The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aaronguriningt, 2022-11-24 14:33:41

Cara Mengatasi Budaya Hedonisme

Cara Mengatasi Budaya Hedonisme

Cara Mengatasi Budaya

Hedonisme

NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
MPU23042

Nama Ahli Kumpulan

1.AARON GURINING TINGGAL

(20DEP20F1026)
2.CHRISTOPHER SU SI TUNG

(20DEP20F1022)
3.STANLEY EBERETT INGU ANAK PILO

(20DEP20F1028)

Pensyarah

MADAM FATIN FAQERIAH BINTI HAMSAH

Isi Kandungan

01 PENGHARGAAN
02 OBJEKTIF
03 PENGENALAN
04 FAKTOR
05 KESAN
06 CARA MENGATASI
07 CONTOH ISU
08 KESIMPULAN
09 RUJUKAN

01
Penghargaan

Penghargaan

Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnianya maka buku
ini telah dapat disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Buku ini merupakan tentang penularan budaya hedonisme yang
menjadikan kesenangan dan kenikmatan sebagai tujuan hidup
terutamanya di kalangan generasi muda hari ini semakin
membimbangkan dalam kalangan masyarakat pada masa kini.
Dalam e-folio ini menekankan aspek untuk mendedahkan para
masyarakat pada tajuk-tajuk asas yang difikirkan sesuai untuk
dibincang dan dibahaskan dalam kumpulan ataupun di dalam kelas
di samping dikaji dengan lebih mendalam lagi.

Kami ingin merakam penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
mereka yang telah menolong dan membantu kami dalam
menyiapkan kajian ini. Bantuan, dorongan dan tunjuk ajar mereka
telah membolehkan kami menjalankan kajian ini dengan jayanya.

Akhir sekali, e-folio ini dapat dihasilkan dengan bantuan dan
sokongan dari pensyarah Nilai Masyarakat Malaysia kami, Puan
FATIN FAQERIAH BINTI HAMSAH ahli kumpulan, rakan-rakan secara
langsung dan tidak langsung dan sebagainya. Kami ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang campur
tangan dalam menyiapkan e-folio ini.

02
Objektif

Objektif

Fenomena pengaruh budaya luar di negara ini amat
membimbangkan khususnya di kalangan. Ini berikutan
peningkatan kadar jenayah dan maksiat yang dilakukan oleh
pelajar sekolah semakin meningkat tahun demi tahun. Kajian
ini bertujuan untuk melihat pengaruh budaya hedonisme di
kalangan pelajar, apakah bentuk-bentuk budaya yang
dilakukan dan langkah langkah bagi mengurangi masalah
tersebut di kalangan pelajar. Budaya hedonisme yang
dilakukan oleh pelajar adalah disebabkan rasa ingin mencuba
untuk mendapatkan kepuasan dan seronok serta leka atas
perbuatannya itu seperti suka pada hiburan, melepak,
merokok, bermain permainan video dan melakukan salah laku
seksual. Antara saranan yang dikemukakan untuk mengatasi
pengaruh hedonisme yang berlaku ialah semua pihak pelajar
sendiri, ibu bapa, sekolah.

03
Pengenalan

Pengenalan

Hedonisme merupakan isu sosial yang banyak diperkatakan
masa kini. Banyak pihak yang menentang budaya hedonisme
kerana ia memberi kesan negatif kepada masyarakat golongan
remaja. Menurut pandangan ahli falsafah, hedonisme
terbahagi kepada dua hedonisme psikologi dan hedonisme
etika. Menurut Parkinson et. al (1996), hedonisme psikologi
merujuk individu yang sentiasa mengambil tindakan yang
difikirkan dapat memberi kenikmatan terbesar kepada mereka
serta memilih sesuatu perkara yang difikirkan dapat
memberikan lebih banyak kebahagiaan dan mengurangkan
kesakitan kepada mereka manakala hedonisme etika iaitu
manusia seharusnya melakukan sesuatu tindakan yang dapat
menghasilkan kenikmatan dan kebahagiaan terbesar kepada
mereka dan hedonisme ini dikenali sebagai hedonisme etika
universal (Parkinson et. al.,1996).

Menurut Kamus Malaysiana, hedonisme merupakan
suatu pola pemikiran yang menjelaskan bahawa
memaksimumkan keseronokan adalah perkara terbaik dan
amat disukai dalam menjalani kehidupan. Budaya hedonisme
berpaksikan keinginan manusia untuk mendapatkan
kemewahan yang melampau seperti berbelanja diluar batasan
kemampuan ekonomi masing-masing. Hedonisme turut
dikaitkan dengan pengaruh penerimaan budaya- budaya
daripada luar contohnya barat dan Korea. Pengikut budaya-
budaya baharu ini akan meniru simbol-simbol kebudayan luar
seperti muzik, makanan, fesyen dan bahasa seharian.

Menurut Nalewajek dan Macik (2013), perkembangan
media sosial mendorong individu untuk menunjukkan dirinya
sehingga menjadi perhatian. Media sosial memainkan peranan
dalam memperlihatkan kegiatan individu contohnya melalui
Instagram, individu akan memuatnaik gambar seperti
kehidupan mewah, atau mengerjakan sesuatu tugasan sebagai
gaya hidup hedonisme. Hal ini kerana, individu akan
cenderung untuk menunjukkan apa yang dimiliki seperti
pakaian, contohnya outfit of the day (OOTD) mahupun cara
hidup masing-masing.

Golongan muda cenderung dan terdedah untuk memiliki
gaya hidup hedonisme kerana mereka merupakan golongan
yang dilahirkan dalam era globalisasi ini. Menurut Imam Al-
Ghazali “Jika mahu melihat masa hadapan sesebuah negara,
maka lihatlah keadaan anak muda hari ini”. Ini jelas
menunjukkan bahawa golongan muda memainkan peranan
penting dalam kemajuan dan kemakmuran negara. Oleh itu,
kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti punca dan
kesan hedonisme terutamanya kepada generasi muda.

04
Faktor

Faktor eksternal adalah penyebab
hedonisme yang berasal dari luar.
Pengaruh dari lingkungan secara
langsung atau tidak langsung bisa
menyebabkan seseorang menjalani gaya
hidup hedonis. Sebagai contoh,
seseorang yang berteman dengan orang-
orang yang terbiasa hidup mewah, maka
kemungkinan besar orang tersebut juga
turut mengikuti gaya hidup di
lingkungan pertemanan tersebut.

1 Faktor

Eksternal

Faktor internal adalah faktor yang

berasal dari dalam diri individu yang

didasarkan pada keyakinan diri sendiri

untuk bergaya hidup sesuai

keinginannya. Sikat dan anggapan

bahwa seseorang harus menunjukan

kemewahan, kemegahan, dan senang

menjadi pusat perhatian. Pemikiran

seperti itu menjadi faktor yang

menyebabkan gaya hidup hedonis.

2 Faktor

Internal

Melalui perkembangan media massa, pengaruh
budaya hedonisme ini dapat menular ke negara
ini dengan begitu mudah. Hedonisme ini boleh
dianggap neokolonialisme yang juga bermaksud
amalan geopolitik menggunakan kapitalisme,
globalisasi perniagaan dan imperialisme budaya
untuk mempengaruhi negara khususnya
generasi muda. Pelbagai konsep dan cara hidup
ditunjukkan seperti minum arak, melepak,
mengunjungi pesta liburan, seks bebas, parti
liar dan sebagainya. Secara jelasnya, konsep
yang dikemukakan itu hanya mengutamakan
kepuasan nafsu tanpa wujudnya sebarang
panduan atau batasan tertentu terutamanya
mengikut ajaran agama.

Pengaruh


3 Media

Massa

Keluarga yang sibuk atau ibu bapa yang berpisah
mengakibatkan kurangnya pengawasan terhadap
anak-anak. Kita sedia maklum bahawa perasaan
anak-anak adalah sangat sensitif dan mudah
mengikut situasi sedia ada. Bukan itu sahaja,
kebosanan dan patah hati juga akan membuatkan
remaja berpegang teguh dan mencari pengganti
lain untuk meluahkan semuanya. Oleh itu, mereka
akan cepat terpengaruh dengan budaya
hedonisme ini. Sebagai contoh, golongan punk
amat mementingkan kasih sayang antara ahli
kumpulannya, secara tidak langsung membuatkan
golongan belia beranggapan budaya tersebut
dapat memenuhi keinginan akan perhatian dan
kasih sayang yang diidamkan.

Kurang


4 Pengawasan

Ibu Bapa

Penciptaan televisyen jelas mempengaruhi

kehidupan seharian manusia. Menurut kajian,

Marican dan Mohamed dalam Ab. Halim

Tamuri(2002) menyatakan bahawa pengaruh

media terhadap gejala sosial remaja adalah

ketara. Ini berikutan kewujudan majalah barat

yang mempunyai gejala negatif seperti keganasan,

lucah dan budaya gaya hidup tidak sihat seperti

black metal, punk dll. Secara tidak langsung,

kesemua cetakan dan paparan ini menjadi bacaan

dan visual kegemaran para remaja. Budaya barat

kini banyak terdapat di Malaysia melalui media

baru dan lama. Tidak dapat dinafikan, tamadun

negara ini terancam oleh imperialisme budaya

Amerika. Sebagai contoh, filem dan siri televisyen

Amerika menonjolkan gaya mimik yang lalu akan

diikuti oleh rakyat negara itu.

Kemajuan


5 Teknologi

Pengiklanan

05
Kesan

OriyeaKnntegahJisiedluKasepawnanTgaannp
a
Gaya hidup hedonistik cenderung memenuhi
keinginan semata-mata, dimana menjadikan
anda hidup tanpa orientasi kewangan yang
jelas. Sudah tentu, ini berakibat buruk.
Kerana anda membelanjakan wang tanpa
mempertimbangkan aspek keperluan dan
keutamaan.

1

untuKekcKPeeetlimaaabsduaarnaandnaDna
na
Pelaku gaya hidup hedonistik tidak berfikir
akan masa depan. Oleh itu, pelaku akan leka
dan lupa untuk menyediakan dana kecemasan
atau menyisakan untuk pelaburan. Apabila
mereka mempunyai wang, mereka akan segera
membelanjakannya untuk keseronokan yang
sementara.

2

SMteSrinujhkaattduirTiKdeawka
ngan
Salah satu kesan hedonisme ialah struktur
kewangan menjadi tidak sihat. Kerana gaya
hidup hedonistik membuat anda membeli-
belah untuk sesuatu yang kurang penting,
mengutamakan kehendak melebihi keperluan.
Akhirnya, perbelanjaan anda akan melebihi
pendapatan sehingga kewangan menjadi
tidak sihat.

3

Gaya hidup hedonisme akan

mengakibatkan tiadanya pelan kewangan

jangka panjang bagi pelakunya. Hal ini

kerana mereka hanya memberi tumpuan

kepada memenuhi kesenangan dan

kebahagiaan masa kini. Mereka hanya

berfikir lebih lanjut tentang bagaimana

untuk memenuhi gaya hidup mewah agar

mereka boleh mengalahkan orang lain.

Akibatnya, kewangan mereka cepat habis

p jearangnTckiaadnpagakannjmakenegmwpaunngyaain


4

KemHuurtMuaennngcgaedtnausn
kan
Tuntutan gaya hidup hedonistik tidak akan
habis. Mereka akan mencari cara untuk
memenuhi keinginan peribadi. Kerana
kewangan hedonis cenderung tidak sihat,
mereka sanggup berhutang untuk perkara-
perkara yang tidak berfaedah.Kesannya,
timbul hutang yang tidak tertunggak dan
berakhir kemurungan.

5

06
Cara Mengatasi

1

Mengubah minda menjadi lebih produktif.
Miliki pemikiran untuk melihat perkara
berdasarkan produktiviti. Pertimbangkan
kelebihan pada masa kini dan masa depan.

Menyedari bahawa kehidupan bukan tentang
keseronokan sahaja.Terkadang diri akan
menerima masalah yang membuatkan sedih
dan kesukaran, tetapi terkadang juga kita
akan memperoleh perasaan keseronokan dan
kebahagiaan.

2

3

Merangka sasaran dan merancang kewangan
jangka panjang. Apabila mempunyai
perancangan kewangan dan berfikir tentang
masa depan, maka kita dapat mengawal gaya
hidup kita. Kerana ada perkara yang jauh
lebih penting pada masa akan datang.

Mengehadkan diri apabila memberi ganjaran
kepada diri. Sedar apabila tiba masanya
untukberhenti dan tidak melakukannya
secara berterusan.

4

5

Merekodkan setiap perbelanjaan dan
pendapatan. Kita akan dapat mengawal
kewangan dan melaksanakan kehidupan
yang berjimat cermat.

Mengurangkan penggunaan kad kredit supaya
anda tidak berpuas hati lalu tergoda untuk
terus membeli-belah sehingga melebihi had
kad kredit.

6

07
Contoh Isu

Isu remaja

dipeluk oleh

artis K-pop.

Isu pelajar IPT

salah guna

dadah.

Isu remaja
Isu remaja

minum bir di
hamil luar


depan
nikah.
surau.
Isu anak

ketagih

‘TOPUP

GAME'.

08
Kesimpulan

Kesimpulan

Kesimpulannya, semua pihak seharusnya bekerjasama
agar dapat membanteras budaya hedonisme atau
keseronokan yang melampau yang boleh mengganggu
keamanan dan keharmonian negara. Oleh itu, amatlah
penting untuk semua pihak tidak kira muda atau dewasa
supaya peka dan sedar akan cabaran serta kesan budaya
hedonisme pada negara agar masalah ini tidak meluas ke
seluruh negara, menjadikan negara kita dipandang
rendah oleh negara lain. Dengan membanteras budaya
ini, kita dapat membentuk rakyat yang bersatu-padu
yang hidup dengan aman serta generasi muda yang
bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.

09
Rujukan

Rujukan

1.Martua P butarbutar, Martua P Butarbutar.2015,
Hedonisme Arus Balik Demokrasi: Hedonism
Backflow of Democracy

2. https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/vie
w/9677/6837

3. https://finance.detik.com/berita-ekonomi-bisnis/d-
5852877/gaya-hidup-hedonisme-pengertian-dampak-
-cara-mengatasinya

4. https://www.maxmanroe.com/vid/sosial/pengertian-
hedonisme.html

5. https://khirkhalid.com/gejala-hedonisme-di-malaysia/

SINOPSIS

Budaya hedonisme dikenal sebagai agen

penghakis amalan tradisi dalam sesuatu

budaya. Melalui media hiburan yang dibawa

dari Barat, generasi muda didedahkan

dengan sikap pertuturan yang kasar, gaya

pemakaian yang mencolok mata dan cara

pergaulan yang bebas.


Click to View FlipBook Version