Sejarah Mohamad Ikhwan Hakimi Bin Mohd Asri 6 Diamond
Ibu negeri dan bandar diraja Petunjuk: Ibu negeri bandar diraja
Perlis PERLIS PERLIS Ibu negeri: Kangar Bandar Diraja: Arau KEDAH Ibu negeri: Alor Setar Bandar Diraja: Anak Bukit PULAU PINANG Ibu negeri: George Town TERENGGANU Ibu negeri: Kuala Terengganu PERAK Ibu negeri: Ipoh Bandar Diraja: Kuala Kangsar KELANTAN Ibu negeri: Kota Bharu PAHANG Ibu negeri: Kuantan Bandar Diraja: Pekan MELAKA Ibu negeri Bandar Melaka SELANGOR Ibu negeri: Sham Alam Bandar Diraja: Klang N.SEMBILAN Ibu negeri: Seremban Bandar Diraja: Seri Menanti JOHOR Ibu negeri: Johor Baharu Bandar Diraja: Bandar Maharani SARAWAK Ibu negeri: Kuching SABAH Ibu negeri: Kota Kinabalu
Bendera ,lagu dan jata negeri Malaysia
JOHOR DARUL TAKZIM Warna dan reka bentuk bendera Johor membawa maksudnya yang tersendiri. Warna putih menandakan raja yang memerintah. Bahagian yang berwarna merah bererti hulubalang yang mempertahankan negeri manakala bahagian yang berwarna biru pula bermaksud kerajaan negeri dan rakyat jelata.[1][2][3]Bendera ini telah direka oleh Sultan Sir Abu Bakar dan telah digunapakai pada zaman penubuhan Kesultanan Johor Moden pada tahun 1871. Lagu Bangsa Johor Nota: click di gambar speaker
KEDAH DARUL AMAN Anak bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai kuning yang tanda negeri ini beragama Islam, dan dilingkungi oleh jambangan padi berwarna kuning di atas latar belakang merah. Merah adalah warna tradisional negeri Kedah yang turuntemurun dan juga melambangkan kemewahan, sementara bulan sabit adalah simbol agama Islam. Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya. Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan. Allah Selamatkan Sultan Mahkota
TERENGGANU DARUL IMAN Bendera Negeri Terengganu memang unik kerana latar belakang yang berwarna putih adalah bermaksud Duli Yang Maha Mulia Sultan dan yang berwarna hitam adalah rakyat. Ini bermakna Sultan akan adalah pelindung kepada rakyat negeri Terengganu. Bulan dan bintang adalah bermaksud Agama Islam kerana agama rasmi Terengganu adalah Islam. selamat sultan
PERLIS INDERA KAYANGAN warna kuning dan pada jalur bawah bendera menonjolkan warna biru. Di Nusantara, warna kuning adalah warna tradisional untuk raja-raja. Jadi, jalur berwarna kuning mengambarkan simbol pemerintahan beraja yang terdapat di Perlis, manakala jalur berwarna biru pula mengambarkan simbol rakyat jelata. Paduan warna ini menunjukkan hubungan erat antara "Raja dengan Rakyat". Aamiin-Aamiin
SELANGOR DARUL EHSAN Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu bermaksud daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan sabit dan bintang melambangkan agama Islam, agama rasmi negeri Selangor warna putih malambangkan kesucian agama Islam. Duli Yang Maha Mulia
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS Warna kuning pada bendera membawa maksud D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat, sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini. Apa yang menariknya warna-warna pada bendera Negeri Sembilan juga mempunyai persamaan dengan warna pada 'Marawa', iaitu bendera tradisi masyarakat Minangkabau di Sumatera Barat, Indonesia. Berkatlah Yang di-Pertuan Besar
KELANTAN DARUL NAIM Latar belakang bendera Kelantan yang berwarna Merah membawa maksud kejujuran raja, pembesar dan rakyat jelata kepada negeri, warna putih bermaksud kesucian Sultan yang memerintah negeri Kelantan. Bulan sabit dan bintang melambangkan agama Islam. Tombak dan Keris menandakan kekuatan dan kegagahan orang-orang Melayu Kelantan. Selamat Sultan
PERAK DARUL RIDZUAN Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan. Allah Lanjutkan Usia Sultan
PAHANG DARUL MAKMUR Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintah di Negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara. Putih adalah melambangkan raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tatasusila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat. Allah Selamatkan Sultan Kami
SABAH DARUL SA'ADAH Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan kesucian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama. Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini mewakili lima bahagian yang terkandung dalam Negeri Sabah. Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah Sabah Tanah Airku
SARAWAK DARUL HANA Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya. Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis. Ibu Pertiwiku
MELAKA DARUL AZIM Warna-warna merah, putih, kuning dan biru mencerminkan warna-warna yang terdapat pada Bendera Persekutuan (Jalur Gemilang) dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara anak bulan sabit dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda agama Islam, agama negeri dan juga negara. Suatu panji merah berekor dua dengan suatu bulan sabit berwarna hitam pernah digambarkan mewakili Kesultanan Melaka (dieja sebagai Malaqua) dalam peta Planisfera Cantino bertarikh tahun 1502. Melaka Maju Jaya
PULAU PINANG PULAU MUTIARA Bendera negeri Pulau Pinang, Malaysia, terdiri daripada tiga jalur menegak sama lebar sama biru muda, putih dan kuning; jalur putih di tengah-tengah mempunyai pokok pinang di atas rumput. Ia didasarkan kepada unsur-unusr yang wujud dalam jata negeri tersebut kurniaan Raja George VI. Bendera ini mula digunakan pada tahun 1957 selepas Pulau Pinang Penang menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu. Untuk Negeri Kita
WP KL 14 jalur merah dan putih (melintang) menandakan keanggotaan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bulan sabit dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi . Bintang berbucu 14 melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Pusat Kerajaan dan Pentadbiran . Warna biru tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan wargakota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum . Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya dalam menghadapi cabaran ke arah pembangunan bandaraya kosmopolitan yang dinamik dan berprogresif . Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur. Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan bandaraya dalam taman bercahaya .
WP LABUAN Bulan bintang bermakna agama Islam sebagai agama rasmi. Bintang pecah empat belas menggambarkan negerinegeri dan Kerajaan Persekutuan bersatu dalam Persekutuan Malaysia. Warna merah melambangkan keberanian bermakna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia. Warna putih melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan dalam mempertingkatkan katahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum, hidup bersatu, aman makmur hormati serta berusaha untuk memajukan pembangunan. Warna kuning melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong dan menghormati falsafah Rukun Negara.
WP PUTRAJAYA Bendera baru bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah berasaskan dua (2) warna utama iaitu biru dan kuning.Warna biru melambangkan keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.Manakala warna kuning bendera adalah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.
WP KL WP Labuan WP PUTRAJAYA Maju Dan Sejahtera
Sekian terima kasih