The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abdul.samad.empire, 2021-08-25 11:43:04

Kertas Kerja Sudut Antidadah

Kertas Kerja Sudut antidadah

Keywords: sudut antidadah,Kertas erja Sudut Antidadah,kertas kerja sudut antidadah

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI LAYANG 69000
GENTING HIGHLANDS PAHANG

SUDUT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
(PPDa)

‘SEKOLAH BEBAS DADAH TAHUN 2021’

Disediakan oleh : Unit Pendidikan Pencegahan Dadah(PPDa) SKSL
& Unit Bimbingan & Kaunseling SKSL

1.0 PENGENALAN
Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah adalah untuk memberi pengetahuan,
kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar
mereka menjauhi dan berupaya menentang ancaman dadah.

Pendidikan Pencegahan Dadah Boleh :

a) meningkatkan pengetahuan, kefahaman, kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah
murid supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.

b) membangunkan modal insan yang memiliki ketahanan dan jati diri yang tinggi di
kalangan murid dan segi fizikal, emosi, mental dan rohani.

c) membentuk budaya sihat, tingkah laku positif dan amalan nilai-nilai murni di kalangan
pelajar.

d) melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat
luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.

e) menyediakan alternatif yang berfaedah supaya dapat menyekat murid sekolah daripada
terlibat dengan dadah.

2.0 VISI
‘Sekolah Bebas Dadah Tahun 2021’

3.0 MISI
Melahirkan murid bebas dadah melalui Program PPDa yang bersepadu dan menyeluruh
daripada aspek pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan
sahsiah.

4.0 SEJARAH PENUBUHAN PPDA
Pada 3 Februari 1988, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1988 Program Skim Lencana AntiDadah,
Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD) disiarkan oleh Bahagian Sekolah
KPM. Dengan ini, sekolah ini telah memulakan Program SLAd pada tahun 1988 sehingga
sekarang. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh SLAD adalah lawatan sambil belajar ke
Pusat Serenti, menghadiri ceramah, menyertai pertandingan, aktiviti seranta, penyampaian
maklumat dan menyediakan buku skrap. Program Cuma Lima Minit AntiDadah dimulakan
pada tahun 1999 setelah pihak sekolah menerima surat Pekeliling Ikhtisas

KP(BS/HEP)8543/06/(23). Pelaksanaan Program 5 Minit AntiDadah di sekolah.Program ini
dijalankan pada bulan Mac dan Julai setiap tahun. Guru-guru meluangkan sebanyak 5 minit
untuk menyatakan maklumat-maklumat dadah kepada murid berdasarkan modul yang
diedarkan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, pertandingan kuiz AntiDadah
akan diteruskan selepas modul diterangkan kepada murid-murid. Pada tahun 2004, Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2004 memperkasakan pendidikan pencegahan dadah telah disiarkan
kepada sekolah-sekolah. Dengan ini, guru kaunseling kedua telah dilantik sebagai guru
PPDa. Maka pelbagai program PPDa telah dilaksanakan untuk staf dan murid-murid di
sekolah ini. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti Perkembangan Staf, Minggu AntiDadah,
Mesej Jauhi Dadah PPDa KBSM, Ceramah AntiDadah, Pameran AntiDadah, Pertandingan
Poster AntiDadah, Pertandingan Buku Skrap AntiDadah, Pertandingan Esei AntiDadah,
Kemahiran Personal dan Interpersonal, kaunseling PPDa, Kolokium Kepimpinan PPDa,
Seminar PPDa, Program Keibubapaan dan sebagainya. Pada tahun 2007, semua sekolah
telah diarahkan untuk menubuhkan bilik/lorong/sudut PPDa di sekolah. Maka sudut PPDa di
sekolah ini telah ditubuhkan di perpustakaan.

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATAKUASA PELAKSANAAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH(PPDa)

SK SRI LAYANG

Anjuran

UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH(PPDa)
& UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Penaung : Safrul Kamalizam Bin Safar

(Guru Besar SK RI LAYANG)

Penasihat : Puan Zaimah Binti Anuar

(GPK 1 Akademik)

Pengerusi : Puan Rosyati Binti Ismail

(GPK HEM)

Setiausaha : Abdul Samad Bin Mohdar

(Guru Penolong)

Setiausaha II : Puan Siti Aisyah Binti Hassan
(Guru Penolong)
AJK :

1. Guru-Guru Penolong SKSL.
2. Ahli Jawatankuasa Murid PPDa.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN = RM240
= RM96
Perkara Perbelanjaan (RM) = RM30

1. CAT (1 liter) x 12 warna RM366
2. BERUS CAT 12 x RM8
3. THINNER 2 LITER X 2 TIN

JUMLAH

8.0 PENUTUP

Diharap sudut PPDa ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta dapat mencapai objektif
yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini akan terus berkembang dan
mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran untuk mencegah dan
menghapuskan dadah. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak dan
memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-murid khususnya.

‘SEKOLAH BEBAS DADAH TAHUN 2021’
Disediakan oleh,

…………………………………………… Tarikh: 25 Februari 2021
(Abdul Samad Bin Mohdar)
Setiausaha PPDa SKSL,

Disemak oleh,

………………………………….
(Puan Rosyati Binti Ismail)
Guru Penolong Kanan HEM SKSL

Disahkan oleh,

………………………………………...
(Encik Safrul Kamalizam Bin Safar)
Guru Besar SKSL


Click to View FlipBook Version