MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA SEJARAH KERJA KURSUS ESEI ILMIAH 940/4 TAHUN 2021 TAJUK NAMA CALON NOMBOR KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH PENGAKUAN CALON: SAYA MENGAKU BAHAWA KAJIAN INI ADALAH HASIL KERJA SAYA SENDIRI NAMA GURU PENILAI TANDATANGAN GURU PENILAI TARIKH PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA : PERANANNYA DALAM MEMARTABATKAN SENI SILAT DI MALAYSIA DARI TAHUN 2000 HINGGA 2015 Tandatangan Calon dan Tarikh
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) KERJA KURSUS ESEI ILMIAH 940/4 Borang Perakuan Calon Mata pelajaran: Sejarah Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/ pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru/ pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan. Nama Calon ABBAS BIN AZHAR No. Kad Pengenalan Calon Angka Giliran Calon Nama Pusat kerja Kursus Calon Makluman kepada calon: Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut. Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon saya telah membaca dan memahami maklumat di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus (esei ilmiah) Sejarah (940) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Sejarah di sekolah ( untuk sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan ). Tandatangan Calon Tarikh Perakuan oleh Guru/ Pemeriksa Saya mengesahkan bahawa kerja kursus (esei ilmiah) Sejarah (940) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus ( esei ilmiah ) calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya kerja kursus ( esei ilmiah ) tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon. Tandatangan Guru/ Pemeriksa Nama Guru/ Pemeriksa Tarikh Alamat
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2021 SEJARAH BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON Nama Calon : ABBAS BIN AZHAR Angka Giliran : SK1312 /1092 No. Kad Pengenalan : 020816-02-0169 ( Untuk diisi oleh guru/ pemeriksa ) Dimensi Penilaian Markah Penuh Markah Guru Markah Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK) 1.Pengetahuan 10 2. Organisasi 10 3. Komunikasi 10 4. Gaya, Mekanik, dan Dokumentasi 10 5. Kertas Cadangan 07 6. Pembentangan 08 Jumlah Markah 55 PENGAKUAN GURU/ PEMERIKSA PENGESAHAN KETUA PENYELARAS KEBANGSAAN Saya memperakui bahawa markah Saya memperakui bahawa markah dan dan butiran di atas adalah benar butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru/ Pemeriksa:……………………… Tandatangan KPK :………………….. Nama : ZAIRANI BINTI ABU BAKAR Nama :……………………………………. No. Kad Pengenalan :721220 - 02- 5120. No. Kad Pengenalan :…………………….. Tarikh : ……………………………. Tarikh :……………………………………. No. Telefon (sekolah) : 04 7203381 No. Telefon (sekolah) : ………………… (bimbit) : 013 4458308 (bimbit) : ………………...
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2021 SEJARAH BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON No. Pusat/Angka Giliran: SK1312/1092 No. Kad Pengenalan: 020816-02-0169 Tarikh Aktiviti Aktiviti dalam PenghasilanKerja Kursus (Untuk diisi oleh calon) Ulasan Guru Tandatangan Calon Tandatangan Guru 15 April 2021 Taklimat kerja kursus sejarah oleh guru mata pelajaran Pelajar hadir menerima taklimat 17 April 2021 Membina tajuk kerja kursus Tajuk diterima 21 April 2021 Menghantar Proposal kali pertama Proposal ditolak kerana tidak lengkap 24 April 2021 Menghantar Proposal kali kedua Proposal ditolak kerana berlaku kesalahn di objektif kajian 27 April 2021 Menghantar Proposal kali ketiga Proposal perlu diperbaiki kerana sorotan kajian salah 28 April 2021 Menghantar Proposal kali keempat Proposal perlu ditambah baik di bahagian pengenalan 2 Mei 2021 Menghantar Proposal kali kelima Proposal diterima 29 Mei 2021 Menghantar esei kali pertama bahagian :Pengenalan Ditolak oleh dan perlu ditambah baik 6 Jun 2021 Menghantar esei kali kedua bahagian: Pengenalan dan asal-usul Diterima oleh cikgu 18 Jun 2021 Menghantar esei kali ketiga bahagian: asal-usul dan perkembangan Perlu ditambah baik di beberapa ayat 10 Julai 2021 Menghantar esei kali keempat bahagian:perkembangan dan cabaran Perlu menukar objektif ke-3 19 Julai 2021 Menghantar esei kali kelima bahagian: perkembangan dan cabaran Diterima oleh cikgu Zairani
27 Julai 2021 Menghantar esei kali keenam bahagian: kesimpulan Diterima oleh cikgu Zairani 28 Julai 2021 Membuat pembentangan Pembentangan di semak oleh cikgu Zairani 30 Julai 2021 Semakan esei buat kali terakhir Mencari kesilapan yang terlepas pandang 15 Ogos 2021 Serahan Akhir esei (Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman) Pengesahan Guru Sejarah Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Sejarah STPM 2021 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Tandatangan Guru:………………..……………………………… Nama Guru:...…….………………………………………………. Tarikh:……………………………………………………………. Cop Sekolah: Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara guru-pelajar dan dilampirkan pada bahagian depan (sebelum kerja kursus calon) apabila kerja kursus dihantar kepada guru untuk dinilai..
PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan menjadi tarikan kepada warga asing untuk melawat. Konsep keselamatan negara bermaksud menjaga pertahanan sempadan negara daripada ancaman ketenteraan musuh supaya negara berada dalam keadaan merdeka dan berdaulat. Keselamatan negara juga bergantung kepada isu-isu yang terjadi di dalam negara. Namun begitu, ada sesetengah warga asing yang datang ke negara ini dengan mempunyai niat tersendiri. Mereka dikenali sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang telah melanggar Akta Imigresen dan Peraturan-peraturan Imigresen. Menurut Puan Nurul Huda, Mereka masuk ke Malaysia melalui pintu-pintu masuk yang sah iaitu hadir di hadapan pegawai Imigresen dan ada di antara mereka yang menggunakan taktik kotor iaitu masuk melalui jalan tikus. Misi setiap Jabatan Imigresen adalah menyediakan kemudahan yang terbaik tanpa berkompromi dalam soal keselamatan. Dalam penulisan ini, pengkaji berminat untuk mengkaji Jabatan Imigresen Negeri Kedah khususnya peranan yang dimainkan oleh jabatan tersebut dalam menjaga keselamatan negara dari aspek mengawal kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dari tahun 1985 hingga tahun 2015.
ASAL USUL JABATAN IMIGRESEN Secara amnya, Jabatan Imigresen Malaysia merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Dalam NegeriJabatan ini menyediakan perkhidmatan kepada warganegara Malaysia, Penduduk Tetap dan Warganegara Asing yang berkunjung ke Malaysia. Selain itu, Jabatan Imigresen juga merupakan sebuah jabatan yang melaksanakan tugas-tugas kawalan dan pemeriksaan imigresen. Tugas ini melibatkan pemeriksaan fizikal dan dokumen perjalanan di pintu-pintu masuk negara. Sebelum Perang Dunia Kedua, Pengurusan Imigresen ditadbir oleh seorang pegawai kanan Malaysian Civil Service dengan gelaran jawatan “Immigration Officer, Stearits Settlement and Federated Malay States”. Seorang Timbalan Pegawai Imigresen yang juga merupakan seorang pegawai polis pinjaman ditempatkan di Pulau Pinang untuk mengawasi pintu masuk ke Malaya. Pintu-pintu masuk lain ialah Changloon, Padang Besar, Kroh dan Port Swettenham (rujuk Lampiran 1). Selepas Perang Dunia Kedua, Jabatan Imigresen dikenali sebagai “Refugees and Displaced Persons Bureau” yang berpusat di Kuala Lumpur dan diketuai oleh seorang pegawai British Military Administration. Tugas utamanya adalah membawa balik orang-orang yang terkandas di luar negara akibat Perang Dunia Kedua. Undang-undang pertama yang diperkenalkan adalah “Passenger Restriction Ordinance 1922” iaitu bagi melaksanakan kawalan kemasukan ke negara ini. Pada tahun 1930, “The Aliens Immigration Restrictions Ordinance” digubal untuk mengawal ketibaan buruh asing khususnya daripada China di mana sistem kuota
digunakan. Namun, Perjanjian penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan pengisytiharan darurat pada tahun 1948 telah membawa kepada penggubalan undang-undang Imigresen dan pasport yang lebih sempurna. Immigration Ordinance 1952, iaitu undang-undang utama imigresen menggantikan undang-undang yang digubal pada waktu darurat. Tujuan undang-undang ini adalah untuk mengadakan kawalan ke atas kemasukan semua Warganegara British, rakyat di bawah naungan British dan ‘”Alien” ke Persekutuan Tanah Melayu. Tugas Jabatan Imigresen pada ketika itu adalah mengeluarkan pasport di mana pejabat pengeluarannya bertempat di Singapura, Pulau Pinang, pejabat-pejabat Residen dan Penasihat Inggeris. Seterusnya menguruskan pengeluaran visa dan permohonan kewarganegaraan negara-negara Komanwel bagi pihak Kerajaan Inggeris. Selepas kemerdekaan, The Immigration ordinance 1959, The Imiggration Regulations 1959, dan The Passport Ordinance 1960 digubal untuk menggantikan undang-undang yang lama. Undang-undang ini memperuntukkan kuasa untuk mengawal kemasukan warga asing ke negara Malaysia. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 memperluaskan keperluan imigresen ke Sabah dan Sarawak. Selain daripada melaksanakan kawalan kemasukan bukan warganegara, pihak imigresen di Sabah dan Sarawak juga mengawal kemasukan warganegara dari semenanjung. Pada tahun 1964, pengurusan hal ehwal imigresen dipindahkan daripada Kementerian Luar Negeri ke Kementerian Dalam Negeri dan pentadbiran imigresen mula dipegang oleh anak tempatan dengan perlantikan Encik Ibrahim bin Ali sebagai Pengawal Imigresen Negara yang pertama pada 1 Januari 1967. Manakala Ibu Pejabatnya pula berpusat di Jalan Tugu Kuala Lumpur pada 13 April 1965.
Pengurusan Imigresen di negeri Kedah sentiasa melaksanakan penambahbaikan yang berasaskan MS IS0 9001:2015. Semasa sesi temu bual, Puan Nurul Huda menjelaskan bahawa terdapat kira-kira 14 buah cawangan Jabatan Imigresen di negeri Kedah bagi memudahkan urusan hal-ehwal berkaitan Imigresen dijalankan. Salah satu cawangan Jabatan Imigresen yang terdapat di Negeri Kedah adalah beribu pejabat di Alor Setar iaitu Bangunan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Bandar Muadzam Shah (rujuk Lampiran 3). Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Imigresen Negeri Kedah adalah seperti berikut, mengeluarkan passport atau dokumen perjalanan kepada warganegara dan penduduk tetap; mengeluarkan visa, pas dan permit kepada warganegara asing yang memasuki sempadan Malaysia; mengawal selia pergerakan keluar dan masuk orang di pintu-pintu yang telah diwartakan; menguatkuasakan Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Passport 1966; memberi perkhidmatan sokongan yang berkualiti dan efisien kepada pelanggan Jabatan Imigresen (rujuk Lampiran 4). Kesimpulannya, kewujudan Jabatan Imigresen di setiap negeri amat penting untuk menjaga keselamatan dan keamanan negeri tersebut. Kewujudan jabatan ini dapat menangani masalah kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di samping dapat mengurangkan jenayah sosial yang berlaku akibat daripada kemasukan mereka.
PERANAN JABATAN IMIGRESEN NEGERI KEDAH DALAM MENGAWAL KEMASUKAN PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI) Jabatan Imigresen memainkan watak yang agak penting dalam menjaga keselamatan negara terutamanya berkaitan dengan keselamatan pintu masuk dan keluar negara. Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) selalunya masuk ke Malaysia melalui jalan haram yang tidak diwartakan seperti lubang-lubang yang dikorek oleh mereka sendiri. Jabatan Imigresen Negeri Kedah mempunyai beberapa peranan dalam mengawal kemasukan PATI, iaitu: Berdasarkan temu bual dengan Encik Mohd Na’im, beliau menjelaskan bahawa Jabatan Imigresen Negeri Kedah mengadakan satu program pengampunan dan pemutihan imigran dari sisi undang-undang untuk mengurangkan jumlah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di negara ini. Program ini mula dikuatkuasakan pada tahun 1985. Program ini dikenali sebagai “6P” iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran yang mengambil tempoh masa selama tiga minggu untuk dilaksanakan. Program ini diperkenalkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan wajib diamalkan oleh setiap Jabatan Imigresen yang wujud di dalam negara. Seterusnya, Encik Mohd Na’im turut menegaskan bahawa setiap warga asing yang datang harus melalui proses pendaftaran. Mereka perlu membuat dokumen perjalanan yang sah sebelum masuk ke sempadan negara lain. Sekiranya dokumen perjalanan tersebut tidak dikemaskini mereka akan ditangkap dibawah Seksyen 15 Akta Imigresen 1959/1963 iaitu tinggal lebih masa dan akan dikenakan hukuman denda tidak kurang RM10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Encik Mohd Na’im juga mengatakan bahawa Jabatan
Imigresen negeri Kedah akan melakukan pemantauan secara berkala di rumah atau premis yang disyaki ada kaitan dengan PATI. Tambahan pula, Jabatan Imigresen akan mengambil tindakan terhadap majikan yang menggaji Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Majikan yang mengambil pekerja selain daripada warganegara atau pemegang Permit Masuk yang tidak memiliki suatu Pas yang sah akan dituduh di atas Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63. Hukuman yang akan dikenakan iaitu denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau keduaduanya sekali bagi setiap orang pekerja yang diambil. Pada masa yang sama, majikan yang menggaji lebih dari 5 orang pendatang asing akan dikenakan penjara tidak kurang 6 bulan tetapi tidak lebih 5 tahun dan boleh dikenakan tidak lebih 6 sebatan. Kedai makan, tapak pembinaan, kedai gunting rambut, dan petrol pam adalah antara lokasi strategik yang boleh dilakukan pemantuan oleh pihak Imigresen. Selain daripada itu, Jabatan Imigresen Negeri Kedah juga megamalkan sistem biometrik untuk mengawal kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Sistem ini mula digunakan pada tahun 2011 dan dijalankan di setiap pintu masuk negara. Encik Na’im menerangkan bahawa di kedah, sistem ini dilaksanakan di sempadan Bukit Kayu Hitam dan sempadan Jeti Langkawi. Pembinaan pangkalan data majikan juga membolehkan identiti setiap pelawat ke negara ini Jelaslah bahawa, Jabatan Imigresen negeri Kedah menggunakan pelbagai inisiatif untuk mengawal kemasukan PATI. Jabatan ini juga berperanan menjaga keselamatan sempadan negara terutamanya daripada pencerobohan oleh pendatang haram.
PENCAPAIAN JABATAN IMIGRESEN DALAM MENGAWAL KEMASUKAN PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI) 1 Disember telah dipilih sebagai Hari Imigresen Malaysia (JIM) sebagai tanda memperingati tarikh penyatuan Ibu Pejabat Imigresen Negeri-Negeri Tanah Melayu dengan Ibu Pejabat Imigresen Malaysia pada tahun 1971. JIM memiliki satu pasukan yang mantap dan utuh bagi mendepani pelbagai cabaran masa kini khususnya kegiatan sindiket asing, pemalsuan dan kes pemerdagangan manusia. Realitinya, tanggungjawab yang digalas oleh JIM semakin besar untuk menjaga nama baik negara dan keselamatan negara di peringkat nasional dan internasional. Beberapa pencapaian dan kejayaan telah dicapai oleh jabatan ini, antaranya: Antara pencapaian Jabatan Imigresen Negeri Kedah dalam mengehadkan jumlah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) adalah menghantar PATI yang melakukan kesalahan di negara ini pulang ke negara asal mereka. Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh mereka adalah tinggal lebih masa dan tidak memperbaharui permit masuk. Menurut Pegawai Imigresen yang ditemu bual iaitu Cik Adilah, beliau mengatakan bahawa selalunya pegawai imigresen yang bertugas akan mengiringi PATI ke lapangan terbang sehingga selesai proses penghantaran. “Namun, sebelum mereka diberi keizinan untuk pulang, mereka perlu membayar kompaun RM700 bagi setiap warga asing” kata Puan Nur Lyana selaku pegawai yang sering ditugaskan dalam proses penghantaran pulang PATI. Tambahnya lagi, PATI akan diberikan dokumen perjalanan sah yang baru serta tiket untuk pulang ke negara asal selepas 7 hari permohonan dibuat. Melalui program penghantaran ini, jumlah PATI dalam negara ini makin berkurang sejak tahun 1998.
Selain daripada itu, pencapaian Jabatan Imigresen iaitu berjaya mengurangkan longgokan. Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di sesuatu tempat terutamanya lapangan terbang. Berdasarkan dokumen rasmi Jabatan Imigresen iaitu pekeliling tahun 2015, Jabatan Imigresen telah memendekkan tempoh masa pengambilan pekerja asing di pintu-pintu masuk. Sebagai contoh, masa yang diberikan kepada majikan untuk mengambil pekerja asing di lapangan terbang dari 24 jam disingkatkan kepada 6 jam sahaja (rujuk Lampiran 9). Imigresen tidak akan membiarkan sahaja perkara tersebut berlaku tanpa campur tangan mereka. Sebagai langkah menangani kes jenayah dalam kalangan PATI, Jabatan Imigresen mengadakan rondaan dan serbuan untuk menangkap warga asing yang didapati bersalah. Semasa proses temu bual bersama dengan Puan Nur Lyana (rujuk Lampiran 10B), PATI yang didapati bersalah melakukan jenayah di negara ini akan dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya iaitu kompaun jabatan mengikut seksyen yang telah ditetapkan atau dibicarakan di mahkamah dan dijatuhkan hukuman seperti denda. Sekiranya mereka gagal membayar denda, mereka akan dipenjarakan dan juga akan disenarai hitamkan seumur hidup dari memasuki Malaysia. Tegasnya, Jabatan imigresen negeri Kedah mempunyai banyak pencapaian dari aspek mengawal kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Kecekapan dan kepantasan pegawai Imigresen merupakan kunci kepada kejayaan yang telah mereka capai demi menjaga keselamatan dan ketenteraman negara. Kesannya, jumlah PATI di dalam negara berjaya dikurangkan.
KESIMPULAN Secara keseluruhannya, pengkaji telah mengupas peranan Jabatan Imigresen dalam menjaga keselamatan negara khususnya dalam mengawal kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di negeri Kedah. Sepanjang menjalankan kajian ini, pengkaji dapat mempelajari perkara baru serta menambah pengalaman yang sedia ada berkenaan Jabatan Imigresen. Melalui kajian ini, pengkaji menyedari bahawa keselamatan negara bukan sahaja tugas jabatan penguatkuasaan dalam negara malah semua lapisan masyarakat bertanggungjawab untuk menjaga dan memelihara keamanan negara. Semoga penulisan ilmiah ini dapat menjadi bahan bacaan dan rujukan pada masa-masa akan datang. Diharapkan generasi-generasi akan datang lebih berminat untuk mengkaji perkara berkenaan Jabatan Imigresen dari sudut yang lain supaya kita sama-sama mengetahui info bermanfaat berkaitan peranan Imigresen yang menjaga keselamatan negara kita ini. Melalui cara ini, sumber maklumat di negara kita akan bertambah. (3,000 patah perkataan)
NOTA HUJUNG __________________ Temu bual pengkaji dengan Nur Lyana binti Anuar (Puan), Timbalan Penolong Pengarah Imigresen pada 18 Februari 2020, jam 3 petang di pejabat Jabatan Imigresen Negeri Kedah. 2Temu bual pengkaji dengan Nurul Huda binti Che Khalid (Puan), Pegawai Imigresen Kanan pada 18 Februari 2020, jam 3 petang di pejabat Jabatan Imigresen negeri Kedah. 3 Temu bual pengkaji dengan Rozli bin Had (Encik), Pegawai Imigresen Kanan pada 18 Februari 2020, jam 3 petang di pejabat Jabatan Imigresen negeri Kedah. 4 “Visi dan Misi Jabatan Imigresen,” Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (Kementerian Dalam Negeri), diakses pada Februari 13, 2020, https://www.imi.gov.my/index.php/ms/profil-jabatan/visi-dan-misi.html 5 Mustapha Kamal Saud, Ace Ahead Teks STPM Pengajian Am Penggal: Kementerian Dalam Negeri. Edisi keempat (Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd, 2019), 129. 6Temu Bual pengkaji dengan Mohd Na’im bin Mohd Ropin, Pegawai Imigresen pada 18 Februari 2020, jam 3 petang di pejabat Jabatan Imigresen negeri Kedah. 7Nur Faradilla binti Che Wil. “Tahap Kecekapan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) di Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya,” E-Jurnal Kecekapan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia, (Februari, 2015): 13-14, diakses pada Februari 10, 2020 dari http://studentsrepo.um.edu.my/6040/2/Kertas_Kajian.pdf 8 Nur Faradilla binti Che Wil, 16. 9 “Sejarah Jabatan Imigresen,” Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (Kementerian Dalam Negeri), diakses pada Februari 13, 2020, https://www.imi.gov.my/index.php/ms/profil-jabatan/sejarah.html 10 Nurina Awanis Mohamed, Mohd Na’eim Ajis dan Zawiyah Md Zain. “Cabaran Dalam Menguruskan Pendatang Asing Tanpa Izin di Depot Tahanan Imigresen Malaysia,” E-jurnal Masyarakat Malaysia, (April 14, 2019): 76-77, diakses pada Februari 10, 2020 dari https://scholar.google.com/scholar? hl=en&as_sdt=0%2C5&q=cabaran+dalam+menguruskan+pendatang+asing+tanpa+izin+di+depot+tahanan+imigres en+malaysia&btnG= 11 “Carta Organisasi Jabatan Imigresen,” Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (Kementerian Dalam Negeri), diakses pada Februari 10, 2020, https://www.imi.gov.my/index.php/ms/profil-jabatan/sejarah.html
BIBLIOGRAFI Azrul Affandi Sobry. “Lubang Sama Terus Dibolosi.” Berita Harian, Jun 1, 2015, 23. Fuad bin Mohamed Berawi. “Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Johor: Profil Demografi dan Dokumen Kemasukan.” E-Jurnal Penyelidikan Sains Sosial dan Tingkah Laku, (Februari, 2019): 72-79. Diakses pada Februari 10, 2020. https://www.researchgate.net/profile/Fuad_Mohamed_Berawi/publication/3376493 56_Demografi_dan_faktor_kedatangan_pendatang_asing_tanpa_izin_Kajian_kes_ di_Depoh_Tahanan_Imigresen_Pekan_Nenas_Pontian_Johor/links/5de235f7a6fdc c2837f6e857/Demografi-dan-faktor-kedatangan-pendatang-asing-tanpa-izinHayati Ibrahim. “Sistem Biometrik.” Harian Metro, Julai 28, 2010, 12. “Jabatan Imigresen Malaysia.” Portal Rasmi Kementerian Dalam Negeri. Diakses pada April 14, 2020. http://www.moha.gov.my/index.php/en/kdn1/dir-kdn/189-institut- keselamatan- awam- malaysia/2004- Mustapha Kamal Saud. Ace Ahead Teks STPM Pengajian Am Penggal. Edisi keempat. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd, 2019. Nur Faradilla binti Che Wil. “Tahap Kecekapan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) Di Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya.” E-Jurnal Kecekapan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia, (Februari, 2015): 13-14. Diakses pada Februari 10, 2020. http://studentsrepo.um.edu.my/6040/2/Kertas_Kajian.pdf Nurina Awanis Mohamed, Mohd Na’eim Ajis dan Zawiyah Md Zain. “Cabaran Dalam Menguruskan Pendatang Asing Tanpa Izin Di Depot Tahanan Imigresen Malaysia.” E-Jurnal Masyarakat Malaysia, (April 14, 2019): 76-77. Diakses pada Februari 10, 2020. https://scholar.google.com/scholar ? hl=en&as_sdt=0%2C5&q=cabaran+dalam+me nguruskan+pendatang+asing+tanpa+izin+di+depot+tahanan+imigresen+malaysia& btnG= Pekeliling Jabatan Imigresen. Tempoh Masa Pengambilan Pekerja Asing di Pintu Masuk Daripada 24 Jam Kepada 6 Jam, 2015. Imigresen Malaysia, 2015. “Pendatang Semakin Melampau.” Berita Harian, Mac 21, 1998, 31. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah. “Artikel Pilihan Pendatang Asing.” Jurnal Pendatang Asing, 7(01) (2015): 12.
Temu bual Temu bual dengan Cik Adilah binti Hashim, Pegawai Imigresen di pejabat Jabatan Imigresen Negeri Kedah, pada 23 Februari 2020, jam 4 petang. Temu bual dengan Encik Megat Shahrom bin Basri, Pegawai Imigresen di pejabat Jabatan Imigresen Negeri Kedah, pada 18 Februari 2020, jam 3 petang. Temu bual dengan Encik Mohd Na’im bin Mohd Ropin, Pegawai Imigresen di pejabat Jabatan Imigresen Negeri Kedah, pada I. 16 Februari 2020, jam 2.45 petang. II. 18 Februari 2020, jam 3 hingga 4.30 petang. Temu bual dengan Puan Nur Lyana binti Anuar, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen di pejabat Jabatan Imigresen Negeri Kedah, pada I. 16 Februari 2020, jam 3 hingga 4 petang. II. 17 Februari 2020, jam 3 petang. III. 18 Februari 2020, jam 3 petang. Temu bual dengan Puan Nurul Huda binti Che Khalid, Pegawai Imigresen Kanan di pejabat Jabatan Imigresen Negeri Kedah, pada 18 Februari 2020, jam 3 petang. Temu bual dengan Puan Rozli bin Had, Pegawai Imigresen Kanan di pejabat Jabatan Imigresen Negeri Kedah, pada18 Februari 2020, jam 3 petang.
SENARAI LAMPIRAN 1. Papan tanda sempadan antara Kedah dan Perlis 2. Gambar pegawai-pegawai Jabatan Imigresen Negeri Kedah 3. Pejabat Jabatan Imigresen Negeri Kedah 4. Surat penghargaan daripada Ketua Setiausaha Negara kepada Jabatan Imigresen 5. Kaedah penggunaan mesin pengesan cap jari warga asing 6. Gambar pegawai Imigresen sedang melakukan kerja mereka 7. Mahkamah PATI 8. Gambar yang diambil ketika operasi serbuan 9. Laluan tikus di Bukit Kayu Hitam 10. Depot Tahanan Belantik, Kedah 11. Pekeliling Jabatan Imigresen 12. Kad kerja Encik Megat Shahrom bin Basri 13. Kad kerja Puan Nur Lyana binti Anuar
LAMPIRAN 1 LAMPIRAN 2 . Papan tanda sempadan antara negeri Kedah dan negeri Perlis Lawatan ke pejabat Jabatan Imigresen Negeri Kedah
LAMPIRAN 3 Surat penghargaan terhadap Jabatan Imigresen Negeri Kedah
LAMPIRAN 4 Gambar B: Pegawai Imigresen sedang menjalankan tanggungjawab mereka Gambar A: Pendatang asing sedang mendaftarkan diri di kaunter imigresen menggunakan kaedah pengesanan cap jari
PROPASAL TEMA 3: SEJARAH KESELAMATAN/KETENTERAAN 1.0 TAJUK Jabatan Imigresen Negeri Kedah: Peranan Menjaga Keselamatan Negara dalam Aspek Mengawal Kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Negeri Kedah dari Tahun 1980 Hingga Tahun 2015 2.0 PENGENALAN Keselamatan negara merupakan tanggungjawab bersama. Semua lapisan masyarakat perlu mempunyai semangat cinta akan negara supaya menjadi penggerak kepada rakyat dalam mempertahankan negara. Konsep keselamatan negara bermaksud menjaga pertahanan sempadan negara daripada ancaman ketenteraan musuh supaya negara berada dalam keadaan merdeka dan berdaulat. Keselamatan negara juga bergantung kepada isuisu yang terjadi di dalam negara. Jabatan Imigresen menyediakan perkhidmatan kepada warganegara Malaysia, penduduk tetap dan warga yang berkunjung ke Malaysia. Misi Jabatan Imigresen adalah menyediakan kemudahan yang terbaik tanpa berkompromi dalam soal keselamatan. Dalam penulisan ini, pengkaji berminat untuk mengkaji Jabatan Imigresen Negeri Kedah khususnya peranan yang dimainkan oleh jabatan tersebut dalam menjaga keselamatan negara dari aspek mengawal kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dari tahun 1980 hingga tahun 2015.
3.0 OBJEKTIF Tujuan kajian ini adalah untuk menjelaskan latar belakang Jabatan Imigresen. Kajian ini juga untuk meneliti peranan Jabatan Imigresen dalam mengawal kemasukan pendatang asing di negeri Kedah dari tahun 1980 hingga tahun 2015. Selain itu, kajian ini juga untuk mengkaji pencapaian Jabatan Imigresen dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara. 4.0 PERSOALAN KAJIAN Dalam kajian ini, pengkaji cuba untuk mengangkat beberapa persoalan berkaitan tajuk. Persoalan kajian ini adalah untuk mengetahui apakah sejarah latar belakang Jabatan Imigresen. Seterusnya pengkaji akan meneroka sejauhmanakah Jabatan Imigresen negeri Kedah berperanan dalam mengawal kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di negeri tersebut. Akhirnya, Kajian ini juga adalah untuk menjelaskan bagaimanakah pencapaian-pencapaian yang diperoleh Jabatan Imigresen negeri Kedah mampu menjamin keselamatan negeri Kedah. 5.0 SKOP KAJIAN Skop kajian ini iaitu mengenai Jabatan Imigresen dan peranannya dalam mengawal kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Kajian yang dijalankan ini turut membataskan ruang kajian iaitu hanya di negeri Kedah yang merupakan sebuah negeri yang mudah dibolosi oleh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Pintu sempadan negeri ini mudah dicerobohi oleh pendatang asing
terutamanya dari negara Thailand. Jabatan Imigresen negeri Kedah bertanggungjawab dalam hal ini untuk memantau aktiviti keluar dan masuk warga asing di negeri tersebut. Dari segi tempoh kajian, kajian ini bermula dari tahun 1980 hingga tahun 2015. Tempoh kajian ini dipilih kerana angka kemasukan warga asing ke dalam negara Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun di negeri Kedah. 6.0 SOROTAN KAJIAN LEPAS Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji mendapati bahawa penulisan yang berbentuk ilmiah mengenai Jabatan Imigresen Negeri Kedah amat terhad. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa artikel yang boleh dijadikan rujukan dan panduan mengenai Jabatan Imigresen Negeri Kedah dalam menjaga keselamatan negara dari aspek mengawal kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di negeri Kedah. Berikut merupakan kajian yang diperoleh daripada pengkaji-pengkaji terdahulu. Menurut Fuad bin Mohamed Berawi (2019) dalam artikel yang ditulis iaitu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Johor: Profil Demografi dan Dokumen Kemasukan, menjelaskan perkara berkaitan faktor-faktor kedatangan pendatang asing di negara Malaysia. Artikel ini menegaskan bahawa pendatang asing memasuki Malaysia bermotifkan ekonomi seperti kemiskinan di negara asal, kekurangan peluang pekerjaan di negara sendiri berbanding isu pergolakan politik, pertelingkahan antara kaum, atau pergeseran agama. Selain itu, artikel ini juga ada menyebut berkenaan dengan isu penyalahgunaan dokumen perjalanan, penyeludupan
manusia dan penipuan agen dalam masalah Pendatang Asing Tanpa Izin di Malaysia. Kajian ini turut menegaskan bahawa pendatang asing sering terlibat dalam sektor pembinaan, perladangan, dan sektor yang bergaji rendah. Tegasnya, kajian mendapati bahawa kehadiran Pendatang Asing Tanpa Izin ke negara Malaysia bermotifkan ekonomi semata-mata. Seterusnya, berdasarkan artikel yang ditulis oleh Fuad bin Mohamed Berawi, Bakti bin Hasan Basri dan Normizan bin Bakar (2016) yang bertajuk Demografi dan Faktor Kedatangan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI): Kajian Kes di Depot Tahanan imigresen Pekan Nenas, Pontian, Johor, menegaskan tentang faktor-faktor kedatangan Pendatang Asing Tanpa Izin ke negara Malaysia. Dalam artikel ini, terdapat persamaan antara faktor- faktor kedatangan Pendatang Asing Tanpa Izin yang ditulis oleh Fuad bin Mohamed Berawi dalam artikelnya yang bertajuk Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Johor: Profil Demografi dan Dokumen pada sebelum ini. Namun begitu, artikel ini juga menggariskan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak Imigresen dalam menangani kes ini. Antaranya ialah memperkemas proses pengambilan pendatang asing atau majikan yang menggaji pekerja asing perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap proses pengambilan dan kos-kos yang terlibat seperti kos rawatan, insurans dan bil rumah. Pihak Imigresen juga wajar mengenakan penalti yang berat kepada majikan yang didapati bersalah menggaji Pendatang Asing Tanpa Izin kerana tidak mengikut standard dan prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan. Kajian ini mendapati bahawa pihak Imigresen perlu mengambil tindakan yang sewajarnya dalam membanteras isu ini.
Di samping itu, dalam penulisan artikel seterusnya iaitu Nurina Awanis binti Mohamed (2019) yang bertajuk Cabaran Yang Dihadapi Oleh Pihak Imigresen Dalam Menjaga Tahanan di Depot Tahanan Imigresen. Pihak kerajaan perlu mematuhi prosedur dan standard yang pelbagai dalam mengurus Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) seperti termaktub dalam undangundang antarabangsa. Antara cabaran yang dihadapi oleh Pihak Imigresen dalam menguruskan tahanan adalah menyediakan kemudahan penginapan, proses mengenal pasti identiti tahanan, kesukaran untuk berkomunikasi dengan tahanan, sistem teknologi terhad, dan masalah ketiadaan bekalan air di depot tahanan Imigresen. Secara keseluruhannya, kajian ini telah berjaya mengungkap cabaran yang dihadapi oleh pihak Imigresen dalam mengurus pendatang asing. Rujukan-rujukan di atas memberikan panduan kepada pengkaji untuk menjalankan kajian ini sebagai kajian sejarah berkaitan keselamatan negara. Dengan adanya kajian-kajian tersebut, pengkaji lebih berminat untuk mengetahui sejarah berkaitan keselamatan negara dengan lebih mendalam dan terperinci. Diharapkan penulisan ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat terutamanya penduduk di negeri Kedah. 7.0 KAEDAH KAJIAN Kaedah atau metodologi memainkan peranan yang penting dalam sesuatu kajian selain merupakan elemen utama bagi mendapatkan data dan fakta yang berkaitan secara kolektif dan
sistematik. Dalam menghasilkan kajian ini, pengkaji menggunakan tiga kaedah untuk mendapatkan maklumat. Seterusnya, pengkaji juga menggunakan kaedah kajian lapangan iaitu pengkaji akan pergi ke pejabat Jabatan Imigresen Negeri Kedah untuk mendapatkan data dan maklum balas berkaitan dengan tajuk kajian dalam bentuk sumber primer. Selain itu, pengkaji juga mengumpul data dan maklumat melalui kaedah temu bual. Kaedah ini dijalankan ke atas pegawai imigresen yang bertugas dalam bahagian operasi iaitu, Puan Nur Lyana binti Anuar (Timbalan Penolong Pengarah Imigresen); Encik Mohd Na’im bin Mohd Ropin (Pegawai Imigresen); Puan Nurul Huda binti Che Khalid (Pegawai Imigresen Kanan); Encik Rozli bin Had (Pegawai Imigresen Kanan); Cik Adilah binti Hashim (Pegawai Imigresen) dan Puan Haslina binti Harun (Pegawai Imigresen). 8.0 PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI Penulisan ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pengenalan, isi dan kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan, pengkaji akan menjelaskan latar belakang dan sejarah Jabatan Imigresen. Bahagian isi pula, pengkaji akan membincangkan peranan Jabatan Imigresen dalam menjaga keselamatan negara dari aspek mengawal kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di negeri Kedah. Bahagian kesimpulan, pengkaji akan merumus hasil kajian ini.
9.0 PENUTUP Secara keseluruhannya, pengkaji telah mengupas latar belakang dan peranan Jabatan Imigresen dalam menjaga keselamatan negara khususnya dalam mengawal kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di negeri Kedah. Semoga penulisan ilmiah ini dapat menjadi bahan bacaan dan rujukan pada masa akan datang. Diharapkan generasi akan datang lebih berminat untuk mengkaji perkara berkenaan Jabatan Imigresen dari sudut yang lain supaya kita sama-sama dapat mengetahui info bermanfaat berkaitan peranan Imigresen yang menjaga keselamatan negara kita ini. Melalui cara ini, sumber maklumat khususnya berkenaan dengan perkara keselamatan di negara kita akan bertambah. 10.0 BIBLIOGRAFI Sumber primer: Fuad bin Mohamed Berawi. “Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Johor: Profil Demografi dan Dokumen Kemasukan.” E-Jurnal Penyelidikan Sains Sosial dan Tingkah Laku, (Februari, 2019): 72. Diakses pada Februari 10, 2020. https://www.researchgate.net/profile/Fuad_Mohamed_Berawi/publication/3376493 56_Demografi_dan_faktor_kedatangan_pendatang_asing_tanpa_izin_Kajian_kes_ di_Depoh_Tahanan_Imigresen_Pekan_Nenas_Pontian_Johor/links/5de235f7a6fdc c2837f6e857/Demografi-dan-faktor-kedatangan-pendatang-asing-tanpa-izin Kajiankes-di-Depoh-Tahanan-Imigresen-Pekan-Nenas-Pontian-Johor.pdf Fuad bin Mohamed Berawi, Bakti bin Hasan Basri dan Normizan bin Bakar. “Demografi dan Faktor Kedatangan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI): Kajian Kes di Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian, Johor.” E-Jurnal Penyelidikan Sains Sosial dan Tingkah Laku, (Februari, 2019): 276. Diakses pada Februari 10, 2020. https://www.researchgate.net/profile/Fuad_Mohamed_Berawi/publication/33 7649356_Demografi_dan_faktor_kedatangan_pendatang_asing_tanpa_izin_Kajian kes_di_Depoh_Tahanan_Imigresen_Pekan_Nenas_Pontian_Johor/links/5de235f7 a6fdc
c2837f6e857/Demografi-dan-faktor-kedatangan-pendatang-asing-tanpa izin-Kajian-kesdi-Depoh-Tahanan-Imigresen-Pekan-Nenas-Pontian-Johor.pdf Nurina Awanis Mohamed, Mohd Na’eim Ajis dan Zawiyah Md Zain. “Cabaran Dalam Menguruskan Pendatang Asing Tanpa Izin Di Depot Tahanan Imigresen Malaysia.” Ejurnal Masyarakat Malaysia, (April 14, 2019): 76. Diakses pada Februari 10, 2020. https://scholar.google.com/scholar?hl=en&as_sdt=0%2C5&q=cabaran+dalam+me nguruskan+pendatang+asing+tanpa+izin+di+depot+tahanan+imigresen+malaysia& btnG= Sumber sekunder: Mustapha Kamal Saud. Ace Ahead Teks STPM Pengajian Am Penggal: Kementerian Dalam Negeri. Edisi Keempat. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd, 2019. Sumber lisan: Temu Bual dengan Cik Adilah binti Hashim, Pegawai Imigresen di pejabat Jabatan Imigresen Negeri Kedah. Temu bual dengan Encik Megat Shahrom bin Basri, Pegawai Imigresen di pejabat Jabatan Imigresen Negeri Kedah. Temu Bual dengan Encik Mohd Na’im bin Mohd Ropin, Pegawai Imigresen di pejabat Jabatan Imigresen Negeri Kedah. Temu bual dengan Puan Nurul Huda binti Che Khalid, Pegawai Imigresen Kanan di pejabat Jabatan Imigresen Negeri Kedah. Temu bual dengan Puan Nur Lyana binti Anuar, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen di pejabat Jabatan Imigresen Negeri Kedah. Temu bual dengan Encik Rozli bin Had, Pegawai Imigresen Kanan di pejabat Jabatan Imigresen Negeri Kedah.
BAHAN PEMBENTANGAN KK