The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2022-03-14 02:58:04

BUKU P&P

Buku kanak-kanak

KANDUNGAN




Prakata Halaman
1
BAB 1 Menjadi seorang guru bukanlah mudah 7
12
BAB 2 Budak Beranı 18
24
BAB 3 Taman Bunga 30
36
BAB 4 Permainan yang Saya Suka
42
BAB 5 Musim Hujan 48
BAB 6 Melawat Muzium Negara 53

BAB 7 Bersenam

BAB 8 Kenderaan di Negeri Kita

BAB 9 Naik bas

BAB 10 Peribahasa

PELAJARAN 1

A: PEMAHAMAN




Menjadi seorang guru bukanlah mudah




Semua orang di dunia masing-masing mempunyai cita-cita sendiri.
Ada yang bercita cita menjadi doktor, ada pula guru, juruterbang dan sebagainya.
Saya berhemah tinggi, oleh itu, saya juga mempunyai cita-cita.
Sejak kecil, saya bercita-cita menjadi seorang polis. Saya bangga melihat pasukan
polis mengawal keselamatan lalu lintas, menangkap penjahat dan lain-lain Dengan
itu, saya selalu membaca majalah yang berkenaan polis Saya mahu menjadi
seorang polis yang handal dan gagah







1

Selain menjadi polis, saya juga bercita-cita menjadi doktor Ini disebabkan ketika saya
jatuh sakit, doktor Loh merawat saya dengan penuh kasih sayang.
peramah, bertanggungjawab dan selalu mengambil berat kesihatan pesakit.
Dorongan ini menyebabkan saya lebih tekun belajar khasnya mata pelajaran Sains.
Akibat pengaruh Cikgu Ang. saya juga bercita-cita menjadi guru Saya berjanji mulai
sekarang akan belajar dengan bersungguh-sungguh hingga ke menara gading. Saya
juga hendak selalu menyertai pertandingan seperti bercerita, syarahan karangan
supaya kelak boleh berani di hadapan orang ramai.
Sehubungan dengan cita-cita saya, saya harus tekun belajar. Saya mahu menyertai
Persatuan Bulan Sabit Merah, olahraga, kedet polis dan sebagainya. Oleh itu, saya
akan menjadi cergas dan cerdas.
Sekiranya cita-cita saya tercapai, saya akan berkhidmat di kampung dan menolong
orang yang miskin.

2

B: TATABAHASA : KATA GANTI NAMA DIRI

Gantinama Diri
Kata Ganti Diri Pertama
1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang
yang bercakap.
2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang
berbentuk jamak.

Kata Ganti Penggunaannya
Diri

Pertama

aku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan

Tuhan

saya digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal
(tunggal) atau dalam suasana rasmi




hamba digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
(tunggal)
digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan




patik
(tunggal) 3

Kata Penggunaannya
Ganti Diri
Pertama

beta digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada
(tunggal) rakyat

kami digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya
(jamak) apabila bercakap dengan orang kedua




kita digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang
(jamak) kedua

Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak

Bentuk contoh kata nama diri pertama

tunggal beta, patik, aku, saya





jamak kita, kami, kita orang





4

C: PERBUALAN

Affan : Selamat pagi Amad!



Ahmad : Selamat pagi Affan! Affan : Amad, ini kawan saya. Dia Hakim.
Hakim pelajar di sini juka.





Affan : Ahmad : Ya, baik dapat berjumpa
Baik, dapat berjumpa dengan Hakim. dengan anda juga




Ahmad : Di manakah Affan dengan
Hakim hendak pergi?




Ahmad : Saya henda pergi juka. Affan : kami hendak pergi ke
Affan Baik, mari kita pergi bersama- perpustakaan.

sama.




5

D: LATIHAN

Pilih kata ganti nama diri pertama dalam kotak dengan betul.




Aku Dia
Kamu

Mereka Anda Awak

Kita Kami Beliau
Beta
1
2 6
3
4
5

A: PEMAHAMAN PELAJARAN 2





Budak Beranı




Azmi seorang budak yang baik.
Dia suka menolong kawan-kawannya.
Kalau kawannya terjatuh, dia tidak ketawa. Dia menolong kawannya yang terjatuh itu.

Rumah Azmi jauh dari kedai. Kadang-kadang emaknya menyuruh dia pergi ke kedai
membeli barang-barang. Dia tidak takut. Dia pergi seorang sahaja.

Umur Azmi baru sembilan tahun. Dia rajin belajar. Tiap-tiap malam dia membaca buku
pelajarannya.

Azmi pandai berenang dan memanjat pokok. Dia selalu berenang di dalam sungai di
hadapan rumahnya. Kadang-kadang dia memanjat pokok jambu di tepi sungai itu.

Pada suatu hari dia berenang di dalam sunga
i. Dia nampak seorang budak kecil mengikut


kakak nya membasuh kain di tepi sungai itu.
Pada masa dia berenang, dia terdengar suara budak perempuan itu menjerit, "Tolong!
Tolong! Adik saya terjatuh ke dalam sungai!"

Azmi terus berenang ke tempat budak yang terjatuh itu. Día menarik budak itu ke tepi.



7

B: TATABAHASA
KATA GENTI NAMA DIRI KEDUA

Kata ganti nama Diri Kedua
Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk
jamak seperti berikut :




Kata Ganti Diri Penggunaannya
Kedua
digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak
anda (tunggal) berhadapan dengan kita

awak (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua yang rapat
hubungannya dengan kita
engkau (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat
tuanku (tunggal) hubungannya dengan kita dan
kalian (jamak) dengan Tuhan juga

digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja

digunakan untuk beberapa orang yang diajak
bercakap

8

Kata Ganti Diri Penggunaannya
Kedua
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat
kamu (tunggal dan jamak) hubungannya dengan kita

Bentuk contoh kata Ganti Diri kedua

Tunggal tuanku, wak, kamu, anda, engkau

Jamak kalian




Contoh ayat yang menggunakan
kata ganti diri kedua
1. Awak pekerja yang patuh

2. Kamu semua adalah murid yang baik

3. Guru mencari engkau.
4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.
5. Tunku akan bersiram sekejab lagi.










9

C: PERBUALAN Nada :
Apa khabar Yusra?
Yusra : Khabar baik,




Nada : Cuti sekolah baru-baru
Yusra : Oh, saya pergi bercuti ke ini awak pergi bercuti ke
Jakarta selama seminggu. mana?

Yusra : Saya melawat Samudra Nada : Apakah yang awak
Dolphin Park, Zoo Ragunan dan buat di Jakarta?
Taman Mini Indonesia Indah.


Yusra : Ya, betul.
Nada : Wah, seronoknya! :




10

D:PERBUALAN

Isi tempat kosong dengan kata ganti nama diri kedua dengan
betul. Tuanku Anda Awak kamu Engkau

1.Saya berharap………………… dapat
menyelesaikan masaalah itu

2……………masti hadir ke parti dirumah
saya hari ahad

3………….sangat bagus dalam pengajian
pada kali ini

4…………….. akan bersiram sekejab lagi

5 Guru mencari ………………..

11

A: PEMAHAMAN PELAJARAN 3




Taman Bunga




Ini taman bunga. Taman bunga ini luas dan
cantik. Di taman bunga ini ada tasik. Air tasik
ini jernih.

Budak-budak suka melihat ikan di dalam tasik ini. Mereka bermain di tepi tasik dengan
kawan kawan mereka.

Di taman bunga ini ada bermacam-macam
bunga. Ada bunga ros, ada bunga cina, ada bunga raya, ada bunga orkid, ada bunga melati,
ada bunga matahari, ada bunga cempaka dan ada bunga sena.
Di dalam tasik ini ada bunga teratai.

Ikan yang ada di dalam tasik ini ialah ikan
haruan, ikan sembilang, ikan putih dan ikan puyu.

Ramai orang datang memancing ikan di tasik ini waktu petang atau bila hari kelepasan.
Pemandangan di taman bunga ini sangat indah.




12

Bunga-bungaan yang berbagai warna itu menarik hati orang yang datang ke situ.
Bunga-bungaan di taman bunga ini tidak boleh dipetik. Kalau ada orang yang hendak
membeli bunga, mereka boleh membelinya di tempat menjual bunga yang ada di taman ini.
Tempat menjual bunga ini di tepi bukit dekat tasik itu juga. Tiap-tiap hari ramai orang
datang membeli bunga di situ.
Di taman bunga ini ada kawasan budak-budak bermain. Dalam kawasan ini ada buaian, ada
jongkang jongkit, ada papan gelongsor dan ada tangga.
Orang besar tidak boleh bermain di kawasan ini sebab buaian, papan gelongsor dan lain-
lain itu dibuat untuk budak-budak sahaja.
Rumput di taman bunga ini pendek dan hijau sebab selalu dimesin dengan mesin rumput.
Di taman bunga ini tidak ada sampah sebab dibuang oleh penjaganya. Kita boleh membuang
sampah ke dalam tong sampah yang ada di taman bunga ini.

13

B:TATABAHASA:
KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA

Kata Ganti diri ketiga
kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti
mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.
Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.




Kata Ganti Diri Ketiga Penggunaannya

baginda (tunggal) digunakan untuk raja dan sultan



beliau (tunggal) digunakan untuk orang yang kita hormati,
misalnya

ibu bapa, guru, dan pemimpin



dia dan ia (tunggal) digunakan untuk orang yang umum seperti orang
biasa dan rakan



mereka (jamak) digunakan untuk orang yang bilangannya lebih
daripada seorang



14

Bentuk Contoh kata ganti diri ketiga
tunggal ia, dia, beliau, baginda
jamak mereka

Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.

1. Dia pegawai pendiaikan
2. Mereka itu orang India.
3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.
4. Ia diburu oleh pihak polis.
5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
6. Dia menolong bapanya.
7 "Sekiranya dada halangan, ……. akan berangkat esok pagi ,” kepada bendahara.
8 "Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang lumayan," kata
pengacara itu.
9 Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu 2 jam lagi.
10 " tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada pengikut-
pengikutnya.
Ringkasan

15

C:PERBUALAN




Fatin :
Di mana Areeya tinggal sekarang ?

Areeya :
Saya tinggal di Asrama Siriya, dekat hospital.




Fatin : Hospital yang mana?




Areeya :
Hospital Vejthanee dekat The Mall Bangkapi

Fatin : Ya,ok




16

D: LATIHAN

Isi tempat kosong dengan kata ganti nama

diri ketiga dengan betul.

Beliau Mereka
Ia Dia

1. ………….. itu orang India.
2. ………….. banyak membantu penduduk di situ

2. ..……….. diburu oleh pihak polis

4. ……………. menolong bapanya

5. ……………. pegawai pendiaikan

17

PELAJARAN 4
A: PEMAHAMAN


Permainan yang Saya Suka



Permainan ada bermacam macam jenis: ada permainan bola sepak, ada
badminton, ada permainan permainan sepak raga jaring. ada permainan ragbi, ada
permainan bola keranjang, ada permainan tenis, ada permainan pingpong, ada
permainan gasing dan lain-lain. Permainan yang saya suka ialah permainan
badminton dan bola sepak.

Saya selalu bermain bola sepak di padang sekolah. Saya bermain dengan
kawan-kawan saya. Kalau saya hendak bermain badminton pun saya bermain di
sekolah juga kerana di sekolah ada gelanggang badminton

Padang sekolah saya luas dan rata. Rumputnya hijau dan cantik. Rumput itu
selalu dimesin oleh tukang kebun sekolah.

Di padang sekolah ada tiang gol. Tiang gol itu disapu cat putih. Kadang-kadang
orang besar pun ada juga bermain bola sepak di padang sekolah.




18

Saya dan kawan-kawan saya dilatih oleh cikgu bermain bola sepak. Cikgu
mengajar kami cara cara bermain bola sepak yang baik. Kami diajar nya cara-cara
membawa bola dengan kaki sambil berlari, cara cara-cara menendang bola dan
cara menanduk bola dengan kepala.

Penjaga gol diajar cara-cara menyambut dan menangkap bola.
Cikgu pun melatih kami bermain badminton. Dia mengajar cara-cara memegang
reket, cara cara memukul bulu tangkis, cara-cara memukul kuat dan cara-cara
memukul perlahan.

Bermain badminton banyak belanjanya. Kita mesti ada reket, mesti ada seluar
pendek, mesti ada net atau jaring dan mesti ada bulu tangkis.

Kalau tali reket kita putus, kita mesti sambung semula atau diganti dengan tali
yang baru.

Bulu tangkis pun mesti selalu diganti juga. Bila bulu tangkis itu sudah koyak,
patah atau sudah kembang, ia mesti diganti dengan yang baru.

Bermain bola tidak banyak belanjanya. Bol itu tahan lama sebab ia dibuat
daripada kulit.








19

B:TATABAHASA
KATA SENDI NAMA

Kata Sendi Nama
Kata Sendi Nama ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan
kata atau frasa-frasa dan ayat. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik
Safiah Karim) kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa
nama.

Di Ke Dari Hingga Dengan Daripad
a

Kata sendi nama Penggagunaan Contoh Ayat
Di
Mennujukkan -Ah Geoktinggal di Perak
Ke - Tempat
Tidak boleh -Dai hendak pergi ke
digunakan untuk Kedah pada bulan
menunjukkan masa hadapan
-Ekspo Kerjanya ini dari
Menunjukkan pukul 10.00 pagi
-tempat arah
-masa


20

Kata sendi nama Penggagunaan Contoh Ayat

Dari Menunjukkan -David bersal dari Pulau
Hinga -tempat Pinang
Dengan -Masa -Ahad menunggu kawannya
dari pukul tiga petang tadi
Daripada
Maksud had masa -Amin bekerja dari pagi
hingga petang

Maksud Bersama-sama -Ayah pergi ke pasar dengan
adik

-Tepat datangnya -Chandran menerima surat
sesuatu itu daripada
-Asal kejadian sesuatu -Baju batik ini daripada
benda benang sutera
Perbandingan -Bangunan Maybank lebih
tinggi daripada bangunan itu

21

B: PERBUALAN Penjual :
Selamat petang, tuan.

Pembeli :


Selamat petang
Penjual :
Pembeli : Apa saya boleh
Ya anak sulung saya hendak menolong tuan.

buku cerita.



Penjual :
Di sebelah sini tuan.
Pembeli :
Berapa harganya?



Penjual :
Tiga belas ringgit tuan.
Pembeli :
Ok saya ambel buku ini.





22

D:LATIHAN

Isi tempat kosong dengan kata
sendi nama dengan betul

Di Ke Dengan
Dari Daripada

1. Nadeeya tinggal ……………….sungai Patani.

2. Buah epal itu dipotong………….sebliah pisau.

3. Adik pergi…………… pasar bersama ibu.
4.Almari baju itu diperbuat…………kayu jati.

5.Yusra berasal..........kampung Yala.

23

A: PEMAHAMAN PELAJARAN 5





Musim Hujan




Dalam negeri kita ada dua musim : satu musim hujan dan satu lagi musim
panas.

Bila musim hujan air sungai selalu penuh. Kalau air sungai naik sampai ke
darat, ke bawah rumah atau ke atas rumah, kita katakan banjir. Banjir itu orang
sebut juga bah.

Banjir sangat merbahaya. Rumah dihanyutkan oleh air, pokok mati, binatang
ternakan mati dan orang pun boleh mati.

Kalau kita tidak berjaga-jaga bila banjir datang, kita boleh mendapat
kesusahan.

Dalam musim banjir kereta tidak boleh berjalan
sebab jalan raya penuh dengan air dan jambatan ada yang runtuh. Kereta
selalu mati kalau berjalan di dalam air.

Pekedai tidak dapat berniaga sebab orang

24

tidak datang membeli. Kadang-kadang kedai mereka pun habis ditenggelamkan oleh banjir.
Barang barang mereka hanyut dan rosak.

Kanak-kanak yang tinggal di tepi sungai tidak dapat pergi ke sekolah. Mereka tidak dapat
naik sampan sebab air sangat laju. Kadang-kadang sampan mereka terbalik dihanyutkan oleh
air.

Kalau musim hujan selalu orang kampung tidak dapat pergi bekerja. Mereka susah
mendapat wang. Orang yang menoreh getah tidak dapat menoreh getahnya; orang yang pergi
ke laut menangkap ikan tidak dapat pergi ke laut, sebab hujan lebat, ribut dan ombak besar;
orang yang bersawah padi, padi mereka rosak oleh banjir. Pekebun sayur pun susah juga sebab
kebun mereka ditenggelamkan oleh air. Pokok sayur ada yang mati dan ada yang di timbus
oleh tanah.

Kenderaan di jalan raya selalu mendapat kemalangan sebab jalan raya licin oleh air hujan.
Breknya tidak makan dan tayarnya licin. Bila hari hujan ada kereta yang berlanggar dan ada
yang terjatuh ke dalam gaung.

Bila musim hujan, orang selalu berjaga-jaga kalau ada banjir.
Polis, tentera dan orang ramai sentiasa bersedia.
Biasanya orang yang mendapat kemalangan itu diberi pertolongan. Mereka diberi banjir itu
tempat tinggal sementara, makanan dan minuman,
pakaian dan lain-lain lagi. Ada juga orang yang mendapat kemalangan itu diberi wang untuk
belanja mereka.
Bila banjir surut atau tidak ada lagi, orang yang mendapat kemalangan itu pun balik ke
ruma mereka. Mereka bekerja semula untuk menca wang.










25

C: TATABAHASA:
KATA SENDI NAMA

Kata Sendi Nama
Kata Sendi Nama ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan kata atau
frasa-frasa dan ayat. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 :
252), kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.




Pada Kepada Bagi/Untuk Sejak/Semen Terhadap Anta
tasa ra

Kata sendi nama terletak di depan kata nama, frasa nama atau kata ganti nama
dan dipisahkan daripada perkataan yang mengikutnya. Kata sendi nama ialah
perkataan yang digunakan untuk merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau
frasa-frasa yang lain.




26

Kata Penggunan Contoh Ayat
Sedinama

Menunjukkan - Lukisan itu digantung pada dinding.
-tempat bagi Hujan turun dengan lebat pada pagi
Pada perbuatan sesuatu semalam.
kata kerja.
Keterangan waktu

Kepada Menunjukkan - Surat jemputan itu ditujukkan kepada
arah,tempat orang pengerusi persatuan.
yang ditujui.

Bagi/ Menunjukkan tujuan - Hari Kantin diadakan bagi/untuk mengisi
Untuk sesuatu itu dilakukan. tabung kewangan sekolah.

Sejak/ Menunjukkan - Sejak pagi tadi, Munira asyik termenug saja.
Sementara waktu/masa.


Terhadap Merujuk kepada - Setiap pemuda mestilah memnanam rasa
unsur yang hormat terhadap orang yang lebih tua.
melibatkan
penyambut yang
tertentu.

Antara Digunakan di depan kata - Antara makanan yang dihidangkan ialah
nama yang membawa sate.

maksud.

27

C: PERBUALAN Siti : Selamat pagi, doktor.

Doktor : Selamat pagi, Siti. Jemput

duduk
Siti : Terima kasih, doktor.
Doktor : Ada apa-apa yang boleh saya
bantu?



Siti : Saya mengalami cirit-birit

Doktor : Apakah yang kamu makan?



Siti : Saya telah membeli kuih donat di
tepi jalan.
Doktor : Oh, begitul Kemungkinan kamu
mengalami keracunan makanan


Doktor : Ok Siti : Tolong bagi ubat kepada
saya sama doctor?





28

D:LATIHAN

Binakan ayat di bawah ini dengan menguna kata sendi nama dengan betul.
Pada

Kepada

Sejak
Terhadap

29

A: PEMAHAMAN PELAJARAN 6
Melawat Muzium Negara

Pada hari Ahad yang lepas, Azman, Ali, Ah Kau, Ramasami dan beberapa orang kawannya
telah melawat Muzium Negara. Salmah, Zurina, Kumari dan Ah Moi pun pergi juga. Mereka
pergi dengan rombongan sekolahnya.

Mereka pergi naik bas yang disewa khas. Mereka pergi tidak membawa bekal seperti masa
pergi berkelah. Mereka membawa wang untuk belanja makan dan minum sahaja.

Mereka sampai di Muzium Negara lebih kurang pada pukul sebelas pagi. Bas mereka
diletakkan di belakang MuziumNegara.

Mereka turun beratur dan berjalan ke Muzium itu. Mereka sangat suka hati melihat
burung contoh yang dibuat di tepi simpang masuk ke Taman Tasik.

Burung itu sangat besar dan sayapnya sedang kembang seperti hendak terbang.
Bila sampai di hadapan Muzium Negara cikgu menyuruh mereka beratur untuk
bergambar.Mereka bergambar dekat air pancut.

30

Ali dan kawan-kawannya sangat suka hati melihat pertunjukan burung yang dibuat di dalam
Muzium Negara itu. Mereka melihat burung enggang, burung tiung, burung tekukur, burung
kelicap, burung merbah, burung bangau, burung serindit dan bermacam-macam burung lagi.

Mereka masuk ke bilik pertunjukan alat wayang kulit, jenis-jenis tarian dan lain-lain.
Kemudian mereka naik ke tingkat atas. Di situ mereka melihat burung lagi, tikus, binatang laut,
musang, ular, beruang, buaya, monyet, gua, buah buahan, padi, batu bulan dan lain-lain.
Mereka turun pula ke bawah semula. Mereka masuk ke bilik pertunjukan batu bersurat, ukiran
gambar Hang Tuah, kereta kuda Encik Awal bin Mat, keris, wang dan lain-lain.

Bila mereka keluar dari dalam bilik itu mereka melihat pertunjukan burung itu semula.
Mereka melihat bermacam-macam sarang burung, angkar burung, jebak atau jerat burung dan
akanan burung.

Mereka juga ditunjukkan cara-cara membelah rung yang ditangkap itu. Perut burung
itu dibelah dan dimasukkan suatu benda ke dalam perutnya, dibubuh ubat dan dijahit semula.
Burung yang ditunjukkan itu betul-betul seperti hidup rupanya.

Burung yang ditunjukkan itu ada yang sedang terbang, ada yang sedang bertenggek di atas
dahan, ada yang sedang memakan seekor tikus dan ada yang dikumpulkan beberapa ekor di
dalam peti kaca yang besar.










31

B:TATABAHASA
KATA SENDI NAMA

Kata Sendi Nama ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan kata atau
frasa-frasa dan ayat. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 :
252), kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.

Dalam Demi Tentang Oleh Akan

Kata sendi nama terletak di depan kata nama, frasa nama atau kata ganti nama dan
dipisahkan daripada perkataan yang mengikutnya. Kata sendi nama ialah perkataan yang
digunakan untuk merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.




32

Kata Sendi nama Penggunaan Contoh Ayat

Sendi nama “di”atua -Seok Hwa berada di dalam bilik

Dalam “ke” “dalam” berfungsi bacaan.
untuk menunjukkan -Daniel masuk

arah/tempat. ke dalam rumahnya.

Demi Menunjukkan maksud Kita mesti sanggup berkorban demi
tujuan negara yang kita cintai.

Tentang Maksud perkata atua hal Encik Ahmad memberitahu pelajarnya
yang dilakukan tentang Latihan boleh sepak yang
akandiadakan pada hari selasa.

Oleh Maksud sebab Murid-murid yang ponteng sekolah itu
Berjaya ditankap oleh guru disiplin

Menunjukkan maksud

Akan “kepada” atua Amidi rindu akan keluaganya di sabah.

“terhadap”

33

B: PERBUALAN Nada: Selamat pagi Suni.





Suni: Selamat pagi Nada. Nada: Suni ,Hari ahat ini Sekolah awak
free tak?




Suni: Sekolah saya free.




Nada: Ok, kalau begitu kita pergi makan di pantai?




Suni: Ok, kita pergi.




Nadi: Saya pergi ambel awak di rumah ok?




Suni: Ok, saya tunggu.




34

D: LATIHAN

Jawab soalan di bawah ini dengan betul.

1. Ali dan kawan-kawannya pergi melawat ke mana?
2. Sebutkan nama burung yang kamu tahu?
3. Di mana mereka bergambar?
4. Mereka pergi melawat naik apa?
5. Di mana bas itu diletakkan?

35

A: PEMAHAMAN PELAJARAN 7


Bersenam




Senaman sangat berguna kepada kita. Kalau kita bersenam peluh kita akan keluar. Bila
peluh kita keluar badan kita pun menjadi sihat.

Air peluh yang keluar dari dalam badan kita ialah air kotor. Bila peluh itu keluar badan
kita berasa segar dan sihat.

Kita bersenam hendaklah di tempat lapang sebab di tempat lapang itu udaranya
bersih dan cukup mendapat cahaya matahari. Badan kita memerlukan udara yang bersih
dan kulit kita memerlukan cahaya matahari.

Bila kita bersenam kita membuat berbagai pergerakan. Kita mengangkat tangan ke atas
beberapa kali, kita melompat terjengket-jengket beberapa kali, kita mendepakan tangan
beberapa kali, kita memusing kan siku beberapa kali, kita
melompat kangkang-katup beberapa kali, kita
memusing-musingkan kepala beberapa kali dan lain lain pergerakan lagi

36

Bila kita bersenam dan membuat berbagai pergerakan itu semua anggota badan kita
dapat bergerak. Bila semua anggota badan kita dapat bergerak dengan baik, badan kita akan
sihat.

Biasanya satu-satu pergerakan itu dibuat berulang-ulang sebanyak lapan bilangan.
Selepas itu ditukar kepada pergerakan lain pula.
Waktu bersenam yang baik ialah waktu pagi. Ada juga orang bersenam waktu tengah hari dan
petang.

Bila kita bersenam kita mesti memakai pakaian yang ringkas dan senang membuat
pergerakan badan. Jangan memakai pakaian yang tidak kemas atau yang susah membuat
pergerakan badan. Yang baiknya waktu bersenam kita hendaklah memakai anak baju, seluar
pendek, kasut getah dan setokin.
Lepas bersenam kita lap peluh kita kering kering.

Murid sekolah bersenam bergilir-gilir. Mereka bersenam mengikut jadual waktu darjah
masing masing: ada yang bersenam waktu pagi dan ada yang bersenam waktu tengah hari.
Kalau murid itu bersekolah sebelah petang, mereka bersenam waktu petang.

Kalau kita selalu berjalan waktu pagi atau petang, kaki dan lutut kita menjadi kuat. Orang
tua selalu berjalan waktu petang untuk menegapkan kaki dan badan mereka.








37

B:TATABAHASA
KATA HUBUNG

1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan
perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.




2. Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:

(a) kata hubung gabungan,

(b)kata hubung pancangan,

(c) kata hubung berpasangan.

3. kata hubung gabungan / kata hubung pancangan,

Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta


penggunaannya adalah seperti yang berikut:

Kata Hubung Gabungan / Pancangan

Contoh
Ayat Contoh

Saya berharap agar kamu dapat menghubungi
agar dia segera.




apabila Mukanya pucat apabila disoal.

Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke
atau sana.

38

Contoh Ayat Contoh
bahawa
Kami yakin bahawa yang dikatakannya
dan itu benar.
hingga
jika Leela dan Siu Lan berjiran.
jikalau
kerana Ayah dan kawannya berbual hingga
lalu larut malam.




Saya berpayung jika hujan.

Jikalau saya kaya, saya akan membina
rumah kebajikan.




Aini menangis kerana terlalu sedih.




Burung itu terbang lalu hinggap di
dahan pohon.




39

C:PERBUALAN Siman:
Selamat petang Hamat
Hamat:
Selamat petang Siman


Hamat: Awak memakai pakaian macam Siman: Hamat hari ini kita pergi
mana? bola sepak di padang


Siman: Saya memakai,anak baju,selua
pendek,kasut getah dan setokin.




Hamat: Ok. Siman: Kita akan berjupan di padang
bola sepak



40

D:LATIHAN
Jawab soalan di bawah ini dengan betul



1.Bila masanya bersenam yang baik?

2.Bagaimana cara pakaian bersenam yang baik?

3.Apa gunanya senaman itu kepada kita?

4.Di mana tempat bersenam yang baik?

5.Apa gunanya kita berjalan waktu petang?

41

A: PEMAHAMAN PELAJARAN 8


Kenderaan di Negeri Kita



Di negeri kita ada berbagai jenis kenderaan Kenderaan itu ada yang melalui jalan
darat, ade yang melalui jalan laut dan ada yang melalui jala udara.

Kenderaan yang melalui jalan darat ialah lori, kereta, bas, keretapi, basikal dan
motosikal kenderaan yang melalui jalan laut ialah kapal kapal selam, perahu, tongkang
dan motobot kenderaan yang melalui jalan udara ialah kepal terbang

Kapal terbang itu ada yang digunakan untul membawa penumpang, ada yang
digunakan untuk membawa barang dan ada yang digunakan untuk berperang.

Kapal terbang boleh membawa beratus-ratus orang penumpang, bas boleh
membawa berpuluh puluh orang penumpang dan kapal boleh membawa beribu-ribu
orang penumpang.




42

Kalau kita hendak mengangkut barang kita boleh gunakan lori, kalau kita hendak pergi
dari satu tempat ke satu tempat yang jauh dari negeri kita, kita boleh naik kapal terbang atau
kapal. dan kalau kita hendak pergi dari satu tempat ke satu tempat yang dekat di dalam
negeri kita, kita boleh naik bas atau keretapi.

Pada masa negeri berperang, kapal terbang di gunakan untuk membawa askar,
mengebom negeri musuh dan lain-lain.

Kereta kebal tidak ada tayar. la ada rantai besi sahaja. Rantai besi itulah yang menjadi
tayar nya. Kereta kebal ada mesin-gan dan meriam.

Keretapi ada kepala dan gerabak. Gerabak nya ada dua jenis; ada gerabak barang dan ada
gerabak penumpang. Gerabak barang digunakan untuk membawa barang atau binatang,
gerabak penumpang digunakan untuk membawa penumpang.

Di dalam keretapi ada gerabak menjual makanan dan minuman. Penumpang boleh
makan dan minum di gerabak khas itu.

Di dalam kapal terbang dan kapal pun ada juga disediakan makanan dan minuman tetapi
di dalam bas tidak ada.

Pasukan polis menggunakan kenderaan untuk menjaga keamanan negeri ini, pasukan
bomba menggunakan kenderaan untuk menjaga supaya kebakaran dapat dipadamkan,
pasukan tentera menggunakan kenderaan untuk menjaga negeri ini supaya tidak diserang
oleh musuh dan orang ramai menggunakan kenderaan untuk senang berjalan pergi ke mana-
mana.

Orang pergi ke bulan pun naik kenderaan juga. Kenderaannya bernama roket.

43

B:TATABAHASA
KATA HUBUNG

1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan
dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.
2. Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
(a) kata hubung gabungan,
(b) kata hubung pancangan,
(c) kata hubung berpasangan.
3. kata hubung Hubung Berpasangan




Contoh Ayat Contoh

Baik-mahupun Baik lelaki mahupun perempuan sama-
sama bergotong royong membersihkan
balai raya itu.

Baik-baik Baik Daud baik adiknya samasama pintar.

Jangan lekas percaya akan janjinya, entah
entah betul entah tidak.

44

Contoh Ayat Contoh
Jangan-pun
Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun
dia tak ada.

Kian-kian Kian lama kian banyak orang yang ke
Walaupun-namun sana.

Walaupun cacat namun Guan rajin
berusaha.

45

C:PERBUALAN Jina: Hai! Bina.

Bina: Hai! Jina. Jina: Apa khabat?

Bina: Khabat baik


Bina: Saya, Ayah akan hantar Jina: Esok sekolah dah buka
dengan kereta. awak pergi sekolah macam


mana?

Bina: Insyaallah kita berjumpa di

sekolah.
Jina: Baiklah, Awak ayah pergi

hantar.Saya pergi dengan basikal.




46

D:LATIHAN

Jawab soalan di bawah ini

1.Orang pergi kebulan naik apa?
2.Apa gunanya kenderaan itu ?
3.Sebutkan nama kenderaan yang melalui jalan darat ?
4.Sebutkan nama kenderaan yang melalui jalan laut ?
5.Sebutkan nama kenderaan yang melalui jalan udara?

47

A: PEMAHAMAN PELAJARAN 9




Naik bas

Ramai murid naik bas bila pergi ke sekolah atau balik dari sekolah.
Masa kita hendak naik dan turun dari bas itu kita hendaklah cermat.
Ada orang yang terjatuh masa hendak naik bas. Kakinya berdarah atau patah dilanggar
oleh bas.
Kita mesti menunggu bas di perhentian bas, Bila bas berhenti, kita mestilah naik dengan
cermat. Jangan naik sebelum bas itu berhenti.
Kalau ramai kawan kamu hendak naik bas, kamu mestilah berbaris dan naik seorang lepas
seorang. Kalau ada penumpang turun dari bas itu, biarkan dia turun. Jangan naik sebelum
penumpang itu turun.
Bila sampai di dalam bas, kamu jangan berebut rebut tempat duduk. Kalau kamu
berebut-rebut, kamu akan terjatuh atau kepala kamu terhantuk pada kerusi di dalam bas itu.

48


Click to View FlipBook Version