Tak Kenal Maka Tak Cinta
PERPADUAN DITAKRIFKAN SEBAGAI HUBUNGAN ERAT ATAU BERSIFAT TOLERANSI
YANG DIWUJUDKAN SECARA SENGAJA DALAM KALANGAN KAUM DAN ETNIK YANG
BERBEZA UNTUK MENCAPAI MATLAMAT BERSAMA SECARA JUJUR DAN IKHLAS.
DALAM KATA LAIN PERPADUAN ADALAH PROSES MENYATUPADUKAN SELURUH
MASYARAKAT UNTUK MEMBENTUK SATU IDENTITI DAN NILAI BERSAMA SERTA
PERASAAN CINTA DAN BANGGAKAN NEGARA. MALAYSIA MERUPAKAN SALAH SATU
NEGARA BERBILANG KAUM YANG DAPAT HIDUP DENGAN HARMONI. ANTARA KAUM
UTAMA DI MALAYSIA MELAYU, CINA, INDIA KADAZANDUSUN DAN IBAN.
PERPADUAN TIDAK AKAN TERCAPAI JIKA ADA SEGELINTIR PIHAK YANG CUBA
UNTUK MENJADI BATU API DAN MENYEMARAKKAN LAGI ISU PERKAUMAN
DIKALANGAN KAUM DI MALAYSIA.
HARI RAYA TAHUN BARU CINA DEEPAVALI
PESTA KEAAMATAN HARI GAWAI PERAYAAN KRISMAS
Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan penting yang
diraikan oleh umat Islam. Pada pagi hari raya,
mereka memakai pakaian baru dan bersolat di
masjid. Mereka mengucapkan syukur, bertakbir
dan selepas itu mereka akan ziarah-menziarahi
meminta ampun daripada orang tua, ahli keluarga
dan rakan-rakan.
Tahun Baru Cina adalah perayaan yang diraikan oleh
kaum Cina di seluruh dunia mengikut kalendar
lunar.Kaum Cina menggunakan kalendar lunar untuk
mengira tarikh perayaan tahunan mereka, ini
bermakna tarikh sambutan Tahun Baru Cina setiap
tahun adalah berbeza dan biasanya akan disambut
pada akhir Januari ke bulan Februari setiap tahun.
Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya
dirayakan pada bulan gelap bernama ’aippasi’ pada bulan
Oktober dan November. Deepavali bermaksud
‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka
percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan,
kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi
kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.
Pesta Kaamatan atau juga dikenali sebagai Pesta Menuai
merupakan salah satu pesta tradisional di Sabah. Pesta
Kaamatan merupakan pesta tradisi bagi suku kaum
Kadazan-Dusun di Sabah. Pesta Kaamatan (Pesta
Menuai) yang juga disebut sebagai Tadau Kaamatan
merupakan pesta tradisi sejak turun temurun bagi suku
kaum Kadazan-Dusun di Sabah bagi menghormati
'Bambazon' iaitu menghormati 'Semangat Padi',
Hari Gawai Dayak merupakan pesta tahunan yang
disambut oleh orang Dayak di Sarawak, Malaysia pada
31 Mei dan 1 Jun.Pesta ini disambut sebagai hari
kesyukuran atas hasil tuaian yang melimpah-ruah dan
masa untuk merancang musim penanaman yang baru.
Perayaan ini dirayakan oleh penganut Kristian pada
25 hb Disember sebagai mengingati kelahiran Jesus
Christ. Sambutan Krismas dimeriahkan dengan hiasan
pohon krismas yang dipasang dengan lampu berwarna
warni. Bungkusan-bungkusan hadiah diletakkan di
bawah pokok untuk dibuka pada hari tersebut
Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Setiap
kaum mempunyai perayaan yang tersendiri. Contohnya, Kaum Melayu
meraikan Hari raya, Kaum Cina meraikan Tahun Baru Cina, Kaum India
meraikan Deepavali, Kaum Kadazan meraikan Pesta Keaamatan, Kaum
Iban meraikan Hari Gawai dan penganut Kristaian meraikan Hari
Krismas. Perayaan ini bukan sahaja disambut oleh kaum itu sendiri,
malahan kaum lain turut meraikan perayaan tersebut. Hal ini sekaligus
dapat meningkatkan perpaduan di negara ini.