The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by psssktgkupang, 2021-01-05 18:46:51

KOLEKSI PANTUN MELAYU

5_6339248725327609861 (2)

UJANA PANTUN MELAYU
KOLEKSI PANTUN

Disusun oleh

Puan Asyiqeen Amin.

Batang saderi ditimpa batu,
Melentok padi dihembus badai;

Kembalilah diri pada Yang Satu,
Kelaknya budi tidak tergadai.

Kalau kedidi lompat berlari,
Hinggap sebentar di ranting kenanga;
Kalau sudi bertandang ke mari,
Kubentang tikar bertabur bunga.

Mawar merah cantik tersemat,
Tetap indah walau berduri,
Apa khabar duhai sahabat,
Kumenyapa setulus hati..

Rimbun berputik mangga di dusun,
Bunga pala menguntum sudah;
Pantun secantik sirih tersusun,
Kata pembuka bermula madah.

Sopan santun di gadis desa,
Berkebaya nyonya cantik gemilang,
Budaya berpantun warisan bangsa,
Mengapa gahnya semakin menghilang

Akar seruntun bernaung pedada,
Ditepi lembah pegaga melata,
Menggarap pantun mnjana minda,
Pengerat ukhwah terjalin semesta

Burung ketari terbang berkelana,
Hinggap juga di tepi titi;
Pantun bestari digarap cakna,
Demi menjaga sukma hati

Mekar angsana indah berseri,
Ambil lada di sisi kekwa,
Digarap cakna pantun bestari,
Mencanai minda melestari jiwa

Takkan layu kemboja merah,
Jika disiram dibubuh bajanya;
Pantun Melayu tersusun indah,
Cantik bersulam baik budinya

Cermat pinang dicanai adat,
Juga sirih kami tatangkan;
Selamat datang wahai pelawat,
Bunga kasih kami taburkan.

Pantun berkias takkan layu.
Hidup bersama insan budiman;
Majlis dihias pantun Melayu,
Pasti bergema menggamit kenanga

Duduk bersembang laksamana hang tuah,
Sambil memetik buah bidara,
Mohon patik datang bersembah,
Harapkan ilmu dikongsi bersama

Laksana bulan terang purnma,
Pungguk meratap dalam sendu,
Laksana tuan seorang umpama,
Pengubat hati nan merindu

Indah busana hiasan bersulam,
Cantik dipakai puteri palembang,
Berminat patik sertai telegram,
Pantun diangkat warisan terulung

Berkain batik si anak dara,
Mandi lulur duduk bersantun,
Hati terdetik menghantar bicara,
Salam dihulur dalam berpantun

Pucuk pauh delima batu
Ikan patin di sungai pahang
Hidup percaya pada yang Satu
Agar sejahtera capai gemilang

Bibir kelu lidah membisu
Melihat burung terbang di awan
Suasana riang tidaklah lesu
Selamat datang rakan dan taulan

Turun kedidi di tengah laman
Hinggap seekor di sarang merbah
Terima kasih tuan budiman
Medan nukilan madah nan indah

Seruntun sebatang akar kematu,
Reput sebatang jarak ke paya,
Pantun datang bersangkar waktu,
Jemput datang semarak karya

Pandang pertama sudah terpaut
Hati gundah bagai dikurung
Gila apakah ikan di laut
Mengidam umpan di kaki gunung

Senja berbalam beriring pawana
Jangan diredah si paya berduri
Pantun bersulam kiasan bermakna
Jadi wadah pemikiran bestari

Indah mejelis puteri cangkat;
Diasuh ananda di bumi sahaya;
Jangan tulis kata singkat ,
Sirna bahasa cemar budaya

Hidup serumpun ujana berhias,
Dikunjung rusa dengan anaknya;
Pantun disusun kata dikias,
Indah bahasa baik budinya.

Bunga selasih seputih salju
Pokok sena lebat berbunga
Adat berkasih bertamu rindu
Di ceruk mana seia serasa

Terbang ke bulan si burung tempua
Turun dewata ke dahan meranti
Salam perkenalan buat semua
Yang jauh di mata dekatnya di hati

Bersimpuh segak menatang tepak
Dijemput jejaka makan papaya
Bersua tidak menyapa pun tidak
Salam terurai di medan maya

Pagiku mula menyapa senyum,
Hampiri kawan di alam maya,
Hati gembira bahagia tercantum,
Berjumpa teman menyulam canda.

Buah seulas bunga sekuntum
Anak dara letak di meja
Pantun berhias sejemput senyum
Teman bicara tertib berkata

Selembut salju ombak lautan,
Setangkai mesra melilit titian,
Seraut wadah Penjalin Hubungan,
Di alam maya kita dipertemukan

Jangan dijual emas suasa,
Kelak ia jadikan hantaran;

Jangan dibiar rindu menyeksa,
Kelak nyawa jadi taruhan

Cindai kulagu merdu suara,
Bingkisan rasa buat sahabat,
Walau berbatu berpisah kita,
Ukhwah bersama tangan berjabat

Patah dipulas batang selasih,
Dibuang dayang di tepi kali,
Tulus dan ikhlas simpulan kasih,
Rindu dan sayang datang sendiri

Apalah sayang buah kuini,
Buahnya jatuh di tanah seberang

Apalah daya nasib ku ini,
Karam berdua basah seorang

Kalau tuan pikat cemara,
Dahan seruntun bakar selasih,
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan pantun pengikat kasih

Burung kedidi hinggap di kali,
Jua Bergandingan burung tempua;
Kiranya sudi menjamu kami,
Kad undangan janganlah lupa

Pokok rambutan dililit sulur,
Tempat berirama burung pekaka,
Salam kenalan sedia kuhulur,
Buat pecinta pantun pusaka

Makan kelubi bersama nyonya
Rasa kelat tidak terperi
Berpantun budaya lama
Menjadi madah didlm hati

Tumbuh rumbia di tepi batu,
Tempat bergayut anak keluang,
Adat dunia memang begitu,
Kerana harta budi terbuang

Nasi lemak buah bidara
Makan bersama buah tembikai
Kerana harta hilang saudara
Budi sudah tiada nilai

Sopan santun di gadis desa,
Berkebaya nyonya cantik gemilang,
Budaya berpantun warisan bangsa,
Mengapa gahnya semakin menghilang

Subur daunan duri semalu,
Tumbuh melata tepian laman,
Budaya berpantun diamal selalu,
Pusaka ibunda zaman berzaman.

Sopan santun di gadis desa,
Berkebaya nyonya cantik gemilang,
Budaya berpantun warisan bangsa,
Mengapa gahnya semakin menghilang

Pergi ke huma cari kelapa,
Asam jawa tumbuh dihutan;

Warisan lama jangan dilupa,
Bertaruh nyawa kita pertahankan

Indah sungguh rantau abang
Tempat org mencari kerang
Kerana harta budi terbuang
miskin tidak dipandang orang

Daun selasih di pohon cermai,
Cantik dimata pilihan sunti;

Tersisip kasih cintaku disemai,
Tiada harta dapat ditukar ganti

Puyu di paya hendak diterpa,
Mahu menjerat rusa siluman;

Warisan budaya tiada kulupa,
Kekal erat dalam genggaman

Terima kasih kepada rakan-rakan
yang sudi menyumbangkan pantun

yang begitu baik untuk koleksi
pantun Melayu ini.

Sopan santun si gadis desa,
Berkebaya nyonya cantik gemilang,
Budaya berpantun warisan bangsa,
Mengapa gahnya semakin menghilang

Terima kasih
ADMIN : CIKGU TAN CL


Click to View FlipBook Version