SEKOLAH KEBANGSAAN BLAU
POS BLAU, 18300 GUA MUSANG
KELANTAN
Perasmian disempurnakan oleh:
Tuan Haji Muhamad Sauki bin Hussin
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Gua Musang
1 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-16 TAHUN 2019
SEKAPUR SIREH
Salam sejahtera
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rah-
matnya kita dapat mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-16 Sekolah Ke-
bangsaan Blau pada tahun ini.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat datang dan me-
rakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih yang tidak terhingga
kepada Tuan Haji Muhamad Sauki bin Hussin, Ketua Pegawai PPD Gua Musang,
kerana sudi hadir bagi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini. Saya
juga mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian para jemputan khas, ibu
bapa dan waris yang sudi menghadirkan diri pada Mesyuarat Agung PIBG kali
ini.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah adalah bertujuan untuk
mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru. Dengan permuafa-
katan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersa-
ma dalam usaha untuk meningkatkan mutu kualiti murid di sekolah, seterusnya
dapat menghasilkan kualiti sekolah yang lebih baik.
Ibu bapa dan guru berpisah tiada, mempunyai peranan saling lengkap
melengkapi, bersatu hati, berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing dalam
menyediakan prasarana, kemudahan, dan suasana sekolah yang kondusif kepa-
da murid-murid dan guru-guru di sekolah.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada jawatankuasa PIBG yang
telah banyak memberi sumbangan dalam melaksanakan program dan aktiviti
untuk sekolah. Semoga kejayaan ini akan dapat diteruskan untuk kecemer-
langan sekolah dan komuniti setempat.
Oleh itu, marilah sama sama kita bersatu hati mengambil peranan dan
tanggungjawab membimbing dan mendidik bagi melahirkan anak anak yang
cemerlang akhlak, akademik dan kebolehpasaran yang tinggi serta menjamin
kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.
Sekian, terima kasih
„MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT‟
TAMLIKHA BIN CHE NIK
Guru Besar
SK Blau
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-16 TAHUN 2019 2
SERANGKAI MADAH
Salam sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa.
Terlebih dahulu marilah kita sama-sama rasa berterima kasih kerana
dapat bersama-sama dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-16 ini. Bersyukur juga
kerana Allah SWT telah mengerakkan hati tuan-tuan dan puan-puan untuk hadir
dalam majlis ini. Semoga Mesyuarat Agung PIBG kali ini dapat menyemarakkan
semangat ibu bapa dan guru untuk melibatkan diri dengan lebih aktif dalam
program pendidikan di sekolah ini.
Jawatankuasa PIBG sehingga hari ini telah cuba melaksanakan tugas
yang diamanahkan dengan sebaiknya. Kepentingan dan kebajikan anak-anak
sentiasa dititikberatkan. Sumbangan ibu bapa melalui yuran PIBG telah
digunakan sebaiknya untuk membantu melancarkan program-program sekolah
ke arah meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah murid.
Saya juga menyeru agar tuan-tuan dapat bersama-sama guru me-
nangani masalah disiplin anak-anak. Disarankan agar ibu bapa boleh menerap-
kan sikap saling hormat menghormati, menghargai masa dan bersopan santun
supaya mereka dapat menjadi manusia yang berguna kelak. Anak-anak yang
dididik dengan sempurna dilihat dapat menerima ilmu dengan lebih mudah.
Akhirnya akan melahirkan generasi yang berkualiti dan berdisiplin tinggi. Hub-
ungan dan kerjasama antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti akan
mewujudkan permuafakatan yang saling erat dan saling memerlukan ibarat aur
dengan tebing.
Akhir kata, saya mengharapkan agar sekolah ini terus cemerlang,
gemilang dan terbilang dalam semua bidang dan mampu mencapai visi dan
misi sekolah.
Sekian, selamat bersidang.
“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”
SONY BIN ANGAH
Yang Dipertua PIBG SK Blau
3 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-16 TAHUN 2019
ATUR CARA MAJLIS
10.30 pagi : Pendaftaran dan para jemputan mengambil tempat.
10.45 pagi
12.00 t/hari : Mesyuarat Agung PIBG kali ke 16 bermula
12.15 petang
: Ketibaan Perasmi Tuan Haji Muhammad Sauki bin Hussin
2.00 petang (Ketua Pegawai PPD Gua Musang)
: Nyanyian Lagu NegaraKu
: Aluan Pengacara Majlis
: Bacaan Doa
: Ucapan Aluan oleh En. Tamlikha bin Che Nik
(Guru Besar SK Blau)
: Ucapan oleh YDP PIBG SK Blau
: Ucaptama dan perasmian oleh
Tuan Haji Muhamad Sauki bin Hussin
(Pegawai PPD Gua Musang)
: Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2019
: Penyampaian cenderahati kepada perasmi
: Jamuan ringan
: Majlis Bersurai.
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-16 TAHUN 2019 4
AGENDA MESYUARAT
1. Perutusan Yang Berusaha Pengerusi—YDP PIBG En. Sony bin Angah
2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-15
3. Membentang dan menerima Penyata Kewangan berakhir 31.12.2018
4. Pembubaran jawatankuasa PIBG 2018/2019
5. Pemilihan jawatankuasa PIBG 2019/2020
6. Pembentangan Usul
7. Hal-hal lain
8. Ucapan Penangguhan
Hadiah Terbaik :
Kepada kawan – Kesetiaan
Kepada musuh – Kemaafan
Kepada ketua – Khidmat
Kepada yang muda – Contoh terbaik
Kepada yang tua – Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan – Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan
5 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-16 TAHUN 2019
JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : En. Tamlikha bin Che Nik
Yang DiPertua : En. Sony bin Angah
Naib Yang DiPertua : En. Amran bin Along
Setiausaha : En. Mohd Dasuki bin Abd. Rahman
Bendahari : En. Nik Afifi bin Nik Daud
AJK dikalangan Ibu Bapa AJK dikalangan Guru
~ En. Jidi bin Marijah ~ En. Mohd Hafiz bin Ramli
~ En. Saidi bin Marijah ~ En. Rosli bin Zakaria
~ Pn. Saerah binti Angah ~ En. Mohd Zani bin Razali
~ En. Along bin Uda
~ En. Suri bin Angah
JAWATANKUASA KERJA
Pendaftaran Sambutan
En. Arman bin Sharif YDP & AJK PIBG
Che Mohd Azam bin Che Mud En. Tamlikha bin Che Nik
En. Dzul Khairi bin Ahmed Zainul Deen En. Mohd Zani bin Ghazali
En. Ahmad Izzuddin bin Ismail En. Nik Afifi bin Nik Daud
En. Mohd Faharulzaman bin Ayub
Bunga Manggar
Cik Normaizura binti Amaluddin Pengacara Majlis & Teks Ucapan
En. Mohd Syahrizal bin Roslan
Cik Norhafizah binti Hassan
Buku Program
Jamuan En. Mohd Syahrizal bin Roslan
Cik Normaizura binti Amaluddin
Siaraya/Peralatan
Cik Norhafizah binti Hassan En. Mohd Mustakim bin Ibrahim
Pn. Kuza binti Bah San
Banner
Bacaan Doa En. Tamlikha bin Che Nik
En. Arman bin Sharif
Hiasan Pentas/ Backdrop
Dokumentasi / Jurukamera Semua guru dan Kakitangan
En. Zaifil Anas bin Zulkefly
Kawalan Murid
En. Mohd Mustakim bin Ibrahim
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-16 TAHUN 2019 6
MINIT MESYUARAT AGUNG
HARI PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
TARIKH Sekolah Kebangsaan Blau
MASA
TEMPAT 18300 Gua Musang, Kelantan
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-15
: ISNIN
: 5 MAC 2018
: 2.00 PETANG
: DEWAN SK BLAU
AGENDA 1: UCAPAN ALUAN YDP PIBG (PENGERUSI)
1.1 YDP PIBG En. Sony bin Angah mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudi-
an ibubapa, waris dan guru-guru yang sudi melapangkan masa untuk hadir ke
Mesyuarat Agong PIBG Kali ke 15.
1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua diatas kerjasama yang diberi-
kan sepanjang tahun 2017 - 2018.
AGENDA 2: MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT
AGUNG YANG LALU
2.1 En. Mohmad Dasuki bin Abdul Rahman selaku Setiausaha PIBG
membentangkan Minit Mesyurat PIBG kali ke-15.
PENGESAHAN
Cadangan : En. Nik Afifi bin Nik Daud
Sokongan : En. Mohd Zani bin Razali
PERKARA 3: MEMBENTANGKAN DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN
31.12.2017
3.1 En. Nik Afifi bin Nik Daud selaku Bendahari membentangkan Laporan
Kewangan PIBG berakhir 31.12.2017 di dalam buku program
PENGESAHAN
Cadangan : En. Mohd Mustakim bin Ibrahim
Sokongan : En. Zaifil Anas bin Zulkefly
7 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-16 TAHUN 2019
AGENDA 4: HAL-HAL LAIN
4.1 Pihak sekolah membenarkan ibubapa menggunakan padang sekolah dan
gelanggang sepak takraw
4.2 Ibubapa penjaga disarankan untuk mengambil peranan membimbing dan
mengambil tahu berkaitan pendidikan anak-anak.
4.3 Pihak kontrak pengangkutan diminta agar tidak menggunakan kenderaan
pancuan empat roda jika van mengalami kerosakan, kerana dibimbangi
mendatangkan bahaya kepada pelajar
AGENDA 5 : UCAPAN PENANGGUHAN
5.1 En. Sony bin Angah selaku YDP PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua ibubapa dan guru di atas segala komitmen dan kerjasama yang diberi.
5.2 Beliau berharap segala kesulitan atau masalah dapat dibincangkan bersama sep-
erti anak dan ibu.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang.
Disediakan oleh,
…………………………………………………..
En. Mohd Dasuki bin Abd. Rahman
Setiausaha PIBG SK Blau
“Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda
akan mendapat sesuatu yang lebih besar
daripada apa yang anda sangkakan.”
BIL TARIKH PENERIMAAN JUMLAH TARIKH PEMBAYARAN JUMLAH
(RM) (RM)
1 01.01.2018 BAKI KEWANGAN DARI 01.03.2018 SUMBANGAN MAJLIS PIBG 800.00
TAHUN 2017 2348.00 29.04.2018 DAN BANTUAN AWAL
PERSEKOLAHAN 2018 (MAKAN 1300.00
2 27.02.2018 SUMBANGAN YB AZIZ (ADUN 3000.00 IBU BAPA DAN HADIAH MURID) MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-16 TAHUN 2019 8
GALAS)
SUMBANGAN HARI SUKAN LAPORAN KEWANGAN
SEKOLAH 2018( MAKAN IBU
BAPA DAN HADIAH MURID & Mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2018
IBU BAPA)
3 31.12.2018 LAIN-LAIN (KEUNTUNGAN) 171.40 26.10.2018 CETAK PENYATA AKAUN 10.00
4 31.12.2018 LAIN-LAIN (CAS) 5.20
JUMLAH PENERIMAAN 5519.40 JUMLAH PEMBAYARAN 2115.20
Disemak oleh 3404.20
BAKI = 5519.40 - 2115.20
Disediakan oleh : Disemak oleh
Nik Afifi bin Nik Daud Mohd Faharulzaman bin Ayub Mohd Zani bin Ghazali
Bendahari PIBG Pemeriksa Kira-kira 1 Pemeriksa Kira-Kira 2
9 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-16 TAHUN 2019
AKTIVITI PIBG
BIL AKTIVITI / PROGRAM TAHUN
Gotong-royong membersihkan sekitar
1
sekolah
2. Sambutan Hari Guru 2018
Sambutan Israk dan Mikraj bersama
3
murid Islam
4 Solat Hajat murid Islam sempena UPSR
5 Pengelolaan Sukan Tahunan
6 Karaoke sempena Sukan Tahunan
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-16 TAHUN 2019 10
SARANA IBUBAPA
Sokongan ibu bapa terhadap
pembelajaran anak-anak mereka secara aktif
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-16 TAHUN 2019 11
CATATAN