S E K O L A H K E B A N G S A A N I B O I PIBG Dirasmikan oleh: TUAN MOHD TERMIZI BIN HUSIM TIMB.PEG.PEND.DAERAH SEKTOR PEMBANGUNAN MURID PENDIDIKAN DAERAH BALING Mesyuarat Agung Mesyuarat Agung 2:30 petang AHAD 05.05.2024 DEWAN MAHABBAH SK Iboi KE-43 2024
UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PIBG Sekalung terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2024 dan semua ibu bapa serta guru yang telah berganding bahu dalam menggerakkan dan memberikan sokongan padu kepada kepada setiap program yang direncanakan oleh pihak sekolah . Semoga semangat dan keiltizaman ibu bapa terus tekal untuk melihat SK IBOI terus bergerak ke hadapan dalam menerajui pendidikan negara. Ahli Jawatankuasa PIBG yang dipilih dalam mesyuarat agung ini sentiasa beriltizam memikul amanah dan kepercayaan yang diberikan tetapi tanpa komitmen yang menyeluruh daripada ibu bapa dan guru tentunya bahtera ini tidak mampu menongkah arus. Justeru, segala sumbangan baik dalam bentuk kebolehan, kepakaran, buah fikiran, material dan kewangan daripada semua pihak amatlah dialu-alukan walaupun sedikit amat bermakna kepada PIBG dalam membantu merealisasikan visi dan misi sekolah ke arah menggapai kecemerlangan akademik, kokurikulum dan kemenjadian murid. Pada kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada SK IBOI yang selangkah sederap dengan PIBG untuk menjayakan setiap aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah. Segala usaha tidak akan dicapai dengan pelibatan semua pihak. Saya dan ahli jawatankuasa PIBG juga melahirkan rasa bangga dapat bergerak bersama di bawah kepimpinan Puan Sarifah binti Ahmad, Guru Besar SK IBOI. Akhir kata, saya menyeru kepada semua ahli PIBG bersatu hati dan tenaga bagi menjayakan segala misi PIBG agar menjadi sebuah persatuan yang dinamik dan progresif demi kepentingan, kebajikan dan kecemerlangan anak-anak kita di SK IBOI. Sekian, terima kasih. (EN SABRI BIN MAT NOH) Yang Dipertua PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN IBOI Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-43 bagi tahun 2024.
UCAPAN ALUAN GURU BESAR Assalammualaikum W.B.T Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana tahun ini tahun pertama saya sebagai Guru Besar di SK Iboi, dapat bersama-sama tuan/puan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sekolah Kebangsaan Iboi kali ke 43 pada hari ini.Terima kasih kepada tuan/puan kerana hadir. Semoga mesyuarat kali ini akan membawa keberkatan dan hasil kerjasama yang baik. In Sya Allah. Peranan dan tanggung jawab PIBG amat besar dalam memberi sokongan dan kerjasama kepada pengurusan sekolah demi kecemerlangan anak-anak dalam semua aspek secara holistik. Kekuatan sesebuah sekolah dapat dicapai apabila semua ibu bapa dan guru berganding bahu dan menyambut pengurusan demi keperluan anak-anak kita dengan positif. Mohon semua dapat menggunakan saluran yang betul untuk memberi pandangan supaya hubungan dan komunikasi di antara ibu bapa dan guru berkesan untuk kemenjadian murid. Ibu bapa dan guru amat perlu memberi sokongan dan sumbangan demi kecemerlangan anak-anak dengan memberi idea,kemahiran,tenaga dan wang ringgit dengan ikhlas dan bersyukur kerana dapat memberi dana untuk menggerakkan program dan aktiviti sekolah. Semua sumbangan akan memberi kebaikan untuk anak-anak kita. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua jawatan kuasa bagi sesi 2022/2024, PIBG yang komited tinggi memberi sumbangan kepada pihak sekolah, ucapan selamat berkhidmat dengan cemerlang dan terus cemerlang kepada barisan AJK PIBG yang baharu bagi sesi 2024/2026. “SEKOLAH DAN PIBG BERPISAH TIADA” Saya yang menjalankan amanah (SARIFAH BINTI AHMAD) Penasihat, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Iboi Sekapur Sirih Seulas Pinang Penasihat PIBG
SENARAI GURU DAN STAF SK IBOI BIL. NAMA JAWATAN 1. PN.SARIFAH BINTI AHMAD GURU BESAR 2. EN.ROSLE BIN JUSOH PEN.KANAN PENTDBIRAN 3. EN.MD RODHY BIN HASSAN PEN. KANAN HAL EHWAL MURID 4. PN.SUHAILA BINTI ARIFFIN PEN.KANAN KO KURIKULUM 5. EN.KU MOHD SHAFENDY BIN KU SHUIB GURU ICT 6. PN.ROZITA BINTI RAMLI GURU PRASEKOLAH 7. PN.NOOR SURYATI BINTI YAACOB GURU PEMULIHAN 8. PN.SAKINAH BINTI ZAKARIA@YA GURU PUSAT SUMBER 9. PN.CIK SYAMSYIDAR BINTI DARUS GURU PENOLONG 10. EN.AKMAL AMIR BIN ABDUL WAHAB ZANI GURU PENOLONG 11. EN.AHMAD HAFIZ BIN MOHAMAD GURU PENOLONG 12. PN.AKILAH BINTI ABD SAMAD GURU PENOLONG 13. EN.MOHAMAD ROSLAN BIN MARZUKI GURU PENOLONG 14. EN.MUHAMAD RADHIF BIN MAT DERIS GURU PENOLONG 15. EN.MUHAMMAD IZNAL NADZHAM BIN ISMAIL GURU PENOLONG 16. PN.ATIQAH WAJIHAH BINTI OSMAN GURU PENOLONG 17. PN.NOR AZIAH BINTI HASHIM GURU PENOLONG 18. PN.NORJAMILAH BINTI ABD RAZAK GURU PENOLONG 19. PN.FATHIYAH BINTI ABDULLAH GURU PENOLONG 20. PN.SALASIAH BINTI ISMAIL GURU PENOLONG 21. PN.SHARIFAH FARHIYAH BINTI MOHD AZMI GURU PENOLONG 22. PN.SITI IRMA BINTI SHUIB GURU PENOLONG 23 PN.SITI NORIAH BINTI ZAINON GURU PENOLONG 24. PN.SUHAIMAH BINTI SAMAN GURU PENOLONG 25. PN.SYARIFAH BINTI ABDUL LATIF GURU PENOLONG 26. PN.NURUL FARHANA BINTI SAIFUL PAZLI GURU PENOLONG 27. PN.SARAH BINTI AHMAD GURU PENOLONG 28. PN.HASMAH BINTI AHMAD PEMBANTU PENGURUSAN MURID 29. CIK KHOSIMAH BINTI HUSIN PEMBANTU TADBIR 30. EN.MOHD FAZLI BIN MANAF PEMBANTU AM PEJABAT 4
5 atur cara MAJLIS MASA AGENDA 2.00 petang 2.30 petang 2.40 petang 3.15 petang 5.15 petang 5.30 petang - Pendaftaran ibu bapa/waris - Ketibaan jemputan - Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis - Bacaan doa - Ucapan YDP PIBG (En Sabri bin Mat Noh) - Ucapan Guru Besar (Pn Sarifah binti Ahmad) - Ucapan Perasmian oleh : Tuan Mohd Termizi bin Husim Timb.Peg.Pend. Daerah Baling Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pendidikan Daerah Baling - Mesyuarat Agung bermula - Jamuan ringan - Bersurai
6 NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 43 2024 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN IBOI 09200 KUPANG KEDAH DARUL AMAN No.Tel : 011-65735400 Ruj. Kami : SKI 100-13/14(3) Tarikh : 18 April 2024 Kepada : Semua Ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Kebangsaan Iboi, 09200 Kupang Kedah. TUAN/PUAN, NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SK IBOI KALI KE-43 TAHUN 2024 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Berhubung dengan itu, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Iboi kali ke 43 bagi tahun 2024 akan diadakan pada ketetapan berikut: Tarikh : 5 Mei 2024 Hari : Ahad Masa : 2.00 petang Tempat : Dewan Mahabbah SK Iboi 3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut: 3.1 Perutusan Yang Dipertua PIBG 3.2 Ucapan Penasihat PIBG 3.3 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke 42 3.4 Membentang dan Mengesahkan Laporan Tahunan PIBG 2023/2024 3.5 Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan PIBG 3.6 Cadangan Usul dan Membahaskan Usul 3.7 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2022/2024 dan Pelantikan AJK PIBG Sesi 2025/2027 3.8 Ucapan Penangguhan 4. Bersama-sama ini juga disertakan borang usul untuk tindakan tuan/puan. Tuan/puan boleh menyerahkan borang ini kepada anak tuan/puan untuk diserahkan kepada guru kelas masing-masing sebelum atau pada 24 April 2024 (Rabu). 5. Justeru itu, tuan/puan dijemput hadir dan diharap dapat mengemukakan idea dan usul yang dapat membantu pihak PIBG dan sekolah dalam kemenjadian murid serta mempertingkatkan lagi mutu pendidikan anak-anak SK Iboi. Sekian, terima kasih. ”MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “ PERKHIDMATAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG” Saya yang menjalankan amanah, …………………………………. ( ROZITA BINTI RAMLI ) Setiausaha PIBG 2022/2024, Sekolah Kebangsaan Iboi, 09200 Kupang, Kedah Darul Aman.
jawatankuasa pibg sekolah kebangsaan iboi sesi 2022-2024 7 PENASIHAT Pn. Sarifah binti Ahmad (Guru Besar) YDP PIBG En. Sabri bin Mat Noh NAIB YDP PIBG Pn. Shahanum binti Husin SETIAUSAHA Pn. Rozita binti Ramli BENDAHARI Pn. Akilah binti Abd Samad AJK GURU Pn. Cik Syamsyidar binti Darus Pn. Noor Suryati binti Yaacob Pn. Fathiyah binti Abdullah En. Akmal Amir bin Abdul Wahab Zani AJK IBU/BAPA Pn. Sarina binti Husin Pn. Nor Aishah binti Idris Pn. Saharah binti Jusoh Pn. Siti Mariam binti Mohd Hilmi Pn. Nor Hazwani binti Che Rus Pn. Norliana binti Abu Talib JURUAUDIT En.Mohd Fazli bin Manaf
jawatankuasa pelaksana mesyuarat agung pibg sesi 2024/2025 Sambutan & Protokol Pn.Sarifah binti Ahmad (GB) En.Sabri bin Mat Noh (YDP) Pn.Shahanum binti Hussin (NYDP) En.Rosle bin Jusoh (PK1) En.Md Rodhy bin Hasan (PK HEM) Pn.Suhaila binti Ariffin (PK KOKO) Jamuan Waris/AJK Pn.Suhaimah bt Saman (K) Pn.Sharifah Farhiyah binti Mohd Azmi Pn.Noremee binti Abdul Lateh (SPI KAFA) Cik Husna binti Md Radzi (SPI KAFA) Pn.Siti Mariam binti Mohd Hilmi (AJK PIBG) Pengacara Majlis En.Mohd Radhif bin Mat Deris Pn.Sakinah bt Zakaria@Ya Jamuan VIP Pn.Fathiyah binti Abdullah (K) Pn.Hasmah binti Ahmad Pn.Sarina binti Husin (AJK PIBG) Pn.Nor Hazwani bintI Che Rus (AJK PIBG) 8 PENASIHAT Pn. Sarifah binti Ahmad (Guru Besar) PENGERUSI En. Sabri bin Mat Noh (YDP PIBG) NAIB PENGERUSI Pn. Shahanum binti Hussin SETIAUSAHA Pn. Rozita binti Ramli BENDAHARI Pn. Akilah binti Abd Samad
jawatankuasa pelaksana mesyuarat agung pibg sesi 2024/2025 Bacaan Doa En.Mohd Firdaus bin Zakaria (SPI KAFA) Kebersihan & Kawalan Keselamatan En. Mohamad Roslan bin Marzuki Petugas Khas Kebersihan Sekolah Petugas Khas Keselematan Sekolah Pendaftaran Pn.Norjamilah binti Abd Razak Pn.Atiqah Wajihah binti Osman Pn.Zuraini binti Abdul Wahab (SPI KAFA) Pn.Raudzah binti Mat Yudin (AJK PIBG) Pencatat Minit Pn.Siti Irma binti Shuib (K) Pn.Sarah binti Ahmad Cik Manisah binti Mansor Jurugambar & Dokumentasi Pn.Salasiah bt Ismail Pn.Nurul Farhana binti Saiful Pazli Siaraya En.Ku Shafendy bin Ku Shuib Buku Program & Brosur Rozita binti Ramli Banner Pn.Syarifah bt Abd Latif Persiapan Pentas Pn.Nor Aziah bt Hashim (K) Pn.Siti Noriah binti Zainon Pn.Nor Aishah binti Idris (AJK PIBG) Pn.Norliana binti Abu Talib (AJK PIBG) Pn.Robaiyah binti Abdul Rashid (SPI KAFA) Pn.Nor Hayati binti Haroon (SPI KAFA) Persiapan Tempat (sebelum&selepas) En.Muhammad Iznal Nadzham b Ismail (K) En.Akmal Amir b Abdul Wahab Zani En.Ahmad Hafiz bin Mohammad En.Fazli b Manaf Petugas khas kebersihan sekolah Cabutan Bertuah Pn.Noor Suryati binti Yaacob (K) Pn.Cik Syamsyidar binti Darus Pn.Saharah binti Jusoh (AJK PIBG) Pn.Norlia binti Hashim (AJK PIBG) Pn.Rohani binti Hashim (SPI KAFA) Cenderahati VIP Pn.Akilah binti Abd Samad 9
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 43 2024 1. Perutusan Yang Dipertua PIBG 2. Ucapan Penasihat PIBG 3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke 42 4. Membentang dan Mengesahkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2023/2024 5. Membentang dan Mengesahkan Laporan Kewangan 2023/2024 6. Cadangan Usul dan Membahaskan Usul 7. Pembubaran AJK PIBG Sesi 2022/2024 dan Pelantikan AJK PIBG Sesi 2024/2026 8. Hal-hal lain 9. Ucapan Penangguhan 10
minit mesyuarat agung pibg ke-42 2022/2023 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN IBOI 09200 KUPANG KEDAH DARUL AMAN TEL / FAX – 011-65735400 Email : [email protected] LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 42 SEKOLAH KEBANGSAAN IBOI 09200 KUPANG, KEDAH DARUL AMAN Tarikh : 21 Jun 2023 Hari : Rabu Masa : 2.00 ptg Tempat : Dewan Mahabbah SK Iboi Kehadiran : Waris dan Guru Dirasmikan oleh : Puan Jasniza Binti Jamal (Founder JasVision) BAHAGIAN PERASMIAN i) Bacaan Doa 1. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Akmal Amir bin Abdul Wahab Zani. ii) Rumusan Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran (En Rosle bin Jusoh) 2. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengerusi majlis dan ustaz atas bacaan doa tadi. 3. Mengucapkan terima kasih atas komitmen yang baik kepada semua waris dan ibu bapa kerana dapat meluangkan masa untuk hadir pada hari ini simbolik kemuafakatan ibu bapa dan sekolah. 4. Memohon maaf dan menyampaikan salam daripada Puan Guru Besar SK Iboi kerana beliau tidak dapat hadir pada hari ini kerana suami sakit. 5. Mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG kerana membantu pihak sekolah di dalam pelbagai aspek contohnya seperti tahun lepas iaitu Program Ziarah Cakna Murid Terjejas Banjir. 6. Fokus utama untuk merealisasikan aspirasi sekolah iaitu ABC (Anak yang Bijak lagi Cerdik) selari dengan hasrat kementerian. 11
minit mesyuarat agung pibg ke-42 2022/2023 1. Merakamkan jutaan terima kasih YDP PIBG (En Sabri bin Mat Noh) kerana menjayakan peranan organisasi PIBG. 2. Melaporkan keadaan semasa sekolah dengan kapasiti 28 orang guru. Pn Arniza bt Arshad PK KOKO yang lama telah bertukar kepada Pn Suhaila bt Ariffin yang baru. Dan juga Pn Laila bt Mohamad Nor berpindah ke SJKC Kuala Pegang. 3. Jumlah murid SK Iboi adalah 325 orang, termasuk murid prasekolah seramai 25 orang. 4. Surau sekolah juga telah dinaik taraf dan diubahsuai dengan bantuan PIBG. 5. SK Iboi mempunyai 12 buah kelas, setiap aliran mempunyai dua kelas. 6. SK Iboi juga tela memasuki Program TS25. 7. Mengakhiri ucapan dengan ucapan terima kasih buat semua ibu bapa kerana memberikan komitmen serta bantuan kepada pihak sekolah dan berharap agar semoga usaha direstui dan diberkati oleh Allah swt. Tindakan: Makluman waris / guru i) Rumusan Ucapan Yang DiPertua PIBG (En. Sabri bin Mat Noh) 8. En. Sabri bin Mat Noh mengucapkan terima kasih kepada pengacara majlis, bacaan doa, YDP PIBG,Barisan Penolong Kanan,AJK PIBG,barisan guru-guru serta ibu bapa yang menghadiri Mesyuarat Agung pada hari ini. 9. Mengucapkan terima kasih kepada perasmi Pn Jasniza Jamal kerana sudi hadir merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Iboi kali ke 42 2023. 10. Berterima kasih kepada penyumbang-penyumbang hadiah sempena cabutan bertuah pada hari ini . 11. Berharap agar waris dapat terus menyumbang untuk kecemerlangan pelajaran anak-anak mereka dan tidak berharap kepada pihak sekolah sahaja. Semua pihak perlu bekerjasama dan berganding bahu membentuk kejayaan anakanak. 12
minit mesyuarat agung pibg ke-42 2022/2023 i) Rumusan Ucapan dan Perasmian (Puan Jasniza binti Jamal) 1. Mengucapkan terima kasih kepada pengacara majlis, bacaan doa, YDP PIBG,dan ingatan buat Guru Besar serta semua yang menghadiri Mesyuarat Agung pada hari ini. 2. Beliau menyatakan kunci kepada kejayaan anak anak adalah dengan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan juga pihak sekolah. 3. Sekolah adalah saluran yang betul untuk menyampaikan hasrat serta meningkatkan kualiti pendidikan. Ibu bapa perlu gunakan saluran yang betul bagi mengelakkan kredibiliti pihak sekolah tercalar. 4. Memberikan ucapan penghargaan kepada ibu bapa yang memberikan komitmen terhadap kemajuan anak di sekolah. 5. Tugas guru bukan mudah dalam memberikan pendidikan, justeru itu, beliau menyeru semua ibu bapa terlibat secara aktif dalam setiap pengklibatan anak di sekolah. 6. Menyatakan jasa dan usaha guru juga tidak ternilai harganya. 7. Menyatakan ucapan tahniah kepada semua yang terlibat dalam mesyuarat pada hari ini. 8. Dengan lafaz Bismillahirohmanirohim, beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Iboi kali ke 42 2023. 13
minit mesyuarat agung pibg ke-42 2022/2023 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-42 SEKOLAH KEBANGSAAN IBOI, 09200 KUPANG, KEDAH DARUL AMAN AGENDA MESYUARAT i) Pelantikan Pengerusi Majlis 1. Majlis dipengerusikan oleh En. Mahmud bin Che Ngah. ii) Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung 2. Pn. Rozita binti Ramliselaku setiausaha PIBG membentangkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-41. 3. Pn Siti Nurliana bt Ismail mencadangkan minit mesyuarat yang lalu diterima dan disahkan. Pn. Halimah binti Idris menyokong. iii) Perkara berbangkit 4. Tiada perkara berbangkit yang disebut semula dalam mesyuarat lalu. iv) Laporan aktiviti tahunan PIBG sesi 2022-2023 5. Pn. Rozita binti Ramli membentangkan laporan aktiviti Tahunan PIBG untuk disahkan. (rujuk lampiran) 6. Pn. Saripah Nor bt Che Teh mencadangkan laporan aktiviti PIBG yang lalu diterima dan disahkan. Pn Norliana binti Abu Talib menyokong. v) Laporan kewangan PIBG sesi 2022 7. Pn Akilah Bt Abd Samad membentangkan laporan kewangan PIBG sesi 2022. (rujuk lampiran) 8. En Sidik Bin Harun mencadangkan laporan kewangan PIBG disahkan. En Mazlan bin Yahya menyokong. vi) Menerima dan membahaskan usul 9. Pn. Munarita bt Katiman mencadangkan murid RMT makan pada waktu rehat . - PK 1 (En Rosle b Jusoh) menyatakan KPM telah mengeluarkan pekeliling bagi RMT iaitu murid perlu makan pada waktu pagi. Pihak sekolah perlu mengikut arahan yang telah dikeluarkan. 14
minit mesyuarat agung pibg ke-42 2022/2023 1. En Nadzri bin Mohamad Ghazi mencadangkan memasang “awning” tepi kaki lima dewan. - PK 1 (En Rosle b Jusoh) menyatakan pihak sekolah mengalu-alukan cadangan tersebut tetapi perlu melihat dari aspek kewangan dan peruntukkan dari PIBG. - YDP menyatakan perkara ini akan dibawa dan dibincangkan dalam mesyuarat AJK nanti. 2. Pn. Ainul Fadhilah mencadangkan agar pihak sekolah agar memaklumkan awal sekiranya pihak sekolah ada program atau aktiviti. - PK 1 (En. Rosle b Jusoh) menyatakan pihak guru dan sekolah sedaya upaya memaklumkan awal segala aktiviti program yang akan dijalankan di sekolah, tetapi ada waris atau ibu bapa yang tidak cakna dan prihatin menyebabkan perkara tersebut berlaku. 3. En Zabidi bin Bakar mencadangkan kelas tambahan kepada murid yang lemah dalam pelajaran. - PK 1 (En. Rosle b Jusoh) menyatakan sekolah telah ada pemulihan dan juga program-program khas yang dilaksanakan oleh panitia bagi membantu murid lemah dalam pelajaran. Pihak pentadbiran sekolah akan berbincang jika ada keperluan untuk mengadakan kelas tambahan khas. 4. Pn. Fathiyah Abdullah mencadangkan agar PIBG menyumbangkan sesuatu yang bermakna dan berguna untuk murid dan sekolah. - YDP (En Sabri b Mat Noh) menyatakan usul ini akan dibawa ke mesyuarat ajk untuk dibincangkan lebih terperinci. 5. Pn. Saharah bt Jusoh mencadangkan agar pengawal keselamatan sekolah dibelikan insurans bagi menjaga kebajikan mereka yang menjaga dan mengawal lalu lintas murid. - YDP (En. Sabri b Mat Noh) menyatakan akan mempertimbangkan perkara ini dan akan diputuskan dalam mesyuarat ajk nanti. 6. En. Sabri Bin Mat Noh (YDP) mencadangkan yuran PIBG dinaikkan. - Majlis sebulat suara bersetuju menaikkan kadar yuran PIBG dari Ringgit Malaysia dua puluh (RM20) kepada Ringgit Malaysia dua puluh lima sahaja (RM25). viii) Hal-hal lain -Tiada - ix) Ucapan Penangguhan oleh YDP PIBG 7. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang bertungkus lumus menjayakan mesyuarat agung PIBG pada hari ini dan juga kepada semua ibu bapa serta pihak sekolah yang sama-sama turut memberikan kerjasama menjayakan mesyuarat. 15
minit mesyuarat agung pibg ke-42 2022/2023 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang. Disediakan oleh, Disemak oleh, ……………………………………….. ………………………………….. (ROZITA BINTI RAMLI) (SABRI BIN MAT NOH) Setiausaha PIBG 2022-2024 YDP PIBG, SK Iboi, 09200 Kupang, SK Iboi, 09200 Kupang, Kedah Darul Aman. Kedah Darul Aman. Pencatat Minit: Pn Syarifah binti Abdul Latif Pn Norjamilah binti Abd Razak Pn Atiqah Wajihah binti Osman 16
REKOD KEHADIRAN mesyuarat AJK Pibg sesi 2023/2024 BIL NAMA JAWATAN MESYUARAT 1 2 3 4 5 6 1. PN.SARIFAH BINTI AHMAD GURU BESAR - / / / / / 2. EN.SABRI BIN MAT NOH YDP / / / / / / 3. PN.SHAHANUM BINTI HUSSIN NYDP / / / / / X 4. EN.ROSLE BIN JUSOH PK 1 - X / / / / 5. EN.MD RODHY BIN HASSAN PK HEM - / / / / / 6. PN.SUHAILA BINTI ARIFFIN PK KOKO - / / X X X 7. PN.ROZITA BINTI RAMLI SETIAUSAHA / / / / / / 8. PN.AKILAH BINTI ABD SAMAD BENDAHARI / / / / / / 9. PN.CIK SYAMSYIDAR BINTI DARUS AJK GURU / / / / / / 10. PN.FATHIYAH BINTI ABADULLAH AJK GURU / / / / / / 11. PN.NOOR SURYATI BINTI YAACOB AJK GURU / / / / / / 12. EN.AKMAL AMIR BIN ABDUL WAHAB ZANI AJK GURU X X / X X X 13. PN.SARINA BINTI HUSIN AJK WARIS / X / X / / 14. PN.SAHARAH BINTI JUSOH AJK WARIS X / / X X / 15. PN.SITI MARIAM BINTI MOHD HILMI AJK WARIS / X / / / / 16. PN.NOR AISHAH BINTI IDRIS AJK WARIS / X / X / / 17. PN.NORLIANA BINTI ABU TALIB AJK WARIS / X / / / / 18. PN.NORLIA BINTI HASHIM AJK WARIS / X X X / / 17
laporan AKTIVITI pibg sesi 2023/2024 18 BIL. AKTIVITI TARIKH 1. PROGRAM MAAL HIJRAH/ASYURA 16.8.2023 2. GOTONG ROYONG MADANI PERINGKAT SK IBOI 2023 7.9.2023 3. KEJOHANAN SUKAN DAN OLAHRAGA SK IBOI 2023 26&27.9.2023 4. PROGRAM MOTIVASI WARIS DAN PENYERAHAN PELAPORAN PBD PERTENGAHAN TAHUN 2023 15.10.2023 5. PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SK IBOI 7&8.12.2023 6. HARI ANUGERAH CEMERLANG & HARI GRADUASI PRASEKOLAH SESI 2023/2024 27.1.2024 7. MAJLIS BERKHATAN PERDANA SK IBOI 15.2.2024 8. KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SK IBOI 2024 23.4.2024 9. SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SK IBOI 18.4.2024 10. GOTONG ROYONG MADANI FASA 1 27.4.2024
laporan kewangan pibg sesi 2023 19
usul-usul mesyuarat agung pibg sesi 2023/2024 1. En. Zabidi bin Bakar (Muhammad Hazam Mukmin 4AL) Mencadangkan kenaikan yuran PIBG mengikut gaji ibu bapa memandangkan ada permohonan kenaikan yuran PIBG baru-baru ini. 2. Pn. Siti Noor Hayati (Muhammad Ar Rayyan Naufal 4AL) Mencadangkan pihak sekolah untuk menyediakan tempat teduh bagi ibu bapa menunggu anak balik sekolah. 3. i) Pn. Diana Nadirah Kamaludin (Nur Khaliesya Umairah binti Abdullah 4AL) Saya ingin guru menyediakan tempat menyimpan buku sekolah yang perlu sahaja dibawa ke sekolah dari rumah melihat kepada jadual anak-anak ke sekolah sangat banyak dan beg mereka terlalu berat. ii) En.Saiful bin Abd Khoni (Muhammad Amsyar Maarif 2AS) Bagi buku teks, boleh tinggal di kelas bagi mengelakkan keberatan beg sekolah anak. iii) Pn.Siti Noor Hayati (Muhammad Ar Rayyan Naufal 4AL) Mencadangkan untuk pihak sekolah menyediakan tempat untuk meletak buku-buku teks supaya tidak memberatkan beg sekolah. USUL YANG DITERIMA DAN AKAN DIBAHASKAN 20
penghargaan Ucapan jutaan terima kasih kepada En.Sabri bin Mat Noh (YDP PIBG SK Iboi) Pn.Sarifah binti Ahmad (Guru Besar SK Iboi) Barisan AJK PIBG SK Iboi Sesi 2022/2024 Barisan Guru Penolong Kanan SK Iboi Guru-guru SK Iboi Ibu Bapa/Penjaga Serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-43 2024 21
catatan