SK Desa Aman)
Ustaz Kamarul Aifin bin Kamarudzzaman (SK Desa Aman)
Persembahan Montaj (SRITI Darul Alimin P.Alam)
Ustaz Mohd Fitri bin Othman
Juru Acara / Moderator (SK Desa Aman)
Ustaz Mohd Fairus bin Ismail (SK Desa Aman)
Pn. Wan Khatijah binti Wan Ibrahim
Bacaan Doa (SK Puncak Alam 2)
Ustaz Hj. Mohd Sofa bin Ahmad
Bacaan Selawat (SK Puncak Alam)
Ustaz Mohd Fauzi bin Abd Khadzer
Banner / Poster Maya (SK Desa Aman)
En Mohd Rushdan bin Mohd Rosli
Siaraya / Publisiti (SK Desa Aman)
Ustazah Khairun Nisa binti Mashuri (SK Desa Aman)
Ustaz Khairil Aswan bin Hara Bayni
Teknikal Penyiaran (SK Desa Aman)
Youtuber Muallimah Murni (AYU) (SK Desa Aman)
Facebook SK Desa Aman
Pn Mazliana binti Mohd
Pn Nabila Hanis binti Abdul Samat
Buku Program Digital (SK Bestari Jaya)
Ustazah Nor Mazlina binti Mohamad (SK Bestari Jaya)
Ustazah Kenanga binti Kadir
AJK Pelaksana
Pendaftaran Kehadiran (GF) dan Sijil Digital
Ustazah Masnizah binti Mohd Zin (SK Jaya Setia)
Ustazah Nur Husni binti Abdullah (SK Jaya Setia)
Ustaz Azrymi bin Jamaludin (SK Jaya Setia)
Hadiah dan Sijil (Penceramah dan AJK)
Ustazah Rosnita binti Ismail (SK Desa Aman)
UPI PPD Kuala Selangor
Pertandingan (SK Puncak Alam 2)
Live Kuiz (SK Puncak Alam 2)
Ustazah Salina binti Fatoni
Ustazah Norhanim binti Ismail
Google Form (Tahap 2) (SK Puncak Alam 2)
Ustazah Nor Amanah binti Amnan (SK Puncak Alam 2)
Ustazah Siti Zaiton binti Mohd Ahya (SK Puncak Alam 2)
Ustazah Umi Kalsum binti Mahali (SK Puncak Alam 2)
Ustazah Rafizah binti Ramli
Google Form (Tahap 1) (SK Puncak Alam)
Ustazah Zarqo’ binti Ahmad Mustakim (SK Puncak Alam)
Ustazah Siti Norhafiza binti Abdullah (SK Puncak Alam)
Ustazah Suhaida binti Mohd Sukis (SK Puncak Alam)
Ustazah Norsaezzah binti Ismail
Dokumentasi / Gambar (SK Desa Aman )
Ustazah Nor Azila binti Ismail (SRITI Tahfiz Bukit Melawati)
Ustaz Mohd Arif Zaki bin Ghazali
Pelaporan (SK Desa Aman)
Fail (SRITI Darul Amilin
Digital Puncak Alam)
Renungan
“Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut
ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk
ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam
sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah
(al-Quran) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun
kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat
dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka
pada malaikat yang berada di sisi-Nya”.
[HR Muslim]
"Siapa yang menghendaki (kejayaan) hidup di dunia, hendaklah
dengan ilmu. Siapa yang menghendaki (kejayaan) hidup di akhirat,
hendaklah dengan ilmu dan siapa yang menghendaki kedua-duanya
(kejayaan hidup di dunia dan akhirat) hendaklah dengan ilmu"
(HR Bukhari dan Muslim)
“Ilmu tidak akan dapat diraih kecuali dengan ketabahan
(Imam Syafie)
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor
Sekalung Penghargaan kepada:
Tuan Penceramah;
Ustaz Mohd Fadhly bin Hasbulah @ Ustaz Manis
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor
UPI, PPD Kuala Selangor
Unit Kokurikulum PPD Kuala Selangor
Barisan Pentadbir dan Guru-Guru
Para Ibu Bapa serta Murid-murid Warga ;
Sekolah Kebangsaan Desa Aman
Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2
Sekolah Kebangsaan Jaya Setia
Sekolah Kebangsaan Bestari Jaya
Sekolah Kebangsaan Puncak Alam
SRITI Darul Amilin Bandar Puncak Alam
SRITI (Tahfiz) Bukit Melawati
Serta seluruh Warga Pendidik dan Sekolah-sekolah Daerah Kuala Selangor
yang memberi sokongan secara tidak langsung
bagi menjayakan program ini.