The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1 - PENGHASILAN PRODUK BERKAITAN PUISI MELAYU TRADISIONAL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asyafina08, 2022-04-03 13:17:29

BMMB1104 - KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

TUGASAN 1 - PENGHASILAN PRODUK BERKAITAN PUISI MELAYU TRADISIONAL

Keywords: PUISI MELAYU TRADISIONAL,PANTUN,SELOKA,GURINDAM,SYAIR

BMMB1104

KESUSASTERAAN
DAN

KEBUDAYAAN
MELAYU

TUGASAN 1 :

PENGHASILAN PRODUK

BIL. NAMA ANGKA GILIRAN NO. KAD
NURUL AINA SYAFINA BINTI PENGENALAN

1. MOHD ARIF 2021232310102 030308060104

SOALAN
TUGASAN :

Puisi Melayu Tradisional seperti pantun, syair, gurindam dan seloka
merupakan ciptaan asli orang-orang Melayu. Pada peringkat
awalnya puisi-puisi ini disampaikan secara lisan. Namun perubahan
masa menyebabkan puisi-puisi ini semakin dipinggirkan.

1. Berdasarkan pernyataan di atas huraikan pemahaman anda
tentang definisi, jenis, bentuk, ciri dan fungsi Puisi Melayu
Tradisional sebagai wahana pendidikan.

2. Anda dikehendaki menyediakan bahan infografik dengan
menggunakan aplikasi anyflip.

3. Tugasan perlu dihantar dalam bentuk salinan lembut.

PUISI TRADISIONAL (PANTUN)
• DEFINISI PANTUN
• JENIS-JENIS PANTUN
• FUNGSI-FUNGSI PANTUN
• CIRI DAN BENTUK PANTUN

PUISI TRADISIONAL (SYAIR)
• DEFINISI SYAIR
• JENIS-JENIS SYAIR
• FUNGSI-FUNGSI SYAIR
• CIRI DAN BENTUK SYAIR

PUISI TRADISIONAL (GURINDAM)
• DEFINISI GURINDAM
• JENIS-JENIS GURINDAM
• FUNGSI-FUNGSI GURINDAM
• CIRI DAN BENTUK GURINDAM

PUISI TRADISIONAL (SELOKA)
• DEFINISI SELOKA
• JENIS-JENIS SELOKA
• FUNGSI-FUNGSI SELOKA
• CIRI DAN BENTUK SELOKA

PUISI MELAYU
TRADISIONAL

♥ Puisi Melayu Tradisional
adalah satu ciptaan
seni yang indah kerana
mengandungi unsur-
unsur seperti emosi,
imaginasi serta budi.

♥ Puisi Melayu tradisional
juga merupakan
warisan tinggalan kita
yang lahir berdasarkan
daya kreatif akal
pemikiran serta
pengalaman orang tua-
tua (Rosli Saludin,
2013)

♥ Sesetengah Orientalis
Barat berpandangan
bahawa puisi Melayu
Tradisional sebagai
sesuatu yang statik,
lapuk dan juga
ketinggalan zaman
(Dharmawijaya, 1994).

♥ Dalam proses ♥ Puisi Melayu
penciptaan sesebuah Tradisional digubah
puisi Melayu tradisional ataupun dicipta
dapat menunjukkan dengan menampilkan
kecerdasan akal dan warna kehidupan
daya kreativiti yang masyarakat serta
dimiliki orang Melayu dilatari pula dengan
dalam menyusun serta kekayaan alam semula
menggunakan kata-kata jadi iaitu alam Melayu.
dalam bahasa puisi.

https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3227/2212

PANTUN

APA ITU
PANTUN?

https://ir.upsi.edu.my/files/docs/2020/1249_1249.pdf

♥ Pantun dikategorikan sebagai sebuah sastera
rakyat yang boleh digunakan dengan meluas di
dalam masyarakat Melayu untuk pelbagai tujuan.

♥ Pantun berfungsi sebagai alat untuk
menyampaikan buah fikiran dan perasaan
seseorang terhadap sesuatu perkara serta turut
bertujuan untuk menyindir, berjenaka, dan
memberikan nasihat.

♥ Pantun mempunyai beberapa ciri yang unik bagi
membezakannya dengan tradisi puisi yang lain
(Abdul Aziz, 2011).

♥ Pantun juga menjadi cerminan masyarakat Melayu
yang sebenar kerana ia menggambarkan sikap
dan pendirian orang Melayu serta menampilkan
kehidupan dan cara hidup masyarakat Melayu.

♥ R.J Wilkinson berpandangan bahawa asal usul
pantun adalah daripada kebiasaan budaya
masyarakat Melayu yang selalu menggunakan
perkataan yang sebunyi, bersajak atau berirama.

♥ Menurut R.O Winsted (2003), pantun disebut
sebagai salah satu bentuk teka-teki Melayu yang
membawa makna-makna tertentu seperti maksud,
tujuan dan rasa hati yang dilambangkan
menggunakan jenis-jenis buah dan bunga tertentu
dalam kehidupan seharian mereka.

♥ Penggunaan istilah pantun juga kerap ditukar
ganti dengan perumpamaan.

♥ Misalnya seperti ayat yang dipetik dalam
Hikayat Hang Tuah (1975), “akan sekarang
adalah seperti pantun orang ‘pagar makan
padi’.

♥ Berdasarkan ayat ini, istilah pantun jelas
digunakan sama dengan perumpamaan.

♥ Berdasarkan teori Wilkinson (1923) juga,
bermula daripada sebuah perumpamaan atau
bidalan, rangkap pantun berkembang dari dua
baris kepada empat dan kemudiannya kepada
lapan baris.

JENIS-JENIS
PANTUN

Secara umumnya, pantun terdiri daripada pelbagai jenis. Berikut
merupakan contoh bagi jenis-jenis pantun yang kerap ditemui.

PANTUN JENIS NASIHAT

CONTOH : Menurut Wahyuni (2014), pantun
Air melurut ke tepian mandi, nasihat merupakan sejenis
Kembang berseri bunga senduduk,
pantun lama yang berisi nasihat
Elok diturut resmi padi, untuk tujuan mengajak
Semakin berisi semakin tunduk.
masyarakat membuat kebaikan
ataupun untuk menasihati
seseorang supaya menjauhi
perkara negatif.

PANTUN JENIS TEKA-TEKI

CONTOH : Pantun teka-teki lazimnya
Kelip-kelip disangka api, mempunyai pertanyaan pada
Kalau api di mana puntungnya, baris akhir pantun. Pantun jenis
Hilang ghaib disangka mati, ini sering menjadikan pendengar
Kalau mati di mana kuburnya?
tertanya-tanya dan terfikir
tentang jawapan kepada soalan
teka-teki dalam pantun tersebut

(Trisnawati, 2019).

PANTUN JENIS JENAKA

CONTOH : Pantun jenaka dicipta untuk
Orang Rengat menanam betik, tujuan hiburan. Kadangkala,
pantun jenaka dijadikan sebagai
Betik disiram air berlinang, media untuk menyindir dalam
Hilang semangat penghulu itik, suasana yang penuh keakraban
Melihat ayam lumba berenang. sehingga tidak menimbulkan
langsung rasa tersinggung
kepada mana-mana pihak.

PANTUN JENIS ADAT

CONTOH : Pantun adat dicipta bagi
Buah berangan di rumpun pinang, mengingatkan orang lain agar
sentiasa melestarikan adat yang
Limau kasturi berdaun muda,
Kalau berkenan masuklah ada. Menurut Ganie (2015),
meminang, pantun adat berfungsi sebagai
Tanda diri beradat budaya.
nasihat yang berhubungan
ataupun berkaitan dengan adat

istiadat yang berlaku.

https://ejournal.unib.ac.id/index.php/pgsd/article/download/5709/2789

FUNGSI-FUNGSI
PANTUN

UNTUK MEMARTABATKAN ADAT CONTOH
ISTIADAT ORANG MELAYU
Buah berangan di rumpun
➢ Umum mengetahui bahawa pinang,
pantun jenis adat sudah
diamalkan sejak dahulu lagi Limau kasturi berdaun muda,
dan masih diteruskan Kalau berkenan masuklah
sehingga kini misalnya seperti meminang,
di dalam adat perkahwinan,
adat pusaka dan adat Tanda diri beradat budaya.
manusia.
❖ Jelas bahawa pantun di atas
➢ Oleh itu, pantun adat berfungsi menghuraikan berkaitan adat
sebagai wadah atau alat bagi meminang iaitu adat sebelum
mendidik serta mengajar sesebuah perkahwinan didirikan.
masyarakat Melayu untuk
mengamalkan dan ❖ Dalam masyarakat Melayu, adat
memartabatkan adat-adat meminang sangat diutamakan bagi
tradisi misalnya seperti adat memberi peluang kepada kedua-
sebelum mendirikan dua pihak untuk mengenali latar
perkahwinan. belakang diri masing-masing,
berbincang tentang tarikh
UNTUK MENASIHATI MASYARAKAT perkahwinan dan juga sebagai
AGAR SENTIASA BERBUAT KEBAIKAN tanda gadis tersebut sudah
‘berpunya’.
➢ Pantun nasihat telah
digunakan oleh masyarakat CONTOH
Melayu dahulu sejak turun-
temurun lagi dalam kehidupan Bunga melati bunga di darat,
seharian mereka. Bunga seroja di tepi kali,
Hina besi kerana karat,
➢ Pantun nasihat digunakan
ataupun berfungsi sebagai alat Hina manusia tidak berbudi.
untuk saling menasihati dalam
kalangan masyarakat untuk ❖ Berdasarkan pantun di atas, jelas
berbuat kebaikan. bahawa pentingnya seseorang itu
untuk berbudi kepada masyarakat.
➢ Tidak dapat dinafikan bahawa
masyarakat Melayu sangat ❖ Masyarakat Melayu dahulu
memandang tinggi orang yang mengutamakan sikap berbudi
suka berbuat kebaikan kerana jika seseorang pemuda
misalnya seperti berbudi ingin berkahwinan dengan seorang
kepada sesiapa sahaja. pemudi, perkara utama yang akan
dilihat oleh kedua ibu bapa pemudi
adalah sama ada bakal
menantunya itu berbudi ataupun
tidak dan begitulah sebaliknya bagi
kedua ibu bapa pemuda ketika
masuk meminang pemudi.

Sambungan…

SEBAGAI HIBURAN DAN GURAU SENDA CONTOH
DALAM KALANGAN MASYARAKAT
Kalau emas dikatakan suasa,
➢ Pantun jenaka dicipta sebagai Tentu kuningan seperti
alat hiburan dan bahan jenaka tembaga,
serta gurau senda bagi
masyarakat dahulu. Kalau tidak rela berusaha,
Meminta-mintalah kerjayanya.
➢ Hal ini kerana, pada zaman
dahulu masih tidak ada ❖ Pantun jenaka ini sebenarnya
teknologi gadjet seperti ditujukan kepada rakan ataupun
sekarang yang digunakan kenalan yang suka bermalas-
secara meluas oleh malasan serta tidak ingin berusaha
masyarakat sebagai hiburan. mencari sebarang pekerjaan.

➢ Walaupun namanya adalah ❖ Melalui pantun jenaka seperti ini,
pantun jenaka, namun bukan rakan yang ditegur tidak akan
sahaja unsur kejenakaan atau tersinggung atau berjauh hati
kelucuan sahaja yang terdapat dengan si penutur malah teguran
dalam pantun ini, kadangkala yang ingin dibuat juga akan
ada juga unsur-unsur seperti disambut baik oleh rakan tersebut
pengajaran, nasihat dan kerana ianya disampaikan secara
sindiran di dalamnya. santai dan gurau senda.

UNTUK MENGUJI KETAJAMAN AKAL CONTOH
FIKIRAN MASYARAKAT
Terendak bentan lalu dibeli,
➢ Pantun teka-teki dapat Untuk pakaian saya turun ke
menjadi salah satu alat
pendidikan secara tidak sawah,
formal. Kalaulah tuan bijak bestari,
Apa binatang kepala di bawah?
➢ Pantun ini sering diajukan
kepada golongan kanak-kanak ❖ Sesiapa sahaja yang mendengar,
bagi meluaskan pengetahuan melihat atau membaca pantun ini
mereka terhadap sesuatu pastinya akan terus berfikir untuk
perkara. mencari jawapannya,

➢ Melalui pantun teka-teki, ❖ Secara tidak langsung, masyarakat
pertanyaan sesuatu soalan dahulu dan kini dapat mengasah
tersebut akan menjadi menarik ketajaman akal fikiran mereka
dan mendorong masyarakat secara santai dan menyeronokkan
untuk berfikir bagi tidak kira bagi golongan dewasa
menyelesaikannya. mahupun kanak-kanak.

https://www.researchgate.net/publication/324866095_Akal_Budi_dan_C
erminan_Jati_Diri_Melayu_dalam_Pantun

CIRI-CIRI DAN BENTUK
pantun

1. Pantun merupakan karangan berangkap yang
menggunakan bahasa-bahasa indah.

2. Setiap rangkap pantun terbahagi kepada dua bahagian
iaitu pembayang dan maksud.

3. Bagi pantun empat kerat , baris pertama dan kedua adalah
pembayang manakala baris ketiga dan keempat pula
merupakan maksud.

4. Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama adalah
pembayang manakala baris kedua pula adalah maksud.

5. Setiap baris dalam pantun lazimya mempunyai 4 hingga 5
perkataan.

6. Setiap baris dalam pantun juga biasanya mengandungi 8
hingga 12 suku kata.

7. Bagi pantun, setiap rima atau bunyi akhir di hujung baris
adalah sejajar.

8. Bagi pantun dua kerat, rima akhirnya dalam bentuk ‘a,a’.
9. Bagi pantun empat kerat pula, rima akhirnya berbentuk

‘a,b,a,b’ dan ada kalanya berbentuk ‘a,a,a,a’.

CONTOH

CONTOH PANTUN DUA KERAT

Gendang gendut tali kecapi, (a)
Kenyang perut suka hati. (a)

CONTOH PANTUN EMPAT KERAT

Pulau Pandan jauh ke tengah, (a)
Gunung Daik bercabang tiga, (b)
Hancur badan dikandung tanah, (a)
Budi yang baik dikenang juga. (b)

https://www.researchgate.net/publication/324866095_Akal_Budi_dan_C
erminan_Jati_Diri_Melayu_dalam_Pantun

SYAIR

APA ITU
SYAIR?

https://ir.upsi.edu.my/files/docs/2020/1249_1249.pdf

☼ Syair adalah satu bentuk puisi tradisional yang
dicipta oleh masyarakat Melayu serta lahir
daripada pengaruh Arab dan Parsi.

☼ Perkataan syair berasal daripada Sh’iir iaitu istilah
Arab yang beerti puisi manakala istilah sha’r pula
bermaksud penyair, pengarang dan juga
penyajak.

☼ Istilah ini mula berkembang di Nusantara dalam
pelbagai bahasa misalnya seperti sa’e, saiyo, sair,
singir dan syair.

☼ Dalam puisi tradisional Melayu, bentuk syair ini
telah diperkenalkan dan dikembangkan dengan
meluas oleh Hamzah Fansuri sekitar abad ke-16
untuk menyebarkan agama Islam.

☼ Salah satu syair yang diperkenalkan oleh Hamzah
Fansuri ialah Syair Burung Pungguk dan Syair
Perahu.

☼ Berdasarkan masyarakat Melayu pula, syair
bermaksud karangan berangkap yang terdiri
daripada empat baris serta mempunyai persamaan
bunyi di setiap hujung barisnya.

☼ Syair tertua pernah dijumpai adalah syair yang
tertulis pada sebuah batu nisan bertarikh 1380
Masihi (Alwi Salim, 1983).

☼ Menurut Zahir Ahmad (2006), syair dapat
dibahagikan kepada dua kategori iaitu yang
naratif dan non-naratif.

☼ Syair naratif umumnya dikenali sebagai syair
yang berbentuk penceritaan misalnya seperti
syair romantis, kiasan dan sejarah.

☼ Syair non-naratif pula adalah syair yang
berbentuk bukan cerita misalnya seperti syair
agama dan nasihat.

☼ Syair juga berfungsi sebagai unsut hiburan
dalam masyarakat terdahulu kerana ketiadaan
media elektronik, Internet dan cetak.

JENIS-JENIS
SYAIR

Sama seperti pantun, syair juga mempunyai beberapa jenis yang
berbeza dari segi tema dan genrenya. Antara jenis-jenis syair adalah:

SYAIR JENIS PANJI

Syair jenis ini selalunya CONTOH :
menceritakan suasana yang
berlaku di dalam istana serta Syair Ken Tambunan –
keadaan orang-orang yang
mengisahkan tentang seorang puteri
berasal dari istana. yang Bernama Ken Tambunan yang
dijadikan sebagai persembahan kepada

Sang Ratu Kauripan.

SYAIR JENIS ROMANTIS

Menurut Tuti Adriani (2015), CONTOH :
syair romantis adalah berkaitan
dengan percintaan yang lazimnya Syair Siti Zubaidah Perang
terdapat pada cerita penglipur Cina - mengisahkan tentang

lara, hikayat ataupun cerita kesetiaan, ketabahan dan keberanian
rakyat. seorang wanita bernama Siti

Zubaidah yang telah berusaha sedaya
upaya untuk menjejaki dan

membebaskan suaminya yang berada
di dalam tawanan.

SYAIR JENIS KIASAN

Syair kiasan mengandungi isi-isi CONTOH :
berkaitan percintaan ikan,
Syair Burung Pungguk –
burung, bunga ataupun buah-
buahan. Dalam hal ini, percintaan menceritakan tentang sebuah
percintaan yang gagal disebabkan oleh
tersebut adalah kiasan atau
sindiran terhadap peristiwa perbezaan pangkat atau seperti
tertentu yang telah berlaku. perumpamaan “seperti pungguk

merindukan bulan”.

SYAIR JENIS SEJARAH

Syair jenis ini dicipta adalah CONTOH :
berdasarkan peristiwa sejarah
yang pernah berlaku. Sebahagian Syair Perang Mangkasar
(dahulu bertajuk Syair
besar syair sejarah adalah Sipelman) – Mengisahkan
berkaitan dengan peristiwa
peperangan antara pihak-pihak peristiwa peperangan yang berlaku
antara orang-orang Makassar dengan
atau negara tertentu.
orang Belanda.

https://media.neliti.com/media/publications/116880-ID-revitalisasi-
naskah-syair-sebuah-solusi.pdf

Fungsi-fungsi
syair

SEBAGAI TELADAN KEPADA SEBAGAI HIBURAN DALAM KEHIDUPAN
MASYARAKAT MASYARAKAT

➢ Syair jenis panji sering ➢ Secara umumnya, ramai orang
menampilkan cerita-cerita yang meminati perkara-perkara yang
boleh memberikan teladan berunsurkan romantis kerana
kepada para pembacanya. pada pandangan mereka, perkara
itu sangat menghiburkan.
➢ Misalnya seperti syair Ken
Tambunan yang mengisahkan ➢ Oleh itu, syair romantis seperti
seorang puteri bernama Ken Syair Bidasari sebenarnya
Tambunan yang dibunuh oleh menjadi salah satu hiburan dan
permaisuri kerana dianggap tarikan dalam kalangan
perampas. masyarakat terutamanya
masyarakat terdahulu.
➢ Dalam konteks ini, Ken
Tambunan ditipu oleh Pelebaya ➢ Syair ini mengisahkan seorang
yang sudah diarahkan oleh sultan yang bijaksana dan adil
permaisuri untuk membunuhnya. telah jatuh cinta terhadap gadis
pilihannya lalu melangsungkan
➢ Ken Tambunan menyangka perkahwinan.
mereka masuk ke dalam hutan
untuk mencari suaminya iaitu ➢ Setelah beberapa bulan berlalu,
Raden Inu yang keluar berburu permaisuri pun didapati hamil dan
dan akhirnya dibunuh. mereka hidup bahagia dalam
negara yang aman sentosa
➢ Syair ini mengingatkan orang sebelum mala petaka melanda
ramai supaya tidak mudah untuk negara mereka.
mempercayai seseorang kerana
kita tidak mengetahui niat ➢ Syair ini jelas menunjukkan
sebenar seseorang itu. adanya nilai kasih sayang dan
sifat romantis diantara sultan dan
➢ Syair ini boleh dijadikan teladan permaisurinya.
kepada semua lapisan
masyarakat agar tidak mudah ➢ Perkara sebeginilah yang menjadi
ditipu oleh seseorang yang ingin hiburan kepada orang ramai
mengambil kesempatan ke atas kerana sultan amat mencintai
diri kita. isterinya iaitu permaisuri
sehinggalah dia hamil.

SAMBUNGAN…

SEBAGAI SINDIRAN TERHADAP UNTUK MENYEMAI SEMANGAT
PERKARA YANG TELAH BERLAKU PATRIOTISME

➢ Syair jenis kiasan biasanya ➢ Syair jenis sejarah biasanya
menggunakan unsur-unsur menceritakan tentang
seperti haiwan, bunga dan buah- peperangan yang telah berlaku
buahan untuk mewakili sesuatu sebelum ini.
yang ingin diceritakan.
➢ Syair sebegini jelas dapat
➢ Misalnya seperti syair Burung meningkatkan dan menyemai
Pungguk dimana burung pungguk rasa cinta akan negara terhadap
dianggap sebagai seorang jejaka masyarakat yang disebut atau
manakala bulan pula dianggap terlibat dalam syair tersebut.
sebagai seorang gadis.
➢ Misalnya seperti syair Perang
➢ Syair ini mengisahkan percintaan Mangkasar yang mengisahkan
yang tidak kesampaian kerana peperangan di antara orang-
adanya perbezaan darjat atau orang Makassar dengan orang
taraf diantara jejaka dan gadis Belanda.
tersebut.
➢ Melalui syair ini, pastinya
➢ Syair ini dikarang untuk memberi semangat patriotisme orang-
sindiran kepada pihak atau orang Belanda dan Makassar
golongan seperti burung pungguk semakin kuat kerana mereka
dan bulan yang masih ingin menghargai jasa
menginginkan antara satu sama pengorbanan para pejuang yang
lain walaupun mengetahui hakikat telah berjuang untuk
bahawa hubungan mereka mengamankan negara masing-
tersebut mustahil untuk berjaya. masing.

CIRI-CIRI DAN BENTUK
SYAIR

Menurut Harun (1989), terdapat beberapa ciri utama
syair Melayu yang membezakannya dengan puisi luar
atau jenis puisi yang lain.

1. Syair merupakan puisi terikat dan tidak mempunyai
pembayang.

2. Syair terdiri daripada empat baris serangkap.

3. Syair tergolong dalam puisi jenis kata.

4. Setiap baris dalam sesebuah syair mempunyai empat
perkataan dan mengandungi 8-12 suku kata.

5. Syair menggunakan skema rima a-a-a-a pada rima akhir
dan tidak pada rima dalaman.

6. Dalam satu baris pula pastinya terdapat suatu hentian
disebabkan wujudnya kolon seperti mana wujud dalam
sebaris pantun.

7. Keempat-empat baris dalam serangkap merupakan
kesatuan idea, yang bermaksud baris-baris tersebut tidak
terbahagi kepada dua bahagian seperti baris yang terdapat
dalam pantun iaitu pembayang dan maksud.

8. Suatu rangkap syair perlu diikuti oleh rangkap-rangkap
yang lain bagi membina satu idea yang lengkap,
bersesuaian dengan isi serta tujuannya. Dalam erti
perkataan lain, syair tidak boleh berdiri dalam satu rangkap
sahaja seperti pantun.

9. Isi kandungan sesebuah syair lazimnya merupakan cerita
yang panjang ataupun satu penerangan yang jelas
berkaitan dengan sesuatu subjek, agama, falsafah,
pengajaran dan banyak lagi.

CONTOH

SYAIR KEN TAMBUNAN

Lalulah berjalan Ken Tambuhan
Diiringkah penglipur dengan tadahan
Lemah lembut berjalan perlahan-lahan

Lakunya manis memberi kasihan

Tunduk menangis segala puteri
Masing-masing berkata sama sendiri

Jahatnya perangai permaisuri
Lakunya seperti jin dan peri

https://www.researchgate.net/publication/339509203_Kearifan_
Melayu_dalam_Syair_Dang_Sirat

GURINDAM

APA ITU
GURINDAM?

https://ir.upsi.edu.my/files/docs/2020/1249_1249.pdf

♥ Gurindam adalah salah satu puisi tradisional
Melayu yang berasal dari bahasa Sangkrit.

♥ Gurindam boleh dikelaskan sebagai Puisi Melayu
Klasik bukan naratif.

♥ Za’ba (1965) ada menyatakan bahawa,
gurindam merupakan syair panjang yang tidak
teratur, berangkap-rangkap serta tidak tetap
sukatannya, timbangannya dan sajaknya.

♥ Za’ba juga menyatakan bahawa bahasa yang
digunakan dalam gurindam adalah padat dan
bernas serta isinya lebih cenderung terhadap
suasana riang sebagai nyanyian jenaka, gurauan,
sindiran dan menggelikan hati dan giat yang
bermain-main.

♥ Menurut Sutan Takdir Alijahbana (1971) pula,
struktur gurindam terdiri daripada dua baris.

♥ Kedua-dua baris tersebut pula bersajak dan
mengutarakan satu idea yang saling berkaitan
diantara baris pertama dan baris kedua.

♥ Setiap isi yang terkandung dalam gurindam
biasanya mempunyai unsur nasihat, pengajaran
dan kebenaran.

♥ Menurut Harun Mat Piah (1989), gurindam
adalah sejenis puisi Melayu lama yang
bentuknya tidak menentu iaitu sama ada terikat
ataupun tidak.

♥ Jika bentuknya terikat, gurindam tersebut akan
terdiri daripada dua baris serangkap,
mengandungi tiga hingga enam patah
perkataan dalam sebaris dengan rimanya a-a.

JENIS-JENIS
GURINDAM

Berbeza dengan pantun dan syair, gurindam hanya mempunyai tiga
jenis iaitu gurindam serangkap dua baris, gurindam serangkap empat
baris dan gurindam bebas.

GURINDAM SERANGKAP
DUA BARIS

CONTOH :
Orang yang rajin membaca buku,

Banyak ilmu ia tahu.
Apabila banyak berkata-kata,
Di situlah jalan masuk dusta.

GURINDAM SERANGKAP
EMPAT BARIS

CONTOH :
Tiada siapa yang besar.,
Tiasa siapa yang tinggi,

Tetap sama sedasar,
Tidaklah berbeza lagi.
Jangan takut jangan gentar,

Mati hanya sekali,
Jangan bertukar berkisar,
Tetap di lapangan mengendali.

GURINDAM BEBAS

CONTOH :
Pangkalnya sama dipupuk,
Pucuknya sama digentis,

Buahnya sama ditarik,
Ke bukit sama didaki,
Ke lurah sama dituruni,
Ke laut sama direnangkan.

https://www.scribd.com/embeds/430607969/content?start_page=1&v
iew_mode=scroll&access_key=key-fFexxf7r1bzEfWu3HKwf

Fungsi-fungsi
gurindam

SEBAGAI WADAH MENYAMPAIKAN CONTOH
DAKWAH ISLAMIAH
GURINDAM DUA BELAS FASAL YANG PERTAMA
❖ Umum mengetahui bahawa,
Gurindam Dua Belas sangat Barang siapa tiada memegang agama
sinonim jika dikaitkan dengan sesekali tiada boleh dibilangkan nama.
Raja Ali Haji.
Barang siapa mengenal yang empat
❖ Gurindam yang digubah oleh maka itulah orang yang makrifat.
Raja Ali Haji ini dipenuhi
dengan nilai-nilai keislaman Barang siapa mengenal Allah
serta menjadi contoh sebagai suruh dan tegahnya tiada yang menyalah.
salah satu puisi Melayu yang
bernilai Islam. Barang siapa mengenal diri
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.
❖ Gurindam ini juga
mencerminkan keilmuan dan Barang siapa mengenal dunia
tahap pendidikannya tahulah ia barang yang terpedaya.
terutamanya ilmu yang
berkaitan dengan akidah, Barang siapa mengenal akhirat
akhlak dan syariat. tahulah ia dunia mudarat.

UNTUK MEMBERI PENGAJARAN (Abu Hassan Sham, 1993: 278)
KEPADA MASYARAKAT
• Berdasarkan contoh di atas, jelaslah
➢ Masyarakat memerlukan bahwa Raja Ali Haji menggunakan
unsur-unsur pengajaran dalam gurindam sebagai wadah bagi
kehidupan agar kehidupan
menjadi lebih baik kelak. menyampaikan dakwah Islamiah kepada
masyarakat Melayu Islam.
➢ Oleh itu, gurindam berfungsi
dan berperanan dalam • Isi kandungan yang menarik, indah serta
menyampaikan pengajaran ada daya estetik mampu untuk
serta moral yang baik kepada
masyarakat melalui mempengaruhi para pembaca untuk
pengalaman, penelitian, berubah ke arah kebaikan mengikut
pengamatan dan pergaulan
yang dilalui oleh pengarang syariat Islam.
sesebuah gurindam tersebut.
CONTOH

GURINDAM TONGAK DUA BELAS MOHD SIDEK
MOHD DOLLAH (MAS ADEKI) (PENYELENGGARA)

Hendak pandai menghargai masa,
Jangan dinanti esok lusa.

Ketekunan akan membawa kejayaan,
Kegigihan bekerja dengan keupayaan.

Wajah ceria keseronokan bekerja,
Usah berduka bermuram durja.

sambungan …

• Berdasarkan gurindam ini, Mas Adeki
menyasarkan nilai-nilai pengajaran kepada

golongan seperti pelajar, guru, penjawat
awam, ibu bapa dan masyarakat umum.

• Hal ini kerana, nilai pengajaran dan moral
yang berkualiti mampu membentuk

masyarakat yang berkeperibadian mulia.

http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70109/1/FB
MK%202014%2073%20-%20IR.pdf

SAMBUNGAN…

UNTUK MENGINGATKAN MASYARAKAT CONTOH
TENTANG TANGGUNGJAWAB TERHADAP
GURINDAM DUA BELAS FASAL 10
IBU BAPA
Dengan bapa jangan derhaka
❖ Gurindam Melayu juga ada Supaya Allah tidak murka
menyebut tentang
tanggungjawab anak terhadap Dengan ibu hendaklah hormat
ibu bapa serta telah Supaya badan dapat selamat.
menggariskan beberapa
panduan dan ingatan kepada (Harun Aminurrashid, 1960:91)
golongan anak-anak.
• Berdasarkan gurindam fasal 10 ini,
❖ Peringatan serta panduan ini peringatan ditujukan kepada golongan
dapat dilihat dengan jelas anak tanpa mengira sama ada mereka
dalam Gurindam Dua Belas sudah berkahwin ataupun belum.
Fasal 10.
• Terdapat banyak nasihat dan peringatan
supaya anak-anak sentiasa berlemah-
lembut dan berbudi bahasa ketika
bercakap dengan ibu bapa.

• Sidap derhaka kepada ibu bapa akan
menyebabkan berlakunya pelbagai
impak negatif.

http://journalarticle.ukm.my/10035/1/V31_2_35.pdf

CIRI-CIRI DAN BENTUK
gURINDAM

1. Gurindam merupakan sejenis puisi bebas dan tidak terikat.
2. RANGKAP : Mempunyai dua baris dalam serangkap atau

beberapa baris dalam serangkap. Setiap baris dalam
rangkap merupakan isi atau maksud dan perlu bersambung
dengan baris-baris dalam rangkap berikutnya untuk
membawa makna yang lengkap dan sempurna.
3. Baris pertama dikenali sebagai ‘syarat’ manakala baris
kedua pula dikenali sebagai ‘jawab’. Baris pertama iaitu
‘syarat’ menyatakan sesuatu fikiran atau peristiwa
manakala baris kedua pula iaitu ‘jawab’ menyatakan
keterangan atau menjelaskan berkaitan apa yang telah
dinyatakan oleh baris pertama tadi.
4. PERKATAAN : Jumlah perkataan dalam sebaris tidak tetap.
5. SUKU KATA : Bilangan suku kata juga tidak tetap
jumlahnya.
6. RIMA : Rima akhir bagi sesebuah gurindam adalah tidak
tetap.

CONTOH

GURINDAM FASAL 12 YANG

KESEMBILAN

Adapun orang tua yang hemat,
Syaitan tak suka membuat sahabat.

Jika orang muda tamat berguru,
Dengan syaitan jadi berseteru.

Cahari olehmu akan guru,
Yang boleh tahukan setiap seteru.

(Harun Aminurrashid, 1960:91).

http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70109/1/FBMK%202014%20
73%20-%20IR.pdf

SELOKA

APA ITU
SELOKA?

https://ir.upsi.edu.my/files/docs/2020/1249_1249.pdf

☼ Umumnya, perkataan ‘seloka’ berasal daripada
perkataan shloka atau anustubh iaitu perkataan
Sanskrit yang bermaksud suatu puisi yang terdiri
daripada dua baris.

☼ Sebaris puisi seloka ini mempunyai 16 suku kata
dan disusun dalam empat unit.

☼ Menurut Harun (1989), bentuk puisi seloka inilah
yang telah membentuk epik-epik India (Hindu)
terbesar misalnya seperti Mahabharatta (100,000
rangkap) dan Ramayana (24,000 rangkap).

☼ Namun, bentuk puisi seloka Melayu adalah tidak
sama dengan seloka India.

☼ Seloka Melayu hanya meminjam istilah ‘seloka’
sahaja daripada sumber India tetapi tidak dari
segi bentuk, isi dan ciri-cirinya yang lain.

☼ Seloka Melayu juga dikenali sebagai puisi bebas,
tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi
rangkap, jumlah baris dalam serangkap, jumlah
perkataan dalam sebaris dan juga berima atau
tidak.

☼ Secara amnya, seloka Melayu ini lazimnya terdiri
daripada ungkapan yang sejajar, mempunyai lebih
daripada dua baris, mempunyai kadensa yang
sama dengan talibun ataupun prosa berirama.

☼ Isi seloka lazimnya mengandungi maksud
mengejek, menyindir secara serius ataupun
jenaka, mempunyai perasaan berahi, asyik,
khayal dan mimpi.

☼ Dalam alam warisan puisi tradisional Melayu,
seloka tidaklah terlalu terkenal seperti pantun,
teka-teki, peribahasa dan mantera.

☼ Oleh itu, jumlahnya amat kecil sekali dan tidak
terlalu berkembang.

☼ Terdapat beberapa rangkap seloka sahaja yang
terkenal seperti Seloka Emak Si Randang,
Seloka Pak Kaduk dan Seloka Pak Pandir.

JENIS-JENIS
SELOKA

Seloka dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, antaranya ialah :

SELOKA GURAU SENDA

CONTOH :

Jika hendak kamu melamar, Hendaklah melempar jangkar,
Jangan banyak tulis dihapus, Kalau ada perahu singgah,
Kalau anak bangsa pintar,
Jika siswa rajin belajar, Negeri ini akan bangga.
Sudah tentu pasti lulus.

Jika kita pegang kuas,
Melukislah pada kertas
Jika anak bangsa cerdas,
Bangsa pun berkualitas.

SELOKA NASIHAT

CONTOH :

Kalau nak ikut nasihat ini, Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri, Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji, Benda yang baik tak payah diuji,

Akan terserlah akhlak terpuji. Akan terserlah akhlak terpuji.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat seluruh badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,

Keluarga menjadi contoh
tauladan.

SELOKA PENDIDIKAN

CONTOH :

Anak ayam turun sepuluh, Anak ayam turun delapan,
Mati satu tinggal sembilan, Mati satu tinggal lah tujuh,
Tuntulah ilmu dengan sungguh- Hidup harus penuh harapan,
Jadikan itu jalan yang dituju.
sungguh,
Supaya engkau tidak ketinggal.

Anak ayam turun sembilan,
Mati satu tinggal delapan,
Ilmu boleh sedikit ketinggalan,
Tapi jangan sampai putus

harapan.

SELOKA SINDIRAN

CONTOH :

Candu bungkus daun talas, Duduk di anjung makan kunci,
Makan dia mata bilas, Sarung kunci tersangkut di bahu,

Mandi segan kerja malas, Muncung-muncung kononnya
Harta orang hendak digalas. benci,

Apa guna pergi ke pasar, Tapi yang dibenci sikit tah tahu.
Kalau tidak bawa keranjang,
Apa guna berkereta besar,
Kalau hutang keliling pinggang.

Fungsi-fungsi
seloka

https://core.ac.uk/download/pdf/322456942.pdf

SEBAGAI HIBURAN DAN GURAUAN CONTOH
KEPADA MASYARAKAT
Jual itik nak beli kambing,
❖ Dalam Seloka Mat Jenin Jual kambing nak beli lembu,
menampilkan watak Mat Jenin Mat Jenin mula tersenyum sumbing,
yang suka berangan-rangan Duit disimpan beribu-ribu,
terhadap sesuatu perkara Jual lembu nak beli bahtera,
yang tidak pasti. Pergi berniaga keluar negeri,
Akhirnya Jenin dah kaya-raya,
❖ Misalnya, Mat Jenin kerap Ingin berkhawin Tuan Puteri.
sekali berangan-angan ingin Jenin hanyut dalam angan-angan,
menjadi seorang yang kaya
raya dalam hidupnya serta Dia lupa buat seketika,
ingin berkahwin dengan anak Sambil mengangkat kedua tangan,
raja sekiranya dia berjaya Mengenggam kuat tanda gembira.
menjadi kaya.
(Seloka Mat Jenin, Himpunan Puisi
Klasik: 40)

❖ Seloka sebegini menjadi • Berdasarkan petikan di atas, jelas
hiburan kepada para pembaca bahawa segala angan-angan Mat Jenin
kerana ada unsur-unsur tersebut hanyalah mimpi semata-mata.
jenaka dan gurau senda yang
boleh menggembirakan orang • Mat Jenin gemar berangan-angan di siang
ramai. hari serta kesemua angan-angannya itu
tidak pernah menjadi kenyataan.
SEBAGAI WAHANA UNTUK
MENYAMPAIKAN NASIHAT • Oleh itu, sikap Mat Jenin yang tidak
berpijak pada bumi yang nyata ini sering
➢ Dalam seloka Mak Si Randang menjadi gurauan kepada sesiapa yang
ada menunjukkan kebaikan suka berangan-angan.
budi Mak Si Randang
terhadap orang yang tidak CONTOH
dikenalinya.
Baik budi emak Si Randang
➢ Dalam seloka tersebut, Mak Si Dagang lalu ditanakkan
Randang melayan orang yang Tiada kayu diruntuhkan
tidak dikenali latar Anak pulang diletakkan
belakangnya itu dengan Kera dihutan disusui
sangat baik sehingga
merosakkan diri dan Dagang pergi awak berhutang
keluarganya. Beras habis padi tak jadi
Awak juga kecundangan
➢ Bukti tersebut boleh dilihat
dengan jelas dalam seloka (Seloka Emak Si Randang, Himpunan
Mak Si Randang. Puisi Klasik :62)

• Petikan ini menunjukkan bahawa budi
yang dilakukan oleh Mak Si Randang telah
menyebabkan keluarganya menjadi rugi.

• Oleh itu, secara tersiratnya, nasihat yang
dapat diperoleh daripada seloka ini adalah,
berbuat baik berpada-pada, buat jahat
jangan sekali.

• Setiap pertolongan yang diberikan kepada
seseorang perlu dititikberatkan agar tidak
mendatangkan masalah kepada diri
sendiri.

Sambungan…

https://core.ac.uk/download/pdf/322456942.pdf

UNTUK MENDIDIK MASYARAKAT CONTOH
DENGAN NILAI-NILAI MURNI
Ada isteri dibunuh,
➢ Dalam seloka Pak Kaduk, Nyaris mati oleh tak makan.
watak Mak Andak adalah
sebagai seorang isteri yang (Seloka Pak Kaduk, Himpunan Puisi
sabar dan tabah melayani Klasik : 59)
perangai suaminya.

➢ Mak Andak kekal sabar dalam • Berdasarkan petikan di atas, tidak dapat
mengharungi liku-liku dinafikan bahawa Mak Andak sememangnya
kehidupan yang pahit bersama seorang isteri yang penyabar dan tabah.
suaminya sehinggakan
kesabarannya itu membuatkan • Nilai kesabaran dan ketabahan ini perlu
dirinya terkorban akibat dicontohi oleh semua masyarakat agar
dibunuh oleh suaminya sendiri
iaitu Pak Kaduk. masalah seperti pergaduhan dapat dielakkan.

• Walau bagaimanapun, seseorang itu perlulah
berpada-pada untuk kekal bersabar
sehinggakan boleh membahayakan
keselamatan diri sendiri.

UNTUK MENGKRITIK DAN MENYINDIR CONTOH
SESETENGAH MASYARAKAT
Panjat kelapa sampai ke atas,
➢ Dalam seloka Mat Jenin juga Berhenti sebentar sambil berangan,
menonjolkan wataknya
sebagai seorang yang lupakan Aku ingin nak kaya lekas,
daratan. Dapat duit nak buat modal.

➢ Sikap Mat Jenin yang sebegini (Seloka Mat Jenin, Himpunan Puisi
telah menyebabkan dia Klasik:40)
terjatuh dari pokok kelapa
yang boleh meragut nyawanya • Petikan ini jelas menunjukkan bahawa Mat
sendiri. Jenin sememangnya menjadi seorang yang
lupa daratan kerana baru sahaja
➢ Seloka ini dikarang untuk berangan-angan tetapi sungguh mudah
menyampaikan kritikan dan untuk melupakan asal usul.
sindiran terhadap sikap
sesetengah masyarakat yang • Sikap negatif yang sebegini tidak
mudah untuk melupakan seharusnya dijadikan teladan kepada
daratan. masyarakat kerana bimbang ramai
masyarakat terikut-tikut dengan sikap
yang satu ini.

CIRI-CIRI DAN BENTUK
SELOKA

1. Seloka merupakan puisi bebas ataupun tidak terikat.

2. Seloka biasanya digubah sama ada mengikut bentuk
pantun, syair ataupun perumpamaan.

3. Sama seperti syair, seloka juga tidak mempunyai
pembayang.

4. RANGKAP : Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah
tidak tetap.

5. PERKATAAN : Jumlah perkataan dalam sebaris juga tidak
tetap.

6. RIMA : Rima akhir dalam serangkap juga bebas dan tidak
tetap.

7. Semua isi kandungan seloka mempunyai perkataan yang
penuh dengan sindiran atau ejekan. Berdasarkan buku
Warna Sari Sastera Melayu Tradisional (2000), seloka
selalunya membawa unsur-unsur humor dan kritikan yang
diberikan kepada watak-watak tertentu bagi memainkan
peranan untuk menyindir secara tajam terhadap
sesetengah golongan tertentu dalam kalangan masyarakat.

CONTOH

SELOKA PAK KADUK

Aduhai malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,

Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,

Ada isteri di bunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,

Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
Rumah runtuh awak menumpang.

https://dokumen.tips/reader/f/personaliti-masyarakat-melayu-
masa-kini-dalam-seloka

SENARAI
RUJUKAN

Abdul Aziz (2011). Pantun dan kebijaksanaan akal budi Melayu.
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Hassan Sham (1993). Puisi-Puisi Raja Ali Haji. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Alwi Salim. (1983). Puisi Melayu. Penerbit Fajar Bakti.

Dharmawijaya (1994). Perbilangan adat: Ditinjau daripada segi
keindahan bahasanya dalam adat merentas zaman
(pnyt) A. Samad Idris. Jawatankuasa Penyelidikan
Budaya Negeri Sembilan.

Harun Aminurrashid (1960). Kajian puisi Melayu. Pustaka Melayu.

Harun Mat Piah (1989). Puisi Melayu tradisional: Satu
pembicaraan genre dan fungsi. Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Majlis Peperiksaan Malaysia (2000). Warna sari sastera Melayu
tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Rosli Saludin (2013). Puisi Melayu tradisional. Jurnal
Peradaban Melayu, 8, 1-13.

Ristri Wahyuni (2014). Kitab lengkap puisi, prosa dan pantun
lama. Saufa.

Sutan Takdir Alisjahbana (1971). Puisi lama (kumpulan dan
komentar tentang puisi Indonesia kelasik). Dian Rakyat.

Tajuddin Noor Ganie (2015). Buku induk bahasa Indonesia.
Araska.

Trisnawati, T. (2019). Analisis jenis-jenis dan fungsi pantun dalam
buku Mantra Syair dan Pantun di Tengah Kehidupan
Dunia Moden karya Korrie Layun Rampan. Parataksis:
Jurnal Bahasa, Sastra dan Pembelajaran Bahasa
Indonesia, 2(2).

Tuti Andriani (2015). Revitalisasi naskah syair: Sebuah solusi
dalam pengembangan kreativitas mahasiswa untuk
mencintai budaya local. Jurnal Pendidikan Bahasa dan
Sastra, 15(1), 26.

Zahir Ahmad, Zahid, I. & Hashim, M.N. (Eds). (2006). Syair
naratif: Keindahan bahasa dan melodi. Persidangan
antarabangsa pengajian Melayu.
https://eprints.um.edu.my/8715/1/All.pdf

Zainal Abidin Ahmad (1965). Ilmu mengarang Melayu. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

PAUTAN-PAUTAN
YANG BERKAITAN

https://ir.upsi.edu.my/files/docs/2020/1249_1249.pdf
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3227/2212
https://dokumen.tips/reader/f/personaliti-masyarakat-melayu-masa-
kini-dalam-seloka
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70109/1/FBMK%202014%2073%
20-%20IR.pdf
https://ejournal.unib.ac.id/index.php/pgsd/article/download/5709/2
789
https://media.neliti.com/media/publications/116880-ID-revitalisasi-
naskah-syair-sebuah-solusi.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10035/1/V31_2_35.pdf
https://core.ac.uk/download/pdf/322456942.pdf

-TAMAT-


Click to View FlipBook Version