PRAKATA
Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan
limpah kurniaNya, kami dapat merealisasikan dan melaksanakan
sebuah buku iaitu Panduan Penulisan Resume bagi pelajar
Matrikulasi yang akan memohon Kursus dan Biasiswa Pelajaran
mereka nanti.
Tujuan buku ini adalah untuk memberikan maklumat yang betul dan
sekaligus dapat mengingatkan para pelajar agar membuat persiapan
yang mantap sebelum menghadapi temu duga. Panduan ini juga
memberikan teknik dan juga penggunaan aplikasi yang sesuai untuk
menyediakan resume yang kreatif dan menepati kehendak semasa..
Perkongsian petua yang diberikan ini diharapkan para pelajar dapat
diterima oleh organisasi yang mereka mohon..
Akhir kata kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsungdalam
menjayakan buku Panduan Penulisan Resume ini. Sesungguhnya
segala yang baik itu datangnya dari Allah dan segala kekhilafan itu
datangnya dari kelemahan kami sendiri.wasalam
ISI KANDUNGAN
Bil. Perkara Muka Surat
1. Pengenalan
PENGENALAN
Penulisan resume yang baik dan berkualiti akan
mempersembahkan gambaran sebenar tentang seseorang
individu yang merangkumi enam aspek penting iaitu
personaliti, latar belakang, kebolehan atau kemahiran,
pencapaian, keteraturan serta kualiti seseorang individu.
Panduan penulisan ini merupakan satu bentuk wadah bagi
memberi pendedahan awal kepada warga pelajar Kolej
Matrikulasi untuk menghasilkan penulisan resume yang
berkualiti bagi memohon kursus-kursus yang diingini di Pusat
Pengajian Tinggi.
Panduan ini akan membincangkan secara umum tentang
format dan kaedah penulisan yang bersesuaian bagi
penghasilan resume. Garis panduan yang dimuatkan di sini
adalah untuk kegunaan para pensyarah dan pelajar bagi
menyediakan resume yang baik, berkualiti dan seragam.
Adalah diharapkan, melalui usaha ini pembaca akan dapat
pengetahuan untuk menyediakan dan menghasilkan resume
yang berkualiti.
4
DEFINISI KONSEP
https://www.ukm.my/ukmkarier/p
erbezaan-antara-resume-dan-cv/
Menurut Mawardi Yunus
(2016), resume adalah suatu
medium bagi membolehkan
sesebuah majikan atau pihak
tertentu untuk mengetahui
mengenai diri seseorang yang
berkaitan dengan kepentingan
dan keperluan majikan atau
pihak tersebut.
Mawardi Yunus (2016). Apakah Itu Resume?
http://www.mawardiyunus.com/2013/06/apakah-itu-
resume.html
6
KEPENTINGAN RESUME
Pentingnya Resume Yang Baik Dan Berkualiti
Penulisan resume yang baik dan berkualiti pasti akan memberikan
kesan dan impak yang positif dalam mempengaruhi peratusan
peluang calon yang ingin memohon pekerjaan atau latihan
industri. Berikut adalah kepentingan dalam penghasilan resume
yang baik dan berkualiti:
Membuka peluang yang Merupakan bentuk
baik kepada calon untuk pemasaran diri atau
marketing piece yang
dipanggil temuduga. membantu menonjolkan
kelebihan diri calon
Membantu dalam dengan lebih baikYour
memberi gambaran Business Here
lebih jelas dan positif
Menjadikan sesi
tentang diri calon temuduga berjalan
Business Here lancar.
Membantu Memudahkan
mempengaruhi penemuduga
majikan dalam memfokuskan info yang
memberi penilaian berkaitan dan relevan
yang positif terhadap tentang calon untuk
disuaipadankan dengan
calon kriteria yang dicari
majikan.
7
Perbezaan Resume Dan CV
Perbezaan antara resume dan CV adalah seperti berikut:
Resume CV(Curiculum vitae)
Satu muka surat Dua atau tiga muka surat
Tiada format tetap Terdapat format yang perlu diikuti
Gambar digalakkan Tidak perlu untuk sertakan gambar
Maklumat yang berkaitan Maklumat diri, pendidikan,
jawatan sahaja pengalaman bekerja, pencapaian,
kemahiran dan rujukan hendaklah
disertakan
Tidak perlu Cover Letter Perlu sertakan Cover Letter
https://www.thebalancecareers.com/cv-vs-resume-2058495
8
JENIS-JENIS RESUME
Resume Kronologi
Resume kronologi bermula dengan menyenaraikan sejarah
kerja anda, dengan kedudukan paling terkini disenaraikan dahulu.
Di bawah tugas paling terkini, anda menyenaraikan pekerjaan anda
yang lain dalam urutan kronologi terbalik.
Majikan biasanya lebih suka jenis resume semacam ini kerana ia
mudah untuk melihat apa pekerjaan yang anda buat dan ketika anda
telah bekerja pada mereka. Ini adalah jenis resume yang paling
biasa.
Jenis resume ini berfungsi dengan baik untuk pencari kerja dengan
sejarah kerja yang kukuh dan kukuh. Jika anda baru memulakan
kerjaya anda, atau jika anda menukar bidang kerjaya, anda mungkin
mempertimbangkan jenis resume yang berlainan.
9
JENIS-JENIS RESUME
Resume Fungsian
Resume berfungsi memberi tumpuan kepada kemahiran
dan pengalaman anda, dan bukannya sejarah kerja
kronologianda. Daripada mempunyai bahagian "sejarah
kerja" di bahagian atas resume anda, anda mungkin
mempunyai bahagian "pengalaman profesional" atau
"pencapaian" yang menyenaraikan pelbagai kemahiran
yang telah anda usahakan selama bertahun-tahun.
Resume berfungsi juga kadang-kadang termasuk ringkasan
resume atau tajuk utama di atas, yang memperincikan
kemahiran dan pencapaian seseorang.
Resume berfungsi mungkin tidak termasuk sejarah
pekerjaan seseorang sama sekali, atau mungkin
mempunyai senarai ringkasan sejarah kerja di bahagian
bawah resume.
Resume fungsional digunakan paling sering oleh orang-
orang yang mengubah kerjaya atau yang mempunyai
jurang dalam sejarah pekerjaan mereka.
Ia juga berguna untuk orang yang baru untuk tenaga kerja,
mempunyai pengalaman kerja yang terhad, atau yang
mempunyai jurang dalam pekerjaan mereka . Dengan
menonjolkan kemahiran dan bukannya sejarah kerja,
seseorang dapat menekankan bahawa dia layak untuk tugas
itu. 10
JENIS-JENIS RESUME
Resume Gabungan
Resume gabungan adalah gabungan antara resume kronologi dan
resume berfungsi. Di bahagian atas resume adalah senarai
kemahiran dan kelayakan seseorang. Di bawah ini adalah sejarah
kerja kronologi seseorang. Walau bagaimanapun, sejarah kerja
bukan tumpuan resume, dan biasanya tidak mengambil banyak
ruang pada resume.
Dengan resume jenis ini, anda boleh menyerlahkan kemahiran yang
anda ada yang berkaitan dengan pekerjaan yang anda gunakan, dan
juga menyediakan sejarah kerja kronologi anda. Lagipun,
kebanyakan majikan mahu melihat sejarah kerja kronologi anda,
walaupun sejarah itu tidak terlalu luas.
Semakan jenis ini membantu anda menyerlahkan apa yang
membuat anda paling sesuai untuk pekerjaan itu, sambil
memberikan majikan semua maklumat yang dia mahu.
11
Butiran Penting Dalam Resume
01 KENYATAAN PERKARA
PERIBADI UTAMA
DALAM
03 RESUME
ANUGAERAH/P
ENCAPAIAN 02 MAKLUMAT
PERIBADI
05 BAHASA
04 KEMAHIRAN
PROFESIONAL
07 PENGLIBATAN 06 PENDIDIKAN
AKTIVITI
08 KELAYAKAN
09 RUJUKAN TEKNIKAL/KUR
SUS DIHADIRI
12
Perkara Utama Dalam Resume
KENYATAAN PERIBADI 01
Menyatakan permohonan kursusu/jawatan yang ingin dipohon.
Contohnya seperti IT, pensyarah atau pelatih industri dan sebagainya.
01 KENYATAAN PERIBADI
Keterangan tentang keperibadian diri atau harapan calon dalam
mendapatkan peluang temuduga. Contohnya:
“Saya mempunyai pengetahuan akademik dan teknikal yang kuat dalam
bidang Teknologi Maklumat. Berkemahiran dalam kejuruteraan
perisian, pengaturcaraan, pangkalan data, perlombongan data dan
kecerdasan buatan (AI). Saya juga telah diakui sebagai pelajar dan
penyelidik AI yang bersemangat ditambah dengan kebolehan berbilang
tugas. Suka bekerja dalam satu pasukan dan persekitaran yang mesra
dan boleh dipercayai dalam menyelesaikan tugas dalam jangka masa
yang ditetapkan.”
Tips: Kenyataan Peribadi terbaik perlu menyatakan :
• Pencapaian/Pengalaman
• Kelayakan
• Kemahiran
• Kenapa anda merupakan calon yang terbaik
13
Perkara Utama Dalam Resume
MAKLUMAT PERIBADI 02
Melibatkan data peribadi seperti nama penuh, nombor kad
pengenalan, tarikh lahir, alamat, talian telefon dan emel tetap yang
boleh dihubungi oleh panel penemuduga atau bakal majikan.
Nama Penuh
Gambar
No. KP
Alamat
No. Telefon
E-mel
14
Nama dan Pengenalan
• Pastikan nama penuh ditulis di resume dengan jelas dan
terang
(TULISAN HURUF BESAR)
ADAM FIRDAUS BIN ADAM AHMAD
Gambar
Tips: Gambar Resume
• Letakkan gambar anda di bahagian kanan atas resume anda.
• Pastikan anda meletakkan gambar yang profesional dan kemas
atau gaya korporat
• Gambar (mudah dikenal pasti) formal/korporat
• Gunakan gambar ukuran passport.
• Jangan sesekali menggunakan gambar yang kabur dan terlalu
santai seperti memakai baju-T lusuh dan tidak berkolar
15
Maklumat Peribadi
• Apakah maklumat yang perlu dinyatakan di bahagian Maklumat
Peribadi?
ALAMAT
01 Alamat terdekat dengan organisasi yang
anda pohon Sekiranya ada dua alamat tulis
kedua-duanya.
02
NO. TELEFON
No. telefon bimbit (jangan guna nombor
03 rumah)
ALAMAT EMEL
04 Guna emel yang kelihatan professional.
SOSIAL
Facebook, instagram, twitter, Web Address
16
Maklumat Peribadi
0134314211
adamfirdaus_aa@gmail.com
No 45, Jalan DS/2/5
Taman Damai Setia
06000 Jitra
Kedah
af.instagram.com/
fb.me/adamfirdaus
@adamfirdaus
Catalan :
Maklumat tambahan yang perlu dinyatakan :
Media Sosial – FB, Instagram, twitter
Web Address
Betul
adamfirdaus_aa@gmail.com
Salah
handsome_boy@gmail.com
17
Maklumat Peribadi (Lain-lain)
• Apakah maklumat yang perlu dinyatakan di bahagian Maklumat
Peribadi?
Jantina
Agama
Bangsa
Umur
Tarikh Lahir
Tempat Lahir
Status Perkahwinan
18
Perkara Utama Dalam Resume
ANUGERAH/PENCAPAIAN 03
Keterangan tentang anugerah dan pencapaian yang diterima calon.
Contohnya menerima Anugerah Pelajar Cemerlang bagi Semester 1 dan
2 dengan PNGK 3.98
• Jarang dapat dilihat resume yg
mempunyai
pencapaian/achievements.
• Memasukkan pencapaian/
achievements adalah cara yang
sangat berkesan untuk menarik
perhatian panel dan
menonjolkan lagi kemahiran
dan pengalaman anda.
• Tanya diri anda apakah
pencapaian/achievements anda.
Kejayaan/Pencapaian:
Aktiviti:
Aktiviti kokurikulum/persatuan/Kelab:
Keahlian dalam badan ikhtisas serta taraf keahlian:
19
Perkara Utama Dalam Resume
KEMAHIRAN PROFESIONAL 04
Keterangan tentang kemahiran calon dalam bidang jawatan yang
dipohon. Contohnya seperti kemahiran dalam baikpulih dan
penyelenggaraan komputer, kemahiran dalam perisian seperti Adobe
dan sebagainya.
Senaraikan skill atau kemahiran yang anda ada. Contoh : Microsoft
Word/Excel/Power Point, AutoCAD, etc
Anda juga boleh senaraikan kursus kemahiran yang pernah anda
ambil.
Kemahiran Komputer
Microsoft Office
Adobe Photoshop
AutoCAD
20
Perkara Utama Dalam Resume
BAHASA 05
Kefahaman dan kefasihan calon dalam bahasa utama. Contohnya
seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin.
Terdapat sebilangan syarikat atau industri yang menetapkan syarat
mahir bahasa tertentu bagi calon yang ingin memohon pekerjaan di
syarikat tersebut.
• Bahasa : Tips
English,
Malay, Pastikan anda memasukkan
Mandarin, kemahiran KHUSUS yang
Tamil, menunjukkan kredibiliti serta
Japanese, Iban, kepimpinan anda. Hanya
Dusun etc masukkan yang tertinggi dan
utama sahaja
Bahasa Komunikasi
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Jerman
21
Perkara Utama Dalam Resume
PENDIDIKAN 06
Maklumat tentang latar belakang pendidikan calon beserta tahun dan
institusi pendidikan yang dihadiri calon.
• Maklumat yang perlu ada:
– Ijazah
– Pengkhususan
– Nama Institusi
– Tahun
– Gred (Jika atas 3.0)
Catatan:
• Mulakan dengan tahap tertinggi
• Jika ada diploma atau ijazah tidak perlu lagi
pendidikan peringkat SPM
• Juga tidak perlu pendidikan rendah
(UPSR) dan menengah rendah (PMR)
Doktor Falsafah/Phd: 22
Ijazah Sarjana/Master:
Ijazah Sarjana Muda/Degree
Diploma/Matrikulasi
SPM
Perkara Utama Dalam Resume
PENDIDIKAN 06
• Nyatakan kelulusan tertinggi yang dimiliki
(Sebaiknya 3 kelulusan yang terkini)
• Kelulusan perlu mengikut turutan waktu yang diperoleh iaitu tarikh
mula dan akhir menuntut di institusi yang dinyatakan contoh:
2002 - 2005 Politeknik Kulim,
Kedah Diploma Kejuruteraan Elektrik
• Boleh paparkan bidang-bidang utama dan pelajaran elektif beserta
himpunan mata gred (CGPA) yang diperoleh
• Catatkan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum yang pernah diikuti
bagi menyokong kelulusan yang ada
• Catatkan kursus-kursus yang pernah diikuti sebagai bukti supaya
dapat menambahkan nilai diri kita dalam resume
PENDIDIKAN
Sijil Program Matrikulasi KPM
Kolej Matrikulasi Kedah Kementerian
Pendidikan Malaysia 2021
PNGK 4.00
Sijil Pelajaran Malaysia
SMK Jitra
2019
7A 1B 1C
23
Perkara Utama Dalam Resume 07
PENGLIBATAN AKTIVITI
Keterangan rekod penglibatan calon. Contohnya seperti menyertai
pertandingan, badan atau persatuan dan sebagainya.
• Senaraikan
persatuan/kelab yang
pernah anda sertai serta
jawatan
• Senaraikan kalau anda
pernah mewakili sekolah,
kolej, universiti, daerah dll
Pembimbing Rakan Sebaya Pengerusi 2019
Majlis Perwakilan Pelajar 2019
Jawatankuasa Minggu Suai Kenal Biro 2018
Jawatankuasa Perwakilan Asrama Akademik 2018
Biro Sukan 24
Biro
Multimedia
Perkara Utama Dalam Resume 08
KELAYAKAN TEKNIKAL/KURSUS DIHADIRI
Keterangan tentang kursus atau bengkel berkenaan bidang jawatan
yang dipohon. Contohnya Kursus Baikpulih Laptop, Kursus Bahasa
Inggeris, Bengkel Keusahawanan dan sebagainya
Bahagian ini boleh juga dimasukkan tentang pengalaman kerja calon
yang terdahulu sehingga kini, sekiranya berkaitan. Pengalaman kerja
yang berkaitan dapat memberi impak positif kepada majikan yang
menilai kerana dari segi ini, calon biasanya dianggap mempunyai
kelebihan kerana mempunyaia pengalaman kerja terutamanya jika
berkaitan dengan bidang jawatan yang dipohon oleh calon.
Nama Kursus:
Tarikh Aktiviti:
Nama Penganjur :
Pencapaian :
• Boleh bekerja dalam kumpulan atau secara individu
• Suka belajar perkara baharu
• Bertanggungjawab, suka membantu, bertolak ansur,
berdikari, kemahiran berkomunikasi serta boleh
memimpin dengan baik
25
Perkara Utama Dalam Resume
RUJUKAN 09
Keterangan tentang individu profesional yang dijadikan sebagai
sumber rujukan yang boleh dihubungi oleh pihak majikan sekiranya
ingin mendapatkan pengesahan berkenaan maklumat calon.
Rujukan : (2 orang) Nama :
Jawatan:
Nama : Alamat Pejabat:
Jawatan: No.Tel:
Alamat Pejabat: Alamat E-mel:
No.Tel:
Alamat E-mel:
Hafliza binti Halili Zuraida binti Illias
Pensyarah Pensyarah
Pengajian Am Matrikulasi Pengajian Am Matrikulasi
Kolej Matrikulasi Kedah Kolej Matrikulasi Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
06010 Changloon 06010 Changloon
Kedah Kedah
019-4443100 019-5723911
hafliza@kmk.matrik.edu.my mazlan@kmk.matrik.edu.my
26
Perkara Utama Dalam Resume
RUJUKAN 09
• Nyatakan dua orang yang • Catat nama penuh, alamat
boleh dihubungi untuk
rujukan. Biasanya lengkap, no telefon dan alamat
bos/supervisor tempat kerja
anda terdahulu beserta emel
dengan nombor telefon • Dapatkan persetujuan terlebih
pejabat
dahulu sebelum kita mencatat
• Bagi fresh Graduate, anda
boleh letakkan nama nama mereka.
Pensyarah anda berserta no • Mempunyai kedudukan tinggi
telefon (pejabat)
dalam jabatan/pegawai
divisyen A dan benar-benar
mengenali calon
• Kedua-duanya dapat
menyokong dan
menaikkan nama calon
27
CADANGAN
Selepas membaca dan memahami panduan ini, pelajar akan dapat
menggunakan panduan penulisan resume yang telah dikongsikan
seperti di atas bagi membantu pelajar untuk menghasilkan resume
yang baik dan berkualiti dalam persediaan untuk memohon kursus
pilihan masing-masing.
Pelajar disarankan untuk sentiasa mengamalkan tips penulisan
resume yang baik seperti berikut:
1. Memastikan resume ditulis berdasarkan fokus atau target kursus
yang bersesuaian dengan kelulusan calon.
2. Memastikan resume yang dihasilkan mampu menonjolkan
kekuatan dan kelebihan pelajar.
3. Resume yang dihasilkan hendaklah pendek, ringkas tetapi padat.
4. Elakkan kesilapan info atau butiran diri dalam resume.
5. Elakkan kesilapan tatabahasa dan ejaan dalam resume.
6. Hasilkan resume yang kemas dan bersih.
RUMUSAN
Penulisan resume biasanya dihasilkan berdasarkan sesuatu kaedah
dan format tertentu. Namun demikian, terdapat perbezaan antara
satu format resume dengan resume yang lain. Oleh itu,
perbincangan tentang penulisan resume di atas hanyalah sebagai
panduan asas yang boleh dijadikan panduan para pelajar.
Ringkasan Resume Terbaik
2-3
muka surat
sahaja
Penulisan Profil foto
Padat dan yang
Ringkat
kemas dan
sopan
Penggunaan Resume Penggunaan
emel Terbaik Kata Kunci
yang Betul
periodai
yang formal
Senarai Maklumat
pencapaian Peribadi
akademik
yang
tertinggi berkenaan
dahulu
sahaja
Objektif
Resume
yang
spesifik
RUJUKAN
Rujukan kerjaya (2015).
https://www.rujukankerjaya.com/pengenalan-resume-dan-
kepentingannya/ 13 Sept 2015
Pusat Pembangunan Karier Universiti Kebangsaan Malaysia
https://www.ukm.my/ukmkarier/perbezaan-antara-resume-dan-cv/
The balance careers https://www.thebalancecareers.com/cv-vs-
resume-2058495
https://resumetrendy.com/panduan-lengkap-menulis-resume/
Mawardi Yunus (2016). Apakah Itu Resume?
http://www.mawardiyunus.com/2013/06/apakah-itu-resume.html
Diyana Zahirah Jaafar (2021), Penulisan Ilmiah Penulisan Resume
Formar Artikel
https://www.academia.edu/38503637/PENULISAN_ILMIAH_Penuli
san_Resume_Format_Artikel
Sekian,
terima
kasih.