The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arifaharif04, 2022-09-28 14:18:29

CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU

i. Percampuran Kod
ii. Slanga

CABARAN DAN MASA

DEPAN BAHASA MELAYU

DISEDIAKAN OLEH: ARIFAH BINTI MOHD ARIF

baran dan m asa depanbahasa Mela
yu ca PENGENALAN
ISI

KANDUNGAN PERCAMPURAN KOD
SLANGA

RUMUSAN

PENGENALAN

Berdasarkan dalam Laporan Razak 1956, bahasa Melayu dikenali sebagai
pengantar ilmu.
Kemudian, pernyataan ini dikukuhkan lagi dalam Laporan Abdul Rahman
Talib 1950.
Kini, bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu apabila bahasa ini
digunakan dalam pengajian di institut pengajian tinggi awam di
Malaysia.
Namun, terdapat pelbagai cabaran yang mempengaruhi kecemerlangan bahasa
Melayu.
Persoalannya, apakah cabaran dan masa depan bahasa Melayu terutamanya
dalam generasi kini?
Antara cabaran tersebut ialah:

i.PERCAMPURAN KOD

Menurut Noor Aina Dani (1999), berpendapat bahawa dalam pencampur kod
penutur adalah menggunakan dua mod.
Mod pertama digunakan sewaktu bertutur dalam satu bahasa, manakala mod
kedua digunakan dalam perbualan yang memerlukan lebih daripada satu kod
biasa.
Umpamanya, seseorang individu yang sedang bercakap dalam bahasa Melayu
memasukkan unsur bahasa Inggeris.
Pencampur kod telah dianggap sebagai suatu norma penggunaan bahasa dalam
setiap komuniti dwibahasa selain dikenali sebagai alterasi bahasa.

Fenomena ini merujuk kepada bahasan anggota masyarakat yang menggunakan
lebih daripada satu bahasa semasa berkomunikasi antara satu sama lain.

Percampuran kod merupakan satu fenomena yang berlaku dalam kalangan mereka
yang boleh berbahasa lebih daripada satu bahasa.
Percampuran kod boleh berlaku apabila seseorang yang bertutur
mencampuradukkan bahasa atau dialek dengan bahasa atau dialek yang lain atau
antara satu dialek dengan dialek-dialek lain.
Fenomena ini berleluasa di Malaysia kerana Malaysia merupakan sebuah negara
yang mempunyai pelbagai jenis bahasa dan dialek seperti bahasa Melayu, Cina,
Tamil dan suku kaum serta dialek berdasarkan tempatannya.
Penutur yang mengaplikasikan pencampuran kod dalam komunikasinya merupakan
penutur dwibahasaan.
Dwibahasaan juga dikenali sebagai bilingualisme.
Hal ini dikatakan demikian kerana penutur menggunakan dua bahasa dalam
kehidupan sehariannya misalnya, menggunakan bahasa tersebut secara bertukar
ganti seperti sekejap menggunakan bahasa Melayu sekejap menggunakan bahasa
Inggeris.

Home Tambahan lagi, terdapat banyak percampuran kod yang berlaku di
palettes persekitaran kita tanpa kita sedari.
Contohnya, percampuran kod menular dalam media-media melalui
surat khabar, majalah, radio, televisyen dan sebagainya.
Percampuran kod dalam media-media tersebut meruapakan salah satu
strategi yang diusahakan oleh majikan agar dapat menarik
perhatian orang ramai sehingga meminggirkan kepentingan bahasa
Melayu untuk menikmati keuntungan syarikat.
Walau bagaimanapun, percampu,rl an kod juga dapat membawa ke arah
yang positif jika dilihat melalui pendidikan iaitu dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran di kelas.
Hal ini dikatakan demikian kerana guru menggunakan kaedah
percampuran kod ini terhadap anak muridnya agar dapat memudahkan
kefahaman murid-murid tentang sesuatu topik.
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, percampuran kod juga
digunakan untuk menggantikan perkataan yang tidak tahu,
mengurangkan masalah leksikal dan memudahkan cara sebutan.

ii. SLANGA

Menurut Kamus Dewan, slanga didefinisikan sebagai "kata-kata,
ungkapan dan seumpamanya yang tidak tergolong dalam bahasa baku atau
bahasa tinggi tetapi lazim digunakan dalam percakapan tidak rasmi".
Contohnya, perkataan 'sis'.
Manakala, menurut Zuraidah Mohd Sulaiman (2006), menyatakan bahawa
slangan bersifat gejala bahasa, dianggap sebagai fesyen berbahasa,
eksklusif dan unik tetapi terbatas.
Kebiasaannya, slanga sering digunakan dalam kalangan golongan remaja
untuk berkomunikasi sesama mereka dan hanya difahami oleh mereka
sahaja.
Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa slanga ini telah memberikan
kesan negatif dalam kalangan remaja.
Hla ini dikatakan demikian kerana penggunaan bahasa slangan bukan
sahaja digunakan untuk berkomunikasi malah terdapat juga dalam
penulisan.

Contohnya, penulisan dalam sesebuah buku terutamanya dalam bacaan
ringan seperti komik.
Hal ini telah menyebabkan ramai golongan remaja dan kanak-kanak
terpengaruh dan menggunakan bahasa ini dalam kehidupan seharian
mereka.
Perkara yang paling dikhuatiri oleh guru-guru adalah apabila anak
murid mereka menggunakannya dalam penulisan esei di sekolah dan telah
menyebabkan banyak kesalahan tatabahasa yang perlu diperbetulkan lagi.
Sebagai contoh, ejaan percaya menjadi caye, ejaan macam ini menjadi
camni, ejaan telefon menjadi teypon, ejaang yang menjadi yg dan
sebagainya.

RUMUSAN

Kesimpulannya, kita mestilah mengutamakan

penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan

seharian, sama ada semasa berkomunikasi

mahupun dalam bentuk tulisan. Hal ini

dikatakan demikian kerana bahasa Melayu

merupakan bahasa ibunda kita yang wajib

dipelihara agar generasi akan datang mengenal

asal usul bahasa Melayu serta negara luar

tidak memandang enteng terhadap penggunaan

dan kepentingan bahasa Melayu. nifesting ~

ing ~ ma manifest

SEKIAN,
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version