NAMA NURUL AINA SYAFINA BINTI MOHD ARIF NO. KAD PENGENALAN 030308-06-0104 ANGKA GILIRAN 2021232340369 PROGRAM PISMP AMBILAN JUN 2022 UNIT BAHASA MELAYU D (SK) NAMA PENSYARAH DR. ROZIAH BINTI RAMLI TARIKH HANTAR 24 FEBRUARI 2024 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 01000 BEHOR PULAI KANGAR PERLIS BMMB3283 KESUSASTERAAN KANAK-KANAK DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
Syukur Alhamdulillah kepada Allah SWT kerana dengan izinnya saya telah berjaya menyiapkan tugasan pentaksiran berterusan bagi kursus KESUSASTERAAN KANAK-KANAK DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU (BMMB3283) dalam tempoh yang telah ditetapkan dengan lancar. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada DR. ROZIAH BINTI RAMLI pensyarah bagi kursus ini kerana telah banyak membimbing serta memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjang tempoh pelaksanaan tugasan ini. Tidak ketinggalan juga buat dua insan istimewa iaitu ibu dan bapa saya, terima kasih yang tidak terhingga kerana selalu memberikan katakata semangat kepada saya. Dua insan inilah yang sentiasa berada bersama-sama saya di waktu senang dan sukar. Akhir sekali, sekalung penghargaan juga buat rakan-rakan seperjuangan saya yang telah banyak berkongsi idea-idea yang bernas sepanjang pelaksanaan tugasan pentaksiran berterusan ini. Terima kasih juga kepada mana-mana pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. PENGHARGAAN
S U A R A s e n j a ? S U A R A s e n j a ? NURUL AINA SYAFINA @ BM D
“Budi ohhh Budi! Tolong mak angkat raga pakaian ni masuk ke dalam rumah sekejap,” laung Puan Melia kepada anaknya. “Ala, Budi nak keluar bermain bola dengan Wira dan Jebat ni mak. Dah lambat ni, mesti mereka semua dah tunggu di padang,” balas Budi kepada emaknya sambil kelam-kabut memakai selipar. “Amboi, mak minta tolong sedikit pun tidak bolehkah? Kalau begitu, lepas ini mak tak izinkan kamu keluar bermain pada waktu petang dah.” Sebaik sahaja mendengar emaknya kata begitu, Budi berlari mengangkat raga pakaian untuk dibawa masuk ke dalam rumah. “Mak, dah angkat raga pakaian ni, Budi pergi main dulu ya!” laung Budi sambil tergesa-gesa berlari keluar daripada halaman rumah sehingga mahu terjatuh. “Ha, kamu jangan balik lewat maghrib sangat! Waktu maghrib tak elok berada di luar,” jerit Puan Melia namun sudah tidak didengari oleh Budi. 2
Budi, Jebat dan Wira merupakan tiga sekawan rapat yang berumur 12 tahun serta gemar bermain bola di padang pada waktu petang. Budi sering dimarahi oleh emaknya akibat kedegilannya yang suka pulang ke rumah lewat maghrib. Walaupun telah dinasihati berkali-kali oleh emaknya, namun Budi masih mengulangi kesalahan yang sama setiap hari. “Budi! Lambatnya kamu sampai hari ni. Selalunya kamu paling awal,” kata Jebat kepada Budi sebaik sahaja dia tiba di padang. Wira, Jebat dan budak-budak kampung yang lain kesemuanya menghalakan pandangan ke Budi. Budi masih tercungap-cungap mencuri nafas akibat penat berlari dari rumahnya. “Saya tolong emak saya sebelum keluar tadi. Itu yang lambat sikit. Sudah, sudah, jom kita main bola!” kata Budi dengan semangat. “Jom!” balas mereka serentak. 3
Matahari semakin samar-samar bayangannya di langit namun sekumpulan budak-budak lelaki masih ligat menyepak bola di padang tanpa mempedulikan detik ketika itu. “Budi! Jebat! Dah gelap ni, jomlah kita balik, nanti mak kita semua marah, ” laung Wira dari jauh. Budi yang sedang mengelecek bola itu terus berhenti daripada bermain apabila mendengar laungan Wira. Mereka semua baru sedar yang hari sudah pun gelap. “Ka, ka, kami balik dulu, ” kata budak-budak kampung dengan kelam-kabut sambil berlari pulang. “Dah la, mari kita balik juga. Mesti mak kita semua sudah bising di rumah, ” kata Budi. Jebat dan Wira hanya menganggukkan kepala tanda setuju sambil berjalan dengan laju. Sedang mereka berjalan, tiba-tiba Budi terpandang satu simpang kecil di sebelah kiri yang boleh tembus ke arah rumah mereka. 5
“Jebat, Wira, kita ikut jalan ni nak tak? Ini kan jalan pintas untuk ke rumah kita semua,” kata Budi. “Tapi jalan tu kan gelap, sunyi dan tiada rumah di sekitarnya, kita pun jarang lalu situ,” balas Wira sedikit gugup. “Jalan ni kan lurus je, lagipun kita dah lewat ni nak pulang ke rumah,” Jebat yang bersetuju dengan cadangan Budi pun mengajak Wira untuk mengikuti jalan kecil tersebut tanpa berfikir panjang. JALAN KERANJI 6
Mereka bertiga pun melalui jalan tersebut. Pada mulanya semua kelihatan seperti biasa sehinggalah mereka ternampak sesuatu di bahu jalan yang sempit itu. “Eh, ini buah apa,” tanya Wira. “Kalau tidak salah, inikan buah keranji. Tapi macam mana boleh tiba-tiba ada di sini? Tiada pun pokok keranji di kawasan ni,” kata Jebat dengan hairan sambil melihat sekeliling. Zrupppppp, bulu roma mereka bertiga berdiri tegak. Cerita-cerita mistik yang pernah diceritakan oleh penduduk kampung terus singgah di ingatan mereka bertiga. Mereka tahu bahawa pokok keranji yang besar dan tinggi ini amat sinonim dengan ceritacerita yang menyeramkan. “Mungkin kepunyaan orang kampung yang tercicir agaknya,” Budi bersuara selepas membisu seketika hanya untuk menyedapkan hati. 7
Mereka pun meneruskan perjalanan meninggalkan buah keranji tersebut di belakang. Namun setiap langkah kaki mereka terasa sangat jauh dan mereka seolah-olah berjalan pada tempat yang sama. “Haih, dah penat berjalan ni. Bila kita nak sampai? Bukankah jalan ni merupakan jalan singkat?” rungut Wira. Budi, Jebat dan Wira pun memberhentikan langkah kerana pelik dan keliru dengan keadaan tersebut. Tiba-tiba……………………… 8
Terbeliak mata mereka bertiga melihat buah keranji yang mereka jumpa di bahu jalan sebentar tadi berada betul-betul di hadapan mereka. Tidak ada seorang pun yang berani bergerak. Setelah seminit berlalu, budi bersuara. “Dah, mari kita teruskan berjalan. Kejap lagi sampai la ni,” kata Budi terketar-ketar menahan rasa seram. Wira dan Jebat hanya menurut kata Budi tanpa bersuara kerana masing-masing terlalu takut dan cuak. Mereka bertiga membuat tidak endah terhadap buah keranji yang berada di hadapan mereka itu. Selang dua tiga langkah selepas itu, hutanhutan dan lalang-lalang yang berada di sekitar mereka melambai laju ditiup angin kencang secara tiba-tiba. Hujan gerimis mulai turun membasahi tanah sedikit demi sedikit. Wira yang terlalu takut sudah pun terenjut-enjut bahunya menangis. 9
“Apa kita nak buat ni Budi?” kata Wira yang sedang tersedu-sedan menangis. Jebat memandang kearah Budi mengharap jawapan daripadanya. “Saya pun tidak pasti apa kita nak buat sekara….,” kata-kata Budi terhenti kerana ada suatu suara sayu yang menerpa telinga mereka. 10
Hm-mm, hm-mh-mh Hm-mh-mh, hm-mh-mh Hm-mh, hm-mh-mh Hm-mh-mh, hm-mh Sunyi sepi suasana nan senja Detik menjelmanya alam kedua Perlu hindari elak mudarat diri Pesan warga tua wajar didengari Wahai tiga jiwa Berlegar kala senja Pesan ibu tidak pula dikira Wahai tiga jiwa Ketawa alpa loka Malang timpa, memburuk nasibnya Hm-mm, hm-mh-mh Hm-mh-mh, hm-mh-mh Hm-mh, hm-mh-mh Hm-mh-mh, hm-mh Wahai tiga jiwa Taat pesan bonda Hindar jika berkali ditegahnya Menyesal tiada guna Hadaplah tanpa gentar Elak derhaka, hormati insan tersayang. HIH HIH HIH HIH HIH………………. 11 LAGU: BUAI LAJU-LAJU(ERNIE ZAKRI)
Suara sayu tersebut lama-kelamaan berubah kepada suara mengilai yang amat menyeramkan. Mereka bertiga membuka langkah seribu melarikan diri ibarat lipas kudung. “Tolong! Tolong! Tolong!” jerit Budi sekuat hati berharap ada orang kampung yang terdengar. Namun hampa, jalan di situ gelap dan sunyi sepi tanpa ada seorang pun penduduk kampung lalu. Hanya bertemankan hutan tebal, lalang yang tinggi, serta suara misteri. Lebih menyeramkan, buah keranji tersebut bergolek mengejar mereka bertiga sambil mengilai dengan kuat. “Emakkkkkkkkkk! Bapakkkkkk! Tolong Jebat! Jebat takut,” jerit Jebat dengan kuat sambil berlari. Gedebukkkk… Wira yang sedang berlari tiba-tiba terjatuh kerana tersadung batu. Kakinya terseliuh dan tidak dapat bangun. 12
“Budi! Jebat! Tung, tung, tunggu,” rayu Wira kesakitan. Walaupun sedang ketakutan yang amat dahsyat, Budi dan Jebat patah balik untuk membantu sahabat mereka Wira yang tersadung itu. “Wira, bangun Wira, suara misteri tu semakin dekat. Kita kena lari,” kata Budi dengan cemas. Ketika mereka sedang ingin memapah Wira, buah keranji tersebut bergolek semakin lama semakin mendekati mereka sehingga……. HIH, HIH, HIH, HIH, HIH Mereka bertiga terkaku. 13
Buah keranji yang mengilai tersebut berada betul-betul di hadapan mereka sekarang. Ketika itu tiupan angin begitu kencang, pokok bergoncang dengan kuatnya, daun berselerakkan, hujan juga semakin lebat, kabus yang entah datangnya dari mana semakin tebal. Tidak mampu menahan ketakutan, Wira dan Jebat kedua-duanya tewas dan pengsan di situ. Tinggallah Budi seorang yang masih menangis terketar-ketar. Tanpa disedari, mulutnya bersuara tergagap-gagap. “Em, em, emakkk! Budi minta maaf. Budi jan, janji tidak akan pulang lewat maghrib dah lepas ni. Budi tidak mahu jadi anak yang degil dah emak! Budi akan sentiasa dengar cakap emak. Tolong Budi emak, Budi takut!” laung budi tanpa kudrat lagi. Pandangannya semakin kabur, kabur dan kabur, tiba-tiba….. Papppp, gelap. 14
Suatu suara ternyiang-ngiang di telinganya. “Budi, emak ni, bangun nak,” kejut Puan Melia dengan risau. Budi yang sedang tidak sedarkan diri itu terus bangun dengan mengejut lalu menerpa ke arahnya emaknya untuk memeluk. “Emak, Budi minta maaf. Budi janji tak balik lewat lagi. Budi tidak mahu jadi anak yang degil lagi,” rayu Budi sambil menangis di pelukan emaknya. “Budi minta maaf emak,” ulang Budi sambil menangis. “Ya, Budi sayang, lain kali dengar nasihat emak ya nak. Semua nasihat yang emak berikan itu bersebab. Nasib baik orang kampung jumpa kamu bertiga lewat malam semalam. Kami semua sangat risau dengan kamu bertiga yang tidak pulang-pulang ke rumah tahu tak? Dalam jam dua belas malam baru mak mendapat panggilan telefon daripada beberapa orang penduduk kampung yang menjumpai kamu bertiga terbaring pengsan di tengah jalan. Tapi, apa-apa pun syukur Alhamdulillah kamu bertiga sudah selamat,” ucap Puan Melia sambil mengeratkan pelukan terhadap anaknya. “Budi minta maaf emak, Budi sayang emak.” 16
Wahaitiga jiwa, Berlegar kala senja, Pesan ibu tidak pula dikira. Wahaitiga jiwa, Ketawa alpa loka, Malang timpa, memburuk nasibnya.
TAMAT