The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by a192967, 2024-06-12 07:50:11

Penjajahan Minda Masyarakat Melalui Media Sosial Tanpa Sempadan di Era Pasca Dekolonisasi

Kumpulan 10 E-majalah Falsafah dan Isu Semasa (Set 19)

MEDIA SOSIAL: MENJAJAH MINDA MASYARAKAT? PASCA DEKOLONISASI: MODENISASI? WWW.UKM.COM.MY Penjajahan Minda Masyarakat Melalui Media Sosial Tanpa Sempadan di Era Pasca Dekolonisasi


Penjajahan Minda Masyarakat Melalui Media Sosial Tanpa Sempadan di Era Pasca Dekolonisasi Dari Meja Ketua Editor Terlebih dahulu saya ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada Dr. Puteh Noraihan A. Rahman yang begitu komited dan tidak pernah jemu mencurahkan ilmu bagi kursus Citra Wajib, Falsafah dan Isu Semasa. Kursus ini merangkumi hubungan bidang falsafah dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara yang bertujuan untuk mengharmonikan budaya pemikiran tentang kehidupan melalui seni serta kaedah berfikir. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara ini akan bertindak sebagai pemangkin kerana pencapaian Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang bersatu-padu, makmur, dan bermaruah di samping meraikan kepelbagaian masyarakat. Assalamualaikum, Salam Sejahtera, dan Salam Perpaduan. FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN


FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN Penjajahan Minda Masyarakat Melalui Media Sosial Tanpa Sempadan di Era Pasca Dekolonisasi Sidang Panel


FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT Penjajahan Minda Masyarakat Melalui Media Sosial Tanpa Sempadan di Era Pasca Dekolonisasi FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN


Penjajahan Minda Masyarakat Melalui Media Sosial Tanpa Sempadan di Era Pasca Dekolonisasi Pengenalan Penggunaan media sosial Pembangunan internet dan media sosial di Malaysia Rekomendasi dan pengukuhan identiti masyarakat Malaysia epistemologi pasca dekolonisasi, modenisasi Artificial Intelligence (AI), ketagihan media sosial, impak positif media sosial dasar-dasar kerajaan, perkembangan media sosial, COVID-19 undang-undang kebebasan bersuara, Rukun Negara, Dasar Perpaduan Negara, Malaysia Madani 1 Pembentukan identiti minda masyarakat Malaysia melalui media sosial asimilasi nilai barat, integriti dalam media sosial, kebebasan bersuara 6 4 Implikasi penjajahan media sosial terhadap kelestarian masyarakat Malaysia psikologi, kecelaruan gender, perkauman, ‘false-information’ 9 2 11 Isi Kandungan Penggunaan media sosial Malaysia vs. Korea Utara, tata etika media sosial, kebebasan dan kawalan media sosial 13


Penjajahan Minda Masyarakat Melalui Media Sosial Tanpa Sempadan di Era Pasca Dekolonisasi PENGENALAN Tujuan & faktor penggunaan Media Sosial di Malaysia Tujuan penggunaan media sosial di Malaysia merangkumi pelbagai aspek, mulai dari interaksi sosial, berkongsi maklumat dan politik. Secara umum, penggunaan media sosial bertujuan untuk memperluas jaringan sosial, membina hubungan serta mewujudkan sebuah landasan komunikasi dalam berbagai konteks. Di samping itu, media sosial juga dimanfaatkan sebagai pentas untuk menyebarkan berita, dan kontenkonten kreatif yang akhirnya bertindak sebagai alat untuk menyuarakan pandangan dan menyampaikan aspirasi seperti pandangan politik masing-masing. Antara faktor yang mendorong penggunaan media sosial di Malaysia termasuklah pembangunan internet yang semakin luas sejajar dengan pertumbuhan teknologi telekomunikasi yang pesat. Kemudahan ini memberikan impak yang besar dalam kepenggunaan media sosial di Malaysia dan juga mampu memburukan negara dan masyarakat jika tidak dikawal. [email protected] Oleh: Muhammad Amirul Amin Dalam era pasca dekolonisasi, fenomena penjajahan tidak lagi terbatas hanya pada ranah politik dan ekonomi, tetapi juga mampu ke dalam dimensi budaya dan mental masyarakat. Salah satu bentuk penjajahan yang semakin ketara adalah penjajahan minda melalui media sosial, yang menjangkau tanpa sempadan dalam konteks masyarakat Malaysia. Kini, media sosial tidak hanya menjadi platform untuk pertukaran maklumat dan komunikasi, tetapi juga menjadi instrumen bagi percubaan dalam menjajah arena kebudayaan, ideologi dan idea yang mencerminkan kepentingan tertentu. Majalah ini membincangkan isu penjajahan melalui media sosial dan memahami bagaimana media sosial, dalam era pasca dekolonisasi, menjadi alat yang sangat berpengaruh dalam membentuk pemikiran dan identiti masyarakat Malaysia, serta apakah impak terhadap penjajahan minda ini kepada individu, budaya dan negara. Epistemologi pasca Dekolonisasi Di Malaysia, pasca dekolonisasi merujuk pada tempohmasa selepas negara mencapai kemerdekaan politiknya dari penjajahan kolonial British pada tahun 1957. Setelah merdeka, Malaysia mengalami pembangunan dan transformasi sosial, politik, dan ekonomi yang mencerminkan upaya untuk membangun negara yang merdeka dan berdaulat. Pasca dekolonisasi di Malaysia ini merangkumi masyarakat selepas sudahnya penjajahan British di Tanah Melayu iaitu penjajah terakhir di Malaysia. Tempoh masa ini juga merangkumi tahun 2000 ke atas atau disebut sebagai zaman yang melalui modernisasi. 1


Penjajahan Minda Masyarakat Melalui Media Sosial Tanpa Sempadan di Era Pasca Dekolonisasi [email protected] Oleh: Muhammad Wafi bin Razali Dasar-dasar kerajaan berkaitan pembangunan internet dan media sosial. Pada 29 Ogos 2020, kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melancarkan sebuah pelan infrastruktur digital yang dikenali sebagai Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang merupakan sebahagian daripada Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) bagi tempoh lima tahun bermula 2021 hingga 2025. Matlamat utama pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) adalah untuk: Meningkatkan kualiti capaian internet, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Memastikan tiada rakyat Malaysia yang terpinggir atau tercicir daripada mengakses dan menikmati capaian internet. Merancakkan pertumbuhan ekonomi negara sejajardengan kepentingan ekonomi digital. Mempersiapkan peralihan negara kepada teknologi 5G. Selain itu, kerajaan Persekutuan telah memberikan peruntukan sebanyak RM 3.61 bilion kepada negeri Sabah, manakala RM 4.09 bilion lagi untuk Sarawak. Ia adalah merupakan langkah proaktif kerajaan untuk mengimbangi pembangunan dan melebarkan infrastruktur rangkaian internet yang secara tidak langsung mampu memberikan pelbagai manfaat kepada rakyat di kedua-dua buah negeri tersebut. Hakikatnya, sebanyak 2,338 daripada 3,884 jumlah keseluruhan menara komunikasi baharu di seluruh Malaysia seperti yang digariskan dalam pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) telah selesai menjalani kerja naik taraf dan mula beroperasi pada suku keempat tahun 2023. Pembangunan internet dan mediasosial Malaysia di 2


Penjajahan Minda Masyarakat Melalui Media Sosial Tanpa Sempadan di Era Pasca Dekolonisasi Jumlah pengguna media sosial di Malaysia. Platform media sosial dan jaringan internet telah menjadi medium penting dalam rutin kehidupan harian masyarakat. Ia bukan sahaja telah mengubah gaya hidup, proses berfikir, dan cara berkomunikasi, bahkan mempengaruhi persepsi serta fahaman politik. Berdasarkan kepada maklumat yang dipaparkan oleh Meltwater, setakat pada bulan Januari 2024, sebanyak 28.68 juta atau bersamaan 83.1% daripada jumlah penduduk di Malaysia membuat hubungan sosial atau interaksi sesama manusia dari serata dunia, secara atas talian melalui aplikasi seperti WhatsApp, Facebook, Instagram, TikTok, X dan sebagainya. Daripada jumlah keseluruhan tersebut, kira-kira 98.5% pengguna media sosial yang berumur antara 16 hingga 64 tahun didapati memiliki peranti elektronik, seperti telefon pintar, komputer riba, dan tablet yang boleh terus berhubung, melayari internet pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui Wi-Fi atau rangkaian mudah alih (mobile network). Perkembangan media sosial semasa pandemik COVID-19 Setiap negara di seluruh dunia, tidak terkecuali Malaysia telah dikejutkan dengan penularan wabak penyakit Coronavirus ataulebih dikenali sebagai COVID-19 pada penghujung tahun 2019. Virus tersebut buat pertama kali dikesan di bandar Wuhan, China dan dikatakan sangat berbahaya kerana ia boleh menjangkiti paru-paru, saluran pernafasan dan berupaya membawa kepada kematian. Kira-kira 67,169 kumulatif kespositif COVID-19 telah direkodkan pada tahun 2020. Oleh yang demikian, kerajaan telah bersetuju untukmelaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengikut beberapa fasa bermula 18 Mac 2020 dengan tujuan mengekang penularan wabak COVID19, memelihara nyawa rakyat, dan memulihkan semula ekonomi negara. Natijahnya, berdasarkan kepada Laporan Survei Penggunaandan Capaian ICT oleh individu dan isi rumah pada tahun 2020 mendapati, penggunaan internet dalam kalangan rakyat berusia 15 tahun ke atas meningkat secara drastik, iaitu sebanyak 89.6% berbanding 84.2% pada tahun sebelumnya. Peningkatan itu membabitkan penggunaan internet bagi aktiviti e-pembelajaran, e-kesihatan, e-kerajaan, e-Dagang, dan hiburan. Bahkan, kerajaan turut melancarkan program e-Tunai Rakyat bernilai RM 30 kepada hampir 15 juta rakyat Malaysia melalui tigapengendali e-dompet terpilih, iaitu Grab, Boost, dan Touch ‘n Go eWallet bagi menggalakkan pembayaran tanpa sentuh (cashless) dan merancakkan ekonomi biarpun berdepan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 3


Penjajahan Minda Masyarakat Melalui Media Sosial Tanpa Sempadan di Era Pasca Dekolonisasi Kepesatan penggunaan media sosial ini tidak lagi dinafikan. perkembangan dunia tanpa sempadan teknologi maklumat dan komunikasi ini amat mudah diserap masuk dalam kehidupan sesebuah masyarakat sejagat. sebagai contohnya, kehadiran pembangunan dan manfaat Artificial Intelligence (AI). Penggunaan Artificial Intelligence (AI) ini dapat meningkatkan produktiviti manusia kerana AI dapat menjadi pembantu dalam menyelesaikan tugas manusia contohnya seperti penyemakan tatabahasa dan bot sembang. contoh aplikasi Artificial Intelligence (AI) ini ialah Grammarly dan ChatGPT. Walaupun penggunaan Artificial Intelligence (AI) ini dapat membantu manusia dalam melakukan sesuatu pekerjaan, semua individu hendaklah mempertahankan dan mengekalkan hasil kerja manusia yang asli supaya tidak akan terbentuknya budaya masyarakat yang malas dan terlalu hidup bergantung kepada teknologi. Penggunaan media sosial ini sememangnya memberikan banyak manfaat dan impak yang positif kepada setiap pengguna yang berhemat. Media sosial memudahkan penyebaran maklumat dilakukan serta memberikan akses pendidikan yang kondusif. Manfaat ini sangat bermakna untuk pelajar dan juga warga pendidik kerana segala informasi pengenai pendidikan dapat disebarkan dengan pantas tanpa had. Tidak lupa juga kepada sektor perniagaan dan sektor politik kerana perkembangan dan status kedudukan sesebuah perniagaan dan politik itu boleh dimuat naik di dalam sosial media dengan pantas dan boleh dilihat oleh oleh masyarakat sejagat. Contoh medium sosial media yang popular ialah Instagram, TikTok, Facebook dan X. walau bagaimanapun, penggunaan media sosial perlu dikawal kerana akhlak pelajar semakin negatif sekiranya mereka terdedah dengan imej-imej songsang yang dimuat naik di dalam sosial media. Oleh: Adlil Nuqman [email protected] 4


Penjajahan Minda Masyarakat Melalui Media Sosial Tanpa Sempadan di Era Pasca Dekolonisasi Kesimpulannya, media sosial ini sememangnya memberikan banyak keistimewaan dan kesan positif kepada penggunanya. Namun demikian, pengguna hendaklah berwaspada dan bijak dalam menggunakan media sosial kerana kesilapan yang kecil akan membawa kepada padah yang cukup besar dalam diri sendiri dan sehingga memudaratkan masyarakat sekeliling. Namun begitu, kebergantungan komunikasi melalui media sosial yang melampau akan menyebabkan ketagihan media sosial. Menurut Kosmo!, penggunaan media sosial dalam kalangan rakyat Malaysia mencatat peningkatan setiap tahun dengan anggaran purata penggunaanya adalah mencecah sehingga enam jam sehari atau 42 jam seminggu berdasarkan statistik yang dikeluarkan pada Januari 2023. Ketagihan ini berpunca daripada penggunaan internet, penggunaan laman atau aplikasi sosial serta permainan atas talian. Ketagihan media sosial ini akan memberikan kesan sampingan kepada kesihatan serta kemahiran insaniah seseorang individu itu. Sebagai contohnya, kepenggunaan media sosial yang melampau akan mengakibatkan kemahiran komunikasi seseorang itu terhakis. Komunikasi dalam alam maya sangat berbeza berbanding komunikasi dalam dunia realiti. Maka, kekurangan kemahiran komunikasi dalam dunia realiti ini akan melahirkan mayarakat yang anti-sosial yang jarang bercampur dengan masyarakat sejagat 5


Penjajahan Minda Masyarakat Melalui Media Sosial Tanpa Sempadan di Era Pasca Dekolonisasi Asimilasi Nilai-nilai Barat (Fesyen) Media sosial telah menjadi platform utama untuk mempromosikan trend fesyen barat yang cepat di adaptasi oleh golongan muda Malaysia. Instagram dan TikTok, khususnya, mempamerkan gaya hidup dan fesyen barat yang dianggap moden dan menarik. Pempengaruh dan selebriti sering menjadi model utama dalam menonjolkan trend ini, menarik minat golongan muda yang mudah terpengaruh. Hal ini menyebabkan perubahan dalam cara berpakaian dan gaya hidup, di mana fesyen barat seperti pakaian kasual, aksesori mewah, dan solekan tebal menjadi kebiasaan dalam kalangan remaja dan belia. Isu Integriti dalam Media Sosial: Keganasan dan Pornografi Media sosial bukan sahaja membawa manfaat tetapi juga menimbulkan cabaran serius berkaitan integriti konten, khususnya dalam penyebaran konten yang tidak sesuai seperti keganasan dan pornografi. Platform seperti YouTube, Instagram, dan TikTok membolehkan pengguna berkongsi dan mengakses pelbagai jenis konten dengan mudah. Malangnya, ini termasuk konten yang tidak sesuai yang boleh diakses oleh remaja dan kanak-kanak tanpa sekatan yang memadai. Pendedahan kepada bahan-bahan ini boleh merosakkan perkembangan mental dan moral Namun, fenomena ini menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat yang lebih tradisional. Mereka melihat asimilasi fesyen barat sebagai ancaman kepada nilai-nilai budaya tempatan. Penggunaan pakaian tradisional seperti baju kurung, baju Melayu, dan batik semakin berkurangan, digantikan oleh pakaian yang dianggap lebih moden tetapi tidak sesuai dengan norma budaya tempatan. Hal ini mencetuskan kebimbangan mengenai kehilangan identiti budaya dan peminggiran pakaian tradisional dalam acara-acara penting dan kehidupan O seharian. leh: Nuralya Batrisyia [email protected] 6


Penjajahan Minda Masyarakat Melalui Media Sosial Tanpa Sempadan di Era Pasca Dekolonisasi Media sosial telah menjadi platform yang luas untuk kebebasan bersuara, membolehkan individu meluahkan isi hati dan minda mereka tanpa sekatan. Walau bagaimanapun, kebebasan ini juga membuka ruang untuk penyebaran ucapan kebencian dan maklumat palsu, yang boleh menyemai perasaan benci dalam komuniti. Dalam konteks Malaysia, isu ini menjadi semakin kritikal kerana ketegangan etnik dan agama yang sedia ada boleh dipicu oleh maklumat yang tidak benar atau ucapan kebencian. Platform seperti Facebook, Twitter dan Instagram sering digunakan untuk menyebarkan berita palsu dan retorik kebencian yang boleh menjejaskan keharmonian sosial. Akta Hasutan telah digunakan untuk mengawal ucapan kebencian, namun penggunaannya harus dilakukan dengan berhati-hati dan bertanggungjawab. Akta ini bertujuan untuk melindungi keamanan negara dan mencegah penyebaran maklumat yang boleh mengancam keselamatan awam. Walau bagaimanapun, terdapat kebimbangan bahawa akta ini boleh disalahgunakan untuk mengekang kebebasan bersuara yang sah. Oleh itu, penggunaan Akta Hasutan harus seimbang dengan memastikan hak asasi kebebasan bersuara tidak terjejas seperti yang diungkapkan dalam artikel Berita Harian. Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini dengan menguatkuasakan undangundang yang lebih ketat. Contohnya, Seksyen 233 Akta 588 digunakan untuk mengawal laman-laman pornografi dan lucah di Malaysia. Ini termasuk penutupan laman web yang menyebarkan konten lucah dan penguatkuasaan terhadap individu yang terlibat dalam penyebaran konten tersebut. Tambahan pula, Rang Undang-undang Keselamatan Siber sedang digubal untuk memberikan perlindungan yang lebih menyeluruh terhadap ancaman siber, termasuk penyebaran konten keganasan dan pornografi. Pada 5 Jun 2024, kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyatakan pendirian dan bersikap tegas untuk membantah penyedia platform X yang dilaporkan telah mengubah terma perkhidmatannya dengan membenarkan penggunanya memuatnaik kandungan atau bahan grafik lucah yang sememangnya melanggar undang-undang, norma serta etika masyarakat di negara ini. Kebebasan Bersuara Tanpa Batas 7


Penjajahan Minda Masyarakat Melalui Media Sosial Tanpa Sempadan di Era Pasca Dekolonisasi Institusi Beraja Media sosial telah menjadi medan untuk mengkritik terhadap institusi ini kadangkala melanggar batas tradisional rasa hormat yang diberikan kepada RajaRaja. Platform seperti Twitter dan Facebook sering digunakan untuk meluahkan pandangan mengenai institusi beraja Fahmi Fadzil menegaskan bahawa kerajaan mengutamakan hak kebebasan bersuara, namun semua pihak diingatkan agar tidak menggugat demokrasi negara. Kritikan terhadap institusi beraja sering kali menyentuh isu-isu sensitif yang telah dikenal pasti oleh Parlimen. Contohnya, isu-isu berkaitan hak dan prerogatif RajaRaja, peranan mereka dalam politik, dan tanggungjawab mereka kepada rakyat. Kritikan yang tidak bertanggungjawab boleh menjejaskan keharmonian sosial dan menimbulkan ketegangan antara pelbagai pihak. Untuk memastikan penghormatan terhadap Institusi Beraja, pendidikan dan kesedaran awam mengenai peranan dan kepentingan institusi ini dalam sistem pemerintahan Malaysia perlu ditingkatkan. Program-program pendidikan di sekolah dan universiti boleh membantu membina kefahaman yang lebih mendalam mengenai sejarah dan fungsi institusi beraja. Dengan cara ini, masyarakat dapat mengekspresikan pandangan mereka dengan cara yang bertanggungjawab dan menghormati, sambil memelihara kestabilan dan keharmonian negara. 8


Penjajahan Minda Masyarakat Melalui Media Sosial Tanpa Sempadan di Era Pasca Dekolonisasi Media sosial mempunyai pelbagai implikasi terhadap individu, masyarakat dan kerajaan terhadap kelestarian masyarakat Malaysia. Dari sudut individu, psikologi memainkan peranan yang penting dalam isu berkenaan penjajahan media sosial. Sebagai contoh yang kita boleh ambil adalah seperti pempengaruh di media sosial seperti di platform Instagram, Tiktok, Facebook dan lain-lain. Hal ini dapat memberi kesan yang buruk kepada generasi muda yang sering melayari media sosial. Namun demikian, kecelaruan identiti merupakan salah satu faktor yang boleh menyebarkan sifat-sifat negatif terutamanya generasi muda yang masih berusia di bawah 18 tahun. Mereka juga terjebak disebabkan filem dan drama yang berunsurkan LGBT. Contoh yang kita boleh ambil filem yang dikeluarkan daripada luar negara di media sosial mempunyai unsur-unsur LGBT dan tidak ditapis terlebih dahulu sebelum ditayangkan di negara kita seperti filem Thor: Love and Thunder yang mempunyai unsur homoseksual. Hal ini boleh menyebabkan generasi muda akan terpesong dan mula mengikuti unsur-unsur negatif yang ditayangkan daripada filem tersebut. Oleh:WanMuhammad Akmal [email protected] Di samping itu, keruntuhan pegangan nilai dan moraliti menjadi implikasi yang buruk disebabkan daripada penjajahan media sosial terhadap kelestarian masyarakat Malaysia. Hal ini merujuk kepada penurunan atau kehilangan prinsip moral, etika, dan nilai-nilai yang menjadi asas kepada tingkah laku individu dan masyarakat. Kandungan yang tular di media sosial sering kali mengagungkan gaya hidup materialistik, kegemilangan, dan kelakuan tidak beretika. Pendedahan yang berterusan kepada kandungan seperti ini boleh mengikis nilai-nilai tradisional seperti kejujuran, integriti, dan hormatmenghormati. Contohnya daripada keratan akhbar Berita Harian, pada hari Sabtu bertarikh 15 Mei 2024 yang lalu, pihak polis telah menahan 15 orang yang dipercayai terbabit memasak mi segera di sebuah stesen minyak di Genting Highlands. 9


Penjajahan Minda Masyarakat Melalui Media Sosial Tanpa Sempadan di Era Pasca Dekolonisasi Cebisan petikan ini menunjukkan situasi dimana remaja kini tidak menghiraukan prinsip moral dan etika. Ini memberi imej yang buruk kepada diri kita sebagai masyarakat Malaysia kepada pengunjung di luar sana. Pihak terbabit juga telah disiasat mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan, dimana mereka menyebabkan kegusaran am kepada orang awam di luar sana. Selain daripada itu juga, isu sensitiviti perkauman kini kian menjadi-jadi di mana mereka sering berbalah yang berpunca daripada persalahafahaman antara dua pihak Sebagai contoh, gosip hangat yang disebarkan di media sosial di Instagram berkenaan artis seringkali dijadikan topik hangat di media sosial. Ia sering dibahas dan dijadikan perbualan netizen dan menjadikannya suatu perkara yang sangat buruk bagi negara kita. Hal ini boleh mendatangakan imej yang buruk dan dipandang enteng oleh negara-negara lain sekiranya kita tidak mengambil Langkah yang drastik untuk menangani isu ini. Oleh itu, jelaslah bahawa implikasi penjajahan minda masyarakat melalui media sosial mendatangkan lebih banyak kesan negatif kepada individu, masyarakat dan kerajaan. Akhir sekali, daripada sudut kerajaan yang kita dapat saksikan adalah seperti penyebaran maklumat palsu. Sepertimana yang kita ketahui, penyebaran maklumat palsu kian menular di era globalisasi ini dimana mereka menjadikannya sebuah platform untuk menyebarkan sebarang bentuk maklumat atau info yang belum sahih dan tepat. 10


Penjajahan Minda Masyarakat Melalui Media Sosial Tanpa Sempadan di Era Pasca Dekolonisasi Oleh:MuhammadSyazani [email protected] Terdapat beberapa rekomendasi yang boleh diketengahkan bagi mengukuhkan identiti masyarakat di Malaysia. Antaranya adalah dari aspek pendidikan dan kesedaran. Melalui kurikulum yang inklusif iaitu perlaksanaan Kurikulum Pendidikan Kebangsaan yang menekankan sejarah, budaya, dan sumbangan semua kumpulan etnik di Malaysia adalah langkah penting. Ini bukan sahaja membolehkan pelajar memahami dan menghargai pelbagai aspek warisan negara, tetapi juga membantu mereka mengenali kepentingan setiap kumpulan dalam membentuk identiti Malaysia. Melalui pengajaran yang menyeluruh, kita dapat membina masyarakat yang lebih bersatu dan harmoni. Selain itu, program pertukaran budaya juga dapat membolehkan pelajar dari latar belakang etnik yang berbeza untuk melibatkan diri antara satu sama lain adalah sangat bermanfaat. Program seperti lawatan pertukaran, projek kebudayaan bersama, dan pertandingan antara sekolah dapat membuka mata pelajar kepada kepelbagaian budaya yang wujud dalam negara. Ini juga boleh menggalakkan perasaan hormat dan pemahaman antara satu sama lain, serta mengurangkan prasangka dan stereotaip. Seterusnya, program bahasa, penguasaan bahasa kebangsaan Malaysia, Bahasa Malaysia, adalah penting untuk merapatkan jurang komunikasi antara pelbagai kaum. Pada masa yang sama, penghargaan terhadap bahasa vernakular juga perlu diterapkan. Dengan menghormati dan mempelajari bahasa lain, kita dapat memupuk rasa hormat dan pemahaman yang lebih mendalam di kalangan masyarakat berbilang kaum. 11


Penjajahan Minda Masyarakat Melalui Media Sosial Tanpa Sempadan di Era Pasca Dekolonisasi Penglibatan komuniti antara masyarakat juga antara pilihan terbaik dalam usaha mengukuhkan identiti masyarakat. Dialog antara agama dan antara budaya di peringkat komuniti perlu dipupuk untuk menghilangkan mitos dan membina persefahaman di kalangan kumpulan agama dan etnik yang berbeza. Melalui perbincangan yang terbuka dan jujur, kita dapat mengatasi prasangka dan ketidak fahaman yang sering menjadi punca ketegangan. Selain itu, Projek Komuniti yang menghimpunkan orang daripada latar belakang yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama adalah cara yang efektif untuk menggalakkan kerjasama dan perpaduan. Aktiviti seperti pembersihan kawasan kejiranan, perayaan, dan acara amal boleh menjadi platform untuk membina hubungan yang erat dan saling menghormati di kalangan penduduk setempat. Melalui dasar dan tadbir urus yang baik juga mampu membantu dalam usaha pengukuhan identiti maysrakat di negara kita. Dasar inklusif yang m embangun dan menguatkuasakan dasar yang menggalakkan kesaksamaan dan mencegah diskriminasi dalam semua sektor adalah penting untuk memastikan keadilan dan kesejahteraan sosial. Ini termasuk memastikan peluang yang sama dalam pekerjaan, pendidikan, dan perumahan tanpa mengira latar belakang etnik atau agama. Selain itu, tadbir urus perwakilan dapat Memastikan semua kumpulan etnik mempunyai perwakilan yang mencukupi dalam kerajaan dan badan pembuat keputusan adalah penting untuk meningkatkan kepercayaan dalam sistem politik. Dengan melibatkan pelbagai perspektif dalam proses membuat keputusan, kita dapat memastikan bahawa keperluan dan aspirasi semua rakyat Malaysia diambil kira. Melalui langkah-langkah ini, kita dapat memperkukuh identiti masyarakat Malaysia yang bersatu dalam kepelbagaian. Pendidikan, penglibatan komuniti, serta dasar dan tadbir urus yang inklusif adalah kunci untuk membina sebuah negara yang harmoni dan makmur, di mana setiap rakyat berasa dihargai dan bersedia untuk bersama-sama mencapai kemajuan. 12


Penjajahan Minda Masyarakat Melalui Media Sosial Tanpa Sempadan di Era Pasca Dekolonisasi Oleh:WirdanibintiTajry [email protected] Kerajaan memberi kebebasan kepada masyarakat dalam menggunakan platform media sosial dan juga memberikan hak kebebasan bersuara di platform media sosial untuk menyuarakan pendapat mereka tanpa sekatan. Namun begitu, terdapat risiko seperti penyebaran maklumat palsu dan ucapan kebencian. Maka, kerajaan bertanggungjawab untuk mengawal penggunaan media sosial ini supaya tidak disalahgunakan atau memberi impak yang buruk kepada masyarakat. Antaranya adalah dengan menguatkuasakan undang-undang dan peraturan. Sebagai contoh kerajaan telah menguatkuasakan Akta Hasutan 1948 yang bertujuan untuk mengawal ucapan kebencian di internet. Seterusnya, adalah melaksanakan kerjasama dengan platform media sosial. Sebagai contoh, kerajaan bekerjasama dengan platform media sosial untuk menghapus atau menyekat akses kepada kandungan merbahaya. Akhir sekali, adalah dengan melaksanakan kempen kesedaran awam. Sebagai contoh, kerajaan menjalankan kempen kesedaran untuk mendidik masyarakat tentang cara penggunaan media sosial dengan baik Seterusnya, bagi perbandingan penggunaan media sosial di Malaysia dan Korea Utara, di Malaysia kerajaan memberikan kebebasan dalam penggunaan media sosial. Walaupun terdapat kawalan, tetapi rakyat masih boleh mengakses platform media sosial dan berkongsi pandangan mereka. Tetapi, pada zaman pemerintahan Najib Razak, terdapat beberapa sekatan terhadap media sosial dan portal berita dalam talian yang berunsur kritikan kepada kerajaan. Sebagai contoh, laman Web seperti Sarawak Report dan The Malaysian Insider yang disekat kerana melaporkan skandal 1MDB. Kritikan terhadap najib razak dan skandal 1MDB menyebabkan pengawalan ketat terhadap media sosial pada ketika itu. Sebaliknya, di Korea Utara pula, akses kepada media sosial dan internet sangat terhad dan dikawal ketat oleh kerajaan. Hanya golongan elit tertentu sahaja yang mempunyai akses kepada internet global. 13


Penjajahan Minda Masyarakat Melalui Media Sosial Tanpa Sempadan di Era Pasca Dekolonisasi Akhir sekali, menghormati pandangan orang lain walau berbeza pendapat. Hal ini demikian kerana, ia dapat menggalakkan perbincangan yang sihat dengan mencipta suasana perbincangan yang lebih terbuka. Sekiranya, garis panduan ini tidak dipatuhi, akan wujud isu seperti penyebaran kebencian dan sentimen perkauman, buli siber dan privasi data di mana baru-baru ini terdapat laporan tentang kebocoran informasi dan data pengguna yang didedahkan oleh platform media sosial tanpa kebenaran mereka. Dengan mengikuti tata etika ini, masyarakat boleh menggunakan media sosial dengan baik dan bertanggungjawab, dan dapat memupuk persekitaran yang lebih harmoni. Baru-baru ini, Korea Utara telah melancarkan platform media sosialnya sendiri yang hanya boleh diakses oleh warga negara tersebut. Ia dikawal sepenuhnya oleh kerajaan dan bertujuan memperkukuh propaganda negara, melindungi maklumat serta mengawal komunikasi rakyatnya. Oleh itu, masyarakat harus menggunakan media sosial dengan bertanggungjawab dan beretika untuk menjaga keharmonian negara. Berikut adalah beberapa tata etika penggunaan media sosial yang perlu dipatuhi. Yang pertama, adalah mengelak menyebarkan maklumat palsu dan tidak sahih. Sebagai contoh, sebelum berkongsi apa-apa maklumat, pastikan ia adalah sahih dan diperolehi dari sumber yang dipercayai. Seterusnya, mengelak dari menulis komen yang berunsur perkauman atau kebencian. Hal ini demikian kerana, ia boleh menyebabkan perpecahan antara kaum. 14


FALSAFAH DAN ISU SEMASA JUN 2024 JILID 10 WWW.UKM.COM.MY


Click to View FlipBook Version