The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-78358588, 2021-10-22 07:47:26

BUKU PROGRAM MESY PIBG SKTM 2021

BUKU PROGRAM MESY PIBG SKTM 2021

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK MENEGON
BT 3 JALAN KOTA RAJA
41000 KLANG, SELANGOR

MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA & GURU

PIBG

KALI KE—45

TARIKH/HARI : 24.10.2021 (AHAD)
MASA : 10.00 PAGI

TEMPAT : YOUTUBE LIVE SK TELOK MENEGON

SENARAI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
1 ATURCARA MAJLIS 3
2 NOTIS MESYUARAT AGUNG 4
3 AGENDA MESYUARAT 5
4 KATA ALUAN GURU BESAR 6-7
5 KATA ALUAN YDP PIBG 8
6 AJK PIBG 2020/2021 9
7 MINIT MESYUARAT
8 PENYATA KEWANGAN 10-14
9 USUL DAN CADANGAN 15-18
10 JK KERJA MESYUARAT AGUNG 19-20
11 PENGHARGAAN
21
22

ATURCARA MAJLIS

10.00 pagi : Kehadiran dan pendaftaran ibubapa / penjaga atas talian
10.10 pagi : * Bacaan doa

* Tayangan Multimedia
* Ucapan Aluan Penasihat PIBG (Puan Adida binti Haidzir -

Guru Besar)
* Ucapan Aluan dan Perasmian Yang Dipertua PIBG

(En Shamsul Kamal bin Masood)
* Mesyuarat Agung Kali ke 45 Tahun 20/21
- Agenda Mesyuarat

• Ucapan YDP PIBG
• Laporan Setiausaha PIBG

-Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat
Agung PIBG kali ke 44
-Perkara-perkara berbangkit
-Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan dan
Sumbangan PIBG Tahun 2020
• Laporan oleh Bendahari PIBG
-Pembentangan Penyata Kewangan Tahun 2020
• Pembentangan usul-usul PIBG 2020/2021
• Ucapan penagguhan
11.45 pagi : Majlis bersurai

NOTIS MESYUARAT AGUNG

AGENDA MESYUARAT

BIL PERKARA

1 Ucapan Yang Dipertua PIBG
Laporan Setiausaha PIBG
- Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat
Agung PIBG kali ke 44

2
- Perkara-perkara berbangkit
- Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan dan
sumbangan PIBG Tahun 2020
Laporan oleh Bendahari PIBG

3 - Pembentangan Penyata Kewangan Tahun 2020

4 Pembentangan usul-usul PIBG 2020/2021

5 Ucapan Penagguhan

KATA ALUAN GURU BESAR

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum, dan salam sejahtera

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya
segala perancangan dan usaha yang jitu, maka Mesyuarat Agung Tahunan
PIBG kali ke-45 dapat diterjemahkan hari ini. Terima kasih kepada semua
ibu bapa yang dapat hadir pada hari ini ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan
komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah untuk
mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah
pelajar. Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan dan terima kasih kepada
semua guru yang berhempas pulas dan menunjukkan komitmen yang tinggi
dalam menjayakan majlis kali ini.

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025 telah menggariskan hala tuju penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam
3 gelombang iaitu Gelombang 1 (2013-2015) : Menyokong penglibatan ibu
bapa dan inisiatif sektor swasta, Gelombang 2 (2016-2020) : Memantapkan
penglibatan dan Gelombang 3 (2021-2025) : Menggalakkan lebih banyak
inovasi daripada sektor swasta.

Namun pada tahun 2020 dan 2021 menyaksikan negara telah
dilanda penularan wabak Covid-19. Persoalannya, adakah keadaan ini akan
membantutkan hala tuju pelibatan ibubapa dan sektor swasta terhenti begitu
sahaja? Sudah tentulah jawapannya tidak. Malah 3 gelombang yang telah
digariskan itu perlu dilaksanakan dengan lebih pantas demi memastikan
semua murid berpeluang untuk mengecapi kejayaan. Tiada sebarang istilah
halangan bagi kita dalam menempuh perjalanan membina kemenjadian
murid. Malah semua pihak termasuk sekolah, ibu bapa dan komuniti perlu
berinteraksi dalam memastikan kemenjadian murid dapat dicapai melalui
penyediaan persekitaran pembelajaran yang sesuai.

Umumnya mengetahui bahawa kefahaman sekolah menjadi
tempat pembelajaran murid sudah tidak relevan lagi malah proses
pembelajaran di rumah (PDPR) yang diperkenalkan oleh KPM mulai tahun
2020 mengukuhkan lagi kefahaman di atas.

KATA ALUAN GURU BESAR

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013, Ekshibit 7-11) menakrifkan sistem
pembelajaran ialah sesuatu proses pembelajaran boleh berlaku melangkaui
kawasan sekolah dan boleh berlaku di rumah dan dalam komuniti. Untuk itu,
sekolah mesti menyediakan jalinan hubungan kerja positif antara sekolah
dengan ibu bapa dan komuniti.

Kita perlu fahami bahawa apabila disebut Ekosistem
Pembelajaran ia bermaksud murid dapat merasai suasana dan ruang belajar
melalui teknologi, pandangan dunia, kuasai pemikiran kritikal, reflektif
pengalaman persekitaran murid, interaksi sosial seperti filem kehidupan,
talian internet, buku-buku, keluarga, kawan-kawan dan komuniti.

Oleh yang demikian, kemenjadian murid di atas boleh dipacu
secara komunikasi dua hala antara sekolah dengan kerjasama ibu bapa yang
dapat diterjemahkan melalui rasa tanggungjawab yang dikongsi bersama
antara ibu bapa dan guru bagi memastikan pembelajaran berkualiti untuk
murid, meningkatkan kesedaran ibu bapa dalam membantu pembelajaran
murid dan memperluaskan peranan ibu bapa sebagai rakan sekolah dalam
meningkatkan keberhasilan anak-anak mereka.

Manakala kemenjadian murid juga boleh dicapai secara
kerjasama sekolah dengan komuniti melalui rasa sukarela daripada
pertubuhan-pertubuhan dalam komuniti untuk menyediakan pelbagai
perkhidmatan dan memberi manfaat kepada sekolah setempat dan
menggalakkan pelibatan murid dalam pertubuhan dan aktiviti komunitserta
mendapat pengajaran penting melalui proses tersebut.

Akhir sekali, saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan
terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama yang baik
dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Hanya dengan kerjasama
semua pihak secara berterusan maka anak-anak didik sekolah ini dapat
terbina sebagai insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik dan
kokurikulum.
Sekian sahaja, saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah,
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.

KATA ALUAN YANG DIPERTUA PIBG

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, dengan rasa syukur saya dahulukan kehadrat Ilahi kerana
dengan keizinanNya dapat saya menitipkan sepatah dua kata diruangan ini sebagai
perkongsian bersama-sama dalam mendokong misi dan visi Sekolah Kebangsaan Telok
Menegon.

Syukur Alhamdulillah kerana nadi kita masih berdenyut dengan baik.
Pendemik Covid-19 menuntut kita semua untuk sama-sama berkorban secara total dalam
usaha menghapuskan ancaman virus ini. Marilah kita dengan suci hati dan ikhlas dalam
usaha murni ini, sekiranya ada sebarang kekurangan atau kelemahan dari aspek,peralatan,
komunikasi dan hebahan maklumat perlu sama-sama kita cuba tangani secara berhemah.

Saya selaku YDP PIBG sekolah ini, sangat-sangat berterima kasih atas
segala kerjasama, sumbangan idea dan tenaga yang diberikan oleh pihak pengurusan
sekolah, guru-guru dan kakitangan serta ibu bapa, waris/penjaga yang sentiasa sama-
sama senang,sama-sama susah dalam menjayakan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh
PIBG. Saya tahu bukan mudah untuk guru-guru mengorak langkah dalam melaksanakan
PdPR yang berkesan pada setiap masa tetapi saya percaya semuanya boleh diatasi jika
kita bergerak sederap bersama seiring dengan slogan sekolah ‘Usaha Hingga Jaya’

Akhir bicara,sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada
semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.
Mudah-mudahan pengorbanan dan niat murni kita semua membuahkan kejayaan kepada
anak-anak SKTM.

Sekian, terima kasih.

AJK PIBG 2020/2021

Penasihat : Pn Adida binti Haidzir (Guru Besar SKTM)

Yang Dipertua : Encik Shamsul Kamal Bin Masood
Naib Yang Dipertua : Encik Nor Amri Bin Sulaiman
Setiausaha : Encik Mohd Farid Bin Ahmad
Bendahari : Puan Siti Asmah Binti Waziri

AJK Ibu-bapa 1. Encik Hamidi Shariff
2. Ustaz Ruzain Syukur
3. Puan Zaleha
4. Puan Nor Azimah
5. Encik Idris
6. Encik Zakaria

AJK Guru 1. Encik Mohd Saufi bin Che Kar
2. Puan Hana binti Abd Shukur
3. Puan Puvaneswari a/p Arumugam
4. Puan Sharifah Hanum binti Abd Jalil
5. Encik Mohd Harison bin Othman
6. En Salim bin Mat Sah

Pemeriksa kira-kira : Puan Asma Irana (Ibu bapa)
Puan Siti Nurbaya binti Wahmin(Guru)

MINIT MESYUARAT PIBG KE - 44

MINIT MESYUARAT PIBG KE - 44

MINIT MESYUARAT PIBG KE - 44

MINIT MESYUARAT PIBG KE - 44

MINIT MESYUARAT PIBG KE - 44

PENYATA KEWANGAN

PENYATA KEWANGAN

PENYATA KEWANGAN

PENYATA KEWANGAN

USUL DAN CADANGAN

NAMA WARIS USUL / CADANGAN
1. NUR ALYAA AQILAH Saya cadangkan pihak sekolah periksa status
BINTI AZLAN vaksinasi ibu bapa pelajar yang akan datang ke
sekolah sekiranya sekolah
2. NORIZURAH BINTI di buka nanti
SAMAT Tingkatkan SOP ketika sekolah dibuka nanti.
3. HASBULLAH ZSA ZSA
KHASSOGGI BIN 1)Saya mencadangkan pihak sekolah
MUSTAPAH mengadakan sistem maklumat sejarah vaskinasi
murid, bermaksud data vaksinasi ibu bapa atau
penjaga, ahli keluarga yang lain. Ini dapat
memberi pencegahan awal sekiranya murid dari
keluarga yang status nya berisiko tinggi.(maaf
tiada niat utk mendiskriminasi murid)

4. HASRIMIN BIN KANIS 2)Mengenal pasti dan memberi bantuan
sewajarnya bagi murid yang terkesan dari PKP.
5. SUZI BT MOHAMED
SAHARI Saya cadangkan Mesyuarat Agung dalam talian
adalah baik.

Jika sekolah dibuka nanti, diharap dapat dibuat
secara penggiliran.Tidak seperti sebelum ini.

USUL DAN CADANGAN

NAMA WARIS USUL / CADANGAN
6. MOHD HASHIR BIN Saya cadangkan vaksin sebelum kelas
MOHD YUSOP persekolahan dibuka

7. ROSIA ANAK NYIDEN Keselamatan murid-murid sekolah

SENARAI JK KERJA MESYUARAT
AGUNG PIBG

Penasihat : Puan Adida binti Haidzir (Guru Besar)
Pengerusi : Encik Shamsul Kamal bin Masood (YDP PIBG)
Setiausaha : Encik Mohd Farid bin Ahmad (Setiausaha PIBG)
Bendahari : Puan Siti Asmah binti Waziri (Bendahari PIBG)

Pengacara Majlis : Encik Amran bin Abdul Rahman

Bacaan Doa : Encik Wan Mohd Zairy bin Wan Salleh

Jemputan dan Banner : Encik Faizal bin Yeop

Buku Program : Cik Nur Shazwani binti Che Azman

Cik Haeidatul Nashrah binti Hassan

Cik Aina Fatini binti Ahmad Fakhruradzi

Pendaftaran : Puvaneswari a/p Arumugam

Teknikal/Multimedia : Encik Azreen bin Che Min

PENGHARGAAN

Yang Dipertua
dan Ahli Jawatankuasa PIBG
SK Telok Menegon merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada:

Guru Besar,
Penolong-penolong Kanan dan

Guru-guru serta Staf
SK Telok Menegon,
Semua waris yang telah memberi kerjasama dan
sumbangan dalam menjayakan majlis ini

serta

Semua pihak yang terlibat dalam membantu kami dari
segi kewangan,material dan sokongan moral dalam
melaksanakan mesyuarat ini dengan jayanya.

Semoga Tuhan memberi keberkatan
atas segala usaha kita.


Click to View FlipBook Version