PERTANDINGAN MEWARNA TAHAP 1
1. Terbuka kepada murid-murid Tahap 1
2. Gambar boleh diwarnakan menggunakan media kering
atau media basah.
3. Penggunaan kepelbagaian ton warna akan diambil
kira dalam pemarkahan.
4. Gambar disediakan oleh guru Panitia Pendidikan Seni
Visual
PERTANDINGAN MELUKIS POSTER TAHAP 2
1. Terbuka kepada murid-murid Tahap 2
2. Murid-murid perlu melukis poster berdasarkan tema
Hari Kebangsaan. Masukkan elemen kepelbagaian
kaum dan kebudayaan
3. Gunakan media basah atau media kering.
4. Gunakan kertas lukisan bersaiz separuh A3.
5. Perkataan-perkataan yang digunakan dalam poster
perlu terang, jelas, dan bersesuaian dengan tema Hari
Kebangsaan (gunakan warna kontra untuk
menunjukkan unsur penegasan)
PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS “SEMARAK PATRIOT ISME
1. Semua kelas Tahun 1 hingga Tahun 6
2. Hadiah terbahagi 2 tahap Tahap 1 dan tahap 2
3. Tempat pertama hingga ketiga Tahap 1dan tempat
pertama hingga ketiga Tahap 2
4. Juri dan hakim pertandingan adalah pihak pentadbir
dan ajk guru.
5. Keceriaan kelas dinilai pelbagai aspek terutama
semarak patriotism dan sangat menitikberatkan
keadaan kondusif dan selesa.
6. Hakim akan menilai pada minggu terakhir antara 12
September hingga 14 September 2022. Keputusan hakim
adalah muktamad.
PERTANDINGAN KAYUHAN MERDEKA BASIKAL BERHIAS
1. Terbuka Kepada Guru,staf Dan Murid-murid Setora Tahap
1&2
2. Murid Diminta Memakai T-shirt Rumah Sukan Masing-
masing Sewaktu Pertandingan Diadakan.
3. Dilakukan Secara Santai. Hiasan Basikal Bertemakan
Bulan Kemerdekaan.
4. Basikal Yang Digunakan Adalah Milik Sendiri Di Bawa
Ke Sekolah
4. Kreativiti Hiasan Basikal Adalah Dibenarkan Dan
Markah Dikira.
5. Acara Pertandingan Dijalankan Di Bermula Di Dataran
Ke Teluk Cempedak Trek Mengikut Laluan Merentas Desa.
6. Guru Boleh Terlibat Bersama Murid Untuk Kayuhan
Merdeka.
7. Kepada Yang Berminat, Sila Beri Nama Kepada Guru
Kelas Masing-masing Selewat-lewatnya Pada 29 Ogos 2022
PERTANDINGAN PAKAIAN TRADISONAL PELBAGAI KAUM
1. Murid boleh menggayakan pakaian tradisional yang
menunjukkan kaum dan etnik di Malaysia termasuk
Sabah dan Sarawak.
2. Penggunaan aksesori yang bersesuaian akan diberi
markah bonus.
3. Murid perlu menggayakan pakaian tradisional sewaktu
pertandingan.
4. Gambar-gambar pemenang akan dipamerkan di Galeri
Sejarah sekolah kelak.
5. Murid-murid boleh menggayakan pakaian tradisional
kaum dan etnik selain kaum sendiri.
6. Pertandingan dijalankan pada hari penutupan bulan
kemerdekaan 15 September 2022.
PERTANDINGAN EKPLORASI MERDEKA
1. Setiap unit uniform perlu menghantar 2 pasukan (1
pasukan 5 orang)
2. Pemilihan murid terpulang kepada guru pemimpin
masing-masing.
3. Boleh menghantar murid lelaki sahaja atau perempuan
sahaja atau campur lelaki dan perempuan.
4. Soalan-soalan dan cabaran bertemakan cintakan
sekolah dan tanah airku.
5. Pertandingan akan diadakan pada 14 September 2022
dan masa pertandingan adalah 12:30 tengahari hingga
2:30 petang.
6. Nama pasukan setiap unit beruniform hendaklah
dihantar kepada Cikgu Hasnorsani (GPM) selewat-
lewatnya 12 September 2022.
PERTANDINGAN DUET PATRIOT IK
1. Terbuka kepada murid-murid Tahap 1 danTahap
2. Murid-murid perlu mendaftar nama untuk menyertai
pertandingan,
3. Peringkat saringan akan dilaksanakan oleh guru mata
pelajaran muzik di dalam kelas
4. Peringkat akhir Duet Patriotik adalah pada 13
September 2022 (Selasa).
5. Digalakkan menggunakan minus-one.
PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK
1. Syarat pertandingan mestilah bertemakan bulan
kemerdekaan.
2. Masa yang diperuntukkan adalah 3 hingga 5 minit.
3. Iringan muzik dibenarkan.
4. Setiap kelas menghantar 2 orang wakil.
5. Hanya 5 orang pemenang akan dipilih.
6. Pakaian boleh mengikut tema kemerdekaan dan
kreativiti masing-masing
7. Pertandingan dijalankan pada 30 Ogos 2022 setelah
waktu rehat murid bersama ajk yang terlibat sahaja.
PERTANDINGAN MEWARNA,DEKLAMASI SAJAK DAN MENULIS
ESEI BAHASA CINA (PANITIA BAHASA CINA)
1. Terbuka kepada murid Bahasa cina sahaja.
2. Dipertandingkan di dalam kelas/bilik Bahasa cina.
3. Tarikh pertandingan dijalankan adalah pada 22 Ogos
hingga 29 Ogos 2022
PERTANDINGAN KOIR PATRIOTIK (KELAB SENI DAN
KEBUDAYAAN)
1. Persembahan hanya melibatkan lagu patriotik sahaja.
2. Masa yang diperuntukkan tidak lebih daripada 5 minit.
3. Setiap kelas perlu menghantar 20 orang peserta.
4. Bagi setiap tahun hanya dipilih satu pemenang sahaja.
5. Guru kelas dikehendaki terlibat melatih koir patriotic
tersebut.
6. Digalakkan menggunakan minus-one.
7. Pertandingan diadakan pada 12 September 2022.