BUKU SILA
(Reef/Square Knot)
(a) (b)
(c) (d)
Kegunaannya :-
Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain
pembalut luka, menyambung tali yang sama
besar saiznya dan untuk mematikan ikatan
barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung
tali tersebut senang dibuka semula
BUNGA KETI
(Sheet bend)
Kegunaannya :-
Simpulan ini digunakan bagi menyambung
hujung tali yang tidak sama besar, misalnya tali
perahu dengan tali kapal
LILIT 2 SIMPUL / SIMPUL
BELIT
(Round Turn and Two Half Hitches)
Kegunaannya :-
Bagi mengikat tali pada tiang untuk mematikan
ikatan ke pokok atau ke pacang kerana cara
begini mudah dibuka dan tidak mudah tanggal
ikatannya
SIMPUL MANOK
(Clove Hitch)
Kegunaannya :-
Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan
untuk mengikat pada kayu atau sebagainya.
SIMPULAN PENGAIL
(Fisherman's Knot)
Kegunaannya :-
Simpulan pengail digunakan untuk menyambung
tali pada mata kail atau menyambung tali yang
licin
TINDIH KASIH
(Bowline)
Kegunaannya :-
Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher
binatang supaya tidak terjerut, dan membuat
lubang tali yang tidak terjerut untuk mengangkat
mangsa atau binatang ke atas seperti kucing
terjatuh ke dalam telaga