RISALAH RAMADAN
1442H/2021
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM /
MUSOLLA AR-RAUDHAH
SK BESTARI JAYA,
45600 BESTARI JAYA
PENGENALAN
Ramadan adalan bulan yang kesembilan dalam
kalendar Islam (Kalendar Hijrah). Tempoh bulan
adalan antara 29 hingga 30 hari bergantung
kepada penampakan bulan Syawal di mana
semua umat Islam menyambut Aidil Fitri.
Ramadan adalah salah satu daripada lima Rukun
Islam.
Perkataan Ramadan diambil dari perkataan
Bahasa Arab iaitu Ramad / Ramida yang
bermaksud panas terik atau kemarau. Dalam
bulan ini umat Islam diwajibkan berpuasa seperti
yang termaktub dalam al-Quran yang
bermaksud:
“Bulan Ramadan, yang dalamnya diturunkan
al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan
keterangan-keterangan yang menjelaskan
petunjuk dan menjelaskan perbezaan (antara
benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa
antara kamu hadir di bulan itu, maka
hendaklah dia berpuasa pada bulan ini …”
(al-Baqarah : 185)
KEHADIRANMU DINANTIKAN
“Apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka
pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka
dan diikat syaitan-syaitan”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim
PERSIAPAN MENANTI RAMADAN
Menanti Ramadhan dengan penuh kegembiraan
Menanti ketibaan Ramadhan dengan penuh
kegembiraan serta mengharapkan agar cepat
melaksanakan ibadah puasa dan ibadah-
ibadah lain sepanjang Ramadhan kali ini dengan
baik dan diterima oleh Allah S.W.T.
Mengulangkaji ilmu berkaitan dengan puasa
Meneliti semula rukun, syarat, sunnah, adab-
adab dan hikmah-hikmah ibadah puasa supaya
ibadah ini dapat dilakukan dengan sempurna.
Menguatkan azam
Menguatkan keazaman dan kesungguhan untuk
melaksanakan ibadah sesempurna mungkin.
Ramadhan adalah bulan untuk kita
memperbanyakkan amalan, membersihkan diri
dari segala noda dan dosa serta menghiasi diri
dengan segala sifat yang mulia.
Banyak berdoa
Memperbanyakkan doa kepada Allah S.W.T.
agar dikurniakan kekuatan untuk melaksanakan
ibadah puasa dengan hati yang penuh ikhlas,
jujur dan tawadhu’.
Berazam menghapuskan adat kebiasaan
yang bertentangan dengan Islam
Berazam menghapuskan adat kebiasaan yang
bertentangan dengan Islam seperti membazir
dalam membeli juadah berbuka, lalai dengan
aktiviti yang sia-sia dan sebagainya.
Meningkatkan kesungguhan
beramal secara berterusan
Bertekad supaya dapat menjaga dan
memelihara benih-benih amalan yang telah kita
semai dan suburkan pada bulan Ramadhan
supaya tidak cacat dan rosak dan terus
diamalkan pada bulan berikutnya.
IBADAH PUASA :
KEWAJIPAN DI BULAN RAMADAN
Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan
Ramadan adalah bulan yang dinanti-natikan
ketibaannya kerana ia bulan yang mulia dan
memberikan begitu banyak manfaat dan
keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan
yang cerah bagi mereka yang tahu dan
menghayatinya.
RUKUN PUASA
Niat
Menahan diri dari perkara
membatalkan puasa dari terbit fajar
hingga terbenam matahari
ISLAM
BERAKAL SYARAT MUMAIYIZ
SAH
PUASA
SUCI DARI
HAID, NIFAS,
WILADAH
Memasukkan
sesuatu dalam
rongga terbuka
Melakukan Murtad Makan dan
jimak di siang minum dengan
hari sengaja
Gila, mabuk, Muntah
pengsan dengan
sengaja
sepanjang hari
Mengeluarkan Haid, nifas dan
air mani dengan wiladah
sengaja
PERKARA-PERKARA YANG
MEMBATALKAN PUASA
AMALAN SUNAT
KETIKA BERPUASA
Bersahur
Mentakhirkan bersahur
Menyegerakan berbuka bila
masuk waktu
Berbuka dengan rutab / tamar
Berdoa sebelum berbuka
Membaca al-Quran / Tadarus
Solat Tarawih , solat sunat,
banyakkan berdoa
Banyakkan bersedekah
Mengelakkan perkara yang
mengurangkan pahala puasa
PERKARA MAKRUH
KETIKA BERPUASA
Berkumur/masukkan Menyambung puasa
air ke dalam hidung seperti tidak
secara berlebihan
berbuka berturut-
ketika berwuduk turut
Bersugi / memberus Tidur sepanjang hari
gigi selepas gelincir
matahari
Sikap NEGATIF Sebahagian Umat Islam
di Bulan Ramadhan
Berpuasa sebagai adat bukannya ibadah Faktor
iman dan mengharapkan keredhaan Allah tidak
menjadi pendorong utama kepada ibadah puasa.
Berpuasa hanya menahan lapar dan dahaga,
tetapi perbuatan mungkar seperti berdusta,
mengumpat, menipu, berkata lucah dan
sebagainya masih dilakukan.
Meninggalkan kelebihan bersahur, sedangkan
banyak hadis yang menyatakan tentang
kelebihannya.
Bersungguh-sungguh mengerjakan solat sunat
tarawih dan witir, tetapi meninggalkan solat fardhu.
Meningkatkan amal untuk diri sendiri sahaja seperti
membaca al-Quran, tetapi mengabaikan
penglibatan ahli keluarga untuk sama-sama
beribadah.
Bersungguh-sungguh menghidupkan ibadah pada
awal Ramadhan sahaja, sedangkan banyak hadis
yang menyatakan tentang kelebihan 10 hari terakhir,
antaranya terdapat Lailatul Qadar.
Membaca al-Quran hanya pada bulan Ramadhan
sahaja dan berakhir dengan berakhirnya Ramadhan.
Membaca al-Quran tanpa berusaha untuk
menghayati dan memahami isi kandungannya
sebagai panduan dalam kehidupan seharian.
Menghabiskan sebahagian besar masa pada bulan
Ramadhan dengan amalan yang sia-sia seperti
menonton TV, bersiar-siar, berbual kosong dan
sebagainya.
Puasa tidak menginsafkan diri terhadap penderitaan
dan kesengsaraan saudara seIslam yang lain.
Mensia-siakan kelebihan 10 akhir Ramadhan
termasuk meninggalkan amalan takbir hari raya
pada malam hari raya kerana sibuk dengan
program-program yang melalaikan.
Melewat-lewatkan pengeluaran zakat fitrah,
sedangkan Rasulullah s.a.w. menggalakkan agar
dikeluarkan lebih awal sebelum tibanya hari raya
untuk diagih-agihkan kepada mereka yang
berhak menerimanya.
HIKMAH PUASA
Meningkatkan ketakwaan
kepada Allah
Memupuk sifat mahmudah
seperti sabra, ikhlas,
bertimbang rasa
Merehatkan sistem pencernaan
dan mencegah dari pelbagai
penyakit
Mendisiplinkan diri seperti
mematuhi adab berpuasa
Mendidik diri mengawal hawa
nafsu/menjauhi larangan Allah
Merasai sebahagian
penderitaan orang yang susah
ISU SEMASA
A) Puasa Bagi Mereka Yang Dikuarantin.
Bagi mereka yang dikuarantin sama ada ditempat
kan di pusat-pusat kuarantin yang disediakan atau
di rumah masing-masing boleh dibahagikan kepada
dua keadaan:
1. Jika tiada sebarang tanda-tanda gejala sakit
COVID-19 maka wajib meneruskan puasa seperti
biasa. Ini kerana kewajipan berpuasa sabit melalui
dalil yang qat’ie. Kewajipan berpuasa tidak akan
gugur dengan semata-mata andaian seseorang itu
telah atau akan dijangkiti penyakit COVID-19. Dalam
isu ini kaedah fiqhiyyah ada menyebut .4 للتوهم عبرة ال
.2 Jika lahir tanda-tanda yang tidak pasti seperti
batuk, demam dan sebagainya, sekiranya individu
tersebut merasa khuatir dengan kesihatannya, ia
boleh berbuka puasa dengan mengambil langkah-
langkah yang patut untuk mengelakkan penyakit
tersebut seperti memperbanyakkan minum air atau
mengambil vitamin tertentu bagi menguatkan
imunisasi badan atau sebagainya. Kekhuatiran
seperti ini telah mencapai tahap zhan atau zhan al-
ghalib5. Sebaliknya, jika ia dinasihati oleh doktor
yang amanah agar berbuka puasa maka ia wajib
baginya berbuka puasa.
ISU SEMASA
Puasa bagi pesakit COVID-19 dan Pesakit Dibawah
Siasatan (PUI) yang telah bebas
Bagi pesakit COVID-19 dan pesakit di bawah
siasatan (PUI) yang telah bebas, mereka wajib
berpuasa seperti orang yang sihat kecuali
mendapat nasihat sebaliknya dari doktor yang
amanah atas sebab kesihatan bagi tujuan berjaga-
jaga (ihtiyati).
Panduan Berpuasa Bagi Pesakit COVID-19 dan
Pesakit Di bawah Siasatan (PUI)
Berikut adalah panduan berpuasa yang perlu diberi
perhatian oleh pesakit COVID-19 dan pesakit di
bawah siasatan (PUI).
1, Bagi mereka yang tidak dibenarkan berpuasa
hendaklah berdetik di hati untuk melakukan puasa
jika diizinkan oleh Allah SWT, manakala bagi
mereka yang dibolehkan berpuasa hendaklah
berniat puasa di malam hari atau ketika bersahur
2. Melaksanakan puasa mengikut kemampuan diri
masing-masing.
3. Dibolehkan berbuka bagi mereka yang tidak
mampu meneruskan puasa atau mereka yang
perlu berbuka untuk tujuan rawatan.
ISU SEMASA
4. Keperluan berbuka diketahui dengan cara:
i. Pesakit meyakini/mengetahui (sekalipun secara
zan) keadaan dirinya jika terus berpuasa akan
memudaratkan diri, sama ada akan menambah
kan kesakitan / melambatkan penyembuhan
ii. Dinasihati oleh seorang doktor yang amanah.
5. Pesakit yang tidak berpuasa hendaklah
menghormati bulan Ramadan dengan menjaga
adab-adab tertentu seperti tidak makan di
khalayak ramai kecuali terpaksa dan makan
mengikut keperluan.
6. Bagi pesakit yang tidak berpuasa, mereka perlu
berazam untuk menggantikannya apabila
diizinkan Allah SWT serta tidak meninggalkan
kewajipan ibadah lain seperti solat fardu serta
memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat seperti
solat-solat sunat, bacaan al-Quran, berselawat,
berdoa dan bersedekah.
Sumber :
Jabatan Mufti Negeri Perak
Selamat Menunaikan Ibadah
Puasa
Salam Ramadan
dari kami
Panitia Pendidikan Islam
SK Bestari Jaya
2021/1442H
“Ramadhan Dekat Di Hati,
Moga Ramadhan Kali Ini
Lebih Bererti”
Kurangkan Juadah, Banyakkan
sedekah, Tingkatkan Ibadah
-akez-