KES SKANDAL RASUAH SRC INTERNATIONAL KUMPULAN NO KAW TIM
AHLI KUMPULAN NOOR ALISSA BINTI AB RAZAK (297490) LINGGESWARI MURALY (297499) NUR 'AIN SYAFIKA BINTI MOHD FAIZAL (297525) LOSHANI DEVI A/P RAMESHKANNA (297566) JASWINE A/P SUNDER (297546)
ISI KANDUNGAN 1 2 3 4 5 Pengenalan kepada kes SRC International Isu-isu utama dan akibat SRC International Langkah-langkah yang diambil bagi menyelesaikan kes SRC International Impak terhadap kes SRC International Langkah pencegahan untuk mengatasi masalah rasuah pada masa depan
Kes 1MDB (SRC International) – Kronologi 4 Julai 2018 – Najib didakwa buat pertama kali di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan CBT dan satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta. Kes kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. 8 Ogos 2018 – Najib didakwa di Mahkamah Tinggi atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana sama (RM42 juta daripada SRC International) yang merupakan hasil kegiatan haram. 3 April 2019 – Perbicaraan bermula selepas Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan Najib untuk mengisytiharkan tujuh pertuduhan terhadapnya sebagai tidak sempurna. 27 Ogos, 2019 – Pendakwaan menutup kesnya selepas 58 hari perbicaraan dan mendengar keterangan 57 saksi. 11 Nov 2019 – Mahkamah Tinggi memerintahkan Najib membela diri terhadap semua tujuh pertuduhan selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan terdapat unsur menggunakan kedudukan, pecah amanah dan pengubahan wang haram. 3 Dis 2019 – Najib memberi keterangan membela diri di Mahkamah Tinggi sebagai saksi pertama pembelaan bagi menjawab pertuduhan terhadapnya.
11 Mac 2020 – Selepas 19 saksi memberi keterangan sepanjang 33 hari, pembelaan menutup kesnya. 28 Julai 2020 – Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas mendapati beliau bersalah ke atas semua tujuh pertuduhan. 19 Okt 2020 – Najib memfailkan petisyen rayuan yang mengandungi 307 alasan beliau sepatutnya dibebaskan daripada semua pertuduhan. 5 April 2021 – Rayuan terhadap sabitan dan hukuman bermula di Mahkamah Rayuan. 18 Mei 2021 – Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusannya ke satu tarikh yang ditetapkan kelak selepas selesai mendengar hujah kedua-dua pihak yang berlangsung selama 15 hari. 23 Nov 2021 – Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Dis untuk keputusan rayuan itu. Najib memfailkan permohonan supaya ditangguhkan keputusan rayuannya kerana perlu menjalani kuantin kendiri selama tujuh hari sehingga 12 Dis setelah kembali dari Singapura dan hanya boleh hadir di mahkamah atau perhimpunan awam mulai 13 Dis.
24 Nov 2021 – Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk menangguhkan tarikh keputusan rayuannya. 2 Dis 2021 – Najib Tun Razak memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan supaya membenarkan bukti baharu dikemukakan dalam rayuannya termasuk daripada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki. 3 Dis 2021 – Mahkamah Rayuan menetapkan 7 Dis untuk mendengar permohonan memasukkan bukti baharu. 7 Dis 2021 – Mahkamah menolak permohonan Najib untuk menangguhkan prosiding permohonannya dan keputusan rayuan yang ditetapkan pada 8 Dis berikutan peguam pasukan pembelaan menjadi kontak kasual dengan individu yang disahkan positif Covid-19. 8 Dis 2021 – Keputusan rayuan Najib dijalankan secara dalam talian kerana Najib dan peguamnya menjalani kuarantin. Pada hari sama, Najib memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan. 7 Jan 2022 – Najib memohon Mahkamah Persekutuan mendengar rayuannya bagi mengemukakan bukti baharu dalam kes SRC terlebih dahulu.
25 Jan 2022 – Firma guaman Tetuan Shafee & Co telah menyerahkan surat enam halaman kepada sekretariat Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengenai hasrat Najib untuk melantik Peguam Diraja dari UK bagi membantu bekas Perdana Menteri itu dalam isu rumit dan persoalan undang-undang dalam rayuan kes SRC International beliau di Mahkamah Persekutuan. 2 Mac 2022 – Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk mengosongkan tarikh pendengaran rayuan kes itu susulan dakwaan terdapat bukti baharu dalam usaha beliau untuk mengetepikan sabitan dalam kes SRC International yang dijadualkan pada 15 dan 16 Mac. 16 Mac 2022 – Najib gagal buat kali kedua untuk mengemukakan bukti baharu dalam rayuan kes SRC. 11 April 2022 – Najib melalui Tetuan Shafee & Co memohon lanjutan masa selewat-lewatnya 25 April untuk memfailkan petisyen rayuan. 25 April 2022 – Najib memfailkan petisyen rayuan dan mengemukakan 94 alasan mengapa beliau harus dibebaskan daripada pertuduhan dalam kes SRC International.
29 April 2022 – Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 10 hari pada Ogos untuk mendengar rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International.funds. 31 Mei 2022 – Jonathan Laidlaw, Peguam Diraja dari United Kingdom memfailkan notis usul saman pemula bagi mewakili Najib dalam rayuan kes SRC International. 7 Jun 2022 – Najib memfailkan permohonan untuk mengemukakan bukti tambahan kepada Mahkamah Persekutuan bagi membatalkan keseluruhan perbicaraan kes SRC International. 13 Jun 2022 – Pendakwaan memfailkan afidavit bagi membantah permohonan Laidlaw untuk mewakili Najib dalam rayuan kes SRC International. 16 Jun 2022 – Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menarik diri daripada mendengar permohonan Laidlaw untuk mewakili Najib.
27 Jun 2022 – Majlis Peguam memfailkan afidavit membantah permohonan Laidlaw untuk mewakili Najib dalam rayuan akhir SRC International. 21 Julai 2022 – Mahkamah Tinggi menolak permohonan Laidlaw untuk mewakili Najib dalam rayuan terakhir kes SRC International. 26 Julai 2022 – Najib telah menggugurkan serta-merta perkhidmatan Tetuan Shafee & Co daripada mewakilinya dalam rayuan terakhir kes SRC International di Mahkamah Persekutuan dan pada masa sama, peguam Hisyam Teh Poh Teik dilantik sebagai peguam utama untuk mewakili Najib. 15 Ogos 2022 – Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pembelaan untuk meminda notis usul Najib bagi mengemukakan bukti baharu dalam rayuan terakhirnya dalam kes SRC International. 16 Ogos 2022 – Najib gagal dalam permohonannya untuk mengemukakan bukti baharu pada rayuan terakhir kes SRC International. Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk menangguhkan pendengaran rayuan bagi kes SRC International dan menetapkan 18 Ogos untuk mendengar rayuan itu.
18 Ogos 2022 – Mahkamah Persekutuan mula mendengar rayuan terakhir Najib dalam kes SRC International. Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Hisyam untuk menarik diri daripada mewakili Najib Tun Razak dalam rayuan akhir. 19 Ogos 2022 – Pihak pendakwaan selesai mengemukakan hujahan dalam rayuan akhir Najib bagi kes penyelewengan dana SRC International di Mahkamah Persekutuan. Najib menamatkan khidmat peguam caranya, Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST), daripada mewakilinya dalam rayuan akhir. 23 Ogos, 2022 – Najib telah disabitkan oleh Mahkamah Persekutuan atas tuduhan penyelewengan RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd. Beliau tiba di Penjara Kajang pada 6.47 petang untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta
PENGENALAN KEPADA SRC Ditubuhkan pada 7 Januari 2011 dan ia merupakan syarikat berdasarkan untung yang menjalankan perniagaan bahan yang digunakan dalam penjanaan kuasa seperti mineral dan juga memperdagangkan sumber tenaga konvensional dan boleh diperbaharui, sumber semula jadi, dan mineral. Nik Faisal Ariff Kamil merupakan salah seorang daripada dua pemilik SRC International. Sebelum ini beliau ialah ketua pegawai pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan beliau menjadi tokoh penting antara SRC International dan 1MDB. Tepat pada 14 Februari 2014, Kementerian Kewangan (MOF) mengambil alih SRC International daripada 1MDB dan pada masa itu, Najib ialah menteri kewangan dan beliau mendakwa pemindahan hak milik itu tidak melibatkan kos kepada Kementerian Kewangan kerana ia adalah melalui pembayaran dividen 1MDB dalam bentuk saham SRC International. Kes pertama SRC International berlaku apabila Najib dituduh melakukan pengubahan wang haram dengan didakwa menerima sejumlah RM42 juta daripada syarikat itu pada Julai 2014 dalam akaun bank peribadinya.
4 Julai 2018 - Najib didakwa buat pertama kali di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan CBT. 3 PERTUDUHAN PECAH AMANAH JENAYAH (CBT) 10 TAHUN PENJARA BAGI SETIAP KESALAHAN Seksyen 409 Kanun Keseksaan 1 PERTUDUHAN SALAH GUNA KUASA 4 Julai 2018 - satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta. 12 TAHUN PENJARA DAN DENDA 210 JUTA Seksyen 23 Akta Suruhanjaya PencegahanRasuah Malaysia (SPRM) 2009 3 PERTUDUHAN PENGGUBAHAN WANG HARAM 8 Ogos 2018 - Najib didakwa di Mahkamah Tinggi atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana sama (RM42 juta daripada SRC International) yang merupakan hasil kegiatan haram. 10 TAHUN PENGJARA BAGI SETIAP KESALAHAN Seksyen 4 (1)(b) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 Keputusan :- Mahkamah putuskan Najib bersalah terhadap kesemua tujuh pertuduhan. Hukuman dikenakan adalah,72 tahun penjara untuk keseluruhan 7 pertuduhan dan denda RM210 juta namun hukuman penjara barjalan serentak menjadikan tempoh hukuman 12 tahun.
Langkah-langkah yang diambil untuk menangani atau menyelesaikan kes skandal rasuah SRC International yang melibatkan Dato Sri Najib Razak. 3 DIS 2019 Najib mengambil tindakan sebagai memberi keterangan membela diri di Mahkamah Tinggi sebagai saksi pertama pembelaan bagi menjawab pertuduhan sendiri. 19 OCT 2020 Najib menfailkan petisyen rayuan yang melibatkan 307 perkara beliau sepatutnya dibebaskan daripada semua pertuduhan yang ditetapkan atas nama Najib. (19 OCT 2020) Najib membuat rayuan supaya ditangguhkan keputusan rayuannya disebabkan perlu menjalani kuantin kendiri. (Boleh hadirkan diri di Mahkamah atau perhimpunan awam mulai 13 Dis) (23 NOV 2021)
2 DIS 2021 Najib Tun Razak menfailkan permohonan yang baharu di Mahkamah Rayuan supaya menyampaikan bukti baharu dikemukakan dalam rayuanya termasuk daripada Ketua Pesuruhanjaya (SPRM) Datuk Seri Azam Baki. (2 DIS 2021) Mahkamah Rayuan menetapkan 7 Dis (Mendengar Bukti Baharu) (3 DIS 2021) Mahkamah menolak permohonan Najib yang menangguhkan keputusan rayuan (7 DIS 2021) 7 JAN 2022 Najib memohon Mahkamah Persekutuan mendengar rayuanya bagi memaparkan bukti baharu dalam Kes SRC. Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib (Mengosongkan tarikh pendengaran rayuan kes)(2 mac 2022) 25 APRIL 2022 Najib menfailkan petisyen rayuan dan menerangkan 94 perkara mengapa beliau yang boleh dibebaskan daripada pertuduhan dalam kes SRC International. Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan selama 10 hari pada Ogos (Mendengar rayuan Najib = Kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International ) (29 APRIL 2022)
Jonatha Laidlaw, Penguam Diraja dari United Kingdom menfailkan notis usul sam bagi mewakili Najib dalam Kes Rayuan SRC International. (31 mei 2022) Tuduhan menfailkan afidavit bagi meembantah permohonan Lidlaw untuk mewakili Najib atas Kes SRC International. (13 JUN 2022) Najib menfailkan permohonan untuk menyampaikan bukti tambahan kepada Mahkamah Persekutuan. (Bagi membatalkan keseluruhan perbicaraan kes SRC International) 23 OGOS 2022 Najib memohon untuk Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengundur diri daripada mendengar rayuan akhir Kes SRC International
Bagaimana kes skandal rasuah SRC Inteernational memberi pengaruh kepada individu, organisasi, dan masyarakat secara amnya. Bagaimana kes skandal rasuah SRC Inteernational memberi pengaruh kepada individu, organisasi, dan masyarakat secara amnya. negara malang. Bila rasuah menang, SRC International adalah syarikat yang berkaitan dengan skandal rasuah yang melibatkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Kes ini melibatkan dana berjumlah berbilion ringgit yang dikatakan digunakan untuk tujuan yang tidak sah. Skandal ini telah memberi impak yang besar kepada individu, organisasi, dan masyarakat secara umum.
Pemecatan dan Kehilangan Pekerjaan: Individu yang terlibat dalam skandal rasuah, terutamanya dalam kapasiti pengurusan dan pentadbiran, mungkin menghadapi pemecatan atau kehilangan pekerjaan mereka. Ini boleh memberi kesan besar terhadap kewangan dan kestabilan keluarga mereka. Kesan Psikologi dan Sosial: Individu yang terlibat atau berkaitan dengan skandal mungkin menghadapi tekanan psikologi dan sosial yang tinggi. Mereka mungkin dikecam oleh masyarakat dan mengalami stigmatisasi, yang boleh memberi kesan kepada kesihatan mental dan hubungan sosial mereka. K E S A N T E R H A D A P INDIVIDU
Institusi Kewangan: Institusi kewangan yang terlibat dalam transaksi kewangan yang mencurigakan mungkin mengalami penalti dan kerugian reputasi. Mereka mungkin perlu meningkatkan proses pematuhan dan pemantauan. Kehilangan Kepercayaan Pelanggan dan Pelabur: Kes rasuah seperti SRC International boleh menyebabkan kehilangan kepercayaan pelanggan dan pelabur terhadap organisasi terlibat. Ini boleh mengakibatkan penurunan pendapatan, penarikan pelaburan, dan merosotnya nilai saham syarikat. K E S A N T E R H A D A P ORGANISASI
Penurunan Kepercayaan Terhadap Institusi Awam Skandal ini boleh menyebabkan penurunan kepercayaan masyarakat terhadap institusi awam seperti kerajaan dan agensi penguatkuasaan undang-undang. Ini boleh membawa kepada kurangnya kerjasama masyarakat dengan institusiinstitusi ini. Kesan Terhadap Nilai dan Etika Masyarakat: Skandal rasuah boleh memberi kesan kepada nilai dan etika masyarakat secara keseluruhan. Masyarakat mungkin merasa kecewa dan hilang kepercayaan kepada nilai-nilai integriti yang sepatutnya diterapkan dalam sistem sosial dan politik. K E S A N T E R H A D A P MASYARAKAT
Pihak berkuatkuasa perlulah mengadakan kempen tentang rasuah yang berkesan dan efektif. Program kesedaran perangi rasuah perlu dilakukan oleh semua pihak dan bukannya terletak di bahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semata-mata seperti yang dikatakan oleh Pengerusi Persatuan Pewaris Anak Kuala Kedah (Pekaka), Muhd Akmal Fawwaz Muhamad Ali berkata. Rasuah boleh dikurangkan melalui pihak sama ada agensi kerajaan, LANGKAH PENCEGAHAN DAN PENYELESAIAN UNTUK MENGATASI MASALAH RASUAH DALAM MASA HADAPAN Kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang. Antara pihak berkuatkuasa adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Mereka mestilah memantau dan bertindak ke atas salah laku yang melibatkan rasuah di mana-mana tempat. Selain itu, badan Kehakiman Negara mestilah memberi hukuman yang kukuh tanpa pilih kasih sama ada dilakukan oleh rakyat biasa atau pemimpin negara. pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat Malaysia. Mereka boleh menjalankan kempen tersebut di sektor pekerjaan, kawasan perumahan, sekolah dan sebagainya. Kempen seperti ini dapat seseorang untuk melakukan gejala rasuah di negara kita.
Guru-guru mestilah menerapkan pendidikan tentang amalan rasuah di kalangan pelajar melalui matapelajaran seperti pendidikan moral, integriti dan antirasuah dan sebagainya. Dengan ini, seseorang pelajar dapat memahami lebih dalam tentang rasuah dan kesan yang dialami oleh seseorang individu yang melakukan rasuah. Pelajar juga boleh menjadi individu yang berintegiriti. Pelajar akan mengaplikasikan apa yang dipelajari di bahu sekolah dan pengajian tinggi apabila memasuki ke alam pekerjaan. Ibu bapa perlulah menjadi sebagai teladan kepada anak-anak. Ibu bapa haruslah menerapkan amalan rasuah dalam diri anakanak mereka sejak kanak-kanak lagi. Misalnya, kadang-kadang sedar atau tidak segelintir ibu bapa merasuah anak-anak untuk menutup kesalahannya. Contohnya apabila bapa buat kesalahan dan disorokan daripada mak, dia menyuruh anak diamkan dengan memberi duit, gula-gula ataupun aiskrim. Tindakan ini boleh menjadi suatu permulaan untuk melakukan gejala rasuah. Oleh itu, ibu bapa mestilah memberi kesedaran tentang rasuah kepada anak-anak dari kecil. Kerajaan boleh mengiklankan gejalah rasuah di media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, Whatsapp dan sebagainya. Mereka juga boleh mengadakan forum tentang gejala rasuah di televisyen. Daripada forum tersebut masyarakat dapat mengetahui kesan yang akan dihadapinya dari perbuatan rasuah pada bila-bila masa sahaja. Gejala rasuah boleh dihapuskan apabila hukuman yang dikenakan kepada setiap individu yang berlaku kegiatan rasuah ditunjuk dalam berita.
KUMPULAN NO KAW TIM KESIMPULAN Dengan pengajaran daripada Kes SRC International, amalan rasuah akan memberi impak yang besar kepada diri sendiri. Rasuah adalah wabak sosial yang mesti dihapuskan secara menyeluruh. Apabila berlakunya peningkatan rasuah, ia mendatangkan kesan buruk terhadap pembangunan negara dan menyebabkan penurunan pertumbuhan ekonomi negara Malaysia. Sebagai pembalasan daripada pembuatan rasuah dalam Kes SRC International, Najib didapati bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna kedudukan pada 28 Julai 2020. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 72 tahun dan denda RM210 juta kepadanya. Bagaimanapun, Hakim Mohd Nazlan memerintahkan semua hukuman penjara dijalankan serentak, Najib hanya akan menjalani 12 tahun penjara.Kesalahan itu didakwa dilakukan dari 17 Ogos 2011 hingga 8 Februari 2012 di Pejabat Perdana Menteri, Presint 1, Putrajaya. Setiap lapisan masyarakat mestibertanggungjawab dan tindakan perlu diambil untuk mengatasi isu ini. Oleh itu, kerajan boleh meningkatkan kepercayaan rakyat dan membolehkan negara kita berkembang.
Bernama. (2022, August 23). Kronologi kes SRC Najib. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/08/87478 1/kronologi-kes-src-najib RUJUKAN Buletin TV3. (2022, August 23). KES SRC INTERNATIONAL | Kronologi KES sejak Julai 2018 [Video]. YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=nNOArzEJrt0 Kronologi kes SRC Najib. (2023, March 31). Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/252350/berita/ semasa/kronologi-kes-src-najib Astro AWANI. (2022, August 16). [INFOGRAFIK] Kronologi kes SRC International melibatkan DS Najib Razak [Video]. YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=iSKtEFenMNY