The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sekolah-94, 2022-12-12 09:09:01

KERTAS KERJA KARNIVAL EKSPLORASI STEM

KERTAS KERJA KARNIVAL EKSPLORASI STEM

SEKOLAH KEBANGSAAN SETAPAK
Jalan Chan Chin Mooi
Off Jalan Pahang
53200 Kuala Lumpur

KERTAS KERJA
KARNIVAL EKSPLORASI SAINS, TEKNOLOGI,
ENGINEERING (KEJUTERAAN) DAN MATEMATIK

(STEM)
2022

06 DISEMBER 2022 (SELASA)
HINGGA

09 DISEMBER 2022 (JUMAAT)

Anjuran:
PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

SEKOLAH KEBANGSAAN SETAPAK

Dengan Kerjasama:
Panitia Sains, Panitia Matematik dan Kelab STEM

1. PENDAHULUAN

STEM merujuk kepada dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah untuk
meningkatkan daya saing dalam bidang Sains serta Teknologi kepada murid-murid.
Ini termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 yang
menekankan pendidikan STEM di peringkat sekolah melalui aktiviti kurikulum dan
kokurikulum dengan sokongan menerusi pelbagai pihak berkepentingan.

Karnival Eksplorasi Sains, Teknologi, Engineering (Kejuteraan) dan Matematik
(STEM) merupakan satu program yang dirangka oleh Panitia Reka Bentuk dan
Teknologi dengan kerjasama daripada Panitia Sains, Panitia Matematik dan Kelab
STEM bagi memberikan pendedahan kepada warga Sekolah Kebangsaan Setapak,
khususnya kepada murid-murid tentang kepentingan Pendidikan STEM.

2. RASIONAL

Rasional Karnival Eksplorasi STEM ini diadakan bertujuan untuk memberikan
pendedahan kepada murid-murid tentang kepentingan dan keseronokan pendidikan
STEM. Melalui program ini juga, murid-murid akan diberikan pendedahan tentang
Pendidikan STEM melibatkan Sains, Teknologi, Kejuteraan dan Matematik.

Murid-murid Tahap 1 akan diperkenalkan dengan subjek Reka Bentuk dan
Teknologi yang dipelajari oleh murid Tahap 2. Murid-murid akan didedahkan dengan
tema-tema berkaitan RBT dan aplikasi yang akan digunakan melalui aktiviti dan
pertandingan yang dirancang.

Pelbagai aktiviti dan pertandingan akan dijalankan, dan ini dapat memberikan
pendedahan murid-murid tentang reka bentuk, pengaturcaraan, eksperimen dan
penyelesaian masalah. Murid-murid dapat mengaplikasikan Pemikiran
Komputasional dan Pemikiran Kritis dan Kreatif sepanjang Karnival Eksplorasi
STEM dilaksanakan.

3. MATLAMAT

Untuk menarik minat murid-murid terhadap subjek Reka Bentuk dan
Teknologi, Sains dan Matematik selain mengaplikasi kemahiran pemikiran
komutasional dan pemikiran kritis dan kreatif dalam kehidupan seharian. Juga
sebagai pendedahan kepada murid-murid berkaitan Pendidikan STEM dan subjek
Reka Bentuk dan Teknologi bagi murid tahap 1.

4. OBJEKTIF

4.1. Menarik minat murid-murid terhadap subjek Reka Bentuk dan Teknologi, Sains dan
Matematik melalui aplikasi pendidikan STEM.

4.2. Memperkenalkan murid Tahap 1 dengan subjek Reka Bentuk dan Teknologi.
4.3. Mendedahkan murid-murid dengan Pendidikan STEM.

2

4.4. Mengentengahkan pengaplikasian pendidikan STEM dalam kehidupan seharian
melalui pelbagai medium program dan pertandingan.

4.5. Meneroka kreativiti murid-murid dalam pengaplikasian pendidikan STEM dalam
sesuatu pertandingan atau aktiviti.

5. TARIKH PROGRAM/ AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Tarikh : 06 Disember 2022 (Selasa) sehingga 09 Disember 2022 (Jumaat)
Masa : Sepanjang tempoh program (4 hari)
Tempat : SK Setapak, Kuala Lumpur

6. KUMPULAN SASARAN
Semua murid Prasekolah, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Perdana.

7. TENTATIF

7.1. MAJLIS PELANCARAN KARNIVAL EKSPLORASI STEM 2022
(06 DISEMBER 2022 – SELASA)

7:30 pagi • Murid-murid dan guru-guru berkumpul di dewan
7:40 pagi • Ketibaan tetamu dan para pentadbir
7:50 pagi • Ucapan alu-aluan pengerusi majlis

7:55 pagi (Puan Nor Hazwani binti Ahmad)
• Bacaan doa
8:00 pagi
(Ustaz Mohd Hazrol Shahril bin Hasan)
8:10 pagi • Ucapan alu-aluan Penasihat Program
8:20 pagi
(Puan Halimah binti Ahmad, Guru Besar SK Setapak)
• Perasmian oleh Puan Halimah binti Ahmad
• Gimik perasmian
• Majlis bersurai

7.2. MAJLIS PENUTUPAN KARNIVAL EKPLORASI STEM 2022
(09 DISEMBER 2022 – JUMAAT)

8:10 pagi • Murid-murid dan guru-guru berkumpul di dewan
8:20 pagi • Ketibaan tetamu dan para pentadbir
8:30 pagi • Ucapan alu-aluan pengerusi majlis

8:40 pagi (Puan Rohaniah binti Markaban)
• Bacaan doa
8:50 pagi
9:00 pagi (Ustaz Mohd Hazrol Shahril bin Hasan)
9:30 pagi • Persembahan murid
• Penyampaian hadiah
• Bersurai

3

8. AHLI JAWATAN KUASA INDUK

Penasihat: Puan Halimah binti Ahmad
(Guru Besar SK Setapak)

Pengerusi: Puan Khairiah Affidah binti Ahmad Shaari
(GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 1: Encik Ade Irwan bin Zakaria
(GPK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 2: Cik Norida binti Ujang
(GPK Kokurikulum)

Naib Pengerusi 3: Encik Amran bin Yusof
(GPK Program Pendidikan Khas Integrasi)

Penyelaras: Encik Mohd Najib bin Ab Ghani
(Ketua Panitia Reka Bentuk dan Teknologi)

Setiausaha: Puan Syahidatul Fadzlina binti Jamaluddin
(Penyelaras Kelab STEM)

AJK: • Puan Syazlizawati binti Ahmad
(Ketua Panitia Sains)

• Puan Fazidah binti Razali
(Ketua Panitia Matematik)

• Puan Nur Zuraidah binti Abdul Rahman
(Guru Matematik)

• Cik Jayuvitra Naidu a/p Thiribuvan Naidu
(Guru Kelab STEM)

• Puan Nurul Afni Astriani binti Lim
(Ketua Panitia Sains Sosial dan Alam Sekitar PPKI)

• Encik Shahrul Husni bin Sulaiman
(Guru Sains dan Matematik)

• Encik Mohamad Khadry bin Mustafa
(Guru Sains)

• Encik Ahmad Razani bin Yah
(Ketua Panitia Matematik PPKI)

• Encik Muhammad Zaki bin Sahari
(Ketua Panitia Teknologi Maklumat dan Komunikasi PPKI)

4

9. JAWATAN KUASA PELAKSANA

BIL JAWATAN KUASA TUGAS
1 Bacaan Doa
- Menyediakan bacaan doa yang sesuai
1. Encik Mohd Hazrol Shahril bin dengan majlis.
Hasan
- Memimpin bacaan doa ketika majlis

2 Jurufoto dan Video
- Merakam gambar/ video yang

1. Encik Mohamad Sofi bin Japri bersesuaian dengan aktiviti sepanjang
(K) Karnival Eksplorasi STEM

2. Encik Muhammad Amirul
Haqqim bin Mohammad Yusaini - Berkongsi semua gambar dan

3. Puan Nurhusna binti Sharudin videomenerusi Telegram Sekolah
(PPKI)

4. Puan Norfazilah binti Mat Arof
(Prasekolah)

3 Pengacara Majlis

- Menyediakan teks pengacaraan yang

1. Puan Nor Hazwani binti Ahmad sesuai untuk semua majlis

(Pelancaran)

2. Puan Rohaniah binti Markaban - Menjadi perantara majlis bermula

(Penutupan) hingga tamat dan menceriakan majlis

4 Siaraya

- Menyediakan kelengkapan PA Sistem

1. Encik Muhammad Zaki bin

Sahari (K) - Memastikan set PA Sistem disimpan

2. Encik Mohd Azman bin Saleh rapi

- Menyediakan lagu yang bersesuaian
dengan majlis

5 Persiapan tempat

- Menyusun kerusi dan meja di dewan

1. Encik Shahrul Husni bin

Sulaiman (K) - Menyimpan dan mengemas semula

2. Encik Muhammad Syukran bin peralatan dan perabot setelah selesai

Rosli majlis

5

3. Encik Badrim bin Zainudin - Menyediakan label kedudukan kerusi
4. Encik Alif Asyraf bin Arani VIP

- Menyediakan peralatan dan meja untuk
jemputan

6 AJK Hadiah

- Menyediakan hadiah-hadiah yang akan

1. Puan Syazlizawati binti Ahmad disampaikan, label dan semak hadiah

(K) yang diserahkan oleh pembekal.

2. Puan Nor Baiah binti Mat Nor

3. Cik Rubiah binti Yusof - Mendapatkan senarai nama lengkap

4. Puan Junaidah binti Sulaiman penerima hadiah daripada penyelaras

5. Puan Hajah Marini binti Hassan majlis

Hilmi

- Menguruskan hadiah dan memastikan

penyampaian hadiah berjalan lancar

- Menyediakan dulang dan pelapik
dulang. Pastikan semua peralatan
dikemas semula dan sekiranya murid
tidak hadir, hadiah diserahkan kepada
guru kelas.

7 Gimik dan Pelancaran

- Merancang gimik dan menyediakan

1. Puan Nur Zuraidah binti Abdul peralatan

Rahman (K)

2. Puan Norhazratul Naim binti - Memastikan kelancaran gimik

Zainordin bersesuaian dengan majlis

8 Backdrop dan Pentas

- Menghias pentas di dewan mengikut

1. Encik Ahmad Razani bin Yah tema yang sesuai

(K)

2. Puan Nor Akmar Molek binti - Menyediakan banting semasa majlis

Hussin pelancaran dan penutup

3. Puan Samratul Fauza binti

Saidin - Memastikan semua peralatan dan

4. Puan Nurul Syafiqah binti Mohd hiasan pentas disimpan semula di

Zainudin tempat yang disediakan

6

9 Buku Program
- Menyediakan buku program dan

1. Puan Nurul Afni Astriani binti mengedarkan kepada barisan
Lim pentadbir dan guru-guru

2. Puan Suhaili binti Md Yusof

10 Disiplin & Kebersihan

- Memastikan dewan sentiasa dalam

1. Encik Mohamad Khadry bin keadaan bersih dan tiada sebarang

Mustafa sampah dan kekotoran di tempat majlis

2. Encik Mohd Hazrol Shahril bin sebelum, semasa dan selepas.

Hasan

3. Puan Siti Zuraini binti Ibeni - Memastikan disiplin murid berada

Hajar dalam keadaan baik sepanjang majlis.

11 AJK Sambutan

- Membuat persiapan sambutan untuk

1. Puan Fazidah binti Razali (K) jemputan luar semasa majlis

2. Puan Nur Azliza binti Abu Bakar pelancaran dan penutupan

12 Pengurus Pemenang

- Mengumpul semua nama pemenang

1. Cik Jayuvitra Naidu a/p bagi setiap pertandingan

Thiribuvan Naidu (K)

2. Cik Nur Amirah Shuhada binti - Menyusun pemenang semasa majlis

Mohd Zain penyampaian hadiah

3. Puan Norbaizura binti Othman

(PPKI)

4. Puan Nurnafizah binti Adnan

(Prasekolah)

13 Dokumentasi

- Menyediakan dokumentasi Karnival

1. Puan Syahidatul Fadzlina binti Eksplorasi STEM 2022 dan

Jamaluddin menyerahkan kepada Unit Kurikulum,

Unit Kokurikulum dan Ketua Panitia

yang terlibat.

7

10. AKTIVITI-AKTIVITI YANG AKAN DILAKSANAKAN

MASA SELASA (06 DISEMBER 2022) CATATAN
7:40 pagi – 8:20 pagi AKTIVITI
Semua murid, guru,
10:00 – 10:30 pagi Majlis Pelancaran Karnival •
Eksplorasi STEM dan PPM terlibat
10:30 pagi – 11:30
pagi • Tempat: Dewan Sri

10:30 pagi – 11:30 Setapak
pagi
Taklimat Binaan Tangram • Murid pra, PPKI dan
10:30 pagi – 12:00
tengah hari murid Tahap 1

10:30 pagi – 11:00 • Tempat: Dewan Sri
pagi
Setapak
11:00 pagi – 12:30
tengah hari • Tindakan:

Puan Syahidatul

Fadzlina

Mari Membina Tangram! • Murid pra sekolah
Tema: Haiwan •
Tempat: Pra Sekolah

Ceria

Tindakan:

1. Puan Nur Fazilah

2. Puan Nurnafizah

Mari Membina Tangram • Murid PPKI
Tema: Haiwan (Tahap 1) •
Tema: Binaan (Tahap 2) Tempat: Kelas masing-

Mari Membina Tangram • masing
Tema: Haiwan dan binaan •
(Aktiviti berpasangan) • Tindakan:

Taklimat Binaan Helikopter • Guru mata pelajaran

• Murid Tahap 1

Tempat: Kelas masing-

masing

Tindakan:

1. Guru mata pelajaran

Murid Tahap 2

Tempat: Dewan Sri

Setapak

Tindakan:

Puan Syahidatul

Fadzlina

Binaan Helikopter • Murid Tahap 2
(Aktiviti berpasangan) •
Tempat: Kelas masing-

masing

Tindakan:

1. Guru mata pelajaran

8

RABU (07 DISEMBER 2022)

MASA AKTIVITI CATATAN
8:10 pagi – 9:40 pagi Murid Tahap 1
Permainan Jom Coding! • (mengikut giliran; 30
minit setiap aliran)
(Aktiviti berkumpulan; 4 orang) Tempat: Dewan Sri
Setapak
• Tindakan:
1. Guru mata pelajaran


10:30 pagi – 11:00 Taklimat Pembinaan Projek • Murid Tahap 2
pagi (Aktiviti berkumpulan: 4 orang) • Tempat: Dewan Sri

Setapak
• Tindakan:

1. Puan Syahidatul
Fadzlina

2. Encik Mohd Najib
3. Guru mata pelajaran

11:00 pagi – 12:30 Pembinaan Projek • Murid Tahap 2
tengah hari • Tempat: Dewan Sri

Setapak
• Tindakan:

1. Encik Mohd Najib
2. Puan Syahidatul

Fadzlina
3. Guru mata pelajaran

9

KHAMIS (08 DISEMBER 2022)

7:40 pagi – 8:10 pagi Taklimat Tangan Robotik • Tahap 2
Tempat: Dewan Sri
• Setapak
Tindakan:
• 1. Puan Syahidatul

Fadzlina
2. Guru Kelab STEM
3. Guru mata pelajaran

8:10 pagi – 8:40 pagi Permainan Jom Coding! • Murid PPKI
• Tempat: Dalam kelas
8:10 pagi – 10:10 Pembinaan Tangan Robotik
pagi masing-masing
• Tindakan: Guru mata

pelajaran

• Tahap 2
• Tempat: Kelas masing-

masing
• Tindakan:

1. Guru mata pelajaran

8:10 pagi – 1:00 Hands-On Time! • Semua murid (mengikut
tengah hari jadual)

• Tempat; Dewan Sri
Setapak

• Tindakan:
1. Guru kelab STEM
2. Guru mata pelajaran

8:10 pagi – 9:30 pagi JUMAAT (09 DISEMBER 2022) Semua murid
Penutupan Karnival Eksplorasi • Tempat: Dewan Sri
Sains dan Penyampaian Hadiah • Setapak
Tindakan: Semua guru


10

11. ANGGARAN PERBELANJAAN

SUMBER:

PCG REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI DAN PCG TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI

BIL PERKARA BIL. TEMPAT HARGA
1 Pertandingan Binaan Tangram HADIAH (RM)

Pra sekolah: 1 Johan
- Alat tulis RM 5.00 x 1 = RM 5.00 1 Naib Johan RM 10.60
- Alat tulis RM 3.00 x 1 = RM 3.00 1 Tempat ke-tiga
- Alat tulis RM 2.60 x 1 = RM 2.60

PPKI: 6 Johan
- Alat tulis RM 5.00 x 6 = RM 30.00 6 Naib Johan RM 63.60
- Alat tulis RM 3.00 x 6 = RM 18.00 6 Tempat ke-tiga
- Alat tulis RM 2.60 x 6 = RM 15.60

Tahap 1: 6 Johan
- Alat tulis RM 5.00 x 6 = RM 30.00 6 Naib Johan RM 63.60
- Alat tulis RM 3.00 x 6 = RM 18.00 6 Tempat ke-tiga
- Alat tulis RM 2.60 x 6 = RM 15.60

JUMLAH RM 137.80

2 Pertandingan Jom Coding!

PPKI: 6 Johan
- Alat tulis RM 5.00 x 6 = RM 30.00 6 Naib Johan RM 63.60
- Alat tulis RM 3.00 x 6 = RM 18.00 6 Tempat ke-tiga
- Alat tulis RM 2.60 x 6 = RM 15.60

Tahap 1:

- Alat tulis RM 5.00 x 12 = RM 60.00 12 Johan

- Alat tulis RM 3.00 x 12 = RM 36.00 12 Naib Johan RM 126.00

- Alat tulis RM 2.50 x 12 = RM 30.00 12 Tempat ke-tiga

JUMLAH RM 189.60

11

3 Pertandingan Helikopter

Tahap 2: 6 Johan
- Alat tulis RM 5.00 x 6 = RM 30.00
- Alat tulis RM 3.00 x 6 = RM 18.00 6 Naib Johan RM 63.00
- Alat tulis RM 2.50 x 6 = RM 15.00
6 Tempat ke-tiga

JUMLAH RM 63.00

4 Binaan Tangan Robotik

Tahap 2: 6 Johan RM 63.00
- Alat tulis RM 5.00 x 6 = RM 30.00
- Alat tulis RM 3.00 x 6 = RM 18.00 6 Naib Johan
- Alat tulis RM 2.50 x 6 = RM 15.00
6 Tempat ke-tiga

JUMLAH RM 63.00

5 Hands-On Time!

Saguhati: 21 Saguhati RM 52.50
- Alat tulis RM 2.50 x 21 = RM 52.50
JUMLAH RM 52.50
6 Projek RBT

Tahun 4: 2 RM 136.00
Produk bertemakan rantai kunci
bunga kain
- 1 set (40 unit) RM 68.00 x 2 =
RM 136.00

Tahun 5: 2 RM 256.00
Jahitan Pelapik Cawan
- 1 set (30 unit) RM 128.00 x 2 =
RM 256 .00

Tahun 6: 1 RM 165.89
Model Mesin Vakum Pembersih
- 1 set (20 unit) RM 165.89 x 1 = JUMLAH RM 557.89
RM 165.89 RM 120.00 RM 120.00

6 Banner 1 JUMLAH RM 1183.79
- 1 x RM 120.00 RM 617.90
Rm 565.89
PERBELANJAAN: 12
1.PCG REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
2.PCG TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

12. PENUTUP

Diharapkan segala perancangan dan pelaksanaan Karnival Eksplorasi STEM
peringkat sekolah pada tahun ini akan dapat dijalankan dengan lancar serta
mencapai objektifnya. Semoga semua murid SK Setapak akan dapat meningkatkan
kemahiran dan pengetahuan dalam Pendidikan STEM.

Disediakan oleh: Disemak oleh,

(SYAHIDATUL FADZLINA BINTI (KHAIRIAH AFFIDAH BINTI
JAMALUDDIN) AHMAD SHAARI)
Setiausaha Karnival Ekplorasi STEM, GPK Pentadbiran,
SK Setapak, Kuala Lumpur SK Setapak, Kuala Lumpur

Tarikh: ________________________ Tarikh: ______________________

KELULUSAN PERMOHONAN
Permohonan yang dikemukakan melalui kertas kerja ini diharapkan mendapat perhatian dan
pertimbangan yang sewajarnya bagi memastikan semua murid dapat diberikan pendedahan
berkaitan Pendidikan STEM, dan secara khususnya dapat menarik minat murid-murid
terhadap subjek Reka Bentuk dan Teknologi, Sains dan Matematik.

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

……………………………..

(HALIMAH BINTI AHMAD)
Guru Besar,
SK Setapak, Kuala Lumpur
Tarikh: ________________________

13


Click to View FlipBook Version