PE Y LAHGU AAN
DA AH
Hidup Tak
Bererti Maut
Menanti
Edisi 25 Oct 2012
SIDANG REDAKSI
Jutaan Terima Kasih Kepada USTAZ BORHANNUDIN BIN YA (Penasihati)
Atas Memberi Peluang Kepada Kami Bagi Menghasilkan Kerja
Majalah E-Book Ini. Majalah Ini Dibuat Oleh Kumpulan Kami.
Ucapan Ini Juga Diberikan Atas Tunjuk Ajar Yang
Diberikan Oleh Ustaz. Tanpa Beliau, Maka Tidak Jadilah Majalah
E-Book Ini Daripada Kami. Respon Yang Diterima Daripada Beliau
Cukup Positif Buat Kami. Sekian, Terima Kasih Dari Kami Semua.
LOSHNI SELVARAJAH
( KETUA EDITOR )
Sebagai ketua editor Majalah Penyalahgunaan Dadah, saya
mewakili Team Sidang Redaksi 2010 ingin memohon maaf jika
terdapat kelemahan dan kekurangan dalam penghasilan majalah ini
dan ampun maaf dipinta, sesungguhnya segala yang baik
datangnya dan yang sebaliknya datang dari kelemahan diri saya
sendiri. Sesungguhnya, kami telah memerah kudrat agar
Penyalahgunaan Dadah akan tetap tersemat di hati warga kita.
Semoga dengan penghasilan majalah ini, semua kenangan dan
memori indah bersama kita dapat dipotretkan untuk tatapan masa
yang akan datang . Sekalian, terima kasih.
ADRIANA OOI
( PENOLONG KANAN )
Kami percaya, walaupun amat berat dan menyedihkan dan bukan
sedikit air mata yang akan tumpah tetapi perpisahan sebenarnya
mengajar kita erti keikhlasan dan kedewasaan dalam kehidupan.
Justeru, kita pasti akan mengenang kembali saat-saat ketika
bersama dan tetap akan menjadi satu memoir yang tidak akan
dilupakan sampai bila-bila.Begitu juga halnya dengan keberadaan
kita bersama-sama Yang Berbahagia Datin, semuanya akan
terhimpun menjadi sejarah dan terukir jitu dalam sanubari semua.
RAMYA SARAVANAN
( KETUA FOTOGRAFIK )
Sebagai ketua fotografik, saya diucapkan terima kasih kepada
pensyarah dan rakan-rakan kerana memberi tunjuk ajar kepada
kami dalam menyiapkan e-folio ini. Seterusnya saya dapat
mempelajari pelbagai perkara terutamanya hal-hal yang berkaitan
dengan penerbitan e-folio. Pengalaman yang diperolehi ini akan
menjadi sebagai kenangan dan inspirasi untuk masa hadapan. Saya
berharap agar pengguna e-majalah ini berpuas hati dengan
hasilannya. Akhir sekali,saya juga ingin memohon maaf atas segala
kesilapan yang dilakukan sepanjang penerbitan e-folio ini.
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
2-5
JADUAL 7
8
Sidang Redaksi
10 – 12
KATA ALUAN 13
PENGHARGAAN 14 – 17
18 – 21
ISI ARTIKLE
• Pengenalan 22
• Maksud Penyalahgunaan Dadah 23 - 24
• Punca Penyalahgunaan Dadah
• Kesan Penyalahgunaan Dadah 25
• Langkah Mengatasi Penyalahgunaan Dadah 26
• Melaksanakan Pendidikan Untuk Mencegah Dari Penyalahgunaan Dadah
27
ILMU KETAMBAHAN 28 - 30
• Hukum Dan Dalil
• Drugs Statistics 31
GALERI ALBUM
• Gambar Penagih Dadah ( Selepas & Sebelum )
• Gambar Proses Pelaksanaan Kita Dalam Menghasilkan E-majalah
PENUTUP
SUMBER RUJUKAN 32
DISEDIAKAN OLEH 33
KATA-KATA ALUAN
Selamat Sejahtera.Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada sidang redaksi
majalah Penyalahgunaan Dadah atas kejayaan menerbitkan Majalah Politeknik yang
istimewa ini. Terima kasih kerana memberi kesempatan untuk saya mencoretkan
sepatah dua kata dalam majalah ini.
Seterusnya kalungan terima kasih kepada penasihati saya iaitu
USTAZ BORHANNUDIN BIN YA kerana atas bantuan dan tunjuk ajarnya dapatlah saya untuk
menyaipkan majalah ini. Tidak lupa jaga kepada rakan-rakan saya yang telah banyak
membantu saya untuk menyaipkan kandungan majalah ini sama ada secara langsung
ataupun tidak. Sebagai penutup saya sudahi dengan harapan agar saya akan
melaksanakan kandungan Majalah
ini dengan selengkapnya bagi memenuhi kriteria kriteria yang digarisan.
Sekian, terima kasih.
PENGHARGAAN
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
USTAZ BORHANNUDIN BIN YA, selaku penyelia saya di atas kesabaran, sokongan, nasihat dan bimbingan
yang diberikan banyak membantu kepada kejayaan dalam majalah ini. Segala bantuan, semangat, strategi
dan kebijaksanaan beliau telah banyak mengajar saya untuk menjadi seorang penyelidik dan pendidik
yang baik. Segala pengalaman yang dilalui pasti tidak dapat dilupakan. Terima kasih kepada pihak
Kementerian Pengajian Tinggi kerana telah menganugerahkan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke
peringkat ini.
Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang banyak memberi sokongan dan kerjasama yang
erat kepada saya semasa proses menyiapkan majalah ini. Budi baik rakan-rakan semua, saya ucapkan
berbanyak terima kasih. Tanpa mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan majalah ini dengan jayanya.
Ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya yang sentiasa memberi kasih sayang,
dorongan, peringatan dan panduan hidup yang amat saya perlukan. Sesungguhnya segala pengorbanan
yang telah dilakukan amat saya sanjungi dan akan saya ingati sepanjang hayat ini.
Akhir kata, ucapan terima kasih juga kepada semua yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberikan sumbangan cadangan dan bantuan dalam
menyiapkan majalah ini. Semoga penyelidikan dan majalah ini dapat dijadikan wadah ilmu yang berguna
untuk tatapan generasi akan datang.
ISI ARTIKEL
Pengenalan
Dewasa ini, gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat negara kita semakin serius
dan tidak dapat dibendung lagi. Hal ini demikian kerana, dadah yang pada asalnya menjadi ubat
penahan sakit sebenarnya tidak berbahaya jika tidak disalahgunakan. Masalah ini timbul
apabilamanusia menyalahgunakannya untuk kepuasan dan keseronakan diri sendiri. Dadah dapat
didefinisikan sebagai sejenis bahan kimia, sama ada asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke
dalam tubuh secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh
seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.
Dadah dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, antaranya ialah:
Halusinogen
Contohnya: ketamin, halluceno, lysergic
acid, phenlyclidine.
Depresen
Contohnya: methaqualone,tranquliser
dan rahypnol
Kanabis
Contohnya: ganja,hanish dan marijuana
Psikotrapit
Contohnya: syabu, ice, batu Kristal, kaca
diamond dan ecstacy
Stimulant
Contohnya: daun koka, paste koka,
kokain freebase dan crack kokain
Opiat
Contohnya: candu,morfin dan heroin
MAKSUD PENYALAHGUNAAN DADAH
Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang
bertentangan dengan kepentingan rawatannya . Hari ini
istilah yang lebih sesuai digunakan ialah penyalahgunaan
bahan , yang merangkumi alcohol , tembakau, kokain,
marijuana(ganja), dadah-dadah perangsang , LSD dan inhalan
(bahan yang disedut).Perkataan bahan ini lebih sesuai
berbanding dengan penggunaan perkataaan dadah kerana
dadah merupakan bahan kimia perbuatan . Manakala
kebanyakan bahan yang disalahgunakan itu dihasilkan
secara semulajadi ( seperti candu) yang tidak boleh
digunakan oleh manusia (seperti menghidu gam).
PUNCA PENYALAHGUNAAN DADAH
KEKURANGAN PERHATIAN DARIPADA IBU BAPA
Hal ini tidak dapat dinafikan terutamanya dalam era
mengejar kesenangan hidup pada hari ini. Para ibu
bapa sentiasa sibuk mencari nafkah bagi menampung
kehidupan serta menyediakan keperluan asa yang
bertarah tinggi untuk keluarga. Secara tidak
langsung , masa yang sepatutnya diluangkan Bersama
anak-anak menjadi terhad. Hal ini akan mengakibatkan
remaja menikmati kebebasan yang keterlaluan kerana
kegiatan mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa.
Lama-kelamaan , kebebasan yang dikecapi akan
membawa mereka ke lembah penagihan najis dadah
PENGARUH RAKAN SEBAYA
Hal ini demikian kerana kebanyakn masa remaja
diluangkan Bersama dengan rakan sebaya mereka.
Oleh itu, pemilihan rakan yang sesuai haruslah
dilakukan dengan bijaksana oleh setiasp remaja.
Sekiranya rakan sebaya digaul oleh mereka terlibat
dalam pengambilan dadah , secara tidak langsung
mereka sendiri akan terikut-ikut dengan sikap rakan
mereka. Budaya ini harus dikikis kerana hanya akan
menyebabkan gejala ini menjadi lebih serius . Para
remaja perlu bersikaprasional pada setiap masa.
TEKANAN /DEPRESSI
Kini, remaja bukan hanya berhadapan dengan cabaran untuk belajar di
sekolah semata-mata , harapan yang tinggi oleh ibu bapa agar mereka
mencapai prestasi yang cemerlang dalam pelajaran telah menjadi suatu
tekanan yang hebat kepada remaja. Selain menghadiri kelas di sekolah ,
mereka terpaksa menghadiri kelas kelas yang lain seperti kelas tuisyen,
music , tarian,seni pertahanan diri dan sebagainya bagi memnuhi kehendak
ibu bapa.akibatnya, mereka tidak mempunyai masa yang tersendiri untuk
beristirehat dan melakukan hobi yang digemari oleh mereka. Tekanan ini
akan mendorong mereka mengambil dadah kerana kononnya ingin
mencari ketenangan jiwa.Mereka berpendapat bahawa pengambilan
dadah dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mereka dalam
sekelip mata sahaja.
KURANG PENDIDIKAN AGAMA
Pada masa sekarang, kebanyakn remaja yang terlibat
dengan dadah adalah disebabkan oleh kurangnya
Pendidikan agama. Hal ini berlaku kerana ibu bapa tidak
memberi perhatian kepada anak anak mereka. Tambahan
lagi, dalam dunia moden ini remaja sangat terdedah dengan
gejala-gejala sosial yang boleh merosakkan akal fikiran
mereka. Kurangnya pendidikanagama menyebabkan remaja
sesuka hati melakukan perkara yang telah dilarang oleh
ugama. Oleh itu, Pendidikan agama amatlah penting bagi
menghalang atau menghindari dari perbuatan yang anggap
hina.
KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH
➢ Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja.
➢ Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.
➢ Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.
➢ Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.
➢ Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau dimiliki.
➢ Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu.
➢ Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja.
➢ Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah.
➢ Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga.
➢ Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga.
➢ Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah,
tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga.
➢ Terdesak menjual barang-barang peribadi seperti pakaian, telefon bimbit dan sebagainya.
➢ Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan
dengan tujuan untuk mengambil dadah.
Kesan Kepada Penagih
➢Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum
dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan
penjenayah.
➢Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi
kerja.
➢Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga,
malas dan kelihatan seperti dalam khayalan.
➢Pitam, pengsan, & berperasaan ganas
➢Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti
seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.
Kesan Kepada Keluarga
➢Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga
➢Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan
masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya.
➢Rumah tangga menjadi porak peranda.
➢Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di
kalangan anggota keluarga.
➢Anak-anak menjadi terabai & seterusnya mengundang
masalah sosial kepada mereka.
Kesan Kepada Masyarakat
➢ Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti
rompakan & samun
➢ Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas
akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah.
➢ Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat
penglibatan anggota masyarakat dengan dadah.
Kesan Kepada Negara
➢ Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat
daripada masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan.
LANGKAH MENGATASI PENYALAHGUNAAN DADAH
Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat.
➢ Misalnya di berikan hukuman mati (gantung) bagi pengedar dadah. Hal
ini adalah kerana tanpa pengedar dadah ini sudah tentu penagih akan
sukar memperolehi bekalan dadah. Begitu juga kepada penagih dadah
dikenakan hukuman yang berat. Sebagai contoh, hukuman bagi
penyalahgunaan dadah jenis ‘Syabu’. Kesalahan mengedar dadah
Syabu iaitu antara 20 gram hingga 50 gram (di bawah seksyen 3 (a)
Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27). Hukuman minima adalah 20
tahun penjara dan 15 kali sebat dan hukuman maksima pula adalah 30
tahun penjara dan 15 kali sebat. Jika melebihi daripada 50 gram akan
dikenakan hukuman mati (gantung). Manakala kesalahan bagi
memakan dadah Sybu di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan
Dadah Penggal 27, boleh dijatuhka hukuman maksima 10 tahun
penjara atau $20,000.00 atau kedua-duanya sekali.
Melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari
penyalahgunaan dadah
➢Pihak yang berkenanaan sama ada kerajaan mahupun
swasta dalam usaha untuk membanteras isu
penyalahgunaan dadah perlu mengadakan pendidikan
untuk mencegah. Sebagai contoh, mengadakan aktiviti-
aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran dan
sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memberi informasi,
pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat
terutama golongan remaja tentang bahaya dadah dan
kesedaran mereka. Selain itu, pihak yang berkenaan
boeh mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti
perkhemahan motivasi dan sebagainya.
Perlu mewujudkan kerjasama di antara orang awam dan kerajaan
➢ Hal ini bertujuan supaya sentiasa berganding bahu bagi sama-sama
membanteras isu penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa
terutama di kalangan golongan remaja. Sebagai contoh, masyarakat
dan pihak kerajaan perlu memata-matai serta bertindak pantas
dalam melaporkan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan. Ibu bapa
perlu mengawasi dan bertanggungjawab dalam menjaga anak-anak
mereka. Selain itu, kawalan kastam yang ketat perlu dilaksanakan.
Penubuhan pusat-pusat pemulihan.
➢ Pihak kerajaan juga telah menubuhkan rumah-rumah pemulihan
yang bertujuan untuk memberi rawatan bagi penagih-penagih sama
ada dari berbagai peringkat umur, bangsa dan lain-lain. Sebagai
contoh, kerajaan Brunei telah menubuhkan sebuah rumah
pemulihan yang dikenali sebagai Rumah Al-Islah untuk merawat
serta memulihkan pemikiran mental serta tingkah laku
mereka kepada jalan yang benar serta di redhai Allah.
ILMU KETAMBAHAN
Hukum Dan Dalil
Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram
berdasarkan kepada dalil yang dikiaskan kepada arak. Dalam Al-
Quran banyak menyebut mengenai pengharaman ini bersandarkan
keterangan nas-nas (al-Quran dan Hadis) kerana ia termasuk dalam
pengertian umum benda-benda yang memabukkan, menghilangkan
akal dan kedua-duanya mempunyai
alasan hukum yang sama, iaitu memabukkan atau terdapat dan
membawa kebinasaan terhadap individu-individu dan masyarakat.
……………"Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke
dalam bahaya kebinasaan……" - Surah Al-Baqarah : 195
Maka rawatan perlu dijalankan sama ada dalam bentuk pemulihan
berkala, rawatan perubatan Islam atau rohani dan pemulihan dalam
komuniti. Bagi tahun 2015 sahaja, sejumlah 76 buah Pusat Pemulihan
Dadah Persendirian (PPDP) aktif menjalankan aktiviti rawatan dan
pemulihan dadah secara sukarela.
Drugs Statistics
GALERI ALBUM
Gambar penagih dadah ( Selepas & sebelum )
Gambar Proses Pelaksanaan Kita Dalam Menghasilkan E-majalah
PENUTUP
dadah membawa banyak kesan buruk. Penyalahgunaan dadah yang
berpunca daripada banyak faktor mengakibatkan banyak masalah
sosial berlaku. Oleh itu, semua pihak hendaklah berganding bahu dan
mengatur strategi untuk mengatasi masalah ini yang juga dianggap
musuh utama Negara. Antaranya adalah pihak-pihak yang
bertanggungjawab terutamanya pihak kerajaan hendaklah mengatur
langkah untuk menangani masalah tersebut. Namun, ia tidak akan
berjaya sekiranya kita sebagai rakyat tidak mahu bekerjasama untuk
membanteras masalah ini. Ibu bapa perlu memainkan peranan
membimbing anak-anak mereka supaya menjauhi dadah. Kita perlu insaf
bahawa masalah dadah boleh membebankan keluarga dan negara.
Akhirnya, kita haruslah terus memerangi dadah agar masyarakat kita
tidak menjadi lemah.
SUMBER RUJUKAN
❖ https://ms.wikipedia.org/wiki/Dadah
❖ https://ms.wikipedia.org/wiki/Penyalahgunaan_bahan
❖ http://www.myhealth.gov.my/isu-penyalahgunaan-dadah/
❖ https://www.astroawani.com/topic/penyalahgunaan-dadah
❖ https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/05/822866/maritim-rampas-dadah-rm333-juta
❖ https://www.kosmo.com.my/2021/05/31/penyeludup-dadah-mati-rampas-dadah-rm3-33juta/
❖ https://www.sinarharian.com.my/article/108916/BERITA/Nasional/Remaja-paling-berisiko-
terlibat-dadah
DISEDIAKAN OLEH
Ahli Kumpulan ( G5 )
• LOSHNI SELVARAJAH
; ) • 18DAT20F2030
• ADRIANA OOI
; ) • 18DAT20F2032
• RAMYA SARAVANAN
; ) • 18DAT20F2030
~*DAT1B*~