The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BKKPEREKAJANUARI2024, 2024-02-20 20:16:11

TEMPLATE PINGAT KEBESARAN LATEST

TEMPLATE PINGAT KEBESARAN LATEST

Manual Pemakaian DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT ANGGOTA BADAN KEHAKIMAN MALAYSIA


KANDUNGAN Sekalung Kata Panduan Am Pemakaian - Jubah Istiadat - Mess Kit Tatacara Pemakaian Kalung Tatacara Pemakaian Bintang Darjah Tatacara Pemakaian Selepang Tatacara Pemakaian Lencana Leher Tatacara Pemakaian Bintang / Pingat Epolet Pemakaian Lengkap Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat (Upacara Siang) Pemakaian Lengkap Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat (Upacara Malam) 1 2 - 5 7 - 10 11 - 12 13 - 14 15 - 16 17 - 19 20 - 21 22 23 24 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.


SEKALUNG KATA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, setinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, buku ‘Manual Pemakaian Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Anggota Badan Kehakiman Malaysia’ ini berjaya diterbitkan. Penerbitan buku ini adalah merupakan suatu usaha yang tepat pada masanya memandangkan belum ada lagi sebarang buku panduan mengenai perkara yang sama diterbitkan khususnya bagi jawatan Hakim. Selain itu, penerbitan buku ini juga amat signifikan untuk memberikan penjelasan dan pemahaman yang menyeluruh kepada para Hakim mengenai pemakaian Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan dengan paparan atau persembahan yang lebih ringkas, mudah difahami dan informatif. Saya merakamkan penghargaan dan mengucapkan tahniah serta syabas kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menerbitkan buku ini. Semoga segala maklumat yang ada dalam buku ini dapat dipraktikkan dan dimanfaatkan sepenuhnya. TUN TENGKU MAIMUN BINTI TUAN MAT Ketua Hakim Negara 1


JUBAH ISTIADAT 2


3


1. 2. Jubah istiadat adalah jubah rasmi dipakai semasa menghadiri istiadat atau upacara rasmi. 6. Jika menerima dua atau lebih DKBPP / DKBPN, panduan berikut boleh digunakan: pemakaian hendaklah mengutamakan Darjah Kebesaran diikuti Bintang dan seterusnya Pingat; dan jika mempunyai lebih daripada satu Darjah Kebesaran Negeri dan hadir dalam satu majlis anjuran negeri berkenaan maka Darjah Kebesaran Negeri yang berkenaan boleh diberi keutamaan. 7. Pemakaian DKBPP bergantung juga kepada jenis dan masa majlis rasmi diadakan Ianya diperbuat daripada kain berwarna hitam dengan benang emas disulam pada bahagian lengan dan kelepet. Pada bahagian jubah pula terdapat roset emas. Kelebaran lapisan emas pada jubah juga membezakan Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi. 4. Semua kurniaan Persekutuan / Negeri hendaklah dipakai bersama pakaian rasmi semasa menghadiri Majlis Rasmi Beristiadat. 3. Jubah istiadat hendaklah dipakai bersama 5. Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (DKBPP) mengambil keutamaan daripada Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri (DKBPN). (a) (b) (c) (d) (e) (f) jaket berwarna hitam; kemeja berwarna putih; jabot; sarung tangan dan manset (lace cuffs); bagi lelaki, hendaklah dipakai bersama dengan seluar berwarna hitam dan berjalur perak (silver); dan bagi wanita, hendaklah dipakai bersama dengan kain sarung berwarna hitam yang mempunyai jalur perak (silver). (a) (b) (a) (b) mengikut kekananan kurniaan tersebut; atau penerima juga boleh mengutamakan Darjah Kebesaran yang diterima dari negeri kelahirannya. A. PANDUAN AM PEMAKAIAN 4


PAKAIAN RASMI JUBAH ISTIADAT (UPACARA SIANG) Baldu Hitam. Jalur emas selebar 1.5 cm. SONGKOK Stoking – Berwarna hitam tanpa corak. Kasut kulit – berwarna hitam. AKSESORI (LELAKI) Stoking – Berwarna hitam tanpa corak. Kasut kulit – Berwarna hitam, bertutup penuh dan bertumit 5.0 cm tinggi. AKSESORI (WANITA) Jabot adalah ropol renda bersulam atau fabrik nipis berbentuk ropol lata yang dikancing pada bahagian hadapan pakaian atau dipakai seperti kravat. Merupakan sebahagian daripada pakaian Hakim ketika Mahkamah bersidang atau pakaian istiadat. JABOT Jubah rasmi ini dipakai semasa menghadiri acara istiadat atau upacara rasmi. JUBAH ISTIADAT Sarung tangan berwarna putih. Manset iaitu kepingan fabrik di hujung pergelangan lengan baju yang berenda dan berwarna putih (lace cuffs). SARUNG TANGAN DAN MANSET (LACE CUFFS) Kemeja berwarna putih. Jaket berwarna hitam. KEMEJA DAN JAKET Kain berwarna hitam berjalur perak (silver). SELUAR (LELAKI) Kain sarung hitam berjalur perak (silver). SKIRT (WANITA) 5


6


MESS KIT 7


8


1. Mess kit merupakan pakaian rasmi Hakim ketika menghadiri majlis malam beristiadat. 2. Mess Kit ini dipakai dengan kemeja berwarna putih 3. Mess kit juga hendaklah dipakai bersama (a) (b) Bagi lelaki, hendaklah dipakai bersama seluar panjang hitam yang mempunyai jalur berwarna keemasan dan garisan merah di tengah jalur di bahagian tepi seluar; dan Bagi wanita, hendaklah dipakai bersama kain sarung berwarna hitam yang mempunyai jalur berwarna keemasan dan garisan merah di tengah jalur di bahagian hadapan kain sarung. (a) (b) Bagi lelaki, bengkung dan bow tie kain sutera berwarna merah gelap (maroon); dan Bagi wanita, bengkung kain sutera berwarna merah gelap (maroon) yang mempunyai songket berwarna emas ditenun di atasnya. CONTOH JALUR BERWARNA KEEMASAN DAN GARISAN MERAH DI SELUAR LELAKI DAN KAIN SARUNG WANITA 9


Baldu merah gelap (maroon) bertekat benang emas. Lambang Persekutuan dan daun bunga raya. Disulam dengan perkataan “HAKIM” pada epolet. EPOLET (HIASAN BAHU) Kain English Terylene Worsted berwarna putih. 3 biji butang tembaga berlogo Jata Persekutuan di setiap cuff. Jata Persekutuan berwarna emas di lapel kiri dan kanan. JAKET Bagi lelaki kain sutera berwarna merah gelap (maroon). Bagi wanita songket berwarna emas yang ditenun di atas kain berwarna merah gelap (maroon). BENGKUNG PAKAIAN RASMI ISTIADAT (MESS KIT) (UPACARA MALAM) Stoking – Berwarna hitam tanpa corak. Kasut kulit – Berwarna hitam, bertutup penuh dan bertumit 5.0 cm tinggi. AKSESORI (WANITA) Stoking – Berwarna hitam tanpa corak. Kasut kulit – berwarna hitam. AKSESORI (LELAKI) Kemeja berwarna putih lengan panjang. Berbutang sorok. Bow Tie berwarna merah gelap (maroon). KEMEJA DAN BOW TIE Berwarna putih. Kolar cekak musang atau cheongsam bercorak songket emas. BAJU PANJANG (WANITA) 10


B. TATACARA PEMAKAIAN KALUNG 1. Kalung hanya boleh dipakai pada Hari Kalung. 2. Kalung tidak boleh dipakai semasa majlis malam. 3. Kalung dan selepang daripada Darjah Kebesaran Persekutuan yang sama tidak boleh dipakai serentak. 4. Hanya satu kalung boleh dipakai pada satu-satu masa. 5. Kalung hendaklah dipakai terletak sama labuh (depan dan belakang). 6. Takrifan Hari Kalung adalah seperti yang berikut (a) (b) (c) (d) Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (DKBPP); Istiadat Pembukaan Sidang Parlimen dan Majlis Pembukaan Dewan Undangan Negeri; Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong / Kebawah Duli Yang Maha Mulia / Duli Yang Maha Mulia di Negeri / Sultan / Raja; Istiadat Keberangkatan Balik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong; (e) (f) (g) (h) Istiadat Keberangkatan Tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong; Istiadat Melafaz Sumpah Jawatan dan Tandatangan Perisytiharan Memegang Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong; Hari Berangkat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk lawatan rasmi ke negeri-negeri; dan hari-hari lain yang ditentukan oleh Jabatan Perdana Menteri. 11


CONTOH PEMAKAIAN KALUNG BAGI HAKIM 12


C. TATACARA PEMAKAIAN BINTANG DARJAH 1. 2. 3. Bintang darjah hendaklah dipakai di rusuk sebelah kiri dada. Pemakaian hendaklah tidak melebihi tiga bintang darjah pada satu masa. Bintang darjah yang paling kanan hendaklah disematkan di tengah-tengah saku baju (bucunya 0.5 cm dari mulut saku). 4. 5. Jika mempunyai dua bintang darjah boleh disematkan di bawah dari yang pertama dan jika tiga, dalam bentuk tiga segi dengan yang paling kanan lebih hampir dengan tengah dada. Semakan kekananan anugerah boleh dirujuk melalui laman web Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa di www.istiadat.gov.my 13


SUSUNAN BINTANG DARJAH MENGIKUT BILANGAN YANG DITERIMA 1 1 1 2 3 2 14


D. TATACARA PEMAKAIAN SELEPANG 1. Jubah Istiadat (a) Selepang bagi Darjah-darjah Kebesaran (S.M.N, S.S.M, P.M.N, P.S.M, P.J.N dan P.S.D) dipakai dari bahu kanan ke sebelah kiri. (b) Selepang dipakai di atas jaket dan di bawah jabot. Lencana darjah tersangkut pada bawah ikatan reben. CONTOH PEMAKAIAN SELEPANG DENGAN JUBAH ISTIADAT 15


2. Mess Kit (a) Selepang hendaklah dipakai di bawah jaket dan disusupkan di bawah bengkung. (b) Selepang disangkut di bahu kanan di bawah Mess Kit dan diselepangkan ke sebelah kiri di bawah bengkung dengan Lencana Darjah tersangkut di bawah ikatan reben terletak tepat pada jalur seluar / kain sarung. CONTOH PEMAKAIAN SELEPANG DENGAN MESS KIT 16


E. TATACARA PEMAKAIAN LENCANA LEHER 1. Jubah Istiadat (a) (b) Satu hingga tiga lencana leher boleh dipakai untuk satu-satu masa dengan yang paling kanan terletak di bahagian atas; dan Lencana leher hendaklah dipakai tergantung pada jabot. 17


CONTOH PEMAKAIAN LENCANA LEHER BERSAMA JUBAH ISTIADAT 18


2. Mess Kit (a) (b) Apabila menghadiri majlis pada waktu malam, hanya satu lencana leher boleh dipakai; dan Lencana leher hendaklah dipakai tergantung pada reben di bawah bow tie bagi lelaki dan di bawah kolar bagi wanita. CONTOH PEMAKAIAN LENCANA LEHER PADA MAJLIS MALAM 19


F. TATACARA PEMAKAIAN BINTANG / PINGAT 1. Buah bintang / pingat yang tergantung pada reben dipakai di dada kiri. Jika lebih daripada satu, hendaklah disusun lurus dan yang paling kanan lebih hampir dengan tengah dada. 2. Buah bintang / pingat dipakai dengan permukaan hadapannya menghadap ke luar. 3. Jika bintang / pingat melebihi dua, ia hendaklah disusun di atas satu palang yang panjangnya tidak lebih daripada 15 cm. Susunan adalah seperti yang berikut (a) (b) tiga atau empat bintang / pingat disusun tergantung tanpa jarak; dan sekiranya lebih daripada empat bintang / pingat disusun secara tindih kasih dengan permukaan bintang / pingat yang paling kanan jelas. 20


CONTOH PEMAKAIAN BINTANG / PINGAT CONTOH PEMAKAIAN ANAK BINTANG / PINGAT 21


G. EPOLET 1. 2. 3. Secara umumnya, epolet ialah sejenis kepingan hiasan bahu atau perhiasan yang digunakan sebagai tanda kebesaran bagi pangkat dalam angkatan tentera dan organisasi lain. Epolet bagi jawatan Hakim, diperbuat daripada kain baldu berwarna merah gelap (maroon) dan di sekeliling tepinya ditekat bunga padi dengan benang emas. Di tengah epolet ditekat lambang Malaysia dan daun bunga raya dengan benang emas. Epolet bagi jawatan hakim, mempunyai perkataan “HAKIM” di bawah lambang Persekutuan yang dipakai pada belibir bahu semasa memakai mess kit. 22


PEMAKAIAN LENGKAP DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT (UPACARA SIANG) Dipakai di bahu kanan ke sebelah kiri. Dipakai di atas jaket, di bawah jabot dan disusupkan di dalam Jubah Istiadat. Dipakai bersekali dengan lencana Darjah tersangkut di bawah ikatan reben. SELEPANG DARJAH Tiga lencana leher boleh dipakai bersekali dalam majlis siang hari dengan yang paling kanan berada di atas. Dipakai tergantung dengan pita reben. Dipakai di atas jabot. LENCANA LEHER Hendaklah dipakai di dada kiri. Sekiranya melebihi satu hendaklah disusun lurus dan yang paling kanan diletakkan hampir dengan tengah dada. Susunan tindih kasih di atas palang yang panjangnya tidak melebihi 15 cm jika melebihi dua bintang dan pingat. BINTANG DAN PINGAT Hanya boleh dipakai pada Hari Kalung. Hanya satu kalung boleh dipakai dalam satu masa Dipakai terletak sama labuh di bahagian hadapan dan belakang. KALUNG Dipakai di sebelah rusuk kiri dada. Hendaklah dipakai tidak melebihi tiga bintang dalam satu masa. Susunan bintang darjah mengikut bilangan yang diterima. BINTANG DARJAH Dipakai di bahu kanan ke sebelah kiri. Dipakai di atas jaket, di bawah jabot dan disusupkan di dalam Jubah Istiadat. Dipakai bersekali dengan lencana Darjah tersangkut di bawah ikatan reben. SELEPANG DARJAH 1 1 1 2 3 2 23


Hanya satu lencana leher boleh dipakai. Dipakai tergantung dengan pita reben di bawah bow tie (lelaki) dan di bawah kolar baju (wanita). LENCANA LEHER Hendaklah dipakai di dada sebelah kiri. Sekiranya melebihi satu hendaklah disusun lurus dan yang paling kanan diletakkan hampir dengan tengah dada. Susunan tanda kasih di atas palang yang panjangnya tidak melebihi 15.0 cm. ANAK BINTANG DAN PINGAT Dipakai di bahu kanan ke sebelah kiri. Dipakai di dalam jaket dan disusup di bawah bengkung. Dipakai bersekali dengan lencana darjah tersangkut di bawah ikatan reben terletak tepat pada jalur seluar / kain sarung. SELEPANG DARJAH 24 PEMAKAIAN LENGKAP DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT (UPACARA MALAM)


JAWATANKUASA PENERBITAN MANUAL PEMAKAIAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT ANGGOTA BADAN KEHAKIMAN MALAYSIA


Dari kiri ke kanan: Puan Fadhillah binti Muzaffar, Puan Nor Azilawati binti Mustapha, Puan K B Elena Hong Tze Lan, Puan Siti Zahirah binti Zaidon, Tuan Ho Kwong Chin, Encik Sulaiman bin Khamis @ Kassim, Encik Abd Rahman bin Hasbullah, Cik Afiqah Faizurin binti Zaharinan, Encik Mohd Ashraf Hamdi bin Saad, Datuk Shahrul Kamal bin Osman, Tuan Zamri bin Bakar, Dr Noradura binti Hamzah, Puan Diana binti Md Razali, Puan Normastura binti Ayub, Puan Syahrin binti Jeli Bohari, Puan Ainul Suhaina binti Abdul Razak, Tuan Hafiizullaah bin Omar @ Md Salleh, Puan Rosnorani binti Ngah @ Abdul Aziz, Puan Norlilie binti Padil, Puan Nurul Amira binti Mohd Shokkan


Semua hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian dari buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistem yang boleh diperbaiki, atau disiarkan dalam mana-mana bentuk atau dengan mana-mana alat, elektronik, mekanikal, fotokopi, perakaman atau yang sebaliknya, tanpa keizinan daripada Pejabat Ketua Pendaftar Mahkaman Persekutuan Malaysia. Dicetak oleh: Simple Creation Management & Supply Suite 3, Wisma Yayasan Warisan Batu, Jalan Bullion Mewah 8, Taman Bullion Mewah, 68100 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.


Click to View FlipBook Version