PENULISAN
E-PORTFOLIO
KESSHMITA VANY A/P
ARUL KUMAR
BM4
Isu dan cabaran Bahasa
Melayu di Malaysia
Bahasa Melayu menghadapi pelbagai jenis cabaran sewaktu pembangunan bahasa ini pada awal zaman sehingga kini.
Walaupun bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan negara Malaysia, bahasa ini masih tidak boleh diterima oleh
sebahagian penduduk. Beberapa dasar, akta dan peraturan digubal dan diperkenalkan bagi mengukuhkan kedudukan
bahasa ini (Shamsul Aizuwani Nawi et al.,2020).
Beberapa dasar dan program telah diwujudkan untuk memperkukuhkan lagi kedudukan bahasa Melayu dalam bidang
pendidikan di Malaysia seperti Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh
Bahasa Inggeris (MBMMBI).
DASAR BAHASA KEBANGSAAN
Perkara 152 (1) dan Perkara 152 (6) dalam Perlembangan Persekutuan jelas menyatakan bahawa bahasa Melayu
diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan Malaysia tetapi rakyat Malaysia diberi kebebasan untuk mempelajari dan
menggunakan bahasa yang berlainan.
Terdapat juga segelintir rakyat Malaysia yang berpendapat bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa yang dikhaskan
untuk orang Melayu sahaja. Oleh itu, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara masih menjadi isu di
kalangan rakyat sehingga ke hari ini.
Pengenalan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah membantu mengukuhkan bahasa Melayu di Malaysia. Hal ini
demikian kerana akta ini menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tunggal. Melalui pindaan dalam Akta
Perlembagaan 1971, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara tidak boleh dipersoalkan oleh mana-
mana pihak. Jika terdapat pihak yang melanggar pindaan ini maka pihak tersebut boleh didakwa di bawah Akta
Hasutan 1984. Persetujuan daripada Majlis Raja-Raja Melayu diperlukan untuk meminda bahasa rasmi negara.
Akta Pendidikan telah mewartakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah dan di peringkat pengajian
tinggi juga. Bahasa Melayu seharusnya digunakan di peringkat sekolah dan pengajian tinggi (Norliza Jamaluddin,
2017). Seksyen 17(2) telah menetapkan pengajaran bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib di institut pendidikan
dan pengecualian diberikan kepada institut yang perlu menggunakan bahasa lain untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran.
DASAR BAHASA KEBANGSAAN
Segala urusan yang melibatkan pentadbiran awam harus menggunakan bahasa Melayu. Contohnya, Dewan Rakyat, Dewan
Negara dan Dewan Undangan Negeri menggunakan bahasa kebangsaan negara Malaysia. Semua mahkamah di negara ini mengunakan
bahasa Melayu mengikut Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1967 (Akta 32) dengan syarat tertentu. Sesi prosiding boleh dilakukan
sebahagian dalam bahasa Melayu dan sebahagian lagi dalam bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa Inggeris secara menyeluruh dalam
sesuatu sesi prosiding tidak dibenarkan. Cabaran yang dihadapi untuk memartabatkan bahasa Melayu dapat dilihat secara jelas melalui
sikap segelintir institusi pengajian tinggi swasta yang menggunakan bahasa Inggeris secara menyeluruh bagi hampir kesemua kursus yang
ditawarkan dan tidak mematuhi peraturan iaitu untuk mengajar tiga subjek secara teras seperti subjek Bahasa Kebangsaan, Kenegaraan
Malaysia, dan Pengajian Islam atau Pendidikan Moral. Tindakan IPTS ini jelas melanggar Akta Pendidikan 1996. Cabaran-cabaran ini
menyukarkan pemartabatan bahasa Melayu di Malaysia.
Mengambil kira faktor globalisasi, pihak kerajaan telah memberi penekanan terhadap bahasa Inggeris. IPTA di Malaysia diberi
kelonggaran untuk menggunakan bahasa Inggeris bagi kursus sains dan teknologi. Perkara ini membantu para pelajar untuk bersaing di
peringkat global. Tambahan pula, Menteri Pendidikan Malaysia diberi kuasa melalui Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Seksyen 17(1) untuk
mengecualikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu. Pada tahun 2003, mata pelajaran Mathematik dan Sains mula
diajar dalam bahasa Inggeris (Syed Farid Alatas, 2020). Perkara ini merupakan inisiatif kerajaan melalui dasar Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Dasar ini telah dimansuhkan pada tahun 2016 atas desakan ramai
dan mata pelajaran Sains dan Matematik diajar menggunakan bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah bermula tahun 2016 dan
sekolah menengah pada tahun 2021.Akhirnya, Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)
diperkenalkan.
DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU
DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS
• Tujuan pelaksanaan MBMMBI adalah untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua jenis
sekolah agar murid-murid dapat menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan betul.
• Pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah pada tahun 2010 boleh dilaksanakan dalam bahasa Melayu
atau bahasa Inggeris ataupun menggunakan kedua-dua bahasa bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.
• Usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu giat dilakukan kerana bahasa ini memainkan peranan yang penting dalam
negara kita sebagai alat perpaduan dan sebagainya.
• Matlamat utama dasar ini adalah untuk bergerak selaras dengan pelaksanaan Dasar MBMMBI untuk murid-murid
menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang dianggap sama penting di Malaysia.
• Murid-murid berasa sukar untuk mempelajari mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Jadi, bermula
tahun 2011, murid tahun satu menggunakan bahasa Melayu untuk mempelajari mata pelajaran ini.
• Apabila murid-murid ini melangkah ke alam sekolah menengah maka mereka diberi pilihan untuk belajar menggunakan
bahasa Melayu, bahasa Inggeris atau kedua-duanya.
• Langkah ini telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di
sekolah rendah pada tahun 2016 dan di sekolah menengah pada tahun 2021.
• Lapan strategi telah dikemukan sebagai Pelan Tindakan Utama inisiatif MBMMBI untuk melaksanakan 13 inisiatif yang
berlandaskan Rancangan Malaysia ke-10.
8 Strategi Pelan Tindakan Utama
1. Mentrasformasikan kurikulum 2. Memantapkan kompetensi guru 3. Menempatkan guru bahasa
bahasa Melayu dan bahasa bahasa Melayu dan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
Inggeris. Inggeris.
mengikut opsyen.
4. Menggunakan khidmat 5. Memperluas penggunaan
pakar,perunding dan bahan dan Teknologi 6. Memperluas publisiti dan
pembantu guru. kempen pengukuhan bahasa.
Maklumat dan Komunikasi
7. Meningkatkan penyertaan (TMK) dalam PdP bahasa
murid dalam aktiviti bahasa di luar Melayu dan bahasa Inggeris.
bilik darjah. 8. Melaksanakan pentaksiran dan
pelaporan keperihalan
pencapaian murid.
Sumber: (Shamsul Aizuwani Nawi et al., 2015)
BAHASA MELAYU DALAM
KALANGAN MASYARAKAT
MALAYSIA SEBAGAI:
1. BAHASA PERPADUAN
2. BAHASA ILMU
3. BAHASA KOMUNIKASI
1. BAHASA PERPADUAN
Bahasa Melayu mempunyai nilai kerana menjadi alat perhubungan antara rakyat yang berbilang
kaum di Malaysia ini (Adenan Ayob, 2012). Perpaduan antara kaum hanya boleh diwujudkan jika
terdapat satu bahasa yang difahami oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia. Bahasa Melayu
telah menjadi bahasa perpaduan kerana sejarahnya yang telah menjadi bahasa yang mempunyai
penutur yang banyak di Malaysia.
Bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi negara Malaysia difahami oleh semua peringkat
umur. Oleh itu, peranannya sebagai bahasa perpaduan tidak boleh dinafikan. Penggunaan
pelbagai jenis bahasa yang berlainan hanya akan mewujudkan perselisihan faham antara rakyat.
Tegasnya, bahasa Melayu dapat dipelajari dengan mudah dan setiap rakyat dapat menggunakan
bahasa ini untuk berkomunikasi dengan jiran, rakan atau sesiapa sahaja yang berlainan agama
dengan mudah. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan harus diiktiraf oleh semua
golongan.
2. BAHASA ILMU
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bermaksud penggunaan bahasa Melayu dalam bidang
pendidikan. Bahasa Melayu menghadapi cabaran untuk memainkan peranan sebagai bahasa ilmu
kerana istilah-istilah bagi bidang ilmu sains, teknologi, ekonomi dan sebagainya masih belum
dikaji. Jika bahasa Melayu dimartabatkan sebagai bahasa ilmu maka semua pelajar harus
mempelajari konteks pembelajaran mereka dalam bahasa Melayu.
Tindakan ini mampu membantu memartabatkan bahasa Melayu dengan lebih meluas. Walau
bagaimanapun, pelaksanaan langkah ini bergantung kepada semua pengamal bahasa Melayu
untuk menyumbang dalam inisiatif menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Ciri-ciri bahasa Melayu terbahagi kepada dua iaitu keintelektualan bahasa dan kesempurnaan
bahasa. Keintelektualan bahasa dapat dicapai jika perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu
banyak dan khusus serta mempunyai struktur kata yang kompleks.
Kesempurnaan bahasa merujuk kepada aspek-aspek ejaan, pengimbuhan, sebutan baku dan ayat.
Oleh itu, bahasa Melayu boleh mencapai kedudukannya sebagai bahasa ilmu jika mendapat
kerjasama semua pengamal bahasa Melayu untuk mengatasi segala cabaran yang dihadapi.
3. BAHASA KOMUNIKASI
Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa komunikasi sejak zaman Empayar Srivijaya lagi.
Jika dilihat secara teliti, hampir seluruh rakyat Malaysia boleh berkomunikasi dalam bahasa
Melayu. Perkara ini telah membuktikan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi
terutamanya di Malaysia.
Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi digunakan untuk menzahirkan perasaan,
mengungkapkan buah fikiran dan sebagainya. Pada era teknologi ini, ramai berkomunikasi
menggunakan peranti elektronik dalam bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu
mudah difahami oleh hampir semua rakyat Malaysia. Kewujudan bahasa Melayu sebagai bahasa
komunikasi dapat memudahkan penyampaian maklumat secara lisan mahupun bukan lisan
kepada sesiapa sahaja.
ISU DAN CABARAN BAHASA MELAYU PADA PERINGKAT
ANTARABANGSA
Bahasa Melayu menghadapi cabaran pada peringkat antarabangsa akibat
wujudnya bahasa Inggeris. Bagi memastikan kewujudan bahasa Melayu
dapat mencapai peringkat global maka bahasa Melayu terpaksa
menghadapi cabaran dalam bidang perdagangan, ekonomi dan sebagainya.
Kedudukan Bahasa Melayu Sebagai
Lingua Franca Dalam Perdagangan.
Bahasa Melayu telah digunakan sebagai lingua franca. Bahasa Melayu menjadi medium
komunikasi yang utama di Melaka untuk menjalankan urusan perdagangan pada zaman dahulu
(Ibrahim Majdi Mohamad Kamil dan Maliati Mohamad, 2020). Batu-batu bersurat seperti Batu
Bersurat di Kota Kapur dan sebagainya menggunakan bahasa Melayu. Bukti-bukti ini jelas
menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa yang utama sebagai
lingua franca semasa pemerintahan kerajaan Sriwijaya. Kerajaan ini yang menjadi laluan
perdagangan utama telah memperluas penyebaran dan penggunaan bahasa Melayu.
Bahasa Melayu pada masa kini tidak mempunyai sokongan sumber yang cukup untuk meluaskan
lagi pengaruhnya seperti bahasa Inggeris. Dewan Bahasa dan Pustaka akan diiktiraf sebagai
institut dan pusat latihan bahasa Melayu di seluruh dunia. Seterusnya, negara Singapura
mengambil segala inisiatif untuk membangunkan bahasa Melayu sebagai bahasa dunia dagang.
Bahasa Melayu Dalam Ruang Siber
Cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu di ruang siber:
• Perkataan bahasa Melayu disingkatkan dan digunakan secara meluas ketika berkomunikasi
dengan rakan atau sesiapa sahaja melalui ruang siber ini.
• Contohnya, perkataan assalamualaikum menjadi “akum”.
• Perkataan fikir menjadi “pk”.
• Penggunaan simbol bukan verbal seperti emoji, emotikon dan macam-macam lagi dapat
menjejaskan penggunaan bahasa Melayu yang tepat.
• Cabaran-cabaran ini mampu mencemarkan bahasa Melayu terutamanya dalam kalangan
generasi muda.
Bahasa Melayu Dalam Media Sosial
Media sosial merangkumi aplikasi Instagram, Facebook, Whatsapp dan sebagainya digunakan oleh
hampir kesemua penduduk di dunia ini. Media sosial digunakan untuk segala kegunaan terutamanya
untuk berkomunikasi.
Cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu dalam media sosial ialah terdapat pihak yang tidak
bertanggungjawab yang menggunakan bahasa yang kesat. Penggunaan bahasa yang melanggar
hukum tatabahasa juga banyak digunakan. Perkataan-perkataan baharu yang menghasilkan makna
yang negatif juga digunakan dalam media sosial seperti “makcik bawang”, “bishe” dan “pala bana”.
Penggunaan bahasa rojak dalam media sosial mempengaruhi penggunaan bahasa Melayu ketika
berkomunikasi secara lisan (Bernama, 2017).
Penciptaan kosa kata baharu juga boleh didapati dalam media sosial. Perkataan bahasa Inggeris
akan diubah menjadi perkataan bahasa Melayu seperti I love you menjadi “Ilebiu”. Walau
bagaimanapun, penggunaan bahasa Melayu tidak berhenti tetapi cara penggunaannya harus
dititikberatkan oleh setiap individu. Kita harus memikul tanggungjawab untuk menyebarkan
penggunaan bahasa Melayu yang betul.
Bahasa Melayu Menghadapi Revolusi Industri
4.0
Revolusi Perindustrian Keempat membabitkan Internet of Things (IoT) dalam kegiatan
seharian. Revolusi ini bermatlamat untuk mengubah cara kerja, cara berkomunikasi,
perbelanjaan dan sebagainya.
Bahasa-bahasa teknologi baharu harus dikuasai untuk bersaing dalam era ini. Jadi, pihak DBP
harus mengkaji istilah-istilah baharu untuk bidang sains dan teknologi, menambah khazanah
ilmu bahasa Melayu dan pengajaran konteks pelajaran harus dilaksanakan dalam bahasa
Melayu di pengajian tinggi.
Bahasa Melayu boleh diguna pakai di peringkat global jika pihak DBP menyusun strategi-
strategi yang sewajarnya seperti di atas. Rakyat Malaysia harus menyokong usaha-usaha
yang diambil oleh pihak-pihak yang berkuasa.
Bahasa Komunikasi Dalam Hubungan Diplomatik.
Hubungan diplomatik ialah hubungan antarabangsa yang wujud antara kerajaan atau negara bagi
memantapkan urusan pemerintahan dan lain-lain lagi. Bahasa Melayu perlu dijadikan bahasa rasmi
ASEAN (Bernama, 2017). Bahasa Melayu yang dikatakan mempunyai jumlah penutur yang banyak
berpotensi untuk menjadi bahasa rasmi ASEAN.
Tambahan pula, bahasa Melayu digunakan oleh penduduk di Malaysia, Indonesia, Brunei
Darussalam, Thailand, Kemboja dan Vietnam. Jadi, tiada masalah yang akan timbul untuk
berkomunikasi dalam bahasa Melayu dalam mesyuarat ASEAN atau mana-mana perkara yang
berkaitan ASEAN.
Selain itu, Malaysia mempunyai sebanyak 104 kedutaan. Kedutaan ini harus memainkan peranan
untuk menyebarkan bahasa Melayu dengan menggunakan bahasa ini dalam mana-mana majlis.
Para pelajar atau pekerja yang berada di luar negara harus memartabatkan bahasa Melayu melalui
apa jua cara.
Bahasa Komunikasi Dalam Ekonomi.
Bidang ekonomi di negara Malaysia masih menggunakan bahasa Inggeris. Hal ini boleh dilihat
melalui rancangan Ringgit Sense Plus yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ekonomi
mereka ketika berkomunikasi. Perkara ini membuktikan bahawa bahasa Inggeris lebih menonjol
dalam bidang ekonomi.
Bahasa Melayu digunakan dalam kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kelompok yang kecil dan
bersifat tempatan. Terdapat dua peringkat pemindahan maklumat di Malaysia. Peringkat pertama
ialah maklumat dibawa masuk daripada bahasa asing. Peringkat kedua ialah maklumat itu
diterjemahkan kepada bahasa Melayu oleh pakar bahasa dalam ekonomi. Perkara ini dapat
memastikan bahasa Melayu dapat digunakan sebagai bahasa ekonomi di negara kita dan di
peringkat global.
Bahasa Komunikasi Dalam Pendidikan
● Penubuhan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) untuk menyelaras segala urusan
berkaitan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.
● Antara langkah yang diambil oleh MABM ialah mewujudkan program Pengajian Bahasa
Melayu di beberapa institusi pengajian tinggi di Korea, Australia, London dan banyak lagi
negara.
● Bagi menuju ke arah pengantarabangsaan bahasa Melayu, keperluan daripada segi
sumber berbentuk material seperti tenaga pengajar dan sumber berbentuk bukan material
seperti pakar-pakar bahasa Melayu diperlukan.
● Usaha untuk memenuhi sumber ini dimulakan dengan Kerangka Standard Bahasa Melayu
(KBSM) sebagai rujukan tentang kemahiran bahasa Melayu di seluruh dunia.
Bahasa Komunikasi Dalam Sukan
Sukan yang dimainkan di Malaysia boleh dibahagikan kepada empat iaitu sukan air, sukan
balapan, sukan padang dan sukan tradisional atau sukan rakyat. Malaysia dikenali sebagai hab
sukan baharu antarabangsa. Temasya Sukan Komanwel dianjurkan oleh Malaysia pada tahun
1998 (Ameen Typewriter, 2018). Penganjuran ini menunjukkan kemampuan negara Malaysia
untuk menganjurkan sukan-sukan yang bertaraf antarabangsa.
Walau bagaimanapun, nama pengajuran sukan-sukan masih menggunakan bahasa Inggeris
seperti Le Tour Langkawi dan Oceanman. Perkara ini harus disoal oleh DBP dan beberapa
syarat baharu harus diperkenalkan untuk menanggani isu ini. Bahasa Melayu juga harus
digunakan sebagai bahasa rasmi dalam acara sukan bertaraf antarabangsa ini.
Kesimpulan
Kedudukan bahasa Melayu menghadapi pelbagai jenis
cabaran terutamanya akibat bahasa Inggeris ( Chew F.P,
Zahari Ishak, 2008). Oleh itu, setiap rakyat Malaysia harus
memikul tanggungjawab untuk memartabatkan bahasa
Melayu. Selain itu, para guru harus menjadikan sesi
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu seronok agar
murid-murid dapat mempelajari bahasa ini secara tepat (Mohd
Isha Awang, 2008). Generasi muda harus dididik dengan betul
agar masa depan bahasa Melayu akan terjamin.
RUJUKAN
Adenan Ayob. (2012). Nilai bahasa Melayu sebagai penggerak budaya perpaduan dalam kalangan masyarakat
berbilang kaum. Jurnal Bahasa, Pendidikan dan Sastera Melayu, 3.
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1114
Ameen Typewriter. (2018, April 4). Sukan Komenwel Kuala Lumpur 1998: Mengimbau Kembali Detik Bersejarah.
https://thesportivo.com/sukan-komenwel-kuala-lumpur-1998-mengimbau-kembali-detik-bersejarah/
Bernama. (2017,Oktober 2). Bahasa rojak media sosial cabar Bahasa Melayu. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2017/10/332837/bahasa-rojak-media-sosial-cabar-bah
Bernama. (2017, November 25). Bahasa Melayu perlu jadi bahasa rasmi ASEAN. Malaysia kini.
https://www.malaysiakini.com/news/403317
Chew.H.F. & Zahari Ishak. (2008). Tahap penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam kalangan
mahasiswa/i IPTA dan IPTS dalam sistem pendidikan negara, 19.
https://juku.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9709/6851
Ibrahim Majdi Mohamad Kamil & Maliati Mohamad. (2020). Cabaran pemerkasaan bahasa Melayu dalam
usaha mencapai negara bangsa di Malaysia, 3(2).
https://journal.unisza.edu.my/apj/index.php/apj/article/view/152/150
Mohd Isha Awang. (2008, Julai 16). Isu dan cabaran bahasa Melayu dalam Pendidikan. Berita Harian.
http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp11julai8.pdf
RUJUKAN
Norliza Jamaluddin. (2017). Upaya bahasa Melayu sebagai sarana ilmu.
https://www.researchgate.net/publication/321904798_UPAYA_BAHASA_MELAYU_SEBAGAI_SARA
Shamsul Aizuwani Nawi, Suhasni Dollah, & Zurihan Yusoff. (2020). Pengenalan Sejarah Perkembangan Bahasa
Melayu. Global Mediastreet Sdn Bhd.
Syed Farid Alatas. (2020, Februari 26). Against The Grain: When Will We Take The National Language Seriously.
https://www.theedgemarkets.com/article/against-grain-when-will-we-take-national-language-seriously
SEKIAN,
TERIMA KASIH.