The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PEMBENTANGAN MANIFESTO CALON BADAN WAKIL PELAJAR SESI 2021/2022: QISTINA ADRIANA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anis insyirah, 2021-07-30 09:53:14

PEMBENTANGAN MANIFESTO CALON BADAN WAKIL PELAJAR SESI 2021/2022

PEMBENTANGAN MANIFESTO CALON BADAN WAKIL PELAJAR SESI 2021/2022: QISTINA ADRIANA

PEMBENTANGAN MANIFESTO CALON BADAN
WAKIL PELAJAR SESI 2021/2022

#VOTEFORME
#VOTEFORYOUR BETTER FUTURE



1. MENGADAKAN MANIFESTO 3. MENGADAKAN
PROGRAM HIGH TABLE PROGRAM INDIVIDUAL
2. MENAIK TARAF KAD
MATRIK DALAM STUDY PLAN (ISP)
PENGGUNAAN
CASHLESS

1. MENGADAKAN PROGRAM HIGH TABLE

• Bertujuan untuk menaikkan semangat pelajar dan menjadi salah satu medium untuk mengurangkan tekanan
yang sedang dihadapi oleh pelajar sebelum bermulanya peperiksaan.

• Setiap tingkatan akan mengadakan jamuan high table mereka tersendiri dan program ini merupakan
kerjasama antara saya dengan biro makanan untuk menyediakan menu makanan yang berlainan dan dinaik
taraf dari menu hari biasa .

• Jika mendapat kebenaran daripada pihak maktab ,saya ingin setiap pelajar memakai pakaian yg tidak
mencolok mata dan bertema. Contohnya tema kerjaya atau pakaian tradisional. Inspection pemakaian akan
dilakukan bagi memastikan pelajar mengikut kriteria yg ditetapkan.

• Tambahan pula, program high table ini amat sesuai dengan situasi sekarang ketika menghadapi penularan
wabak covid-19. Program ini juga merupakan salah satu program yang santai tetapi banyak kebaikannya.
Contohnya para pelajar dapat merapatkan ukhwah sesama batch selain dapat melakukan sesi perkongsian
antara satu sama lain.

2. MENAIK TARAF KAD MATRIK DALAM PENGGUNAAN
CASHLESS

• Seperti yang kita sedia maklum, kad matrik digunakan untuk memudahkan pihak maktab mengenal pasti pelajar yang
pulang bermalam atau outing di maktab. Oleh itu saya ingin mengaplikasikan kegunaan “Touch and Go” di dalam kad
ini Saya yakin dengan adanya kemudahan seperti ini kita dapat menangani kes kecurian yang banyak berlaku di
maktab teruramanya di kelas dan blok.

• Seterusnya dengan cara ini, para pelajar bukan sahaja dapat menjimatkan masa rehat dengan tidak perlu beratur
panjang dalam keadaan yang padat dan sesak ketika ingin membuat bayaran malah ia juga dapat menjaga
penjarakkan sosial kerana pembelian dilakukan hanya secara Touch and Go.

• Kad ini juga mudah dibawa dan menyenangkan pekerja kooperasi kerana tidakk perlu mencari duit baki untuk
dipulangkan kepada para pelajar

• Tambahan pula, ibu bapa boleh menyemak baki wang dan menambah jumlah semasa hanya dengan melalui online
perbankan atau pelajar boleh menambah sendiri di koop dengan bantuan pekerja kooperasi.

3. MENGADAKAN PROGRAM INDIVIDUAL STUDY PLAN (ISP)

• Programme individual study plan (IPS) ini merupakan salah satu inersiatif yang paling efektif untuk
memperhebatkan lagi pencapaian dan prestasi akademik setiap para pelajar.

• Program ini memberi peluang kepada para pelajar untuk belajar dan mengulang kaji pelajaran
secara individu atau berkumpulan tanpa keberadaan guru di dalam kelas seperti biasa. Program ini
akan berjalan selama beberapa hari sebelum minggu peperiksaan yang akan berlangsung.

• Para pelajar dapat meningkatkan keyakinan dalam diri mereka dengan mengajar rakan-rakan
mereka yang lain. Tambahan pula, pelajar-pelajar dapat mengembangkan lagi tahap dan daya
pemikiran mereka semasa membuat ulang kaji secara berkumpulan seperti Mento Mentee atau
Buddy Study.

• Berdasarkan pemerhatian, sesetengah kelompok pelajar lebih gemar dan selesa untuk belajar
secara berkumpulan bersama rakan-rakan yang lain kerana mereka akan menjadi lebih fokus
sekaligus menjadikan cara belajar ini lebih sistematik dan efisien


Click to View FlipBook Version