The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SK FELDA TRIANG 3, 2020-07-12 04:19:50

MAKLUMAT SOP & NORMA BAHARU pdf

MAKLUMAT SOP & NORMA BAHARU pdf

MAKLUMAT SOP & NORMA BAHARU

SK FELDA TRIANG 3

PANDUAN

• Murid digalakkan memakai pelitup muka. Murid yang mempunyai masalah berkaitan imuniti yang rendah perlu sentiasa memakai pelitup muka.

• Murid perlu beratur dengan penjarakan mengikut penanda arah yang telah ditetapkan di tempat perhentian menunggu ketika proses imbasan dan catatan suhu. Ibu
bapa penjaga hanya boleh beredar setelah selesai imbasan suhu anak, dan anak memasuki pintu pagar sekolah.

• Suhu badan di ambil oleh pengawal keselamatan sekolah, di luar pagar sekolah secara penjarakan dan suhu dicatat oleh guru bertugas pada senarai nama mengikut
kelas yang telah disediakan. Murid yang suhu badannya melebihi 37.5 tidak dibenarkan masuk ke sekolah dan perlu pulang bersama ibu bapa penjaga yang menunggu
untuk rawatan sewajarnya. Andai ada murid yang suhu badan melebihi 37.5 dan ibu bapa penjaga telah tiada , langkah-langkah berikut akan di guna pakai:
• guru bertugas akan membawa murid ke bilik isolasi untuk tujuan pengasingan.
• ibu bapa penjaga akan dimaklum berkaitan dengan anaknya.
• sementara menanti kehadiran ibu bapa penjaga, murid perlu dipakaikan pelitup muka sekiranya berkeperluan.
• ibu bapa membawa murid pulang, untuk menerima rawatan selanjutnya

• Murid akan bergerak mengikut laluan masuk yang di tanda dengan anak panah berwarna merah, di atas lantai.

• Sebelum naik ke tangga masuk kelas, murid terlebih dahulu akan singgah di stesen basuh tangan yang disediakan untuk membasuh tangan dengan air dan sabun,
dengan mengambil kira penjarakan sosial.

• Murid dikehendaki masuk ke kelas dan duduk di tempat masing-masing dengan penjarakkan sosial.

• Murid-murid akan mengekalkan penjarakan sosial (1 meter) di semua bahagian keaasan sekolah sepanjang keberadaan di sekolah.

• Semua murid tertakluk dan terikat dengan SOP bilik dan kawasan yang terdapat di sekolah sebagaimana termaktub di dalam Garis Panduan Pembukaan Semula
Sekolah KPM.

Kehadiran murid waktu pagi

• Murid yang dihantar oleh ibu bapa sama ada menaiki motosikal ataupun kereta hendaklah menurunkan anak di
kawasan lapang bersebelahan pintu pagar sekolah.

• Ibu bapa tidak dibenarkan menurunkan murid di depan pintu pagar sekolah kerana boleh menyebabkan
kesesakan lalu lintas

• Murid perlu beratur dengan penjarakan mengikut penanda arah yang telah ditetapkan di tempat perhentian
menunggu ketika proses imbasan dan catatan suhu. Ibu bapa penjaga hanya boleh beredar setelah selesai
imbasan suhu anak, dan anak memasuki pintu pagar sekolah.

• Suhu badan di ambil oleh pengawal keselamatan sekolah, di luar pagar sekolah secara penjarakan dan suhu
dicatat oleh guru bertugas pada senarai nama mengikut kelas yang telah disediakan.

• Murid akan bergerak mengikut laluan masuk yang di tanda dengan anak panah berwarna merah, di atas lantai.

• Sebelum naik ke tangga masuk kelas, murid terlebih dahulu akan singgah di stesen basuh tangan yang disediakan
untuk membasuh tangan dengan air dan sabun, dengan mengambil kira penjarakan sosial.

• Murid dikehendaki masuk ke kelas dan duduk di tempat masing-masing dengan penjarakkan sosial.

Murid ke kantin

• Murid beratur mengikut kelas masing-masing untuk membeli makanan di kantin dengan
penjarakan.

• Semasa di kantin murid hanya dibenarkan membeli makanan sahaja dan makan di kelas masing-
masing.

• Murid sampai di kelas dan makan makanan masing-masing dengan pengawalan guru.
• Murid hanya dibenarkan makan dengan sudu dan garfu yang di bawa dari rumah.
• Selesai makan murid membuang sampah bungkusan makanan dan mengelap meja dengan tisu.
• Sudu dan garfu yang telah digunakan hendaklah di lap kemudian disimpan.

MURID PULANG

• Murid beratur mengikut kelas masing-masing dan berjalan turun dari kelas untuk pulang
dengan penjarakan.

• Murid tidak dibenarkan berlari-lari semasa menuruni tangga dan jaga penjarakan.


Click to View FlipBook Version