1
KANDUNGAN
=================
1. Faedah bergotong - royong..............................4
2. Cara-cara untuk berjimat cermat .....................5
3. Kebaikan mengikuti kelas tambahan...............6
4. Faedah bersukan...............................................7
5. Faedah memanfaatkan perpustakaan .............8
6. Ibu saya..............................................................9
7. Guru saya.........................................................10
8. Faedah-faedah membawa bekal makanan dari
rumah ke sekolah ............................................11
9. Faedah memanfaatkan perpustakaan ...........12
10. Berbincang tentang Pertandingan Kebersihan
dan Keceriaan Kelas .......................................13
11. Faedah menabung...........................................14
12. Lawatan Ke Pulau Langkawi ..........................15
13. Cara-Cara menjaga kesihatan diri..................16
14. Langkah-langkah mengurangkan kemalangan
jalan raya..........................................................17
15. Faedah membaca ............................................18
16. Faedah menyimpan wang...............................19
17. Kepentingan komputer ...................................20
2
18. Kebaikan bersukan .........................................21
19. Kepentingan memelihara alam sekitar ..........22
3
Faedah bergotong - royong
Pendahuluan:
Amalan gotong-royong merupakan amalan yang mulia dalam kehidupan
kita. Antara aktiviti yang boleh dijalankan secara bergotong-royong adalah seperti
membersihkan kawasan kampung, halaman rumah, kawasan sekolah dan
membaiki jambatan.
Isi 1:
Amalan bergotong-royong boleh mendatangkan banyak faedah kepada
kita. Apabila kita menjalankan sesuatu aktiviti secara bergotong-royong, kerja
yang berat akan menjadi ringan. Kita juga akan kurang berasa letih dan bosan.
Isi 2:
Di samping itu, kita boleh menjimatkan masa, tenaga dan wang. Hal ini
demikian kerana aktiviti bergotong-royong dijalankan secara beramai-ramai tanpa
upah. Dengan adanya kerjasama daripada semua lapisan masyarakat, sesuatu
aktiviti dapat dilaksanakan dengan cepat dan mudah.
Isi 3:
Selain itu, kita dapat memupuk persahabatan dan sifat setiakawan. Melalui
aktiviti bergotong-royong, kita boleh berkenalan dengan jiran tetangga dan kawan-
kawan baharu. Kita akan berpeluang untuk saling memahami dan tolong-
menolong. Justeru, kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam
masyarakat majmuk.
Isi 4:
Amalan gotong-royong juga boleh mewujudkan masyarakat yang sejahtera
dan harmoni. Melalui amalan ini, kita akan bekerjasama dan bermuafakat untuk
mengatasi sesuatu masalah. Amalan ini dapat menyatukan masyarakat yang
berbilang bangsa dan agama. Bak kata pepatah, "jiran sepakat membawa berkat".
Penutup:
Kesimpulannya, kita sewajarnya menghidupkan semula semangat gotong-
royong dalam kehidupan kita demi kesejahteraan bersama. Hal ini kerana banyak
manfaat yang diperoleh daripada amalan gotong-royong.
4
Cara-cara untuk berjimat cermat
Pendahuluan:
Amalan berjimat cermat merupakan amalan yang mulia. Setiap orang perlu
berjimat cermat. Banyak cara yang dapat dilakukan untuk membudayakan amalan
berjimat cermat.
Isi 1:
Antara langkah yang dapat dilakukan termasuklah menjimatkan
penggunaan air dan elektrik. Hal ini perlu dilakukan untuk mengelakkan bil utiliti
yang tinggi. Kita dapat mengurangkan perbelanjaan bulanan.
Isi 2:
Selain itu, kita dapat menjimatkan wang melalui amalan membawa bekal
makanan ke sekolah atau ke tempat kerja. Sudah pasti tindakan ini dapat
menjimatkan wang saku kita. Selain dapat berjimat, kita juga dapat menikmati
makanan yang lebih berkhasiat dan bersih.
Isi 3:
Kita disarankan agar tidak membeli barangan yang tidak diperlukan. Kita
hendaklah membeli sesuatu yang penting sahaja. Hal ini perlu dilakukan untuk
mengelakkan pembaziran.
Isi 4:
Di samping itu, kita juga dapat berjimat-cermat dengan cara tidak
membazirkan makanan. Kita perlu memilih makanan yang berkhasiat sahaja.
Elakkan pembelian makanan segera yang tidak berkhasiat itu. Makanan segera
dapat menjejaskan kesihatan kita di samping menggalakkan pembaziran.
Penutuup:
Kesimpulannya, kita mestilah mengamalkan amalan berjimat cermat
sepanjang masa. Hal ini merupakan tuntutan agama. Banyak manfaat yang akan
diperoleh.
5
Kebaikan mengikuti kelas tambahan
Pendahuluan :
- Kelas selepas waktu pembelajaran formal di sekolah - percuma dan
berbayar - kelas untuk peperiksaan UPSR , PT3 , SPM dan STPM
Isi Penting
1.Menambahkan pemahaman sesuatu subjek - Subjek di ajar guru tidak
sempat di habiskan semasa pembelajaran formal - pelajaran yang tertinggal di ajar
melalui kelas tambahan.
2.Meningkatkan penguasaan teknik menjawab soalan peperiksaan -
biasanya kelas tambahan berfokus kepada peperiksaan-latih tubi soalan
peperiksaan-guru akan mengajar teknik menjawab yang berkaitan subjek diajar.
3.Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah- tidak akan
membuang masa dengan menonton televisyen, bermain permainan video dan
bersembang dalam talian seperti 'Whatsapp' dan 'Facebook'.
4.Kelas tambahan percuma di sekolah -diajar oleh guru mereka sendiri -
menjimatkan kos perbelanjaan ibu bapa - secara tidak langsung membantu
meringankan bebanan kewangan ibu bapa murid.
Penutup
6
Faedah bersukan
Pendahuluan :
Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh
daripada tubuh badan kita. Malah, kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa
melibatkan diri dengan aktiviti sukan.Hal ini dikatakan demikian kerana bersukan
banyak memeberikan faedah kepada kita..
Isi 1 :
Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh
badan.Apabila kita berakreasi seperti berbasikal,bermain badminton dan
sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak
dalam tubuh kita.Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak
berasa lesu ketika belajar di dalam kelas.
Isi 2 :
Selain itu, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan
menambah kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira
umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-
taman, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal
ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.
Isi 3 :
Di samping itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang
secara bermanfaat.Sesi latihan permainan atau beriadah biasanya dijalankan
ketika waktu lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat
menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial.
Isi 4 :
Seterusnya, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama
sekolah.Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita dapat mewakili pasukan
sekolah,daerah, negeri mahupun negara. Apabila kita berjaya memenangi mana-
mana kejohanan sukan, maka kita berjaya mengharumkan nama sekolah.
Kesimpulan :
Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan. Marilah kita
bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia
masyarakat yang cerdas dan cergas.
7
Faedah memanfaatkan perpustakaan
Pendahuluan :
Perpustakaan ialah gedung ilmu yang mengumpulkan pelbagai bahan
bacaan. Di perpustakaan terdapat banyak buku yang boleh dibaca seperti seperti
buku cerita, novel, majalah, jurnal, dan lain-lain lagi. Oleh itu, sudah tentulah
perpustakaan memberi banyak kebaikan kepada kita semua.
Isi 1 :
Sebagai murid, kita dapat mengisi masa lapang dengan memanfaatkan
perpustakaan. Mereka yang selalu ke perpustakaan akan dapat mengelakkan diri
daripada bergaul dengan kacang hantu. Ini secara tidak langsung akan terhindar
daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti melepak, merokok dan
lain-lain lagi. Dengan itu, murid-murid akan berjaya dalam pelajaran dan masa
depan mereka akan lebih cerah.
Isi 2 :
Selain itu, perpustakaan ialah tempat membentuk disiplin diri.
Perpustakaan mempunyai peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi seperti
larangan membuat bising, memulangkan buku mengikut tarikh dan sebagainya.
Justeru, murid-murid dapat berlatih mendisplinkan diri di perpustakaan dan
seterusnya menjadi amalan dalam kehidupan mereka.
Isi 3 :
Di samping itu, sekiranya kita memanfaatkan perpustakaan, kita dapat
menjimatkan wang ibu bapa murid-murid. Murid-murid tidak perlu membeli semua
buku kerana sesetengah buku boleh dipinjam di perpustakaan. Oleh itu, wang
yang mahu digunakan untuk membeli buku-buku tersebut bolehlah disimpan di
dalam tabung untuk kegunaan masa depan.
Isi 4 :
Di perpustakaan, kita akan dapat menambah ilmu pengetahuan. Melalui
pembacaan di perpustakaan, sudah tentu pengetahuan kita akan bertambah
seperti mengetahui isu semasa yang berlaku sama ada di dalam dan di luar
negara.
Kesimpulan :
Kesimpulannya, kita akan memperoleh banyak manfaat sekiranya bijak
memanfaatkan perpustakaan. Oleh itu,ibu bapa mestilah menanamkan minat
anak-anak untuk pergi ke perpustakaan supaya manfaat-manfaat tersebut dapat
dinikmati.
8
Ibu saya
Pendahuluan:
Ibu ialah insan yang melahirkan kita ke dunia. Ibu mengasuh dan mendidik
kita sejak kecil dengan penuh kasih sayang. Kasih ibu tidak ternilai harganya dan
tidak dapat dicari ganti. Ibu saya bernama Nazlina Ibrahim. Beliau berumur 43
tahun.
Isi 1:
Ibu saya seorang yang sederhana, selalu berbaju kurung dan bertudung.
Bagi saya, ibu ialah wanita yang cantik, bersopan-santun , dan periang. Ibu saya
bekerja sebagai guru. Beliau berkelulusan Ijazah Pendidikan dari Universiti
Malaya dan mengajar di Sekolah Kebangsaan Subang Jaya.
Isi 2:
Sebagai seorang ibu yang bekerjaya, kehidupan seharian ibu amat sibuk.
Pada setiap pagi, ibu akan bangun awal untuk menyiapkan sarapan dan memasak
untuk makan tengah hari. Selepas bersarapan, saya dan ibu akan pergi ke sekolah
bersama-sama. Pada waktu tengah hari, ibu akan menjemput saya di sekolah.
Kemudian, kami akan makan bersama-sama. Pada waktu petang pula, ibu akan
menghantar saya ke sekolah agama.
Isi 3:
Hobi ibu saya ialah menjahit baju. Ibu mahir menjahit pelbagai jenis pakaian
seperti baju kurung, baju kebaya, baju melayu dan sebagainya. Setiap kali
menyambut Hari Raya Aidilfitri, ibu akan menjahit sendiri baju suami dan anak-
anaknya. Baju-baju yang dijahit oleh ibu sangat cantik dan kemas.
Isi 4:
Ibu saya merupakan pakar motivasi dalam keluarga kami. Setiap kali musim
peperiksaan menjelang tiba, ibu pasti akan memberikan kata-kata semangat
kepada saya supaya melakukan yang terbaik dalam peperiksaan. Sekiranya
markah peperiksaan saya tidak begitu memuaskan, ibu akan menyuntik semangat
saya agar tidak berputus asa untuk terus berusaha sehingga berjaya.
Penutup:
Saya amat menghargai jasa ibu terhadap saya. Saya bersyukur kerana
memiliki ibu yang hebat. Saya berharap agar ibu saya sentiasa sihat sejahtera
dah dipanjangkan umur. Saya berjanji akan berada di sisi ibu hingga akhir hayat
hidup saya.
9
Guru saya
Pendahuluan:
Guru merupakan insan yang paling penting dalam mencorakkan
kehidupan seseorang pelajar. Tanpa bimbingan dan didikan guru pastinya tidak
akan lahirlah jurutera, doktor dan arkitek yang berjaya. Guru yang paling saya
sayangi di sekolah saya ialah Cikgu Maya. Cikgu Maya berumur empat puluh
tahun. Beliau sudah berumah tangga dan kini mempunyai empat cahaya mata.
Isi 1:
Saya amat menyayangi Cikgu Maya kerana beliau seorang guru yang
baik hati dan bertanggungjawab. Beliau mengajarkan mata pelajaran Bahasa
Melayu dan Sains. Semasa mengajar di dalam kelas, beliau amat tegas, tetapi
pandai berjenaka. Sikap yang dimiliki oleh Cikgu Maya menyebabkan saya dan
rakan-rakan yang lain tidak pernah berasa bosan mengikuti pengajaran yang
disampaikan oleh beliau.
Isi 2:
Cikgu Maya juga pandai mengambil hati murid-muridnya. Apabila kami
melakukan kesalahan, beliau tidak akan memarahi kami. Sebakilnya, beliau akan
membimbing dan menasihati kami supaya tidak akan melakukan kesalahan yang
sama.
Isi 3:
Sekiranya ada masa lapang, Cikgu Maya akan berbual-bual dengan
saya dan rakan-rakan saya. Lazimnya Cikgu Maya akan bertanyakan masalah
yang kami hadapi terutamanya dalam hal pelajaran. Beliau sememangnya begitu
prihatin terhadap anak-anak muridnya.
Isi 4:
Pada sebelah petang, Cikgu Maya akan melatih kami bermain hoki.
Beliau merupakan jurulatih hoki yang sangat berdedikasi di sekolah saya. Teknik
permainan yang diajarkan oleh Cikgu Rahmah banyak membantu pasukan hoki
sekolah saya meraih kejayaan dalam setiap perlawanan.
Penutup:
Kami berasa amat bersyukur kerana mempunyai guru yang baik hati
dan penyayang seperti Cikgu maya. Beliau bukan sahaja seorang pendidik,
malahan kami menganggapnya sebagai ibu. Segala jasa dan pengorbanan yang
telah diberikan kepada kami amat kami hargai dan dikenang sampai bila-bila.
10
Faedah-faedah membawa bekal makanan dari rumah ke sekolah
Pendahuluan
Bekal makanan merupakan sesuatu makanan yang disediakan di rumah
dan dibawa ke sesuatu tempat. Akhir-akhir ini, kita boleh dapati bahawa ramai
murid yang telah membawa bekal makanan ke sekolah. Budaya ini patut
digalakkan kerana terdapat banyak faedah melalui amalan ini.
Isi 1
Antara faedah yang nyata ialah murid-murid dapat menjaga kesihatan.
Bekal makanan yang disediakan oleh ibu bapa merupakan makanan yang
berkhasiat dan seimbang. Dengan itu, murid tidak akan mengambil makanan yang
berlemak seperti ayam goreng, nuget dan sosej di kantin sekolah. Ini secara tidak
langsung dapat meningkatkan kecergasan fizikal dan kecerdasan mental murid.
Isi 2
Selain itu, dengan membawa bekal makanan murid-murid dapat berjimat
cermat. Mereka dapat menyimpan wang saku yang lebih dalam tabung. Ini dapat
menanam sikap menabung sejak kecil, bak kata pepatah melentur buluh biarlah
dari rebungnya.
Isi 3
Di samping itu, amalan membawa bekal makanan ini juga dapat menjalin
hubungan rapat dengan keluarga. Sebagai contoh, anak-anak yang makan
makanan hasil daripada ibu atau ayah akan merasai kasih sayang keluarga. Ini
secara tidak langsung akan melahirkan anak-anak yang tahu menghayati dan
menghargai jasa ibu bapa.
Isi 4
Murid-murid yang membawa bekalan makanan ke sekolah adalah lebih
berdikari berbanding dengan yang lain. Murid-murid akan belajar menyediakan
makanan kegemaran secara sendiri atau dengan bantuan ibu bapa. Maka, murid-
murid akan menghabiskan semua makanan yang dibawa dari rumah.
*
Penutup
Memandangkan terdapat banyak faedah yang diperoleh melalui budaya
membawa bekal makanan ini, maka murid-murid digalakkan berbuat demikian.
Semua pihak diminta berganding bahu dalam membina dan mengamalkan budaya
ini.
11
Faedah memanfaatkan perpustakaan
Pendahuluan
Perpustakan adalah gedung ilmu.Di perpustakaan terdapat banyak buku
yang boleh dibaca seperti seperti buku cerita, novel, majalah, jurnal, dan lain-lain
lagi. Di negara kita, perpustakaan awam terdapat di mana-mana sahaja untuk
kemudahan orang ramai membaca. Ini kerana dengan membaca, pengetahuan
murid-murid semakin bertambah dan ini tentu membantu murid-murid dalam
pelajaran. Perpustakaan banyak memberi faedah kepada kita.
Isi 1
Sebagai murid, kita dapat mengisi masa lapang dengan memanfaatkan
perpustakaan. Mereka yang selalu ke perpustakaan akan dapat mengelakkan diri
daripada bergaul dengan kacang hantu. Ini secara tidak langsung akan terhindar
daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti melepak, merokok dan
lain-lain lagi. Dengan itu, murid-murid akan berjaya dalam pelajaran dan masa
depan mereka akan lebih cerah.
Isi 2
Selain itu, perpustakaan adalah tempat membentuk disiplin diri.
Perpustakaan mempunyai peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi seperti
larangan membuat bising, memulangkan buku mengikut tarikh, menyusun semula
buku di raknya dan seumpamanya lagi. Justeru, murid-murid dapat berlatih
mendisplinkan diri di perpustakaan dan ini diharap akan menjadi amalan dalam
kehidupan mereka.
Isi 3
Di samping itu, sekiranya kita memanfaatkan perpustakaan, kita juga dapat
menjimatkan wang ibu bapa murid-murid. Murid-murid tidak perlu membeli semua
buku kerana sesetengah buku boleh dipinjam di perpustakaan. Oleh itu, wang
yang mahu digunakan untuk membeli buku-buku tersebut bolehlah disimpan di
dalam tabung. atau membeli barang keperluan yang lain.
Penutup
Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Oleh itu, kita
perlu memanfaatkna perpustakaan yang disediakan demi kemajuan kita dalam
pelajaran. Tambahan pula, murid-murid juga dapat menghilangkan rasa bosan
setelah penat belajar dengan membaca buku-buku tertentu di perpustakaan
seperti komik, majalah dan sebagainya.
12
Berbincang tentang Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas
Pihak sekolah akan menganjurkan pertandingan kebersihan dan keceriaan
kelas. Sewaktu rehat kamu dan kawan kamu berbincang cara-cara mencantikkan
kelas.
Harun : Firdaus, apa rancangan kamu tentang pertandingan kebersihan
dan keceriaan kelas kita?
Firdaus : Saya rasa kita patut menyediakan sebuah jadual bertugas yang
baru dan lantik seorang ketua kebersihan bagi mengawasi semua kawan kita
menjalankan tugas masing-masing setiap hari.
Muthu : Bukan itu saja, saya rasa kita patut bergotong-royong pada hari
Sabtu ni bagi membersihkan semua sarang lelabah dan coretan dinding dan meja
kita.
Harun : Bagus cadangan Muthu. Nanti kita bincang dalam kelas. Selain itu,
kita patut mengadakan satu papan kenyataan bagi menghiasi dengannya lukisan
yang cantik.
Firdaus : Bukan itu sahaja, kita patut menghiasi semula ruang bacaan yang
kita adakan dulu. Bahan bacaan harus ditambah dan diganti baru.
(Riiiiiing.... Loceng telah berbunyi melambang waktu rehat telah berakhir)
13
Faedah menabung
Pendahuluan
Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan.
Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung member banyak
faedah kepada kita.
Isi 2
Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-
cermat. Oleh sebab itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita
hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke sekolah. Justeru, baki duit yang
diberi ibu bapa dapat disimpan kedalam tabung.
Isi 2
Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan
ini boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan
pelajaran ke universiti. Selain itu, wang simpanan juga membantu kita membeli
barang-barang keperluan diri kita sendiri. Ibubapa pasti akan berasa bangga
dengan sikap kita yang pandai berjimat cermat dan berdikari itu.
Isi 3
Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika
kita sakit wang itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu,
wang ini juga boleh digunakan jika ahli keluarga kita sakit atau ditimpa
kemalangan. Justeru kita tidak perlu meminta-minta kepada orang lain.
Isi 4
Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita
menyimpan wang di dalam bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan
atau faedah bank. Wang ini boleh digunakan untuk menampung kehidupan masa
hadapan. Justeru kita dapat hidup dengan selesa dan tidak menyusahkan orang
lain.
Penutup
Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya.
Bak kata pepatah, 'ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis'. Oleh itu
,mulalah menabung dari sekarang kerana 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
14
Lawatan Ke Pulau Langkawi
Persatuan Sains sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke Pulau
Langkawi. Tuliskan laporan mengenainya.
Pada 29 Mei 2011, Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan Mangkapon
Pitas telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi. Lawatan ini
berlangsung selama 4 hari 3 malam. Seramai 35 orang murid dan 5 orang guru
telah menyertai lawatan ini.
Rombongan telah tiba di jeti Kuala Perlis jam 9:00 pagi. Kami menaiki feri.
Kami sampai di hotel Hilton tepat jam 12:00 tengah hari. Pihak hotel telah
menyambut kehadiran kami dengan tangan terbuka. Jamuan tengah hari telah
disediakan oleh pihak hotel.
Pada hari kedua, kami telah menaiki bas persiaran melawat tempat-tempat
menarik dan bersejarah. Tempat tersebut ialah Makam Mahsuri, BerasTerbakar,
TelagaTujuh, Akurium, Tasik Dayang Bunting, Taman Buaya dan Pantai Rhu.
Pada lewat petang barulah kami pulang ke hotel.
Pada sebelah malamnya, kami menikmati makanan, kami menikmati
makan malam secara buffet. Pelbagai jenis makanan laut disediakan pihak hotel.
Antaranya sotong, ikan,udang dan lain-lain lagi. Rasanya sunguh sedap dan lazat.
Lawatan hari ketiga lebih menarik lagi. Kami berpeluang menaiki kereta ke
balke puncak gunung. Pemandangannya cukup menarik. Seterusnya kami dapat
menyelam untuk menikmati keindahan hidupan laut di dasar laut. Pengalaman ini
sangat beharga dan akan dijadikan kenangan dalam hidup kami.
Pada hari terakahir, kami pergi membeli-belah di kedai bebas cukai.
Sebelum bertolak pulang, kami telah bergambar kenangan di Dataran Helang.
Kami tiba di sekolah dengan gembira. Walaupun keletihan, namun kepuasan jelas
terbayang pada wajah ahli Persatuan Sains.
Laporan disediakan oleh, 2 Jun 2011
15
Anita
(ANITA BT AHMAD)
SetiausahaPersatuanSains
SK. Mangkapon, Pitas.
Cara-Cara menjaga kesihatan diri.
Pendahuluan
Semua individu perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka
dalam keadaan yang sihat dalam hidup mereka. Ada banyak cara untuk
memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.
Isi 1
Cara yang paling mudah ialah seseorang itu perlu menjagakebersihan diri.
Aktiviti mandi dan memakai pakaian yang bersih serta memastikan kawasan
sekeliling rumah bersih merupakan langkah yang paling praktikal untuk dilakukan
oleh sesiapa sahaja.
Isi 2
Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan
yang berzat. Makanan segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil
dalamkuantiti yang banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik.
Isi 3
Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang
baik. Senaman memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang
mampu memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang
serangan penyakit.
Isi 4
Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doctor mengikut jadual
berkala. Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika
di peringkat awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat doctor hendaklah
dipatuhi selalu.
Penutup
Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggungjawab yang
harus dilaksanakan dengan penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja
menijmatkan kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan yang
penuh ceria kepada diri dan keluarga jua.
16
Langkah-langkah mengurangkan kemalangan jalan raya
Pendahuluan
Sejak kebelakangan ini, kadar kemalangan jalanraya semakin meningkat.
Oleh itu, kita haruslah mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan kadar
kemalangan jalanraya.
Isi 1
Antara langkah-langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalanraya
adalah dengan memberi didikan tentang pengetahuan dan kepentingan mematuhi
peraturan jalanraya kepada murid-murid sejak kecil lagi. Contohnya melalui
matapelajaran PKJR, murid-murid diajar tentang maksud simbol-simbol pada
papan keselamatan jalanraya dan langkah-langkah keselamatan yang harus
diambil ketika berada di jalanraya. Ini dapat meningkatkan kesedaran murid-murid
tentang kepentingan menjaga keselamatan jalanraya.
Isi 2
Seterusnya, kita haruslah memupuk amalan mematuhi peraturan jalanraya
dalam kalangan murid-murid. Misalnya ketika berbasikal, murid- murid hendaklah
mengayuh basikal dalam satu barisan dan tidak bersaing. Ini dapat mengelakkan
diri mereka daripada dilanggar oleh kenderaan.
Isi 3
Selain itu, kita hendaklah menjadi pengguna jalanraya yang berhemah dan
bertolak ansur. Contohnya para pemandu hendaklah sentiasa berwaspada dan
perlahankan kenderaannya ketika melalui kawasan sekolah terutamanya pada
waktu sibuk. Pada waktu inilah, kanak-kanak sekolah biasanya akan bersikap cuai
dan tergesa-gesa untuk melintas jalanraya. Apabila pemandu perlahankan
kenderaannya , maka kanak-kanak sekolah dapat melintas dengan selamat.
Penutup
Sesungguhnya, setiap pengguna jalanraya hendaklah mengamalkan
langkah-langkah keselamatan jalanraya untuk mengelakkan kemalangan
daripada berlaku kerana malang tidak berbau. Besarlah harapan kita untuk
berganding bahu agar dapat mengurangkan kadar kemalangan jalanraya.
17
Faedah membaca
Pendahuluan
Membaca merupakan salah satu tabiat yang amat berfaedah. Seseorang
yang suka membaca mempunyai minda yang sihat dan positif. Bahan bacaan
seperti buku-buku ilmiah dan majalah boleh merangsang pemikirankita. Oleh itu,
pemikiran kita sentiasa kreatif, kritis dan mempunyai wawasan
Isi 1
Tabiat suka membaca juga boleh meningkatkan perbendaharaan kata.
Perb endaharaan kata yang meluas baik dalam bahasa akan meningkatkan
kemampuan kita untuk berkomunikasi secara lisana taupun bertulis.
Isi 2
Di sampingitu, tabiat suka membaca boleh menambah pengetahuan kita.
Contohnya, jika kita sering membaca buku-buku berkaitan sains dan sejarah.
Dengan itu, pengetahuan tentang konsep sains dan sejarah boleh ditingkatkan
dan sekaligus membantu dalam proses pembelajaran di sekolah.
Isi 3
Seterusnya, tabiat suka membaca boleh mengisi masa lapang kita dengan
berfaedah. Oleh itu, masa lapang kita tidak akan terbuang dengan sia-sia dengan
membaca.
Penutup
Kesimpulannya, tabiat membaca memang mempunyai banyak kelebihan.
Maka kita harus memupuk tabiat suka membaca ini sejak kecil lagi. Bak kata orang
bijak pandai, “ membaca jambatan ilmu”.
18
Faedah menyimpan wang
Pendahuluan
“Sedikit-sedikit lama-lama menjadibukit.” Itulah pegangan orang yang
pandai berjimat-cermat demi masa depan mereka. Wang amat penting dalam
kehidupan manusia. Dengan wang kita dapat membeli apa sahaja yang diingini..
Isi 1
Oleh itu, kita hendaklah berjimat-cermat ketika menggunakan wang. Kita
boleh menyimpan wang di dalam tabung, bank dan pejabat pos. Sungguhpun
pada mulanya wang yang kita simpan itu sedikit, tetapi lama-kelamaan ia akan
menjadi banyak. Dengan wang yang kita simpan itu, kita boleh menampung serba
sedikit perbelanjaan sekolah seperti membeli buku-buku dan alattulis.
Isi 2
Setiap hari ibu bapa membanting tulang mencari wang untuk
menyekolahkan kita. Kita harus memikirkan betapa susahnya mereka mencari
wang. Jadi, dengan menabung, mungkin suatu hari nanti kita dapat membantu
pula ibubapa kita.
Isi 3
Jika kita jatuh sakit atau ditimpa kemalangan, wang yang disimpan boleh
digunakan pada saat-saat genting ini. Begitu juga jika kita ingin berniaga. Sudah
tentu kita memerlukan modal yang banyak. Wang simpanan kita akan membantu
kita menyenangkan perbelanjaan. Hari ini amat berbeza dengan zaman dahulu.
Wang adalah segala-galanya untuk kita meneruskan hidup.
Penutup
Kesimpulannya, tabiat menyimpan wang mempunyai banyak faedah.
Tabiat ini haruslah ditanam sejak kecil lagi. Kata pepatah, “kalau melentur buluh,
biarlah dari rebungnya.
19
Kepentingan komputer
Pendahuluan
Komputer sangat penting bagi murid-murid. Tuliskan sebuah karangan
yang bertajuk, “Kepentingan Komputer Kepada Murid-murid”.
Isi 1
‘Sebuah Rumah Sebuah Komputer,’ begitulah ungkapan yang dilaungkan
oleh kerajaan Negara kita. Mengapakah computer sangat penting? Bolehkah
computer membantu kita terutamanya murid-murid dalam pelajaran?
Isi 2
Sebenarnya computer memang banyak mendatangkan kesan yang baik
jika digunakan dengan jalan yang betul. Perisian yang ada dalam computer dapat
membantu murid-murid dalam pelajaran. Segala tugasan dapat diselesaikan
dengan mudah dan berkualiti.
Isi 3
Bagi murid-murid yang melayari internet, duniamerekahanya dihujungjari.
Segala maklumat dan perkara-perkara yang berlaku di dunia akan dapat diketahui
dengan segera dan mudah. Ini membantu mereka mengikuti perkembangan
semasa di dalam dan luar negara.
Isi4
Dengan mempelajari komputer, hubungan silaturahim dapat dieratkan. Kita
boleh berhubung antara satu sama yang lain melalui computer terutamanya rakan
kita yang berada di luar negara. Kaedah ini mudah dan menjimatkan kos.
Isi 5
Selain itu, computer boleh dijadikan alat hiburan ringan. Apabila kita
mengalami tekanan atau kerunsingan, computer boleh membantu kita
menenangkan fikiran. Kita juga boleh bermain permainan yang terdapat di
dalamnya.
Penutup
Oleh yang demikian, murid-murid digalakkan mempelajari dan menguasai
bidang komputer. Hasrat kerajaan yang ingin menjadi sebuah Negara maju pada
tahun 2020 dapat direalisasikan dengan ilmu pengetahuan yang lebih mudah
diakses menggunakan komputer. Olehcitu, di peringkat sekolah lagi pendedahan
tentang kemahiran menggunakan computer perlu dilatih untuk persediaan
menghadapi dunia teknologi.
20
Kebaikan bersukan
Pendahuluan
Aktiviti bersukan merupakan aktiviti yang boleh kita dilakukan pada masa
lapang mengikut kesuaian individu.Aktiviti sukan banyak kebaikan kepada kita jika
kita mengamalkannya.
Isi 1
Antara kebaikan bersukan ialah dapat menyihatkan tubuh badan kita.
Apabila kita menyertai aktiviti sukan,kita akan melakukan aktiviti pergerakan yang
boleh mengeluarkan peluh. Apabila badan kita berpeluh, kita akan berasa lebih
segar dan sihat. Peluh yang keluar merupakan bahan kumuhan yang tidak
diperlukan oleh badan kita.
Isi 2
Bersukan juga dapat mengisi masa lapang kita dengan perkara yang
berfaedah. Dengan bersukan masa yang terluang dapat diisi dengan aktiviti yang
boleh menyihatkan badan dan terhindar daripada melakukan perkara yang tidak
berfaedah seperti melepak dan merokok .Kita juga boleh bersukan pada waktu
petang dan pada hari cuti.
Isi 3
Bersukan juga dapat menghindar kita daripada menghidapi penyakit seperti
kencing manis dan darah tinggi. Ramai orang yang menghidap penyakit kencing
manis dan darah tinggi merupakan orang yang tidak suka bersukan. Selain
menjaga pemakanan, aktiviti bersukan juga penting bagi mengatasi masalah
kencing manis dan darah tingg.
Isi 4
Kebaikan yang seterusnya ialah bersukan dapat menenangkan fikiran
selepas penat mengulangkaji pelajaran. Apabila kita belajar, kita telah
menggunakan minda kita untuk berfikir dan mengingati pelajaran secara
maksimun. Hal ini akan menyebabkan minda kita berasa letih dan lesu.Oleh itu,
untuk merehatkan fikiran kita mestilah bersukan. Apatah lagi.jika bersukan di
tempat-tempat yang menarik seperti di tepi tasik dan di taman permainan.
Penutup
Kesimpulannya, bersukan merupakan aktiviti yang memberi banyak
kebaikan dan berguna kepada kita. Lantaran itu.marilah kita mengamalkan aktiviti
bersukan dalam kehidupan kita.
21
Kepentingan memelihara alam sekitar
Pendahuluan
Alam sekitar adalah alam di sekeliling kita seperti sungai,tumbuh-
tumbuhan,dan bukit-bukau. Kita perlu memelihara keseimbangan alam sekitar.
Alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik.
Isi 1
Alam sekitar adalah anugerah Tuhan kepada kita. Alamsekitar yang
terpelihara akan dapat mendamaikan jiwa kita. Persekitaran bersih dan indah
sesuai dijadikan tempat tinggal. Selain itu, alam sekitar yang tidak tercemar akan
dapat menarik kedatangan ramai pelancong.
Isi 2
Tumbuh-tumbuhan perlu dipelihara kerana ia menjadi unsur penting dalam
keseimbangan alam. Tumbuh-tumbuhan mengeluarkan gas oksigen. Gas
oksigen ini diperlukan oleh manusia untuk pernafasan. Haiwan juga memerlukan
tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan sumber makanan.
Isi 3
Selain itu,bukit-bukau dan gunung-ganang juga perlu dipelihara.Hutan tebal
yang menghijau dijadikan sebagai kawasan tadahan hujan.Kawasan hutan
menjadi habitat pelbagai jenis haiwan seperti harimau, singa dan gajah. Aktiviti
pembalakan dan pertanian perlu dikawalkan agar tidak menjejaskan
keseimbangan alam sekitar.
Isi 4
Sungai dan lautan juga adalah sebahagian daripada alamsekitar yang perlu
dipelihara. Sungai yang bersih merupakan sumber air kepada kita.Lautan yang
terbertang luas menjadi tempat nelayan menangkap pelbagai jenisikan.Kita perlu
memelihara sungai dan lautan agar tidak tercemar supaya pelbagai jenis ikan
dapat terus membiak.
Penutup
Sesungguhnya, kita perlu memelihara alam sekitar daripada pencemaran.
Alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik. Alam sekitar
yang terpelihara merupakan hadiah yang tidak ternilai kepada generasi akan
datang.
22