PENDAHULUAN
Yang di-Pertuan Agong atau Raja Malaysia ialah gelaran rasmi bagi ketua negara
Malaysia Gelaran rasmi yang penuh adalah Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-
Pertuan Agong adalah luas tetapi tertakluk kepada perlembagaan Perlembagaan
menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif secara teorinya di bawah kuasa
ketua kerajaan, dilaksanakan oleh (atau dengan namhat) Kabinet atau Jemaah Menteri
yang diketuai oleh Perdana Menteri. Bagaimanapun, Yang -Pertuan Agong memiliki
kuasa untuk memilih map yang dilantik sebagai Perdana Menteri dan tidak terikat pada
keputusan Perdana Menteri sekiranya tiada parti memenangi undi majoriti . la
bagaimanapun tidak membenarkan hak dan kuasa menyingkirkan Perdana Menteri
Yang di-Pertuan Agong juga boleh menolak atau menggantung permohonan
membubarkan parlimen Boleh membubarkan atau menghentikan Parlimen tetapi
hanya boleh membubarkan Parlimen dengan permintaan Perdana Menteri .Boleh
menolak undang-undang baru atau pindahan undang-undang sedia ada tetapi
sekiranya tidak membuat keputusan, ia secara automatik menjadi undang-undang
selepas 30 hari dan pembentangan awal padanya .
OBJEKTIF
Memelihara hak •Bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak
keistimewaan istimewa orang melayu dan masyarakat anak negeri Sabah dan
orang melayu Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain
•Ini dapat dilihat dalam perkara 153
Menjaga •Dalam perkara 153 yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab
kepentingan menjaga kepentingan semua kelompok masyarakat Malaysia
masyarakat
•Baginda adalah symbol kepada perpaduan masyarakat Malaysia
Komponen •Menurut perkara 39 kuasa eksekutif terletak hak atau di kuasai
Parlimen sepenuhnya oleh yang di-Pertuan Agong
•Perkara 44 menyatakan bahawa baginda adalah salah satu
komponen parlimen
UNDI RAHSIA
Perlembagaan Persekutuan menyatakan di bawah peruntukan Jadual Kelima,
bahawa pemilihan seorang Sultan dari negeri Melayu sebagai Yang di-Pertuan Agong
adalah di bawah kuasa budi bicara baginda Sultan sendiri.Ia dibuat melalui
keputusan daripada undi rahsia baginda Sultan melalui Majlis Raja-Raja. Keputusan
undi rahsia itu hendaklah diterima dan dipersetujui oleh Sultan yang dicalonkan
sebagai Yang di-Pertuan Agong sebelum lantikan dimuktamadkan Majlis Raja-
Raja.Dengan erti kata lain, sebarang keputusan undian hendaklah diperkenan oleh
Sultan yang namanya diundi sebagai Yang di-Pertuan Agong. Sekiranya tiada
perkenan baginda, maka baginda tidak boleh diangkat sebagai Yang di-Pertuan
Agong.Sistem penggiliran ini menjadikan institusi Yang di-Pertuan Agong unik dan
berbeza daripada negara lain di dunia. Dengan tercipta dan dimasyhurkan institusi itu,
ia menjadikan Malaysia negara mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, bukan
sahaja pada peringkat negeri, tetapi juga Persekutuan.
KETUA UTAMA PERSEKUTUAN
Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan mengisytiharkan bahawa Yang di-Pertuan
Agong ialah Ketua Utama Persekutuan yang hendaklah diberi keutamaan
daripada segala orang dalam Persekutuan.Perlembagaan juga mengisytiharkan
kedudukan dan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam pentadbiran negara.
Baginda mempunyai peranan dalam ketiga-tiga institusi kerajaan, iaitu badan
eksekutif, perundangan dan kehakiman.Kuasa eksekutif, seperti disebut dalam
Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan, terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong,
walaupun secara umumnya kuasa eksekutif itu dilaksana oleh penjawat awam
dengan frasa ‘Urusan Seri Paduka Baginda’ pada setiap urusan rasmi.Kuasa
eksekutif ini ialah kuasa berkaitan pentadbiran dan peruntukan ini menunjukkan
peranan Yang di-Pertuan Agong amat besar dalam pentadbiran negara.
LAMBANG PERPADUAN
Dalam konteks perpaduan, Yang di-Pertuan Agong ialah lambang perpaduan. Baginda
ialah sumber kekuatan kepada kepelbagaian dan menjadi kemuncak kepada keadilan
dan keseimbangan di antara warga Malaysia.Perkara ini dapat dilihat dalam Perkara
153 Perlembagaan Persekutuan yang dinyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong
bertanggungjawab menjaga kuota untuk orang Melayu dan Anak Negeri dan pada
masa sama hendaklah menjaga kepentingan sah komuniti bukan Melayu dan bukan
Anak Negeri.Dalam aspek keselamatan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong ialah
Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera. Fungsi ini amat penting bagi keselamatan
negara. Perkara ini dinyatakan dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
LAMPIRAN
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya fungsi Majlis Raja-Raja dan Yang Di-Pertuan Agong
mempunyai peranan yang penting dalam hal hal yang berkaitan dengan
negara. Kebanyakan negara-negara yang berada di seluruh dunia yang
pada masa dahulu mempunyai Sultan atau raja kini lenyap institusi beraja itu
dan kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menghargai dan berbangga
kerana masih mempunyai Sultan atau Raja yang dilihat dalam symbol
perpaduan didalam negara.
REFERENCE
https://ms.wikipedia.org/wiki/Al-
Sultan_Abdullah_Ri%27ayatuddin_Al-Mustafa_Billah_Shah
https://www.google.com/search?q=lambang+perpaduan&tbm=isc
h&ved=2ahUKEwjv49_F3f70AhX7gGMGHS6gCGkQ2-
cCegQIABAA&oq=lambang+perpaduan&gs_lcp=CgNpbWcQAzIF
CAAQgAQyB
https://ikimfm.my/perlembagaan-sebagai-mekanisme-perpaduan/
TERIMA KASIH