The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SJKC Chong Cheng 居林中正华小电子图书馆, 2021-01-21 23:18:19

Disebalik Sang Kancil dan Sang Gajah

Disebalik Sang Kancil dan Sang Gajah

Disebalik Sang Kancil dan Sang Gajah

Bermulalah kisah pada suatu
petang sang kancil yang cerdik
bersiar-siar didalam hutan
belantara. Sedang ia bersiar-siar
tiba-tiba sang kancil telah terjatuh
ke jurang yang amat dalam. Ia
cuba untuk keluar berkali-kali
malangnya tidak berjaya.
Setelah segala usaha yang
dilakukan adalah sia-sia, sang
kancil pun berfikir;
“Macam mana aku nak keluar dari
lubang yang sangat dalam ini”
Setelah lama berfikir namun tiada
idea yang bernas untuk sang
kancil keluar dari lubang tadi,
namun sang kancil tetap tidak
mahu berputus asa.
Dalam kebuntuan mencari idea,
sang kancil telah terdengar bunyi
tapak kaki yang besar.

“Kalau bunyi tapak kaki macamni,
ni tak lain, mesti gajah ni!”
Kemudian Sang Kancil mendapat
satu idea yang bernas untuk
menyelamatkan diri untuk keluar
dari lubang.
Kemudian sang gajah yang lalu
itupun menegur sang kancil;
“Eh sang kancil, tengah buat apa?”
Tanya si Gajah.
“Menyelamatkan diri!”
“Dari apa?” Tanya gajah lagi.
“Dari bahaya, cuba tengok atas,
langit nak runtuh, dah hitam”
Balas sang kancil.
Gajah yang dungu ini pun terus
mempercayai sang kancil bulat-
bulat.

“Habis tu macam mana nak selamatkan
diri?” Tanya si gajah.

“Masuklah sekali dalam lubang ini,
kalau langit runtuh pun selamat kita
dekat sini”

Tanpa berfikir panjang sang gajah pun
terus melompat ke dalam lubang untuk
menyelamatkan dirinya. Kemudian
sang kancil pun mengambil
kesempatan untuk melompat di atas
badan gajah dan terus keluar dari
lubang yang dalam itu.

“Haha, padan muka engkau, selamat
aku” Kemudian sang kancil pun berlalu
pergi meninggalkan sang gajah yang
masih terpinga-pinga di dalam lubang
tadi”.

Seronok juga bila membaca cerita
kanak-kanak begini. Teringat masa kecil
dulu, inilah cerita dongeng dan turun
temurun yang diwarisi dari zaman
berzaman.

Namun bila difikirkan kembali, apa yang cuba untuk
disampaikan melalui cerita ini?
Jadilah seperti sang kancil yang cerdik tapi tak baik?
Atau jadilah seperti sang gajah yang baik tapi tak
cerdik?
“Orang baik tak cerdik akan ditipu, orang yang cerdik
tapi tak baik akan menipu”
Jangan jadi sang kancil seperti dalam cerita tadi
kerana sang kancil yang cerdik tapi tak baik telah
menipu sang gajah untuk menyelamatkan diri. Juga
jangan jadi seperti sang gajah kerana walaupun baik
tapi tak cerdik akan ditipu.
Jadi tiada pilihan lain selain jadi orang yang cerdik
dan baik kerana orang yang sebegini tidak akan
ditipu juga tidak menipu. Dan pengakhiran cerita
sang kancil dan sang gajah itu sepatutnya begini.
“Eh, sang kancil, tengah buat apa?” Tanya sang
gajah.

“Aku terjatuh dalam lubang yang besar inilah, dah berkali-kali
aku cuba untuk keluar tapi tak berjaya, bagaimana kalau
engkau berjaya tolong aku untuk keluar dari sini, aku akan
bagi tebu yang paling besar di dalam hutan rimba ini!” balas
sang kancil
“Oh, ye ke, baiklah tapi aku nak keluarkan engkau
bagaimana?”
“Cuba engkau tengok sekeliling, mana tau ada dahan kayu ke
pokok tumbang ke untuk keluarkan aku dari lubang ini”
“Oh aku Nampak ada dahan kayu”
Kemudian sang gajah menggunakan kekuatannya menolak
tunggul kayu dan menggunakan belalainya untuk menolak
tunggul kayu ke dalam lubang.
Kemudian sang kancil pun keluar dari lubang itu dan seperti
yang dijanjikan, memberikan sang gajah tebu yang paling
besar dalam hutan rimba.
Kan bagus kalau pengakhirannya begini, sang kancil tidak
menipu sang gajah dan sang gajah mendapat habuan setelah
menyelamatkan sang kancil.
Win-win solution. Tiada yang kecewa. Apalah nak jadi kalau
kanak-kanak di Malaysia ingin jadi seperti kancil yang cerdik
tapi tak baik? Agaknya sebab itulah negara agak kacau kot,
sebab ramai yang cerdik tapi tak baik.
Hanya andaian semata-mata, harap-harap bukan


Click to View FlipBook Version