The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by umarafifbinhamzah6, 2024-06-28 05:28:43

Water Rocket ICT PBL

Water Rocket ICT

WATER ROCKET Pengenalan Water Rocket Roket air adalah jenis roket model yang menggunakan air sebagai massa reaksi. Roket ini biasanya terbuat dari botol plastik bekas minuman soda dan diluncurkan dengan cara mengeluarkan air di bawah tekanan. Roket air sering digunakan dalam pengaturan pendidikan untuk mengajarkan prinsip-prinsip fisika dan teknik, termasuk hukum gerak Newton, dinamika fluida, dan aerodinamika. Roket air merupakan proyek praktis yang populer untuk kelas sains, pameran sains, dan para penghobi.


PROSEDUR MEMBINA WATER ROCKET Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat water rocket adalah seperti: 1. 2 Botol air gas 2. Pemberat (Tanah liat) 3. Plastik sampah besar 4. Gunting 5. Pita pelekat 6. Pistol Gam 7. Pisau 8. Tali Panjang 9. Papan plastik PVC Setelah selesai membeli bahan-bahan keperluan, kita teruskan dengan memotong belah atas daripada satu botol air gas, ini akan digunakan sebagai penutup paying terjun kita. Selepas itu, potong Papan plastik PVC kepada 3 bentuk segi tiga dan gam pada setiap sisi botol. Seterusnya, buat paying terjun menggunakan plastik sampah besar (boleh dirujuk cara membuat di laman web seperti Youtube atau Google). Akhirnya, potong tali dan pastikan ia sama Panjang dan tampal tali tersebut kepada botol dan paying terjun.


PROCEDUR MELANCARKAN WATER ROCKET Prosedur seterusnya adalah untuk melancarkan water rocket. Caracaranya adalah pertama, buka penutup botol dan isikan air ke dalam botol. Pastikan air tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sikit. Selepas itu, pastikan botol tidak ada yang rosak seperti bocor sebelum Langkah seterusnya. Seterusnya, pasangkan botol ke pelancar rocket (pam angin) dan pastikan rocket dipasang dengan betul. Pam angin ke dalam rocket sehingga botol berasa keras. Lancarkan rocket dengan menarik tali yang akan melepas kan rocket tersebut. PERCUBAAN MELANCARKAN WATER ROCKET Pada hari Khamis 13/6/2024, kami ditugaskan untuk melancarkan roket air kami. Pertama sekali, sambil menunggu giliran, kami mula dengan mengisi botol dengan air secukupnya. Kami juga memastikan yang botol dan paying terjun kami tidak ada yang rosak. Semasa giliran kami, percubaan pertama tidak memuaskan kerana paying terjun kami tidak begitu menjadi. Jadi kami cuba membuat paying terjun yang baru dan semasa percubaan yang kedua ia jadi lebih baik dari sebelum itu.


Muncung Roket Badan Roket Mulut Roket Sayap Roket REKA BENTUK WATER ROCKET Sekian Terima Kasih


Click to View FlipBook Version