The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abdul.samad.empire, 2024-03-04 19:44:10

BUKU PENGURUSAN SLaPS 2024/2025

BUKU PENGURUSAN SLaPS 2024/2025

Keywords: BUKU PENGURUSAN SLaPS 2024/2025

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah kita kembali bertemu dalam naskah Manual Pengurusan Sekolah SK Sri Layang, bagi Tahun 2024/2025. Selaras dengan dasar dan hala tuju yang digariskan oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia PPPM 2013 – 2025, kami warga SK Sri Layang Terus komited dengan hasrat merealisasikan visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia dan bertindak sebagai pemacu dan peneraju pendidikan berterusan. Kami akan bersama-sama mengorak langkah dengan penuh semangat bagi menghadapi tahun 2024/2025 yang pasti akan sentiasa penuh dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Sistem Pengurusan Sekolah Berkualiti berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang ke-2 (SKPM Kualiti @ Sekolah) akan terus diamalkan dan dijadikan garis panduan dan rujukan untuk memenuhi matlamat dan objektif di sekolah ini sebagai showcase, selaras dengan kehendak Pejabat Pendidikan Daerah Bentong, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Transformasi Pendidikan pula akan dilaksanakan secara berterusan di sekolah ini. Yang pasti ia hanya akan berjaya dilaksanakan dengan komitmen berterusan semua pihak. Guru akan melibatkan diri dengan penuh aktif dalam melaksanakan tugas sebagai pemudahcara kepada anak didik, justeru pembangunan diri secara professional perlu menjadi fokus pada tahun ini. Manakala para pentadbir akan berperanan sebagai pemimpin instruksional dan sentiasa perlu meluangkan masa melatih dan membimbing rakan guru dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan disamping menjadi agen perubahan bukan hanya di sekolah malah dalam persekitaran komuniti. Lanjutan dari pendekatan ini adalah diharapkan setiap guru dapat bersedia dan menilai pencapaian kendiri masing masing terhadap tugas yang diamanahkan. TPP merupakan pemangkin hala tuju pendidikan bermakna bagi mendepani perubahan dan keperluan mendatang berasaskan model setempat yang merujuk aspirasi sistem dan aspirasi murid dalam PPPM 2013-2025. TPP juga ialah suatu inisiatif strategik untuk menterjemah gerak kerja pengurusan, seiring dengan Fokus & Gerak Kerja KPPM 2020; Bersama-sama Melangkah Lebih Jauh, Fokus & Gerak Kerja KPPM 2019; Naratif Baharu Amalan Pendidikan, dan Fokus & Gerak Kerja Profesional KPPM 2018; Melangkah ke hadapan. Bagi merealisasikan matlamat Tranformasi Pendidikan Pahang ianya berfokus kepada kemenjadian murid: i


● Pencapaian minimum murid Pahang (sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 dalam Pentaksiran Bilik Darjah, Layak Mendapat Sijil dalam SPM, Lulus Penuh Semua Mata Pelajaran dalam STPM dan ‘Maqbul’ (Lulus) dalam STAM); ● Kemenjadian murid Pahang yang holistik; ● Kesediaan mendepani IR4.0 dan IR5.0 (murid Pahang berkemahiran serta pemikir yang mempunyai nilai sahsiah yang tinggi); dan ● Kesediaan bekerja dan berdaya saing (mempunyai bina upaya insan dan kebolehpasaran). Tranformasi Pendidikan Pahang memberikan gambaran jelas tentang: ● TPP: Aspirasi Sistem; ● TPP: Aspirasi Murid; ● Model Murid Pahang; ● Model Guru Pahang; ● Model Pemimpin Sekolah Pahang; dan ● Model Sekolah Pahang. Adalah menjadi harapan kami agar sokongan berterusan daripada semua peringkat iaitu Guru, staf sokongan, pekerja swasta, PIBG, KSIB, Alumni, Komuniti , Agensi Kerajaan dan Swasta akan terus menyumbang kepada pencapaian aspirasi bagi melonjakkan Kualiti Sekolah dan Kemenjadian Murid seiring dengan Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPM 2024/2025. Semangat dan sikap kebersamaan amat perlu untuk membawa SK SK Sri Layang ke mercu kegemilangan dalam semua bidang. Semua warga perlu mengamalkan sikap positif, sanggup menerima perubahan dan menyediakan diri dan tindakan untuk menjuarai semua aspek ke arah kegemilangan. Wawasan Mengoptimumkan Potensi dan Memaksimumkan Keberhasilan bagi Membina Generasi Pemimpin Masa Hadapan perlu sentiasa mendepani segala tindakan kita. Beberapa komponen penting dalam Transformasi Pendidikan Pahang yang bertunjangkan CITra Pahang (Change, Innovation, Transformation) dengan slogan Cekap, Cepat, Cermat diharapkan dapat memacu kecemerlangan pendidikan di negeri Pahang yang pada akhirnya nanti akan memberikan impak kepada kemenjadian murid secara holistik. Sebagai Guru Besar saya mengharap warga SK Sri Layang, akan sentiasa berusaha dan bersikap positif dan ikhlas dalam melaksanakan tugas harian. Dalam ertikata lain marilah kita semua memberikan Kerjasama serta Kerja bersama-sama dalam menentukan kecemerlangan hala tuju Sekolah Kebangsaan Sri Layang. SELAMAT MENJALANKAN TUGAS dan TERIMA KASIH. Sekian, “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan Amanah, (ZAINAM BINTI HASHIM) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Sri Layang, Genting Highlands. ii


PROFIL SEKOLAH sksrilayang@gmail.com cba0003@moe.edu.my SEKOLAH KEBANGSAAN SRI LAYANG TEL : 03-61001397


46 HALA TUJU/ FOKUS SLaPS 2024/2025 BIL PERKARA KPI KURIKULUM (PBD) 1 PENGUASAAN KESELURUHAN MURID TAHUN 1 - 6 SEKURANG-KURANGNYA PADA TAHAP PENGUASAAN MINIMUM SEKURANG-KURANGNYA TP 3 100% 2 PENGUASAAN KESELURUHAN MURID TAHUN 1 - 6 MENCAPAI TAHAP PENGUASAAN MAKSIMUM TP 6 20% PENGUASAAN LITERASI DAN NUMERASI (TAHAP 1) 1 LITERASI BM 95% 2 NUMERASI 95% PENGUASAAN KHATAM AL QURAN 1 RIADHUL QURAN 95% 2 KHATAM QURAN 20% 46


PENTADBIRAN AM sksrilayang@gmail.com cba0003@moe.edu.my SEKOLAH KEBANGSAAN SRI LAYANG TEL : 03-61001397


CARTA ORGANISASI PENGURUSAN, PENTADBIRAN & BIDANG TUGAS SK SRI LAYANG SESI 2024/2025 GURU BESAR PK HAL EHWAL MURID PK PENTADBIRAN PK KOKURIKULUM JK HAL EHWAL MURID JK KURIKULUM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN JK KOKURIKULUM ❑ PIBG ❑ PIBKS ❑ BINA INSAN ❑ BIMBINGAN & KAUNSELING ❑ 3K ❑ KEBAJIKAN MURID ❑ GURU PENYAYANG ❑ BILIK MESYUARAT & BILIK KHAS ❑ PROGRAM MAKMUR ❑ DISIPLIN ❑ APDM ❑ SPBT ❑ PERABOT & INVENTORI ❑ PPDa ❑ KANTIN & KESIHATAN ❑ BENCANA ALAM ❑ PERSIJILAN ❑ PERHIMPUNAN DAN MAJLIS RASMI ❑ PBS ❑ PANITIA ❑ PUSAT SUMBER SEKOLAH ❑ KECEMERLANGAN TAHUN 6 ❑ PRASEKOLAH ❑ PEMULIHAN KHAS ❑ JADUAL WAKTU & MMI ❑ TMK ❑ LADAP ❑ PENDEKATAN BERTEMA & SIVIK ❑ PAK 21 ❑ TRANSISI ❑ ASET & INVENTORI ❑ PLC ❑ GURU KELAS ❑ SKPMg2 ❑ TS25 ❑ KBAT ❑ DIGITAL ❑ KEWANGAN SEKOLAH ❑ MAKLUMAT & DATA ❑ PENILAIAN PRESTASI ❑ PENCERAPAN ❑ AKP ❑ PEMBERSIHAN & KESELAMATAN SWASTA ❑ KEBITARAAN ❑ KELAB DAN PERSATUAN ❑ UNIT BERUNIFORM ❑ SUKAN DAN PERMAINAN ❑ LAWATAN MURID ❑ KELAB GURU & STAF ❑ KEDAI BUKU SEKOLAH 41


Click to View FlipBook Version