The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Membincangkan tentang perkembangan sistem tulisan dan ejaan bahasa Melayu dari zaman pramerdeka sehingga pascamerdeka dan cabaran serta peranan yang dilakukan oleh pertubuhan-pertubuhan dalam memperkasakan bahasa Melayu di peringkat serantau.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Iffah Izzati, 2022-10-02 23:05:03

PERKEMBANGAN SISTEM TULISAN DAN EJAAN BAHASA MELAYU DARI ZAMAN PRAMERDEKA SEHINGGA PASCAMERDEKA

Membincangkan tentang perkembangan sistem tulisan dan ejaan bahasa Melayu dari zaman pramerdeka sehingga pascamerdeka dan cabaran serta peranan yang dilakukan oleh pertubuhan-pertubuhan dalam memperkasakan bahasa Melayu di peringkat serantau.

T1S.09

SEJARAH PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
(BMMB1074)

NUR IFFAH IZZATI BT MOHD
HAIRUN

PERKEMBANGAN SISTEM TULISAN &
EJAAN BAHASA MELAYU DARI ZAMAN

PRAMERDEKA SEHINGGA
PASCAMERDEKA

SOALAN : Membincangkan perkembangan
sistem tulisan dan ejaan bahasa Melayu dari
zaman pramerdeka sehingga pascamerdeka dan
cabaran serta peranan yang dilakukan oleh
pertubuhan-pertubuhan dalam memperkasakan

bahasa Melayu di peringkat serantau

1.0 perkembangan sistem tulisan
& ejaan bahasa melayu

Setiap negara mempunyai perbezaan dari segi tulisan
dan ejaan sesuatu bahasa. Tambahan pula, setiap
bangsa juga mempunyai sejarah tulisannya yang
tersendiri. Begitu juga dengan bangsa Melayu.
Sebelum kedatangan Islam, bangsa Melayu telah
menggunakan beberapa jenis tulisan seperti tulisan
Rencong, Pallava dan Kawi. Setelah kedatangan
Islam, bangsa Melayu telah menggunakan sistem
tulisan Jawi yang berasal daripada tulisan Arab
sehingga meluas sehingga awal abad ke-20. Oleh
yang demikian, dalam sejarah bahasa Melayu,
terdapat empat jenis tulisan.

1.1 sistem tulisan pallawa

Tulisan Pallawa merupakan abjad suku kata yang berasal
daripada aksara Brahmi dari Indon-Arya Lembah Indus
Kush. Tulisan ini juga dipanggil tulisan bulat kerana
tulisannya seakan-akan berbentuk bulat dan aksara ini
merupakan sistem tulisan terawal yang digunakan di
Kepulauan Melayu
.Tulisan ini mula bertapak di Jawa dan digunakan untuk
menulis bahasa Sanskrit. Hal ini kerana pada waktu itu
bahasa Sanskrit telah menjadi bahasa pentadbiran dan
ilmu pengetahuan.
Penyebaran tulisan dan bahasa Hindu hanya terhad
kepada kalangan golongan istana sahaja kerana tiada
kemudahan asas untuk mengajar kebanyakan orang
tentang kemahiran membaca dan menulis.
Tulisan Pallawa juga merupakan sistem tulisan tertua
dalam bahasa Melayu kuno yang banyak dipengaruhi oleh
bahasa Sanskrit. Tulisan Pallawa ini juga dikenali sebagai
pallavayang berasal dari Dinasti Pallava yang pernah
berkuasa di Selatan India pada abad ke-4 hingga ke-9 M.

BUKTI PENGGUNAAN TULISAN PALLAWA

Bukti penggunaan tulisan Pallawa terdapat pada
yupa, iaitu tiang batu persembahan atau prasasti
di daerah Muara Kaman, pertemuan antara Sungai
Mahanam dan Kedang Kepala, sekitar 125km.
Pada tahun 1879, Yupa ini telah dijumpai oleh
pekerja topografi Belanda dalam huruf Pallawa
berbahasa Sanskrit.
Kini, tujuh yupa tersebut telah diletakkan di
Muzium Nasional. Yupa tersebut berasal dari
tahun 400 merupakan tinggalan pemerintahan
Hindu.

1.2 SISTEM TULISAN KAWI

Tulisan Kawi merupakan sistem tulisan yang
wujud selepas tulisan Pallawa serta digunakan
oleh bangsa Melayu sejak abad ke-8 Masihi.
Istilah kawi itu berasal daripada perkataan
Sanskrit yang bererti penyair.
Tulisan ini juga merupakan tulisan yang terawal
dan tertua di kepulauan Melayu. Pada abad ke-
8 Masihi, tulisan ini hanya digunakan di
kerajaan Singhasari di Jawa Timur sahaja.

TULISAN KAWI

Tulisan Kawi ini Menurut Nik Safiah
telah tersebar luas (2010), terdapat
ke seluruh Asia Pada zaman dulu banyak bahasa
Tenggara dan kala, tulisan Kawi ini daerah yang telah
diguna pakai pada digunakan untuk diturunkan oleh
abad ke-16 Masihi menulis dalam sistem tulisan Kawi
terutamanya di bahasa Kawi yang ini.
Borneo, Jawa, Bali dituturkan oleh Misalnya, Batak,
dan Sumatera. orang Jawa. Lampung, Rejang
Malahan, tulisan Pada mulanya, dan Kerinci. Walau
Kawi ini berasal tulisan ini hanya bagaimanapun,
daripada huruf ditulis pada sehelai tulisan ini telah
Vangki yang daun lontar. Namun. pudar dan lenyap
dikatakan dibawa proses ubah suai pada tahun 1400
oleh orang India berlaku maka tulisan Masihi.
dari Coromandel. itu ditulis pada batu.

1.3 SISTEM TULISAN JAWI

Tulisan Jawi merupakan tulisan Arab yang digunakan
dalam bahasa Melayu. Istilah Jawi ini berasal daripada
bahasa Arab dan merupakan adjektif kepada kata nama
Arab iaitu "Jawah".
Sejak kemunculan Islam pada abad ke-10, tulisan Jawi
mula berkembang pesat di Tanah Melayu melalui aktiviti
perdagangan yang dijalankan oleh orang Arab ke
Kepulauan Melayu.
Tulisan Jawi bukan sahaja pernah menjadi tulisan utama
di Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Brunei
Darussalam, Indonesia, Selatan Thai tetapi juga di Sri
Lanka bagi rumpun Melayu.
Walaupun pada mulanya tulisan Jawi bercampur aduk
dengan abjad Arab dan aksara Hindu seperti yang
didapati pada prasasti yang ditemui di Minye Tujuh
Acheh yang bertarikh 1380 Masihi, tetapi selepas itu
telah digunakan abjad Jawi sepenuhnya.

BUKTI PENEMUAN TULISAN JAWI
terdapat bukti penemuan bahawa tulisan Jawi
ini telah wujud berkurun lamanya iaitu
penemuan batu bersurat yang bertarikh 702H
1303M.
Pada batu bersurat tersebut menggunakan tulisan
Jawi berusia sepenuhnya dan hal ini menunjukkan
bahawa tulisan ini berusia hampir 700 tahun
lamanya.
Tambahan pula, batu bersurat ini ditemui di Sungai
Teresat iaitu kira-kira 32 kilometer dari Sungai
Terengganu.
Tambahan pula, batu bersurat ini ditemui di Sungai
Teresat iaitu kira-kira 32 kilometer dari Sungai
Terengganu.

1.4 sistem tulisan rumi

Menurut Amat Juhari Moain (1992), tulisan Rumi mula berada di alam
Melayu setelah kedatangan orang Barat. Orang pertama yang
menggunakan tulisan Rumi ialah David Barbosa pada tahun 1516 di
Melaka, iaitu setelah Melaka ditawan oleh Portugis pada tahun 1511.
Salah satu kesan penting kedatangan orang Eropah ke alam Melayu ialah
kemunculan tulisan Rumi. Marco Polo dikatakan orang Eropah yang
pertama datang ke kepulauan Melayu yang mengembara dari Venice, Itali
dan dikatakan tinggal di Sumatera selama lima bulan pada tahun 1292-
1293 Masihi.
Perkataan Melayu yang mula-mula dicatat oleh Pigafetta mengandung
lebih kurang 426 perkataan dengan beberapa perkataan tempatan yang
lain. Perkataan ini dikatakan dikumpul daripada seorang hamba kepada
Magellan yang bernama Hendrick, seorang Melayu Sumatera.

Sistem ejaan yang digunakan oleh Pigafetta berdasarkan sistem ejaan
bahasa Itali daripada dialek Vicentine, iaitu tempat asal Pigafetta.
Beliau menamakan daftar kata tersebut sebagai kosa kata yang
digunakan oleh orang Moorish atau Muslim.
Ejaan Rumi/Latin Pigafetta juga mengandungi abjad-abjad yang dapat
dipadankan dengan abjad Rumi bahasa Melayu moden dari segi grafem
dan nilai bunyinya.

Senarai kata bahasa Melayu seterusnya ialah bahasa Inggeris-bahasa
Melayu yang telah dihasilkan oleh Thomas Bowrey pada tahun 1701
yang berjudul A Dictionary of English and Malayo, Malayo and English
diterbitkan di London.
Selain daripada senarai kata, beliau juga telah menurunkan ayat
perbualan sehari-hari dan dialog pelbagai tajuk.

1.5 sistem ejaan rumi za'ba

Nama Za'ba sudah tidak asing lagi kepada pencinta bahasa
Melayu. Jasa tokoh ini tidak mungkin dilupakan ialah
pembakuan sistem ejaan Rumi. Sistem ejaan Za'ba telah
digunakan secara meluas di sekolah-sekolah dan urusan rasmi
kerajaan sejak tahun 1940-an lagi.
Pada tahun 1993, Za'ba telah menghasilkan sistem ejaan rumi
bahasa Melayu dan tulisan beliau telah disiarkan dalam Daftar
Ejaan Melayu Jawi-Rumi 1949.
Terdapat beberapa kelemahan yang terkandung dalam Sistem
Ejaan Wilkinson yang dipakai sebelum ini.
Oleh itu, Sistem Ejaan Rumi Za'ba telah dihasilkan untuk
memperbaiki Sistem Ejaan Rumi dalam bahasa Melayu.
Terdapat beberapa pembaharuan yang terkandung dalam
Ejaan Za'ba iaitu membahagikan huruf-huruf bahasa Melayu
kepada huruf saksi dan huruf benar. Huruf saksi merupakan
vokal yang terdiri daripada huruf a,e,i,o dan u manakala huruf
benar pula merupakan konsonan yang terdiri daripada 21
huruf.

Tambahan pula, terdapat 40 peraturan yang terkandung dalam Sistem Ejaan Za'ba.

huruf h dan k adalah huruf akhir dalam suku kata akhir tertutup,
maka vokal e akan digunakan dan bukan vokal i pada suku kata
tersebut. Contohnya, aleh, sireh, leteh, tueh, balek, batek dan
chantek.
sesuatu perkataan perlu dieja dengan dua g dalam tulisan rumi
apabila terdapat huruf nga dan ga yang berterusan dalam tulisan
Jawi. Contohnya, langgar, hinggap, manggis, menanggong dan
menenggelamkan.
perkataaan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris yang sudah
berlakunya penyerapan sepenuhnya dengan bunyi Melayu, dieja
mengikut sebutan Melayu. Contohnya, saman, repot, pereman,
geran, sain dan rasip.

1.6 sistem ejaan rumi kongres

Ejaan Rumi Kongres telah diwujudkan selepas Ejaan Rumi Za'ba. Sistem
ejaan rumi Kongres ini ialah hasil dalam salah satu sidang di bawah
Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi Bahasa Melayu pada 16 hingga 21
September 1956.
Sidang tersebut telah membentangkan tiga kertas kerja tentang ejaan
dan bunyi bahasa Melayu. Sidang tersebut telah melakukan 16
ketetapan tentang bunyi bahasa dan satu ketetapan tentang tulisan
Jawi.
Antara prinsip ejaan tersebut ialah tanda sempang tidak akan digunakan
dan dihapuskan
Selain itu, vokal dalam suku kata awal dan suku akhir tertutup telah
ditetapkan semula dari segi mengikut keserasian.
Selanjutnya, mengikut sistem fonologi dan bukannya fonetik, iaitu hanya
menggunakan satu fonem dengan satu grafem atau huruf sahaja.

2.0 peranan pertubuhan-pertubuhan
dalam memperkasakan bahasa melayu

2.1 Pejabat Karang Mengarang

Pejabat Karang Mengarang ditubuhkan pada tahun 1924 dan dikenali
sebagai Penerbit Universiti. Pada 1 November 2001 pula dikenali sebagai
Penerbit Universiti. Dengan usaha O. T Dussek selaku Pengetua Maktab
Perguruan Sultan Idris (MPSI), serta Pendita Za'ba, pejabat ini dapat
ditubuhkan.
Penubuhan Pejabat Karang Mengarang ini juga berjaya mendapat
kerjasama daripa R. O. Winstedt, yang merupakan Pengarah Pelajaran
Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat.
Pejabat ini beroperasi sehingga 1957 sahaja apabila peranannya diambil alih
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Badan ini lebih menumpukan kepada
penerbitan buku-buku sekolah Melayu dan kegiatan menterjemah buku, di
samping penerbitan buku-buku umum.
Sehingga tahun 1941, pejabat menerbitkan 85 judul buku teks sekolah.
Pejabat Karang Mengarang ini berjaya menerbitkan 64 judul buku
terjemahan untuk perpustakaan sekolah dan bacaan umum.

2.1 Pejabat Karang Mengarang

Tujuan Penubuhan Pejabat Karang Mengarang
Menerbitkan buku teks untuk kegunaan sekolah Melayu
Menerbitkan jurnal
Menerbitkan bahan bacaan umum dalam bahasa
Melayu
Mengadakan perpustakaan bergerak

Sumbangan Penubuhan Pejabat Karang Mengarang :
Membina asas pengetahuan bahasa Melayu dan ilmu
karang-mengarang
Menerbitkan buku bacaan umum termasuk karya
terjemahan
Memajukan pendidikan orang Melayu

2.0 peranan pertubuhan-pertubuhan
dalam memperkasakan bahasa melayu

2.2 Peranan Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa

Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa atau dikenali sebagai
PBmPB, ditubuhkan pada tahun 1888. Hal ini merupakan salah satu
badan pembinaan dan perkembangan bahasa Melayu yang telah
diasaskan sebelum badan pembinaan dan perkembangan bahasa
Melayu yang telah diasaskan sebelum Tanah Melayu mencapai
kamerdekaan
Pada tahun 1850-an, kerajaan Johor telah mempunyai kesedaran
tentang kepentingan pelajaran. Maka, pada awal 1880-an, ia telah
mencapai kejayaan besar dalam bidang pelajaran. Oleh hal yang
demikian, organisasi bahasa yang awal mula bergerak di Johor. PBmPB
ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 1888 melalui usaha murni Dato'
Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan putera Abdullah Munsyi.
Mereka telah membawa satu perubahan baru dalam memperkasakan
peranan bahasa Melayu agar pengetahuan bahasa Melayu itu lebih
mudah disebarkan kepada orang ramai.

2.2 Peranan Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa

Tujuan Penubuhan PBmPB :
Mewujudkan perpustakaan
Mengendalikan perbincangan tentang bahasa Melayu
serta mengkaji bahasa Melayu

Sumbangan PBmPB :
Menerbitkan buku-buku tentang bahasa Melayu, nahu
Melayu, sejarah dan lain-lain cabang ilmu pengetahuan
Penerbitan buku-buku bahasa dan bacaan umum
kemudiannya menjadi batu asas bagi meneruskan
aktiviti sastera oleh PBmPB.
Menerbitkan majalah berjudul Peredar, Buku Peribahasa
dan Jalan Bahasa Melayu.

2.0 peranan pertubuhan-pertubuhan
dalam memperkasakan bahasa melayu

2.3 Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50)

Angkatan Sasterawan 50 atau dikenali sebagai ASAS 50,
merupakan sebuah pertubuhan sastera pertama di Malaya
sebelum perang berlaku. Pertubuhan ini ditubuhkan pada 6
Ogos 1950 dan merupakan pertubuhan sastera pertama
bersifat kemasyarakatan dan menggunakan bahan sastera
sebagai wadah mencapai kemerdekaan untuk Malaya pada
tahun 1957. ASAS 50 lalah bertunjangkan Melayu moden
dengan pengasas-pengasasnya iaitu Muhammad Ariff Ahmad,
Kamaluddin Muhammad dan lain-lain lagi.

2.3 ASAS 50

Tujuan Penubuhan ASAS 50 :
Memperluaskan dan mempertinggikan martabat kesusasteraan dan
kebudayaan Melayu
Melindungi hal-hal muslihat seluruh ahli dan pengarangnya
Mengadakan pembaharuan dalam sastera tanpa melenyapkan yang
lama
Bahasa dan Kesusasteraan dijadikan alat untuk perpaduan kebangsaan
dan perjuangan kemerdekaan
Memajukan pemikiran rakyat dan perpaduan kebangsaan menerusi
bahasa dan kesusasteraan Melayu

Sumbangan ASAS 50 :
Menghimpunkan persatuan bahasa, sastera dan budaya
Mencadangkan bahasa diberi nilai ekonomi dengan mengutamakan
kelulusan bahasa Melayu untuk memperoleh pekerjaan
Berperanan dalam ejaan dan peristilahan

3.0 cabaran dalam memperkasakan bahasa melayu

Menurut Sharifah Darmia Sharif Aman (2010), Bahasa Melayu telah menjadi lingua
franca sejak berabad-abad yang lalu di Kepulauan Melayu. Ia menjadi bahasa
perantara dalam urusan pemerintahan dan perdagangan. Tindakan tidak
mengambil endah tentang peranan Bahasa Melayu oleh kuasa-kuasa Barat,
khususnya pihak British secara langsung menyebabkan perjuangan ke arah
memartabatkan Bahasa Melayu semakin ketara pada penghujung abad ke-19.
Apabila negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Bahasa Melayu telah
dimartabatkan sebagai bahasa Kebangsaan sebagaimana yang terkandung dalam
Perlembagaan Negara. Walau bagaimanapun, termaktub bahawa Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan Negara bukanlah petanda
berakhirnya perjuangan untuk memartabatkan bahasa Melayu. Pengiktirafan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara oleh
perlembagaan Negara telah menimbulkan pelbagai isu dan cabaran daripada
Bahasa Inggeris serta pihak-pihak yang kurang senang terhadap pendaulatan
Bahasa Melayu. Berikut antara cabaran - cabaran lain dalam memperkasakan
bahasa Melayu :

cabaran-CABARAN BAHASA
MELAYU :

SLANGA : EKONOMI : BAHASA PERCAMPURAN
Slanga sering Bahasa ROJAK : KOD :
dijumpai di inggeris Cabaran yang
kawasan kosa mendapat perlu diatasi Percampuran
kata yang perhatian dan bagi kod berlaku
merujuk menjadi memantapkan apabila
kepada bahasa bahasa Melayu seseorang
perkara yang perantaraan dalam bertutur
dianggap serta masyarakat dengan
tabu. digunakan ialah mencampura
dalam penggunaan dukkan

pasaran bahasa rojak bahasa atau
berbanding sehingga dialek dengan
bahasa menjejaskan bahasa
Melayu. cara berbahasa Melayu
di dunia realiti

cabaran
(pendidikan) :


Bahasa Melayu turut
Dasar pendidikan menghadapi cabaran yang
nasional tidak tidak diduga iaitu apabila
mempertahankan Akta Pendidikan 1956 dan
penggunaan bahasa akta IPTS 1996 diluluskan.
Melayu ketika
memperkenalkan Maka semua IPTS
program pengajaran dibenarkan menggunakan
dan pembelajaran
Sains dan Matematik bahasa Inggeris sebagai
dalam bahasa Inggeris bahasa pengantar.
pada 2003 iaitu selepas
hampir 46 tahun
merdeka

4.0 masa depan bahasa melayu

BIDANG PENDIDIKAN

Memperkasakan kurikulum bahasa Melayu standard di semua
jenis sekolah dan aliran
Menambah baik dan menyemak kurikulum bahasa Melayu
sekolah rendah dan sekolah menengah dari semasa ke semasa
Memperkukuh kemahiran lisan bahasa Melayu di peringkat
prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah
Memantapkan program LINUS Bahasa Melayu 3
Menambah baik aspek seni bahasa dalam kurikulum Bahasa
Melayu Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

4.0 masa depan bahasa melayu

BIDANG ekonomi : teknologi

Penyampaian maklumat oleh kerajaan, aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, penjualan dan pembelian secara dalam talian serta
penggunaan sistem pembayaran digital adalah norma baharu
dalam masyarakat .
Perkara ini, pastinya akan memberikan cabaran terhadap
pemerkasaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama
Dalam menghadapi cabaran ini, bahasa Melayu perlu berada
seiring bersama-sama arus norma baharu dalam masyarakat
Oleh itu, kerajaan perlu mengutamakan penggunaan bahasa
Melayu sebaik mungkin termasuk di dalam media perdana, media
digital atau media sosial.

rujukan

Amat Juhari Moain. (1992). Perkembangan Penggunaan Tulisan dalam Bahasa
Melayu. Jurnal Bahasa. Ms 1060-1967.

Jaafar Jambi (2008). Cabaran dan Proses Pemantapan Bahasa Melayu, Jurnal
Pengajian Melayu. Jilid 19. (online) (diakses pada: 1 Oktober 2022) Boleh didapati:
https://myjurnal.mohe.gov.my/filebank/published_article/24058/Article_5.PDF

Mohd. Alwee Yusoff (2005). Perkembangan Tulisan Jawi dan Aplikasinya
dalam Masyarakat Islam di Malaysia, Jurnal Usuluddin. Bil.21, 23 -38. (online)
( diakses pada : 30 September 2022) Boleh didapati :
file:///C:/Users/user/Downloads/10257.pdf

Nik Safiah (2010). Panorama Bahasa Melayu Sepanjang Zaman. Kuala
Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

Sharifah Damia Sharif Ahmad (2010). Perjuangan dan Cabaran Pelaksanaan
Bahasa Kebangsaan di Malaysia, 1957-1966. Jurnal Sejarah. Bil. 38, ms. 97-113
https://myjurnal.mohe.gov.my/filebank/published_article/25298/Article__7.PDF

TAMAT

SEKIAN TERIMA KASIH

disediakan oleh :
NUR IFFAH
IZZATI


Click to View FlipBook Version