The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-48150564, 2023-08-22 05:34:01

AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN SETORA 2023

AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN SETORA 2023

PERATURAN PERTANDINGAN PERTANDINGAN MENGHASILKAN LOGO HARI KEBANGSAAN (PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL) 1. Di bawah kelolaan KP PSV, Puan Norlia binti Zainal Abidin 2. Terbuka kepada murid-murid Tahap 1 3. Logo Hari Kebangsaan perlu diwarnakan menggunakan teknik kolaj. 4. Gambar logo akan disediakan oleh panitia PSV. Kertas warna, gam, gunting dan bahan-bahan perlu disediakan oleh murid sendiri. 5. Kekemasan dan ketepatan pemilihan warna akan diambil kira dalam pemarkahan. 6. Pertandingan dijalankan pada waktu Pdpc PSV dan pemenang dipilih oleh guru subjek sendiri. PERTANDINGAN POSTER HARI KEBANGSAAN (PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL) 1. Di bawah kelolaan KP PSV, Puan Norlia binti Zainol Abidin. 2. Terbuka kepada murid-murid Tahap 2 3. Murid-murid perlu menghasilkan poster berdasarkan tema Hari Kebangsaan 2023. 4. Peserta perlu mengaplikasikan gabungan teknik menggambar(lukisan), teknik montaj dan satu teknik pilihan yang lain. Contoh catan, gosokan, mozek dan sebagainya. 5. Kertas lukisan akan disediakan namun bahan-bahan lain perlu disediakan sendiri oleh murid-murid . 6. Perkataan-perkataan yang digunakan dalam poster perlu terang, jelas, dan bersesuaian dengan tema Hari Kebangsaan (gunakan warna kontra untuk menunjukkan unsur penegasan)


PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS ‘Riang Ria Jalur Gemilang’ (PANITIA SEJARAH) 1. Di bawah kelolaan KP Sejarah, Puan Noresah binti Razab. 2. Semua kelas Tahun 1 hingga Tahun 6 3. Hadiah terbahagi 2 tahap Tahap 1 dan tahap 2 4. Tempat pertama hingga ketiga Tahap 1dan tempat pertama hingga ketiga Tahap 2. 5. Juri dan hakim pertandingan adalah pihak pentadbir dan ajk guru. 6. Keceriaan kelas dinilai pelbagai aspek terutama semarak patriotism dan sangat menitikberatkan keadaan kondusif dan selesa. 7. Hakim akan menilai pada minggu terakhir antara 11 September hingga 14 September 2022. Keputusan hakim adalah muktamad. PERTANDINGAN REKACIPTA KREATIF MERDEKA (PANITIA SEJARAH dan PSS) 1. Di bawah kelolaan KP Sejarah, Puan Noresah binti Razab dan En Hasnorsani bin Hasan (GPM) bersama AJK Panitia. 2. Terbuka kepada murid Tahap 1 dan Tahap 2. 3. Tajuk rekacipta bebas dan menggunakan bahan terbuang bertemakan bulan kemerdekaan. 4. Kreativiti dan inovatif menggunakan banyak bahan dibenarkan dan markah dikira berdasarkan aspek keaslian rekacipta. 5. Murid bersama ibubapa/penjaga dibenarkan membuat rekacipta di kediaman masing-masing bermula 14 Ogos 2023 hingga 12 September. 6. Rekacipta menggunakan 80% bahan terbuang. 7. Hasil rekacipta boleh dihantar sebelum atau pada 12 September 2023 untuk dinilai kepada Puan Noresah atau Cikgu Hasnorsani.


PERTANDINGAN BUKU SKRAP TAHAP 2 (PANITIA SEJARAH) 1. Di bawah kelolaan KP Sejarah, Puan Noresah binti Razab bersama Ajk Panitia. 2. Penggunaan aksesori yang bersesuaian akan diberi markah bonus. 3. Murid perlu menulis sendiri buku skrap berdasarkan tajuk yang diberi sewaktu pertandingan. 4. Gambar-gambar serta sumber-sumber bersesuaian untuk buku skrap dibenarkan. 5. Murid-murid boleh membuat buku skrap berdasarkan saiz A4 mengikut kesesuaian yang dipilih sendiri. 6. Pertandingan dijalankan bermula 14 Ogos 2023 hingga 12 September 2023. 7. Kreativiti dan keaslian mutu skrap serta kualiti yang dihasilkan menjadi keutamaan pemilihan pemenang. 8. Murid digalakkan sentiasa bertanya dan berurusan dengan guru sejarah untuk mendapatkan info terbaik penghasilan buku skrap. 9. Tajuk Buku Skrap Tahun 4 – Sekolah Saya Tahun 5 – Bangkit Berjuang Penjajah Ditentang Pahlawan Tempatan Tahun 6 – Negeri-negeri di Malaysia PERTANDINGAN VIDEO KEMERDEKAAN 1. Pertandingan terbuka kepada murid-murid SK Tok Sera 2. Video di hasilkan adalah ciptaan sendiri dan bukan di ciplak daripada manamana sumber yang lain. 3. Video yang di hasilkan mestilah tidak melebihi 3 minit yang bertemakan “Saya Sayang Malaysia”. 4. Pertandingan dijalankan bermula 14 Ogos 2023 hingga 13 September 2023. 5. Penyertaan dan penghantaran melalui Google Form yang akan di edarkan di dalam grup kelas.


PERTANDINGAN BINTANG PATRIOTIK [ DUET ] TAHUN 1 HINGGA TAHUIN 6 2023 (PANITIA PENDIDIKAN MUZIK) 1. Di bawah kelolaan KP Muzik, Puan Fadzilah binti Ahmad. 2. Terbuka kepada murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2. 3. Murid-murid perlu mendaftar nama untuk menyertai pertandingan, 4. Peringkat saringan akan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran muzik di dalam kelas. 5. Hanya 2 pasangan duet sahaja bagi setiap kelas yang akan ke peringkat akhir. 6. Peringkat akhir Duet Patriotik adalah pada 05 dan 06 September 2023 7. [Selasa & Rabu ] 8. Digalakkan menggunakan minus-one.Guru muzik dan guru kelas masing-masing yang bertanggungjawab menyediakan minus one. PERTANDINGAN FOTO KREATIF BERTEMAKAN KAUM CINA MALAYSIA TAHAP 1 (PANITIA BAHASA CINA) Di bawah kelolaan KP Bahasa Cina, Puan Nur Ain Nabilah binti Mohd Adnan. 1. Terbuka kepada murid Bahasa cina sahaja. 2. Tema pertandingan adalah kemerdekaan (pakaian kaum cina) 3. Murid digalakkan memegang bendera dan apa-apa bahan yang bertemakan kemerdekaan semasa sesi fotografi. 4. Serlahkan kreativiti masing-masing dan hantarkan foto yang diambil ke di dalam google form yang disediakan. 5. Tarikh pertandingan dijalankan adalah pada 21 Ogos hingga 11 September 2023.


PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK BAHASA CINA & PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CINA TAHAP 2 (PANITIA BAHASA CINA ) 1. Terbuka kepada murid Bahasa Cina Tahap 2 sahaja. 2. Setiap kumpulan nyanyian terdiri daripada 10 orang murid, manakala kumpulan permainan tradisional adalah kategori terbuka. 3. Murid akan bertanding mengikut kelas. 4. Tarikh pertandingan dijalankan adalah pada 21 Ogos hingga 11 September 2023. PERTANDINGAN ANYAMAN TIKAR MERDEKA 2023 [ KELAB SENI DAN KEBUDAYAAN] 1. Terbuka kepada murid Tahap 2 sahaja. 2. Murid-murid dikehendaki membuat anyaman tikar merdeka ini mengikut warna-warna yang terdapat pada bendera Malaysia. 3. Bahan-bahan yang diperlukan disediakan sendiri oleh murid-murid mengikut kreativiti masing-masing. 4. 3 hasil terbaik daripada setiap kelas akan dipilih untuk pemilihan saringan seterusnya. 5. Keputusan terakhir akan dinilai oleh Puan Iz’aan Shafiqah,Puan Elia Hitapa dan Cik Siti Salbiah.


PERTANDINGAN MENCIPTA KIPAS KREATIF KEMERDEKAAN TAHAP 1 (PANITIA BAHASA ARAB) 1. Terbuka kepada murid Tahap 1 sahaja. 2. Murid-murid dikehendaki mencipta kipas kreatif merdeka ini mengikut kreativiti 3. Bahan asas yang disediakan oleh ialah Gambar (Wajib) 4. Bahan-bahan tambahan wajib ialah batang aiskrim dan kertas keras Manakala tambahan hiasan lain mengikut kreativiti murid-murid 5. 3 hasil terbaik daripada setiap kelas akan dipilih sebagai pemenang PERTANDINGAN KAD UCAPAN KEMERDEKAAN BAHASA ARAB TAHAP 2 (PANITIA BAHASA ARAB) 1. Terbuka kepada murid Tahap 2 sahaja. 2. Murid-murid dikehendaki kad ucapan merdeka mengikut Kreativiti masing-masing 3. Bahan asas yang disediakan oleh guru ialah contoh ayat yang perlu ditulis 4. 3 hasil terbaik daripada setiap kelas akan dipilih sebagai pemenang


Click to View FlipBook Version