Kerana manisnya Dakwah
Telah diceritakan pada suatu masa dahulu, di satu tempat yang jauh
terdapat seekor Rubah yang tinggal di tepi sungai.
Hampir setiap minggu Rubah akan berjalan merentasi sungai,
merentasi jambatan yang panjang untuk pergi mendapatkan sebuah
Apple yang letaknya di atas sebuah bukit yang tinggi. Perjalanan untuk
menaiki bukit itu bukanlah satu perjalanan yang mudah, perjalanan
yang memerlukan keazaman yang tinggi, merentasi banyak halangan
yang berliku. Perjalanan yang memerlukan persediaan, bekalan untuk
melalui perjalanan yang panjang.
Tanpa disedari, hampir setiap minggu seekor rusa akan melihat gelagat Sang
Rubah. Pada mulanya Sang Rusa hanya mengabaikan sahaja Rubah, tetapi
kerana hamper setiap minggu akan muncul juga Rubah maka gelagat Rubah
telah menarik perhatian Rusa. Setelah disiasat, Rusa mendapati yang tujuan
Rubah memanjat bukit itu adalah untuk mendapatkan sebiji Apple yang
letaknya di atas sebuah bukit.
“Ini rupanya kerja Rubah, tujuannya untuk memetik Apple yang terdapat
tinggi di atas sebuah bukit, aku pun nak rasalah” Rusa bermonolog sendirian.
Keinginan Rusa yang kuat mendorong Rusa memanjat bukit untuk memakan
Apple dari pokok yang sama. Perjalanan Rusa tidak mudah kerana terpaksa
melalui halangan, merentas arus sungai yang deras, melalui jambatan
gantung untuk pergi ke pokok yang dituju, setelah penat merentas hutan,
tibalah Rusa ke bawah pokok Apple tersebut. Sebaik sahaja Rusa mahu
mengambil Apple tersebut, didapati ketinggiannya tidak mencukupi untuk
mengambil Apple itu, Rusa mencuba dan terus mencuba dan akhirnya
berputus asa kerana penat.
“Buat penat sahaja aku datang sini, dah la tak dapat makan Apple, nak
ke sini pun susah, aku pun bukan tau panjat pokok” Rusa meninggalkan
Apple itu begitu sahaja. Walaupun belum rasa tapi Rusa tahu yang
Apple itu memang tidak sedap.
Selang beberapa hari kemudian, seperti biasa ketika Rubah hendak
memanjat bukit yang terdapat didalamnya pokok Apple, Rusa telah
bertanya khabar kepada Rubah,
“hai Sang Rubah, apa yang engkau nak lakukan?” Rusa bertanya
walaupun dia sudah tahu akan jawapannya.
“Aku nak memanjat bukit ini untuk memakan buah Apple yang terdapat
di puncak bukit ini, sedap Apple tu” Balas Rubah.
“Owh pokok Apple yang di atas bukit itu ke? Tapi perjalanan nak ke sana bukan mudah,
kena melalui arus sungai, melalui tebing yang curam dan banyak lagi cabaran yang bakal
dilalui, sedap sangat ke Apple di atas bukit itu, ada beza ke dengan Apple yang di bawah
ini?”Tanya Rusa.
“Walaupun perjalanan untuk mendapatkan Apple itu jauh dan panjang, tetapi engkau akan
rasa kemanisan Apple itu jika engkau memakannya” balas Rubah
“Taknaklah, kalau dah namanya Apple tu, sama sahaja dengan Apple di sini pun, Rusa pun
berlalu meninggalkan Rubah”
Rubah meneruskan perjalanan untuk memetik buah Apple.
“Engkau tidak akan faham Rusa kerana engkau belum pernah merasa lagi betapa manisnya
Apple itu”
Kerana manisnya Apple, Rubah sanggup mengharungi perjalanan yang panjang semata-
mata untuk memakan Apple. Kesabaran dan kecekalan amat perlu untuk hanya memakan
sebuah Apple yang terdapat di atas bukit yang tinggi.
Rusa pula tidak pernah merasa Apple yang terdapat di atas bukit, masakan pula dia boleh
mengatakan yang Apple itu tidak sedap sedangkan dia tidak pernah menikmatinya, bahkan
pula menjamahnya.
Begitu juga dakwah, jika tidak kerana manisnya, masakan ada yang sanggup berkorban
kerananya, malahan mati kerananya. Berhabis duit, memerah segala yang ada hanya untuk
memastikan tertegaknya Islam, untuk berdakwah, ya, kerana manisnya dakwah.
Lihat para sahabat, kalau tidak mahu lihatlah sekeliling, lihat kepada mereka yang
berdakwah.
Jangan jadi seperti Rusa, belum rasa dikatanya tidak manis.