51
Jenis-jenis Gajet dan Kegunaannya
1. PERKHEMAHAN DAN KEM KRAFT
Aktiviti paling menarik bagi pengakap.
Peluang belajar ilmu perkhemahan. Mencuba pengalaman, keyakinan dan
berdikari.
Aktiviti membuat gadjet semasa perkhemahan merupakan perkembangan
kemahiran fizikal, mental dan kematangan berpengakap.
2. GEJET-GEJET PERKHEMAHAN
Peralatan yang dibuat oleh pengakap untuk keselesaan sepanjang masa
perkhemahan.
Buatlah gejet-gejet yang diperlukan sahaja diperingkat awal semasa
perkhemahan.
Mengenal gejet perkhemahan: lazimnya gadjet ialah alat yang dibuat atau
didirikan semasa perkhemahan daripada bahan sekitar perkhemahan. kedudukan
gadjet. Aktiviti membuat gadjet merupakan pertandingan semasa perkhemahan
di antara patrol.
3. TUJUAN MEMBUAT GEJET
Meninggikan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan
keselesaan.
Perekaan membuat gejet disamakan dengan situasi di rumah.
Dalam membina gejet, hendaklah ia mempunyai fungsi.
Dalam membina gejet semangat kekitaan dalam kumpulan dapat diterapkan dan
dipraktikkan.
52
Semangat pertandingan yang sihat.
Dapat melahirkan idea-idea yang baru.
“Feeling of sense of achievement”, serta kejayaan dalam menghasilkan gadjet.
Meninggikan mutu perkhemahan.
Mengisi K.M.L./S.T.A. semasa perkhemahan dengan mengisi masa membuat
gadjet-gadjet yang berfaedah.
4. BAHAN UNTUK MEMBUAT GEJET
Merujuk kepada situasi keadaan persekitaran perkhemahan.
Diperbuat dari bahan semulajadi.
Pergunakan dari semua bahagian pokok.
5. JENIS / CARA MEMBUAT GEJET
Yang boleh dibeli.
Yang dibuat di rumah terlebih dahulu kemudian dibawa ke kem.
Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari rumah.
Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari luar kem.
Yang dibuat di kem dari bahan semulajadi yang boleh didapati di kawasan kem
atau yang berhampiran.
1. JENIS-JENIS GEJET
Gadjet kawasan pintu.
Gadjet kawasan dapur dan yang berkaitan.
Gadjet kawasan tempat basuhan.
Gadjet kawasan tempat tinggal.
Gadjet kawasan pengeringan.
53
7.GEJET KAWASAN PINTU
Gejet pintu terletak dibahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan perkhemahan
iaitu:
Bahagian pintu hadapan
Bahagian pagar
Bahagian pintu belakang
Variasi-Variasi pintu hadapan
Tulis nama patrol/sekawan dengan bahan-bahan semulajadi
Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri (self closing type).
Pintu gerbang bukan gadjet tetapi projek perintis.
Bahagian Pagar
Menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan yang teratur dan
kemas dan adanya kawalan keselamatan.
Berjenis pagar boleh dibuat. Teknik menggunakan pokok-pokok kecil, pokok
menjalar dan menggunakan batang kayu.
8. GEJET-GEJET KAWASAN DAPUR
Buat dari bahan semulajadi, selain membuat gejet-gejet dapur buat juga gejet
sampingan di dapur seperti:
Rak pinggan mangkuk
Rak alatan tajam seperti pisau, parang dan kapak.
Meja makan
Penyangkut cawan / gelas.
54
Rak menyimpan kayu api / tong gas.
Gejet gerobok (camp larder).
Gejet lubang basah dan kering.
9. GEJET KAWASAN TEMPAT MEMBASUH
Gejet tempat meletak besen air.
Gejet tempat menyimpan alat pergigian.
Gejet tempat menyimpan sabun.
Gejet mengantung tuala mandi.
Gejet kawasan tempat basuhan.
10. GEJET KAWASAN TEMPAT TINGGAL
Semua gejet yang dibuat hendaklah diatur / sususn dengan baik, disamping menjaga
kebersihan dan kekemasan diri di kawasan perkhemahan.Gejet-gejet yang biasa
dibuat di kawasan tempat perkhemahan seperti tempat kasut, penyangkut baju, meja
tulis, kerusi, gadjet katil, papan kenyataan, buaian, penyangkut lampu, penyapu,
tempat letak beg, tempat ampaian, tiang bendera dan lain-lain.
11. GEJET TEMPAT MENJEMUR KAIN
Ampaian yang kekal tidak boleh digerak dibina dikawasan tempat membasuh.
12. GEJET-GEJET LAIN
Tiang bendera
Menara memerhati
Gendang / Kantung kem
Gejet pembawa barang (Indian Travois)
55
Gejet pondok lalang (tempat berteduh)
13. PENEMPATAN GEJET DALAM KAWASAN PERKHEMAHAN
Tidak jauh dari tempat memasak hendaklah disediakan dua lubang iaitu lubang
basah dan kering.
Berhampiran dapur dirikan meja dan bangku makan, gejet alatan tajam seperti
kapak, gergaji dan parang, gejet gerobok makan, tempat meletak kayu api / tong
gas.
Berhampiran pintu masuk dirikan gejet Papan Kenyataan, tempat letak buku dan
tempat letak tongkat.
14. PRINSIP MEMBUAT GEJET
Gejet yang dihasilkan dengan baik dapat dijadikan contoh dan panduan oleh
semua pengakap.
Jangan gunakan kayu atau dahan yang buruk kerana kemungkinan patah atau
roboh.
Gunakan ikatan yang betul.
Ikatan pada gadjet hendaklah betul.
Gunakan bahan semulajadi.
Gejet yang dibuat boleh digunakan dan bukan untuk pameran.
Gejet mesti kukuh, dapat digunakan sepanjang masa perkhemahan.
Gejet yang baik ringkas tetapi praktikal.
Mulakan dengan membuat gejet yang ringkas dahulu.
Fikirkan ciri-ciri keselesaan dan keselamatan gadjet.
Gejet direka, dibuat dan diletakkan ditempat yang sesuai.
Buat gejet ciptaan atau rekaan sendiri.
15. SIMPULAN DAN IKATAN DALAM MEMBUAT GEJET
56
Simpulan dan ikatan perlu diketahui dalam proses membuat gejet, perlu dipelajari
lebih dahulu supaya gejetnya kekal. Simpulannya perlulah ketat dan kuat.
Ikatan Seraya (Square lashing) – mengikat tiang gadjet kerana memberi sokongan
yang kuat pada tiang yang telahg diikat.
Ikatan Serong (Diagonal lashing) – mengikat tiang dan juga sebagai penyambung
gejet yang berbentuk serong.
Ikatan Silang Gunting – mengikat dua batang kayu bersama, biasanya diikat pada
pintu pagar.
Ikatan ‘Figure of eight lashing’ – mengikat tiga batang kayu bersama, sesuai untuk
pembinaan gadjet berbentuk tiga segi.
Ikatan Ular (Snake lashing) – mengikat cara menganyamnya, batang-batang kayu
yang kecil diikat kepada batang yang lebih besar.
Simpul Balak (Timber Hitch) – memulakan ikatan serong.
Simpul manuk – memulakan ikatan silang gunting dan ikatan seraya.
Ikatan Pemukat – ikatan gadjet yang memerlukan pengantungan. Ikatan ini
digunakan untuk membuat sesuatu loop pada tali.
Whipping – mengemaskan tali yang berlebihan.
57
Ikhtiar Hidup
Prinsip Asas Ikhtiar Hidup
Ilmu ikhtiar hidup didalam hutan ini amat luas. Kita tidak boleh belajar ilmu ini dengan hanya
membaca buku. Ianya memerlukan latihan amali dan pengalaman yang banyak. Oleh
kerana itu saya akan hanya menceritakan tentang prinsip-prinsip asasnya sahaja. Dengan
masa yang sama saya akan mencadangkan satu bungkusan yang harus kita bawa bersama
semasa kita setiap masa kita memasuki hutan. Saya juga akan menceritakan cara-cara kita
mencari makanan dari tumbuhan-tumbuhan liar dengan mempelajari cara membuat ujian
makan terhadap tumbuhan yang kita tidak kenali. Saya juga ingin memperkenalkan disini
beberapa adapt dan pantang larang kaum Orang-Orang Asli sekiranya kita bertembung dan
berkomunikasi dengan mereka di hutan.
Dalam bab makanan ini kita boleh membahaginya kepada dua. Pertama mencari makanan
dan kedua mencari air. Makanan boleh didapati dari tumbuhan, serangga, binatang, siput
dan juga dari ikan. Mencari air didalam hutan juga memerlukan kemahiran kerana
pencemaran dan boleh membawa penyakit jikan tidak tahu cara yang betul.
Untuk menakap binatang kita juga mesti tahu membuat jerat dan perangkap. Ini juga
memerlukan ilmu dan kemahiran. Binatang sekecil-kecil burung dan tupai hinggalah sebesar
rusa dan seladng.
Ilmu medan seperti pergerakan dan panduarah dalam hutan, membuat danau atau pondok,
senjata, mata pancing, menyalakan api tanpa mancis, membuat tali dari akar dan juga kulit
kayu, mengenal tumbuhan untuk ubatan, racun, dan makanan adalah di antara ilmu yang
harus di pelajari untuk terus hidup apabila kita terpisah dari termadun manusia.
Berikut adalah perkara asas yang setiap Pengakap harus mengetahui dari segi berikhtiar
hidup didalam hutan.
58
PRINSIP ASAS IKTIAR HIDUP DALAM HUTAN
Adakalanya, seseorang pengakap atau sekumpulan pengakap menghadapi dirinya atau
kumpulannya didalam suatu situasi semasa megembara didalam hutan dimana makanan
yang dibawa telah kehabisan atau kurang. Adalah sangat penting didalam keadaan sebegini
apakah makanan yang terdapat didalam hutan yang boleh di makan.
Situasi yang lebih teruk boleh berlaku dimana seseorang Pengakap atau Kumpulan
Pengakap itu sesat latihan semasa membuat latihan mejelajah atau exipedisi dalam hutan.
Dalam keadaan sebegini, seseorang Pengakap yang terlatih harus tahu bagaimana hendak
hidup diatas bumi hutan kita dan bagimana hendak bergerak dengan tepat didalam hutan
berkenaan. Dia kemungkinan perlu melakukan ini dalam satu jangka masa yang lama dan
perlu menunjukan disiplin diri dan inisiatif yang paling tinggi jika dia mahu terus hidup dan
keluar dengan selamat dari hutan tersebut.
Apabila kita sesat dalam hutan, factor yang paling penting ialah melawan untuk terus hidup
dan kemahuan untuk beriktiar. Tidak ramai dari kita yang tahu apakah kemampuan kita
sebenarnya sebab jarang sekali diri kita di letakkan dalam suatu keadaan yang melampaui
had maxima kemampuan pisikal dan mental kita. Keperluan pertama untuk ikhtiar hidup
adalah dari kemampuan mental. Daya pengerak dalam ikhtiar hidup adalah ketahanan
mental ia itu kemahuan untuk terus hidup.
Persiapan mental adalah juga penting. Kita selalu ingat sesuatu malapetaka itu tidak
mungkin akan terjadi pada diri kita – kita kata ianya hanya akan terjadi pada orang lain.
Cuba Tanya orang yang mendapat kemalangan kereta – adakah pernah mereka terfikir
yang ianya akan terjadi pada mereka? Kebanyakkan akan kata ianya akan berlaku pada
orang lain dan tidak terfikir yang ianya akan berlaku kepadanya. Kita perlu sedar, keperluan
untuk berikhtiar hidup didalam hutan semasa membuat latihan atau semasa pengembaraan
mungkin akan berlaku pada diri kita. Oleh itu kita hendaklah SENTIASA BERSEDIA untuk
menghadapinya. Anda boleh bersedia untuknya dengan menyedari tentang masaalah
mental yang perlu diatasi, dengan memahami undang asas untuk berikhtiar hidup, dan
setiasa membawa kit ikhtiar hidup semasa membuat latihan di pedalaman hutan, atau
semasa menaiki pesawat terbang atau kapal di laut.
59
KETAKUTAN
Antara kebanyakkan kepayahan-kepayahan yang anda akan hadapi, perasaan takut adalah
halangan yang paling tinggi. Ketakutan kita akan berkurangan apabila keadaan yang
mencemaskan itu telah menjadi normal. Ada berbagai cara yang boleh kita lakukan untuk
mengatasi perasaan takut ini. Ketakutan yang paling penting adalah seperti berikut:
Takut terhadap perkara-perkara yang tidak di ketahui,
Takut disebabkan ketidak selesaan,
Takut disebabkan kelemahan diri sendiri.
Ketakutan terhadap perkara-perkara yang tidak di ketahui boleh diatasi dengan mudah anda
ikuti latihan ikhtiar hidup dengan sepenuhnya dan membiasakan diri didalam hutan.
Ketakutan yang disebabkan oleh tidak selesa juga boleh diatasi dengan cara yang sama.
Mempelajari cara-cara membuat perlindungan dan pondok rehat dari bahan-bahan asli akan
memastikan anda dapat tidur malam dengan selesa.
Ketakutan disebabkan kelemahan diri sendiri berpunca dari kurangnya keyakinan terhadap
pengetahuan kita dan ianya lebih sukar diatasi dari kedua-dua jenis ketakutan diatas.
Sebagai seorang Pengakap kita harus mengambil kesempatan untuk mempelajari apa
sahaja yang boleh tentang alam sekitar kita terutamanya tentang hutan kita. Kita juga akan
mempunyai keyakinan yang tak ternilai tentang diri kita jika kita cergas secara pisikal setiap
masa. Adalah objektif kedua Pengakap untuk sentiasa berkaadan cergas dari segi kesihatan
dan pisikal setiap masa. Kita juga mesti sentiasa memberitahu diri kita bahawa “ apa orang
lain telah lakukan – saya juga boleh”
Semasa saya dalam tentera, saya sentiasa menasihati anggota-anggota saya tentang
“KEBERANIAN”. Pada saya “keberanian itu adalah kemampuan melawani ketakutan. Tetapi
orang yang tidak takut adalah orang bodoh dan tidak berakal”. Jika kita tidak takut dan
berani membabi buta atas semua perkara, pasti kita akan membuat kesilapan. Perasaan
ketakutan itu baik sebab ianya memberi ruang untuk kita fikir untuk mengatasinya dengan
baik dan selamat.
60
UNDANG – UNDANG ASAS IKHTIAR HIDUP
Berikut adalah undang-undang asas yang harus di ikuti jika anda hendak memberi
peluang kepada diri anda untuk berikhtiar hidup:
Simpan Tenaga anda. Semasa bergerak rehat sepuluh minit setiap sejam
perjalanan. Jangan membuat perkara yang memenatkan kecuali anda terpaksa
melakukannya.
Elakkan keletihan. Orang kata, Rom tidak di bina dalam sehari. Jangan cuba
berjalan sepanjang malam dan siang. Jangan memikul barang yang berat jika boleh
dielakkan.
Dapatkan tidur yang cukup. Walaupun jika anda tidak boleh tidur pada mulanya,
cuba baring dan rehat, tenangkan diri dan lapangkan fikiran.
Elakkan dari merasa risau. Adalah biasa untuk risau; tetapi ianya tidak
mendatangkan apa-apa kebaikan langsong. Kerisauan hanya menolong
merendahkan semagatkita sahaja. Fikirkan apakah masaalah anda, cari jalan yang
terbaik yang anda mampu lakukan, fikirkan langkah keselamatan yang terbaik dari
segala bahaya yang mungkin dihadapi dan hentikan kerisauan. Tumpukan tenaga
anda kepada perkara-perkara lain.
Berhenti awal disiang hari untuk membuat khemah anda. Anda memerlukan masa
untuk memilih tapak perkhemahan yang selamat. Ianya juga mengambil masa yang
lama untuk memburu atau mencari makanan, maka berilah masa ini untuk anda.
KIT IKHTIAR HIDUP (SURVIVAL KIT)
Masa saya didalam tentera dulu, setiap kali saya masuk hutan atau menaiki pesawat
terbang, saya sentiasa satu kotak atau bukusan kecil yang saya namakan Kit Ikhtiar
hidup. Oleh yang demikian saya mencadangkan supaya setiap Pengakap harus
membawa Kit Ikhtiar Hidup ini setiap kali membuat latihan di hutan. Kit ini sangat
mudah hendak di buat dan benda-benda yang diperlukan adalah muruh untuk di
perolehi. Sesuatu Kit Ikhtiar Hidup hendak lah kecil dan ringgan. Kit ini bukan untuk
kegunaan harian tetapi untuk kegunaan kecemasan sahaja. Kit ini harus di ikat terus
kepada tali pinggang dan di pakai setiap masa semasa dalam latihan hutan. Bawa
61
dia dimana sahaja anda pergi walau pun anda hendak pergi mandi disungai.
Kit Ikhtiar Hidup ini mengandongi tiga bahagian asas: Bahagian ubatan, bahagian
makanan dan bahagian kegunaan am. Saya mencadangkan pengisian setiap Kit
Ikhtiar hidup hendaklah mengandungi barang-barang berikut:
Ubat-Ubatan
(i). 1 X Peket Tablet Piriton (Ubat gatal dan kesakitan dari gigitan serangga)
(ii). 1 X peket Tablet Anti Malaria (untuk di makan sebiji seminggu sekali )
(iii). 1 X Peket Codeine (1-2 biji di makan untuk sakit/pening kepala)
(iv). 1 X Peket Ubat Cirit birit
(v). 1 X Tiub krem luka
(vi). Flavin
(vii). 1 X Gulung pembalut luka.
( Masukan ubat-ubatan ini didalam satu beg plastic yang berasingan)
Makanan.
(i). 1 X Peket Holicks talets
(ii) 1 X Peket Gula Gula Glucose.
(iii). Beberapa peket perencah sup atau kuib sup ayam atau daging.
62
Barangan Kegunaan Am.
(i). 5 meter tali
(ii). 5 ela Tali pancing
(iii). 3 mata kail saiz yang berbeza (di masukan dalam kota mancis yang berisi
mancis)
(iv). 1 X pemetik api.
(v). 1 X Batang lilin kecil
(vi). 1 X Kit penapisan air
(vii) 1 X Cermin Kecil
(viii). 1 X pisau kecil yang tajam besarung.
(ix). 1 X compass kecil
(x). 1 X gergaji dawai
(xi) 1 X mata Gergaji Besi yang pendek
(xii). Beberapa beg plastic sederhana tebal yang boleh simpan air/ buat pelampong/
balut luka/ buat bumbung kecil masa hujan jika hendak menyalakan api.
63
Jalan Lasak dan Pandu Arah
Pengenalan
Rasional
Menyediakan satu arahan tetap pengurusan aktiviti yang seragam, efektif dan mesra
pengguna bagi aktiviti yang seragam, efektif dan mesra pengguna bagi Pusat
Kokurikulum di seluruh Malaysia.
Objektif
1. Mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan dan mengikut
prosedur yang ditetapkan.
2. Mempunyai sistem pengurusan aktiviti pandu arah yang mantap.
3. Melaksanakan aktiviti yang terancangan mengikut prosedur pengendalian aktiviti
64
4. Masakan Rimba
Asas Masakan Hutan
Pengetahuan mengenai kaedah memasak altenatif penting bagi seorang ahli
pengakap. Aktiviti seperti kembara dan perkhemahan lazimnya tidak mengizinkan ahli
pengakap untuk membawa barangan dan makanan yang cukup kerana beberapa
faktor yang tidak dapat dielakkan. Kembara contohnya, memerlukan ahli pengakap
untuk berjalan beberapa kilometer menyusuri pantai, anak sungai malah kadang kala
jauh ke dalam hutan belantara. Justeru dalam nota kali ini, saya akan menunjukkan
beberapa contoh masakan alternatif (masakan hutan) yang boleh digunakan oleh ahli
pengakap jika berhadapan dengan situasi luar jangkaan seperti kehabisan bekalan
makanan, sesat atau kemalangan ringan.
Resipi Pertama - Roti lilit
Bahan - Tepung gandum secukupnya, sedikit garam, air dan ranting kayu atau
belahan buluh yang telah dibersihkan.
Cara Membuat - Campurkan tepung gandum, air dan sedikit garam. Lakukan dengan
cermat dan sedikit demi sedikit mengikut keperluan. Uli sehingga sebati sehingga
menjadi doh. Bila siap gentel doh tadi menjadi bentuk selinder yang panjang sebelum
dililit dengan kemas pada sebatang belahan buluh atau ranting. Pastikan ukuran lilit
doh tidak terlalu tebal kerana bimbang lambat masak. Jika ada mentega, sapukan di
atas doh tadi. Kemudian panggang di tepi api yang sederhana sambil dipusing-
pusingkan supaya semua bahagian doh masak dengan sempurna. Apabila telah
masak, bolehlah dihidang di atas daun pisang. Bagaimana hendak menyalakan api ?
Sebelum api dinyalakan, buat lubang berukuran 2 kaki x 1 kaki dengan kedalaman
yang sesuai. Tujuan lubang ini ialah untuk meletakkan ranting kering supaya tidak
ditiup angin.
65
Kebaikkan Menggunakan Lubang Api
1. melindungi tiupan angin
2. mengawal bara api supaya tidak dipijak
3. kekemasan dapur bawah (tanah)
4. lebihan bara api boleh terus ditimbus bila selesai masak
5. mengelakkan lokasi perkhemahan dikesan musuh
Cara Menyalakan Api Menggunakan Kanta
1. alternatif jika mancis basah, habis atau tertinggal
2. boleh digunakan jika hari panas (matahari terik)
3. perlukan sebuah kanta
4. gunakan habuk halus (buluh diraut halus)
5. atau kapas sebagai bahan bantu mula
6. kelemahannya, mengambil masa yang lama
7. amat menguji kesabaran ahli pengakap
Resipi Kedua - Masak nasi dalam buah kelapa
Bahan - Sebiji kelapa, beras secukupnya dan beberapa helai daun kelapa atau daun
pandan.
Cara Membuat - Kelapa tua dikupas sabutnya tetapi tidak perlu di belah dua. Buat
lubang di hujung tempurung kelapa berkenaan supaya beras dapat diisi dengan
mudah. Beras yang telah dicuci di masukkan kelapa berkenaan berlahan-lahan
bersama-sama air kelapa yang telah sedia ada di dalamnya. Ukuran beras ialah
separuh dari keluasan buah kelapa berkenaan. Seterusnya, tutup lubang tadi dengan
daun kepada atau daun pandan (jika ada), supaya air kelapa tidak melimpah keluar
apabila mendidih kelak. Akhir sekali, masukkan kelapa yang berisi beras tadi ke dalam
bara api dan tunggu sehingga mendidih dan masak. Salah satu tanda nasi telah
masak ialah tempurung kelapa telah hangus. Angkat kelapa berkenaan, dan belah
66
dua untuk melihat hasilnya. Nasi tadi berasa amat sedap dan berbau wangi seperti
nasi lemah. Sebiji kelapa sesuai untuk hidangan dua orang dewasa.
Resipi Ketiga - Masak nasi dalam buluh
Bahan - Dua batang buluh lemang, beras secukupnya dan beberapa helai daun
pisang muda.
Cara Membuat - Potong buluh kira-kira panjang sebelah tangan. Kemudian cuci
sehingga bersih dan lapik menggunakan daun pisang muda di bahagian dalamnya
(seperti buat lemang). Beras yang telah dicuci di masukkan ke dalam buluh. Ukuran
beras ialah separuh dari ketinggian buluh berkenaan dan tuangkan air hingga 3/4
penuh. Tutup hujung buluh dengan daun pisang muda yang telah dibuat gumpalan.
Tujuannya supaya habuk dan asap tidak masuk ke dalam nasi berkenaan. Akhir
sekali, sendengkan buluh yang berisi beras tadi ke tepi bara api dan tunggu sehingga
mendidih. Salah satu tanda nasi telah masak ialah air dalam buluh tadi kering.
Sebatang nasih yang dimasak dalam buluh sesuai untuk hidangan dua orang dewasa.
Resipi Keempat - Masak telur dalam limau
Bahan - beberapa biji telur, dua biji buah limau sunkist, dan beberapa batang lidi.
Cara Membuat - Limau sunkist perlu dipotong dua. Bahagian yang perlu dipotong ialah
di bahagian atas limau berkenaan dan jadikan seperti tutupnya. Kemudian
buang bahagian isi dalamnya dengan cermat supaya tidak bocor. Hanya perlukan kulit
luar sahaja untuk dijadikan 'periuk' sementara. Jika limau sunkist tiada, cari buah
hutan yang berkulit tebal dan basah serta dibuang isi dalamnya. Pecahkan sebiji telur
ke dalam 'periuk limau' tadi dan kacau perlahan-lahan sebelum ditutup dengan kemas.
Gunakan lidi sebagai 'jarum' supaya tutup limau tidak terbuka. Letakkan 'mangkuk
limau' yang mengandungi telur dengan cermat di tepi bara api. Tunggu sehingga telur
tadi masak dan dihidang di atas daun pisang. Rasa telur amat enak, kerana campuran
perisa limau dan telur tadi.
67
Resepi Kelima - Telur bersalut tanah liat
Bahan - Telur secukupnya dan tanah liat sungai.
Cara Membuat - Kumpul tanah liat sungai dalam sebuah bekas. Pastikan tanah liat
tidak terlalu cair. Kemudian balut telur tadi dengan menggunakan tanah liat sehingga
tebal. Tujuan utama kenapa tanah perlu dibalut dengan tebal supaya telur tidak pecah
atau meletup apabila dibakar. Jika selesai, masukkan telur ke dalam bara api dan
tunggu sehingga masak. Tanda telur telah masak ialah, bahagian tanah liat tadi
kelihatan kering dan merekah.
Membuat Perangkap
Sebelum memasang jerat beberapa perkara perlu diberi perhatian. Antaranya ialah:-
· Jenis binatang yang hendak dijerat
· Kawasan laluan binatang tersebut.
· Habitat binatang tersebut.
68
Jerat bidas
1. Ikat tali jerat pada hujung joran, kemudian buatkan running bowline dihujung tali
tersebut.
2. Ikat kayu pembingkas pada tali joran tersebut.
3. Pasangkan kayu lengkung atas denai (laluan) binatang dengan mencacak kedua-
dua hujung di atas tanah.
4. Cacak joran. Lenturkan joran. Bakakan kayu pembimkas kepada kayu lengkung
dan dikunci dengan kayu palang. Aturkan kayu para di atas palang dan bukankan
gelung tali seluas yang mungkin di atas para. Jerat akan bingkas apabila para
dipijak oleh binatang tersebut.
69
Kurungan
70
Pelantak monyet
Membaca Kompas
JENIS KOMPAS DAN MEMBACA BERENG
Tujuan sebenar kompas dicipta ialah sebagai alat bantuan ahli pelayaran untuk
mendapatkan arah sebenar di muka bumi. Pengunaan kompas penting bagi ahli
pelayaran kerana ia adalah alat paling tepat untuk memunjukkan arah di muka bumi.
Secara asasnya, kompas diperbuat daripada sebatang jarum untuk menunjukkan
arah utara magnet berdasarkan sebuah planet magnetosfera. Jarum yang bebas akan
dengan sendiri menunjukkan arah Utara dan peta mestilah dikoordinasikan dengan
kompas tersebut.
KEGUNAAN KOMPAS
1.Mencari arah Utara
2.Menentukan kedudukan peta
3.Menyukat bering (sudut)
71
JENIS KOMPAS
Terdapat dua jenis kompas:
(Analog) (Digital)
KEGUNAAN KOMPAS
Kompas boleh digunakan untuk tujuan berikut :-
1. Mengukur jarak
2. Menentukan kedudukan
3. Mencari arah
72
TEKNIK MENGGUNAKAN KOMPAS
Kenal pasti arah utara, selatan, timur, barat dan juga arah lain seperti timur laut, barat
daya dan lain-lain. Jarum kompas yang berwarna merah hendaklah sentiasa
menunjukan arah utara.
MEMAHAMI BAHAGIAN (ANATOMI) KOMPAS
MENGETAHUI BACAAN BERENG (SUDUT)
Bereng ialah kedudukan yang diukur mengikut perjalanan jarum jam dari satu garisan
kebisaannya Utara dengan menyelang atau kompas kegarisan yang ditetapkan. Ia
menjadi panduan kedudukan sesuatu tempat.
Bereng kompas boleh dibaca dalam unit darjah (0-360 darjah). Sebelum mengetahui
cara menggunakan kompas, seorang pengakap harus memahami cara membaca
bereng. Bereng kompas dibaca dalam unit darjah iaitu 0 hingga 360 darjah.
73
PENETAPAN PETA
1. Letak peta di atas tempat yang rata.
2. Letak kompas di atas peta itu dalam kedudukan tepi kompas selari dengan grid
peta menegak.
3. Putar dail kompas supaya berada di kedudukan 0 darjah
4. Pusing peta itu supaya jarum kompas menghala kearah utara peta (masuk dalam
rumah kompas)
MEMBACA BERENG
1. Menghadap sasaran (point) yang hendak dituju
2. Pegang kompas pada paras pinggang atau lebih tinggi sedikit dan pastikan arah
kompas menunjuk arah sasaran (point).
3. Putar dail kompas sehingga jarum kompas menghala kearah utara kompas
(masuk dalam rumah kompas)
4. Baca bereng pada dial kompas di bahagian penandanya.
74
Mengesan Tanda dan Simbol
75
76
Simpulan dan Ikatan
Dianggarkan terdapat lebih kurang 3000 jenis simpulan dan ikatan. Tali yang
digunakan pada sepanjang masa, tempat dan keadaan, seperti oleh pengembara,
penyelamat, pendaki gunung, mengikat kapal di pelabuhan, penggunaan khas,
perhiasan dan kegiatan luar. Kita juga selalu menggunakan berbagai-bagai jenis
ikatan dan simpulan pada setiap masa. Empat definisi yang perlu diketahui tentang
simpulan dan ikatan, iaitu simpulan (knotting), ikatan (lashing), sambat (splicing) dan
mematikan hujung tali (whipping)
Simpulan
Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ia digunakan
pada benda-benda yang kecil dan sederhana. Contoh-contoh simpulan ialah seperti
buku sila, tindih kasih, simpul himpit, lilit dua simpul, simpul pemukat dan sebagainya.
Simpulan digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, di hospital,
mengikat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan.
Ikatan
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk jambatan, tiang
bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaannya dalam kegiatan berpengakap dan
kepanduan beberapa ikatan digunakan seperti ikat seraya, ikat serong, ikat silang
gunting dan lilit balak.
Enam jenis simpulan asas:
1. Simpul Manuk
digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pancang.Ia berfungsi
sebagai permulaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan seraya, ikatan silang
gunting, ikatan lantai, ikatan silang nombor lapan.Ikatan ini juga digunakan untuk
membuat gejet(permulaan bagi ikatan-ikatan yang telah disebutkan diatas tadi).
77
Fungsi :
~ Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
~ Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan
selamat.
~ Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang
gunting.
2. Simpul Buku Sila
Untuk sambung dua utas tali yang sama besar.Suatu simpulan yang tegap dan tidak
mudah lucut.Ia digunakan untuk mengikat benda -benda kecil seperti mengikat layar
kapal, bungkusan, mematikan simpulan pada anduh, dan mengikat khemah yang
dilipat.
Fungsi
~ Menyambung 2 tali yang sama saiz.
~ Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas.
78
3. Simpul Tindih Kasih
Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh mencerut.Ia juga digunakan untuk
kerja-kerja menyelamat,iaitu dengan cara mengikatkan tali pada pinggang.
Fungsi :
~ Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
~ Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa.
4. Simpul Bunga Geti
Untuk sambung dua utas tali yang tidak sama besar atau tali yang berlainan
jenisnya.Digunakan untuk sambung tali penarik bendera ke tali di penghujung
bendera dalam flag break.
Fungsi :
~ Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.
~ Mengikat tali kesuatu tanjul.
79
5. Simpul Balak
Ia digunakan untuk mengikat kayu balak, tiang kapal, atau bungkusan yang besar
supaya mudah ditarik.Permulaan kepada ikatan serong.(ikatan balak juga boleh
digunakan dalam ikatan untuk membuat gejet selain ikatan manuk).
Fungsi :
~ Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah.
~ Agar kayu itu tidak licin dan mudah digerak-gerakkan.
~ Untuk memulakan ikatan serong.
6. Simpul Belit
Digunakan untuk mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok/pancang
kerana cara begini mudah dibuka semula serta tidak mudah tertanggal
80
Tiga jenis ikatan:
1. Seraya
Digunakan untuk mengikat kayu,buluh atau tiang bagi membuat
jambatan,gejet,menara,tiang,bendera dan lain-lain.Langkah pertama dimulakan
dengan simpul manuk(cuba lihat gambar no.1).kemudian lilit dengan kemas dan ketat
,akhir sekali dimatikan dengan simpul manuk juga.
Fungsi :
~ Digunakan apabila dua batang kayu atau buluh bersilang dengan sudut tepat.
2. Serong
Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu bersilang.
Fungsi :
~ Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu yang bersilang.
~ Digunakan untuk membina jambatan, menara, gejek dan pioneering.
81
3. Lilit Kacang
Digunakan untuk menganyam ranting pada rangka kayu untuk dijadikan papan
seperti pemuka meja.
Fungsi :
~ Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu yang bersilang.
~ Digunakan untuk membina jambatan, menara, gejek dan pioneering.
82
Asas Kawad Kaki
Asas Perbarisan
Setiap pengakap boleh melakukan pergerakan asas perbarisan dengan betul dan serentak.
Mereka seharusnya dapat memberi hukuman atau sebagai ketua perbarisan dalam patrolnya
sendiri. Mereka perlu sentiasa berlatoh melakukan pergerakan asas perbarisan. Di bawah ini,
terdapat beberapa pergerakan dalam asas perbarisan.
Masuk Baris
Biasanya, arahan akan diberikan oleh ketua perbarisan atau lebih dikenali sebagai jurukawat.
Kedudukan ahli pengakap bergantung pada arahan yang diberikan oleh jurukawat. Pada
kebiasaannya, semasa latihan perbarisan, pengakap berada dalam tiga barisan. Apabila
masuk baris, ahli pengakap dikehendaki berada dalam ’sedia’.
Sedia
Berdiri dengan kedua-dua tumit dirapatkan dan hujung kaki dibuka lebih kurang 12 cm hingga
15 cm. Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan, genggaman tangan diletakkan ke penjahit
seluar, buka dada, dagu didongakkan ke atas supaya dapat memandang ke hadapan.
Senang Diri
Keadaan dada dan kepala pengakap semasa kedudukan ’senang diri’ adalah sama seperti
kedudukan ’sedia’. Letakkan tangan kanan di atas tangan kiri, ibu jari bersilang dan pastikan
jari-jari rapat dan lurus. Tangan diletakkan ke paras punggung dan pastikan lengan rapat ke
tubuh.
Rehatkan Diri
Kedudukannya sama seperti ’senang diri’. Perbezaannya adalah tangan diletakkan di paras
pinggang dan pastikan siku tidak bersentuh dengan tubuh.
Ke Kanan Lurus dan Pandang Hadapan
Penanda barisan, iaitu pengakap yang berada di barisan hadapan kanan sekali tidak perlu
melakukan pergerakan. Apabila arahan diberikan, semua pengakap yang berada di barisan
hadapan, kecuali ’penanda’ keluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak
kaki ke tanah. Diikuti kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki
kiri. Pastikan kedua-dua kaki rapat. Pandang muka ke kanan, dan dalam masa yang sama
angkat genggaman tangan kanan supaya menyentuh bahu orang di sebelah kanan. Betulkan
barisan dengan cara menggerakkan kaki sehingga barisan menjadi lurus. Pada masa yang
sama, pengakap yang berada di barisan tengah dan barisan belakang perlu mengikut
menggerakkan kaki supaya kedudukannya yang selari dengan pengakap yang berada di
83
sebelah kanan dan hadapan masing-masing sambil muka ditolehkan ke kanan. Apabila
barisan sudah menjadi lurus, hentikan pergerakan kaki dan berada dalam keadaan diam.
Apabila mendengar arahan ’pandang depan’, jatuhkan tangan kanan dan dengan serentak
palingkan muka ke hadapan. Kedudukan ini mesti dalam keadaan ’sedia’.
Ke Kanan Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’. Apabila mendengar hukuman ke kanan pusing,
pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 90° ke kanan. Angkat kaki kiri dan
hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan
dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri.
Ke Kiri Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke kiri pusing,
pengakap dikehendaki pusingkan kaki kiri sebanyak 90° ke kiri. Angkat kaki kanan dan hentak
kaki kanan di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan
menggunakan tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan.
Ke Belakang Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke belakang pusing,
pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 180° ke belakang mengikut arah
pusingan jam. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam
kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung
kaki kiri.
Buka Barisan
Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap yang berada dalam barisan hadapan dan barisan
belakang sahaja. Pengakap dalam barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan.
Pengakap berada dalam keadaan sedia. Apabila mendengar hukuman, Pengakap di barisan
hadapan bergerak dua langkah ke hadapan dan pengakap di barisan belakang bergerak dua
langkah ke belakang. Seterusnya hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak
kaki kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula.
Tutup Barisan
Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap dalam barisan hadapan dan belakang. Pengakap
yang berada di barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan. Pengakap berada
dalam kedudukan ’sedia’. Apibila mendengar hukuman tutup barisan, Pengakap di barisan
hadapan bergerak dua langkah ke belakang manakala di barisan belakang bergerak dua
84
langkah ke hadapan. Seterusnya, hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak
kaki kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula.
Langkah Ke Sebelah
Hukuman langkah ke sebelah boleh diberikan dalam dua pergerakkan, iaitu langkah ke
sebelah kanan dan langkah ke sebelah kiri. Pengakap berada dalam kedudukan sedia.
Apabila mendengar hukuman langkah ke sebelah kanan, Pengakap dikehendaki mengangkat
dan meletakkan kaki kanan di sebelah kanan kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kiri dan
hentak di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman
langkah ke sebelah kiri, Pengakap dikehandaki mengangkat dan meletakkan kaki kiri
disebelah kiri kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri
supaya dalam kedudukan sedia.
Paras
Tujuan arahan paras diberikan supaya barisan dibentuk adalah menarik dan senang membuat
pergerakkan. Bentuk paras bergantung kepada jurukawat dan jenis pertandingan yang ingin
dilaksanakan. Empat jenis paras yang boleh diberikan iaitu:-
Paras ahli tinggi di tengah;
Paras ahli rendah ditengah;
Paras ahli tinggi di kiri; dan
Paras ahli rendah di kiri.
Keluar Baris
Arahan ini diberikan bertujuan untuk memberi masa rehat untuk melakukan aktiviti
seterusnya. Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, bergerak
3 langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah.
Bersurai
Arahan ini diberikan apabila semua aktiviti hari tersebut selesai atau tamat. Apabila hukuman
diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, memberi hormat pengakap, bergerak 3
langkah ke hadapan denga kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah.
85
Bahasa Hukuman
86
87
88
89
Kawad Statik dan Dinamik
KAWAD STATIK
1. Ketua Platun mengarahkan ahli supaya berpusing ke arah kiri dengan menggunakan
bahasa hukuman Bergerak ke kiri...kiri pusing.
2. Ketua Platun mengarahkan ahli bergerak ke kanan dengan menggunakan bahasa
hukuman Begerak ke kanan....belakang pusing.
3. Ketua Platun mengarahkan ahli menghadap ke belakang menggunakan bahasa hukuman
Ke kanan...pusing.
4. Ketua Platun mengarahkan ahli mengahadap ke hadapan pentas hormat menggunakan
bahasa hukuman Mengadap ke hadapan...belakang pusing.
5. Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan hadapan berundur 1 langkah dan barisan
belakang maju 1 langkah secara serentak. Barisan tengah dalam keadaan statik. Bahasa
hukuman yang digunakan ialah Tutup barisan ...gerak.
6. Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan yang telah ditutup diluruskan dengan
menggunakan bahasa hukuman Ke kanan lurus dan seterusnya Pandang depan setelah
kekemasan barisan dalam keadaan memuaskan.
90
KAWAD DINAMIK
1. Ketua Platun mengarahkan ahli supaya berpusing ke arah kiri dengan menggunakan
bahasa hukuman Bergerak ke kiri...kiri pusing.
2. Ketua Platun mengarahkan ahli berjalan dalam keadaan berkawad dengan menggunakan
bahasa hukuman Dari kiri / kanan....cepat jalan.
3. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan supaya ahli membelok ke arah kiri
menggunakan bahasa hukuman Kiri belok. Sebanyak 2 kon yang akan dilalui pada laluan ini.
4. Setelah melepasi kon dan kedudukan ahli menghampiri kawasan tengah, Ketua Platun
mengarahkan ahli supaya membuat pergerakan tukar langkah semasa berjalan
menggunakan bahasa hukuman Tukar Langkah (3 kali sebutan secara berturut-turut selepas
setiap perbuatan) dan disusuli dengan perkataan Maju selepas perbuatan tukar langkah yang
ketiga.
5. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan supaya ahli membelok ke arah kiri
menggunakan bahasa hukuman Kiri belok. Sebanyak 4 kon yang akan dilalui pada laluan ini.
6. Setelah melepasi kon dan kedudukan ahli menghampiri kawasan tengah, Ketua Platun
mengarahkan ahli supaya membuat pergerakan tabik hormat ke arah kanan semasa berjalan
menggunakan bahasa hukuman Hormat...hormat ke kanan....hormat. Semasa ahli terakhir
menghampiri kawasan pentas hormat, Ketua Platun mengarahkan ahli menjatuhkan tabik
hormat menggunakan bahasa hukuman Pandang...depan.
7. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan ahli berpatah balik ke kawasan
tengah litar dengan menggunakan bahasa hukuman Bergerak ke kanan...bertiga-
tiga...belakang pusing.
8. Setelah ahli sampai ke bahagian tengah litar, Ketua Platun mengarahkan ahli untuk berhenti
dengan menggunakan bahasa hukuman Skuad...henti.
9. Ketua Platun kemudiannya mengarahkan ahli menghadap ke hadapan pentas hormat
menggunakan bahasa hukuman Menghadap ke hadapan..kiri pusing.
10. Ketua Platun kemudiannya berpusing menghadap ke hadapan pentas hormat dan mara
mengadap ke hadapan Ketua Pengadil bersama – sama keseluruhan platun menggunakan
bahasa hukuman Skuad akan mara menghadap...dari tengah...cepat jalan. Pergerakan
adalah sebanyak 14 langkah dan berhenti di hadapan Ketua Hakim. Ketua Platun
mengarahkan semua ahli memberi tabik hormat kepada Ketua hakim dengan menggunakan
91
bahasa hukuman Hormat ke hadapan...hormat ( perbuatan tabik hormat dilakukan secara
serentak selama 3 kiraan / saat sahaja
Kawad Formasi
Kawad dalam erti kata sebenarnya ialah perbarisan oleh anggota pasukan/pakaian seragam,
terutamanya yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serentak yang di lakukan
di padang kawad.
Tujuan kawad:
Untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan tatatertib cergas dan taat setia
(menerima arahan dan menjalankan arahan tersebut)
Membentuk anggota supaya bekerjasama dalam satu kumpulan.
•
Berkawad adalah asas untuk panduan membentuk tatatertib dalam pasukan,asas dan
perpaduan tatatertib semasa bertugas adalah berdasarkan kepadakawad yang diperbaiki berkali-kali.
KAWAD FORMASI
Ia juga dikenali sebagai kawad persembahan
Melibatkan asas-asas kawad static dan dinamik, tetapi diolah menjadibeberapa bentuk
formasi supaya lebih menarik
Contoh Formasi Kawad
92
93
Asas Pertolongan Cemas/Bantu Mula
Tujuan dan Prinsip
1. Selamatkan nyawa nyawa di dalam situasi yang
Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan banyak, terhenti pernafasandan
mengancam nyawa seperti pendarahan yang
jantung, terbakar dan melecur dan lainlain lagi.
2. Mengelakkan dari bertambah buruk
Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan
kecederaanataukeadaanpesakit menjadi bertambah buruk.
3.Mengurangkan kesakitan
Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan kepada
pesakit.
Dapatkan bantuan seseorang untuk memanggil ambulans dengan kadar yang segera
Definisi:
Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau
keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.
Prinsip-prinsip pertolongan cemas:
1. Menyelamatakan nyawa
2. Mengurangkan kesakitan
3. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
4. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital
Peraturan Am Pertolongan cemas:
1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan
pesakit itu
3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya
sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula
memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.
4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.
Tindakan serta merta pertolongan cemas:
1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.
2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna .
Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:
Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran
untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.
Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu:
94
1. Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D]
2. Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya
dengannya jika mangsa sedar. [R]
3. Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan
dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A]
4. Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation [B]
5. Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika tidak
lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].
Teknik-teknik Rawatan Pertolongan Cemas
Anduh dan balutan , merawat luka dan gigitan
Luka/Pendarahan
1. Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan
berhenti [darah membeku]
2. Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan
ke atas kawasan yang luka
3. Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari
jantung dan otak. Praktikkan teknik RICE.
4. Tenangkan mangsa.
5. Hantar mangsa dengan segera ke hospital.
Keracunan
Tanda-tanda:
1. maklumat dari mangsa
2. mangsa sakit dengan tiba-tiba
3. kesan terbakar di sekeliling mulut atau bibir
4. anak mata menguncup ke saiz mata jarum peniti.
Rawatan:
1. Larutkan racun dengan memberi segelas air atau susu jika mangsa sedar dan
tiada tanda-tanda sawan. Jangan beri minuman jika mangsa muntah.
2. Simpan bekas racun bagi tujuan analisis.
3. Segera hubungi hospital
4. Jangan cuba meneutralkan racun tersebut dengan cuka atau air limau
Terkejut
Tanda-tanda:
1. badan berpeluh
2. pucat
3. rasa nak pengsan
4. resah
5. nafas kerap tapi tipis
95
6. kadar nadi bertambah tapi lemah
Rawatan
1. Baringkan mangsa
2. Lembabkan bibir mangsa dengan air jika ia dahaga
3. Jika tidak sedar, baringkan dalam posisi 'recovery'
4. Jika sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ke tepi dan kaki
ditinggikan
5. Selimutkan jika suhu badan menurun
6. Segera hantar ke hospital
Terbakar
Klasifikasi terbakar
1. First Degree - dipermukaan kulit sahaja
a. Kemerah-merahan atau hilang warna
b. bengkak sedikit dan rasa sakit
c. cepat sembuh
2. Second Degree - melibatkan hujung-hujung saraf
a. merah
b. ada tanda-tanda gelembung [blisters]
c. bengkak yang nyata [beberapa hari]
d. kulit basah akibat lelehan plasma yang keluar dari lapisan kulit yang rosak.
3. Third Degree
a. kerosakan tisu lebih dalam
b. kemusnahan pada lapisan kulit luar
c. tisu-tisu dalam dapat dilihat.
Rawatan
1. Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk
2. tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih
3. baringkan mangsa
4. jangan gerakkan bahagian yang terbakar
5. beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar
6. hantar segera ke hospital
96
Melecur
Rawatan
1. sejukkan dengan air sejuk
2. jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan pakaian rawat
seperti mangsa terbakar.
Kejutan Elektrik
1. putuskan hubungan elektrik
2. periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan [EAR] jika pernafasan mangsa
terhenti
3. rawat bagi terbakar jika ada
Melecur, pitam dan patah , keracunan dan terseliuh Pemulihan pernafasan
Terseliuh [dislocation]
Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligamen
tertarik atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki
serta lutut.
Rawatan: RICE
1. Rehatkan kawasan yang cedera [Rest]
2. Letakkan ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat cedera [Ice]
3. Balut tempat yang cedera [Compression]
4. Tinggikan tempat cedera dari paras jantung [Elevation]
5. Hantar ke hospital
Ketegangan Otot
Kecederaan apada otot akibat terregang berlebihan, akibat terlebih guna atau
mengangkat benda yang berat. Tanda dan alamat - sakit yang tajam di tempat
cedera dan diikuti dengan bengkak.
Rawatan: RICE
Terkehel
Kecederaan di sendi yang melibatkan tulang terkeluar dari kedudukan asalnya.
Biasanya di bahu, siku, jari dan rahang. Terkehel mungkin diikuti dengan patah
tulang. Tanda-tanda: Sakit tidak boleh menggerakkan bahagian yang cedera, cacat
bentuk anggota tersebut.
Rawatan:
1. Berikan rawatan renjatan.
2. Jangan sekali-kali cuba memasukkan sendi yang terkeluar itu ke tempat asal.
3. Jangan lakukan banyak pergerakan.
4. Balut dengan padding atau anduh di tempat yang cedera.
5. Hantar segera ke hospital.
97
RUJUKAN
Ab. Alim Ab. Rahim & Balkis Wan Daud. (2015). Aktiviti Pengakap Muda Malaysia 1. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Amir hamzah Aman. (2017). Panduan pengurusan Kokurikulum. Petaling Jaya.
Sasbadi Sdn. Bhd.
Fariez. (2015). Kertas Kerja Perkhemahan Unit Beruniform SMK Sultan. Diakses
daripadahttps://www.academia.edu/11806437/Kertas_Kerja_Perkhemahan_Unit_Ber
uniform_SMK_Sultan_Mansor. Pada 12 Julai 2021
Hamid Awang, Azali Rahmat, Mohd Ra‟in Shaari, Adenan Ayob, dan Abdullah Yusof.
(2012). Pengurusan Kokurikulum Sekolah Rendah dan Menengah. Perak:
Emeritus Publications.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Buku panduan pengurusan gerakerja kokurikulum
sekolah menengah, Bhg. Sekolah-sekolah. Putrajaya Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Mohd Sufian Omar. (2019). Modul Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur: Telaga
Biru Sdn. Bhd.
Mok, S. (2008). Pengurusan kokurikulum & pendidikan sukan. Puchong, Selangor:
Penerbitan Multimedia.
Mok, S. (2011). Pengurusan kokurikulum. Selangor: Penerbitan Multimedia.
Pekeliling Unit Beruniform
https://www.moe.gov.my/en/education/secondaryschool/kokurikulum-pendidikan-menengah
Takwim Persekolahan- https://www.moe.gov.my/takwim/takwim-sekolah-2021
98